134863669 penilaian kursus trm 3023
Post on 28-Dec-2015
27 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)
SMU 3023 / TRM 3023
MATEMATIK ASAS (Foundation Mathematics)
Sem 2
2012/13
DR MAZLINI ADNAN (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK Jabatan Matematik
-
1
1.0 PENGENALAN
Kursus ini merupakan lanjutan kepada kursus TMR 1013. Ianya bertujuan
memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran pelajar mengenai asas-asas matematik.
Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah set, lanjutan sistem nombor nyata, logaritma,
surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks.
2.0 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
1. Menguasai takrif serta membincangkan konsep-konsep dan teorem-teorem penting dalam setiap tajuk yang dipelajari. (C2, CS1)
2. Menjelaskan hukum aljabar, aksiom nombor nyata dan kesamaan, hukum logaritma, petua surd, identiti trigonometri, petua sinus dan kosinus serta hukum
hasildarab skalar dan vektor. (C3, A3)
3. Menyelesaikan persamaan logaritma, persamaan surd, persamaan trigonometri dan persamaan yang melibatkan nombor kompleks. (C3, LL 1)
4. Membezakan nombor khayalan dan nombor kompleks. (C2) 5. Melakukan operasi terhadap nombor kompleks serta menyelesaikan persamaan
yang melibatkan nombor kompleks. (C3,P2)
6. Menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan pelbagai penggunaan konsep, teorem, takrif, hukum, prinsip-prinsip dalam setiap tajuk yang dipelajari.
(C4, CT 4)
3.0 PENILAIAN KURSUS
3.1. Pemberatan Kategori Pemberatan
Kerja kursus 60%
Peperiksaan Akhir 40%
JUMLAH 100%
3.2. Agihan Pemberatan Kerja Kursus Bentuk Kerja
Kursus
Jenis
Tugasan
Jumlah (%)
Individu
Tugasan 1 dan
Tugasan 2
40%
E-Forum 20%
JUMLAH 60%
-
2
4.0 BENTUK KERJA KURSUS INDIVIDU
i. Kursus SMU 3023 / TRM 3023 ini mengandungi Tugasan 1, Tugasan 2 dan E- Forum.
ii. Jawab SEMUA tugasan tersebut.
iii. Tugasan 1 dan Tugasan 2 yang telah dijawab dengan sempurna perlu dihantar
kepada pensyarah E-Learning melalui pautan yang disediakan dalam
myGuru3. Untuk E-Forum, sila baca arahan yang telah disediakan di bawah.
iv. Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di dalam Panduan Kerja Kursus ini
supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak
menyelesaikan kerja kursus anda.
Tugasan Arahan Tarikh
Akhir
%
Tugasan 1
Lukiskan peta konsep bagi mana-mana EMPAT (kecuali
unit 1) daripada unit dari modul Matematik Asas.
7 April
2013
10
Tugasan 2
Bincangkan tentang kepentingan dan aplikasi mana-mana
LIMA unit (kecuali unit 1) dari modul Matematik Asas
dalam kehidupan seharian. Setiap perbincangan perlulah
disertakan dengan contoh yang sesuai.
5 Mei
2013
30
E-Forum
1. Pensyarah E-Learning bagi setiap kumpulan akan
memuat naik (upload) 4 soalan untuk dibincangkan
bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing
di dalam portal MyGuru 3.
2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut
dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 150
patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah
dalam bentuk hujah yang ilmiah.
3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga
perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya
tiga (3) jawapan yang dikemukakan oleh rakan
sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang
dikemukakan.
4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar
mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan
markah kerja kursus yang disediakan.
-
3
5. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut:
a) Dalam satu kaji selidik yang dijalankan, terdapat 100 daripada 120 syarikat elektronik mengeluarkan
sekurang-kurangnya satu jenis produk yang terdiri
daripada komputer peribadi, televisyen dan peti
sejuk. Maklumat-maklumat berikut diperolehi:
65 firma mengeluarkan komputer peribadi
45 firma mengeluarkan televisyen
42 firma mengeluarkan peti sejuk
20 firma mengeluarkan komputer peribadi dan
televisyen
25 firma mengeluarkan komputer peribadi dan peti
sejuk
15 firma mengeluarkan televisyen dan peti sejuk
Tentukan bilangan syarikat yang mengeluarkan
(i) ketiga-tiga jenis produk
(ii) hanya dua jenis produk sahaja
(iii) hanya satu jenis produk sahaja
b) Bincangkan tentang sejarah Geometri Koordinat. Juga kenal pasti tokoh-tokoh matematik yang
dikaitkan dengan Geometri Koordinat.
c) Bincangkan tentang miskonsepsi yang wujud dalam tajuk logaritma.
d) Jelaskan mengapa :
sin (-a) = - sin a
kos (-a) = kos a
tan (-a) = - tan a ?
