amali 1 - larutan piawai

16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG TUGASAN PROJEK : AMALI 1 (SCE 1014) LARUTAN PIAWAI PROGRAM : PPISMP NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI KELAS : P1SN AMBILAN : JUN 2015 NAMA PENSYARAH : PUAN YEW LEE HEANG TARIKH HANTAR : 17 OGOS 2015

Upload: ahmad-fahmi

Post on 17-Feb-2017

1.414 views

Category:

Science


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amali 1 - Larutan Piawai

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANGTUGASAN PROJEK : AMALI 1 (SCE 1014)

LARUTAN PIAWAI

PROGRAM : PPISMP

NAMA : AHMAD FAHMI BIN MOHD RAZALI

KELAS : P1SN

AMBILAN : JUN 2015

NAMA PENSYARAH : PUAN YEW LEE HEANG

TARIKH HANTAR : 17 OGOS 2015

Page 2: Amali 1 - Larutan Piawai

LAPORAN AMALI

Page 3: Amali 1 - Larutan Piawai

TujuanMerancang dan menjalankan satu eksperimen untuk menyediakan dua jenis larutan piawai yang

berlainan kepekatan.

Alat radas dan bahanKuprum (II) sulfat;CuSO4, Natrium hidroksida;NaOH, air suling, 100 cm³ kelalang volumetrik, 100 cm³

bikar, rod kaca, spatula, penimbang elektronik, kertas turas, botol pembasuh, corong turas.

ProsedurA. Penyediaan 100 cm³ larutan piawai kuprum (II) sulfat,CuSO4 dengan kemolaran 1.0 mol dm-3

i. Bagi penyediaan 1.0 mol dm-3 kuprum (II) sulfat,CuSO4, 24.90 g pepejal kuprum (II) sulfat

ditimbang di dalam bikar menggunakan penimbang elektronik.

ii. Kuprum (II) sulfat tersebut kemudiannya dilarutkan menggunakan air suling dan dikacau

menggunakan rod kaca.

iii. Setelah larut, cecair kuprum (II) sulfat itu dituangkan ke dalam 100 cm3 kelalang volumetrik.

iv. Satu per tiga air suling kemudian dituangkan di dalam kelalang volumetrik menggunakan

bikar. Setelah itu, bikar kecil berisi cecair kuprum (II) sulfat tadi dibilas dengan sedikit air

suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik. Corong turas

juga dibilas beberapa kali menggunakan air suling. Kemudian, corong turas ditanggalkan.

v. Air suling ditambah dengan perlahan-lahan menggunakan botol air suling sehingga meniskus

larutan berada pada senggatan 100 cm³.

vi. Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat.

vii. Kelalang volumetrik digoncang dan ditelangkupkan beberapa kali supaya larutan bercampur

sekata.

B. Penyediaan 100 cm³ larutan piawai natrium hidroksida,NaOH dengan kemolaran 1.0 mol dm-3

i. Bagi penyediaan 1.0mol dm-3 larutan natrium hidroksida,NaOH, 24.90 g pepejal natrium

hidroksida ditimbang di dalam bikar menggunakan penimbang elektronik.

ii. Natrium hidroksida tersebut kemudiannya dilarutkan menggunakan air suling dan dikacau

menggunakan rod kaca.

iii. Setelah larut, cecair natrium hidroksida itu dituangkan ke dalam 100 cm3 kelalang volumetrik.

iv. Satu per tiga air suling kemudian dituangkan di dalam kelalang volumetrik menggunakan

bikar. Setelah itu, bikar kecil berisi cecair natrium hidroksida tadi dibilas dengan sedikit air

suling. Kemudian semua air bilasan dituangkan ke dalam kelalang volumetrik. Corong turas

juga dibilas beberapa kali menggunakan air suling. Kemudian, corong turas ditanggalkan.

v. Air suling ditambah dengan perlahan-lahan menggunakan botol air suling sehingga meniskus

larutan berada pada senggatan 100 cm³.

vi. Kelalang volumetrik ditutup dengan penutup sehingga ketat.

vii. Kelalang volumetrik digoncang dan ditelangkupkan beberapa kali supaya larutan bercampur

sekata.

Page 4: Amali 1 - Larutan Piawai

Keputusan1. Larutan jernih telah dihasilkan tetapi tidak berjaya kerana mengandungi benda asing.

2. Larutan biru telah dihasilkan tetapi tidak berjaya kerana melebihi paras senggatan.

Perbincangan1. Dalam analisis kimia, larutan piawai ialah larutan yang mengandungi kepekatan yang tepat

dalam sesuatu bahan atau elemen. Ia disediakan menggunakan bahan piawai.

2. Larutan piawai digunakan untuk mengenalpasti kepekatan bahan yang lain,seperti larutan

dalam pentitratan.

3. Setiap kelalang volumetrik mempunyai isipadu senggatan yang tepat seperti 250 cm³ dan 500

cm³.Maka, setiap isipadu yang diukur menggunakan kelalang volumetrik akan selalu tepat.

4. Sebelum melakukan eksperimen, semua alat radas dibilas mneggunakan air suling untuk

mengelakkan perubahan kemolaran larutan.

5. Jangan memegang bahan kimia dengan tangan.Gunakan spatula untuk mengambil bahan

kimia pepejal dari botol.

6. Masukkan bahan sedikit demi sedikit ke dalam air yang banyak sambil mengacaunya.

7. Jangan masukkan air ke dalam bahan kerana kebanyakan bahan membebaskan haba

apabila dilarutkan dalam air.

8. Gunakan kedua-dua belah tangan ketika membawanya di mana sebelah tangan memegang

leher botol dan sebelah lagi memegang bahagian bawah botol.

