abdullah presiden angkasa majlis perasmian mou...

Post on 26-Aug-2019

238 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

UCAPAN PERASMIAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN MoU ANTARA

KOPERASI PESARA KERAJAAN

MALAYSIA DAERAH JERANTUT

2

BERHAD DENGAN SIRU FILL ARDH

TRAVEL SDN BHD

11 FEBRUARI 2019 (ISNIN)

9.30 PAGI

DEWAN TUN TEJA, TAMAN LEMBAGA

KEMAJUAN NEGERI PAHANG

(LKNP), JERANTUT, PAHANG

3

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Terima Kasih Pengacara Majlis

4

YBrs. Tn. Hj. Nordin bin Awang Ngah

Pengerusi Koperasi Pesara-Pesara

Kerajaan Daerah Jerantut Berhad

YBrs. Tn. Hj. Mohd Taufik bin

Abdullah

Ketua Siru Fil Ardh Travel Sdn. Bhd.

5

YBrs. Tn. Hj. Ibrahim bin Kasah

Pengarah Suruhanjaya Koperasi

Malaysia Pahang

Barisan Anggota Lembaga

Koperasi Pesara-Pesara Kerajaan

Daerah Jerantut Berhad

6

Barisan Pengurusan Siru Fil Ardh

Travel Sdn. Bhd.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-

Tuan dan Puan-Puan Yang

Dihormati Sekalian.

7

1. Marilah kita panjatkan

kesyukuran kehadrat Allah SWT,

kerana dengan limpah kurnia dan

rahmat-NYA maka, MAJLIS

MENANDA TANGANI NOTA

PERSEFAHAMAN (MoU)

MEWUJUDKAN KERJASAMA

PERNIAGAAN ANTARA KOPERASI

8

PESARA-PESARA KERAJAAN DAERAH

JERANTUT BERHAD dengan SIRU FIL

ARDH TRAVEL SDN. BHD. akan

dimeterai pada hari ini.

• Objektif MoU ini diadakan adalah

untuk menzahirkan kesediaan

kedua-dua pihak untuk saling

9

terlibat dalam usaha

menggalakkan kecekapan dan

membangunkan pakej

pelancongan.

• Pelancongan dalam Islam

mempunyai perspektif yang luas.

Istilah rehlah, ziyarah, siyahah,

10

umrah dan haji mempunyai

pengertian yang umumnya merujuk

kepada pelancongan tetapi

mempunyai konsep dan

pendekatan yang berbeza.

• Pelancongan Islamik tidak hanya

terhad kepada pelancongan

11

berbentuk motivasi agama semata-

mata tetapi merangkumi semua

bentuk pelancongan yang tidak

bercanggah dengan nilai-nilai

Islam.

• Pelancongan Islamik juga boleh

bermaksud mengembara ke

12

sesuatu destinasi atas tujuan

keagamaan merangkumi elemen

berbentuk kegiatan, destinasi,

produk, dan nilai berlandaskan

motivasi ajaran Islam yang

melibatkan pengendali dan

pelancong.

13

Hadirin yang dihormati sekalian,

• ANGKASA amat menggalakkan

koperasi mengusahakan

perniagaan berasaskan

pelancongan.

14

• Mampu menjana pendapatan

lumayan kerana rakyat Malaysia

umumnya suka melancong.

• Seiring sentimen ekonomi tempatan

yang semakin kukuh dan tawaran

tambang pada harga berpatutan

oleh syarikat penerbangan

15

tambang murah, koperasi perlu

mengambil peluang menawarkan

pakej-pakej pelancongan Islamik

yang lebih baik bagi mengukuhkan

pengalaman kembara pelancong.

• Melalui Sektor Pelancongan,

Penjagaan Diri dan Kesihatan,

16

ANGKASA melancarkan resolusi

memohon agar Kementerian

Pelancongan dan Kebudayaan

(MOTAC) dapat melonggarkan

syarat-syarat kepada koperasi agar

dapat menjalankan aktiviti

pelancongan tanpa melalui

penubuhan anak syarikat.

17

• Ini memberi peluang koperasi

menjalinkan terus kerjasama

strategik dengan agensi

pelancongan yang berdaftar

dengan MOTAC.

• Statistik Jabatan Imigresen Malaysia

bagi tahun 2018 menunjukkan tidak

18

kurang 3 juta orang rakyat Malaysia

melancong ke luar negara setiap

bulan. Secara keseluruhan,

bilangan rakyat Malaysia yang

melancong ke luar negara

mencatat hampir 45 juta.

Hadirin yang dihormati sekalian,

19

• Koperasi Pesara-Pesara Kerajaan

Malaysia Daerah Jerantut Berhad

adalah koperasi fungsi pertanian,

tetapi kerjasama strategik ini

menunjukkan koperasi membuat

satu anjakan ke hadapan dengan

menceburi bidang pelancongan.

20

• Dalam era globalisasi dan

maklumat terkini seperti 5G,

koperasi harus mengambil langkah

proaktif menggunakan platform

berasaskan digital untuk

mempromosi produk pelancongan

mereka secara atas talian yang

mana lebih mendekatkan

21

pelanggan dan bakal pelanggan

dengan koperasi.

• Melalui persefahaman ini,

diharapkan kedua-dua pihak

dapat memperluas jaringan

perniagaan melalui perkongsian

kepakaran dan perkhidmatan.

22

• Kerjasama perniagaan ini diharap

menjadi permulaan kepada

kerjasama strategik lain antara

Koperasi Pesara-Pesara Kerajaan

Malaysia Daerah Jerantut Berhad

dan Siru Fil Ardh Travel Sdn. Bhd.

pada masa-masa akan datang.

23

2. Akhir kata, besarlah harapan

saya agar kerjasama ini menjadi

contoh kepada koperasi-koperasi

lain untuk menjalinkan kerjasama

perniagaan seumpama ini agar

koperasi-koperasi dapat

memanfaatkan peluang-peluang

pendapatan yang ada demi

24

menggerakkan koperasi agar maju

setanding dengan sektor swasta di

negara ini.

Sekian, terima kasih.

Wabillahitaufiq Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

top related