Minggu 3
(4 -17
Mac)
Minggu 5
(18-31
Mac)
Minggu 7
(1-14
April)
Minggu
8
(15-28
April)
5
5
5
5
JUMLAH 60
-
4
5.0 FORMAT PENULISAN TUGASAN
Tugasan 1 : Tiada format yang ditetapkan. Ia bergantung kepada kreativiti setiap pelajar.
Tugasan 2 : Tiada bilangan mukasurat yang ditetapkan. Ia mengikut pensyarah e-learning
anda masing-masing. Lima unit 6 markah untuk setiap unit yang dinyatakan.
Format tugasan 2:
i. Muka depan
ii. Isi kandungan
iii. Pengenalan
iv. Isi - kepentingan dan aplikasi mana-mana LIMA unit dari modul Matematik Asas dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh ia ditulis
seperti di bawah:
a. Set
- Penerangan
- Contoh
b. Logaritma
- Penerangan
- Contoh
c. Trigonometri
- Penerangan
- Contoh
d. Vektor
- Penerangan
- Contoh
e. No. Kompleks
- Penerangan
- Contoh
v. Penutup
vi. Rujukan
-
5
6.0 SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS
TUGASAN 1 DAN TUGASAN 2 (40%) E-Forum (20%)
A Menepati format penulisan, isi mencukupi, isi
diolah dan dikembangkan dengan baik, ada
contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang
bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan
kemas. Tiada kesalahan format penulisan dan
bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah
yang cemerlang, penyampaian
yang cemerlang dan kemas,
menarik dan kreatif, idea yang
bernas, ada elemen interaksi yang
baik.
A- Menepati format, isi mencukupi, isi
dikembangkan dengan baik, ada contoh yang
konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun
dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. Tiada
kesalahan format penulisan dan bahasa.
Tahap perbahasan secara ilmiah
yang baik, penyampaian yang
baik, menarik dan kreatif, idea
yang bernas, ada elemen interaksi
yang baik.
B+ Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan
dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada
kesalahan format dan bahasa.
Tahap perbahasan ilmiah yang
sederhana, penyampaian yang
baik, menarik dan kreatif, idea
yang bernas, ada elemen interaksi.
B Menepati format, isi mencukupi, isi dihuraikan
dan ada contoh. Idea disusun dengan baik.
Kesalahan format dan bahasa pada tahap minima
(tidak lebih dari 3 kesalahan).
Tahap perbahasan sederhana,
penyampaian yang baik, menarik
dan idea yang bernas.
B- Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang
baik, menarik dan idea yang bernas.
Ada perbahasan secara ilmiah,
penyampaian yang baik dan
menarik dan ada idea yang kemas.
C+ Kesalahan format yang minima (tidak lebih 3
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada
contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan format minima (tidak melebihi 3
perkara) dan kesalahan bahasa minima (tidak
lebih dari 5 perkataan).
Ada penjelasan, penyampaian
yang sederhana, Ada idea sendiri
yang baik.
C Kesalahan format tidak melebihi 4 perkara, isi
mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada
Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan
format dan bahasa tidak melebihi 7 perkara.
Tahap perbincangan yang rendah,
penyampaian sederhana dan
sekadar ada, ada idea tetapi kurang
kemas.
D Kesalahan format melebihi 5 perkara. Isi tidak
mencukupi, isi tidak dihuraikan. Tiada contoh.
Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan format dan bahasa melebihi 8 perkara.
Tidak ada penjelasan,
penyampaian yang tidak berkesan,
idea yang tidak jelas.
E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak
lengkap.
Gagal melengkapkan tugasan pada
masa yang ditetapkan dan tidak
menjawab soalan.
-
6
7.0 PERHATIAN DAN PERINGATAN!!!!!!!
Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut
arahan Pensyarah E-Learning anda.
Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB.
Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri.
Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan
penghantaran tugasan secara on-line.
Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa.
Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line.
Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran.
Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah
tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah dan gred anda.
Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif.
Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Pensyarah E-Learning
bagi kumpulan masing-masing.
-
7
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013
TRM 3023 MATEMATIK ASAS
TUGASAN 1 / 2
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. MATRIK
KUMPULAN : __________________________________________________
PENSYARAH E-LEARNING:____________________________________________
TARIKH SERAH : __________________________________________________
PEMARKAHAN
LAMPIRAN 1
top related