amalan terbaik kesejahteraan sosial dilaksanakan oleh bandar-bandar atau negara di dunia

8
AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA- NEGARA DI DUNIA AFIQ RIFQI BIN AMRAN A172073

Upload: afiqrifqi

Post on 17-May-2021

31 views

Category:

Education


1 download

DESCRIPTION

NAMA :AFIQ RIFQI BIN AMRAN (A172073) NAMA PENYARAH :PROF. DR RIZA ATIQ BIN ORANG KAYA RAHMAT LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM

TRANSCRIPT

Page 1: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN

SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU

NEGARA-NEGARA DI DUNIA

AFIQ RIFQI BIN AMRANA172073

Page 2: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

PEMBANGUNAN SOSIAL MERUPAKAN SATU PROSES

PEMBANGUNAN YANG MEMBERI PENEKANAN KEPADA MANUSIA

DAN SISTEM SOSIALNYA. IA DIHUBUNGKAITKAN DENGAN

PELBAGAI STRATEGI, PROGRAM DAN AKTIVITI YANG MENEKANKAN

KEPADA PENGISIAN NILAI-NILAI YANG AKAN MEMPERTINGKATKAN

KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN DALAM ERTI

KATA SEBENAR.

Page 3: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

3

AMALAN PEMBANGUNAN SOSIAL

PEMBASMIAN KEMISKINAN

KESEJAHTERAAN KELUARGA KESUKARELAWAN

Page 4: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

4

PEMBASMIAN KEMISKINANProgram pembasmian kemiskinan adalah salah satu agenda sosial yang sentiasa diberi tumpuan oleh kerajaan di Malaysia dimana pembentukan program ini telah dijalankan dengan penuh komitmen. Rancangan Malaysia Ke-11, kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan kepada 0.6%. Hasil daripada ini Malaysia telah berjaya menurunkan kadar kemiskinan dan mempertingkatkan kualiti hidup individu, masyarakat dan keluarga di Malaysia. Pembasmian kadar kemiskinan telah diberi tumpuan penuh daripada pelbagai pihak terutama pihak kerajaan. Usaha ini dapat dilihat dengan kewujudan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru hingga kepada Dasar Pembangunan Nasional. Kerajaan juga turut menyediaakan kemudahan-keudahan dari aspek pendidikan, prasarana yang baik bagi membantu kelompok-kelompok termiskin di bandar dan luar bandar.

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 pula, matlamat utama pembangunan perkhidmatan sosial ialah untuk meningkatkan kualiti hidup dan membangunkan masyarakat yang matang, penyayang serta dilengkapi dengan nilai-nilai murni yang positif serta berintegriti. Dalam mencapai matlamat Dasar Wawasan Negara, pembangunan modal insan menjadi teras utama dalam menyokong peningkatan daya saing dan daya tahan ekonomi. Bagi tujuan ini, strategi dan program pembangunan sumber manusia perlu memberi tumpuan dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, berkemahiran, inovatif, mempunyai nilai-nilai positif dan mampu menghadapi persaingan global. Sehubungan ini, sistem pendidikan dan latihan perlu diperkukuhkan supaya lebih responsif kepada perkembangan dan keperluan ekonomi serta untuk mengelakkan berlakunya mismatching diantara permintaan dan penawaran tenaga kerja.

Page 5: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

5

KESEJAHTERAAN KELUARGADalam pembangunan sosial, pengukuhan sistem kekeluargaan juga diberikan tumpuan . Hal ini kerana, keluarga yang stabil dan harmoni adalah penting untuk memastikan kesejahteraan hidup. Walau apapun cabaran yang dihadapi oleh institusi keluarga di Malaysia, ia perlu dipertahankan dan diberi keutamaan. Pengukuhan institusi keluarga akan dapat mengembalikan kekuatan dan ikatan dalam masyarakat. Dalam masyarakat semasa, kita perlu pastikan bahawa keluarga di negara ini sentiasa sejahtera dan usaha-usaha untuk mempertingkatkan nilai-nilai murni dan nilai kekeluargaan perlu diberi keutamaan.

Dianggarkan terdapat sejumlah 230,000 orang kurang upaya di Malaysia namun hanya lebih kurang 123,000 sahaja Orang Kurang Upaya yang telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sehubungan itu, Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk memperjuangkan nasib dan kesejahteraan serta kemajuan OKU di samping membuktikan komitmen yang tinggi terhadap kebajikan OKU. Untuk dekad ini pihak ESCAP telah mencadangkan Millennium Framework for Actions Towards an inclusive, barrier-free and Rights Based Society for Persons with Disabilities in Asia and Pacific.

Page 6: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

6

KESUKARELAWANAktiviti sukarelawan ini perlu diperkukuhkan lagi dalam masyarakat kita memandangkan aktiviti ini berlandaskan ciri-ciri penyayang. Bagi melahirkan masyarakat yang komited, kerajaan perlu bekerjasama dengan pihak NGO untuk memperkukuhkan lagi usaha-usaha sukarelawan dalam masyarakat. Pihak NGO juga perlu mempergiatkan usaha untuk pembangunan sosial. Sokongan pihak kerajaan mesti sentiasa memberi sokongan pada NGO untuk berganding-bahu memberi atau menyediakan perkhidmatan kepada keluarga, kanak-kanak, warga tua dan orang kurang upaya. Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor swasta dan sukarela perlu untuk mewujudkan satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat. Hal ini bertujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembanguan sosial adalah tanggungjawab bersama.

Sehubungan dengan itu, peranan daripada pihak korporat juga akan dapat membantu dalam usaha negara menangani isu-isu sosial dan memperkukuhkan usaha membangunkan masyarakat negara ini. Pendekatan-pendekatan seperti pendekatan smart partnership dengan badan-badan korporat akan dapat mempercepatkan usaha kerajaan untuk mewujudkan kehidupan masyarakat yang lebih berkualiti dan sejahtera khususnya dikalangan mereka yang amat memerlukan seperti Orang Kurang Upaya, Warga Tua dan golongan termiskin.

Page 7: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

7

KESIMPULAN

Pencapaian agenda pembangunan seimbang bergantung kepada struktur yang mantap di

semua peringkat bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian

program serta aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh semua pihak, baik kerajaan, badan bukan kerajaan, komuniti

mahupun sektor swasta. Kerajaan perlu terus memberi penekanan kepada pembangunan sosial sebagai satu agenda utama negara.

Dalam usaha memacu negara ke arah kesejahteraan, kita akan sentiasa dicabar oleh pelbagai cabaran. Satu cabaran yang paling ketara ialah untuk negara ini terus bergerak pantas mengejar pembangunan

ekonomi dan mencuba untuk mengimbanginya dengan dasar yang

memerlukan kita menjadi negara yang penuh dengan nilai-nilai murni dan

kemanusiaan.

Page 8: AMALAN TERBAIK KESEJAHTERAAN SOSIAL DILAKSANAKAN OLEH BANDAR-BANDAR ATAU NEGARA DI DUNIA

THANK YOU !