malaysia - parlimen · malaysia dewan rakyat yang keenam penyata rasmi parlimen penggal yang...

68
Jilid I fns Hari Selasa Bil. 80 lhb November, 1983 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT HOUSE OF REPRESENTATIVES PARLIMEN KEENAM Sixth Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 11373] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT [Ruangan 11410] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan , 1984 [ Ruangan 11411] USUL-USUL: Perintah Duti Kastam ( Pindaan ) (No. 43) 1983 [Ruangan 11410] Anggaran Pembangunan , 1984 [Ruangan 11411] D1CETAK OLEH JABATAN PERU TAKAN NI:GARA, KUALA LUMPUR HAJI MOKHTAR SHAMSUDDIN, J.S.D., S.M.T., S.M,S,. K.M.N., P.I.S., KETUA PENGARAH 1986

Upload: dotram

Post on 01-May-2019

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid I fns Hari SelasaBil. 80 lhb November, 1983

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMENPARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN RAKYATHOUSE OF REPRESENTATIVES

PARLIMEN KEENAMSixth Parliament

PENGGAL PERTAMAFirst Session

KANDUNGANNYA

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN[Ruangan 11373]

RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT[Ruangan 11410]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan , 1984 [Ruangan 11411]

USUL-USUL:

Perintah Duti Kastam (Pindaan) (No. 43) 1983 [Ruangan 11410]

Anggaran Pembangunan , 1984 [Ruangan 11411]

D1CETAK OLEH JABATAN PERU TAKAN NI:GARA, KUALA LUMPUR

HAJI MOKHTAR SHAMSUDDIN, J.S.D., S.M.T., S.M,S,. K.M.N., P.I.S.,

KETUA PENGARAH

1986

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT YANG KEENAM

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG PERTAMA

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Berhormat Tuan Yang Dipertua, DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL,

S.P.M.K ., D.S.D.K., J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, DATO' SERI DRMAHATHIR BIN MOHAMAD, S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J.,

D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M.

(Kubang Pasu).

„ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATOMUSA HITAM, S.P.M.J., S.S.I.J., S.P.M.S., D.U.N.M., S.P.N.S.

(Panti).

Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, DATO' DR NEoYEE PAN, S.P.M.J., B.S.I. (Muar).

„ Menteri Kerjaraya, DATO S. SAMY VELLU, S.P.M.J., D.P.M.S.,

P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput).

„ Menteri Luar Negeri, TAN SRI HMI MUHAMMAD GHAZALI BINSHAFIE, P.M.N., S.S.A.P., S.I.M.P., S.P.D.K. (Lipis).

„ Menteri Kebajikan Masyarakat, DATIN PADUKA HAJJAH AISHAHBINTI HAJI ABDUL GHANI, D.P.M.S ., J.M.N. (Kuala Langat).

„ Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Y.M. TENGKU DATO'

AHMAD RITHAUDDEEN AL-HAJ BIN TENGKU ISMAIL, S . P. M . P. ,

S.S.A.P., P.M.K. (Kota Bharu).

„ Menteri Kewangan, Y.M. TENGKU TAN SRI RAZALEIGHHAMZAH, D.K., P.S.M., S.P.M .K., S.S.A.P., S.P.M.S. (UluKelantan).

„ Menteri Pengangkutan, TAN SRI CHOONG HON NYAN, P.S.M.,J.M.N. (Batu Berendam).

„ Menteri Perusahaan Utama, DATO' PAUL LEONG KHEE SEONG,

D.P.C.M. (Taiping).

„ Menteri Pertanian , DATO' ABDUL MANAN BIN OTHMAN, D.P.M.T.,P.P.T (Kuala Terengganu).

„ Menteri Tenaga , Telekom dan Pos, DATUK LEO MOGGIE ANAK

IROK, P .N.B.S. (KANowrr).

„ Menteri Perusahaan Awam, DATIN PADUKA RAFIDAH AZIZ,D.P.M.S ., A.M.N. (Kuala Kangsar).

„ Menteri Pelajaran , DATUK DR SULAIMAN BIN HMI DAUD,

P.N.B.S ., J.B.S. (Santubong).

„ Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar , DATO' SANUSIBIN JUNID , D.S.D.K ., S.M.K. (Jerlun-Langkawi).

11359 1 NOVEMBER 1983 11360

Yang Berhormat Menteri di Jabatan °Perdana Menteri, DATUK ABDULLAH BIN

HAJI AHMAD BADAWI, D.M.P.N., D.J.N., K.M.N. (Kepala Batas) .

„ Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, DATO' RAI5YATIM, D.S.N.S. (Jelebu).

„ Menteri Buruh, DATO' MAK HON KAM, D.P.M.P., J.M.N., A.M.P.(Tanjong Mahm).

• Menteri Penerangan, DATUK SERI MOHD. ADIB BIN HAJI MOHD.ADAM, D.G.S.M. (Alor Gajah).

„ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, DATUK AMARSTEPHEN YONG KUET TZE, P.N.B.S. (Palawan).

„ Menteri Merangkap Duta Besar Malaysia ke Indonesia, DAToMOHAMED BIN RAHMAT, S.P.M.J., S.S.I.J., P.N.B.S., K.M.N. (Pulai) .

„ Menteri Kesihatan, DATO CHIN HON NGIAN, D.S.I.J . (Rengam) .

Menteri Wilayah Persekutuan, DATO SHAHRIR BIN ABDUL

SAMAD, D.P.M.J., P.I .s. (Johor Bahru).

„ Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, TUAN ANWAR BIN HAJIIBRAHIM (Permatang Pauh).

„ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DATUK DR JAMES P .ONGKILI, S.P.D.K., D.I.M.P. (Tuaran) .

„ Timbalan Menteri Penerangan, DATO' CHAN SIANG SUN,D.I.M.P., J.S.M., A.M.N., P.J.K., J.P. (Bentong).

Timbalan Menteri Pertanian, DR GOH CHENG TEIK (NlbongTebal).

„ Timbalan Menteri Kesihatan, DATO' K. PATHMANABAN, D.S.N.S.,K.M.N. (Telok Kemang).

„ Timbalan Menteri Kewangan, DATO DR LING LIONG SIK,D.P.M.P. (Mata Kuching).

„ Timbalan Menteri Buruh, DATO' HAJI ZAKARIA BIN HAJI ABDULRAHMAN, D.P.M.T., K.M.N., P.J.K. (Besut).

„ Timbalan Menteri Kerjaraya, DATO' DR NIK HUSSAIN BIN ABDULRAHMAN, D.P.M.K., K.M.N. (Kuala Krai).

„ Timbalan Menteri Pengangkutan, DATO' ABU HASSAN BIN HAJIOMAR, D.P.M.S., S.M.T., P.I.S. (Kuala Selangor).

„ Timbalan Menteri Buruh, DATUK WILLIAM LYE CHEE HIEN,

i

P.G.D.K ., A.S.D.K . (Gaya).

„ Timbalan Menteri Tenaga , Telekom dan Pos, DATO' HAJI

MOHAMED SUHAIMI BIN DATO' HAJI KAMARUDDIN , D.P.M.S.,

A.M.N. Sepang).

„ Timbalan Menteri Perusahaan Utama , TUAN BUJANG BIN HAJIULIS (Simunjan).

„ Timbalan Menteri Pertahanan , ABANG ABU BAKAR BIN DATUBANDAR ABANG HAJI MUSTAPHA , J.M.N. (Paloh).

„ Timbalan Menteri Pertanian , TUAN LUHAT WAN (Baram).

„ Timbalan Menteri Dalam Negeri , TUAN MoHD. KASSIM BINAHMAD (Machang).

11361 1 NOVEMBER 1983 11362

Yang Berhormat Timbalan Menteri Kebudayaan , Belia dan Sukan, D A rIN

PADUKA CHOW POH KHENG alias ROSEMARY CHONG , D.P.M.S.

(Ulu Langat).

„ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , PUAN SHARIFFAHDORA BINTI SYED MOHAMED , A.M.N., P . I.S., B.S.I. (Semerah).

„ Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, TURNMUHYIDDIN BIN HAJ1 MOHD . YASSIN, S.M.J., P.1.S . (Pagoh).

„ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, TURNS. SUBRAMANIAM (Segamat).

i'

Timbalan Menteri Pelajaran , DATO' DR TAN TIONc HONG,D.S.A.P . ( Raub).

Timbalan Menteri Penerangan , PUAN HAJJAH RAHMAH BINTI

OTHMAN , J.S.M., S.M . S., A.M.N ., P.J.K. (Selayang) .

„ Timbalan Menteri Pelajaran , DATO ' MOHAMED KHALIL YAAKOB.D.S.A.P ., J.S.M. (Maran).

„ Timbalan Menteri Kewangan , DATO ' SABBARUDDIN CHIK,D.S.A.P . (Temerloh).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, PUANNAPSIAH BINTI OMAR (Kuala Pllah).

„ Timbalan Menteri Luar Negeri, TUAN ABDUL KADIR BIN HAJISHEIKH FADZIR (Kulim-Bandar Baru).

„ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , TUAN RADZI BINSHEIKH AHMAD (Kangar).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , DATO LEE KIMSAI, D.P. M.S., P.P .N. (Ulu Selangor).

„ Timbalan Menteri Perdagangan dan Perindustrian , TUAN OoGIN SUN, S.D.K., A . M.K., J.P . (Alor Setar).

„ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan , TUAN AHMAD SHAH

BIN DATUK HUSSEIN TAMBAKAU (Keningau).

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Sains , Teknologi dan AlamSekitar , TUAN LAW HIENG DING, P . B.S. (Sarikie).

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Kebajikan Am , TUAN JAWAN

ANAK EMPALING, K.M.N. (Rajang) .

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam, TUANHUSSEIN BIN MAHMUD (Tanah Merah).

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga , Telekom dan Pos,TUAN AU HOW CHEONG, A.M.P. (Telok Anson).

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Kemajuan Tanah danKemajuan Wilayah , TUAN ZAINAL ABIDIN BIN ZIN (BaganSerai).

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Negara danLuar Bandar , TUAN MOHD . TAJOL ROSLI BIN MOHD . GHAZALI,

A.M.P. (Gerik).

„ Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri , TUAN AWANG

BIN JABAR , P.J.K . (Dungun) .

11363 1 NOVEMBER 1983 11364

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Kebudayaan, Belia danSukan, TUAN MUSTAFFA BIN MOHAMMAD (Sri Gading).

„ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, TUAN YEOH PoxSAN (Petaling).

„ TUAN ABDILLAH BIN HAJI ABDUL HAMID (Silam).

„ TUAN ABDUL GHAFAR BIN BABA (Jasin).

„ TUAN ABDUL GHANI BIN MISBAH, P.P.N., B.S.K., A.S.D.K.(Kinabatangan).

„ DR ABDUL HAMID BIN PAWANTEH (Arau).

„ TUAN HAJI ABDUL RAHIM BIN ABU BAKAR, A.M.N., S.M.P.(Kuantan).

„ TUAN ABDUL RAHMAN BIN SUL IMAN (Pant Buntar).

„ DATUK PATINGGI HAJI ABDUL TAIB BIN MAHMUD, D.P., D.A.,

S.P.M.J., P.G.D.K., (Samarahan).

„ DATUK HMI ABU BAKAR BIN UMAR, D. S. K. D. , S.D.K. (KotaSetar).

„ TUAN HMI AFFANDY BIN TUN HAJI MOHD. FUAD STEPHENS(Marudu).

„ TUAN AHMED HAMBAL BIN YEOP MAJLIS, P.P.T. (Pant).

„ DATUK ALFRED JABU ANAK NUMPANG, P.N.B.S., K.M.N.(Bentong).

„ TUAN ALIAS BIN MD. ALI, P.J.K. (Ulu Trengganu) .

„ TUAN ANDREW JANGGI MUYANG (Lubok Ante).

TUAN HAJI AZHARUL ABIDIN BIN HAJI ABDUL RAHIM, A.M.P.

(Batang Padang).

„ TUAN BAHARI BIN HARON (Labis).

„ TUAN BAN HON KEONG (Batu Gajah).

„ DR GEORGE CHAN HONG NAM (Lambir).

„ TUAN CHAN KOK KIT (Sungai Besl).

„ DATO MICHAEL CHEN WING SUM, D.P.M.S. (Beres).

„ TUAN PETER CHIN GAN OON, P.M.P. (Ipoh).

„ DATUK CLARENCE E. MANSUL, P.G.D.K. (Penampang).

„ TUAN DAIM ZAINUDDIN (Kuala Muda).

TUAN DAUD BIN DATO HAJI TAHA (Batu Pahat).

„ TUAN HAJI DUSUKI BIN HAJI AHMAD (Tumpat).

„ TUAN EDMUND LANGGU ANAK SAGA, P.B.S. (Saratok).

„ DATUK EDWIN ANAK TANGKUN, P.N.B.S., P.B.S., A.B.S.(Batang Lupar).

„ TUAN FUNG KET WING (Sandakan).

„ TUAN NEWMAN GABAN (Bandau).

„ TUAN Gool HOCK SENG (Bukit Bendera).

11365 1 NOVEMBER 1983

Yang Berhormat TUAN V . GOVINDARAJ , A.M.N., P.J.K. (Pelabuhan Kelang).

11366

DATUK HARRIS BIN MOHD . SALLEH, S.P.D.K ., S.P.M.J. (UluPadas).

TUAN HASSAN BIN HAJI MOHAMED, K.M.N., A.M.N . (RantauPanjang).

TUAN HASSAN ALBAN BIN HAJI SANDUKONG, J.P. (LabukSungut).

DATO DR HEE TIEN LAI, D.S.I.J., A.M. N., P.I.S., B .S.I., J.P. (AyerHitam).

TUAN IBRAHIM AZMI BIN HASSAN (Kuala Nerus).

TUAN ISMAIL BIN ARSHAD, A.M.K. (Jerai).

TUAN ISMAIL alias MANSOR BIN SAID, A.M.N. (Kemaman).

DATO JAMALUDDIN BIN HAJI SUHAIMI , D.P.M.S ., A.M.N., P.J.K.(Sabak Bernam).

TUAN JUSTINE ANAK JINGGUT (Ulu Rajang).

DATO' SRI HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI MOHD. ISA, S.P.M.P.,K.M.N., J .P. (Larut).

TUAN KAN YAU FA, A. S . D . K . (Tawau).

TUAN KARPAL SINGH (Jelutong).

TUAN KHADRI BIN SABRAN (Tenggaroh).

TUAN MARK KODING (Kinabalu).

DR KoH TSU KooN (Tanjong).

DATO LEE BOON PENG, D.S.N.S., A.M.N., P. J.K., J.P . (Mantin).

TUAN LEE LAM THYE (Kuala Lumpur Bandar).

DR LEO MICHAEL TOYAD (Mukah).

DATUK LEONARD LINGGI ANAK JUGAH, P.N.B.S., P.B.S. (Kapit).

DATO LEW SIP HON, D.P.M.S ., J.M.N. (Shah Alam).

TUAN LIM KIT SIANG (Kota Melaka).

TUAN LIM LIANG SENG, P.P.T. (Kinta).

TUAN LING SIE MING (Sibu).

TUAN MAMAT GHAZALEE BIN ABDUL RAHMAN, S.M.T., P.J.K. (UluNerus).

TUAN MEGAT JUNID BIN MEGAT AYOB (Hilir Perak).

DATO' HAJI MOHAMED BIN HAJI ALI, D.J.M.K ., K.M.N., A.M.N.,P.B. (Nilam Puri).

TUAN MOHAMED AMIN BIN HAJI DAUD, A.M.N. (Pekan).

TUAN MOHAMED RAZLAN BIN HAJI ABDUL HAMID. P.P.N., P.P.T.(Matang).

D ATO' MOHAMMAD ABU B AKAR BIN RAUTIN IBRAHIM, D . S . D . K . ,

K.M.N. (Kuala Kedah).

TUAN MOHAMMAD IDRIS BIN MOHAMMAD BASRI (Setapak).

11367 1 NOVEMBER 1983 11368

Yang Berhormat TUAN MOHAMMED YAHYA BIN LAMPONG, A. S. D. K. (Kota Belud).

„ TUAN MOHAMMED YUSSOF BIN HAJI YAKOB (Hilir Padas).

„ TUAN HAJI MOHD. ZAIN BIN ABDULLAH, S.M.K. (Bachok).

„ TUAN MOKHTARAM BIN RABIDIN, A.M.N.,P.P.N., P.I.S. (Pontian).

„ TUAN MUTANG TAGAL (Bukit Mas).

TUAN NG CHENG KUAI (Lumut).

„ DATO' HAJI NGAH BIN HAJI ABDUL RAHMAN, S.P.M.J., S.S.I.J.,

P.I.S., B.S.I., A.M.N., J.P. (Ledang).

„ TUAN HAJI NIK ABDUL AzIZ BIN NIK MAT, K.M.N., J.P.

(Pengkalan Chepa) .

„ TUAN OMAR BIN ABDULLAH (Tampin).

„ TUAN OTHMAN BIN ABDUL (Ulu Muda).

DATUK PENGIRAN OTHMAN BIN HAJI PENGIRAN RAUF, P.G.D.K.,

A.D.K. (Kimanis).

„ TUAN PATRICK ANEK UREN (Mas galling).

TUAN QUAH WEE LIAM, P. I.S., B.S.I. (Kluang).

„ TUAN RICHARD DAMPENG ANAK LAKI (Serian).

„ DATO' HAJI SAIDIN BIN HAJI MAT PIAH, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N.,P.J.K. (Padang Rengas).

TUAN SEOW HUN KHIM (Bukit Mertajam).

„ TUAN HAJI SEROJI BIN HAJI HARON , A.M.N., P . P.N., B.K.M.

(Baling).

„ TUAN SHAMSURI BIN MD. SALLEH, A.M.N., P.K.T., J.P. (Balik

Pulau).

„ TUAN SIM KWANG YANG (Bandar Kuching).

„ TAN SRI DATO' SYED AHMAD SHAHABUDDIN AL-HAJ, P.S.M.,

S.P.M.K ., S.S.D.K., P.N.B.S ., P.G.D.K., J.M.N., J.P. (PadangTerap).

„ TUAN TAN KOON SWAN, A.M.N., K.P. (Damansara).

TUAN TAN KoK Hool (Padang Serai).

„ DR TAN SENG GIAW (Kepong).

„ TUAN THOMAS SALANG SIDEN (Julau).

„ TUAN TING LING KIEW (Bintulu).

„ WAN ABU BAKAR BIN WAN MOHAMAD (Jerantut).

WAN IBRAHIM BIN WAN ABDULLAH (Pasir Mas).

„ WAN MOHD. NAJIB BIN WAN MOHAMAD (Pasir Puteh).

„ WAN ZAINAB BINTI M. A. BAKAR, A.M.N., P.J.K. (Sungai Petani).

„ TUAN YAHYA BIN HAJI ZAKARIA, P.P.T. (Bagan Datok).

„ TUAN YEW Foo WENG (Menglembu).

„ DATIN PADUKA ZALEHA BINTI, ISMAIL, D.P.M.S ., S.M.S., K.M.N.

(Tanjong Karang).

11369 1 NOVEMBER 1983

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat: Datuk Azizul Rahman bin Abdul Aziz.

Ketua Penolong Setiausaha : Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar.

Penolong Setiausaha : Ghazali bin Haji Abdul Hamid.

Penolong Setiausaha : Abdullah bin Abdul Wahab.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Penyunting Kanan : Yahya Manap.

Penyunting: P. B. Menon.

Penyunting : Haji Osman bin Sidik.

Pemherita-pemherita:

N. Ramaswamy.

Louis Yeoh Sim Ngoh.

Haji Abdul Rahman bin Haji Ab!.;amah.

Suhor bin Husin.

Amran bin Ahmad.

Mohd. Salleh bin Mohd. Yusof.

Margaret Chye Kim Lian.

Puan Kong Yooi Thong.

Juliah binti Awam.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Hassan.

Shamsiah binti Mohd. Yusof.

Hajjah Kalsom binti Ghazali.

BENTARA MESYUARAT

11.370

Me jar (B) Musa bin Alang Ahmad:

11373 1 NOVEMBER 1983 11374

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Selasa , lhb November, 1983

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Yuan Yang Dipertua mem-pengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPANMULUT BAGI

PERTANYAAN-PERTANYAAN

Tuan Yang Dipertua: YangBerhormat Tuan Ting Ling Kiew.Tidak hadir.

(Soalan No. 1 Y. B. Tuan Ting LingKiew tidak hadir).

Tuan Yang Dipertua: YangBerhormat Dr Tan Seng Giaw. Tidakhadir.

berpencen, lambat diluluskanBagaimanakah pihak yang berkenaanmengatasi kepincangan-kepincanganmi.

Timbalan Menteri Pelajaran (Dato'Dr Tan Tiong Hong): Tuan YangDipertua, soalan ini terlalu umum.Sepanjang mana yang saya ketahuitidak ada kelewatan, kesulitan dankerumitan mengenai perlantikan,pengesahan dalam jawatan dankemasukan jawatan dalamperkhidmatan berpencen bagiPegawai-pegawai dalam PerkhidmatanPelajaran. Jika Ahli Yang Berhormatboleh memberi kes-kes yang tertentuserta kategori-kategorinya, bolehlahsaya menjawabnya dan jugamengambil tindakan untuk mengatasimasalah.

Tuan Fung Ket Wing: Tuan YangDipertua, dengan izin, soalan No. 2.

Tuan Yang Dipertua: Tidak payah.Tunggu kemudian sesudah habissemua soalan, barulah boleh bangun.

(Soalan No. 2 Y.B. Dr Tan SengGiaw tidak hadir).

JAWATAN BERPENCEN

3. Tuan Haji Mohd . Zain binAbdullah minta Menteri Pelajaranmenyatakan apakah kesulitan dankerumitan yang sering dihadapi olehpihak Suruhanjaya PerkhidmatanPelajaran (SPP) dalam menjalankantugasnya, menyebabkan perlantikanpengesahan dalam jawatan dankemasukan dalam perjawatan

Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan.

Tuan Yang Dipertua: YangBerhormat, Yang BerhormatTimbalan Menteri kata tidak ada. Apalagi soalan tambahannya?

DASAR PERTANIAN NEGARA

4. Tuan Othman bin Abdul mintaMenteri Pertanian menyatakanapakah dasar-dasar pertanian negarayang ada sekarang. Adakah dasar-dasar yang dilaksanakan sekarangberjaya dari segi pertumbuhanekonomi negara dan penguranganimport bahan keluaran pertanian darinegara-negara luar.

11375 1 NOVEMBER 1983 11376

Menteri Pertanian (Dato Haji AbdulManan bin Othman): Tuan YangDipertua, dasar yang dilaksanakansekarang adalah:

(1) menambahkan pendapatan danJaya pengeluaran melaluipenggunaan teknologi danamalan pengurusan moden.

(2) mengeluarkan seberapa banyak

(3)

bahan-bahan makanan yangstrategik untuk keperluannegara.

mempelbagaikan jenis tanamandan kegiatan perusahaanpertanian negara selaras denganpeluang-peluang pasaran daneksport.

Sehingga ini pelaksanaan dasar initelah berjaya mempertingkatkanpertumbuhan ekonomi denganmewujudkan banyak peluang-peluangpekerjaan, meningkatkan pengeluaranmakanan yang many telahmengurangkan import negara dan jugameningkatkan pengeluarn komoditi-komoditi eksport seperti getah, kelapasawit dan koko yang menjadi sumberutama kepada pertukaran mata wangasing.

Dr Tan Seng Giaw : Tuan YangDipertua, soalan tambahan. Adakahbenar kita ada satu dasar pertaniankebangsaan atau satu impromtu dasarsahaja.

Dato Haji Abdul Manan binOthman: Tuan Yang Dipertua,jawapan saya tali itulah dasar kitasekarang.

Tuan Gooi Hock Seng : Tuan YangDipertua, soalan tambahan. Padatahun 1980 terdapat di manaKementerian Pertanian telah memintaperuntukan lebih untukmempercepatkan implimentasiRancangan Malaysia Ketiga yang Padahakikatnya sebenarnya wangperuntukan tersebut tidak diperlukan.Bolehkah Menteri memberitahu

bagaimana keadaan ini boleh berlakudan apa langkah-langkah Kerajaantelah ambit untuk mempastikankejadian itu tidak akan berlaku lagi dibawah Rancangan Malaysia Keempat.

Tuan Yang Dipertua : Pada fikiransaya soalan itu tidak bersangkut.

Tuan Lee Lam Thye: Tuan YangDipertua, dalam dasar pertanianuntuk negara kita adakah Kerajaanbercadang untuk menggubal ataumengadakan satu dasar untukmenambah lebih banyak ataupununtuk memperluaskan lebih banyaktanah untuk tanaman di negara kitabagi tujuan untuk memenuhikeperluan para petani di negara kitadan juga mengatasi misalnya masalahpertanian yang sentiasa dialami olehpara penanam apabila setiap kalimereka hendak memohon tanah untukmenambahkan aktiviti mereka.

Dato Haji Abdul Manan binOthman : Jawapan kepada soalan asalitu ialah dasar buat masa sekarang inidan Kerajaan sedang mengkaji dasaritu untuk masa hadapan.

DOKTOR PAKAR HOSPITALDAERAH KLUANG

5. Tuan Quah Wee Liam mintaMenteri Kesihatan menyatakan sebab-sebabnya jawatan-jawatan doktorpakar di Hospital Daerah Kluangdikeluarkan. Penduduk-pendudukKluang telah lama membuat aduandan rayuan kepada pihakKementerian untuk doktor pakar,doktor bedah dan doktor Sakitpuandan Perbidanan. AdakahKementerian Kesihatanmempertimbangkan rayuan mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato'K. Pathmanaban): Tuan YangDipertua, suka saya memberitahuAhli Yang Berhormat bahawa buatmasa sekarang terdapat seorang PakarPerubatan di Hospital Daerah Kluang.

11377 1 NOVEMBER 1983

Seorang Pakar Bedah Umum danseorang Pakar Perbidanan danSakitpuan akan dihantar apabilakeadaan mengizinkan memandangkanterdapat kekurangan pakar-pakartersebut pada keseluruhannya padsmasa mi.

Untuk makluman Ahli YangBerhormat juga, keperluan kepakaransecara tetap di hospital -hospital diKementerian Kesihatan telah pundirancangkan dan ditentukan danmenjelang tahun 1985 nanti beberapajawatan di bidang kepakaranPerubatan Umum, Bedah Umum danPakar Perbidanan dan Sakitpuan sertaBius dijangka akan diperuntukkan diHospital Daerah Kluang.

DASAR PENGSWASTAANKERAJAAN

6. Tuan Gooi Hock Seng mintaPerdana Menteri menyatakan:

(a) agensi-agensi dan kemudahan-kemudahan awam (publicutilities) yang Kerajaanbercadang menyerah kepadasektor swasta berhubungdengan dasar pengswastaanKerajaan, dan

(b) apakah langkah-langkahKerajaan bercadang mengambiluntuk memastikan dasar'pengswastaan tidak akanmenyebabkan ekonomi kitajatuh ke tangan segelintir orangindividu atau kumpulansyarikat-syarikat.

Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Tuan Radzi binSheikh Ahmad): Tuan Yang di-Pertua,perkara-perkara yang sama telah pundijawab di Dewan yang mulia ini pada14-9-1983 dan 19-10-1983 kepadasoalan-soalan Ahli-ahli YangBerhormat dari Kuala Lumpur Bandardan Jerantut. Oleh itu saya tidakbercadang untuk membuat apa-apatambahan. -

11378

ZON EKONOMI EKSLUSIF-RONDAAN KAPAL TERBANG

PEJUANG MALASIA

7. Tuan Peter Chin Gan Oon mintaMenteri Pertahanan menyatakan samaada F-5E kapal terbang pejuang kitaboleh dengan berkesannya merondaZon Ekonomi (EEZ) sepanjang 200batu itu memandangkan hanya duabuah lapanganterbang (airfields) diButterworth dan Kuantan yangmempunyai "runway" yang cukuppanjang untuk servis F-SE itu; jikatidak, apakah langkah-langkah yangtelah pun diambil untuk mempastikanbahawa kapal terbang pejuang F-SEkita itu dapat meronda denganberkesan di EEZ itu.

Timbalan Menteri Pertahanan(Abang Abu Bakar bin Datu BandarAbang Haji Mustapha): Tuan Yang di-Pertua, pesawat F5E tidak digunakanuntuk peranan meronda di kawasanyang dimaksudkan oleh Ahli YangBerhormat itu, sebaliknya pesawatjenis PC-130 digunakan untukmenjalankan tugas-tugas ini keranapesawat tersebut adalahberkemampuan menjalankan tugas-tugas rondaan. Buat masa ini TenteraUdara Diraja mempunyai kemampuanuntuk mengawal Zon EkonomiEkslusif.

