46011252 sejarah badminton malaysia

Post on 16-Apr-2015

31 Views

Category:

Documents

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SEJARAH BADMINTON MALAYSIA

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain bertentangan

(perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah

bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain

dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat

melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis

jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia

melepasi atas jaring.

Badminton ialah acara sukan Olimpik dengan lima disipin yang kompetitif perseorangan

lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita, dan beregu campuran, yang mana setiap

pasangannya ialah lelaki dan perempuan. Bagi tahap tinggi permainan, sukan ini memerlukan

penjagaan kesihatan yang cemerlang. Pemain memerlukan stamina aerobik, ketangkasan,

kekuatan, kelajuan, dan ketelitian. Ia juga merupakan sebuah sukan teknikal, yang memerlukan

koordinasi badan yang baik, kemahiran teknikal, dan kecanggihan kemahiran penggunaan raket.

Permainan badminton berasal dari India dan diperkenalkan di England oleh askar-askar

Inggeris yang bertugas di India. Melalui merekalah, permainan badminton diperkenalkan di

Malaysia. Persekutuan Badminton Antarabangsa atau IBF yang bertanggungjawab menguruskan

pertandingan badminton di peringkat antarabangsa pula telah ditubuhkan pada tahun 1934.

Selaku Presiden IBF yang pertama, Sir George Thomas telah menghadiahkan sebuah piala

sempena namanya untuk dijadikan Piala Pusingan. Piala Thomas ini telah dipertandingkan

selama 3 tahun sekali dan Kejohanan Badminton Piala Thomas dikenali sebagai satu

pertandingan badminton yang paling unggul di dunia, menyamai keunggulan Kejohanan Tenis

Wimbledon. Negara kita Malaysia, telah menjuarai Piala Thomas ini beberapa kali. Kali pertama

pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas ialah pada tahun 1949. Kejayaan ini

kemudian disusuli dengan beberapa lagi kejayaan iaitu pada tahun 1952, 1955 dan 1967. Pada

tahun 1992 pula, pasukan badminton negara yang ditunjangi oleh Keluarga Sidek, sekali lagi

berjaya menjulang Piala Thomas. Antara pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika

dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang, Silvia Ng, Misbun

Sidek, Razif Sidek, Jailani Sidek dan lain-lain. Persatuan Badminton Malaysia atau BAM telah

ditubuhkan pada tahun 1912, iaitu di antara persatuan yang terawal ditubuhkan di dunia.

Sekarang ini, pasukan Negara masih dianggap sebagai pasukan yang disegani sebaris dengan

pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

KEJAYAAN-KEJAYAAN ATLIT NEGARA

Beregu Malaysia, Koo Kien Keat (kanan) dan Tan Boon Heong mencatat sejarah

badminton negara apabila meraih emas kali pertama sejak 1970 selepas

menewaskan beregu Indonesia.

NAMA AHLI KUMPULAN:

PURANI A/P KRISHNAN

KOGILAVANEE A/P VALU

KOMATHI A/P SUPRAMANIAM

R. JEEVAASRI A/P RADHAKRISHNAN

ALAGENTHIRAN A/L RAMASAMY

top related