1. perkembangan sistem pendidikan di malaysia sebelum merdeka (yy).pdf
Post on 12-Jan-2016
460 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia Sebelum Merdeka
Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)
Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal
formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku
dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di
sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada
zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-
negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit
kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan
yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya
mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama,
tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.
SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-
1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)
Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap
pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-
negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan
bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua
buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga
1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau
Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah
Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani
dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika
ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu
Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and
Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam
perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah
ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga
Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan
persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh
London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada
tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China,
Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan
menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum
yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah
sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran
Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya
menjadi bertambah baik.
Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang
getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari
negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa
Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun
1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.
Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah
estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-
sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-
sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka,
India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
Perkembangan Sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha
kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan
dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan
kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu
Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan
Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun
1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan.
Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar
ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan.
TEMPOH KEDUA (1946-1957)
Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945.
Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah
diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap
kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan
Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran
Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya
menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta
menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi
mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika
pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.
top related