012 bahasa melayu sk - gurubesar.my · dengan penggunaan ayat yang sesuai. calon menggunakan ayat...

Post on 22-Mar-2019

267 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

012 BAHASA MELAYU SK

Bahasa Melayu SK 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kod Mata Pelajaran : 012 (SK), 022 (SJKC), 032 (SJKT) Bentuk Ujian : Ujian Subjektif Markah Penuh : 60 Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kertas Bahasa Melayu Penulisan UPSR ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah yang

diperuntukan ialah 10. Bahagian B terdiri daripada tiga (3) soalan pilihan soalan berbentuk respons terbuka dan

perlu dijawab satu (1). Markah yang diperuntukan ialah 30. Bahagian C terdiri daripada satu (1) soalan respons terhad yang mesti dijawab Markah yang

diperuntukan ialah 20. Konstruk yang diukur ialah: a) Keupayaan membina ayat b) Keupayaan menggunakan kata c) Keupayaan menggunakan kosa kata d) Keupayaan melahirkan dan menyampaikan idea e) Keupayaan menggunakan ejaan dan tanda baca PRESTASI CALON SECARA KESELURUHAN Pada keseluruhannya, prestasi calon 2012 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Soalan tahun ini lebih jelas dan mudah difahami serta tidak mengelirukan calon. Antara ketiga-tiga bahagian, Bahagian C masih menjadi masalah kepada calon kerana jawapan yang diberi tidak menepati kehendak soalan. Calon berjaya mengemukakan isi dan mengolahnya menggunakan ayat yang gramatis. Selain itu, calon mampu menguasai aspek bahasa seperti penggunaan imbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kosa kata yang meluas termasuklah kemahiran ejaan dan tanda baca. Hasil penulisan calon mantap dan tepat mengikut kehendak soalan. Namun begitu, terdapat segelintir calon yang belum menguasai kemahiran menulis dan banyak melakukan kesalahan tatabahasa.

Bahasa Melayu SK 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab ketiga-tiga bahagian dengan cemerlang. Calon dapat menggunakan ayat yang gramatis dan menepati kehendak soalan. Penggunaan kata dan kosa kata yang dibina oleh calon sangat meluas serta sesuai dengan kehendak soalan. Calon dapat mengemukakan isi serta dapat menyampaikan jawapan yang menarik. Calon dalam kumpulan ini merupakan calon cemerlang dalam menguasai kemahiran menulis, memahami kehendak soalan dan dapat menjawab soalan dengan isi yang tepat. Calon mempunyai pengetahuan yang baik dalam aspek bahasa. Pengolahan isi yang disampaikan jelas, terancang serta menarik. Pengetahuan sedia ada calon banyak membantu mereka menghasilkan jawapan yang baik. Kumpulan Sederhana Calon dalam kumpulan ini dapat menguasai kemahiran yang diuji serta mampu mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan baik. Calon dapat mengeluarkan isi dengan gaya bahasa dan penyampaian yang sederhana. Ada juga calon yang tidak dapat mengemukakan isi yang betul-betul mantap. Calon tahu dan faham aspek yang diuji, tetapi apa yang disampaikan kurang menarik dan terdapat beberapa kesalahan yang ketara dalam aspek pengolahan ayat, penggunaan kosa kata dan penggunaan ejaan serta tanda baca. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini merupakan kelompok calon yang memperoleh pencapaian yang rendah. Pada dasarnya mereka tidak menguasai kemahiran yang diuji dan tidak dapat menyampaikan jawapan dengan baik dan bernas. Kebanyakan calon tidak faham apa yang diuji dan lemah dalam pengolahan ayat. Terdapat sebahagian kecil calon yang tidak menjawab soalan yang diuji dan lebih kepada menyalin soalan dan petikan sahaja. Sebahagian besar calon menulis ayat yang tidak lengkap.

Bahasa Melayu SK 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

PRESTASI TERPERINCI Bahagian A

Soalan ini berkehendakkan calon membina lima ayat yang lengkap tentang lima suasana di kedai makan. Namun begitu, sekiranya calon membina lima ayat tentang lima aktiviti daripada grafik, jawapan calon masih lagi diterima.