Dr Tan Seng Giaw Tuan Yang di-Pertua, apakah Yang BerhormatTimbalan Menteri mengatakanbahawa ini mampu mengawal denganberkesan itu ada perbezaannya.

Abang Abu Bakar bin Datu BandarAbang Haji Mustapha: Mampumengawal dan akan memberi kesan.

Tuan Yang di-Pertua : Saya punboleh jawab macam itu (Ketawa).

Yang Berhormat Tuan Sim KwangYang.

(Soalan Bo. 8 Y. B. Tuan Sim KwangYang tidak hadir).

11379 1 NOVEMBER 1983 11380

AKTA KESELAMATAN DALAMNEGERI-MENGHAPUSKAN

9. Tuan Karpal Singh minta MenteriDalam Negeri menyatakan adakahcadangan untuk menghapuskan AktaKeselamatan Dalam Negeri danEssential (Security Cases)(Amendment) Regulations. Jika tiadanyatakan sebab-sebab bagimengekalkan undang-undang yangbercanggah dengan konsep undang-undang adil dan saksama.

Timbalan Menteri Dalam Negeri(Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed):Tuan Yang Dipertua, Kerajaan telahberkali-kali menyatakan di Dewanyang mulia ini bahawa Kerajaan tidakmempunyai sebarang cadangan untukmembatal atau memansuhkan AktaKeselamatan Dalam Negeri danPeraturan-peraturan Perlu (Kes-kesKeselamatan), 1975. Peraturan-peraturan tersebut telah digubal untukmembantu Kerajaan dalammenghadapi ancaman-ancaman yangditimbulkan oleh anasir-anasirsubversif dan komunis militant yangbertujuan untuk menggulingkanKerajaan yang sah melalui rampasankuasa dan kekerasan bersenjata.

Tuan Yang Dipertua, Kerajaansentiasa memberi perhatian beratterhadap keselamatan negara danketenteraman awam. Tanpakeselamatan negara dan ketenteramanawam kedudukan ekonomi dan sosialrakyat tidak dapat berjaian denganbaik. Keadaan keselamatan danketenteraman awam yang wujudsekarang adalah kerana kerjasama dantoleransi rakyat, pengorbananpasukan keselamatan dan denganadanya Akta Keselamatan DalamNegeri dan Peraturan-peraturan Perlu(Kes-kes Keselamatan) 1975.

Oleh itu, setiap warganegara yangcintakan negara ini tidak perlubimbang dan curiga terhadap

perlaksanaan Akta KeselamatanDalam Negeri dan Peraturan-peraturan Perlu (Kes-kesKeselamatan) kerana kedua-duaundang-undang itu adalah untukmenjamin keselamatan negara ini danketenteraman awam yang juga berertikeselamatan kita semua.

Wan Mohd Najib bin WanMohamad : Tuan Yang Dipertua, sayaingin bertanya Yang BerhormatTimbalan Menteri Dalam Negeriapakah semenjak adanya AktaKeselamatan Dalam Negeri dan jugaEssential (Security Cases)(Amendment) Regulations yangdimaksudkan ini terdapat berlakusebarang kezaliman ataupun tidak adilyang dilakukan terhadap rakyat yangbalk dan tidak berniat jahat kepadanegara dan kepada rakyat negara mi.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, sejak kitamengamalkan ISA ini maka kitadapati ketenteraman awam dankeselamatan negara boleh dikatakanterkawal dan kita tidak pernahmelakukan apa jua kezalimanterhadap sesiapa, oleh sebab kita tidakmenggunakan undang-undang yangada pada hari ini iaitu Undang-undangISA dengan sewenang-wenangnya.Jadi, segala sesuatu yang kitalaksanakan pada hari ini mempunyaifungsi untuk menghindarkanseseorang itu daripada jatuhnya ketangan komunis atau anasir-anasirsubversif dan juga golongan-golonganyang lain.

Jadi, pada hemat saya, Tuan YangDipertua, tidak ada sesiapa yangrational atau yang benar-benarcintakan negara ini ataupun yangwaras fikirannya benci kepada ISAyang wujud pada hari mi.

Tuan Karpal Singh : Tuan Speaker,adakah Timbalan Menteri yangberkenaan sedar undang-undang ISA

11381 1 NOVEMBER 1983 11382

dan undang-undang Peraturan-peraturan Perlu, undang-undang iniadalah bercanggah dengan undang-undang yang adil dan juga UniversalDeclaration of Human Rights diUnited Nations.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, kita tidak dapatnafikan bahawa negara kita pada hariini berada dalam suasana darurat.Jadi, pendek kata seperti yangditegaskan oleh Yang AmatBerhormat Perdana Menteri sendirisemasa merasmikan PersidanganKetujuh Undang-undang Malaysia,kalau tidak silap saya, semalam,31-10-1983. Jadi, di dalam keadaandarurat Mahkamah Inggeris punlazimnya menyanjung tinggikebebasan individu sedar bahawa hakasasi individu perlu dikorbankan untukkepentingan negara.

Saya, Tuan Yang Dipertua, sukalahquote di sini, apa Lord Denningberkata dalam suatu kes R vsSecretary-of-State for HomeDepartment ex-party Hosenball 1977(3) A.E.R., mukasurat 457 yangberkata......

Tuan Yang Dipertua: YangBerhormat sudah slap daripada awal-awal lagi?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Ya, sudah slap (Ketawa) untukmemberi penerangan kepada Dewanini khususnya kepada YangBerhormat yang juga seorang peguam.

Tuan Yang Dipertua, "This is noordinary case. It is the case in whichnational security is involved and ourhistory shows that when the State itselfis endangered, our cherished freedommay have to take second place.

Yang Berhormat sepatutnyamengetahui dan membaca terlebihawal (Tepuk).

KUMPULAN WANG SIMPANANPEKERJA-PEGAWAI

PENGUATKUASA

10. Tuan V. Govindaraj mintaMenteri Kewangan menyatakan:

(i) berapa orang pegawaiPenguatkuasa sedangditugaskan oleh Kumpulanwang Simpanan Pekerja;

(ii) berapa majikan telah didapatitidak menjelaskan caruman-caruman KWSP bagi pekerja-pekerja mereka dalam tahun1980, 1981 dan 1982;

(iii) apakah tindakan yang telahdiambil terhadap majikan-majikan ini;

(iv) berapakah tunggakancaruman yang masih belumdijelaskan oleh majikan mi.

Timbalan Menteri Kewangan (DatoDr Ling Liong Sik): Tuan YangDipertua:

(i) Pada masa ini, Kumpulanwang Simpanan Pekerja (KWSP)mempunyai sejumlah 106 PegawaiPenguatkuasa, 11 orang daripadanyamemegang jawatan sebagai PegawaiPenguatkuasa Negeri dan yang lainnyamemegang jawatan sebagai Inspektor.

(ii) Majikan-majikan yang tidakmembayar caruman-caruman KWSPbagi pekerja-pekerja mereka bagi tigatahun yang lepas adalah berjumlah3,750 bagi tahun 1980; 4,000 bagitahun 1981 dan 4,400 bagi tahun 1982.

(iii) Untuk makluman Ahli YangBerhormat tindakan-tindakan yangdiambil ke atas majikan-majikan yangtidak membayar caruman-carumanadalah seperti berikut:

(i) Notis Penguatkuasaan yangPertama dikeluarkan selepas 3minggu majikan tidakmembayar caruman.

11383 1 NOVEMBER 1983

(ii) Notis Penguatkuasaan yangKedua dikeluarkan selepas 21hari dan daripada notispertama.

(iii) Inspektor-inspektor KWSPdihantar untuk menguatkuasa-kan bayaran jikalau NotisPenguatkuasaan Kedua tidakmendapat sebarang jawapan.

(iv) KWSP juga menjalankansiasatan-siasatan mengejutdan juga siasatan ke atasaduan-aduan yang diterimadaripada ahli-ahli.

(v) Majikan-majikan yangberulang kali tidak membayarcaruman-caruman dansengaja mengelakkantanggungan KWSP merekaakan didakwa.

(vi) Jumlah tunggakan carumanyang ditaksir yang belumdijelaskan oleh majikan-majikan adalah sebanyak$6,695,813,000.

Tuan Lee Lam Thye: Tuan YangDipertua, memandangkan bahawabilangan majikan yang gagalmenjelaskan caruman-caruman KWSPkian meningkat sepertimana yangtelah disebutkan oleh Yang Ber-hormat Timbalan Menteri tali, sayasuka bertanya sama ada pihakKementerian yang berkenaan ataupihak KWSP bercadang untukmemperkuatkan Bahagian Pe-nguatkuasaannya (inspectorate)bagi tujuan untuk mengatasi masalahyang begitu serius tentang majikan-majikan yang gagal menjelaskancaruman KWSP? Dan di samping itu,saya suka mendapat tahu juga samaada pihak yang berkenaan bercadanguntuk menambahkan penalti terhadapmajikan-majikan yang gagalmenjelaskan caruman-carumanKWSP.

Dato' Dr Ling Liong Sik : Tuan YangDipertua, untuk makluman Ahli Yang

11384

Berhormat itu, pada tahun hadapanKerajaan telah meluluskanperlantikan 150 Inspektor lagi untukseluruh negara.

Soalan yang kedua, pada ketika inidalam Undang-undang KWSP suatumajikan yang telah didakwa jikadisalahkan, dia boleh dihukumkansebanyak $2,000 atau penjara 6 bulanatau kedua-duanya bersama. Dan daripengalaman pihak PengkuatkuasaKWSP, setakat masa ini tidak berapayang dikenakan hukuman penjara danmereka memikir apa yang ada didalam undang-undang sekarangadalah cukup berkesan.

PENGANGKAP SEMPADANSARAWAK--JUMLAH ANGGOTA

11. Tuan Andrew Janggi Muyangminta Menteri Dalam Negerimenyatakan:

(a) jumlah anggota PengangkapSempadan Sarawak (BorderScout);

(b) adakah mereka terlibat didalam kenaikan gaji baru-baruini, yang telah dikeluarkan olehYang Amat BerhormatTimbalan Perdana Menteriuntuk anggota Polis;

(c) adakah Kerajaan bercadanguntuk menubuhkan satubatalion untuk mereka diSarawak seperti anggotapasukan Senoi Prak diSemenanjung Malaysia,khasnya di Perak dandiiktirafkan sebagai "RegularUnit"; dan

(d) adakah mereka mendapatpencen apabila mereka bersaradari perkhidmatan mereka.

Tuan Mohd Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, untukmakluman Ahli Yang Berhormat,

(a) Jumlah anggota PengangkapSempadan di Sarawak ialah

11385 1 NOVEMBER 1983 11386

seramai 1,406 orang yang terdiridaripada 15 orang pegawai, 10orang anggota pangkat rendahdan 1,381 orang Polistambahan.

(b) Bagi soalan (b), jawapannyatidak.

(c) Kerajaan tidak bercadang untukmenubuhkan satu batalion khasbagi mereka di Sarawak sepertiPasukan Senoi Prak yangterdapat di SemenanjungMalaysia.

(d) Mereka terdiri daripada tigakategori:

(i) mereka yang dilantikdan telah layakmendapat sebarangfaedah tamatperkhidmatan di bawahOrdinan PencenSarawak (Cap. 89) akanterus layak mendapatfaedah tersebut;

(ii) bagi mereka yangdilantik di bawah AktaPolis 41167 yangberkuatkuasa pada29-8-1967 tetapi tidaktertakluk di bawahOrdinan di atas tidaklayak mendapat f aedah-faedah itu temasukpencen; dan

(iii) Bagi mereka yangdilantik sebelum lhbSeptember, 1969 akanmendapat elaun tamatperkhidmatan.

JEMAAH HAJI MALAYSIADIHANTAR PULANG OLEH

KERAJAAN ARAB SAUDI

12. Wan Ibrahim bin Wan Abdullahminta Menteri Dalam Negerimenyatakan adakah beliau bercadanguntuk menyiasat latar belakang tujuhorang jemaah haji yang dihantar

pulang oleh Kerajaan Arab Saudibaharu-baharu ini kerana terdapatbahan-bahan cetak yang dilarangdibawa masuk ke Arab Saudi. Berikannama mereka itu, dan apakahlangkah-langkah selanjutnya yangakan diambil bagi menjamin perkaraseperti itu tidak akan berulang lagi.

3-11-83

12. Tuan Mohamed Razlan bin HajiAbdul Hamid minta Menteri DalamNegeri menyatakan baru-baru ini 7orang Jemaah Haji dari Malaysia telahdihantar pulang oleh Kerajaan ArabSaudi kerana melanggar peraturan danundang-undang memasuki negara itusetelah mendapati mereka membawa25 keping gambar ukuran besar, 100keping gambar ukuran kecil pemimpinRevolusi Iran, Ayatollah Khomeiniserta dengan risalah-risalah yangditulis oleh Khomeini dan KerajaanIran serta dengan risalah-risalah yangmengecam Kerajaan Arab Saudi.Adakah beliau juga sedar bahawa adasejumlah 10 orang lagi yang bersama-sama mereka yang dihantar pulang ituterlibat juga, tetapi mereka ini masihberada di tanah Suci Mekkah. Jikasedar;

(a) apakah tindakan Kerajaanterhadap 7 orang yang telahdihantar pulang oleh KerajaanArab Saudi;

(b) apakah pula tindakan Kerajaanterhadap 10 orang yang akanpulang selepas menunaikanFardhu Haji; dan

(c) apakah tindakan Kerajaanselanjutnya supaya perkara-perkara seumpama itu tidakberulang lagi.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, saya memohonizin untuk menjawab soalan inibersama-sama dengan soalan yangdikemukakan oleh Ahli YangBerhormat dari Matang yang akandijawab pada 3-11-1983

11387 1 NOVEMBER 1983

memandangkan soalan yangdikemukakan itu adalah hampir samamaksudnya dengan soalan mi.

Tuan Yang Dipertua, Kerajaanmemang sedar tentang berlakunyaperistiwa menahan dan menghantarpulang beberapa orang jemaah hajiMalaysia baru-baru ini oleh KerajaanArab Saudi. Tindakan yang diambilitu adalah mengikut undang-undangArab Saudi. Jemaah-jemaah Hajiyang ditahan dan dihantar pulang itutelah didapati melibatkan diri dalamkegiatan yang melanggar peraturan-peraturan masuk yang ditetapkan olehpihak yang berkuasa di Arab Saudi.

Kerajaan telah mengenal pastimereka yang terlibat di dalamperistiwa ini. Namun demikian,Kerajaan masih lagi meneruskansiasatan lanjut mengenai latarbelakang orang-orang ini sertakegiatan-kegiatan mereka. Oleh ituadalah didapati bahawa masanyabelum lagi sesuai bagi kita memberinama-nama mereka yang terlibatkerana ini mungkin menjejaskansiasatan yang sedang berjalan.Tindakan yang sewajarnya akandiambil terhadap mereka setelahsiasatan itu selesai kelak.

Tuan Yang di-Pertua, untukmengelakkan daripada berlakunyaperistiwa seperti ini di masa hadapan,Kerajaan bercadang untukmewajibkan jemaah haji yang inginmenunaikan fardhu haji, hanyamenerusi Lembaga Urusan danTabung Haji.

Wan Ibrahim bin Wan Abdullah:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Apakah langkah Kerajaanbagi mengelakkan daripada jemaah-jemaah haji ini lari daripadamendaftarkan diri dengan TabungHaji seperti yang dijawab olehTimblan Menteri seke j ap tadi?

Tuan Yang Dipertua: Tidakbersangkut dengan soalan itu.

11388

Tuan Haji Dusuki bin Haji Ahmad:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Peristiwa penangkapan 7orang jemaah haji Malaysia olehKerajaan Saudi baru-baru inikemudian dihantar balik ke Malaysiaadalah peristiwa yang memalukannegara. Saya ingin tahu daripada YangBerhormat Timbalan Menteri sejauhmana benarnya bahawa peristiwa iniada hubungan dengan gerakanKerajaan luar yang hendakmengimport revolusi mereka kenegara-negara Islam yang lain?

Yang kedua, apakah Kerajaan sedarsekiranya peristiwa-peristiwa yangseumpama ini dilambat-lambatkandan dibiarkan penyiasatan danpenyelidikan begitu lama, is bolehdiambil kesempatan oleh golongan-golongan yang tertentu bagi tujuanuntuk menjejaskan negara danpimpinan yang ada?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, bagi menjawabsoalan pertama, benar.

Bagi menjawab soalan yang kedua,kita terpaksalah menjalankanpenyiasatan yang rapi untukmengetahui dengan lebih lanjut gerak-geri dan tindak-tanduk mereka ini.

Tuan Alias bin Md . Ali: Tuan YangDipertua, soalan tambahan. Sayaingin tahu daripada Yang BerhormatTimbalan Menteri apakah tindakandiplomatik yang telah diambil olehKerajaan Saudi Arabia mengenaiperbuatan 7 orang jemaah haji kitaini? Yang kedua, sama ada KerajaanRiyadh ada menghantar bantahankepada Malaysia dan sama adaMalaysia ada membuat minta maafkepada Kerajaan Saudi dalam perkaraini?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, saya sebenarnyakurang jelas dengan apa yangdinyatakan itu.

11389 1 NOVEMBER 1983 11390

Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah:Soalan tambahan, Tuan YangDipertua. Tadi Yang BerhormatTimbalan Menteri menerangkan bagimenjamin supaya perkara-perkarayang berlaku ini tidak akan berulanglagi, bahawa Kerajaan akanmewajibkan setiap mereka yang akanpergi ke Tanah Suci hendaklah melaluiLembaga Urusan dan Tabung Haji.Jadi apakah jaminan-jaminan bahawamenerusi Tabung Haji ini merekatidak akan melakukan perbuatan yangsama?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, sebagaimanasaya katakan awal tali, ini merupakancadangan.

Tuan Hassan bin Haji Mohamed:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Jemaah haji yang dihalauoleh pihak Kerajaan Saudi baru-baruini sudah tentu mengikut penjelasanYang Berhormat Timbalan Menterijemaah ini pergi menunaikan hajimenerusi saluran swasta. ApakahYang Berhormat Timbalan Menterisedar bahawa visa menunaikan hajihanya dikeluarkan oleh pihakKerajaan Saudi Arabia kepadajemaah-jemaah haji yang menunaikanfardu haji menerusi Tabung Hajisahaja. Jadi bagaimana orang-orangini mendapat visa daripada KerajaanSaudi?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, soal ini ialahsoal ugama. Soal memberi visa inikadang-kadang merupakan soal yangada kaftan dengan soal ugama dimana, kadangkala, timbul sesuatu"loophole", iaitu kita, sama sekalitidak berani hendak menghalangseseorang yang bertujuan untukmenunaikan fardhu haji, sebab ini,adalah perkara yang balk. Tetapi soalpokok pada hari ini, sesiapa sahajahendak menunaikan fardhu hajiterpaksalah benar-benar menjalankan

tugas untuk menunaikan fardhu haji,janganlah kita melakukan perkara-perkara yang lain yang luar daripadaitu.

Jadi saya suka menyeru kepadasesiapa sahaja yang bertanggungjawabdengan tugas-tugas ini supaya janganlupa membawa, bismillahir-rahmanir-rahim:

Waltakum mingkum ummatunnyad-u'--na ilal khairi wa ya'muru-na bilma'ru-fi wa yanhaunna `anilmungkari wa ula-ikahumulmuflihu-na.

Itulah perkara yang patut dipegangoleh mereka apabila hendakmenunaikan fardhu haji.

Tuan Yang Dipertua : Kena mintaizin dahulu itu.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:b

Minta izin. (Ketawa)

Wan Mohd . Najib bin WanMohamad : Tuan Yang Dipertua, sayaingin bertanya Yang BerhormatTimbalan Menteri Dalam Negeri didalam soalan ini hanya menyebutkanbarang cetak. Saya hendak tahuapakah jenis barang cetak yang tidakdibenar bawa masuk ke negeri ArabSaudi. Apakah Yang BerhormatMenteri Dalam Negeri bercadanguntuk memberitahu kepada semuarakyat terutamanya mereka akanmenunaikan fardhu haji ke Mekah initidak dibenar membawa bahan-bahancetak yang dimaksudkan itu?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, barang-barangcetak yang tidak dibenarkan itu adalahsesuatu yang berada dalam undang-undang Kerajaan Saudi sendiri. Jadipihak saya tidak dapat memberitahu.

Tuan Yang Dipertua: YangBerhormat Tuan Ling Sie Ming.

(Soalan No. 13 Y. B. Tuan Ling SieMing tidak hadir).

11391 1 NOVEMBER 1983

MAJLIS TINDAKAN DAERAHIPEJABAT KEMAJUAN NEGERI-

PERANAN

14. Tuan Mamat Ghazalee bin AbdulRahman minta Perdana Menterimenyatakan apakah langkah-langkahuntuk memperkemaskan lagi perananMajlis-majlis Tindakan Daerah danPejabat-pejabat Kemajuan Negeri, didalam proses pembangunan negeridan daerah-daerah, terutamanyapembangunan luar bandar.

Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Tuan Radzi binSheikh Ahmad): Tuan Yang Dipertua,pembangunan di peringkat Negeri,Daerah dan Kampung adalah sentiasadiawasi melalui JawatankuasaTindakan Negeri, JawatankuasaPembangunan Negeri, JawatankuasaTindakan Daerah, JawatankuasaPembangunan Daerah danJawatankuasa Kemajuan danKeselamatan Kampung. Jenterapengawasan pembangunan ini telahmemaankan peranan mereka denganmemuaskan, namun begitu usaha-usaha sentiasa diambil untukmeningkatkan lagi keupayaan dankeberkesanan jentera tersebut.

Bagi memperkemaskan lagi jenterapengawasan ini tindakan sedangdiambil untuk mengkaji semulaperanan dan keanggotaanJawatankuasa-jawatankuasa diperingkat Negeri, Daerah danKampung untuk disesuaikan dengankeadaan sekarang supaya jenterapengawasan pembangunan ini dapatbertindak dengan cara yang lebihberkesan lagi.

Bagi memperkemaskan Pejabat-pejabat Kemajuan Negeri pulalangkah-langkah sentiasa diambil danakan terus diambil bagi meningkatkankeupayaan supaya sesuai dengankepesatan pembangunan negarasekarang.

11392

Di antara langkah-langkah yangtelah pun diambil adalah denganmenempatkan pegawai-pegawai yanglebih kanan dan lebih berpengalamandi Pejabat-pejabat Kemajuan Negeri,di samping menambah bilanganpegawai-pegawai dan kakitangan bagimenguruskan kerja-kerja yang kianbertambah. Di samping itu, tindakanjuga sedang diambil untukmembekalkan Pejabat-pejabatKemajuan Negeri dengan peralatankomputer untuk membolehkanpejabat-pejabat ini mengesanpelaksanaan projek-projekpembangunan dengan cara yang lebihcekap dan berkesan.

Datin Paduka Zaleha binti Ismail:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Apakah Yang BerhormatTimbalan Menteri sedar bahawaterdapat banyak perkara yang tidakdapat diputuskan dalam satuMesyuarat Tindakan Daerahdisebabkan terdapat ada wakil-wakilJabatan yang tidak hadir keranaterdapat, dengan izin , "one-mandepartment" di daerah-daerah ini danthis one man kena pergi kepada 2daerah atau 3 daerah mewakiliJabatannya menghadiri mesyuarat-mesyuarat, kadang-kadang terpaksapada masa yang serentak dan biasanyatentulah beliau ini memilih tempatyang lebih jauh, agaknya keranamileage claim. Apakah tindakanuntuk mengatasi masalah ini yangdapat dilakukan oleh Kerajaan?

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:Tuan Yang di-Pertua, saya mohonsupaya Yang Berhormat berhubungdengan saya sendiri dan membeributir-butir yang lengkap berkenaandengan soal pegawai-pegawai yangYang Berhormat sebutkan tali.

Tuan Hassan bin Haji Mohamed:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Bolehkah Yang BerhormatTimbalan Menteri menyatakanbagaimanakah bentuk Majlis Daerah

11393 1 NOVEMBER 1983 11394

ini dilantik? Adakah ahli-ahli dalamMajlis Daerah ini, begitu jugabahagian Pejabat Kemajuan Negeriterdiri daripada hanya setengah-setengahnya anggota-anggota WakilRakyat daripada pihak partipemerintah sahaja, tidak termasukpihak Pembangkang?

Tuan Yang di-Pertua : Saya tidakbenarkan pertanyaan itu.

Wan Mohd. Najib bin WanMohamad : Tuan Yang Dipertua, sayaingin bertanya Yang BerhormatTimbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri adakah benar MajlisTindakan ini keahliannya tidaktermasuk Wakul-wakil Rakyat. Danbolehkah oleh kerana Majlis TindakanDaerah ini di bawah Jabatan PerdanaMenteri dianggapkan jemputan MajlisDaerah ini sebagai jemputan daripadaJabatan Perdana Menteri?

Tuan Yang Dipertua: Saya tidakbenarkan soalan itu.

Tuan Lim Kit Siang : Tuan YangDipertua, tidak lama dahulu untukmembolehkan Majlis-majlis TindakanDaerah dan Pembangunan Daerahdijalankan dengan licin dan efektif,ada satu cadangan dikemukakankepada Yang Amat BerhormatPerdana Menteri bahawa sekurang-kurangnya di setiap Daerah adaseorang Penolong Pegawai Daerahyang terdiri daripada kaum keturunanCina. Adakah ini sudah ditimbang danakan dilaksanakan atau apakedudukan cadangan ini?

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:Tuan Yang Dipertua, sebagaimanayang saya terangkan tadi walauperanan yang dimainkan olehJawatankuasa-jawatankuasa diperingkat-peringkat tersebut adalahmemuaskan, bagaimanapun kajiansedang dijalankan supaya tindakanmengkaji semula peranan dankeanggotaan Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut boleh diambil.

PELAJAR BUKAN ISLAMDI MAKTAB PERGURUAN-

KEGIATAN AGAMA

15. Dr Koh Tsu Koon minty MenteriPelajaran menyatakan sama adaKerajaan menggalakkan pelajar-pelaj ar bukan Islam di maktab-maktabperguruan menyertai kegiatan-kegiatan ugama mereka sendirisewaktu mereka berada dalam kampusmaktab. Adakah persatuan-persatuanugama pelajar (seperti persatuanpelajar Buddhist, persatuan pelajarHindu dan sebagainya) dibenarkanuntuk didaftarkan secara rasmi denganpihak pentadbiran maktab sebagaipertubuhan pelajar yang diiktirafkandan menggunakan kemudahan-kemudahan maktab bagi kegiatan-kegiatan mereka. Sekiranya tidak,mengapa.

Dato Dr Tan Tiong Hong: TuanYang Dipertua, untuk maklumanYang Berhormat, KementerianPelajaran adalah membenarkanpelajar-pelajar bukan Islam menyertaikegiatan-kegiatan ugama merekasemasa mereka berada di kampusmaktab. Persatuan-persatuanbercorak ugama ini adalah perludidaftarkan secara rasmi dengan pihakPengetua Maktab sebagai PendaftarPersatuan-persatuan dan Kelab-kelabyang ditubuhkan di maktabberkenaan. Persatuan-persatuan yangberdaftar ini adalah diiktiraf danbolehlah memohon untukmenggunakan kemudahan-kemudahan di maktab.

Dr Koh Tsu Koon: Tuan YangDipertua, soalan tambahan. Sayamerasa gembira atas jawapan YangBerhormat Timbalan Menteri tali,tetapi sekiranya terdapat kes-kes dimana persatuan-persatuan ini tidakdibenarkan untuk mendaftar olehpihak Pengetua Maktab ataupunkegiatan-kegiatan seumpama inidihadkan atas sebab-sebab yangtertentu, bolehkah pelajar-pelajaryang terlibat itu mengemukakan

11395 1 NOVEMBER 1983

aduan kepada pihak yang lebih tinggi.Kalau ya, apakah saluran yang sahyang harus mereka gunakan?

Dato Dr Tan Tiong Hong: TuanYang Dipertua, jikalau ada kes-kesyang tali disebutkan oleh YangBerhormat, Yang Berhormat bolehlahkemukakan kes ini kepadaKementerian saya.

Tuan Lim Kit Siang: Tuan YangDipertua, pernahkah Yaug BerhormatTimbalan Menteri menerima aduan-aduan mengenai sekatan atau tidakdapat kebenaran untuk kesatuan-kesatuan ugama pelajar yang bukanberugama Islam dalam kole j-kole jtertentu? Dan bolehkah satu arahandikeluarkan kepada semua Pengetua-pengetua untuk mengingatkan bahawajangan menghalangkan kegiatan-kegiatan di mana pelajar-pelajar yangbukan berugama Islam boletimengadakan kegiatan-kegiatan ugamamereka?

Dato Dr Tan Tiong Hong: TuanYang Dipertua, pada setakat iniKementerian belum dapat apa-apakomplen berkenaan maktab-maktabtidak membenarkan persatuan-persatuan yang beragama bukan Islammengadakan aktiviti-aktiviti mereka.Jikalau ada kes-kes bolehlah beritahukepada Kementerian saya dan kitaakan mengambil tindakan yangsewajarnya.

