ambank (m) berhad (8515-d) - welcome to ambank … · web viewterma dan syarat permohonan kredit...

4
TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN KREDIT BERDOKUMEN (No. Rujukan Dokumen : AMBIZ/BM/LC/08-2015) Sebagai balasan kepada permintaan kami kepada anda, AmBank (M) Berhad ('pihak Bank') untuk mengeluarkan Kredit Berdokumen tanpa boleh ditarik balik ( Kredit ), bagi akaun kami dan menurut permohonan kami, kami dengan ini bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat yang berikut:- 1.(i) Bagi Kredit Berdokumen dilihat atau Kredit Berdokumen usans yang boleh dirunding ketika dilihat, untuk membayar kepada pihak Bank faedah (sebenar dan/atau transit) atau yuran dan komisen pada kadar faedah semasa berhubung dengan mata wang bil berkenaan dari tarikh rundingan sehingga tarikh pembayaran penuh. (ii) Sekiranya tiada sebarang arahan daripada kami, pihak Bank diberi kuasa untuk menukar amaun mata wang asing yang perlu dibayar di bawah Kredit tersebut kepada persamaannya dalam Ringgit Malaysia pada kadar jualan pertukaran asing semasa tidak lewat daripada hari bekerja ke-3 dari tarikh pemberitahuan bertulis pihak Bank tentang ketibaan dokumen- dokumen penghantaran/perkapalan atau pada tarikh lain seperti mana ditetapkan oleh pihak Bank atas budi bicara mutlaknya. Kami hendaklah mengambil dan mengaku janji (a) semua risiko penukaran pertukaran asing atau turun naik, kadar dan kerugian (iaitu bayaran yang dibuat atau diterima dalam mata wang asing) dan/atau (b) untuk membayar balik atau menjelaskan atau membayar kepada pihak Bank sebarang pinjaman pembiayaan perdagangan yang diwujudkan atau pendahuluan yang dibuat terhadap Kredit sama ada direkodkan atau diuntukkan dalam mata wang asing atau persamaannya dalam Ringgit Malaysia terhadap pelbagai kemudahan/khidmat dagangan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada kami. 2. Dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan tersebut dan/atau barangan yang dihantar (yang mana kami mengisytiharkan bukan dilarang atau disekat atau diharamkan) hendaklah dipegang oleh pihak Bank sebagai cagaran bagi penerimaan yang perlu dibayar dan bayaran semua atau sebarang draf yang disediakan di bawah Kredit. Dalam kes di mana draf (draf-draf) tidak diterima atau tidak dibayar, pihak Bank boleh, jika terpakai dan menyimpan hak, pada bila-bila masa: (i) Untuk menjual dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan atau barangan kepada mana Kredit tersebut berkaitan, tanpa notis kepada kami, pada jualan awam atau persendirian pada harga seperti mana ditetapkan oleh pihak Bank atas budi bicara mutlaknya. Kami mengakui dan bersetuju bahawa pihak Bank boleh melaksanakan hak tersebut pada masa yang sama atau sebaliknya dengan hak dan remedi lain yang pihak Bank mungkin ada terhadap kami; dan/atau (ii) Dalam kes di mana barangan musnah sebahagian atau sepenuhnya, untuk menebus polisi (polisi-polisi) insurans untuk barangan tersebut selepas menolak semua perbelanjaan dan kos termasuk dan tanpa batasan kepada komisen dan yuran berhubung dengannya dan menggunakan hasil bersih terhadap pembayaran draf (draf-draf) tersebut. Tambahan kepada remedi-remedi tersebut, kami seterusnya bersetuju bahawa penerimaan oleh pihak Bank akan barangan, harta atau tunai lain sebagai cagaran tambahan kini atau selanjutnya yang didepositkan menurut tuntutan pihak Bank atau sebaliknya, tidak akan mempengaruhi kuasa pihak Bank untuk menjual barangan/harta yang dicagarkan dan dipegang sebagai cagaran dan hasil daripada cagaran demikian boleh digunakan terhadap pembayaran sebarang hutang (termasuk kerugian pertukaran asing) oleh kami kepada pihak Bank yang perlu dibayar atau akan perlu dibayar, dan jika hasilnya tidak memadai, untuk membayar kepada pihak Bank amaun sebarang kekurangan atau perbezaan daripada hasil demikian berserta segala caj, kos dan perbelanjaan sampingan atau sebaliknya. 