amanah budaya murni

2
Tajuk: Amanah Budaya Murni Isu nilai-nilai murni sering diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Terutamanya Amanah. Isu amanah ini menjadi topik perbincangan yang hangat kerana generasi muda didapati kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu diperbaiki demi kebaikan bersama. Amanah bukan sahaja melibatkan wang ringgit, namun juga amanah terhadap tanggungjawap atau tugas yang diberikan. Begitulah pendahuluan pidato saya pada hari ini, yang bertajuk “ Amanah Budaya Murni” Hadirin sekalian, Sifat amanah adalah sifat yang terpuji. Orang yang mempunyai sifat amanah akan mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap amanah juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain kerana orang yang amanah tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti mencuri dan rasuah. Gejala rasuah adalah isu amanah yang sangat serius. Ia melibatkan orang atasan, orang ternama hinggalah pangkat kerani sekalipun. Begitu juga halnya dengan pecah amanah. Ia berlaku apabila pekerja atau seseorang yang tidak memegang amanah, contohnya menggunakan duit kedai untuk peribadi. Amanah pada tanggungjawap juga adalah satu bentuk amanah yang sering diabaikan. Jika kita sebagai pelajar, amanah kita adalah untuk belajar di sekolah. Jika kita hadir ke sekolah hanya sambil lewa, kita juga telah dikategorikan sebagai tidak amanah. Iaitu, tidak amanah pada tanggungjawap sebagai pelajar. Akibatnya, kita akan tercicir daripada pelajaran dan ketinggalan. Hadirin yang saya muliakan, Dalam situasi yang besar, amanah sangat penting bagi sesebuah Negara. Gejala rasuah contohnya boleh membinasakan bangsa dan Negara. Tidak amanah pada tugas akan menjadikan suatu sistem atau organisasi itu lumpuh. Jika semua rakyat mengamalkan nilai amanah, pasti negara kita akan bertambah maju dan disukai oleh orang luar. Sifat amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sifat amanah akan melahirkan sifat kesedaran kerana setiap perbuatan dilihat oleh Allah. Amanah juga akan membawa rezeki. Ia akan melahirkan keluarga yang bahagia serta membawa kepada sifat saling percaya. Hadirin sekalian,

Upload: boonyi-unai

Post on 16-Nov-2015

14 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pidato spontan

TRANSCRIPT

Tajuk: Amanah Budaya MurniIsu nilai-nilai murni sering diperkatakan dalam surat khabar dan televisyen. Terutamanya Amanah. Isu amanah ini menjadi topik perbincangan yang hangat kerana generasi muda didapati kurang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian. Isu ini tidak boleh dipandang ringan dan ia perlu diperbaiki demi kebaikan bersama. Amanah bukan sahaja melibatkan wang ringgit, namun juga amanah terhadap tanggungjawap atau tugas yang diberikan. Begitulah pendahuluan pidato saya pada hari ini, yang bertajuk Amanah Budaya MurniHadirin sekalian,

Sifat amanah adalah sifat yang terpuji. Orang yang mempunyai sifat amanah akan mempunyai harga diri yang tinggi. Sikap amanah juga dapat menjadikan kita disukai oleh orang lain kerana orang yang amanah tidak akan melakukan perkara yang negatif seperti mencuri dan rasuah. Gejala rasuah adalah isu amanah yang sangat serius. Ia melibatkan orang atasan, orang ternama hinggalah pangkat kerani sekalipun. Begitu juga halnya dengan pecah amanah. Ia berlaku apabila pekerja atau seseorang yang tidak memegang amanah, contohnya menggunakan duit kedai untuk peribadi. Amanah pada tanggungjawap juga adalah satu bentuk amanah yang sering diabaikan. Jika kita sebagai pelajar, amanah kita adalah untuk belajar di sekolah. Jika kita hadir ke sekolah hanya sambil lewa, kita juga telah dikategorikan sebagai tidak amanah. Iaitu, tidak amanah pada tanggungjawap sebagai pelajar. Akibatnya, kita akan tercicir daripada pelajaran dan ketinggalan.

Hadirin yang saya muliakan,

Dalam situasi yang besar, amanah sangat penting bagi sesebuah Negara. Gejala rasuah contohnya boleh membinasakan bangsa dan Negara. Tidak amanah pada tugas akan menjadikan suatu sistem atau organisasi itu lumpuh. Jika semua rakyat mengamalkan nilai amanah, pasti negara kita akan bertambah maju dan disukai oleh orang luar. Sifat amanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Sifat amanah akan melahirkan sifat kesedaran kerana setiap perbuatan dilihat oleh Allah. Amanah juga akan membawa rezeki. Ia akan melahirkan keluarga yang bahagia serta membawa kepada sifat saling percaya.Hadirin sekalian,Amalan nilai-nilal murni amat penting dalam kehidupan seharian kerana amalan ini banyak faedahnya. Amalan nilai murni ini perlu dipertingkatkan oleh masyarakat dari semasa ke semasa. Pada pendapat saya, pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen kesedaran tentang amalan nilai-nilal murni di stesen televisyen dan radio. Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat akan menjadikan negara Malaysia aman, tenteram serta maju. Sekian dan terima kasih.