20150918020945k3 konsep etnik

Post on 24-Jan-2016

37 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Konsep Etnik

TRANSCRIPT

DEFINISI ETNIK

• Etnik berasal dari perkataan ethnos dalam bahasa Greek iaitu:

Sekumpulan manusia yang mengamalkan

budaya yang hampir seragam seperti:

Adat resam

Pakaian

Bahasa

Kegiatan ekonomi

Konsep Etnik

• Berkaitan rapat dengan konsep- konsep ras dan bangsa (penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat- sifat sifat biologi)

• Etnik juga dikelaskan perbezaan budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.

• Etnik di Malaysia termasuk orang Melayu, Cina, India, Khadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi

• Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme.

• Etnisiti – rasa kekitaan sesuatu etnik tertentu dan wujudnya kebudayaan atau subbudaya yang jelas untuk menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap, dan tingkah laku yang sama.

• Etnosentrisme - kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kumpulan etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka jauh lebih baik dari kumpulan lain

Konsep Ras dan Rasisme

• Ras - Sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan

kolektif berasaskan ciri- ciri fizikal biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya.

• Rasisme - Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh

sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan Ras.

- Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

ETNIK DALAM PROSES

POLITIK DI MALAYSIA

PENDUDUK DI MALAYSIA 2006

Melayu

Cina

India

lain- lain

55% 25%

7%

• Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di semenanjung malaysia. Menganut agama Islam

• Etnik Melayu yang masih tinggal di luar bandar kebanyakkannya terlibat dalam aktiviti pertanian dan perikanan.

• Manakala di bandar terlibat dalam pelbagai sektor perkhidmatan awam, swasta atau dalam perdagangan dan perniagaan.

• Cina adalah etnik kedua terbesar di Semenanjung.

• Menganuti pelbagai agama (Buddha, Konfusianisme, Kristian, Taoisme, dsb)

• India adalah etnik ketiga terbesar di Semenanjung, antara subetnik - Sikh, Tamil, Malayani dan Singhala.

• Sebahagian besar mereka dahulunya bekerja dan menetap di estet.

• Etnik tekecil dalam kajian antropologi ialah orang asli. Penduduk di kawasan pendalaman di beberapa negeri. Menganut kepercayaan tradisional, animisme, Kristian dan Islam.

• Di Sarawak, etnik Dayak yang tinggal di kawasan pendalaman dan luar bandar menjalankan aktiviti pertanian atau pembalakkan.

top related