3. Kami hendaklah memberi indemniti penuh kepada pihak Bank: (i) Daripada dan terhadap semua tuntutan, tindakan, prosiding, liabiliti, ganti rugi, kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing), kos dan perbelanjaan yang pihak Bank mungkin alami, tanggung atau terima akibat atau untuk atau disebabkan pihak Bank telah memberi/mengeluarkan Kredit tersebut atau disebabkan oleh pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh kami terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010; dan (ii) Sebarang permintaan atau tuntutan yang dibuat ke atas pihak Bank untuk pembayaran sebarang jumlah wang menurut Kredit merupakan pemberian kuasa memadai kepada pihak Bank bagi membuat pembayaran demikian dan pihak Bank tidak perlu bertanyakan keadaan tuntutan tersebut. Kami tidak akan membuat sebarang bantahan kepada pembayaran demikian oleh pihak Bank dan kami hendaklah pada setiap masa memberi indemniti penuh kepada pihak Bank dan menyebabkan pihak Bank tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti walau apa pun berhubung dengan pihak Bank membuat pembayaran sedemikian. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP. 4. Kami tidak akan dalam sebarang keadaan menganggap pihak Bank atau ejen (ejen-ejen), koresponden (koresponden- koresponden) atau wakil (wakil-wakil)nya bertanggungan dan bertanggungjawab, dan obligasi kami di bawah Terma dan Syarat ini atau berhubung dengan sebarang Kredit yang diberi/dikeluarkan oleh pihak Bank juga tidak akan dikurangkan, ditamatkan atau dipengaruhi dalam sebarang cara disebabkan oleh: (i) Sebarang tahanan, kerugian atau kemerosotan, pencurian atau pengambilan atau sebarang kerosakan atau sebarang kegagalan untuk menginsuranskan, atau kuantiti, kualiti, keadaan atau penyerahan barangan, atau ketepatan, kesahihan, kecukupan, kesahan atau ketulenan mana-mana daripada dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan (termasuk dokumen-dokumen pengangkutan) berhubung dengan barangan; dan/atau (ii) Sebarang kecacatan dalam, ketidaksahihan, sebarang dokumen yang dikemukakan termasuk sebarang yang tidak benar, tidak tepat, kekurangan atau kepalsuan atau dalam sebarang tuntutan yang pada mukanya merupakan tuntutan yang ditandatangani atau diberi kuasa menurut Kredit atau sebarang sijil yang dikeluarkan menurut Kredit, atau dalam sebarang kabel diuji, pesanan SWIFT, teleks atau dokumen yang pada mukanya kelihatan seperti ditandatangani atau diberi kuasa di bawah Kredit; dan/atau (iii) Sebarang kecacatan dalam, atau ketidaksahihan atau tidak dapat dibaca atau tidak dapat dikuatkuasakan, sebarang persetujuan atau dokumen atau pengaturan berhubung dengan mana Kredit diberi/dikeluarkan; dan/atau (iv) (a) Sebarang kelewatan, kesilapan atau peninggalan yang mungkin berlaku dalam penghantaran arahan atau dalam salah tafsiran arahan berhubung dengan Kredit, (b) sebarang dokumen yang dikemukakan yang pada mukanya kelihatan teratur didapati tidak betul atau dipalsukan atau tidak sah, (c) sebarang kehilangan atau kelewatan dalam menghantar dokumen- dokumen atau (d) sebarang kesilapan, keabaian atau pelanggaran mana-mana daripada ejen (ejen-ejen), koresponden (koresponden-koresponden) atau wakil (wakil-wakil) pihak Bank; dan/atau (v) Sebarang kelewatan, kerugian atau kerosakan berhubung dengan sebarang barangan kepada mana Kredit berkaitan walaupun barangan tersebut dilencongkan atau terlebih dibawa atau gagal sampai atau ditolak pendaratan di destinasinya disebabkan sebarang alasan. 5. Jika dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang diminta tidak termasuk polisi (polisi-polisi) atau sijil (sijil-sijil) insurans, kami mengaku janji untuk mengemukakan kepada pihak Bank dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh permohonan ini, suatu polisi atau sijil insurans yang dapat diterima oleh pihak Bank dan atas nama pihak Bank bagi selain daripada nilai Kos, Insurans dan Tambang ( CIF ) tambah sekurang-kurangnya 10 peratus, jika tidak pihak Bank menyimpan hak untuk mendapatkan insurans tersebut atas kos dan perbelanjaan kami tetapi pihak Bank tidak berobligasi berbuat demikian. 6. Sekiranya tiada sebarang arahan sebaliknya yang dinyatakan secara spesifik dalam Arahan-arahan Tambahan dalam borang Permohonan Kredit Berdokumen, pihak Bank dengan ini diberi kuasa oleh kami untuk mengarahkan mana-mana bank atau cawangan berkenaan untuk menghantar sebarang draf dan/atau dokumen penghantaran/perkapalan melalui satu atau lebih surat atau kaedah penghantaran lain atas budi bicara mutlak pihak Bank. 7. Pihak Bank boleh menyekat rundingan (rundingan-rundingan) di bawah Kredit kepada pejabat pihak Bank sendiri atau kepada mana-mana koresponden (koresponden-koresponden) atau ejen (ejen-ejen) pilihan pihak Bank. Muka Surat 1 daripada 4