9. Semasa menimbang bahan pepejal tersebut,terdapat gangguan angin yang memberikan

kesan untuk mendapat bacaan yang betul.

10. Radas tidak boleh dibasuh menggunakan air paip ataupun air selain daripada air suling

kerana ia dapat mempengaruhi hasil larutan kimia tersebut.

11. Semasa menjalankan eksperimen ini, saya telah melakukan kesalahan di mana saya tidak

membersihkan corong turas dengan sebaik-baiknya.Akibatnya, larutan natrium

hidroksida,NaOH yang dihasilkan mengandungi bendasing dan ini mempengaruhi hasil

dapatan larutan kimia tersebut.

12. Radas perlulah dibasuh menggunakan air suling sehingga tiada pepejal yang tertinggal untuk

mengelakkan kesan kepada kepekatan larutan.

13. Selain itu, saya juga melakukan kesilapan dalam menggunakan penitis untuk memasukkan

air suling ke dalam kelalang volumetrik.

14. Penitis seharusnya digunakan untuk menambah air suling secara sedikit demi sedikit untuk

mencapai senggatan isipadu pada kelalang volumetrik.

15. Kelalang volumetrik perlulah ditutup dengan rapat agar larutan tidak tertumpah.

16. Mata hendaklah selari dengan meniskus larutan untuk mengelakkan ralat bacaan.

17. Langkah terbaik untuk menyekatakan larutan adalah menelangkup dan bukanlah digoncang.

Page 5: Amali 1 - Larutan Piawai

Kesimpulan1.0 mol dm-3 larutan piawai kuprum (II) sulfat,CuSO4 dapat disediakan dengan melarutkan pepejal

kuprum (II) sulfat ke dalam air suling sehingga mendapat isipadu yang dikehendaki.Namun, hasil

dapatan larutan kimia saya tidak diterima kerana melebihi senggatan isipadu kelalang volumetrik.

Selain itu, 1.0 mol dm-3 larutan piawai natrium hidroksida,NaOH dapat disediakan dengan melarutkan

pepejal natrium hidroksida ke dalam air suling sehingga mendapat isipadu yang dikehendaki.

Bendasing yang terkandung dalam larutan yang dihasilkan saya juga telah mempengaruhi hasil

dapatan larutan kimia dan ianya tidak diterima.

Page 6: Amali 1 - Larutan Piawai

JAWAPAN SOALAN

Page 7: Amali 1 - Larutan Piawai

Soalana. 60.0 g magnesium sulfat kontang dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 500 cm³

larutan. Hitungkan kemolaran yang telah disediakan.(Jisim atom relatif: O,16; Mg, 24; S,32)

Bilangan mol =Jisim

Jisimmolekul relatif

Bilangan mol =60

24+32+16 (4)

Bilangan mol =0.5mol

0.5mol =(M )(500)1000

M=0.50.5

M =1.0moldm-3

b. Hitungkan kepekatan dalam g dm-3 bagi 0.6 mol dm-3 larutan ferum(III) klorida.(Jisim atom relatif: Cl,35.5; Fe,56)Kepekatan (g dm-3) = Kepekatan (mol dm-3) x jisim molekul relatif

Kepekatan (g dm-3) = (0.6 mol dm-3) (56+35.5(3))

= 97.5 g dm-3

c. Berapakah jisim hablur asid etanoik, H₂C₂O₄.2H₂O, yang perlu dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 200 cm³ larutan asid etanoik 0.2 mol dm-3 ?(Jisim atom relatif: H,1; C,12; O,16)

= Bilangan mol H₂C₂O₄.2H₂O x jisim molar H₂C₂O₄.2H₂O

= 0.2x 2001000 x (1(6)+12(2)+16(5))

= 0.04 x 110

= 4.4 g

d. 5.13 g barium hidroksida dilarutkan dalam air untuk menghasilkan satu larutan yang mempunyai kepekatan 0.01 mol dm-3 . Hitungkan isipadu larutan yang telah disediakan.(Jisim atom relatif: H,1; O,16; Ba,137)Bilangan mol Ba(OH)2 x jisim molar Ba(OH)2 = 5.13 g

(0.01 )(V )1000

x (137+16(2)+1(2)) = 5.13 g

(1.71x10-3¿(V )= 5.13 g

V = 3000 cm3

Page 8: Amali 1 - Larutan Piawai

a. Q ialah suatu sebatian organik. 12.0 g Q tulen telah dilarutkan dalam air untuk menjadikan 1dm³ larutan. Kemolaran larutan yang disediakan ialah 0.2 mol dm-3. Hitungkan jisim molekul relatif bahan Q.

(0.2 ) (1 )x Jisim molekul relatif Q = 12.0 g

Jisim molekul relatif Q = 12.00.2

Jisim molekul relatif Q = 60 g mol-1

Page 9: Amali 1 - Larutan Piawai

RUJUKAN

Page 10: Amali 1 - Larutan Piawai

Lampiran

Page 11: Amali 1 - Larutan Piawai

Rujukan

Page 12: Amali 1 - Larutan Piawai

Soo, T. P. (2008). Complete Text & Guide Bilingual Chemistry Form 4. Shah Alam,Selangor,Malaysia: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Theng, O. T. (2008). Compact Guide Chemistry SPM BIlingual. Shah Alam,Selangor,Malaysia: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Hashim Mohd Zin. (2003, April 17). Teknik Asas Kimia. Retrieved from Panduan Makmal Sains Sekolah: http://makmal.9f.com/teknikasaskimia.html

Saunders, N., & Burch, S. (2000, May). Making Standard Solutions. Retrieved from Creative Chemistry: http://www.creative-chemistry.org.uk/alevel/module1/documents/N-ch1-49.pdf

Page 13: Amali 1 - Larutan Piawai