a - rumusan standard guru malaysia - hanif
Post on 07-Jul-2018
280 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/19/2019 A - Rumusan Standard Guru Malaysia - Hanif
1/3
Rumusan Standard Guru Malaysia.
Standard Guru Malaysia menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru,
dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Dokumen ini
disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi
latihan perguruan. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia
adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi.
usteru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai ilti!am yang
tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai
langkah seperti memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru,
melonjak kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta
kebajikan guru. "agi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama
ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran. "ahagian Pendidikan Guru juga telah mengambil
langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada
guru, pendidik guru, agensi dan institusi perguruan di Malaysia. Standard Guru Malaysia ini
digubal berdasarkan beberapa rasional. Pertama, guru mempunyai tahap amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang tinggi. Kedua, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
keperluan yang jelas dan lengkap. Ketiga, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha
untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan sho#case
dan yang terakhir, Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras
dengan Malaysia $ualification %rame#ork &$M%'. Standard Guru Malaysia digubal bertujuan
untuk mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan
institusi latihan perguruan. Selain itu, ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi
profesional guru. Standrd ini juga akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembagunan
pendidikan guru. Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai
oleh pihak guru, pendidik guru di institusi latihan perguruan, pengurus dan pentadbir institusi
perguruan, guru besar dan pengetua sekolah, serta agensi latihan perguruan.Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kopetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru &standard' dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan &keperluan'. Perincian Standard dan keperluan adalah
berasaskan kepada aspek seperti seperti Misi (asional yang berteraskan lima perkara iaitu
meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, meningkatkan keupayaan pengatahuan
-
8/19/2019 A - Rumusan Standard Guru Malaysia - Hanif
2/3
dan ino)asi negara serta memupuk minda kelas pertama, menangani masalah
ketidakseimbangan sosio*ekonomi yang berterusan secara membina dan proaktif,
meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan mengukuhkan keupayaan institusi dan
pelaksanaan. +spek yang seterusnya adalah,%alsafah Pendidikan Kebangsaan &%PK', %alsafah
Pendidikan Guru &%PG', Tatasusila Profesion Perguruan dan tika Kerja Kementerian Pelajaran
Malaysia. Standard merangkumi tiga aspek, antaranya amalan nilai profesionalisme keguruan
yang memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain
dari, profesion dan sosial. Standard ini digubal berlandaskan budaya -stitusi Pendidikan Guru
&-PG', Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam
Perkhidmatan +#am, prinsip utam tika Kerja KPM, dan Tonggak Dua "elas. Standard ini
mempunyai tiga domain utama. Pertama ialah Domain Diri yang merujuk kepada pegangan nilai
diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang
lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Kedua adalah Domain Profesion yang merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan
secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai guru yang profesional. Ketiga
ialah Domain Sosial yang merujuk kepada guru yang berperanan sebagai agen sosialisasi dan
penjana modal insan dalam masyarakat. Standard kedua ialah Pengetahuan dan Kefahaman
yang memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum. Guru yang memiliki dan mengusai
ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan
cekap, dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan ino)atif. Standard yang ketiga ialah
Kemahiran Pembelajaran dan Pengajaran yang memperincikan kompetensi kemahiran
pengajaran dan pembelajaran. Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat
perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan
kokurikulum.
"agi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan
melaksanakan beberapa keperluan. Pertama, Kelayakan dan Prosedur Pengambilan alonProgram /atihan Perguruan yang memperincikan syarat dan kreteria serta prosedur
pengambilan calon latihan perguruan.. Kedua, /atihan, Pentaksiran dan dan Penilaian yang
memperincikan program latihan, pemantauan,pentaksiran dan penilaian. Ketiga, ialah
Kolaborasi memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
-
8/19/2019 A - Rumusan Standard Guru Malaysia - Hanif
3/3
kerajaan serta lain*lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Keempat ialah
infrastruktur dan infrostruktur yang memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran,
informasi dan komunikasi bagi mengoptimun kecekapan dan keberkesanan program latihan.
0ang terakhir ialah aminan Kualiti yang memperincikan semua aspek perancangan dan
pelaksaan dasar, strategi, prosedur serta akti)iti bagi me#ujudkan keyakinan baha#a kualiti
latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan
keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan
akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, ino)atif dan berketerampilan. Standard Guru
Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada #arganegara Malaysia
kini dan akan datang. "uku Standard Guru Malaysia, bersama*sama dengan buku Panduan
Standard Guru Malaysia dan Manual -strumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan
guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran paengajaran dan
pembelajaran.
top related