Upload: truongdat

Post on 07-May-2018

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN KREDIT BERDOKUMEN(No. Rujukan Dokumen : AMBIZ/BM/LC/08-2015)

Sebagai balasan kepada permintaan kami kepada anda, AmBank (M) Berhad ('pihak Bank') untuk mengeluarkan Kredit Berdokumen tanpa boleh ditarik balik (‘Kredit’), bagi akaun kami dan menurut permohonan kami, kami dengan ini bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat yang berikut:-

1.(i) Bagi Kredit Berdokumen dilihat atau Kredit Berdokumen usans yang boleh dirunding ketika dilihat, untuk membayar kepada pihak Bank faedah (sebenar dan/atau transit) atau yuran dan komisen pada kadar faedah semasa berhubung dengan mata wang bil berkenaan dari tarikh rundingan sehingga tarikh pembayaran penuh.

(ii) Sekiranya tiada sebarang arahan daripada kami, pihak Bank diberi kuasa untuk menukar amaun mata wang asing yang perlu dibayar di bawah Kredit tersebut kepada persamaannya dalam Ringgit Malaysia pada kadar jualan pertukaran asing semasa tidak lewat daripada hari bekerja ke-3 dari tarikh pemberitahuan bertulis pihak Bank tentang ketibaan dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan atau pada tarikh lain seperti mana ditetapkan oleh pihak Bank atas budi bicara mutlaknya.

Kami hendaklah mengambil dan mengaku janji (a) semua risiko penukaran pertukaran asing atau turun naik, kadar dan kerugian (iaitu bayaran yang dibuat atau diterima dalam mata wang asing) dan/atau (b) untuk membayar balik atau menjelaskan atau membayar kepada pihak Bank sebarang pinjaman pembiayaan perdagangan yang diwujudkan atau pendahuluan yang dibuat terhadap Kredit sama ada direkodkan atau diuntukkan dalam mata wang asing atau persamaannya dalam Ringgit Malaysia terhadap pelbagai kemudahan/khidmat dagangan yang ditawarkan oleh pihak Bank kepada kami.

2. Dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan tersebut dan/atau barangan yang dihantar (yang mana kami mengisytiharkan bukan dilarang atau disekat atau diharamkan) hendaklah dipegang oleh pihak Bank sebagai cagaran bagi penerimaan yang perlu dibayar dan bayaran semua atau sebarang draf yang disediakan di bawah Kredit. Dalam kes di mana draf (draf-draf) tidak diterima atau tidak dibayar, pihak Bank boleh, jika terpakai dan menyimpan hak, pada bila-bila masa:

(i) Untuk menjual dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan atau barangan kepada mana Kredit tersebut berkaitan, tanpa notis kepada kami, pada jualan awam atau persendirian pada harga seperti mana ditetapkan oleh pihak Bank atas budi bicara mutlaknya. Kami mengakui dan bersetuju bahawa pihak Bank boleh melaksanakan hak tersebut pada masa yang sama atau sebaliknya dengan hak dan remedi lain yang pihak Bank mungkin ada terhadap kami; dan/atau

(ii) Dalam kes di mana barangan musnah sebahagian atau sepenuhnya, untuk menebus polisi (polisi-polisi) insurans untuk barangan tersebut selepas menolak semua perbelanjaan dan kos termasuk dan tanpa batasan kepada komisen dan yuran berhubung dengannya dan menggunakan hasil bersih terhadap pembayaran draf (draf-draf) tersebut. Tambahan kepada remedi-remedi tersebut, kami seterusnya bersetuju bahawa penerimaan oleh pihak Bank akan barangan, harta atau tunai lain sebagai cagaran tambahan kini atau selanjutnya yang didepositkan menurut tuntutan pihak Bank atau sebaliknya, tidak akan mempengaruhi kuasa pihak Bank untuk menjual barangan/harta yang dicagarkan dan dipegang sebagai cagaran dan hasil daripada cagaran demikian boleh digunakan terhadap pembayaran sebarang hutang (termasuk kerugian pertukaran asing) oleh kami kepada pihak Bank yang perlu dibayar atau akan perlu dibayar, dan jika hasilnya tidak memadai, untuk membayar kepada pihak Bank amaun sebarang kekurangan atau perbezaan daripada hasil demikian berserta segala caj, kos dan perbelanjaan sampingan atau sebaliknya.