Bahasa Melayu SK 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Bagi Bahagian A, calon dapat menulis ayat yang lengkap dengan memindahkan maklumat daripada bahan grafik. Calon juga dapat mengemukakan ayat dan mentafsir bahan grafik dengan penggunaan ayat yang sesuai. Calon menggunakan ayat yang gramatis dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan yang diuji. Selain itu, aspek tatabahasa seperti penggunaan imbuhan, kata majmuk, kata ganda, kosa kata, tanda baca dan ejaan yang betul dapat dikuasai oleh murid. Terdapat kesalahan yang tidak menjejaskan ayat. Calon dapat menjawab tugasan mengikut tema yang dikehendaki. Sebahagian besar daripada calon mempunyai pengalaman sedia ada tentang suasana di kedai makan. Calon dapat memberikan lima aktiviti yang tepat berdasarkan grafik. Ayat yang dibina gramatis tanpa sebarang kesalahan bahasa.

Bahasa Melayu SK 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Bagi Bahagian A, kelemahan yang dibuat oleh calon tidak ketara. Calon mempunyai isi tetapi mengemukakannya dengan cara yang tidak tepat berdasarkan grafik. Ayat-ayat yang dibina mudah dan ringkas serta tidak menarik. Calon dalam kumpulan ini juga menggunakan kosa kata yang terhad, serta penggunaannya yang tidak jelas maksud, banyak kesalahan struktur ayat, imbuhan, tanda baca dan ejaan. Terdapat juga calon yang masih tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami maksud aktiviti serta suasana yang tertera dalam gambar.

Bahasa Melayu SK 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh jawapan calon yang banyak kesalahan aspek tatabahasa.

Contoh jawapan calon yang mudah dan ringkas. (Tanpa perluasan ayat)

Bahasa Melayu SK 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Rendah

Bagi jawapan calon yang lemah, calon tidak menguasai kemahiran berbahasa seperti ejaan, penggunaan kata, struktur ayat dan tanda baca. Penggunaan kata calon juga terhad. Tulisan calon juga sukar dibaca. Calon menggunakan kata yang tidak difahami.

Bahasa Melayu SK 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahagian B Soalan 1

Bagi menjawab soalan ini, calon dikehendaki menulis sebuah cerita yang diakhiri dengan ayat yang diberi. Calon tidak dibenarkan mengubah suai ayat penutup yang diberi. Semua penceritaan yang menarik dan munasabah diterima.

Bahasa Melayu SK 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Bahasa Melayu SK 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon memahami kehendak soalan dan menjawab soalan dengan tepat. Isi karangan yang dikemukakan lebih daripada tiga, relevan dan dinyatakan dengan jelas serta diolah dengan menarik. Pengolahan isi dan penyampaian tersusun, bersesuaian dengan laras bahasa yang baik. Calon menulis ayat-ayat gramatis yang mengandungi pelbagai aspek bahasa seperti imbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan.

Bahasa Melayu SK 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Calon masih mengemukakan isi tetapi dengan huraian yang mudah dan ringkas. Penyampaian dan pengolahan tidak disusun mengikut urutan yang baik. Terdapat juga calon yang memberikan satu isi sahaja yang huraiannya diulang-ulang sehingga dua atau tiga perenggan. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa yang menjejaskan ayat. Tiada perluasan ayat menyebabkan karangan calon kurang menarik dan berada pada aras memuaskan sahaja. Terdapat juga calon yang mengubah suai ayat penutup yang diberi. Contoh karangan calon yang menggunakan ayat mudah dan ringkas.

Contoh karangan calon yang mengubah suai ayat penutup cerita yang diberi.

Bahasa Melayu SK 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh karangan calon yang tidak menguasai kemahiran imbuhan, tanda baca dan ejaan.

Bahasa Melayu SK 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 2

Bagi menjawab soalan ini, calon perlu menceritakan perihal guru yang disayangi. Antaranya termasuklah menyatakan perwatakan, biodata guru, keistimewaannya dan juga sebarang isi yang bersesuaian. Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Bahasa Melayu SK 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SK 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon dapat memahami kehendak soalan yang diberikan dengan baik. Calon juga dapat membina karangan yang menepati soalan dengan olahan cerita yang menarik dan penyampaian yang baik serta tepat. Selain itu, calon dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan penggunaan bahasa yang baik dan meluas. Berdasarkan skrip jawapan, calon dapat menyatakan nama guru yang dimaksudkan serta latar belakang guru dengan jelas. Calon juga dapat menceritakan keistimewaan dan kelebihan guru. Penutup yang diberi juga amat menarik.

