amali 5 ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik

Upload: achett-amid

Post on 03-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 AMALI 5 Ammonia, Asid Sulfurik Dan Asid Nitrik

    1/3

    Laporan Amali : Abd Razak Bin Sulaiman SN3

    1

    AMALI 5 : Ammonia, Asid Sulfurik dan Asid Nitrik.

    Objektif :

    Menyediakan baja garam ammonia.

    Bahan/Radas:

    Larutan ammonia (2M), asid sulfurik cair (1M), bikar, rod kaca, penunu bunsen, tungku kaki

    tiga, kasa dawai, corong turas dan kertas turas.

    Prosedur:

    1. 30cm3 asid sulfurik cair diisi ke dalam bikar.2. Larutan ammonia sulfat dimasukkan sedikit demi sedikit sambil mengacau larutan

    tersebut.3. Berhenti menambah larutan ammonia sulfat sehingga larutan mengeluarkan bau

    amniotik.

    4. Larutan dipanaskan sehingga isipadu larutan menjadi 1/3 daripada isipadu asal.5. Sejukkan larutan di dalam larutan campuran ais dan air. Turaskan hablur garam yang

    terhasil dengan menggunakan corong turas dan kertas turas.

  • 7/29/2019 AMALI 5 Ammonia, Asid Sulfurik Dan Asid Nitrik

    2/3

    Laporan Amali : Abd Razak Bin Sulaiman SN3

    2

    Soalan:

    1. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang untuk mewakili pembentukkan ammoniumsulfat dalam eksperimen ini.

    2NH3 + H2SO4 (NH4)2SO42. Bagaimanakah penambahan ammonium sulfat ke dalam tanah dapat mempengaruhi

    pH tanah?

    Ammonium sulfat dapat menaturalkan pH tanah yang bersifat asid dan

    menyediakan tanah untuk pertanian.

    3. Selain digunakan sebagai baja, ammonium sulfat juga digunakan sebagai penyemburagrikultur adjuvant untuk racun serangga yang larut dalam air. Jelaskan fungsi

    ammonium sulfat di dalam penggunaan ini.

    Ammonium sulfat berfungsi untuk mengurangkan ketegangan permukaan air pada

    permukaan titisan semburan dengan ini dapat mengurangkan ketegangan antara

    semburan dengan permukaan daun. Ini membantu daun menyerap nutrient yang

    terkandung dalam ammonium sulfat.

    4. Namakan 3 contoh baja asli yang digunakan dalam pertanian.a. Kompos cacingb. Baja kumbahanc. Najis haiwan

    5. Namakan 3 contoh baja buatan yang digunakan dalam pertanian.a. Baja ammoniab. Baja nitratc. Baja fosfat

    6. Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pembentukkan:a. Ammonium fosfat.NH4OH + H3PO4 (NH4)PO4 + H2Ob. Ammonium nitratNH4OH + NO3 (NH4)NO3 + H2Oc. UreaNH4OH + CO (NH2)2CO + H2O

  • 7/29/2019 AMALI 5 Ammonia, Asid Sulfurik Dan Asid Nitrik

    3/3

    Laporan Amali : Abd Razak Bin Sulaiman SN3

    3

    7. Kirakan peratus nitrogen dalam 1 mol bagi baja-baja di atas.[Jisim atom relatif :H,1; C,12; N,14; O,16; P,31; S,32]

    a) (NH4)PO4 = 14 + (4 x 1) + 31 + (16 x 4)= 14 + 4 + 31 + 64

    = 113

    Peratus nitrogen = (14 / 133) x 100

    = 10.53%

    b) (NH4)NO3 = 14 + (4 x 1) + 14 + (16 x 3)= 14 + 4 + 14 + 48

    = 76

    Peratus nitrogen = (28 / 76) x 100

    = 36.84%

    c) (NH2)2CO = (2 x 14) + 2(2 x 1) + 12 + 16= 28 + 4 + 12 + 16

    = 60

    Peratus nitrogen = (28 / 60) x 100

    = 46.67%

    8. Berdasarkan pengiraan di atas, baja manakah yang paling sesuai untukpertumbuhan. Jelaskan jawapan anda.

    Baja urea lebih sesuai untuk pertumbuhan kerana mempunyai peratus nitrogen

    yang tinggi berbanding baja ammonia fosfat dan ammonia nitrat.