DUAL BAY! SECARAHARAM

16. Dr Tan Seng Giaw minty MenteriDalam Negeri menyatakan semenjakkegiatan menjual bayi secara haramdibongkarkan di Bandar Kelang padatahun yang lepas dan di Jinjang padabukan yang lepas, apakah langkah-langkah yang sedang dan akan diambiloleh Kementriannya untukmenentukan kegiatan seumpama itutidak akan berulang. Sejak tahun1980, berapakah penipuan laporansurat beranak didedahkan.

11396

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, izinkan sayamen jawab soalan yang kedua YangBerhormat itu dahulu dankemudiannya bahagian pertama.

Tuan Yang Dipertua : Saya ingat No.16 dahulu. Soalan itu satu sahaja.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Soalan No. 16?

Tuan Yang Dipertua: Ya, No. 16.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:Untuk makiuman Ahli YangBerhormat, sejak tahun 1980 hinggaSeptember 1983 sebanyak 142 kespenipuan pendaftaran kelahiran dapatdikesan. Pecahan-pecahannya ialah:

Tahun Kes

1980 .. .. .. .. 42

1981 .. .. .. .. 48

1982 .. .. .. .. 54

1983 (September) .. .. 38

142

Bagi menjamin supaya maklumatkelahiran bayi tidak dipalsukan,Kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti berikut:

(i) Orang yang melaporhendaklah orang yangberkelayakan mengikut takrifSeksyen 7(2) OrdinanKelahiran dan Kematian1957;

(ii) Orang yang melaporkanke(ahiran hendaktahmengemukakan kadpengenalannya dan kadpengenalan ibubapa bayi;

(iii) Kerajaan juga telahmenempatkan pegawai-pegawai Pendaftaran BariJabatan Pendaftaran Negaradi hospital-hospital besar bagimendaftarkan kelahiran dihospital-hospital tersebutuntuk mempastikan supayamaklumat-maklumat yang

11397 1 NOVEMBER 1983 11398

tulin dimasukkan di dalamsijil kelahiran bayi;

(iv) manakala perkara-perkaraserong timbul, arahan -arahanmengenainya disebarkankepada pandaftar-pendaftarsupaya mereka lebih berhati-hati dan berjaga -jaga supayaperkara yang serong yangserupa dapat dielakkan;

(v) pemeriksaan oleh pihak Polisterhadap klinik -klinik swastadan taman -taman asuhanakan diperhebatkan bagimenentukan kejadian itutidak berlaku.

Di antara perkara-perkarasedang diberi pertimbanganJabatan Pendaftaran Negaracadangan supaya:

(i)

yangolehialah

Orang yang melaporkankelahiran hendaklahmengemukakan kadpemeriksaan (antenatal) yangdikeluarkan oleh pihak hospitalataupun klinik -klinik bidanKerajaan atau swasta bagimembuktikan bahawa kelahiranitu benar-benar berlaku:

(ii) Kerajaan juga sedangmenimbang akan menarik balikkuasa pendaftaran yangdikeluarkan kepada klinik-klinik swasta jika terbuktiklinik-klinik itu menjalankankerja-kerja yang menyalahiperbekalan OrdinanPendaftaran Kelahiran danKematian 1957.

Tuan Yang Dipertua , di sini sukalahSaya mengingatkan kepada merekayang berhasrat hendak menjalankanusaha curang iaitu pemalsuan isi suratlahir bayi-bayi, bahawa Kerajaanmemandang berat atas kegiatanseperti ini , dan akan mengesanmereka sehingga kegiatan mereka itudihapuskan serta membawa barangsiapa yang bergiat ke mukapengadilan.

Tuan Alias bin Md . Ali: Tuan YangDipertua , soalan tambahan. Kegiatanmenjual bayi yang berlaku dilaporkanitu adalah satu perbuatan yangmemalukan negara kita bukan sahajadari pandangan orang luar tetapi jugadari segi pandangan rakyat kita sendiridan suatu langkah yang berkesan danteratur hendaklah diambil untukmenghapuskan sama sekali perbuatanmi. Saya ingin bertanya kepada YangBerhormat Timbalan Menteri samaada beliau mendapati undang-undangyang ada sekarang ini tidak cukupuntuk mencegah perbuatan menjualbayi ini dan lama ada beliaubercadang hendak meminda undang-undang yang ada sekarang supayadapat dikenakan hukuman yang lebihkeras terhadap perbuatan yang sepertimi.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua , kalau tak salahsaya, saya telah menyebut sekejap talibahawa kita ada mempunyaicadangan-cadangan yang tertentu.Salah satu daripadanya orang yangmelaporkan kelahiran itu hendaklahmenemukakan kad pemeriksaan ante-natal. Jadi, maknanya selain daripadakad pengenalan , kad si ibu yangsentiasa menemui doktor di klinik itudibawa bersama -sama. Jadi, denganperaturan ini pada hemat kami kitaakan dapat menyelesaikan setengahdaripada masalah . Yang kedua,Kerajaan juga sedang menimbangakan menarik balik kuasa pendaftaranyang dikeluarkan kepada kelinikswasta ataupun sesiapa sahaja yangmenjalankan tugas-tugas itu sekiranyadidapati menyalahi perbekalanPendaftaran Kelahiran Dan Kematian1957.

Tuan Lee Lam Thye : Tuan YangDipertua , saya suka bertanya YangBerhormat Timbalan Menteri yangberkenaan sama ada pihak polis adamenerima apa -apa maklumat tentangkemungkinan wujudnya sindiket-sindiket yang terlibat dalam kegiatan

i

11399 1 NOVEMBER 1983

menjual bayi dan sekiranya adamaklumat seperti ini, saya sukamendapat tahu apakah tindakan yangtelah diambil oleh pihak polls untukmembanteras sindiket-sindiket itu.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, sendiket secaranyata belum lagi dapat kami kesan.

Tuan Mamat Ghazalee bin AbdulRahman : Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Saya agak hairan danhendak bertanya kepada YangBerhormat Timbalan Menteri,memandangkan yang kita adaperaturan untuk menjalankantindakan-tindakan untuk mengambilbayi secara anak angkat-adaperaturan-peraturan berkenaandengan hendak mengambil anakangkat, tetapi kegiatan menjual danmembeli bayi-bayi ini juga berleluasa.Apakah ini bermakna bahawaperaturan berkenaan dengan anak-anak angkat ini terlalu sulit ataupunboleh mendatangkan perkara-perkarayang lain sehinggakan ada berlakuorang menjual dan membeli bayi.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, masalahmenjual dan membeli bayi ini adalahmasalah orang-orang yang tidakbenar-benar cintakan kepada negarami. Jadi, kalau mereka cintakannegara ini tentulah mereka melakukansesuatu mengikut undang-undang.Kalau mereka menjalankan sesuatuyang bercanggah dengan undang-undang maka mereka adalahmerupakan orang yang tidak patuhkepada undang-undang dan sesiapayang tidak patuh kepada undang-undang maka orang itu adalah orangyang tidak sayangkan negara mi.

11400

ingin bertanya, adakah tindakan yangsama akan dikenakan kepada merekayang membeli bayi itu?

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, yang membelimerupakan accomplice, itulah dalamsegi undang-undang.

Tuan Mohamed Razlan bin HajiAbdul Hamid : Tuan Yang di-Pertua,soalan tambahan. Saya ingin tabudaripada Timbalan Menteri, apakahyang menyebabkan dan bagaimanakahboleh berlakunya sindiket menjualdan membeli bayi secara Karam ini danadakah penjua-penjual dan jugapembeli-pembeli bayi ini orang-orangyang siuman ataupun yang tidaksiuman. Itu sahaja.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:Tidak siuman, Tuan Yang Dipertua.(Ketawa)

Wan Mohd . Najib bin WanMohamed : Tuan Yang di-Pertua, sayaingat daripada jawapan YangBerhormat Timbalan Menteri talibahawa untuk mendaftarkelahiran iniada juga diberi kuasa kepada klinikswasta. Jadi, oleh kerana pendaftaranini merupakan suatu perkara yangpaling penting dan merupakantanggungjawab Kerajaan, apakahKerajaan bercadang menarik baliksemua sekali kebenaran kepada klinik-klinik swasta ini mendaftar kelahirananak, hanya kepada Jabatan-jabatanKerajaan atau Jabatan Pendaftaransahaja boleh didaftarkan anak-anaksebagai mengelakkan daripadapenyelewengan dan penipuansebagaimana yang dinyatakan tali.

Tuan Mohd. Kassim bin Ahmed:Belum ada lagi, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah:Soalan tambahan. Tadi YangBerhormat Menteri menyatakanbahawa Kerajaan akan mengambiltindakan ke atas mereka yangbertindak menjual bayi-bayi ini. Saya

Tuan Yang di-Pertua : Penghabisan.

Dr Tan Seng Giaw: Soalantambahan. Mengapa kegiatan-kegiatan jual bell bayi secara haram inidijadikan dengan lima, sepuluh tahun

11401 1 NOVEMBER 1983 11402

baharulah boleti dikesan dandibongkar dan apakah tindakan danpandangan Kerajaan mengenai jualbeli bayi daripada sempadan NegeriThai.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang di-Pertua, soal mengesanini bukanlah sesenang yangdiperkatakan oleh Yang Berhormatitu. Pertama sekali kita terpaksamengetahui dengan sepenuhnyatentang pendaftaran kelahiran itusendiri sama ada berlaku atau tidakpemalsuannya.

Jadi ini hendaklah kita berhati-hati.Kebanyakan kes yang kita dapati padahari ini merupakan kes-kes yang mananama itu tidak sebagaimana yangsebenar, kadang kala nama bapa punjuga tidak sebagaimana yangdikehendaki. Jadi, inilah sesuatu yangterpaksa kita berhati-hati dan olehsebab itulah kita mengambil masasebagaimana yang diperkatakan olehYang Berhormat tali.

TAMAN THEAN TEIK,PULAU PINANG-PERTIKAIAN

17. Tuan Seow Hun Khiam mintaMenteri Dalam Negeri menyatakanbasil yang telah diperolehi , dengankerjasama Ketua Menteri, PulauPinang , dalam usaha penyelesaianpertikaian Taman Thean Teik di PulauPinang dan sejauh mana siasatan pollstelah dijalankan terhadap seorangpenduduk perempuan, Puan Tan SiewKee, yang telah ditembak mati olehpolls di Taman Thean Teik dan bilahasil siasatan polis ini akandiumumkan.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang di-Pertua, sebuahjawatankuasa khas terdiri dari tigaorang ahli telah ditubuhkan pada 29hbNovember, 1982 oleh Ketua MenteriPulau Pinang untuk berusahamenyelesaikan pertikaian di TamanThean Teik, Pulau Pinang.

Jawatankuasa khas ini telahmengadakan beberapa pertemuan danperbincangan dengan wakil-wakil yangtelah dilantik oleh ketiga-tiga belahpihak berkenaan iaitu pihak KhooKongsi, tuan punya tanah , SyarikatPerumahan FARLIM iaitu syarikatusahasama di antara Khoo Kongsidengan syarikat FARLIM untukmemajukan kawasan perumahanberkenaan dan penduduk -pendudukTaman Thean Teik. Pertemuan danperbincangan -perbincangan ini telahdiadakan secara berasingan dan jugasecara bersama.

Semenjak penubuhan jawatankuasakhas ini is telah dapat mengendurkanketegangan dan menghindarkanke j adian -ke j adian yang besar berlakudi antara penduduk -penduduk TamanThean Teik dengan SyarikatPerumahan FARLIM. Usaha-usahaterus dijalankan untuk mencari titik-titik penyelesaian terhadap pertikaianmi.

Tuan Yang di-Pertua , siasatan keatas kematian Puan Tan Siew Keetelah pun selesai dijalankan. Kertassiasatan telah pun dirujukkan kepadaJabatan Peguam Negara dan Jabatanitu telah mengarahkan supaya satu"inquest" diadakan . Tarikh " inquest"telah ditetapkan pada 22hb hingga25hb Februari,1984.

Dr Koh Tsu Koon : Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. AdakahYang Berhormat Timbalan Menterisedar bahawa terdapatnya ahli-ahlipolitik yang tertentu campurtangandalam kes ini dari awalnya dantindakan-tindakan mereka ini akanataupun telah pun menjejaskan usahapenyelesaian dan seterusnyakepentingan penduduk-pendudukyang harus diutamakan itu.

Tuan Mohd . Kassim Ahmed: Ya,Tuan Yang Dipertua, memang sedar.

1

11403 1 NOVEMBER 1983

Tuan Gooi Hock Seng: Tadimengikut jawapan Timbalan Menteri,itu adalah bersangkut dengan usaha-usaha Kerajaan Negeri untukmenyelesaikan persengketaan itu.Tetapi saya ingin meminta TimbalanMenteri, adakah Kerajaan Pusatmenerima satu memorandum daripenduduk-penduduk Thean Teik dimana mereka merayu Kerajaan Pusatuntuk membantu menyelesaikanpertikaian itu.

Adakah Kerajaan Pusat sediamembantu; kalau tidak, apa sebab-sebabnya.

Tuan Mohd . Kassim bin Ahmed:Tuan Yang Dipertua, sekejap talisaya perkatakan bahawa perkara initelah dilaksanakan oleh KetuaMenteri Pulau Pinang sendiri denganAhli-ahli Jawatankuasa tertentu.

Soalnya coal penyelesaian, jadisesiapa dapat menyelesaikan masalahini maka teruskanlah. Itulahkenyataan saya.

Tuan Yang Dipertua : Soalan telahhabis, berbalik semula soalan nombor2.

PEGAWAI TINGGI KERAJAAN--PERSARAAN AWAL

42. Dr Tan Seng Giaw minta PerdanaMenteri menyatakan bilangan pegawaiKerajaan Superscale yang telahbersara secara pilihan pada usia 50tahun di antara 31hb Ogos, 1981 dan3lhb Ogos, 1983. Setelah merekamembuat keputusan ini, berapalamakah sebelum pencen merekadiuruskan. Adakah benar bahawaJabatan Pencen akan menyusahkanmereka. Apakah faktor-faktor yangmenyebabkan mereka memilih untukbersara lebih awal.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:Tuan Yang Dipertua, seramai 43orang pegawai tingkatan tinggi,kumpulan "A", kumpulan pengurusan

11404

dan' iktisas telah diberi kelulusanbersara secara pilihan sendiri dalamtempoh dari 3lhb Ogos, 1981 hingga3lhb Ogos, 1983 di SemenanjungMalaysia.

Tiap-tiap pegawai dalamperkhidmatan awam yangmengemukakan permohonanpersaraannya yang lengkap dengandokumen-dokumen perlu mengikutperaturan yang ditetapkan dalam suratpekeliling perkhidmatan bilangan 1981boleti diproses untuk kelulusan danpembayaran faedah-faedah persaraanyang dilayakinya pada tarikh yangdipohon. Kelewatan hanya berlakuapabila peraturan tersebut tidakdipatuhi oleh pemohon.

Tidak ada sebarang sebab bagiBahagian Pencen, JabatanPerkhidmatan Awam untukmenyusahkan mana-mana pegawaiyang membuat permohonan persaraanyang menurut peraturan-peraturanyang ditetapkan di dalam suratpekeliling perkhidmatan bilangan 3/1981.

Pegawai-pegawai Kerajaanmempunyai kebebasan untukmengemukakan permohonanpersaraan seperti pilihan sendiri padabila-bila masa selepas mencapai umuruntuk bersara dengan pilihan sendiriiaitu 50 tahun bagi pegawai lelaki dan45 tahun bagi pegawai dalamperkhidmatan Polis, perkhidmatanPenjara, perkhidmatan Bomba,perkhidmatan Jururawat lelaki diHospital Sakit Otak, dan seseorangpegawai wanita dengan tidak payahmenyatakan sebab-sebab untukbersara.

Oleh yang demikian itu JabatanPerkhidmatan Awam tidakmempunyai maklumat untukmenyatakan faktor-faktor bagi pilihanseseorang pegawai untuk bersarasecara pilihan sendiri.

Dato' Haji Saidin bin Haji Mat Piah:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Adakah di antara mereka

11405.

1 NOVEMBER 1983 11406

yang telah bersara itu momohonsemula apa-apa jawatan dalamperkhidmatan Kerajaan, atau agensiKerajaan setelah mereka bersarabeberapa tahun kemudian.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:Tuan Yang Dipertua, itu tidakberbangkit dengan soalan anal. Walaubagaimanapun, ada ketika manapegawai pegawai yang telah bersaramemohon semula untuk jawatannya.

Wan Zainab binti M. A. Bakar:Tuan Yang Dipertua, soalantambahan. Tadi saya dengar Menteridi Jabatan Perdana Menteri iaitupegawai wanita dan juga polis ataubomba boleh pencen dengan umur 45tahun.

Adakah Kerajaan bercadang untukmengurangkan pencen sukarela inikepada pegawai-pegawai yang umur55 tahun iaitu pada 50 tahun yanglazimnya sekarang ini supayamemberikan masa yang lebih panjanguntuk pegawai itu menjalankankegiatan ekonomi semasa pencen.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:Tuan Yang Dipertua, buat masasekarang, pihak Kerajaan tidakbercadang untuk menurunkan hadumur yang ditetapkan iaitu 50 tahunbagi pegawai lelaki dan 45 tahun bagipegawai-pegawai wanita dan jugapegawai-pegawai dalamperkhidmatan-perkhidmatan yangsaya sebutkan tali. Kerana ini akanmelibatkan wang negara begitubanyak.

Untuk makluman Ahli YangBerhormat, bust masa sekarang, tiap-tiap tahun Kerajaan membayar lebihkurang $600 juta wang pencen.

Tuan Yang Dipertua : Soalanpenghabisan.

Dr Tan Seng Giaw : Tuan YangDipertua, soalan tambahan. AdakahKementerian berkenaan sedar bahawabilangan pegawai-pegawai yang

bersara awal telah bertambah. Denganini perjalanan dan kecekapan jawatan-jawatan Kerajaan akan terjejas,terutamanya dengan pihak polls danguru-guru.

Tuan Radzi bin Sheikh Ahmad:Tuan Yang Dipertua, memangKerajaan sedar bahawa banyakpegawai-pegawai yang bersara ataupun bersara secara pilihan sendiri,tetapi apa boleti buat, ini ialahpilihannya sendiri dan bila is cukupumur dia berhak bersara.

PINJAMAN BANK DUNIA--PERUNTUKAN SABAHISARAWAK

8. Tuan Sim Kwang Yang mintaMenteri Kerjaraya menyatakan daripinjaman $207 juta yang diperolehidari Bank Dunia untuk meliputipembinaan jalan-jalan di Sabah danSarawak, berapakah wang yang akandiperuntukkan di setiap kedua negeritersebut dan untuk apa tujuanspesifik.

Timbalan Menteri Kerjaraya (Dato'Dr Nik Hussain bin Abdul Rahman):Tuan Yang Dipertua, suka sayamenyatakan kepada Ahli YangBerhormat bahawa jumlah pinjamanBank Dunia yang dimaksudkan itusebenarnya adalah sebanyak $199.29juta dan bukan $207 juta.

Untuk makluman Ahli YangBerhormat sejumlah $122.92 juta daripinjaman itu akan digunakan bagimembiayai pembinaan kira-kira 192km jalan luar bandar dan 100 km jalanpertanian di Negeri Sabah dan $5.22juta lagi akan digunakan untukmembiayai rancangan mengadakanlatihan kepada kakitangan JKRSabah.

Bagi negeri Sarawak pula, sebanyak$5.69 juta akan dibelarjakan bagimemperlengkapkan organisasipenyelenggaraan jalanraya iaitudengan menambahkan lagi jentera-jentera, loji-loji dan kelengkapan

i

1 1407 1 NOVEMBER 1983

woksyop, selaras denganbertambahnya beban kerja-kerjapenyelenggaraan jalanraya, dan $7.61juta akan digunakan bagimenyediakan latihan kemahirankakitangan JKR di negeri Sarawak.

Pinjaman selebihnya sebanyak$5.88 juta itu pula akan digunakanuntuk melaksanakan kajian sepertiberikut:

(a) Kajian Semula SistemRangkaian Jalanraya Sabah danSarawak.......$1.62 juta;

(b) Kajian Kemungkinan Jalanrayadi Sarawak........$1.05 juta;

(c) Kajian PembangunanPelabuhan Kebangsaan yangmeliputi Malaysia, Sabah danSarawak.........$3.22 juta.

Baki pinjaman yang ada iaitusebanyak $51.97 juta akan merupakansatu keperluan luar jangka(contingencies) dari rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan itu.

11408

bagaimanapun, oleh kerana projek-projek itu belum pun berjalan lagimaka projek itu terpaksa dibekukan.

Bagi men j awab sepenuhnyapersoalan tali semua perbelanjaanjalanraya itu akan dibayar balik olehpihak Kerajaan Pusat.

Tuan Yang Dipertua : Masa sudahcukup.

(Masa untuk pertanyaan bagi JawabMulut telah cukup dan Jawapan bagipertanyaan No.1 dan 13 adalah diberidi bawah ii).

KEMUDAHAN SEKOLAH-SEKOLAH DI LUAR BANDAR

1. Tuan Ting Ling Kiew minta MenteriPelajaran menyatakan apakahtindakan yang telah diambil untukmembaiki kemudahan-kemudahan disekolah yang terletak di luar bandar diNegeri Sarawak.

Tuan Yahaya bin Haji Zakaria:Tuan Yang Dipertua, suka sayabertanya daripada jumlah beratus-ratus juta wang yang dibelanjakanoleh Kementerian Kerjaraya untukmembina jalanraya di Sabah danSarawak dengan pinjaman daripadaBank Dunia ini yang akan dibayarbalik. Saya ingin tahu untukmembayar balik wang pinjaman ituadakah wang itu akan didapatidaripada projek itu ataupun daripadaKerajaan Pusat?

Dato' Dr Nik Hussain bin AbdulRahman : Tuan Yang Dipertua,sungguhpun projek ini telah pundikenalpasti bagi menggunakan duitpinjaman itu tali tetapi walaubagaimanapun memandangkankepada kesulitan kewangan negarapada masa ini, peruntukan hanyadapat diberikan kepada projek-projekyang telah disenaraikan itu jika projekitu telah pun dikomited. walau

Dato' Dr Tan Tiong Hong:Kementerian saya sememangnyamemberi perhatian terhadapkemudahan-kemudahan di sekolah-sekolah yang terletak di luar bandar diNegeri Sarawak. Langkah-langkahuntuk memperbaiki keperluan-keperluan ini telah dan sedang diambilperingkat demi peringkat. Dalammelaksanakan projek-projekpinjaman Bank Dunia Ke 4, tumpuantelah diberi untuk pro jek-projekgantian dan tambahan bagi sekolah-sekolah rendah terutamanya diSarawak. Anggaran kos untuk projek-projek tersebut adalah sebanyak$52,024,568 yang melibatkan 261projek. Dalam Rancangan MalaysiaKeempat (RME) Kerajaan telahmemperuntukkan sebanyak$90,933,000 untuk Pelajaran Rendahdan $140,000,000 untuk PelajaranMenengah bagi Negeri Sarawak dimana sebahagian daripadanya (lebih

11409 1 NOVEMBER 1983 11410

kurang 45%) adalah kerja-kerjapemulihan.

AMANAH SAHAM NASIONAL-PELABURAN

13. Tuan Ling Sie Ming mintaPerdana Menteri menyatakan:

(a) hingga sekarang beraparamaikah rakyat yang membeliAmanah Saham Nasional;

(b) di manakah modal AmanahSaham Nasional dilaburkan;dan

(c) apakah Kerajaan akanmenimbangkan menawarkanbukan Bumiputera membeliAmanah Saham Nasional.

Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri (Tuan Radzi binSheikh Ahmad):

(a) Sehingga 30hb September 1983,seramai 1,377,269 orangBumiputera telah pun melaburdalam Skim Amanah SahamNasional dengan nilai pelaburanberjumlah $1,071.1 juta.

(b) Sehingga 30hb September 1983,Amanah Saham Nasional telahpun melabur dalam 94 buahsyarikat dalam berbagai bidang.Syarikat-syarikat tersebutterdiri dari syarikat-syarikatyang disenaraikan dan tidakdisenaraikan di Pasaran SahamKuala Lumpur serta syarikat-syarikat milikan Kerajaan yangdipindahkan kepadaPermodalan Nasional Berhad.Nilai pelaburan pada harga kosialah sebanyak $1,059.3 juta.

(c) Oleh kerana Amanah Sahamadalah dimaksudkan untukBumiputera sahaja sebagai satuskim di bawah Dasar EkonomiBaru, maka Amanah SahamNasional tidak akan ditawarkankepada bukan Bumiputera.

RANG UNDANG-UNDANGDIBAWA KE DALAM

MESYUARAT

RANG UNDANG-UNDANGKEWANGAN

Rang Undang-undang bernamaSuatu Akta untuk meminda AktaCukai Pendapatan 1967, AktaPetroleum (Cukai Pendapatan) 1967,Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah1976, Ordinan Setem 1949, OrdinanSetem (Sabah), Ordinan Setem(Sarawak), Akta Kewangan (DutiHarta Pesaka) 1980, Akta CukaiJualan 1972, Akta CukaiPerkhidmatan 1975, Akta Eksais 1976dan Akta Kastam 1967 dan bagimengadakan peruntukan mengenaiperkara-perkara yang berkaitandengannya; dibawa ke dalamMesyuarat oleh Timbalan MenteriKewangan; dibaca kali yang pertama;akan dibacakan kali yang kedua padamesyuarat kali mi.

USUL

PERINTAH DUTI KASTAM(PINDAAN) (NO. 43) 1983

Timbalan Menteri Kewangan (Dato'Dr Ling Liong Sik): Tuan YangDipertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa Majlis ini mengambilketetapan iaitu tempoh untukmengesahkan Perintah DutiKastam (Pindaan) (No. 43) 1983,yang telah dibentangkan dihadapan Majlis ini sebagai KertasStatut Bil. 272 tahun 1983,dilanjutkan.

Ini ialah untuk memberi masakepada Ahli-ahli Yang Berhormatuntuk membahaskannya keranaPerintah tersebut adalah mengenaicadangan-cadangan Cukai tidaklangsung bagi Belanjawan, 1984.

Tuan Yang Dipertua, saya mohonmencadangkan.

11411 1 NOVEMBER 1983

Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Datuk Dr James P. Ongkili): TuanYang Dipertua, saya mohonmenyokong.

Usul dikemuka bagi diputuskan dandisetujukan.

Diputuskan,

Bahawa Majlis ini mengambilketetapan iaitu tempoh untukmengesahkan Perintah DutiKastam (Pindaan) (No. 43) 1983,yang telah dibentangkan dihadapan Majlis sebagai KertasStatut Bit. 272 tahun 1983,dilanjutkan.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG.UNDANGPERBEKALAN, 1984

Bacaan Kali Yang Kedua

Aturan Urusan Mesyuaratdibacakan bagi menyambung semulaperbahasan yang ditangguhkan atasmasalah, "Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang keduasekarang". (3lhb Oktober, 1983).

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN,1984

Aturan Urusan Mesyuaratdibacakan bagi menyambung semulaperbahasan yang ditangguhkan atasmasalah , "Bahawa Usul yang berikutini dirujukkan kepada Jawatankuasasebuah-buah Majlis:

Bahawa Dewan ini, mengikutseksyen 4(3) Akta Kumpulan wangPembangunan 1966, membuatketetapan iaitu satu jumlah wangsebanyak tidak lebih daripada$8,675,890,470 dibelanjakandaripada Kumpulan wang Pem-haneunan hagi tahun l944. dan

11412

bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunanyang dinyatakan di bawah MaksudPembangunan atau ("P") dalamsenarai Belanjawan Persekutuan,1984 yang dibentangkan sebagaiKertas Perintah 31 Tahun 1983,adalah diuntukkan di bawahmaksud-maksud yang berkenaanjumlah-jumlah yang setentangdengan butiran-butiran itu diruangan lapan dan sembilan senaraitersebut." (3lhb Oktober, 1983).

man Yang Dipertua : Ahli-ahliYang Berhormat seperti yang telahditetapkan diharaplah Ahli-ahli YangBerhormat berucap selama tidak lebihdaripada 20 minit. Ahli YangBerhormat dari Kinta, sila teruskan.

3.37 prg.

Tuan Lim Liang Seng (Kinta): TuanYang Dipertua, saya menyambungdari mana saya berhenti dalam ucapansaya semalam.