3. Kami hendaklah memberi indemniti penuh kepada pihak Bank:

(i) Daripada dan terhadap semua tuntutan, tindakan, prosiding, liabiliti, ganti rugi, kerugian (termasuk kerugian pertukaran asing), kos dan perbelanjaan yang pihak Bank mungkin alami, tanggung atau terima akibat atau untuk atau disebabkan pihak Bank telah memberi/mengeluarkan Kredit tersebut atau disebabkan oleh pelanggaran atau ketidakpatuhan oleh kami terhadap Akta Perdagangan Strategik 2010; dan

(ii) Sebarang permintaan atau tuntutan yang dibuat ke atas pihak Bank untuk pembayaran sebarang jumlah wang menurut Kredit merupakan pemberian kuasa memadai kepada pihak Bank bagi membuat pembayaran demikian dan pihak Bank tidak perlu bertanyakan keadaan tuntutan tersebut. Kami tidak akan membuat sebarang bantahan kepada pembayaran demikian oleh pihak Bank dan kami hendaklah pada setiap masa memberi indemniti penuh kepada pihak Bank dan menyebabkan pihak Bank tidak bertanggungjawab terhadap semua liabiliti walau apa pun berhubung dengan pihak Bank membuat pembayaran sedemikian. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP.

4. Kami tidak akan dalam sebarang keadaan menganggap pihak Bank atau ejen (ejen-ejen), koresponden (koresponden-koresponden) atau wakil (wakil-wakil)nya bertanggungan dan bertanggungjawab, dan obligasi kami di bawah Terma dan Syarat ini atau berhubung dengan sebarang Kredit yang diberi/dikeluarkan oleh pihak Bank juga tidak akan dikurangkan, ditamatkan atau dipengaruhi dalam sebarang cara disebabkan oleh:

(i) Sebarang tahanan, kerugian atau kemerosotan, pencurian atau pengambilan atau sebarang kerosakan atau sebarang kegagalan untuk menginsuranskan, atau kuantiti, kualiti, keadaan atau penyerahan barangan, atau ketepatan, kesahihan, kecukupan, kesahan atau ketulenan mana-mana daripada dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan (termasuk dokumen-dokumen pengangkutan) berhubung dengan barangan; dan/atau

(ii) Sebarang kecacatan dalam, ketidaksahihan, sebarang dokumen yang dikemukakan termasuk sebarang yang tidak benar, tidak tepat, kekurangan atau kepalsuan atau dalam sebarang tuntutan yang pada mukanya merupakan tuntutan yang ditandatangani atau diberi kuasa menurut Kredit atau sebarang sijil yang dikeluarkan menurut Kredit, atau dalam sebarang kabel diuji, pesanan SWIFT, teleks atau dokumen yang pada mukanya kelihatan seperti ditandatangani atau diberi kuasa di bawah Kredit; dan/atau

(iii) Sebarang kecacatan dalam, atau ketidaksahihan atau tidak dapat dibaca atau tidak dapat dikuatkuasakan, sebarang persetujuan atau dokumen atau pengaturan berhubung dengan mana Kredit diberi/dikeluarkan; dan/atau

(iv) (a) Sebarang kelewatan, kesilapan atau peninggalan yang mungkin berlaku dalam penghantaran arahan atau dalam salah tafsiran arahan berhubung dengan Kredit, (b) sebarang dokumen yang dikemukakan yang pada mukanya kelihatan teratur didapati tidak betul atau dipalsukan atau tidak sah, (c) sebarang kehilangan atau kelewatan dalam menghantar dokumen-dokumen atau (d) sebarang kesilapan, keabaian atau pelanggaran mana-mana daripada ejen (ejen-ejen), koresponden (koresponden-koresponden) atau wakil (wakil-wakil) pihak Bank; dan/atau

(v) Sebarang kelewatan, kerugian atau kerosakan berhubung dengan sebarang barangan kepada mana Kredit berkaitan walaupun barangan tersebut dilencongkan atau terlebih dibawa atau gagal sampai atau ditolak pendaratan di destinasinya disebabkan sebarang alasan.

5. Jika dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang diminta tidak termasuk polisi (polisi-polisi) atau sijil (sijil-sijil) insurans, kami mengaku janji untuk mengemukakan kepada pihak Bank dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh permohonan ini, suatu polisi atau sijil insurans yang dapat diterima oleh pihak Bank dan atas nama pihak Bank bagi selain daripada nilai Kos, Insurans dan Tambang (‘CIF’) tambah sekurang-kurangnya 10 peratus, jika tidak pihak Bank menyimpan hak untuk mendapatkan insurans tersebut atas kos dan perbelanjaan kami tetapi pihak Bank tidak berobligasi berbuat demikian.