Bahasa Melayu SK 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Isi yang dikemukakan oleh calon tidak mencukupi dan tidak menepati soalan. Huraian isi juga tidak mantap. Terdapat juga calon yang menceritakan secara umum tanpa memfokuskan perihal guru yang disayangi. Selain itu, ada juga calon yang menggunakan kata ganti nama yang tidak tepat bagi guru. Contohnya menggunakan kata ganti nama ‘dia’ bagi guru. Selain itu, penggunaan gelaran bagi guru iaitu ‘Puan’ ditulis ‘Pn’. sahaja. Pengolahan dan penyampaian isi juga tidak mantap, mendatar dan tidak menarik untuk dibaca. Masih ada calon yang tidak menguasai kemahiran berbahasa kerana banyak melakukan kesalahan khasnya tanda baca, ejaan dan struktur ayat.

Contoh karangan calon yang menceritakan peranan guru secara umum.

Bahasa Melayu SK 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh karangan calon yang salah penggunaan kata ganti nama diri untuk guru.

Bahasa Melayu SK 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Soalan 3

Bagi menjawab soalan ini, calon dikehendaki menjawab dengan memberikan format catatan yang betul tentang perhimpunan mingguan di sekolah. Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Bahasa Melayu SK 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SK 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon memahami kehendak soalan iaitu tentang perhimpunan sekolah. Isi yang dikemukakan sangat baik dan mantap serta dihuraikan dengan jelas. Pengolahan isi sangat baik dan penyampaian yang menarik. Calon dapat menguasai format karangan catatan dengan tepat. Calon dapat mengemukakan isi yang bernas berdasarkan pengalaman mereka mengikuti perhimpunan mingguan di sekolah. Calon dapat menulis urutan masa mengikut kronologi yang betul. Calon juga menggunakan laras bahasa catatan ketika mengolah isi karangan.

Bahasa Melayu SK 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana Penggunaan laras bahasa yang digunakan oleh calon lebih kepada bentuk atur cara majlis yang terlalu ringkas. Calon juga membina ayat yang mudah dan ringkas tanpa huraian yang lengkap. Selain itu, catatan masa juga tidak mengikut urutan yang betul.

Contoh karangan calon yang menggunakan ayat yang mudah dan ringkas tanpa huraian.

Bahasa Melayu SK 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SK 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh karangan calon yang menjawab dalam bentuk atur cara majlis dan salah kedudukan format hari dan tarikh.

Bahasa Melayu SK 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Contoh karangan calon yang tidak mengikut urutan masa yang betul.

Bahasa Melayu SK 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahasa Melayu SK 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Bahagian C

Calon dikehendaki menjelmakan lima nilai daripada petikan yang diberi serta memberikan contoh (huraian) yang sesuai berdasarkan petikan. Jawapan calon perlulah ditulis dalam satu perenggan.

Bahasa Melayu SK 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Tinggi

Calon dapat mengeluarkan nilai dan contoh (huraian) daripada petikan dengan tepat. Selain itu, calon dapat mengulas dengan ayat yang gramatis dan menjurus kepada petikan. Calon juga menggunakan kata dan kosa kata yang meluas serta bersesuaian dengan petikan. Calon dapat menggunakan penanda wacana dalam ulasan dengan tepat. Berdasarkan jawapan, calon mampu menjelmakan lima nilai yang tepat berserta dengan huraian. Ayat calon gramatis tanpa apa-apa kesalahan.

Bahasa Melayu SK 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Sederhana

Terdapat calon yang masih mengulas lebih daripada lima nilai. Ulasan yang dibuat oleh calon mudah dan ringkas tanpa huraian yang lengkap. Calon tidak menguasai kemahiran berbahasa dan banyak melakukan kesalahan. Selain itu, ada juga calon yang menggunakan bahasa lisan dalam ulasan. Contohnya, ‘tak’ sepatutnya ‘tidak’. Ada juga calon yang tidak dapat menjelmakan nilai daripada petikan. Terdapat juga calon yang menyatakan huraian nilai yang tidak tepat serta tidak berkaitan dengan petikan. Calon juga masih menulis huraian secara umum.

Bahasa Melayu SK 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon Dalam Kumpulan Rendah

Calon ini dapat menjelmakan satu nilai sahaja manakala ayat-ayat yang lain hanyalah huraian daripada petikan. Calon tidak dapat menyatakan nilai dan huraian dengan tepat sepertimana yang dikehendaki oleh soalan. Calon juga banyak melakukan kesalahan bahasa seperti ejaan, imbuhan dan tanda baca.

Bahasa Melayu SK 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

Calon menjelmakan nilai yang tidak berkaitan dengan petikan. Malahan, huraian juga tidak berkaitan dengan kehendak soalan.

Bahasa Melayu SK 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA CALON Bahagian A 1. Calon mestilah membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan. Calon perlu

mengenal pasti kehendak soalan sama ada aktiviti, suasana dan sebagainya sebelum menulis ayat.