Tuan Yang Dipertua, dikebanyakan negara, kesan-kesanketiadaan keberkesanan telahmengakibatkan orang-orang yangpaling tidk berada iaitu orang miskinmenanggung kerugian dan kesusahanyang amat sangat. Saya percaya tiadakekecualian di Malaysia dan bagirakyatnya. Justeru itu keberkesanandalam pengurusan ekonomi sertapentadbiran seharusnya terus menerusdititikberatkan oleh Kerajaan.

Tuan Yang Dipertua, berkaitandengan perkhidmatan birokrasi awamkita, saya ingin mengemukakanbeberapa pandangan saya lagi. Sayaberpendapat bahawa birokrasi awamkita akan lebih efektif jika merekakurang menumpukan perhatiankepada bentuk (form) dan sebaliknyalebih kepada Benda (substance). Apayang saya maksudkan ialah pegawai-pegawai Kerajaan hendaklahmempunyai kefahaman yang

11413 1 NOVEMBER 1983 11414

sempurna tentang dasar dan konsep-konsep dasar Kerajaan . Akibatkurangnya kefahaman yang sempurnadan f aktor-f aktor seperti Prasangka,banyak salah faham , perasaan burukdan tidak puas hati telah timbul dikalangan rakyat . Di dalam keadaankekecewaan dan serba salah itumereka telah mendakwa bahawaKerajaan telah tidak lagi menghormatidan telah menyimpang dari erti kataserta semangat yang sebenar atasmana sesuatu dasar itu digubal.

Apa yang saya maksudkan jugaialah pegawai -pegawai Kerajaanhendaklah lebih mementingkankepada memberi perkhidmatan danpertolongan kepada orang ramai danbukan kepada mematuhi kepadaprosedur -prosedur yang telahditetapkan semata-semata . Semua inimenunjukkan bahawa perhatian yanglebih "vigorous" seharusnya diadakandalam soal accountability dan coasteffectiveness . Sehubungan dengan iniingin saya menyatakan sokongan sayayang sepenuh kepada usaha-usahayang telah dimulakan oleh Kerajaandengan pelancaran konsep-konsep dankempen-kempen seperti Pandang keTimur , Persyarikatan Malaysia,Pengwastaan , Kepimpinan MelaluiTauladan dan Kempen Kebersihan.Saya percaya bahawa semua inimerupakan usaha-usaha yang akanmembantu menggerakkan jenteraKerajaan dan badan -badan sertaseluruh masyarakat ke arah mencapaiaccountability dan cost effectiveness.

Tuan Yang Dipertua , saya sedan isuBMF telah banyak disentuh dandibahaskan oleh Ahli-ahli YangBerhormat di dalam Dewan yangmulia ini . Saya cuma inginmenyatakan bahawa ketika kitsberhadapan dengan isu BMF iniketara sekali keperluan Kerajaanmemberi perhatian yang vigorouskepada soal accountability danefficiency di kalangan pegawai-pegawainya adalah bertambah

mendesak lagi. Sementara saya yakinbahawa Kerajaan pasti akanmenjalankan penyiasatan yang perludan rapi dan mengadakan tindakansewajar dalam isu ini, harapan sayaialah Kerajaan akan menyambut baiksemua pandangan berat yang telahdisuarakan di Dewan yang mulia inidan di kalangan rakyat.

Tuan Yang Dipertua, sebelum sayamengakhiri ucapan saya , ingin sayamenyentuh dua perkara berkaitandengan pelajaran . Pertama , sukacitasaya mengucapkan syabas kepadaYang Berhormat Timbalan MenteriPelajaran yang telah mengumumkanmelalui akhbar semalam dahulubahawa elaun mengajar bagi guru-guru kelas POL akan dinaikkan mulaitahun 1984 kepada kadar $10 sejambagi peringkat sekolah rendah dan $15sejam bagi peringkat sekolahmenengah. Walaupun kadar ini masihtidak bersamaan dengan kadar asaldua tahun lulu , namun ianyamerupakan satu kemajuan dan inibererti ketidakadilan ke atas guru-guru berkenaan adalah separuhdiperbetulkan.

Sungguhpun demikian , saya inginmemberitahu sekali lagi kepadaDewan yang mulia ini bahawa masalahpokok kelas POL sehingga kini masihbelum lagi diselesaikan . Seperti padamasa yang lalu untuk mengatasimasalah-masalah yang berbangkit dariPOL saya menyeru kepada pihakKementerian Pelajaran supaya setakatmana yang boleh pengajaran bahasaCina di sekolah menengah sebagaikelas POL itu diselaraskan denganlebih kurang 60 buah comformingsecondary schools yang telah pundimasukkan ke dalam golongan SMJKitu sejak enam puluhan lagi . mi berertibahasa Cina sebagai bahasa ibundasetengah-setengah murid itu akandapat dipelajari sebagai satu matapelajaran dalam jadual waktu rasmisekolah berkenaan.

11415 1 NOVEMBER 1983

Dengan demikian juga bererti guru-guru yang mengajar mata pelajarantersebut adalah dari guru-guru berhaksekolah berkenaan iaitu, dengan izin,the entitled teachers of the schoolconcerned.

Peraturan sedemikian bukan sahajamemberi kemudahan yang perlu danakan menghasilkan pembelajaranyang lebih baik dan berkesan, Tanyajuga akan dapat mengelakkanberulangnya kerumitan -kerumitanyang berbangkit dari kelas POL disekolah-sekolah berkenaan sertadapat mengurangkan perbelanjaanKerajaan.

Perkara kedua, saya mohonmenarik perhatian Yang BerhormatMenteri Pelajaran kepada satu kesanomali lantikan guru yangmelibatkan beberapa orang guru diPerak . Mereka ini mempunyaikelulusan SMP dengan kepujianBahasa Malaysia dan Ijazah SarjanaMuda dari Universiti Nanyang. Diantara mereka . ini ada yang dilatihmelalui kursus SRC (9 ) dan ada pulakursus PPAR (2). Kedua-duanyakursus cuti penggal dari tahun 1978hingga 1980. Mereka ini sebagai gurusandaran iaitu guru sementara dalamtahun 1978 sehingga 1980 telahdiletakkan ke dalam ketegori C3 iaitubersama dengan Cl bagi guru terlatihpemegang HSC.

Apa yang aneh dan kurang saksamasekali ialah setelah lulus latihan,sekarang ini mereka diterima dandilantik oleh SuruhanjayaPerkhidmatan Pelajaran sebagai gurukategori C2 sahaja . Tambahan lagiapa yang amat mendukacitakan sekaliialah pihak Jabatan Pelajaran Negeritelah mengarahkan mereka membayarbalik apa yang disif atkan sebagaioverpayment berjumlah beberapa riburinggit itu . Saya memohon YangBerhormat Menteri Pelajaran bersamapihak Suruhanjaya PerkhidmatanPelajaran memberi perhatian dan

11416

mengambil tindakan yang sewajaruntuk membetulkan kes anomalilantikan guru yang tidak saksama mi.

Tuan Yang Dipertua , mengikutpengetahuan saya , latihan perguruanseseorang guru di sesuatu maktabataupun pusat latihan sama ada penuhmasa atau cuti penggal yangmelayakkannya dianugerahkan SijilPerguruan Kementerian Pelajaranadalah setaraf dengan latihan KursusDiploma Pendidikan Universititempatan.

Saya suka menarik perhatian YangBerhormat Menteri Pelajaran danpihak SPP bahawa sebelum kes inisemua guru berkelayakan seumpamaini iaitu guru -guru siswazah terlatihyang berkelulusan dari UniversitiIndia atau Universiti Nanyang dansebagainya telah diletakkan ke dalamkategori D3 Skim Aziz . Dengandemikian Gaya tidak nampak sebabsebab mereka sekarang ini diletakkanke dalam C2 semata-mata, apatah lagiD3.

Tuan Yang Dipertua, dengan kata-kata harapan tersebut saya akhiriucapan saya dengan menyokong RangUndang-undang Perbekalan 1984 itu.

3.47 ptg.

Tuan Chan Kok Kit (Sungai Besi):Saya bangun untuk mengambilbahagian dalam perbahasan atasBelanjawan 1984.

Tuan Yang Dipertua, kira 12 bulandahulu iaitu pada 10hb Oktober 1982,Kerajaan telah mengisytiharkan dasarsatu bahasa , satu budayanya di dalamDewan yang mulia mi . Dan dalammesyuarat Dewan Rakyat yang lalu,Menteri Kebudayaan , Belia danSukan pula telah menerangkanbahawa Dasar KebudayaanKebangsaan adalah berdasarkankepada rumusan yang dibuat olehKongres Kebudayaan 1971 yang telah

11417 1 NOVEMBER 1983 11418

menetapkan tiga prinsip berikut yangakan menjadi asas bagi penciptaankebudayaan kebangsaan.

(1) Kebudayaan Kebangsaanhendaklah berasaskan kebudayaanpribumi;

(2) Unsur-unsur kebudayaan lainyang sesuai dan wajar bolehlahditerima menjadi sebahagiankebudayaan kebangsaan, dan

(3) Islam hendaklah menjadi ciripenting dalam pembentukankebudayaan kebangsaan.

Yang Berhormat MenteriKebudayaan, Belia dan Sukan jugatelah mengumumkan penolakanmemorandum mengenai kebudayaankebangsaan yang dikemukakan oleh15 pertubuhan China atas alasanbahawa cadangan-cadangan yangterkandung dalam memorandumtersebut adalah bercanggah denganDasar Kebudayaan Kebangsaan danbahawa soalan-soalan yangmenyentuh dasar-dasar pokokkebudayaan kebangsaan tidak bolehdipersoalkan lagi. Beliau jugamengatakan bahawa dasar kebudayaanadalah merupakan satu dasar asimilasi.

Sejak perisytiharan dan pe-ngumuman tersebut, kebimbanganorang-orang bukan Melayu telahmeningkat terutama sekalimemandangkan perkembangan-perkembangan yang telah berlakuekoran perisytiharan danpengumuman tersebut.

Malaysia adalah sebuah negara yangberbilang bangsa , bahasa , budaya danagama. Maka sebarang usaha untukmencipta kebudayaan kebangsaanmenerusi proses asimilasi pasti akanmenimbulkan konflik kaum.Keunikan Malaysia adalah terletakpada pelbagainya dan pelbagaian iniharuslah dipupuk sehingga ismelahirkan suatu kebudayaankebangsaan yang benar-benarMalaysian.

Perlu ditegaskan di sini padatempoh hari bahawa perkara menciptasatu budaya menerusi proses asimilasitidak pernah dijadikan suatu isu dalampilihanraya umum 1982 dandisebabkan itu Kerajaan tidakmempunyai mandat untukmelaksanakan dasar "satu bangsa,satu bahasanya". Mandat yangdiberikan oleh rakyat bukanlah berertiKerajaan diberi satu cek kosong untukmelakukan apa sahaja is menyukaimengikut hawa nafsunya.

Evolusi sesuatu kebudayaanhendaklah berteraskan pendekatanintegrasi dan bukan asimilasi terutamasekali memandangkan tidak ada suatukaum di Malaysia yang menjadimajoriti di negara ini. Maka dengansebab itu , kebudayaan setiap kaumharus dibenarkan berkembang dandaripada ini suatu kebudayaanMalaysia diperah dan dicipta.

Apa yang membimbangkan orang-orang bukan Melayu ialah Kerajaantidak memberi penekanan kepadaprinsip kedua dasar kebudayaankebangsaan , dan hanya menumpukanperhatiannya kepada prinsip pertamadan ketiga semata-mata.

Dan prinsip ketiga dasar tersebutialah "Islam hendaklah menjadi ciripenting dalam penciptaan kebudayaankebangsaan" adalah satu perkara yangamat mengganggukan orang-orangbukan Melayu kerana prosesIslamisasi yang kini berkembang dandiperkembangkan oleh Kerajaanmenyentuh hampir segala aspekkehidupan kebangsaan kita yang jelasmenyentuh orang-orang bukanMelayu.

Sejak setahun kebelakangan ini,langkah-langkah dan pengumuman-pengumuman Kerajaan mengenaipengenaan dan penyerapan nilai-nilaiajaran Islam ke dalam pentadbirantelah mencetuskan perasaan cemas dikalangan orang-orang bukan Melayu

11419 1 NOVEMBER 1983 11420

yang kebanyakan mereka adalahpenganut-penganut agama-agamabukan Islam.

Bank Islam dan Universiti Islamtelah ditubuhkan . Tamaddun Islamtelah dijadikan matapelajaran yangwajib bagi pelajar-pelajar universiti-universiti , kolej-kolej , dan maktabperauruan mulai tahun ini , rekrut-rekrut polls juga dikehendakimempelajari secara wajib mata-pelajaran tamaddun Islam mulaitahun , pengumuman bahawa undang-undang sedang digubal untukmenghukum orang-orang bukan Islamdi bawah undang-undang Islam jugatelah dibuat pada penghujung tahunlalu oleh Timbalan Menteri di JabatanPerdana Menteri waktu itu, EncikAnwar , Jabatan Pencen pulamengumumkan bahawa is sedangmengkaji sistem pencen sekaranguntuk menggantikan dengan ; sistempencen Islam, dan baharu -baharu inipengumuman telah dibuat bahawalangkah -langkah sedang diambil untukmengubahsuai peraturan -peraturanKWSP dan pajak -gadai untukmencerminkan nilai-nilai Islam. Dantidak pula ketinggalan saranan MuftiWilayah Persekutuan pada 2hbNovember lalu supaya sebuah badankhas ditubuhkan untuk "convert"orang-orang bukan Islam ke Islam.

Perkembangan-perkembangan iniamat mengganggukan orang-orangbukan Islam dan kebimbangan merekabertambah pula dengan hasrat yangdilahirkan oleh Perdana Menteri diSipitang Jumaat lalu bahawa Malaysiahendaklah menjadi sebuah negaraIslam contoh.

Tuan Yang Dipertua , apabilaMalaysia mencapai kemerdekaandalam tahun 1957 , negara kita telahdibayangkan sebagai sebuah negarasekular di mana walaupun Islam akanmenjadi agama rasmi namunkebebasan menganut dan mem-praktikkan agama-agama lain telahterjamin di dalam Perlembagaankita. Dan hakikat ini pernah

ditegaskan oleh Perdana Menteri kitayang pertama , Tunku Abdul Rahman,dan juga oleh Tun Hussein Onn,Perdana Menteri kita yang ketiga.

Maka apa yang dilakukan olehKerajaan kini bukan sahajabercanggah dengan semangat dankata-kata Perlembagaan akan tetapijuga akan bercanggah dengan asas atasnama negara kita merdeka.

Agama tidaklah boleh dipisahkandaripada kebudayaan dan disebabkanitu, unsur -unsur dari agama lainharuslah diterima untuk merangkumikebudayaan kebangsaan . Berdasarkanhakikat inilah suatu memorandumbersama telah dikemukakan olehwakil-wakil agama Buddha, Hindu,Kristian dan Sikh kepadaKementerian Kebudayaan , Belia danSukan dalam bulan Jun lalu.

Memorandum tersebut telahmencadangkan supaya unsur-unsuryang balk dari semua kaumdirangkumi dalam usaha menciptakebudayaan kebangsaan . Mereka jugatelah berkata bahawa mereka tidakboleh bersetuju dengan dasarsekarang di mana Islam menjadi ciripenting dalam penciptaan kebudayaankebangsaan kerana agama dankebudayaan adalah suatu perkarayang sating berkaitan dan bergantung.Memorandum tersebut juga telahmenarik perhatian bahawa orang-orang bukan Melayu yang menyertaiKongres Kebudayaan 1971 tidaklahboleh dianggap sebagai mewakilisemua kaum dan agama di negara mi.

Ingin saya tahu apakah pendirianKerajaan atas memorandum tersebutdan apakah Kerajaan akan menerimanilai-nilai agama lain dalampenciptaan kebudayaan kebangsaan?Setiap agama mahukan penganutnyaberbaik-baik, berbudi-pekerti, bersihdan sebagainya . Dan disebabkan iniapakah salahnya bagi Kerajaan untukmenyerap nilai-nilai sejagat ke dalampentadbiran dan penciptaankebudayaan kebangsaan?

11421 1 NOVEMBER 1983 11422

Tuan Yang Dipertua, Malaysiatelah pun menghadapi konflik bangsadan kelas dan besar kemungkinan satukonflik baharu iaitu konflik ugamaakan tercetus sekiranya Kerajaanberdegil dan meneruskan denganusaha-usahanya untuk menjadikanIslam sebagai ciri penting dalampenciptaan kebudayaan kebangsaan.Kita haruslah pelajari dari Ireland dimany walaupun rakyatnya terdiri darisatu bangsa dan satu bahasa, namunIreland kini ditimpa komplik ugamayang telah meragut nyawa beribu-riburakyatnya.

Akhirnya, berhubung dengan dasarkebudayaan kebangsaan, saya inginmengesyorkan kepada Kerajaan agarmengkaji semula dasar-dasar danformula-formulanya. Kerajaan jugahendaklah memanggil satupersidangan yang dihadiri oleh cerdikpandai, wakil-wakil pertubuhanugama, suku kaum dan persatuan-persatuan yang minat untukmembincang dengan sedalam-dalamnya soal penciptaan suatukebudayaan kebangsaan yang benar-benar boleh diterima oleh rakyatmajmuk kita.

Skendal pinjaman lebih $2.5 billionyang dikeluarkan oleh BumiputeraMalaysia Finance di Hong Kongadalah amat mengejutkan. Apa yanglebih mengejutkan ialah tindak lakuKeraj aan dan pihak-pihak berkenaandalam skendal tersebut. Hanya Sabtulalu, Perdana Menteri, Dr MahathirMohamed, telah mengumumkanbahawa Kerajaan tidak akanmenubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja untuk menyiasat ke dalamskendal pinjaman BMF dan apa yangakan dijalankan hanyalah suatusiasatan Kerajaan. Pengumuman ininescaya tidak akan menyakinkanorang ramai dan mereka hanya akanmenganggap bahawa ini adalah suatuperbuatan untuk menyembunyikanskendal tersebut.

Kita masih teringat bahawa dalamskendal Bank Rakyat yang melibatkankira-kira $155 juta, Kerajaan bukansahaja mengarahkan Syarikat PriceWaterhouse menyiasat skendaltersebut bahkan telah mengeluarkansatu Kertas Putih mengenai skendaltersebut dan satu perbahasan telahdiadakan di Dewan yang mulia mi.Tetapi dalam skendal BMF pula,Kerajaan telah bertindak sebaliknya.Skendal BMF merupakan suatu ujiankritikal akan sama ada Kerajaan DrMahathir adalah benar-benar suatuKerajaan yang benar-benar cekap,bersih dan amanah atau kata-katatersebut hanya merupakan cogan katakosong.

Kerajaan haruslah menubuhkansebuah Suruhanjaya Diraja dengandianggotai oleh orang-orang yangternama dan jujur yang dihormati dandisegani seperti Ketua Audit Negara,Tan Sri Ahmad Noordin, HakimDatuk Harun Hashim, Tan Sri Dr TanChee Khoon dan lain-lain untukmenyiasat ke dalam skendal BMF itudan lapuran Suruhanjaya tersebutharus diumumkan kepada orangramai.

Sekolah-sekolah rendah jenisKebangsaan Cina dan Tamilmenghadapi bermacam-macammasalah antara mana ialahkekurangan guru-guru untukmengajar matapelajaran-matapelajaran selain daripada bahasaMalaysia, bilik darjah yang sesak,bangunan-bangunan sekolah yanglama dan juga masalah-masalahkewangan. Baru-baru ini saya difaham-kan sebuah sekolah rendah jeniskebangsaan Cina bernama Tai Thungdi Salak Selatan dalam kawasan sayayang memerlukan $600,000 untukmendirikan bangunan baru hanyadiberi bantuan $100,000 olehKerajaan. Ini adalah amatmenyedihkan dan saya mengesyorkansupaya Kerajaan menghulurkanbantuan kewangan berasaskan

11423 1 NOVEMBER 1983

seringgit untuk seringgit bagi sekolah-sekolah rendah Cina dan Tamil. Jugalebih ramai guru-guru hendaklahdilatih untuk mengajar di sekolah-sekolah rendah Cina dan Tamil keranaperkara ini adalah satu perkara yangtelah wujud sejak beberapa dekad.

Kerajaan telah mendirikanUniversiti Islam di many bahasapengantarnya ialah Bahasa Inggerisdan Arab. Di sini, saya inginmengesyorkan supaya Kerajaanmengkaji semula keputusannya untukmenolak permohonan menubuhkanUniversiti Merdeka dan sebaliknyamembenarkan Universiti tersebutditubuhkan. Sekiranya UniversitiIslam yang menggunakan bahasapengantar Inggeris dan Arab bolehdikecualikan daripada peruntukanAkta Universiti dan Kole Universiti,maka saya tidak nampak sebab-sebabmengapa Universiti Merdeka yangakan menggunakan bahasa pengantarBahasa Malaysia, Inggeris dan Cinatidak juga boleh dikecualikandaripada peruntukan Akta tersebut.Saya juga meminta Kerajaanmenggalakkan penubuhan universiti-universiti dan kolej-kolej swasta untukmenampung keperluan pelajaran yangkian mendesak mi.

Mulai 1-1-1984 segala berita asingakan disalurkan melalui BERNAMA.Ini merupakan satu lagi pukulan hebatterhadap hak untuk mengetahuiakhbar-akhbar tempatan kini terpaksabergerak dalam keadaan yangrestriktif dan dengan konkonganberita asing pula oleh BERNAMA,maka hak dan kebebasan rakyat untukmengetahui akan menjadi lebihsempit.

Penarikan balik lesen KDN jurnalNadi Insan dan cadangan Kerajaanuntuk mengawal pengimportanpenerbitan-penerbitan asing semuanyamenunjukkan baha'wa Kerajaansedang membuat persiapan-persiapanuntuk mewujudkan sebuahmasyarakat yang tertutup dan ini

11424

nyata bercanggah dengan cogankatapimpinan Kerajaan 2M yang melaung-laungkan yang is hendak mewujudkansebuah pentadbiran yang "liberal danterbuka". Sekian, terima kasih.

(Tuan Shamsuri bin Mohd. Sallehmempengerusikan Mesyuarat)

4.08 ptg.

Datin Paduka Zaleha binti Ismail(Tanjong Karang): Tuan YangDipertua, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepadaKerajaan yang atas kebijaksanaanMenteri Kewangan dan JemaahMenteri bahawa Belanjawan 1984adalah Belanjawan yang tidakmembebankan rakyat jelata darigolongan pendapatan rendah. Rakyatmerasa lapang dengan gambaran-gambaran bahawa keadaan ekonomiakan bertambah baik dengan adanyausaha-usaha dan langkah bijik pihakKerajaan menjadual semulaperbelanjaan sehingga tidakmenjejaskan sosio-ekonomi dan tidakmembeban mereka yangberpendapatan rendah serta dengancara itu telah dapat merendahkanjumlah kurangan dari $11.2 ribu jutadalam tahun 1982 kepada $9.8 ribujuta pada tahun 1983.

Saya mengalu-alukan usaha-usahajangka sederhana dan jangka panjangstrategi Belanjawan 1984 bagimembaiki, mengukuh danmengemaskan Kedudukan kewangansehingga dapat dikecuaikanBelanjawan Mengurus denganBelanjawan Pembangunan padaBelanjawan keseluruhan amnya.Langkah-langkah menggalakkanpemerosesan barang mentah dalamnegeri bersabit dengan bijih timah dangetah, elaun-elaun pembangunanperindustrian, gudang-gudang dansetor serta latihan perindustrianadalah langkah-langkah bijak bagimengembangkan semula aktiviti-aktiviti yang boleh memberi peluangpekerjaan kepada rakyat.

11425 1 NOVEMBER 1983 11426

Memandangkan bahawaperuntukan bagi KementerianPelajaran ialah yang terbesar iaitu$3,926,930,000 saya suka menyentuhbeberapa perkara berkaitan denganKementerian ini. Sungguhpunperuntukan bagi KementerianPelajaran adalah yang terbesar tetapijika kita teliti kita dapati hanya14.38% sahaja dari peruntukan itudiperuntukkan bagi pembangunan danyang selebihnya bagi emolumen danlain-lain perbelanjaan. Jika Kerajaanmemotong 20% dari BelanjawanKementerian Pelajaran ini sepertitahun 1983 maka tidak ada apa yangtinggal untuk pembangunan. Sayasangat berharap demi kepentingananak -anak kita jenerasi akan datangkalau pun Kerajaan terdesak danterpaksa memotong Belanjawan, sayaberharap peruntukan KementerianPelajaran tidak dilibatkan. mi adalahkerana kanak-kanak yang akan masukke sekolah terus bertambah makasekolah-sekolah dan bilik-bilik darjahperlu ditambah dan sekolah -sekolahyang sudah buruk dan usang perludiperbaiki.

Berkaitan dengan peruntukan inijuga, saya minta kepada KementerianPelajaran agar menukar dasarpembahagian peruntukan antarasekolah-sekolah di bandar -bandardengan sekolah -sekolah di luarbandar . Saya difahamkan pada masaini pun peruntukan tidak diberimengikut kiraan per kapita pukul rataiaitu menyeluruh tetapi dibahagi-bahagikan mengikut 500 murid yangpertama $5.00 seorang, 500 muridyang kedua $4 . 00 seorang danseterusnya . Dan disebabkan potonganBelanjawan bagi tahun ini,peruntukan ini pun diberi hanya 3 kalisahaj a da l am tahun 1983 dan tidak 4kali seperti biasa . Pemberianperuntukan ini sama sahaja jumlahnyabagi sekolah -sekolah di bandar -bandardan juga di luar-luar bandar.

Saya ingin menyarankan supayaperuntukan ini diberi mengikut per

kapita bagi sekolah-sekolah iuarbandar dan patut diberi peruntukan-peruntukan lebih sedikit bagi sekolah-sekolah ini kerana dari sekolah-sekolah dalam bandar memandangkanbahawa sekolah -sekolah luar bandarserba-serbi kekurangan dari segikemudahan -kemudahan asaspelajaran dan juga kemudahan-kemudahan teknologi pendidikan.Tambahan pula di luar bandar hampirsemua ibubapa berpendapatan rendahdan PIBG tidak mampu mendapatkanribuan-ribuan ringgit dalam apa jugausaha untuk membantu sekolahseperti yang boleh dilakukan olehPIBG di sekolah -sekolah dalambandar.

Satu faktor yang menambahkankelemahan di sekolah -sekolah ialahpimpinan pelajaran yang menghadapiberbagai-bagai masalah . Terdapatbanyak juga kes-kes guru-guru besardan guru-guru penolong kananberulang sejauh hingga 40 atau 50kilometer dari rumah ke sekolah-sekolah tempat mereka bertugasdisebabkan tiadanya rumah-rumahguru dan tiaaa rumah-rumah untukdisewa di tempat -tempat itu atau sukarbagi mereka memindahkan keluargamereka kerana anak-anak merekatelah tetap bersekolah di satu tempatdan tambahan pula tempohberkhidmat mereka itu tinggal hanya 1atau 2 tahun sahaja lagi.

Menyedari bahawa keperluankemudahan pelaj aran telah kianbertambah dan kos pelajaran di luarnegeri bertambah besar, saya inginmenyarankan supaya KementerianPelajaran memikirkan penubuhanMaktab-maktab Rendah (JuniorColleges) yang sekurang-kurangnyadapat menampung 30% dari bilanganpelaj ar-pelaj ar yang dimasukkan keinstitusi-institusi pengajian tinggi diiuar negeri dan dengan cara ini sayaberpendapat kita dapat menyelesaikanberbagai-bagai masalah yang timbulyang dihadapi oleh pelajar-pelajar kitadi luar negeri.

11427 1 NOVEMBER 1983 11428

Di samping itu elok juga semua sekolah-sekolah vokasional dijadikan politeknik-politeknik dan mengambil pelajar-pelajar dari Tingkatan V. lni akan dapat menyelesaikan masalah tenaga manusia yang kekurangan dalam bidang-bidang teknikal dan dengan adanya pengswastaan mungkin Kerajaan boleh menukarkan iaitu pelajaran vokasional dijadikan tanggungjawab industri-industri.

Akhir sekali bersabit dengan pelajaran ini, saya ingin menyentuh faktor-faktor yang membawa kepada pembaziran:

(1) Adanya faktor fanatisme ugama yang banyak menyekat murid-murid terutamanya murid-murid perempuan dari mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pelajaran di sekolah.

(2) Unsur penyalahgunaan dadah dan ketiadaan disiplin yang boleh menjadi perosak dan penghalang kemajuan murid­murid.

(3) Kekurangan guru yang berkemahiran di dalam bidang­bidang tertentu, misalnya guru­guru Bahasa Inggeris dan guru­guru Ilmu Hisab serta banyaknya penglibatan masing­masing guru-guru ini di dalam aktiviti-aktiviti luar boleh membawa kepada rendahnya prestasi pelajaran.