6. Sekiranya tiada sebarang arahan sebaliknya yang dinyatakan secara spesifik dalam “Arahan-arahan Tambahan” dalam borang Permohonan Kredit Berdokumen, pihak Bank dengan ini diberi kuasa oleh kami untuk mengarahkan mana-mana bank atau cawangan berkenaan untuk menghantar sebarang draf dan/atau dokumen penghantaran/perkapalan melalui satu atau lebih surat atau kaedah penghantaran lain atas budi bicara mutlak pihak Bank.

7. Pihak Bank boleh menyekat rundingan (rundingan-rundingan) di bawah Kredit kepada pejabat pihak Bank sendiri atau kepada mana-mana koresponden (koresponden-koresponden) atau ejen (ejen-ejen) pilihan pihak Bank.

Muka Surat 1 daripada 4

TERMA DAN SYARAT PERMOHONAN KREDIT BERDOKUMEN(No. Rujukan Dokumen : AMBIZ/BM/LC/08-2015) – sambungan

8. Sebagai balasan kepada pihak Bank membenarkan dan/atau memberi kuasa kepada bank pembayar/perunding/pengesah untuk membuat tuntutan di bawah Kredit sebelum penerimaan dokumen-dokumen oleh pihak Bank, kami dengan ini bersetuju tanpa hak menarik balik untuk memberi indemniti kepada pihak Bank bagi amaun penuh tuntutan bank pembayar/perunding/pengesah serta faedah atau yuran dan komisen yang mana wajar, dari tarikh tuntutan dibayar sehingga pembayaran balik penuh pada kadar yang telah ditetapkan atau yang akan ditetapkan oleh pihak Bank (pemberitahuan kadar faedah, yuran atau komisen akan dibuat secara bertulis dan kadar tersebut akan berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan di dalamnya) jika tuntutan tersebut selanjutnya ditolak oleh kami atau sebaliknya bukan di bawah pengemukaan mematuhi bagi tujuan yang disebutkan di atas, kami dengan ini memberi kuasa kepada pihak Bank untuk mendebitkan akaun (akaun-akaun) kami seterusnya.

9. Kami hendaklah:- (i) menempatkan deposit tetap/deposit atau membenarkan pihak Bank menguntukkan atau mendebitkan akaun semasa kami sebagai deposit marginal sejumlah amaun dalam Ringgit Malaysia seperti mana pihak Bank anggapkan wajar dan perlu pada bila-bila masa tanpa notis kepada kami, menolak (dengan pemberian notis terdahulu secara bertulis kepada kami dengan tempoh masa yang ditetapkan di dalam notis tersebut) deposit tetap/deposit marginal yang ditempatkan terhadap menyelesaikan sebarang daripada liabiliti kami kepada pihak Bank atas Kredit atau atas sebarang akaun lain atau dalam hubungan lain sama ada liabiliti adalah pada masa ini atau pada masa depan, sebenar atau kontingen, utama atau sampingan dan bersama atau berasingan; dan/atau (ii) memberi kepada pihak Bank salinan diakui sah lesen import sah berhubung dengan barangan kepada mana Kredit berkaitan, sebagaimana dan apabila diperlukan oleh pihak Bank.

10. Bagi permohonan Kredit yang disandari sepenuhnya oleh margin tunai, kami bersetuju untuk mendepositkan dengan pihak Bank sebelum memberi/mengeluarkan Kredit atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh pihak Bank atas budi bicaranya, jumlah minimum 100% margin tunai bersamaan amaun penuh Kredit yang akan dikeluarkan oleh pihak Bank atau sebarang jumlah yang ditetapkan oleh pihak Bank atas budi bicaranya. Amaun deposit hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia atau mata wang asing lain atas budi bicara mutlak pihak Bank.

11. Sebarang perbalahan antara kami dan pihak Bank hasil daripada Kredit atau pengeluarannya hendaklah dikawal oleh dan ditafsirkan menurut undang-undang Malaysia. Kami dengan ini menyerah, tanpa hak menarik balik, kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia.

12. Kami dengan ini bersetuju dan memberi kuasa tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat kepada pihak Bank untuk mendebitkan akaun kami dengan pihak Bank dengan atau tanpa notis untuk pembayaran sebarang wang yang mungkin terhutang dan perlu dibayar berhubung dengan atau menurut Kredit pada bila-bila masa yang dianggapkan sesuai oleh pihak Bank.