2. Calon perlulah mengenal pasti aktiviti atau suasana yang terdapat dalam gambar dengan cara membulatkannya. Bulatkan aktiviti atau suasana yang dilakukan oleh pelaku (watak). Seterusnya, calon perlu mencatat kata kerja yang tepat berkaitan gambar yang telah dibulatkan. Kemudian, calon dikehendaki membina lima ayat yang lengkap. Setiap ayat mestilah ditulis dalam bentuk pernomboran (1 hingga 5). Calon diingatkan hanya menulis lima ayat.

3. Banyakkan membaca serta membuat latihan bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan kosa kata.

4. Jadikan buku teks yang dibekalkan sebagai sumber rujukan dan bahan pembelajaran. Kebanyakan buku kerja tidak mementingkan kualiti dan standard sukatan pelajaran.

5. Calon boleh menggunakan nama pada watak atau pelaku yang terdapat dalam gambar atau bahan rangsangan.

6. Calon digalakkan membina pelbagai ayat berdasarkan arahan dan grafik yang diberi. Bahagian B 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. Baca ketiga-

tiga soalan yang diberi sebelum membuat pilihan. Gariskan kehendak soalan yang dibaca, kemudian pilih soalan yang hendak dijawab. Bagi karangan yang berformat, pastikan calon menguasai format yang betul sebelum menulis karangan.

2. Sebelum menulis, calon digalakkan membina peta minda atau kerangka karangan berdasarkan kehendak soalan. Karangan mestilah dimulakan dengan pendahuluan, pemerengganan isi dan diakhiri dengan penutup.

3. Calon dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tiga isi bagi setiap karangan yang ditulis dengan pengolahan ayat yang gramatis, huraian yang mantap serta contoh yang sesuai.

Bahagian C 1. Calon perlu membaca dan memahami arahan serta kehendak soalan. Fahami petikan

yang diberi dan gariskan ayat yang menjurus kepada nilai atau pengajaran yang terdapat dalam teks. Calon perlu mencatat nilai atau pengajaran yang tepat berdasarkan ayat yang telah digaris. Jangan menulis semula nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.

2. Calon dikehendaki menulis lima nilai atau pengajaran daripada petikan. Pastikan nilai atau pengajaran dan huraian berkaitan dengan pernyataan yang terdapat dalam petikan.

3. Calon dikehendaki menulis jawapan dalam satu perenggan sahaja. Bagi menghasilkan jawapan yang baik, calon perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan antara nilai atau pengajaran yang terdapat dalam petikan.

4. Calon perlu menyemak semula setiap jawapan yang telah ditulis. Bagi menghasilkan penulisan yang baik, calon perlu banyak membuat latihan serta rujukan daripada pelbagai sumber.

Bahasa Melayu SK 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

SARANAN KEPADA GURU 1. Setiap guru perlu mengajar dan membimbing murid menggunakan buku teks dan

huraian sukatan pelajaran serta sukatan pelajaran yang dibekalkan. Jadikan buku teks, huraian dan sukatan sebagai panduan. Buku Daftar Kata yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum hendaklah dijadikan bahan rujukan bagi menambahkan lagi perluasan kosa kata murid.

2. Bimbing murid untuk menguasai teknik menjawab dengan baik dan jelas mengikut garis panduan peperiksaan.

3. Pelbagaikan strategi, kaedah dan teknik dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi menarik minat murid. Bagi memantapkan lagi penulisan murid, guru perlu menerangkan kekuatan dan kelemahan tugasan yang dihasilkan oleh murid untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan murid.

4. Guru perlu memberi perhatian kepada murid yang belum menguasai penulisan dengan memberi latih tubi dan pendedahan pelbagai teknik mengarang seperti latihan karangan berpandu, karangan terkawal serta karangan bebas mengikut tahap kemampuan murid.

5. Kepelbagaian jenis karangan haruslah didedahkan kepada murid sebagai latihan bagi memantapkan karangan murid mengikut format yang betul.

6. Guru disarankan agar mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang sahih.

7. Guru wajib memantapkan pengetahuan dan kemahiran bahasa agar proses pembelajaran dan pengajaran lebih baik, jelas dan terancang.

8. Bagi Bahagian C, guru perlu tahu menjelmakan nilai berserta huraian yang tepat daripada petikan ketika pembelajaran dan pengajaran.

9. Guru sepatutnya membuat pertimbangan yang sewajarnya ketika menilai hasil kerja murid dan bukannya menghukum.

top related