3.2 organisasi ketenteraan (part 2)

Post on 10-Apr-2016

39 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ketamadunan manusia

TRANSCRIPT

ORGANISASI KETENTERAAN

TAMADUN CHINA

o Maharaja melantik dirinya sendiri sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera.

o Maharaja akan melantik beberapa orang pegawai tinggi tentera yang akan mengendalikan soal keselamatan dan pentadbiran wilayah.

o Setiap pegawai tinggi yang dilantik akan mempunyai sejumlah tentera mereka sendiri di wilayah masing-masing.

o Dua jenis tentera :i. Tentera infantri (tentera pejalan kaki) ii. Tentera berkereta kuda.

o Pada awal era Dinasti Sung terdapat lebih kurang 378 000 orang tentera hampir 1.25 juta ketika era kegemilangannya pada tahun 1041 Masihi.

o Jumlah tentera yang ramai, tentera tidak dibayar gaji sepenuhnya dan hanya dibayar sebahagian (makanan/keperluan lain).

Ketika era Dinasti Ming, tentera dianugerahkan tanah yang boleh dimanfaatkan untuk menampung sara hidup mereka.

PERSENJATAAN

o Busur, panah, pisau, kapak, lembing, panah berapi dan pedang. Selain itu, senjata berat seperti pelontar.

o Lembing dan panah berapi (Dinasti Sung) menentang tentera-tentera Mongol.

ZAMAN PEMERINTAHAN SHIH HUANG TI

i. Menggunakan taktik orang Tartar iaitu berperang secara ganas.

ii. Menjadikan penjahat dan pesalah yang dipenjara sebagai tentera di perbatasan.

iii. Tentera berkuda (kavalri)iv. Menghubungkan tembok-tembok pertahanan sedia ada

menjadi Tembok Besar China

o Teknik serangan dalam peperangan tentera dipengaruhi oleh karya The Art of War. Buktinya ialah penggunaan panah dan lembing berapi dalam perang dicadangkan oleh Sun Tzu dalam bukunya pada Bab 12.

o Merancang strategi perang, bagaimana untuk berperang, mencari kelemahan musuh, meneliti faktor-faktor sekeliling sebelum berperang selain keperluan menjalankan pengintipan ketika perang.

ORGANISASI KETENTERAAN TAMADUN

YUNANI

o Setiap warganegara dilatih untuk menghadapi ancaman musuh anggota tentera bagi mempertahankan polis masing-masing.

o Manakala di Sparta, setiap anak lelaki akan dipisahkan daripada keluarganya dan akan membesar sebagai individu yang lasak dan akan menyertai angkatan tentera.

o Wujudnya Majlis ketenteraan dan keselamatan (Ecclesia) - soal keselamatan dan pertahanan dalam negara kota.

o Berperanan menguruskan hal ehwal kewangan ketenteraan dan berkuasa untuk melancarkan perang kepada musuh.

o Unit ketenteraan:i. Infantri ii. Kavalriiii. Tentera berkereta kuda iv. Pasukan khas (hoplite) iaitu tentera pejalan kaki yang

memakai baju dan topi besi dan dilengkapi dengan lembing.

PERSENJATAAN

o Pedang, lembing, topi, baju besi dan perisai. Kebiasaannya, tentera pejalan kaki tidak akan menggunakan pedang tetapi hanya akan menggunakan lembing.

PENGGUNAAN STRATEGI PEPERANGAN

i. Penggunaan Kereta Kuda : o Penunggang melemparkan lembing ke arah lawan dan sekiranya tidak kena

pada sasaran, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing.

ii. Penggunaan Phalanx (700SM): o Tunjang kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite (tentera berjalan kaki

berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. o Tentera hoplite dengan lembing sepanjang hampir 3 meter berbaris rapat

dalam satu barisan sehingga lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri landak.

iii. Tentera Elit dan Bawahan : o Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah

tentera-tentera elit yang terlatih dan berdisiplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap.

iv. Taktik Berperang : o Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang

Yunani adalah bertempur secara bersemuka (berdepan). Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh. Pasukan sayap akan melakukan pemusnahan yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir. Jika bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera.

v. Latihan Tentera Sparta : o Sistem politik dan kemasyarakatan lebih berorientasikan

ketenteraan. (hadapi pemberontakan golongan helot)o Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup.

Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan.

o Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya. o Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan

dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.

vi. Organisasi Tentera Graeco-Roman : oRaja Philip II dari Macedonia telah mengubah suai struktur

tentera phalanx. Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter.

o Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat. oKetahanan tambahan (baju besi askar).oLatihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera

Macedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan (mobiliti).

ORGANISASI KETENTERAAN TAMADUN MELAYU

o Raja/Sultan adalah pemerintah tentera yang tertinggi. Raja dibantu oleh beberapa orang pembesar. Di Srivijaya, Raja dibantu oleh tiga pembesar iaitu Parvanda, Senapati dan Pratiswara.

o Parvanda (menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat daerah)

o Senapati (menguruskan hal ehwal keselamatan di laut)o Pratiswara (mengumpulkan hamba-hamba Raja untuk menjadi

tentera sekiranya berlaku peperangan.)

o Dibentuk melalui kerahan tenaga dalam kalangan rakyat yang berkhidmat secara sukarela. Hal ini kerana Raja dan pembesar dalam alam Melayu berkuasa untuk mengarahkan rakyat tanpa upah dan balasan.

o Semasa era Kesultanan Melayu Melaka, tentera upahan (orang-orang Jawa dari Majapahit).

o Orang Laut (mahir dalam ilmu kelautan dan pelayaran) digunakan dalam mengawasi keselamatan di laut (sangat arif tentang arah pergerakan mata angin, kedudukan beting pasir dan batu karang)

o Dalam kerajaan Srivijaya, Orang Laut diserap sebagai tentera dan sebahagiannya diangkat menjadi Syahbandar.

KATEGORI TENTERA (MAJAPAHIT)

i. Sapta Dharmaputra - Pasukan tentera elit yang terdiri daripada putera raja yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental

ii. Bhayangkari - 15 orang anggota bersenjata yang bertanggungjawab menjaga kawasan istana secara bergilir-gilir.

iii. Tentera Biasa - Tentera tetap dan sukarela yang berkhidmat di pusat dan daerah jajahan takluk.

PERALATAN PERANG

o Senjata tradisional seperti keris, parang, badik, tombak, lembing, sumpitan dan sebagainya.

o Alatan-alatan letupan seperti meriam besi dan tembaga, rentaka, terkul, pemuras dan lotang.

o Alat-alat semboyan seperti gong, tambu dan gendang perang digunakan dalam medan peperangan.

JENIS TENTERA

Tentera kerahan dan tentera upahan (Alam Melayu).Tentera kerahan tidak dibayar upah dan berkhidmat atas

dasar taat setia kepada raja yang berdaulat.Tentera upahan berkhidmat mengikut perjanjian.Orang Laut dijadikan tentera upahan. Mereka tinggal di

persisiran laut di sepanjang Selat Melaka.Tentera terlatih yang berkhidmat di istana dan rumah

pembesar.

top related