Tuan Yang Dipertua, sempena Kempen Daya Pengeluaran, saya akan menyentuh mengenai daya pengeluaran. Kerajaan telah menganjurkan Kempen Khidmat Cemerlang, Konsep "Bersih, Cekap dan Amanah" serta Kepimpinan Melalui Tauladan; kesemuanya adalah untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan Kerajaan untuk rakyat. Dari penelitian secara umum ternyata bahawa daya pengeluaran yang maksima dari seseorang pekerj~ ·

belum lagi didapati. Golongan pekerja yang dibolehkan membuat kerja lebihmasa akan bekerja hanya 6 jam dan melambat-lambatkan atau menangguh-nangguhkan kerjanya untuk mendapat peluang kerja lebihmasa. Saya berpendapat ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadi sedemikian:

(1) Tugas-tugas mereka ini tidak ditentukan jumlah kerja dan waktu siapnya.

(2) Penyeliaan terputus kerana terlalu ramai kakltangan;

(3) Sikap seseorang pekerja terhadap pekerjaan, dalam ertikata lain, Etika Kerja belum sebati dengan pekerja-pekerja.

Kesimpulannya terjadi demikian ialah terdapat pengurusan yang lemah, tiada ganjaran sebagai insentif dan sikap yang negatif terhadap pekerjaan. Jika demikian sebagai rumusan bolehlah dikatakan ramai kakitangan Kerajaan "under­employed", dengan izin, dan jawatan­jawatan yang dibekukan tidak memberi kesan negatif kecuali yang dalam bidang-bidang teknik yang masih terdapat banyak kekurangan dan adalah baik kerja lebihmasa ini dikaji semula.

Satu Kementerian yang saya anggap penting kepada Kerajaan dan negara ialah Kementerian Penerangan. Peran'an Kementerian ini memberitahu rakyat segala dasar­dasar Kerajaan dan perlaksanaannya memang tidak boleh dinafikan. Satu Jabatan yang penting di bawah Kementerian ini ialah Jabatan Penyiaran. Mungkin tidak disedari bahawa kemudahan-kemudahan dan kelengkapan-kelengkapan di RTM masih belum mencukupi. Studio­studio, bilik-bilik rakaman dan alat­alat lain perlu ditambah bagi memudahkan pengeluaran yang bermutu tinggi. Tidak hairanlah kalau rakyat tidak mendapat rancangan yang

11429 1 NOVEMBER 1983 11430

paling baik disebabkan banyak kekurangan-kekurangan yang masih ada. Ini bererti bahawa penerbit­penerbit tidak mempunyai cukup masa dan alat bagi menghasilkan karya­karya yang bermutu tinggi. Memang kalau dibandingkan RTM sekarang dengan Radio Malaysia tahun enam puluhan di Bangunan Federal, memang RTM sekarang jauh lebih besar, lebih moden dan lebih ramai kakitangannya. Dengan perluasan dan pertambahan hingga beribu peratus inilah menyebabkan saya merasa peruntukan Pembangunan Jabatan ini iaitu P .47 yang berjumlah $5 .2 juta tidak realistik dibandingkan dengan $33 juta tahun, 1983, dan yang ini pun saya tidak tahu berapa peratus telah dipotong.

Kebajikan kakitangan, ganjaran yang berpatutan serta skim perkhidmatan yang sempurna adalah insentif sebagai tarikan kepada satu­satu perkhidmatan dan untuk mengekalkan seseorang pekerja itu dalam perkhidmatan terse but. Perkhidmatan dan kerja-kerja di Radio dan Televisyen ini agak unik. Ianya banyak bergantung kepada bakat, talent, dan dedikasi. Oleh yang demikian, jika ianya disamakan dengan Jabatan-jabatan lain mungkin tidak begitu sesuai. Janganlah hendaknya untuk kenaikan pangkat pegawai-pegawai di RTM disyaratkan lulus Undang-undang dan peraturan­peraturan yang tidak perlu bagi kerja­kerja mereka yang bergantung banyak kepada inisiatif, daya kreatif dan dedikasi.

Saya rasa kita semua menyedari pentingnya peranan Jabatan Penerangan di peringkat grassroot, sebagai agensi Kerajaan yang berhubung rapat secara langsung dengan rakyat. Jabatan Penerangan bertanggungjawab memberi penerangan mengenai dasar-dasar Kerajaan, konsep-konsep baru yang mesti disampaikan dan difahami oleh

rakyat. Setakat mana Jabatan ini boleh menjalankan tugasnya dengan berkesan dan mendapat basil yang baik jika jumlah peruntukan bagi Pembangunan hanya $155,090 yang diberikan untuk J abatan Penerangan bagi tahun 1984. Dengan itu tidak hairanlah terdapat anggapan orang ramai bahawa tugas Jabatan ini cuma menunjukkan wayang gambar dan yang menyedihkan pula setengah­setengah filem yang ditayangkan telah ketinggalan zaman dan saya tidak menyalahkan kepada kakitangan Jabatan Penerangan kerana tidak ada peruntukan yang memuaskan. Dan kebajikan bagi kakitangan di Jabatan ini juga saya dapati kurang terjaga walhal mereka ini patut benar diberikan pertimbangan dari segi kemudahan-kemudahan perumahan, latihan dan ganjaran-ganjaran bagi tugas-tugas mereka yang tidak mengikut waktu pejabat dan tidak mengira masa.

Pembantu-pembantu Luar Pene­rangan yang diambil terus bertugas bagi tiap-tiap kawasan Dewan Undangan Negeri dan dalam kawasan-kawasan Parlimen hendaklah sebagai kakitangan Kerajaan tidak menyebelahi satu-satu pihak politik. Mereka sepatutnya bekerjasama dengan pihak Kerajaan dan Wakil­wakil Rakyat dan bukan menjadi agen mana-mana pihak dan membuat laporan yang bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku serta memburuk-burukkan Wakil Rakyat. Mereka mesti bertanggungjawab atas apa jua yang mereka laporkan dan tidak mengelirukan rakyat dan juga Kerajaan.

Mengenl!-i orang-orang pelarian yang masih ada berjumlah lebih 10,000 orang yang ditempatkan di Pulau Bidong dan~ di Sungai BesC c.ilharap dapat dipindahkan segera ke negara ketiga kerana kita tidak mahu negara ini dibebankan dengan masalah­masalah sampingan atau "residual

11431 1 NOVEMBER 1983

problem", dengan izin. Di samping ituKerajaan juga diharapmemperketatkan kawalan masukpendatang-pendatang dari negara-negara jiran, misalnya Thailand,Philippines dan Indonesia lama adamelalui saluran Immigresen yang sahatau tidak. Jika mereka ini datanguntuk menyelesaikan masalahkekurangan buruh binaan misalnyajanganlah mereka sewenang-wenangnya diberikan kemudahan KadPengenalan Merah dalam tempohyang sesingkat-singkatnya. Merekamesti dianggap sebagai pekerja asingyang perlu mendapat permit kerja danmesti dijamin berkelakuan baikkerana di mana sahaja mereka iniberada berbagai jenayah terjadi.Kecurian, rompak, samun bahkanperbuatan rogol juga mereka lakukan.Demi menjaga keselamatan rakyatkita sendiri, Kementerian DalamNegeri hendaklah tegas dalamtindakannya.

Saya menyokong konseppengswastaan memaenangkan ianyaakan meringankan beban kewanganbagi Kerajaan. Tetapi pihak Kerajaanhendaklah berhati-hati buatpermulaannya ini dalam memilihperkhidmatan-perkhidmatan yangbenar-benar akan menguntungkanrakyat dan Kerajaan sendiri. Kadarperlaksanaannya janganlah terlalucepat kerana saya khuatir Bumiputeratidak bersedia memasuki pengswas-taan ini secara besar-besaran. Jika iniberlaku maka sia-sialah usaha untukmen jayakan Dasar Ekonomi Baru.

Satu perkhidmatan yang memangwajar diswastakan ialah perkhidmatankeretapi seperti yang telah diura-urakan oleh Kerajaan. Seperti yangkita maklum, di negara-negara yangmembangun mempunyai sistemkenderaan yang efisyen dankebanyakannya adalah khidmatkeretapi yang cepat. Dan sekiranyaKerajaan dapat mengadakan khidmatkeretapi cepat ini dengan bayaran

11432

yang murah di dalam lingkungankemampuan rakyat jelata makamasalah kesesakan lalulintas dapatdikurangkan dan majoriti rakyat ituakan lebih suka menggunaankenderaan awam daripadamenggunakan kereta sendiri dan besarkemungkinan is akan dapat jugamengurangkan bilangan kemalangandi jalan raya.

Tuan Yang Dipertua, saya mohonmenyokong.

Tuan Shamsuri bin Md. Salleh:Yang Berhormat dari Larut.

4.24 ptg.

Dato' Sri Haji Kamaruddin bin HajiMohd . Isa (Larut): Tuan YangDipertua, saya bangun untukmenyertai bersama-sama rakan-rakanAhli-ahli Yang Berhormat daripadaBarisan Nasional bagi menyokongBelanjawan Negara tahun 1984 yangada di hadapan kita di Dewan yangmulia mi.

Pertama, Tuan Yang Dipertua, sayaingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepadaYang Berhormat Mulia MenteriKewangan dan Jemaah Menteri yangtelah dapat membentangkanAnggaran Belanjawan Negara diDewan yang mulia ini pada 21hbOktober, 1983 yang lalu yang manaBelanjawan Negara kita tahunhadapan merupakan belanjawan yangrealistik, sederhana dan tidakmembebankan rakyat jelata dan dapatditerima oleh rakyat yangberpendapatan rendah.

Kemelesetan ekonomi dunia adalahkesannya dirasai hebat oleh negarakita kerana bahan-bahan mentahkeluaran negara seperti bijih timah,getah, kelapa sawit, koko, kayu-kayandan lain-lain menerima kesanpenurunannya yang berpunca darikeadaan perniagaan dunia yang turunnaik dan lembab.

11433 1 NOVEMBER 1983

Kita Ahli-ahli Dewan ini merasagembira mengetahui bahawa Malaysiaadalah salah sebuah negara yang mula-mula sekali dapat mengesan masalahsektor ekonomi antarabangsa atauekonomi dunia dan Kerajaan telahmengambil langkah-langkah tegasuntuk membaiki imbanganpembayaran negara dan kedudukankewangan Kerajaan.

Tuan Yang Dipertua, strategiBelanjawan tahun 1984 adalahbertujuan:

(1) membaiki dan mengukuhkanlagi imbangan pembayarannegara; dan

(2) memperkemaskan sertamengukuhkan lagi kedudukankewangan Kerajaan supayaPerbelanjaan Mengurus danlebih-lebihan lagi PerbelanjaanPembangunan disesuaikandengan sumber-sumber yangada.

Belanjawan bagi tahun 1984 adalahmengemukakan langkah-langkahuntuk memperkukuhkan lagiimbangan pembayaran negara kita,langkah memperkenalkan skimmenggalakan untuk pengguna timahtempatan.

Berhubung dengan cadangansupaya pengguna-pengguna bijihtimah diberi bayaran batik sebanyak$700 setiap ton bagi tempoh yangdigunakan dalam negeri untukmenggalakkan lebih banyak timahdiproses dalam negeri menjadikeluaran barang-barang siap. Syor iniadalah satu cadangan yang patut diberipujian dan sokongan oleh seturuhrakyat kita khasnya pihak swasta danpengguna-pengguna bijih timah.

Begitu juga adalah dialu-alukansyor langkah-langkah untuk memberibayaran galakan bagi bahan-bahanmentah yang lain seperti getah yangdiproses dan dikilangkan di negeri inidengan secara besar-besaran.

11434

Cadangan ini adalah untukmengembangkan proses ekonominegara menerusi penambahanperindustrian dan perkilangan dalamnegara kita dan boleh memberipeluang yang lebih luas bagimengurangkan atau menghapuskanpengangguran di negara kita. Kitajuga adalah mengalu-alukan galakancukai berbentuk elaun bangunanperindustrian yang diberi untukmeliputi bangunan-bangunan yangdiluluskan untuk latihanperindustrian, gudang-gudang sertastor-stor untuk simpanan secara pukal.

Untuk menggalakkan perniagaandan eksport barang-barang kemas,cadangan supaya duti import dancukai tokok ke atas barang-barangbahan mentah seperti emas, permatadan separa permata yang digunakandalam pembuatan barang-barangkemas dimansuhkan dan cadangansupaya barang-barang kemas yangtelah slap dikecualikan dari cukaijualan. mi adalah satu cadangan yangamat menasabah untuk memberipeluang lebih banyak lagi pertukangandan perniagaan barang-barang kemasdapat berkembang di dalam negara danjuga ke luar negara dan juga memberipeluang kepada masyarakatmenghimpunkan harta dan khazanahmenerusi barang-barang kemas sedikitdemi sedikit.

Begitu juga dialu-alukan di atascadangan kajian semuta duti-dutiimport ke atas barang-barang tertentusemoga dengan ini akan menyedarkanrakyat negara kita supayamempergunakan bahan-bahankeperluan yang boleti didapati dinegara kita sendiri dan sebaliknyakurang menggunakan barang di luarnegeri kecuali yang sangat-sangatperlu dan mustahak.

Tuan Yang Dipertua, sebagaimanayang telah dicadangkan bahawasejumlah $27,692 juta diperuntukkanbagi Belanjawan 1983 iaitu $19,016

11435 1 NOVEMBER 1983 11436

juta atau 69% bagi Perbelanjaan Mengurus dan $8,676 juta atau 31 % bagi Perbelanjaan Pembangunan.

Tuan Yang Dipertua, daripada sejumlah $3,365 juta untuk pelajaran yang disediakan, Perbelanjaan Mengurus sebanyak 2,343 juta adalah untuk program pelajaran rendah dan menengah dan $440 juta untuk pelajaran tinggi.

Izinkan saya menyentuh yang mana sejumlah $812 juta adalah disediakan untuk pembangunan bagi menampung kemudahan-kemudahan pelajaran yang kian bertambah terutama sekali mengenai pelajaran rendah dan menengah dan pada anggapan saya peruntukan ini adalah rendah dan tidak mencukupi.

Saya suka mengesyorkan supaya sekolah-sekolah rendah di luar bandar diberi perhatian untuk binaan bilik­bilik darjah yang baru bagi menampung penambahan pelajar­pelajar baru yang meningkat dengan pesatnya dari setahun ke setahun. Dalam tahun 1984 akan datang Kementerian Pelajaran mencadang­kan kira-kira 3,900 buah bilik darjah yang baru akan dibina untuk menampung murid-murid sekolah rend ah dan menengah yang dianggarkan bertambah sebanyak 137 ,000 pelajar-pelajar.

Tuan Yang Dipertua, memandangkan pertambahan pelajar­pelajar baru bagi sekolah rendah ini, ada di antara sekolah-sekolah di kawasan saya yang memerlukan tambahan segera bilik-bilik darjah bagi menampung pengambilan pelajar-pelajar baru di awal tahun 1984 nan ti. Memandangkan peruntukan-peruntukan yang berkurangan ada di antara sekolah­sekolah yang terpaksa Lembaga Pengurus Sekolah sendiri berikhtiar berserta dengan Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru membangunkan bilik­bilik darjah tambahan bagi sekolah

mereka dengan semangat bergotong­royong.

Saya memberi pujian tinggi kepada semangat ibu bapa yang pada masa ini menyedari betapa pentingnya pelajaran bagi anak-anak mereka iaitu satu usaha seolah-olah menanam modal bagi kepentingan masa hadapan anak-anak mereka juga bagi kepentingan masyarakat dan negara, dalam keadaan negara menghadapi tekanan inflasi dan kemelesetan ini, maka ibu bapa sanggup menghulurkan derma dan membangunkan sekolah­sekolah tambahan bagi kepentingan anak-anak mereka. Apa yang saya harapkan semoga pihak Kementerian Pelajaran dapat membantu dan dengan kelengkapan-kelengkapan pembinaan dan kerja-kerja membina dapatlah dijayakan dengan semangat bergotong-royong oleh ibu bapa bagi menghadapi keadaan suasana negara yang sedang dijalankan perbelanjaan secara berjimat-cermat. Demi kepentingan pelajaran bagi penduduk­penduduk luar bandar, saya mengesyorkan supaya Kementerian Pelajaran memberi perhatian berat untuk mengadakan asrama di sekolah­sekolah menengah di luar bandar yang kedapatan jauhnya pelajar-pelajar berulang-alik dan susah untuk mendapat kenderaan, maka adalah sangat menasabah bahawa asrama bagi pelajar sekolah menengah dapat dibangunkan bagi sekolah-sekolah yang strategik.

Di kawasan saya ada di antara sekolah-sekolah menengah yang telah pun diluluskan untuk membina asrama hanya menunggu pembinaan sahaja. Saya cadangkan supaya Kementerian Pelajaran dapat meneruskan cadangan yang telah diluluskan tersebut, maka dengan adanya asrama-asrama ini dapat meninggikan pencapaian tahap pelajaran bagi pelajar-pelajar yang tinggal sekumpul di asrama dengan sepenuh masa, dapat berunding dan bertukar fikiran dengan rakan-rakan

11437 1 NOVEMBER 1983 11438

persekolahannya dan dapat diatur susunan atau cara pelajaran tambahan bagi mereka sewaktu berada di asrama tersebut, maka dengan ini akan dapat mengurangkan pelajar-pelajar yang tercicir dari tahun ke tahun.

Tuan Yang Dipertua, mengenai pelajaran ini, saya suka memberi pujian yang tinggi atas dasar atau sistem KBSR yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran bagi seluruh sekolah-sekolah rendah kita iaitu menekan kepada memberi pelajaran mengenai Membaca, Menulis dan Mengira, kerana inilah tiga daripada matapelajaran yang terpenting bagi asas kanak-kanak untuk menentukan maju-jaya dalam pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

Tuan Yang Dipertua, saya suka mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya dapat dijadikan satu sistem atau lunas di bawah Dasar Pelajaran Kebangsaan kita itu bagi membentuk jiwa dan tingkah-laku pelajar-pelajar kita dalam satu suasana sis tern tatatertib dari peringkat permulaan iaitu dari sekolah rendah ke sekolah menengah sehingglah ke maktab-maktab dan juga ke institusi pengajian tinggi iaitu supaya satu garis panduan yang tertentu dapat diselaraskan menyeluruh bagi seluruh negara yang bermatlamatkan cintakan negara, muhibbah dan perpaduan berpandukan konsep Rukunegara. Bukan sahaja huraian falsafah Rukunegara itu dapat difahami, tetapi dapat diamali dalam kehidupan harian mengikut peringkat umur pelajar­pelajar tersebut dibesarkan dengan semangat didikan, asuhan dan bimbingan pada lunas-lunas Rukunegara iaitu pelajar-pelajar dapat mengenal Allah dan per~aya kepada Tuhan, meletakkan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Menjunjung Tinggi Keluhuran Perlembagaan dan mematuhi asas

kedaulatan undang-undang dan asuhan budi-pekerti dan sopan-santun yang terpuji dan termasuklah di bawah sistem tersebut asas-asas adap tatatertib, sopan-santun, budibahasa dan tingkah-laku yang pada masa ini semua pelajaran ini diajarkan dalam bahagian sivik bagi melahirkan tatatertib kepada pelajar-pelajar.

_,,;J.

Jadi saya mengesyorkan kalau boleh dijadikan satu dasar yang menyeluruh, konsep yang perlu diamalkan bagi seluruh negara, juga mempunyai tanggungjawab menghormati ibu bapa dan orang tua-tua, menghormati guru­guru, pemimpin-pemimpin dan pentadbir-pentadbir, setiakawan dan hormat-menghormati, di samping memperkenalkan falsafah bendera negara dan negeri-negeri setiap murid­murid boleh menyanyi dan memahami Lagu Negaraku (National Anthem) dengan izin, juga lagu kebangsaan negeri-negeri dan lebih lagi lagu negara atau Negaraku, juga lagu-lagu yang diserapkan berselaras iaitu lagu­lagu yang berunsurkan didikan akhlak, semangat tanggungjawab dan cintakan kepada Prinsip Rukunegara perlulah digubah oleh pengubah­pengubah yang mahir disesuaikan dengan keadaan umur kanak-kanak dan pelajar-pelajar menurut saikologi supaya semangat cintakan negara menjadi tanggungjawab setiap rakyat itu ditiupkan ke jiwa dan ke sanubari kanak-kanak seperti apa yang dilakukan oleh pemerintahan Jepun waktu mereka memerintah negara ini selama 3 tahun 8 bulan dahulu itu iaitu menerusi nyanyian-nyanyian dan dengan seragam dan selaras di seluruh negara diserap bagi menimbulkan semangat tanggungjawab berdikari taatkan perintah dan cintakan kepada negara.

Tuan Yang Dipertua, barangkali banyak lagi kita yang dalam Dewan ini masih mengingat Jepun memaksa semua sekolah-sekolah, seluruh murid-murid dalam sebuah sekolah

11439 1 NOVEMBER 1983

berdiri beramai-ramai di padang dantiap-tiap padang itu disediakan denganpentas yang khas dan tiap-tiap harimesti diberi semangat cintakanbendera, cintakan lagu negara yangmasa itu lagu dia iaitu "Kimigayo",banyak orang masih ingat lagi lagu"Kimigayo" dan "Umiyukabah"ataupun lagu-lagu yang bersemangatyang lain yang diselaraskan bagiseluruh rakyat menanamkan jiwa-jiwaberani, bertanggungjawab, berdisiplindan bertatatertib. Keadaan inilah sayafikirkan sesuai bagi keadaan masa inisupaya tiap-tiap seorang rakyat padamasa akan datang cinta kepada negarayang tidak berbelah bahagi danmengenal Prinsip Rukunegara adalahsangat penting kerana falsafahRukunegara itu sendiri mengandungikonsep yang meliputi mengenai cintakepada negara iaitu selain daripadaKesetiaan kepada Raja dan Negara,Rukunegara yang pertama sekali,Percaya kepada Tuhan, Percayakepada Allah, maka dengan konseptiap-tiap orang percayakan kepadaAllah ini sahajalah boleh mematuhikepada undang-undang yang lain danberasa bertanggungjawab bagaimanadia perlu berbuat baik dan tabumenghormati sesama makhluk,sesama manusia yang ada di dunia dandi mayapada ini dengan tidakmembeza warna kulit, ugama atau punjuga iaitu selain daripada hanya patuhkepada Allah dan mengikut KonsepRukunegara lagi iaitu Kesetiaankepada Raja dan Negara, KeluhuranPerlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, Kesopanan dan Kesusilaan.

Mungkin dengan konsep ini kalauditanam dari kecil lagi dapatmengelakkan anak-anak kita, jenerasiyang akan datang daripadaterpengaruh dengan anasir-anasir lainyang boleh menyelewengkanpemikiran mereka, kelakuan merekalebih-lebih lagi anasir berbagaipenyalahan, penyelewengan berlakupada anak-anak kita termasukpenyalahgunaan dadah dan

11440

sebagainya, dan kedapatan juga anak-anak yang tidak tahu menghormati ibubapa dan tidak memandang tinggipada guru-gurunya, tidak tahumenghargai pegawai-pegawaiKerajaan atau pegawai-pegawaidaripada Jabatan-jabatan yang laindan sebagainya.

Jadi dengan ini kita cuba didikkanmenerusi sekolah lagi dari kecil danmembesarlah mereka itu denganasuhan dan pimpinan ataupun contohtauladan yang ditunjukkan oleh guru-guru kita beserta dengan ibubapakepada Pengurus Sekolah serta massmedia yang lain juga memainkanperanan berselaras supaya di manajuga rakyat kita berada, sama ada dikawasan pendalaman, di bandar, diluar bandar mempunyai perasaan danjiwa yang sama cintakan kepadanegara yang tidak berbelah bahagi danbertanggungjawab, amanah, ikhlas,jujur dan patuhkan erti pemimpin dantabu bertanggungjawab menjalankanpimpinan.

Saya mencadangkan supaya dapatdisusun satu penyelarasan bagi seluruhnegara dan perlu diamalkan olehseluruh guru-guru dan difahami olehPersatuan Ibubapa, waris kanak-kanak dan sekalian yangbertanggungjawab dapat diamalkansetiap hari, waktu pagi dan juga waktupetang kerana kita biasa kalau masaJepun, pagi itu mesti semua sekaliberdiri dengan tegaknya dan menyanyilagu Negara Ku dan waktu hendakbalik juga guru suruh bangun lagi sekalitiap-tiap darjah menyanyi lagusemangat yang lain. Jadi dengankeadaan begitu, anak-anak kitasentiasa dapat diserapi dengan tidakdisedari semangat-semangat ber-tanggungjawab kepada negara dancintakan kepada negara.

Tuan Shamsuri bin Md . Salleh:Yang Berhormat, masa sudah cukup!

Dato' Sri Haji Kamaruddin bin HajiMohd. Isa: Masa cukup?

11441 1 NOVEMBER 1983 11442

Tuan Shamsuri bin Md . Saleh: Ya,20 minit.

Dato' Sri Haji Kamaruddin bin HajiMohd . Isa: Terima kasih. Walaupunbanyak lagi perkara yang saya inginhendak sentuh, oleh kerana sayapatuh kepada Tuan Yang Dipertua,saya sekali lagi mengucapkan terimakasih.

Tuan Shamsuri bin Md. Saleh: YangBerhormat dari Rantau Panjang.

4.42 ptg.

Tuan Hassan bin Haji Mohamed(Rantau Panjang): Bismillahirrahamanir rahim. Tuan YangDipertua, dalam membahaskan RangUndang-undang Perbekalan 1984 yangdibentangkan dalam Dewan yangmulia ini, pihak saya sebagai wakildaripada parti HizbulmusliminMalaysia (HAMIM) sukacita bangununtuk menyatakan sikap danpendapatnya.

Dengan meneliti kandungan ucapanYang Berhormat Mulia MenteriKewangan sewaktu membentangkanRang Undang-undang Perbekalan inipada 21 haribulan yang lepas, jelasmenunjukkan betapa hati-hatinyapihak Kerajaan dalam membuat danmenyusun perbekalan ini dan kitarakyat Malaysia seluruhnya dapatmenyaksi dan merasai basil daripadapersiapan perbekalan yang sepertiinilah maka keadaan kehidupan yangselesa dapat terus kita nikmati selamaini. Walaupun dalam suasana ekonomidunia mengalami zaman suram,meleset dan kesukaran, barangannegara merosot harganya, namun hasildaripada penelitian kita makakehidupan rakyat dalam negara kitatidak banyak mengalami penderitaandan kesulitan. Barang-barangkeperluan harian senang kita "dapatidan harganya tidak menjulang tinggi,tidak sebagaimana yang terdapat disetengah-setengah negara yangwalaupun telah mencapai tahap yang

maju, tetapi untuk mendapatkankeperluan harian rakyatnya terpaksadicatu ataupun mendapatnya daripasar-pasar gelap. Keadaan yangseperti ini tidak berlaku di negara kitadan inilah yang menjadikan ke-syukuran kita ke hadrat Allahsubhanahu wataala.

Dengan izin, Tuan Yang Dipertua,saya ingin membaca sepotongan ayatAl-Quran nul karim yang berbunyi:

"La'in syakartum laazi dannakumwala inkafartum innaazabilasyadid."

Yang bermaksud:

"Kalau kamu syukuri nikmat yangAku berikan kepada kamu, nescayaAku, akan tambah berlipatgandalagi. Tetapi kalau kamu engkariatau tidak menghargai nikmat yangtelah Aku berikan itu (innaazabilasyadid), maka terimalah azab Kuyang amat pedih."

Sikap dan pendirian parti saya,Tuan Yang Dipertua, adalah tegas.Kita akan memberi sokongan danmemberi penghargaan ataupun pujiankepada siapa sahaja yang membuatsesuatu yang benar ataupun baikwalaupun datang dari lawan kita dankita akan menentang sesuatu yangtidak baik walaupun datang darikalangan kita sendiri. mi sikap partisaya.

Jadi, Tuan Yang Dipertua, sayamemberi penghargaan di atas RangUndang-undang Perbekalan 1984 iniyang tidak banyak mendatangkanbeban dan kesukaran hidup bagirakyat yang berpendapatan rendah,terutama rakyat di kampung-kampungdan desa-desa. Cukai-cukai yangdikenakan itu pula tidak banyakmelibatkan rakyat di luar bandar yangberpendapatan kecil. Rakyatkampung, terutamanya orang-orangMelayu tidak kenal "ablon", apa lagimerasainya, tidak tahu apa itu

11443 1 NOVEMBER 1983

"shark's fin" dan makanan mewahorang-orang yang tinggal di kota-kotabesar dalam negara kita mi.

Tuan Yang Dipertua, dalammeneliti peruntukan perbelanjaan1984 yang berjumalah $27 juta lebihyang. kira-kira 69% untuk BelanjaPengurusan dan 31% untuk BelanjaPembangunan itu ada beberapaperkara yang saya rasa perlu disentuh,terutamanya peruntukan beberapasektor tertentu.