13. Kami dengan ini mengakui:-(i) melainkan diperuntukkan sebaliknya, pihak-pihak bersetuju bahawa sebarang caj, komisen, fi, perbelanjaan atau amaun yang sama yang akan digunakan di

dalam pengiraan caj, komisen, fi, perbelanjaan tersebut (“Caj”) adalah tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (“CBP”) sebagaimana yang mungkin terpakai di bawah peruntukan undang-undang Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 (termasuk perundangan subsidiari, perintah-perintah berkanun dan peraturan-peraturan yang mentadbir pemakaian CBP, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa). 

(ii) Jika apa-apa pembekalan yang dibuat di bawah atau berkaitan dengan terma-terma ini adalah tertakluk kepada CBP, pihak Bank boleh meningkatkan pertimbangan sebagaimana yang diperuntukkan oleh amaun CBP dan mendapatkan kembali amaun tambahan daripada kami sebagai tambahan kepada Caj tersebut. Dalam hal ini, kami memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun semasa kami bagi jumlah penuh CBP.

14. Kami dengan ini memberi persetujuan yang tidak boleh dibatalkan dan juga membenarkan pihak Bank dan/atau pegawainya untuk mendedahkan apa-apa maklumat, rekod atau maklumat berkaitan dengan akaun/urus-urus niaga, kepada:

(i) Bank Negara Malaysia, Unit Kredit Pusat, Garis Panduan ke atas Sistem Maklumat Cek Tak Layan, Sistem Maklumat Kredit Pusat (CCRIS), atau mana-mana biro lain atau agensi laporan kredit atau agensi perkadaran kredit sama ada ditubuhkan menurut perundangan Malaysia atau mana-mana badan kerajaan atau pihak berkuasa/badan kawal selia, atau agensi penguatkuasaan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, Cagamas Berhad, Perbadanan Jaminan Kredit (CGC) atau pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak Bank atau mana-mana badan yang ditubuhkan oleh sebuah perbadanan, agensi, atau pihak berkuasa yang mempunyai pemberian kuasa atau bidang kuasa ke atas pihak Bank dan kepada mana-mana pihak ketiga, jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang;

(ii) mana-mana depositori pusat atau ejen depositori yang diberi kuasa (sebagaimana termanya ditakrifkan di dalam Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991);

(iii) mana-mana pihak yang memberikan sekuriti bagi menjamin urus niaga kami di sini atau bagi kemudahan pinjaman dengan pihak Bank (“pihak sekuriti”) atau mana-mana penerima pindahan hak dari pihak Bank yang berpotensi atau pemegang serah hak pihak Bank yang berpotensi;

(iv) mana-mana orang yang bercadang atau bertujuan untuk membuat atau mengemukakan bayaran bagi liabiliti kami di bawah kemudahan pinjaman dengan pihak Bank atau yang disebabkan oleh urus niaga di sini; atau kepada mana-mana orang selepas terjadinya kejadian ingkar;

(v) mana-mana orang yang mana pendedahan tersebut adalah, pada pendapat pihak Bank, perlu untuk atau berkaitan dengan kajian semula, usaha wajar atau penguatkuasaan atau perlindungan atau percubaan penguatkuasaan atau perlindungan mana-mana hak dan kepentingan pihak Bank;

(vi) mana-mana orang menurut apa-apa pengaturan, komposisi, penstrukturan semula atau apa-apa cadangan pengaturan, komposisi, penstrukturan semula di antara pemiutang kami dan/atau pemiutang pihak sekuriti;

(vii) Kumpulan AmBank dan kepada mana-mana orang atau syarikat yang memberi kepada pihak Bank apa-apa perkhidmatan dan kepakaran berkaitan dengan undang-undang, perakaunan, pengauditan, kredit, pentadbiran, pemprosesan, pengurusan data atau perkhidmatan penasihat lain; dan

(viii) ejen kutipan hutang yang dilantik oleh mana-mana syarikat di bawah Kumpulan AmBank.

Bagi tujuan klausa ini, Kumpulan AmBank adalah merujuk kepada kesemua perbadanan (seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Syarikat 1965) pihak Bank yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia. Klausa ini hendaklah kekal berkuat kuasa walaupun dokumen ini dan/atau urus niaga di bawahnya telah ditamatkan.

15. Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam dokumen ini sebagai bahasa yang terpakai untuk dokumen ini. Bahasa yang dipilih di dalam dokumen ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam dokumen ini yang dibuat dalam bahasa lain.

