amali sistem jantung

5
AMALI SISTEM JANTUNG Soalan 1 Jelaskan secara terperinci kenapa kadar nadi berubah selepas menjalankan sesuatu aktiviti? Apabila kita melakukan aktiviti,otot memerlukan oksigen yang lebih dari biasa untuk menghasilkan tenaga untuk bekerja.kadar nadi meningkat untuk membekalkan darah beroksigen yang segar untuk otot dengan cepat agar otot dapat meneruskan bekerja. Situasi ini juga dapat dilihat apabila seseorng atlet berlari dan apabila selesai berlari kadar denyutan jantung akan berubah keran untuk menggantikan oksigen yang digunakan oleh otot dalam badan. Jadi jantung terpaksa mengepam darah secara cepat untuk menyalurkan oksigen ke seluruh otot. Apabila otot-otot memerlukan oksigen untuk berkerja,jantung akan mengepam darah beroksigen yang diperoleh dari paru-paru keluar melalui saluran darah pulmonary arteri dengan tekanan yang tinggi. Kesan dari tekanan yang kuat itu,salur darah akan membesar dan saluran dalamnya akan menjadi sempit untuk menambahkan kelajuan untuk sampai ke otot. Jantung juga mengepam darah ke tisu badan untuk membekalkan oksigen dan nutrisi dan dalam mengangkut bahan kumuh dari otot semasa melakukan aktiviti. Oleh itu,kadar nadi kita berdenyut dengan laju semasa melakukan aktivati dan ianya akan kembali berdenyut seperti

Upload: hafeez-shafeek-ahsoh

Post on 18-Dec-2014

68 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

asdasd

TRANSCRIPT

Page 1: Amali Sistem Jantung

AMALI SISTEM JANTUNG

Soalan 1

Jelaskan secara terperinci kenapa kadar nadi berubah selepas menjalankan

sesuatu aktiviti?

Apabila kita melakukan aktiviti,otot memerlukan oksigen yang lebih dari biasa

untuk menghasilkan tenaga untuk bekerja.kadar nadi meningkat untuk membekalkan

darah beroksigen yang segar untuk otot dengan cepat agar otot dapat meneruskan

bekerja. Situasi ini juga dapat dilihat apabila seseorng atlet berlari dan apabila

selesai berlari kadar denyutan jantung akan berubah keran untuk menggantikan

oksigen yang digunakan oleh otot dalam badan. Jadi jantung terpaksa mengepam

darah secara cepat untuk menyalurkan oksigen ke seluruh otot.

Apabila otot-otot memerlukan oksigen untuk berkerja,jantung akan

mengepam darah beroksigen yang diperoleh dari paru-paru keluar melalui saluran

darah pulmonary arteri dengan tekanan yang tinggi. Kesan dari tekanan yang kuat

itu,salur darah akan membesar dan saluran dalamnya akan menjadi sempit untuk

menambahkan kelajuan untuk sampai ke otot. Jantung juga mengepam darah ke

tisu badan untuk membekalkan oksigen dan nutrisi dan dalam mengangkut bahan

kumuh dari otot semasa melakukan aktiviti.

Oleh itu,kadar nadi kita berdenyut dengan laju semasa melakukan aktivati dan

ianya akan kembali berdenyut seperti biasa selepas aktivti di mana otot-otot tidak

lagi melakukan aktivti.

Soalan 2

Page 2: Amali Sistem Jantung

Brachycardia adalah sejenis penyakit yang sering dihidapi oleh golongan

orang tua. Jelaskan penyakit ini.

Brachycardia ialah satu penyakit yang meyebabkan jantung manusia

berdegup dengan perlahan-lahan.Bagi manusia normal,kadar jantung berdegup

ialah pada 60 hingga 100 denyutan seminit.Penghidap penyakit ini akan mengalami

degupan jantung kurang dar 60 kali denyutan seminit.

Penyakit bradycadia ini boleh terjadi dengan perubahan dalam jantung

disebabkan oleh penuaan.Fenomena ini akan berlaku juga pada golongan muda

apabila mereka mengalami pertambahan umur di samping tidak menjalani aktiviti

senaman.Bradycardia juga merupakan satu penyakit yang dapat merosakkan sistem

elektrik jantung.

Penyakit ini juga memberi kesan kepada pernafasan dan sukar untuk

bersenam. Individu ini akan menghadapi sesak nafas kerana darah tidak dapat

dipam ke dalam otot unutk bekerja. Jadi otot menjadi lemah dan tidak dapat

menampunag aktiviti yang berat.

Pada tahap yang kritikal,pesakit akan pengsan kerana kadar degupan yang

amat perlahan telah menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah.

Bradycardia dapat dikesan dan didiagnosis dengan melakukan pemeriksaan fizikal

dan melakukan ekektrokardiogram(EKG). Elektrokardiogram (EKG) merupakan satu

alat pengukur yang mengukur isyarat elektrik yang dikeluarkan oleh jantung untuk

mengawal degupan jantung.

Soalan 3

Page 3: Amali Sistem Jantung

Demam dan mendengar muzik menjejaskan kadar denyutan jantung. Jelaskan

Semasa demam badan kita akan bertindak dengan mengepam lebih banyak

darah ke seluruh badan untuk memenuhi peningkatan metabolik akibat jangkitan

yang berlaku.Selain itu juga,badan juga akan mengawal suhu badan agar tidak

menjadi terlalu panas ketika demam.Ianya dilakukan dengan tiga mekanisme organ

yang paling besar iaitu kulit. Apabila badan menjaid panas maka proses alairan

darah semakin meningkat dan menyebabkan suhu badan meningkat. Jadi darah

perlu dipam secara cepat ke semua badan untuk membebaskan haba ke

persekitaran.

Menurut kajian terkini,mendengar muzik dapat mempengaruhi tahap

ketenangan seseorang.Hal ini kerana muzik dapat menjana ritma jantung

berdasarkan jenis muzik yang didengar.Para pengkaji menyatakan bahawa apabila

seseorang itu mendengar lagu yang mempunyai tempo yang lebih cepat akan

menghasilkan pengudaraan,kadar jantung dan tekanan darah yang tinggi.

Kebanyakkan doktor akan menggunakan kaedahpendengaran muzik untuk

memastikan tahap ketenangan dan kadar denyutan jantung stabil.

Soalan 4

Page 4: Amali Sistem Jantung

Mengapakah bayi atau kanak-kanak mempunyai degupan jantung yang tinggi

daripada orang dewasa?

Bayi atau kanak-kanak mempunyai struktur saiz jantung yang lebih kecil dari

orang dewasa.Semakin kecil saiz jantung,semakin cepat kadar denyutan.Sebagai

contoh, jantung seorang pelari acara marathon akan mempunyai denyutan antara 35

sehingga 40 selepas menjalani latihannya. Faktor fizikal merupakan faktor utama

kerana kanak-kanak mempunyai denyutana jantung yang lebih cepat disebabkan

oleh sistem peredaran darah kanak-kanak tidak matang seperti orng dewasa.

Denyutan jantung yang laju amat penting bagi seseorang bayi.Hal ini penting

kerana paru-paru bayi tidak berkembang sepenuhnya.Keadaan ini telah

menyebabkan paru-paru bayi tidak mempunyai luas permukaan alveolar yang

banyak.Luas permukaan alveolar diperlukan oleh udara untuk proses penukaran gas

dengan darah. Disamping itu juga. Kanak-kanak perlu menyingkirkan karbon

doksida dan memerlukan oksigen secara berterusan dengan kadar ynag singkat.

Jadi daraha kan dipam secara cepar ke seluruh badan.