Walaupun mengikut peruntukansektor kira-kira 25.7% dariPerbelanjaan Mengurus itudiperuntukkan bagi sektor sosial,9.8% untuk sektor ekonomi dan11.7% untuk sektor pertahanan dankeselamatan dalam negeri, namunbegitu mengikut pengakuan YangBerhormat Mulia Menteri Kewangansendiri bahawa kita telahmembelanjakan wang terlalu banyakuntuk pelajaran dan pelancongan keluar negeri. Kita membuatpembayaran terlalu banyak untukperkhidmatan perunding dankontraktor asing. Kalaulah kitaberbelanja banyak untuk pelajaranuntuk meningkatkan mutu pelajarananak-anak kita supaya memiliki ilmupengetahuan yang tinggi demi untukkepentingan negara, maka itu sesuatuyang amat wajar. Tetapi kalau kitaberbelanja begitu banyak untuk hanyamelancong ke luar negeri terutamabagi orang-orang yang ternama, makasaya harap keadaan ini hendaklahdisederhanakan ataupundiberhentikan, kecuali benar-benaruntuk faedah dan kepentingan negara.

Selain daripada itu, Tuan YangDipertua, sebagaimana yang diakuisendiri oleh Yang Berhormat MuliaMenteri Kewangan bahawa kita telahterlalu banyak berbelanja untukperkhidmatan perunding dankontraktor asing itu. Maka di atassemangat berjimat dan berhimatdalam perbelanjaan, begitu juga demiuntuk kepentingan para kontraktor

11444

tempatan, terutama kalanganbumiputera, saya mengharapkanberhentilah pihak Kerajaan darimengeluarkan belanja untukperkhidmatan perunding dankontraktor asing yang banyak menelankewangan negara mi.

Kalaulah kita mengambilkontraktor-kontraktor asing denganalasan untuk mendapat pemindahanteknologi, maka kita sebenarnya sangsisebanyak manakah sudah teknologiyang didapati oleh rakyat Malaysiahasil dari kontraktor-kontraktor asingitu? Begitu juga dengan perkhidmatanperundingan yang banyak kita tahubukan sedikit projek-projek besarKerajaan kita yang tergendala, yangterbengkalai ataupun terlambattempoh siapnya atau terpaksaperuntukan ditambah sehinggaberganda-ganda banyaknya.

Tuan Yang Dipertua, mengikutJuru Odit Negara dalam satuwawancaranya dengan seorangwartawan akhbar tempatan telahmenyatakan bahawa adalah menjadikewajipan anggota Dewan Rakyatbertanya tentang hal ehwalperbelanjaan negara kepada pihakyang berkuasa. Jadi, pada hemat saya,memang wajar sekiranya ada anggotadalam Dewan yang mulia inimenimbulkan masalah BMF yangtelah melibatkan wang lebih daripada$1.7 bilion itu.

Pihak parti saya, Tuan YangDipertua, tidak akan menggunakanmasalah BMF ini sebagai satu isupolitik yang riuh-rendah kerana kitadapat memahami sebagai sebuahKerajaan yang bersifat bersih, cekapdan beramanah sudah tentu akanberusaha membongkar segalapenyelewengan yang berlaku dalamBMF itu. Saya menyambut balkperakuan Yang Amat BerhormatPerdana Menteri yang akanmengeluarkan Kertas Putih ataupunlainnya untuk menjelaskan kepadaRakyat tentang BMF dan kedudukan

11445 1 NOVEMBER 1983 11446

wang negara yang berbillion ringgit itusama ada telah hilang ataudiselewengkan dan menghukumpesalah-pesalah itu mengikut undang-undang negara.

Tuan Yang Dipertua, kalaulahmasalah Bank Rakyat tidak lamadahulu didedahkan oleh Kerajaantentang penyelewengan yang berlakudi dalam sebuah Kertas Putih yangtelah dibentangkan dalam Dewan ini,maka saya fikir tidak ada sebabnyapihak Kerajaan yang bersikap cekapdan amanah itu keberatan untukmembentangnya dalam sebuah KertasPutih juga. Tegasnya masalah BMF initidak boleh dibiarkan akhbar-akhbarluar dan dalam negeri membuatbermacam-macam berita yangmengelirukan rakyat dan pihakKerajaan hendaklah bersikap tegasdalam masalah BMF ini supaya akhbardan rakyat tidak membuathukumannya sendiri.

Tuan Yang Dipertua, ada satu lagiyang penting ingin saya sentuh dalamperbahasan Belanjawan Negara 1984ini iaitu masalah penerapan nilai-nilaiIslam dalam pentadbiran Kerajaan.Pihak parti saya adalah sentiasamemberi penghargaan dan mengalu-alukan sebarang usaha Kerajaandalam menerapkan nilai-nilai Islamdalam setiap sektor pentadbirannegara. Walaupun saya menginsafibahawa Kerajaan sentiasa berada ditengah-tengah tekanan antara duatekanan, di satu pihak ialah tekananyang timbul dari kalangan orang-orangyang bukan beragama Islamsebagaimana sekejap tali kitamendengar daripada wakil Sungai Besiyang telah menimbulkan rasakebimbangannya hasil daripada usahaKerajaan hendak menerapkan nilai-nilai Islam dalam negara ini dan satukalangan pula lagi timbul daripadagolongan Islam yang radikal yangtidak akan merasa puas, yang tidakakan merasa senang, yang tidak akanmenerima apa sahaja yang Kerajaanbuat dalam soal hendak menerapkan

nilai-nilai Islam dalam negara kita mi.Saya amat sedar akan kedudukanKerajaan sekarang ini. Tetapi sayamendesak pihak Kerajaan supayameneruskan usahanya dalammenerapkan nilai-nilai Islam dalampentadbiran negara ini dengan tidakmengambil hirau di atas kedua-duatekanan yang ada itu.

Tuan Yang Dipertua, Islam tidakmemaksa orang memeluk Islam danAl-Quran mengajar dan memberipanduan bagaimana caranya hendakmenyeru orang ke arah Islam.Tegasnya Islam berkembang bukanmenerusi pedang dan kekuatan tetapimenerusi lisan dan penerangan,dengan izin, Tuan Yang Dipertua,saya ingin membaca sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: Serulah kamukepada jalan Allah s.w.t. denganpenuh bijaksana dan dengan memberinasihat-nasihat yang baik dan kalaukita berbahas, dan kalau kitaberdebat dengan orang-orang itupilahlah cara-cara yang lebih baik danlebih selamat. mi adalah cara kitahendak menyeru orang-orangmemeluk agama Islam ataupunmenyetujui konsep dan akidah Islam.Jadi kalau ada golongan dalammasyarakat kita yang mendakwa diasebagai juara ataupun pejuang Islamtetapi hendak memaksakan orang lainsupaya memeluk agama Islam dengancara kekerasan maka itu bukanmengikut pengajaran Islam yangsebenarnya tetapi itu adalah mengikutnafsu syaiahnya iaitu nafsu jahatnya.

Tuan Yang Dipertua, bagi rakyatterutama pemeluk-pemeluk agamaIslam negara ini masih lagi tidakbegitu terang dan masih kesamaranapakah erti sebenarnya penerapannilai-nilai Islam itu. Apakah dengankita mengadakan Bank Islam,mengadakan Universiti Islam,menubuhkan insuran Islam,menubuhkan pajak gadai Islam danlain-lain agensi yang bernama Islamitu telah merupakan hakikat

11447 1 NOVEMBER 1983

penerapan Islam? Inilah hakikat yangsebenarnya yang perlu ditekankanoleh pihak Kerajaan supaya rakyatyang berugama Islam dalam negara inimerasa puas hati atau sekurang-kurangnya dapat memahamisepenuhnya erti penerapan^nilai-nilaiIslam itu. Pihak kerajaan sekarangmempunyai Pusat Islam yang terletakberhampiran dengan Masjid Negaradan pusat ini akan berkembang lebar,akan berkembang lebih besarmanakala siap kompleksnya yangbernilai puluhan juta itu, tetapi PusatIslam ini akan menjadi tidak berertidan bertenaga kalau tidakdike maskinikan susunan organisasi-nya dan program kerjanya.

Pada hemat saya, Tuan YangDipertua, adalah sungguh lebih berertikalau Pusat Islam atau segala aktivitiIslam dalam negara ini iaitu TabungHajinya, Yayasan Dakwahnya diletakdi bawah pentadbiran seorang Menteriyang berjawatan penuh khusus yangterletak langsung di bawah JabatanPerdana Menteri sebagaimana dengankedudukan Menteri dengan urusanPETRONAS dan lain-lain lagi. Kalaumasalah ini tidak diberi perhatian yangberat atau dengan serius olehKerajaan maka hasrat sebenarKerajaan hendak menerapkan nilai-nilai Islam itu akan dikatakan oranghanya untuk kepentingan politiksemasa sahaja. Mungkin kita rakyatMalaysia sekarang beruntung denganadanya seorang Perdana Menteri yangmempunyai minat dalam penerapannilai-nilai Islam tetapi apa akan jadidalam negara kita ini dalam usahapenerapan Islam ini kalau terdapatpada masa akan datang seorangPerdana Menteri yang kurang minattefltang Islam?

Tuan Yang Dipertua, melihatkesungguhan Kerajaan dalam usahahendak menerapkan nilai-nilai Islamdalam perkhidmatan negara Inilahmaka pihak saya dan seluruhpenyokong-penyokong parti saya

11448

adalah berdoa ke hadrat Allah s.w.t.semoga suatu hari nanti sinarpengajaran Islam akan memancardengan cemerlangnya dibumi persadatanahair kita Malaysia yang kita cintaibersama ini, insya-Allah.

Dengan ini, Tuan Yang Dipertua,saya turut memberi sokongan di atasRang Undang-undang Belanjawan1984 mi.

5.57 ptg.

Tuan Peter Chin Gan Oon (Ipoh):Tuan Yang Dipertua, saya bangunsupaya bersama dengan rakan-rakansejawat saya untuk mengambilbahagian dalam perbahasan mengenaiRang Undang-undang Perbekalanyang dikemukakan oleh YangBerhormat Mulia Menteri Kewangankepada Dewan yang mulia mi.

Tuan Yang Dipertua, sayamenganggap bahawa tujuanBelanjawan ini adalah untukmenggalakkan pertumbuhan disamping mengurangkan kurangan danpinjaman. Jika itu adalah tujuan-tujuannya maka langkah-langkahkeseluruhannya untuk menggalakkanpertumbuhan dalam sektor swastaadalah tidak mencukupi.

Saya merujuk kepada satu daripadapembawa pertubuhan yang lebih aktifdalam sektor swasta iaituperindustrian pembinaan danperumahan. Meinang terdapat tanda-tanda pemulihan tentang ekonomidunia tetapi sama ada pemulihan-pemulihan ini besar atau tidaklahdiketahui. Walaupun demikian, sayarasa keadaan ekonomi adalah dapatuntuk pemulihan ekonomi kita. Makaperindustrian pembinaan danperumahan oleh kerana kedua-duaindustri itu sudah terkenal sebagaipenggalak pertumbuhan, haruslahsekarang diberikan galakan olehKerajaan. Malangnya, sebaliknyatelah berlaku nampaknya denganadanya cukai jualan tambahan ke atasseterigah bahan-bahan binaan itu.

11449 1 NOVEMBER 1983 11450

Saya hendak bertanya YangBerhormat Mulia Menteri Kewanganbagaimana beliau bercadangmenggalakkan industri pembinaan danperumahan dari keadaannya yanglembab sekarang dengan Belanjawanmi.

Tuan Yang Dipertua , saya gembiraKerajaan telah mengambil perhatiantentang kesan serius ke atas imbanganbayaran akibat pengaliran wang keluarmelalui pembayaran kepada paraperunding dan kontraktor asing. Sayadapat memahami dilema Kerajaaniaitu pada suatu pihak hendakmembawa masuk pembangunan dalammasa sesingkat -singkatnya dan padapihak yang satu lagi mengawalkehilangan hasil kepada negara-negara asing.

Tiada siapa yang boleh mengatakankita tidak memberi peluang kepadapara perunding dan kontraktor asingtetapi Kerajaan telah menyedaribahawa pembangunan begini olehorang-orang asing perlukanpengorbanan besar.

Sekarang tidaklah lambat sangatbagi kita meneliti caranya supaya tidakbergantung sangat kepada sumbangandari para perunding dan kontraktorasing. Dalam hal ini saya inginbertanya Kerajaan apakah langkah-langkah yang akan diambil ke arahmencapal kemerdekaan kita daripadaorang-orang asing itu.

Adalah satu perkaramengisytiharkan kehendak kita danlain perkara menetapkan langkah-langkah perlu untuk mengawal kerjakepada orang-orang asing. Sayaberharap antara tindakan-tindakanlain pihak Kerajaan boleh kurangbergantung kepada orang-orang asingdengan cara-cara yang berikut:

(1) Kalau kerja berkenaan walaumacam mana besar pun boletidibuat oleh para perunding dankontraktor tempatan maka

mesti jangan diberikan kepadaorang-orang acing.

(2) Bahan-bahan untnk kerja yang

(3)

diberikan kepada orang-orangasing mestilah dibeli daripadapunca-punca tempatan jikaboleh.

Semua kepakaran tempatanyang boleh didapati mestilahdigunakan sebelum menggajiorang-orang asing yang jugamenjadi pakar -pakar dalambidang yang sama.

(4) Semua kerja yang diberikankepada orang-orang asing mestidijalankan oleh usahasamadengan orang-orang tempatanterdiri bukan sahaja daripadakaum Bumiputera tetapitermasuk kaum bukanBumiputera . Ini mestidikuatkuasakan supaya orang-orang tempatan diberikanperanan yang bermakna di dalamprojek-projek itu.

Saya harap langkah-langkah di atasdiambil oleh Kerajaan sebelum kitakehilangan lebih banyak tukaran wangasing.

Tuan Yang Dipertua , satu perkaralain yang ingin saya sampaikan ialahtentang pelaksanaan Dasar EkonomiBaru iaitu dalam hal pembasmiankemiskinan . Banyak perkara telahdibuat untuk menemui DasarEkonomi Baru . Saya mengucapkansyabas kepada Kerajaan di atas usahaini. Tetapi dalam soal pembasmiankemiskinan iaitu untuk memberikelegaan hidup kepada yang miskinmasih lagi tidak memuaskan khasnyadi kawasan -kawasan bandar.

Tuan Yang Dipertua , saya dapatipihak Kerajaan tidak dapat memberisecukupnya perhatian ke arah inilebih-lebih lagi yang terdapat dikawasan-kawasan bandar . Saya masihdapati satu keluarga yangmengandungi lima atau enam orang

11451 1 NOVEMBER 1983

tinggal di dalam petak atau bilik kecilyang luasnya tidak lebih dari 150 kakipersegi. Dalam hal demikian kita tidakberperanjat mendapati, orang-orangmiskin di kawasan-kawasan bandartidak mendapati peluang yang baiklebih-lebih lagi anak-anak mereka.Dalam keadaan serba kekurangan inianak-anak mereka tidak dapat belajardalam suasana tenang dan dengandemikian tidak akan mendapatkeputusan yang balk dalampeperiksaan. mi akan menambahbilangan yang tidak berpelajaran danjuga tidak dapat melatih pekerja-pekerja mahir yang lebih produktif.

Saya menyeru kepada pihakKerajaan supaya memikirkan masalahini dengan seriusnya. Rancangan danstrategi mesti diambil untukmemulihkan keadaan kemiskinan mi.Saya mencadangkan kemudahanperumahan yang balk dan kawasankediaman yang lebih sempurnadiadakan untuk mereka mi.

Tuan Yang Dipertua, saya penuhyakin bahawa masih terdapat banyakkawasan bandar di mana ramaipenduduknya tinggal dalam keadaanyang tidak selesa seperti yang sayanyatakan di atas. Kita mesti ingatbahawa melalui kemiskinanketidakpuasan hati akan timbul dan iniakan digunakan sebagai senjata yangberkesan oleh anasir-anasir yang jahatdi negeri mi.

Tuan Yang Dipertua, saya inginbercakap mengenai cukai jualanterutamanya yang melibatkanperusahaan suratkhabar. Hal ini telahmenyebabkan naiknya bahan-bahanmentah seperti newsprint, kepingan-kepingan, dengan izin, offset printingplate, dakwat atau ink dan sebagainya.Perkara yang sangat merunsingkanperusahaan itu ialah kadar surtax 5%ke atas newsprint.

Saya percaya di Indonesia danSingapura tidak ada cukai dikenakanke atas newsprint. Sebagai punca

11452

pendapatan jumlah yang diperolehidari cukai itu begitu sedikit, lebihsedikit dari $5 juta tiap tahun. Denganadanya surtax itu perusahaanpercetakan tidak begitu bersainganuntuk mendapat tempahan percetakanluar negeri sebaliknya negara jirankita akan mendapat monopoli untuktempahan percetakan.

Perusahaan percetakan kita tidakdapat bersaing sekiranya didapatkanbahawa disebabkan surtax itu terlalukecil dan sedikit serta tidakmerosakkan perusahaan maka dengandemikian memang kena kepadatempatnya supaya kita menyingkirkanuntuk membolehkan perusahaan itudapat bersaingan dengan sainganmereka di luar negeri.

Saya percaya Yang BerhormatMulia Menteri Kewangan kita akanbersetuju bahawa tujuan utama cukaidirancangkan ialah untukmenambahkan atau untuk tidakmenggalakkan import. Tetapi sayarasa adalah bijak bagi kita tidakmenggunakan cukai atau tax untuktidak menggalakkan eksport terutamasekali bila kita memandang keluarbagi menjual lebih banyak lagibarangan dan perkhidmatan. Dengandemikian juga saya ingin jugamenggesa Menteri Kewangan agarmempertimbangkan untuk mem-batalkan cukai surtax 5% itu.

Tuan Yang Dipertua, sebagaitambahan kepada usaha memperbaikipenyampaian berita, saya inginmenggesa Kerajaan untukmempertimbangkan perkara-perkaraberikut:

(a) Kadar konsesi untuk bayaranpanggilan telefon berbalik olehkalangan akhbar untukmenerima berita daripadawartawan di lain-lain negeriatau tempat. Kini bayaranuntuk panggilan seperti ituterlalu tinggi disebabkanpanjangnya masa digunakan

11453 1 NOVEMBER 1983

untuk menghantar beritamelalui telefon.

(b) Kadar sewa talian teleprinterdan facsimile telefon untukakhbar juga mahal.Pengurangan kadar bagiperkhidm at an-perkhidm at antersebut akan dapat membantuperusahaan itu.

(c) Meminimakan had penggunaankemukakan telefon untuktransmisi otomatik bagi fotografberita dan utusan bergambar.Di Eropah akhbar-akhbar bebasmenggunakan transmitters kecilyang digunakan denganmelekapkan kepada taliantelef on .

(d) Keutamaan perlu diberi kepadaperusahaan itu untukpenggunaan talian telefon.

Tuan Yang Dipertua, dengan inisaya menyokong Rang Undang-undang Perbekalan bagi tahunhadapan.

Tuan Shamsuri bin Md . Salleh: AhliYang Berhormat dari Kota Belud.

5.10 ptg.

Tuan Mohammad Yahya binLampong (Kota Belud): Tuan YangDipertua, sementara kita mengalu-alukan dasar Belanjawan negara, 1984ada beberapa perkara yang harus kitapetimbangkan untuk menjaminbahawa apa juga strategi Belanjawanyang kita kemukakan masa kiniharuslah menjamin asas yang kukuhclan pergerakan pertumbuhanekonomi masa depan yang lebih baikuntuk kepentingan rakyat dan negarakeseluruhannya. Strategi kitahendaklah juga dilaksanakan untukmenjamin kestabilan ekonomi negaradalam jangka masa panjang.

Tuan Yang Dipertua, dalammerangka pencapaian strategipembangunan ekonomi di negara ini,saya suka menggariskan beberapa

11454

bidang yang saya kira mempunyaipotensi besar sekiranya diberiperhatian yang sewaj ar dan seterusnyadapat dilaksanakan:

(a) mempelbagaikan strategiekonomi negara denganmemberi pernekanan kepadapembangunan industri yangbersumberkan bahan-bahantempatan (resource baseindustry);

(b) pemulihanmeneroka

semula dantanah-tanah baru

untuk pertanian khususnyapenanaman padi.

Matlamat utama bagi kedua-duastrategi ini ialah untuk meningkatkanprestasi negara terutama dalammerintis jalan ke arah pencapaianmatlamat negara mengeluarkanbahan-bahan ataupun barangan siapyang bersumberkan bahan-bahantempatan.

Tuan Yang Dipertua, selaindaripada dua strategi yang sayasebutkan itu, saga juga akanmenyentuh beberapa perkara lainyang saya kira mempunyai hubunganrapat dengan usaha memperkukuhkanrancangan-rancangan pembangunanekonomi di negara ini, iaitu dari segiintegrasi nasional, kebudayaankebangsaan dan sebagainya.

Tuan Yang Dipertua, kedudukaniklim tropika negara kita inimembolehkan kita menikmatikekayaan sumber-sumber sepertigetah, koko, kelapa sawit dansebagainya dan bahan galian sepertibijih timah, tembaga dan lain-lainbarangan. Kedudukan istimewa inisudah cukup bagi negara ini untukmengharapkan pencapatan hasileksport bahan mentah daripadasumber itu, tetapi is juga mempunyaipotensi yang besar untuk memajukandi bidang industri yang bersumberkanbahan-bahan tersebut. Kerana itu sayapercaya bahawa dalam merangka ataumerancang pembangunan ekonomi

11455 1 NOVEMBER 1983

negara dalam jangka panjang,Kerajaan seharusnya mempergiatkanpenerokaan bagi mewujudkan industriyang mempergunakan bahan-bahantempatan yang selama ini menjadieksport utama negara.

Kita hendaklah terus menerusmenjadi pengeluar utama bahan-bahan . tersebut memandangkan kitamempunyai "comparative advantage"dan bukan setakat itu sahaja, negarakita mestilah mengambil peranan yangpenting dari segi mengeksploitasikanakan kegunaan bahan-bahan tersebutsama ada dari segi penyelidikanataupun pengeluaran negara-negaramembangun.

Negara membangun hendaklahmenukar dan menyesuaikankedudukannya setaraf dengan maruahnegara yang merdeka dan berdaulatiaitu peranan menjadi pengeksportbahan-bahan mentah seperti dijajahdahulu itu tidak lagi sejajar dengankeadaan sekarang. Keadan ini kalautidak diubah, kita masih j uga sepertidijajah dahulu di mana kita tidakberkuasa merunding langsung hasildari tindakan negara membangunyang menjadikan mangsa semuanegara-negara yang dijajah di manahargakeluaran bahan mentah kitadikontrol oleh negara maju. Oleh yangdemikian, saya merayu kepadaKerajaan kita supaya bertindakmempertingkatkan lagi pembangunanperusahaan yang berasaskan bahan-bahan tempatan, dengan memberkangalakan cukai yang menarik atau lain-lain galakan supaya lebih banyakindustri yang sedemikian ditubuhkandi negara ini. Saya menaruh penuhkepercayaan bahawa kita bolehmempertingkatkan perusahaan yangberasaskan bahan-bahan tempatanberdasarkan konsep ``forwardintergration", di mana kita akanmelebihi negara-negara lainmemandangkan kita mempunyaibekalan yang setabil dan lebih murahdaripada yang diperolehi oleh negarayang memproses bahan kita. Begitu

11456

juga kita boleh memeterikanperjanjian dengan negara-negarapembuat perusahaan yangmemerlukan bahan-bahan tempatankita untuk diproses menjadikomponan. Kita boleh proses bahan-bahan kita sebagai alat komponan danbekalkan kepada perusahaan-perusahaan yang memerlukannya agarmereka boleh mendapat bekalan yangsetabil dan harga yang berpatutan.

Keadaan ini akan menghasilkan:

(1) menambahkan pendapatantukaran asing disebabkan valueadded;

(2) mewujudkan peluang-peluangpekerjaan;

(3) meningkatkan pengeluaranperindustrian;

(4) memperbagai aktiviti

(s)perekonomian;

meningkatkan mutupengeluaran hasil daripenyelidikan;

(6)f mempertahankan kedudukansebagai negara pengeluar utamadan yang lebih efisen.

Tuan Yang Dipertua, sayaberpendapat bahawa siapa sahaja didalam dunia ini boleh mengeluarkanbarangan-barangan asalkan ada wangdan bahan-bahan bekalan untukdiproseskan sama ada industri beratseperti membina kapal terbang, kapaltaut, lori dan sebagainya kerana padamasa ini teknologi dan tenaga buruhboleh dibeli. Soalnya tidak semuanegara boleh mengeluarkan getah,kelapa sawit, bijih timah dan lain-lainbahan yang kita miliki. Jadi kitamestilah memaksimakan kekayaanyang kita ada dengan menambahkanpelaburan di bidang ini untukmenambah pengeluaran danmewujudkan industri berasaskanbahan-bahan tersebut. Keadaan iniakan mengukuhkan lagi kedudukankita sebagai negara pengeluar dandalam pada itu kita dapat

11457 1 NOVEMBER 1983 11458

mempelbagaikan ekonomi kita dengancara membina industri berasaskanbahan-bahan tempatan.

Saya rasa wang yang kita akanbelanjakan untuk menguatkankedudukan kita menjadi sebuahnegara yang ekonominya teguh dankukuh tidaklah seperti yang kitabelanjakan untuk mewujudkanindustri berat di negara ini. Lagipunrakyat di Malaysia ini terdiri darimanusia yang berlainan sikap dantabiat. Mendedahkan mereka itukepada keadaan yang di luar daripadakebolehan mereka, kemungkinanbesar bahawa tidak banyak yang bolehmenukar sikap dalam masa yangsingkat iaitu saya kira dalam jangka10-20 tahun. Adalah perlu diingatbahawa sikap Jepun dan Korea yangwujud pada masa ini adalah hasildaripada tradisi dan sikap yang telahdipupuk beratus-ratus tahun lamanya.Kalau semua manusia sama sikap dantingkat pengeluarannya, maka itubukanlah lagi dunia yang biasa.Sememangnyalah manusia di dunia iniberbeza-beza dan negara punmempunyai hasil yang berlainan.Tambahan lagi zaman kebangkitannegara Jepun dan Korea dan lain-lainnegara perindustrian di dunia iniadalah dalam keadaan pasaran yangluas. Pengetahuan teknologi terhadkepada beberapa negara, bahan-bahan pengeluar dan lagi kos murahtidak banyak negara yang mampu danfikir bahawa mereka bolehmemajukan sektor perindustrian danlain-lain.

Tuan Yang Dipertua, dalam usahakita mempergiatkan lagi bidangperindustrian kita termasuk yangbesar-besaran di dalam industri berat,kita haruslah membuat beberapaperkrraan iaitu:

(1) nilai pelaburan dan nilaipendapatan yang akandiperolehi daripada usaha itudari segi economic cost danbenefit, begitu juga social costdan social benefit.

(2) kalau pasaran hanya di dalamnegeri, mungkin kita akankehilangan "comparativeadvantage", kalau ada pilihanlebih baik, kita mengeluarkan"capital goods" daripada"consumer goods", kerana"consumer goads" akanmengeciwakan rakyat kalautidak berkeupayaan untukmembelinya nanti, setelahberibu juta jumlah perbelanjaanakhirnya rakyat akan keciwa.Janganlah kita meletakkanharapan terlalu tinggi, nantisemua tidak berhasil kalaukerana kedudukan ekonomiyang tidak teguh akanmenjejaskan pendapatan rakyat

(3)

keseluruhannya.

sumber kewangan kita yangterhad.

(4) pasaran luar negeri yang terhadmemandangkan tindakannegara mengeluarkan baranganyang sama dan juga dasarperlindungan negara-negaratersebut.

(s) sikap rakyat tidak boleh diubahdalam jangka masa yangsingkat.

Tuan Yang Dipertua, saya berharapKerajaan akan berhati-hati merancangpembangunan perindustrian danekonomi negara oleh sebab implikasiterhadap tekanan yang berlebihan iniakan mengakibatkan penggunaankewangan yang tidak efisen danf aedah kepada rakyat keseluruhannyatidak akan tercapai maksimanya. Kitatidak mahu jurang perbezaan antarabandar dan luar bandar bertambahluas dan begitu juga jurang antaramiskin dan kaya makin meningkat.Kalau terlalu kuat tarikan dari bandardi manakah Kerajaan akanberkeupayaan membina rumah murahdan mendapat tanah untuk maksudtersebut, tidak termasuk peluangpekerjaan dan latihan yang terpaksa

11459 1 NOVEMBER 1983

diwujudkan? Keadaan ini akan terusberlarutan disebabkan pendapatandan keadaan luar Bandar yang tidakmenarik. Akhirnya, bidang pertaniandan perikanan akan ketinggalan,tanah sawah akan terbiar.