Dengan memuat turun, mencetak dan menyerah kepada AmBank (M) Berhad (‘pihak Bank’) Permohonan Kredit Berdokumen dari laman web ini, kami dengan ini mengesahkan bahawa kami telah membaca, memahami dan mengakui Terma dan Syarat-syarat untuk Permohonan Kredit Berdokumen yang dinyatakan di sini dan sepenuhnya membenarkan pihak Bank untuk meneruskan dengan peruntukan perkhidmatan.

Muka Surat 2 daripada 4

AmBank (M) Berhad (8515-D) PERMOHONAN KREDIT DOKUMEN

Sila tanda di mana terpakai* Potong yang mana tidak terpakai

Tarikh Permohonan:   - -

Cara Pengeluaran: Melalui SWIFT (Sebagai Instrumen Kendali) Melalui Perkhidmatan Kurier

1. Pemohon/Pembeli (Nama Penuh & Alamat):                        

3. No. Ruj. Pelanggan:      

2. Benefisiari/Penjual (Nama Penuh & Alamat):                        

4. Bank Penasihat (Atas pilihan Bank Pengeluar, sekiranya tiada pelantikan):

           

5. Amaun Kredit (Mata Wang & Angka):      

6. Toleransi atas amaun kredit & kuantiti barangan:       +/-       %

7. Pengesahan Kredit Kepada Benefisiari: Diperlukan Tidak Diperlukan

8. Incoterms 2010 FOB CFR CIF Lain-lain :      

9. Tarikh Luput:   - - Tempat Luput:      10. Tarikh Penghantaran Terkini:   - -

11. Penghantaran Separa: Dibenarkan Tidak Dibenarkan12. Pemindahan: Dibenarkan Tidak Dibenarkan

13. Tempat Berlaku Pemuatan/Pengiriman:      

14. Tempat Destinasi/Penyerahan Akhir:      

15. Pelabuhan/Lapangan Terbang Pemuatan:      16. Pelabuhan/Lapangan Terbang Pemunggahan:      

17. Kredit Sedia Ada Melalui: Pembayaran Segera Penerimaan Pembayaran Tertunda Rundingan

dengan terhadap dokumen-dokumen yang diperincikan di sini dan

draf-draf Benefisiari yang akan dikeluarkan pada Ketika dilihat Tempoh:       hari selepas      

18. Keterangan Barangan:

Kod HS (Keterangan Komoditi dan Sistem Pengekodan Yang Diharmonikan) Kami mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa barangan ini BUKAN Barangan Strategik seperti mana ditakrifkan dalam Akta

Perdagangan Strategik 2010 (STA) dan peraturan-peraturannya.

19. Invois Komersial ditandatangan dalam: Asal dan Salinan

20. Senarai Pembungkusan dalam: Asal dan Salinan

21. Sijil Keasalan dalam: Asal dan Salinan, menunjukkan negara asal sebagai      

22. Bil Jalan Udara dikonsainkan kepada AmBank (M) Berhad23. Set lengkap Bil Muatan laut bersih atas kapal disediakan kepada AmBank (M) Berhad24. Pesanan Penyerahan disediakan atas nama AmBank (M) Berhad untuk akaun Pemohon25. Dokumen Pengangkutan Lain (nyatakan secara spesifik):      26. Dokumen Pengangkutan untuk menunjukkan pihak pemaklum sebagai Pemohon dan/atau      27. Dokumen Pengangkutan untuk menandakan pengangkutan: Pra Bayaran Kutipan Lain-lain

28. Untuk Insurans Yang Dilindungi Oleh Pengirim:

Sijil/Polisi Insurans untuk 110% atau % daripada nilai Invois (CIF/CIP) Meliputi Klausa Institut Kargo terhadap risiko-risiko berikut:

Klausa A Lain-lain Risiko-risiko Perang Mogok dan Kekecohan Awam TPND Klausa-klausa lain (nyatakan secara spesifik):       Dengan perlindungan lanjutan dari gudang penjual sehingga ke gudang pembeli. Untuk FOB/FCA atau CFR/CPT:       Insurans akan dilindungi oleh kami Sila aturkan Insurans bagi pihak kami

AMBIZ/BM/LC/08-2015

Muka Surat 3 daripada 4

AmBank (M) Berhad (8515-D) PERMOHONAN KREDIT DOKUMEN - sambungan

29. Dokumen-dokumen lain (nyatakan secara spesifik) :      

30. Dokumen-dokumen yang akan dikemukakan dalam hari selepas tarikh penghantaran yang ditunjukkan pada tarikh Dokumen Pengangkutan/Arahan Penyerahan tetapi di dalam kesahan Kredit.