Saya percaya hampir seratus peratusbelia dari luar bandar tidak mahutinggal dalam keadaan yangmenyedihkan kecuali Kerajaanbertindak untuk meninggikanpendapatan penduduk di luar bandardan kita mempunyai kemampuanberbuat demikian kalau pemimpin-pemimpin dan perancang-perancangkita menaruh minat yang lebih dalambidang mi.

Tuan Yang Dipertua, saya takut disatu masa kalau kita terus-menerustidak mengambil tindakan yang lebihserius terhadap keadaan yang berlakudi luarbandar maka sate tumpuanpenduduk berlebihan di bandar yangakan mengakibatkan masalah sosialseperti perumahan, pengganguran danlain-lain masalah seperti di KotaJakarta, Manila, Sao Paulo, Rio deJanerio, Mexico dan lain-lain negarayang tidak berjaya meningkatkanpendapatan luarbandar. Saya ulanglagi, dan lain-lain negara yang tidakberjaya meningkatkan pendapatanluarbandar.

Kedua, hasil pertanian akanmerosot dan kemungkinan' bekalanmakanan akan terjejas. mi akanmenambah lagi masalah rakyat tidakberkemampuan bell bekalan makanansesuai dengan pendapatannya.

Ketiga, kalau satu dan dua telahberlaku adalah mustahil untukmenukar kembali keadaan danmasalah-masalah sosial akan terustidak dapat dibenteras atau dikawal.

Oleh yang demikian, Tuan YangDipertua, saya merayu kepadaKerajaan supaya menyemak semularancangan-rancangan dan dasar-dasarnegara mengenai petanian dan di

11460

mana sebahagian besar penduduk kitabermastautin.

Tuan Yang Dipertua, saya beralihkepada masalah integrasi nasional.Sepertimana yang kita sedia maklumbahawa konsep integrasi nasionalbertujuan untuk mengukuhkanperpaduan rakyat berbilang kaum dinegara ini khususnya antara rakyatSemenanjung dengan Sabah danSarawak. Mungkin tidak keterlaluankalau saya katakan di sini bahawapelaksanaan konsep ini sebenarnyabelum begitu dapat dirasai ataumenimbulkan satu kesedaran yangmendalam dalam diri kita. Olehkerana pengertian konsep ini terlaluluas. Besar kemungkian kita cumamenekankan sahaja konsep ini di segibeberapa bidang sahaja misalnyamelalui Bahasa Kebangsaan,kebudayaan, pertukaran lawatanantara rakyat Semenanjung, Sabahdan Sarawak. Tetapi saya kira masihbanyak bidang lain yang harusditerokai supaya cita-cita kita ke arahmencapai penyatuan nasional inibenar-benar terlaksana dan berkesan.Apa yang dapat saya perhatikanketika ini ialah bahawa konseppenyatuan nasional ini tidak lebih darisatu seruan di mana rakyat masihsamar-samar dengan cara bagaimanamengamalkannya. Malah kalau kitabenar-benar merasa committedkepada pelaksanaan konsep ini agarsukar bagi kita untuk memikirkan satualasan yang mantap yang boleh kitagunakan sebagai ukuran tentangsejauh manakah sudah pencapatan ituatau kejayaan kita sebenarnya dalampenyatuan nasional mi.

Tuan Yang Dipertua, saya percayabahawa konsep ini bukan sahajabertujuan mulia terutama dari segimengukuhkan perpaduan rakyat yangterdiri dari berbilang kaum danagama, di negara ini tetapi konsep initidak syak lagi akan memberisumbangan ke arah penyatuan tenagadan fikiran penduduk di negara untukmembangun negara.

11461 1 NOVEMBER 1983

Dalam hubungan ini saya merayukepada Kerajaan Pusat supayamemberikan pertimbangan yangsewajarnya kepada cadangan-cadangan seperti berikut:

Pegawai-pegawai ataupunusahawan-usahawan serta orang-orangberkelayakan dari Sabah dan Sarawakhendaklah dilantik menjadi AhliLembaga Pengarah syarikat-syarikatKerajaan seperti Permodalan NasionalBerhad, Bank Bumiputra, MalayanBanking, PERNAS, PETRONAS,LPN, UDA dan sebagainya. Matlamatini adalah bertujuan supaya merekayang dilantik itu kelak akan lebihterdedah kepada keadaan yang wujuddi ibu negara dan alam merasa bahawakedudukan Sabah dan Sarawak dalamMalaysia di Semenanjung dan bukansebagai anak tiri yang membebankanatau anak angkat yang dibiarkanmenjaga masa depannya sendiri.

Sehubungan dengan pencapaiancita-cita penyatuan nasional ini sayajuga merayu kepada Kerajaan Pusatsupaya meluaskan fungsi, badan-badan dan agensi-agensi Kerajaanseperti MAJUIKAN,MAJUTERNAK, RISDA termasukapa juga bentuk subsidi dan lain-lainkemudahan yang diberi kepada rakyatdi Semenanjung.

Pengawasan ini adalah wajarmemandangkan bahawa badan-badanini mendapat peruntukan dari Pusattetapi hanya ditumpukan diSemenanjung sahaja. Kalaupun adabantuan atau pertolongan yang dibuatuntuk Sabah dan Sarawak is hanyasekadar melepaskan batuk di tanggasahaja. Saya yakin dan percaya, TuanYang Dipertua, bahawa sekiranyacadangan-cadangan ini dilaksanakanis bukan sahaja dapat membantu darisegi memajukan ekonomi negaratetapi is dapat pula memainkanperanan berkesan ke arah integrasinasional itu tadi.

11462

Tuan Yang Dipertua, untukmeneruskan perbahasan ini saya inginmenyentuh sedikit tentang isukebudayaan nasional yang baru-baruini telah banyak dibangkitkan samaada di suratkhabar-suratkhabarataupun di dalam Dewan mi.

Kebudayaan Nasional ininampaknya dijadikan sebagai satu isudi beberapa pihak. Sebelum sayamenghuraikan lebih lanjut topik ini,saya ingin bertanya kepada Ahli-ahliYang Berhormat yangmempertikaikan perkara ini, adakahmereka itu pandai membuat tariansinga dan berapa kalikah telahmelakukan dalam seumur hidupmereka? Apa yang saya nampakgerak-geri Ahli-ahli tersebut bukansebagai orang Cina tetapi malahseperti orang yang berkulit Putih.

Tuan Yang Dipertua, kalau kitabetul-betul mementing kebudayaansendiri lebih baiklah kita pecahkannegara ini. Sebab Sabah dan Sarawakpun mahu kebudayaan sendiri.Masyarakat pribumi seperti Kadazan,Bajau, Murut juga tentulah berasaberhak menuntut supaya kebudayaanmereka juga dijadikan sebahagiankebudayaan kebangsaan. Begitu jugadengan orang-orang Iban, Budayuh,Malanao di Sarawak mereka jugaberhak supaya kebudayaan merekaditonjolkan sepertimana yang hendakdituntut oleh pemimpin Pembangkangdi Semenanjung yang kebetulanmewakili sebahagian masyarakatkaum Cina. Kaum pribumi di keduanegeri ini sebenarnya lebih berhakuntuk mendesak supaya kebudayaanmereka juga mendapat tempat yangistimewa. Tetapi syukurlah keranakaum ini bertolak-ansur semata-matakerana ingin menjaga perpaduanberbilang kaum sentiasa hidup suburdi negara ini. Malangnya kalaukebudayaan ini terus-menerusdibangkitkan maka lama kelamaanrakyat di Sabah dan Sarawak akandiheret dan ke arah pertelingkahanyang remeh-temeh yang tidak

11463 1 NOVEMBER 1983

memberikan apa-apa sumbangankepada fikiran atau membentukmasyarakat Malaysia yang benar-benar bersefahaman bersatupadu danhidup aman makmur.

Sebenarnya kebudayaan Melayubukanlah satu kebudayaan yangluarbiasa. Ia bukanlah merpakansatu perkara antara hidup ataupunmati. Ianya hidup sebagai simbolikkepada negara yang mengandungimasyarakat majmuk. Kita biarkanlahorang Melayu memilikinya,sementara kita turut sama-samamempraktikkannya. Kita biarlahbertolakansur, kita tidak mempunyaimasa dan kewangan untuk mengheretperkara ini dengan begitu lama. Danlebih penting daripada ini lebihbanyak kita bercakap ataubertelingkah mengenainya akan lebihmenghancurkan perpaduan kita.Tidaklah keterlaluan kalau sayakatakan bahawa tidaklah semua orangMelayu memakai pakaian Melayu diDewan yang mulia ini. Sebabnyakebanyakannya kita menggunakankot. Sebabnya kita senang memakaibaju kot, selesa untuk semua orang.mi apalah kebudayaan orang Putih.Tetapi oleh sebab selesa kita pakai.Oleh sebab keselesaan jugalah makakita gunakan kebudayaan Melayusebagai teras kebudayaan kebangsaan.

Tuan Yang Dipertua, saya merasasedih sekali kerana walaupun perkaraini sudah dibangkitkan dalamBelanjawan tahun lalu tetapinampaknya masih ada lagi yang tidakf aham, atau mungkin sengaj a berbuatdemikian kerana ingin menjadikansatu isu politik.

Sesungguhnya ini merugikan bangsasendiri. Rakyat Cina juga akan rugisebab masyarakat itu bukan puladigalakkan untuk bertolak ansurtetapiseolah-olah disemaikan semangatuntuk bertegang. Siapakahsebenarnya nanti yang akan menan?Pemimpin yang mahu diundi bukanrakyat sebab rakyat tidak akan

11464

menang. Biar mati pun Melayu tidakakan undur. Jadi, semangat benci itudipupuk oleh setengah pemimpinsupaya boleh jadi Wakil Rakyatbercakap di Parlimen mendapatpublisiti dengan muka tersergam hebatdi suratkhabar-suratkhabar, kononsebagai hero rakyat tetapi sebenarnyauntuk kepentingan diri sendiri.

Saya tahu Melayu hendak dicubaatau kata pepatah: "Mencuba air yangtenang jangan disangka tidak adabuaya." Tetapi apa yang saya fahamorang-orang Melayu itu sebenarnyapantang dicabar. Orang-orang Melayuitu memang terkenal dengan pepatah:"Biar putih tulang, jangan putihmata". Mereka lemah-lembut tetapicuba dicabar dia akan melenting danwaktu itu dia akan kenal sabar, lemahlembut lagi sebab dia bukan lagi HangTuan tetapi dia menjadi Hang Jebat.Ingat, kalau semua Melayu jadi HangJebat, parah padahnya. Tetapi kalaukita pun bersikap seperti merekaapalah salahnya, jangan lagiwarganegara diberi, jawatan Menteripun kits dapat.

Oleh itu lebih baiklah kaum yanglain minta semua Melayu jadi HangTuah. Perkara ini akan lebih senangkerana peribadi bagi Melayu itumemang begitu. Tetapi janganlahdiungkit-ungkit perkara yang mahumenjadikan mereka itu Hang Jebat.

Sebenarnya dalam keadaansekarang ini oleh sebab telatahsetengah pemimpin-pemimpinwarganegara pendatang Melayu yanglebih jadi rungsing oleh sebabkeikhlasan dan kebaikan mereka akanmenerima bangsa' pendatang masihtidak memuaskan hati orang-orangCina dan India dan selalu mahu sentuhlagi apa yang diberi kepada orangMelayu. Jadi oleh sebab perkara initerus-menerus diungkit-ungkit makaMelayu pun terus-menerus mahumenyelidiki sama ada yang diberikepada mereka itu pun cukup atautidak. Kalau orang lain diam-diam

11465 1 NOVEMBER 1983 11466

saya percaya keadaan akan jadi lebihtenteram, aman dan damai. Kepadakaum lain gunakanlah kebudayaanmasing-masing untuk adatperkahwinan dan lain-lain adatsendiri, tidak ada siapa yang hendakmenegah. Saya pun faham itu semuauntuk pengaruh politik tetapibolehkah kita panggil diri kita sebagaipemimpin yang bertanggungjawab,kalau isu itu kita gunakan untukkepentingan politik supaya kita diundiduduk di Parlimen dapat publisitibesar-besaran tetapi dalam pada itutindakan tersebut merugikan bangsadan negara, merugikan kaum sendiri.

Tuan Shamsuri bin Md . Salleh:Yang Berhormat ada seminit lagi.

Tuan Mohammad Yahya binLampong: Sekejap lagi. Bolehkah beri5 minit lagi?

Tuan Shamsuri bin Md. Salleh: Duaminit saya boleh ben.

Tuan M9hammad Yahya binLampong: Tuan Yang Dipertua, sayarasa perbahasan ini tidak lengkapsekiranya tidak menyentuh isu-isuyang telah digembar-gemburkan olehAhli Yang Berhormat dari pada pihakDAP di Dewan yang mulia ini. Sayasebenarnya amat sedih sekali di atastaraf dan mutu perbahasan dantingkah laku Ahli DAP di Dewan mi.Misalnya Ahli Yang Berhormat dariKota Melaka dalam ucapanmembahaskan dasar Belanjawan 1984telah menghabiskan masa satu jamlima betas minit daripada ucapan AhtiYang Berhormat dari Kota Melaka itukepada satu isu yang jelas dan sudahpun diketahui ramai. Biasanya tujuanAhli Yang Berhormat dari KotaMelaka ialah semata-mata untukmendapat publicity murah supayabanyak lagi ucapan yang bolehdibukukan dan boleh dijual kepadaorang ramai yang sebenarnya tidakfaham dan mengetahui akan motifAhli Yang Berhormat dari KotaMelaka itu.

Tuan Yang Dipertua, semalam AliYang Berhormat dari Sandakan tetahmembangkitkan beberapa isu lapukdan isu yang sudah diketahui ramai.Sebagai bukti, Ahli DAP memutarbelitkan kenyataan dan mengelirukanorang ramai di mana kononnya YangAmat Berhormat Datuk Harris Sallehyang telah mendapat untung yangbesar apabila Pulau Labuan dijadikanWilayah Persekutuan.

Yang pertama ialah betul, YangAmat Berhormat Datuk Harris Sallehmemitiki tanah di Labuan tetapi tidakseperti yang dinyatakan oleh ahli silapmata dari Sandakan. Tanah yangdimiliki oleh Yang Amat BerhormatDatuk Harris Salleh hanyalahbeberapa ekar sahaja.

Kedua, saya tidak nampakbagaimana Yang Amat BerhormatDatuk Harris Salleh akan mendapatkeuntungan yang berlebihan. Tanahadalah mengikut harga pasaran danapabila Putau Labuan menjadiWilayah Persekutuan tidak semestinyatanah Yang Amat Berhormat DatukHarris Salleh sahaja yang akan naikharga sekiranya pun harga tanah akannaik. Saya percaya harga tanah tidakakan naik daripada keadaan sekarangkerana Kerajaan Pusat tidaklah akanmembangunkan Labuan lebihdaripada apa yang mustahakdilaksanakan di Labuan. Lagi pun,Tuan Yang Dipertua, kekayaan YangAmat Berhormat Datuk Harris Sallehsudah menjadi pengetahuan umum.Beliau tidak payah mengharapkanhasil daripada penjualan tanah ituuntuk menjadi kekayaannya tidakseperti Ahli Yang Berhormat dariSandakan terpaksa berburu untukmen j adi ahli silap mata untukmendapat pengaruh politik, terpaksaberlakon, terpaksa membuatkenyataan yang mengelirukan.

Yang Amat Berhormat DatukHarris Salleh pernah 4 tahun yang lalumenawarkan tanahnya denganpercuma seluas 500 ekar kepadaUniversiti ASEAN sekiranya

11467 1 NOVEMBER 1983 11468

universiti tersebut ditubuhkan di Labuan. Inikah tindak-tinduk orang yang mahu mendapat untung daripada penjualan tanah. Saya cabar Ahli Yang Berhormat dari Sandakan membuat ucapannya di luar Dewan ke atas tuduhannya yang kononnya Yang Amat Berhormat Datuk Harris Salleh yang memiliki 70% daripada tanah di Labuan. Kalau tidak saya tuduh beliau mempermainkan Dewan yang mulia ini sebagai gelanggang berbohong, berdusta dan seorang ahli yang tidak tahu tanggungjawabnya.

Tuan Shamsuri bin Md. Saleh: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Mohammad Yahya bin Lampong: Terima kasih.

Tuan Shamsuri bin Md. Saleh: Yang Berhormat dari Setapak.

5.34 ptg.

Tuan Mohd. Idris bin Mohd. Basri (Setapak): Tuan Yang Dipertua, Belanjawan 1984 yang kita sedang bincangkan tidaklah sehebat yang diperkatakan oleh setengah-setengah pihak yang tertentu. Sebelum Belanjawan 1984 diumumkan kedengaran ramalan-ramalan oleh pakar-pakar ekonomi kita, peniaga­peniaga, pemberita-pemberita akhbar, tok-tok nujum kita bahawa Belanjawan kali ini adalah berat memandangkan keadaan inflasi di Malaysia dan juga di dunia keseluruhannya. Tiap-tiap kali bila Belanjawan menjelang tiba berbagai spekulasi akan timbul dan tiap kali apabila Belanjawan diumumkan kita dapati bahawa ramalan-ramalan dan spekulasi-spekulasi ini tidak menjadi kenyataan, tidak tepat, sedikit sahaja benar dan lain-lain yang dihebohkan hanya kekal sebagai spekulasi dan ramalan sahaja.

Kita mesti ingat bahawa ekonomi kita banyak bergantung kepada ke­adaan dan putaran ekonomi antara­bangsa yang mana kita sendiri tidak

dapat mengawalnya. Walaupun Kerajaan telah berusaha untuk mem­bendung bahang daripada kemelese­tan ekonomi antarabangsa sedikit sebanyak kesannya dapat dirasai oleh negara kita. Ekonomi kita ialah suatu yang pada asasnya bergantung kepada pengeksportan barangan utama seperti getah, bijih timah, minyak, petrolium, minyak kelapa sawit dan lain-lain dan sementara ini import barang-barang kita telah bertambah. Barang-barang buatan Malaysia menghadapi pertandingan yang berat dan hebat di pasaran luar negeri dan dengan dasar protectionism yang diamalkan oleh beberapa buah negara di dunia ini maka barangan dan jualan daripada negara kita dapat tentangan yang hebat.

Tidaklah anih atau hairan sekiranya imbangan pembayaran negara mempunyai tanda-tanda yang tidak sihat. Keadaan kemelesetan luar negeri telah menyebabkan kurang permintaan ke atas barangan dan seterusnya menjatuhkan harga-harga barangan ini. Dengan keadaan yang ada sekarang ini nampaknya hasil­hasil utama kita terpaksa bergantung kepada pasaran dalam negeri yang mana tidak dapat menggunakan atau memproses barang-barang utama ini pada keseluruhannya. Maka pengeluaran barangan-barangan utama terpaksa dikurangkan yang mana akan menyebabkan pemberhentian kerja dan ramai di antara orang-orang kita telah menganggur.

Ini akan memberatkan lagi negara dan dengan demikian Kerajaan pada masa ini sedang meningkatkan berbagai-bagai projek dan program pembangunan di seluruh negara. Ini adalah satu usaha ke arah menstabilkan imbangan pernbayaran kita dan juga dengan sumbangan industri perlombongan dan

11469 1 NOVEMBER 1983 11470

pembuatan yang diharap menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk masa hadapan negara ini. Sungguhpun beberaP.a buah negara yang maju dan sedang membangun mengalami akibat yang buruk daripada kemelesetan ekonomi dunia dengan terd~pat kes-kes di mana industri-industri besar terpaksa membuang dan memberhentikan pekerja-pekerja mereka hingga akhirnya mereka ini terpaksa bergantung atas bantuan kebajikan (welfare aid) daripada Kerajaan mereka masing-masing. Syukur alhamdulillah dengan kebijaksanaan Yang Berhormat Mulia Menteri Kewangan kita serta anak-anak buahnya di Kementerian beliau kesan inflasi dan kemelesetan ekonomi antarabangsa tidak melanda ekonomi negara kita dan cara rakyat jelata dengan begitu teruk.

Apa yang perlu Kerajaan dan rakyat berbuat hari ini dalam kemelesetan ini ialah berjimat cermat dan jangan membazirkan wang. Sektor awam dan sektor swasta mestilah juga merancangkan langkah jimat cermat, setiap ringgit yang dibelanjakan mestilah memberi pulangan nilai yang sewajar. Setiap projek yang hendak dilaksanakan mestilah ditimbang dan diteliti dengan sewajarnya sebelum ianya dilaksanakan. Di dalam melaksanakan sesuatu projek itu orang yang bertanggungjawab ke atasnya mestilah menentu dan menjaminkan yang projek ini dijalankan dengan bersih, cekap dan amanah. Ia mestilah menentukan yang penyelewengan tidak berlaku hingga menyebabkan sesuatu projek itu tergendala dan terbengkalai yang mana akan merugikan negara dan rakyat jelata dan menjejaskan ekonomi negara. Kita telah melihat dalam negara ada juga projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang membazir, sia-sia dan gaga) menepati sasaran dan objektif asalnya.

Satu contoh yang masih dalam ingatan kita ialah Lembaga Ternakan Negara yang gagal menunaikan fungsinya untuk menguruskan hat ehwal ternakan dan penyembelihan daging. Sesungguhnya tujuan asal penubuhannya baik dan dari segi hasrat dasar pertanian nasional. Memandangkan bahawa Lembaga ini telah ditubuhkan mengikut kehendak undang-undang, Menteri yang bertanggungjawab terpaksa membawa satu udang-undang ke Dewan ini untuk membubarkan Lembaga ini. Yang paling akhir kita dengar dan ketahui ialah RISDA yang mana telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menubuh anak-anak syarikat yang tidak mendatangkan faedah besar kepada pekebun-pekebun kecil kerana anak-anak syarikat ini telah mengalami kerugian baru, sekerat jalan sahaja kerana salah pentadbiran dan kurang cekap untuk menghadapi dunia perniagaan.

Negara kita bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang cekap untuk menghapuskan gejala dan amalan salah ini di RISDA. MAJUTERNAK ditegur oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa beliau melawat negeri Johor tahun ini bahawa beliau ingin melihat prestasi yang memuaskan dan jika tidak fungsi-fungsi MAJUIKAN akan diswastakan.

Dengan bukti-bukti tersebut di atas Kerajaan mestilah menentukan hanya pegawai-pegawai yang bersih, cekap dan amanah sahaja yang boleh dipertanggungjawabkan atas tugas­tugas yang berat ini atau diisikan ke jawatan penting di dalam mana-mana badan berkanun dan juga anak-anak syarikatnya. Jika tidak berjuta-juta ringgit duit Kerajaan akan hilang begitu sahaja dan tidak mendatangkan pulangan kepada ekonomi negara. Pengawasan yang rapi mestilah wujud dan dibuat. Jika tidak sia-sia sahaja cukai dan basil yang Kerajaan kutip

11471 1 NOVEMBER 1983

untuk menampung PerbelanjaanBelanjawan tahunan tetapi tidakdigunakan dengan bijaksana danwajar.

Kita mesti ingat bahawa beberapaprojek yang dijalankan oleh Kerajaanialah dibiayai oleh pinjaman luarnegeri yang mana kita terpaksamembayar balik. Di sini saya inginmengesyorkan kepada Kerajaansupaya mempastikan projek-projekKerajaan ini, di badan-badanberkanun dan anak-anak syarikatnyasekiranya prestasi tidak memuaskanpatutlah Kerajaan memikirkan untukdi swastakan semuanya.

Walaupun ekonomi Malaysiadijangka akan mencatatkan kadarpertumbuhan sebanyak 5.6%berbanding dengan kadar 4.9% yangdiramalkan untuk tahun 1983 dankeadaan ekonomi negara-negaraperindustrian dan juga Malaysia bagitahun 1984 nampaknya akanbertambah lebih cerah akibat kesanburuk keadaan kemelesetan antarabangsa akan kurang menyenangkannegara ini dan juga negara-negarayang sedang membangun. Dari iturakyat dan Kerajaan hendaklahberwaspada dan harusnya sedayaupaya untuk membendung daripadakesan buruk mi.

Tuan Yang di-Pertua, sayamenyokong sepenuhnya langkahKerajaan untuk merombak segaladasar import kita yang mana bertujuanuntuk membaiki imbanganpembayaran kita. Kebanyakkandaripada barang-barang import inidigunakan oleh orang-orang yangberada yang rela membelanja lebihkerana kemampuan mereka berbuatdemikian. Contohnya ialah pakaiandan barang makanan. Rakyat-rakyatkita yang berada mampu membelipakaian yang diimport dengan harga$100 atau lebih sepasang, tetapi bagigolongan yang berpendapatan rendah

11472

mereka hanya mampu membelipakaian buatan tempatan danmemakan makanan yang diproses didalam negeri. Maka adalah wajar dankena pada tempat dan masanyadinaikkan duti import 5% hanya 50%ke atas 66 jenis barang import ini,seperti keju, coklat, cendawan danshark's fin bukanlah makanantradisional rakyat Malaysia. Makananyang dikeluarkan oleh pembuat-pembuat di negara kita tidaklahkurang mutunya, keselesaannya,kacaknya, rasanya dan khasiatnya.

Sekarang saya beralih pula kepadaperkara yang ditunjukkan iaitu cukaitokok, duti import dan lain-lain duti.Usaha untuk menyelaras danmemudahkan kutipan hasil kastamadalah satu langkah yang bijaksanatermasuk juga cadangan supaya duti-duti import ditukar dari kadar tertentukepada kadar menurut nilai(ad valorem). Sungguhpun ini padapermulaannya melibatkan hanya 45jenis barang import tetapi Tanya akanmullah para Pegawai Kastam mengiracukai yang hendak dikenakan ke atasbarang-barang yang diimport olehpeniaga-peniaga. Langkah inimenjimatkan masa pihak Kastam danbagi masyarakat peniaga pula merekalebih mullah mengetahui berapa kadarcukai yang akan dikenakan danmenghapuskan gejala-gejalakelewatan untuk memprosespencukaian ke atas barang-barangimport mereka.

Salah satu daripada strategiBelanjawan, agensi bagi KementerianWilayah Persekutuan ialahmemajukan tanah-tanah rizabMelayu. mi merpakan satu strategiyang sangat balk yang dialu-alukanoleh mereka yang menduduki ataumemiliki tanah-tanah rizab orangMelayu. Dengan pembangunan yangpesat di Kuala Lumpur hari ini hinggamerobah bentuk, identiti dan suasanabandaraya yang menjadi ibu negaraMalaysia, penduduk-penduduk dan

11473 1 NOVEMBER 1983 11474

tuan-tuan tanah rizab Melayu merasahampa kadang kala apabila merekamelihat dan meninjau kawasan disekitarnya yang tidak ada perubahanyang nyata jika dibandingkan denganbangunan-bangunan mencakar langityang telah tumbuh seperti cendawan.Bangunan-bangunan ini terletak diluar kawasan rizab Melayu. Kawasan-kawasan ini telah maju denganpembangunan moden yangdikemaskinikan dan nilai-nilaikawasan ini terutamanya bangunan-bangunan telah naik melambungberbanding dengan bangunan-bangunan yang terletak di ataskawasan simpanan atau rizab Melayu.Masalah yang menimpa kawasan dantanah rizab Melayu 'ialah bagaimanahendak membangun dan memajukantanah-tanah yang berpotensi mi.Apakah cara dan jalan yang bolehmembimbing mereka yang mempunyaitanah-tanah rizab Melayu ke arahzaman pembangunan dan kemajuan ditengah-tengah kesebokan WilayahPersekutuan mi.

Tahun ini genaplah kita mencapaikemerdekaan 26 tahun. Apa yang kitatahu dan lihat ialah peranan yangdimainkan oleh UDA. SungguhpunUDA dipertanggungjawabkan untukmembangun Bandar Kuala Lumpurtetapi peranannya lebih besarditumpukan kepada kawasan dantanah-tanah yang bukan rizab Melayu.UDA hanya memajnkan peranan yangkecil dari segi membangun tanah-tanah rizab Melayu. Apa yang kitakehendaki ialah satu peranan yangbesar dimainkan oleh UDA untukmemajukan tanah rizab Melayu mi.Tetapi kita sama-sama maklumbahawa UDA ialah sebuah agensiKeraj aan yang mempunyai tarafPersekutuan dan peranannya meliputiseluruh negara beserta dengantanggungjawab yang agak besar juga.Maka kita tidaklah boleh bergantungsangat dengan UDA untukmembangunkan tanah-tanah RizabMelayu mi.