31. Caj-caj Bank: Kesemua Caj Urusan Bank Di Dalam/Luar Malaysia Termasuk Caj Pengesahan (Sekiranya Ada) Adalah Untuk Akaun: Pemohon Benefisiari

Sila Debitkan Akaun Kami Bernombor: Dengan Anda Untuk Semua Caj Bank, Komisen, Yuran, Perbelanjaan Yang Dikeluarkan Sendiri, Dan Lain-lain Anda Berhubung Dengan Pengeluaran Tersebut. Caj-caj Sedemikian Hendaklah Termasuk Yang Untuk Akaun Benefisiari Yang Tidak Boleh Didapatkan Kembali oleh AmBank (M) Berhad.

32. Arahan-arahan Tambahan:

1. Sebagai balasan kepada permintaan kami kepada anda, AmBank (M) Berhad untuk mengeluarkan Kredit Berdokumen tanpa boleh ditarik balik (seperti mana ditunjukkan di atas), bagi akaun kami dan selaras dengan arahan-arahan di atas, kami dengan ini bersetuju tanpa hak menarik balik dan tanpa syarat untuk mematuhi sepenuhnya Terma dan Syarat bagi Kredit Berdokumen dan terma-terma yang dipaparkan dalam "Perjanjian Am Oleh Pelanggan (Pelanggan-pelanggan)/Perjanjian Kemudahan (Kemudahan-kemudahan)" AmBank (M) Berhad dan/atau laman web di bawah No. Rujukan dokumen: AMBIZ/BM/LC/08-2015T&C dan/atau perjanjian-perjanjian berkaitan yang lain yang telah dan akan dimaklumkan oleh anda kepada kami dan ketika ini berkuat kuasa di AmBank (M) Berhad. Kami memberi kuasa kepada anda untuk membuat apa-apa tambahan atau pindaan pada dokumen-dokumen penghantaran/perkapalan yang dinyatakan secara spesifik di bawah Kredit Berdokumen yang anda anggap perlu untuk memastikan pematuhan dengan Adat dan Amalan Seragam bagi Kredit Berdokumen Terbitan Dewan Perniagaan Antarabangsa dan/atau peraturan-peraturan kerajaan. Permohonan Kredit Berdokumen ini dan mana-mana pindaan seterusnya kepada Kredit Berdokumen hendaklah tertakluk kepada Adat dan Amalan Seragam bagi Kredit Berdokumen Terbitan Dewan Perniagaan Antarabangsa semasa setakat mereka tidak diubah atau dikecualikan secara nyata oleh terma-terma yang terkandung di sini. Di mana Kredit Berdokumen membenarkan pembayaran balik oleh bank dilantik, pembayaran balik oleh pihak Bank dilantik adalah tertakluk kepada Peraturan-peraturan Seragam Bagi Pembayaran Balik Bank-ke-Bank Di Bawah Kredit Berdokumen Terbitan Dewan Perniagaan Antarabangsa. Kami dengan ini mengisytiharkan bahawa kami sedar tentang dan mematuhi sepenuhnya Akta Perdagangan Strategik 2010 dan kesemua peraturan dan keperluan berhubung dengannya.

2. Kami akan mematuhi kepada Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (“FEA”) berkenaan dengan berurusan dalam mata wang, peminjaman & jaminan, pelaburan dalam aset mata wang asing, pembayaran, sekuriti & instrument kewangan dan eksport barangan setiap masa.

3. Kami mengesahkan bahawa hasil jualan dari perdagangan saudagar akan diterima dalam masa 6 bulan dari tarikh eksport dan memahami keperluan untuk melaporkan kepada BNM sekiranya hasil eksport tidak diterima dalam masa 6 bulan dari tarikh eksport seperti yang tertakluk dalam Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing (“FEA”) Notis 7.

UNTUK KEGUNAAN AMBANK (M) BERHAD SAHAJANo. Kredit Dokumen :Diisi Oleh :

(nama dan tandatangan)Diberi Kuasa Oleh :

(nama dan tandatangan)Diberi Kuasa Oleh :

(nama dan tandatangan)Catatan (jika ada) :

AMBIZ/BM/LC/08-2015

Kami dengan ini mengesahkan bahawa kami memilih bahasa yang digunakan di dalam borang ini sebagai bahasa yang terpakai untuk borang ini. Bahasa yang dipilih di dalam borang ini hendaklah diterima pakai dan diberi keutamaan jika terdapat percanggahan di dalam borang ini yang dibuat dalam bahasa lain.

______________________________________________________________Penandatangan (Penandatangan-penandatangan) Yang Diberi Kuasa

Bersama Dengan Cop Syarikat Yang Diberi Kuasa

Muka Surat 4 daripada 4