Apa yang patut KementerianWilayah Persekutuan buat ialahmenubuhkan suatu badan khas dibawah Kementerian untukmenguruskan hal ehwal tanah RizabMelayu ini. Dengan tertubuhnyabadan ini, usaha ke arah membangundan memajukan tanah-tanah dankawasan Rizab Melayu dapatdijalankan dan diuruskan dengansempurna. Tanah-tanah dan kawasanini tidaklah tertinggal di belakang didalam segi pembangunan. Badan inidapat menyelaras, mengawal danmembantu memberi nasihat kepadatuanpunya-tuanpunya tanah. Masalah-masalah seperti hakmilik, pinjamanwang, merancang pembinaanbangunan bertingkat, mencaripelanggan-pelanggan untuk disewaapabila bangunan itu siap kelak,bolehlah diserahkan kepada badan iniuntuk menguruskannya.

Di kawasan Wilayah Persekutuanterutama terdapat beberapa kawasanlombong yang sudah tinggal yang tidakberproduktif lagi ataupun lombong-lombong yang sudah habis tempohpajakan. Tanah-tanah lombong inipada asalnya adalah kepunyaan orang-orang Melayu. Di zaman penjajahtanah-tanah yang kaya dengan bijih initelah berpindah milik atas kehendak-kehendak Kerajaan British pada masaitu kerana sumber-sumber bijihterdapat di dalamnya yang manaadalah hasil utama di samping getah.Tetapi sekarang tanah-tanah ini telahtinggal sebagai lombong-lombongtinggal.

Memandangkan salah satu daripadastrategi Kementerian ialahmemperbanyakkan peluang pemilikanharta bagi Bumiputera di WilayahPersekutuan, saya sangatlah berharapbahawa Kerajaan dapat melalui badankhas yang saya memperkatakan talisupaya berusaha mengambilalihtanah-tanah lombong ini untukdijdikan kawasan Rizab bagiBumiputera. Yang demikian kekuatan

11475 1 NOVEMBER 1983 11476

dari segi pemilikan tanah oleh Bumiputera dapatlah dibanggakan dengan pemilikan oleh rakyat Malaysia yang bukan Bumiputera.

Dengan pemulihan dan pemgambilanalih tanah-tanah lombong terbiar ini, dicampur pula dengan lebih kurang 1,175 hektar atau 2,900 ekar kawasan Rizab Melayu yang sudah ada itu seperti Kampung Bharu, Kampung Datuk Keramat, Sungai Penchala, Bukit Segambut, Gombak dan Selayang maka dapatlah ditambahkan kawasan Rizab Melayu yang pada masa sekarang hanya merupakan 4.8% daripada kawasan Wilayah Persekutuan keseluruhannya sahaf a: Usaha-usaha ke arah tujuan pengambilanalih tanah-tanah lombong ini bolehlah dijalankan sekiranya Kementerian Wilayah Persekutuan menubuhkan suatu badan atau corporation sebagaimana yang ternyata di dalam Deraf Pelan Struktur Kuala Lumpur.

Perumahan juga merupakan satu masalah di dalam Wilayah Persekutuan ini dan perumahan ini ialah suatu keperluan asas bagi tiap­tiap keluarga di Wilayah Persekutuan. Bagi mereka yang mempunyai rumah sendiri iaitu dengan cara membeli atau mewarisinya sebagai harta pesaka dari segi undang-undang, mereka ini bolehlah dianggap sebagai manusia­manusia yang bernasib baik. Bagi penduduk-penduduk yang lain mereka tidak bernasib baik kerana tidak mempunyai rumah mereka sendiri dan kadangkala terpaksa mendirikan rumah-rumah kilat di kawasan­kawasan setinggan yang mana tanah ini dipunyai oleh pihak-pihak seperti Kerajaan ataupun pihak-pihak perseorangan.

Adalah menjadi tanggungjawab Kementerian ini untuk menentukan bahawa setinggan-setinggan yang berada di atas tapak-tapak Kerajaan ini mempunyai cara pemindahan yang sesuai bagi menentukan supaya

kawasan setinggan ini tidak menjadi satu isu politik bagi orang-orang yang tidak bertanggungjawab di Wilayah Persekutuan ini.

Dengan itu, saya menyokong Belanjawan bagi tahun 1984.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat dari Menglembu.

5.55 ptg.

Tuan Yew Foo Weng (Menglembu): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan untuk tahun ini yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Mulia Menteri Kewangan pada 21hb Oktober baru-baru ini, dan sekarang izinkan saya memberi sedikit sebanyak pandangan saya di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan yang dibentangkan di Dewan ini oleh Yang Berhormat Mulia Menteri Kewangan baru-baru ini ialah satu Belanjawan yang pragmatik dan sederhana. Dalam ucapan Yang Berhormat Mulia Menteri Kewangan, beliau adalah menyentuh dengan tegas kesan-kesan kemelesetan ekonomi dunia yang buruk dan berpanjangan ataupun berterusan dan keadaan ini tentu akan menjadi satu sumber kebimbangan kepada semua rakyat jelata dalam negeri ini.

Tuan Yang di-Pertua, resessi dunia yang berstruktur ataupun, dengan izin, Structural Global Recession, sudah meninggalkan kesan yang buruk terhadap ekonomi Malaysia. Hakikat ini tidak menghairankan oleh sebab Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai satu sistem ekonomi yang paling tinggi dalam paras penggantungan terhadap perdagangan dengan negara-negara lain.

Dalam tahun 1980 eksport-eksport kita menganggotai 60% daripada Keluaran Domestik Kasar ataupun Gross Domestic Product, dengan izin, berbanding dengan nisbah 37% bagi

11477 1 NOVEMBER 1983 11478

Korea Selatan, 31 % bagi Indonesia, 28% untuk United Kingdom dan 10% untuk Amerika Syarikat. Oleh kerana sais sektor eksport ini terlarnpau besar maka sektor ini boleh meninggalkan pengaruh yang kuat terhadap kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dan turun naik dalam perolehan-perolehan eksport boleh mengakibatkan satu darjah ketidak stabilan yang tinggi dalam pengeluaran dan pendapatan negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, resessi yang kini dialami oleh Malaysia adalah memanifestasikan dalam kejatuhan perolehan-perolehan eksport, kejatuhan dalarn harga-harga, pertumbuhan dari segi perrnintaan dan perbelanjaan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Berhormat Mulia Menteri Kewangan adalah menyatakan satu pemindahan dasar fiscal yang istimewa iaitu Kerajaan adalah menganggotai Belanjawan anti-putaran ataupun anti­cyclical budgeting, dengan izin, yang memindah dari kedudukan lebihan (surplus) kepada deficit yang teruk dalam akaun semasa (current account) imbangan pembayaran. Kejatuhan dalam perolehan-perolehan eksport negara kita boleh membawa kesan yang buruk.

Sektor eksport Malaysia kini adalah jauh lebih mempelbagaikan daripada apa yang terdapat dalam tahun enam puluhan apabila getah dan bijih timah menganggotai sebahagian besar daripada jumlah eksport. Dalam tahun 1981 jenis komoditi eksport kita sebanyak 5 barangan penting iaitu petroleum, getah, kayu balak, kelapa sawit dan bijih timah dan semuanya ini bersama-sama menganggotai 75% daripada jumlah perolehan eksport, dengan 10% disumbangkan oleh barang-barang perkilangan. Dalam resessi kini hal yang wujud ialah kejatuhan am dalarn keseluruhan permintaan atau harga, atau kedua­duanya, untuk semua barangan

eksport yang penting yang tersebut di atas termasuk barangan perkilangan. Ini telah mengakibatkan kemerosotan am dalam perolehan-perolehan eksport.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkembangan lain yang lebih mengecut ialah kemerosotan cepat dalam "term of trade" negara kita dalam tempoh 3 tahun yang lepas.

Dalam Laporan Ekonomi 1983/84, terms of trade bagi tahun 1979 ialah 103% asas perbandingan ialah 100% untuk tahun 1970. Pada tahun 1982, kadar ini terjatuh ke paras 69.9%. Tetapi meningkat sedikit ke paras 73.5% pada tahun 1983 bagi tempoh Januari ke Jun. Jumlah kejatuhan sebanyak 31 % ini dalam tempoh 3 tahun sudah pasti akan meninggalkan kesan yang besar terhadap ekonomi pada keseluruhannya dan oleh yang demikian kerugian-kerugian yang disebabkan oleh kejatuhan dalam perolehan-perolehan eksport akan dibesarkan. Kejatuhan dalam terms of trade membawa maksud bahawa Malaysia hanya boleh memperolehi 69 unit import sebagai pertukaran untuk tiap-tiap 100 unit eksport.

Dalam tahun 1982 jurnlah perolehan eksport Malaysia ini ialah 28,000 juta dan kerugian 31 % ini bernilai $8,300 juta ini satu kerugian yang terbesar sekali.

Tuan Yang di-Pertua, Keluaran Negara Kasar (Gross National Product) bagi tahun 1982 bernilai $63,000 juta dan kerugian tersebut ialah satu kejatuhan bernilai 15% dari KNK. Walaupun kadar perturnbuhan ekonomi negara (OECD) telah mula turun pada tahun 1980, ekonomi Malaysia hanya mulai mengalami kejatuhan yang besar dan pertumbuhan KDK dan KNK dalam tahun 1982, dan dalam tempoh kedua­dua permintaan luar dan dalam telah dijejaskan dan akhirnya ekonomi negara kita telah melungsur ke dalam

11479 1 NOVEMBER 1983

resessi. Pengwujudan dalamperolehan-perolehan eksport telahmeratakan lagi penggunaan swasta.

Tuan Yang di-Pertua, satu aspekyang lain yang menjelaskanpandangan saya bahawa Malaysiapada masa sekarang telahmembelanjakan lebih daripadapendapatan sejak tahun 1980. Dalamtahun 1980 KNK berjumlah $49,340juta dan jumlah perbelanjaan akhirialah $49,901 juta. Ini berertiperbelanjaan telah melebihipendapatan sebanyak $561 juta dalamakaun semasa dan akaun semasa telahmeningkat ke paras 5% daripada KNKmenunjukkan satu darjahperbelanjaan yang tertinggi sekali.

Tuan Yang di-Pertua, negara kitasudah menghadapi satu masalah yanglain iaitu imbangan pembayaran yangakan menyekat pencapaianpertumbuhan tinggi. Denganmemperkembangkan ekonomi dalamtahun 1979 sampai tahun 1982 melaluitingkat perbelanjaan yang tinggi daridefisit-defisit perbelanjaan yang besarKerajaan telah banyak memyumbangbagi defisit-defisit niaga dan akaunsemasa. Perbelanjaan Kerajaan yangtinggi ini telah menambahkanpendapatan, tetapi kesan yangdiakibatkan ialah jumlah import punmeningkat.

Dalam tahun 1981 jumlah barangandan perkhidmatan-perkhidmatanbernilai $36 billion menganggotai 55%daripada nilai jumlah perbelanjaanakhir iaitu $61,000 juta.

Tuan Yang di-Pertua, resessi telahmendedahkan dengan jelasnyakedudukan Malaysia yang terlampaubergantung kepada ekonomi duniakhasnya negara-negara yang maju.Adalah jelas juga ekonomi dunia padamasa sekarang sedang menghadapisatu resessi yang berstruktur danketidak setabilan ekonomi kita ialahsatu hasil daripada penggantunganyang berat. Ini bererti eksport-eksport

11480

tidak akan memainkan peranannyasebagai punca pertumbuhan denganberkesan. Dan Kerajaan dengansecepat mungkin mesti mengambilperhatian yang berat untukmemperkembangkan sektor domestiksebagai satu punca pertumbuhandengan tujuan mengurangkanpembayaran asing untuk barang-barang import dan perkhidmatanperdagangan.

Tuan Yang di-Pertua, bertambahpula Malaysia juga menghadapi satumasalah pempupusan sumber yangbakal boleh menjadi serius pada masahadapan. Keluaran bijih timah telahmencapai kemuncaknya dan mulaberkurang. Pada awal tahun 90ansumber-sumber kayu-kayu balakmungkin pupus akibat kadareksploitasi kini yang masih tinggiwalaupun satu dasar pemulihan telahmula dilaksanakan.

Sumber perikanan kita sedangdipupuskan melalui penangkapanlebih oleh pukat tunda diapencemaran. Sementara lapis atastanah yang subur sedang dihakis olehhakisan tanah dan pembasmian hutan.Masanya sudah sampai untukmenyingkirkan segala pembazaran danmengorientasikan segala prioriti-prioriti pembangunan agar sumber-sumber akan digunakan dengan lebihrasional.

Tuan Yang Dipertua, mem-mandangkan kepada bentuk resessiyang kini dialami adalah perlunyasasaran-sasaran pertumbuhandikurangkan. Dengan permintaaneksport yang buruk deficit akaunsemasa dan belanjawan yang besardan dalam masa jangka panjangpempupusan sumber-sumber minyak,kayu-kayu balak dan bijih timah,semua perancangan ekonomi danpembangunan patut diambil kirafaktor bare mi.

Dengan berlakunya ke j atuhandalam kadar-kadar pertumbuhan

11481 1 NOVEMBER 1983

maka adalah amat perlu bagi ekonomikita diorientasikan semula kepadapengeluaran dan pembekalankeperluan asas, iaitu makanan,perkhidmatan-perkhidmatan, air-air,sinitasi, perumahan, pengangkutandan sebagainya serta pemeliharaandan memperkembangkan punca rezekiuntuk majoriti rakyat negara kita yangmiskin tidak kira kaum, ugama dankebudayaan. Ini adalah perlu bukansahaja kerana ianya satu matlamatsosial yang diingini tetapi juga untukmencegah satu pertambahan yangbesar dalam kemiskinan danpengangguran dalam kontekspertumbuhan yang rendah. Kerajaanmesti memberi tekanan yang beratkepada pembangunan infrastrukturuntuk memberi kemudahan-kemudahan asas.

Tuan Yang di-Pertua, negara patutmengurangkan pergantungan kiniterhadap perdagangan, pinjaman danpelaburan asing dan teknologi yangdiimport. Segala ini adalahmenyebabkan ketidak setabilan danresessi dan kerugian dalam syaratperdagangan, aliran keluar pertukaranasing dan pendapatan pelaburan danbayaran-bayaran yang tinggi untukbarang-barang modal dan teknologi.

Kerajaan pada masa ini mestimenghentikan keseluruhannya konsepmenggalakkan dan memberikankeutamaan kepada kontraktor-kontraktor asing dalam segala projek-projek pembangunan untuk membaikikeadaan yang buruk ini iaitu kerugianwang pertukaran asing dan langkah inimestilah dilancarkan dengan secepatmungkin untuk mewujudkan suatusikap kebanggaan negara dankepercayaan kepada kemahiran dankeupayaan kita adalah setaraf dengankontraktor-kontraktor asing. Untukmencapai suatu darjah berdikari yanglebih tinggi, kita memerlukan suatustrategi penggantian import (importsubsitution), yang comprehensivedalam berbagai-bagai bidang, di

11482

antara langkah-langkah penggantianimport yang boleh diambil adalahseperti yang berikut:

Pengeluaran makanan patutditambahkan secara besar-besaran.

Dalam tahun 1981 Malaysia meng-importkan makanan sebanyak $3billion termasuk buah-buahan dansayur-sayuran yang berjumlah $406juta, daging dan binatang-binatanghidup untuk makanan berjumlah 187juta, susu dan barang-barang tenusu$358 juta dan gula $512 juta. Adanyabanyak skop untuk cukup diri dalammakanan dan pengeluaran, makananpertanian dijadikan asas untukpembangunan sektor demostik yanglebih berdikari. Permintaan untukmakanan dijangka akan bertambahselaras dengan pertumbuhan danpenduduk-penduduk negara kita.Pengeluaran untuk makanan tempatantentu akan mengurangkan harga-hargabagi makanan yang berhasiat untukorang-orang dari golongan miskinyang sebenarnya memerlukannya.

Kerajaan mesti memberi priorityyang secepat mungkin untukmenubuhkan pembangunan, tanaman,makanan di peringkat-peringkatnegeri dan daerah. Ini adalahmustahak sekali oleh sebab pada masasekarang kebanyakan tanah-tanahyang lapang dan berdekatan denganpusat-pusat bandar telah diserahkankepada pihak-pihak yang tertentuuntuk pembangunan perumahan.Adalah sangat menggalakkan jikapihak Kerajaan Negeri mengadakanrancangan yang tertentu untukmenyerahkan tanah kepada petani-petani tanam sayur-sayuran danrancangan yang positif ini tentulahakan mendapat sambutan yang positifdari pihak petani kecil.

Langkah ini boleh menambahkanpendapatan bagi mereka yang padamasa sekarang masih menjalankanusaha-usaha mereka bercucuk tanamsecara sementara atas tanah terbiar

11483 1 NOVEMBER 1983 11484

dan dalam suasana ketakutan iaitu p~da satu masa Pejabat Tanab akan mengacau mereka.

Tuan Yang di-Pertua, itulab pandangan saya pada bari ini dan saya menyokong penub Belanjawan yang dibentangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berbormat dari Tenggarob. Kalau tidak, saya minta Yang Berhormat Menteri menjawab.

6.15 ptg.

Tuan Khadri bin Sabran (Tenggaroh): Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk bersama-sama mengambil babagia di dalam perbabasan Belanjawan Negara tabun 1984 di samping memberikan sokongan terbadap belanjawan tersebut yang telab dibentangkan oleb Yang Berbormat Mulia Menteri Kewangan pada 21bb Oktober, 1983 yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, mengikuti perbabasan sejak beberapa bari yang lalu dapat dicerapkan di sini babawa Dasar Ekonomi Baru Kerajaan yang bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat masib berada di suatu tabap yang rendab dari sudut keberkesanan dan pencapaian matlamatnya.

Abli-abli Yang Berbormat Yang mewakili masyarakat luar bandar masib bingga ke saat ini menyatakan basrat mereka kepada Kerajaan supaya sosio ekonomi masyarakat luar bandar diperbaiki dan diletakkan di suatu tabap yang sejajar dengan basrat Dasar Ekonomi Baru itu sendiri.

Ada di antara Abli-abli Yang Berbormat yang menyatakan babawa masyarakat luar bandar masib berada dalam keadaan kais pagi, makan pagi; kais petang, makan petang. Ada pula di antaranya yang menyatakan babawa masyarakat luar bandar itu seperti

katak di bawab tempurung ataupun seperti rusa masuk kampung. Walaupun bukan semuanya miskin, bukan semuanya kawasan luar bandar itu belum diresapi oleh pembangunan setelab 26 tabun negara ini mencapai kemerdekaan, tetapi gambaran­gambaran yang diberikan itu cukup untuk mempamerkan kepada kita mengenai kemiskinan mereka, tak tumbub kata orang tak melata, kalau tak sungguh, orang tak kata; kalau angin tidak bertiup takkan pokok boleb jadi bergoyang.

Tuan Yang di-Pertua, ekonomi negara kita adalah ekonomi yang berasaskan pertanian. Sekali imbas negara kita yang bertulang­belakangkan pertanian itu labir basil dari penat lelah dan titik pelub masyarakat tani. Petani-petani ini keluar subub, balik lewat petang mengusabkan kawasan pertanian mereka bagi menyara bidup keluarga di samping memberi kbidmat kepada negara. Tetapi sejaub manakab petani-petani ini secara perseorangan dapat menikmati dan dapat pulangan yang setimpal basil dari usaha mereka itu, Jika masib rata-rata petani di dalam negara ini merintib kelaparan tanab, masih rata-rata petani di dalam negara ini menyuarakan tentang tanab-tanah yang terbiar, jika rata­rata masyarakat nelayan di dalam negara ini masib bidup dalam keadaan dbaif di dalam negara mereka yang subur dan kaya-raya ini, jika masib kedengaran suara peniaga-peniaga kecil bumiputera merungut mengenai tapak-tapak perniagaan yang tidak sesuai diberikan kepada mereka, mengelub kerana kesukaran mendapatkan pinjaman-pinjaman modal dari institusi-institusi kewangan di dalam negara ini, jika masyarakat bumiputera masib ada yang ditutup mata mereka, disumbat telinga mereka dan dikunci mulut mereka mengenai peluang-peluang memperbaiki kedudukan ekonomi mereka yang dicurahkan dengan tidak

~

11485 1 NOVEMBER 1983 11486

henti-henti oleh Kerajaan. Ke mana perginya usaha-usaha Kerajaan selama ini untuk membasmi kemiskinan dan · menyusun semula masyarakat yang telah melebihi satu dekad seperti yang dimaktubkan di dalam Dasar Ekonomi Baru itu. Golongan manakah yang lebih menikmati basil usaha Kerajaan dalam pencapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru itu. Adakah terdapat perilak.u tidak sihat di kalangan-kalangan tertentu dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka ke arah pembasmian kemiskinan di dalam negara ini? · Adakah peruntukan kewangan yang telah dicurahkan oleh Kerajaan selama ini yang berjumlah beratus-ratus, malah beribu-ribu juta ringgit itu benar-benar sampai kepada masyarakat miskin yang berhak menerimanya di dalam proses penyelesaian k~pincangan sosio ekonomi masyarakat luar bandar di dalam negara ini.

Soalan-soalan ini harus direnungkan dari masa ke semasa dengan keikhlasan dan kejujuran di dalam menghayati masalah-masalah itu semoga Tuhan akan memberi taufik dan hidayahnya sehingga kelak kita akan dapat menginsafi dan menyedari bahawa sebenar-benarnya apa yang dinikmati oleh masyarakat luar bandar yang menjadi tulang-belakang negara ini dari sudut ekonomi dan politik adalah terlalu sedikit. Di atas keinsafan dan kesedaran pemimpin­pemimpin Barisan Nasional sekarang, maka beberapa perubahan secara drastik telah dilakukan. Waiau bagaimanapun sehingga kini masih ada golongan-golongan yang secara tidak disedari, secara yang tersirat ingin melihat bahawa Dasar Ekonomi Baru itu sendiri menemui kegagalan.

Golongan yang pertama menggunakan tektik-tektik halus sehingga tidak boleh dilihat oleh mata kasar menjalankan usaha bagi mengagalkan Dasar Ekonomi Baru

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~·

itu. Apabila dilihat bahawa usaha­usaha itu akan menemui jalan buntu dan kegagalan, maka akan wujud pertanyaan-pertanyaan kepada Kerajaan secara lantang, adakah Kerajaan akan melanjutkan tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru selepas tahun 1990 dan pertanyaan­pertanyaan yang seumpamanya.

Golongan yang kedua pula ialah golongan dalaman yang memainkan peranan serampang dua mata, memainkan peranan telujuk lurus, kelingking berkait; bertanam tebu di bibir; pipih di luar, rencong di dalam. Di dalam hubungan ini mereka sering melaung-laungkan bahawasanya merekalah juara di dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Merekalah golongan yang mempunyai kecekapan serta keupayaan dalam membantu Kerajaan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Sejarah telah membuktikan kewujudan kedua-dua golongan seperti yang telah disebutkan tadi, tetapi oleh kerana kehalusan per­mainannya, kelicinan operasinya, maka kewujudan mereka jarang­jarang dapat dikesan oleh Kerajaan. Saya berharap Kerajaan akan sentiasa berwaspada dan berhati-hati tentang tindak-tanduk golongan-golongan yang telah saya sebutkan itu tadi.

Tuan Yang Dipertua, kita tidak mahu melihat rakyat yang mendokong Kerajaan, rakyat yang meletakkan Kerajaan di dalam keadaan jitu, teguh dan kukuh, rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini dilupakan jasa-jasa mereka. Mereka mempercayai kepimpinan Kerajaan barisan Nasional dengan penuh harapan agar satu pembelaan yang adil, satu pembelaan yang saksama dapat dilaksanakan. Mereka menghar.apkan kepincangan masyarakat dapat diatasi. Mereka mengharapkan matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai apabila sampai masa dan tempohnya. Mereka

11487 1 NOVEMBER 1983

menaruh beribu harapan agar semuayang pincang, semua yang janggal dansemua yang tidak seimbang dapatdiperbaiki.

Kita tidak mahu melihat satu masananti mereka berada dalam keadaanayam dikepok mati kelaparan, itek diair mati kehausan. Kita tidak mahumelihat satu masa nanti nasib merekaseperti nasib pak kadok; menangsabong, kampung tergadai. Kita jugatidak mahu melihat satu masa nantimasyarakat di luar Bandar inimenimpa nasib seperti nasib Si Lebaimalang; mudik ke hulu tatkala airsedang surut, mudik ke hilir tatkala airmenyusur pasang, hingga akhirnyalebai malang seperti kata pepatah:yang dikejar tak dapat, yangdikendong keciciran.

Selaku anak watan yangmenegakkan kedaulatan negara ini,maka nasib dan masa depan merekaperlu diperjuangkan. Kerajaan perlumempertingkatkan danmengikhtiarkan jalan bagimemperbaiki sistem pertanian didalam negara ini yang sehingga kinimasih ramai lagi diusahakan secaratradisi dan mengeluarkan hasilan yangtidak mencukupi untuk menyara hidupkeluarga mereka secara sederhana.

Kerajaan perlu menyelesaikanmasalah kepincangan akibat darikemiskinan masyarakat nelayan didalam negara mi. Jeritan, keluhan danrintihan peniaga-peniaga kecilBumiputera dalam negara ini perludipertitikberatkan oleh Kerajaan.Tempat-tempat perniagaan yangsesuai, modal yang mencukupi perludiberikan kepada mereka.

Tuan Yang Dipertua, rakyat yangmiskin, terutamanya masyarakatBumiputera dalam negara ini yangtelah banyak berkorban untukmenegakkan negara, di sampingmemelihara kedaulatan dankemerdekaan negara ini perlu didampingi selalu. Mereka perlu

11488

dididik, diberikan tunjuk ajar di dalammenghadapi arus pembangunan negarayang kian pesat. Di dalam keadaan ini,saya tidak mahu melihat merekamenerima nasib seperti nasib emakserendang; sayang emak serendang,dagang lalu ditanakkan, suami pulangkelaparan, anak di pangku dilepaskan,kera di hutan disusui, habis kayurumah dibakar.

Institusi-institusi kewangan yangdiwujudkan di dalam negara ini sepertiBank Pertanian, Bank Bumiputera,Bank Rakyat, Bank Pembangunandan yang seumpamanya adalahbertujuan untuk membantu Kerajaandalam memperbaiki taraf hiduprakyat, terutamanya kaum bumiputerayang di zaman penjajahan dahuluditinggalkan j auh di dalam bidangekonomi oleh kaum-kaum yang lain.Di samping itu, Institusi-institusikewangan tersebut ditubuhkansebagai menyahut hasrat rakyatsupaya Kerajaan bertindak tegas dansegera menyelesaikan masalahkemiskinan yang telah sekian lamamembendung, membelenggu mereka.Dengan perjuangan rakyat,terutamanya kaum Bumiputera,institusi-institusi kewangan tersebutdiwujudkan. Rakyat mengharapkan`kepicikan hidup mereka dibantu.Rakyat mengharapkan agar masalahkekurangan modal bagi merekamenceburkan diri dalam bidangperniagaan dapat dibantu. Rakyatmengharapkan agar pertanian danpenangkapan ikan selama ini yangdijalankan secara tradisi dapat diubahmengikut perkembangan zaman yangserba mencabar mi.

Secara umumnya rakyatmengharapkan pulangan yang se-timpal dengan hasil usaha mereka.Penat jerih mereka, sokongan paduyang mereka berikan hingga institusi-institusi kewangan itu tertubuh danberdiri dengan megahnya, setelahianya berkembang pesatmengembangkan sayapnya hingga ke

11489 1 NOVEMBER 1983 11490

seluruh dunia , is lupa memandang kebawah , lupa kepada rakyat yang satumasa dahulu menegakkannya . Ia lupabahawa kewujudannya adalah hasilperjuangan raky .at. Di sana sini rakyatmengadu bahawa mereka susah untukmendapatkan pinjaman. Tunjuk ajarkepada rakyat tentang cara -cara untukmenjalankan perniagaan dan cara-caramemilih bentuk perniagaan yangmenguntungkan dan cara-caramembuat kertas kerja perniagaanuntuk mempastikan validitynyajarang-jarang sangat diberikan . Tetapipemberian berjuta-juta ringgit, malahberibu juta ringgit begitu mullah sekalidikeluarkan , seperti BMF misalnya.Mengapa dan kenapa perkara iniharus berlaku?

Berkaitan dengan perkara inisukalah saya mencadangkan supayainstitusi-institusi kewangan Kerajaanyang ditubuhkan hasil dari titik peluhrakyat itu dan yang telah menyimpangjauh dari tujuan asalnya supayakembali ke pangkal jalan meneliti danmenginsafi asal usul mereka. Kalaumenadah ke langit , janganlah luparumput yang dipijak di bumf. Perasaanterlalu materialistik dan individualistikyang ada pada orang-orang yangbertanggungjawab di dalam institusi-lnstitusi kewangan itu haruslahdisingkirkan jauh-jauh . Tolong janganjadikan diri seperti enau dalambelukar melepaskan pucuk masingmasing.

Tuan Yang Dipertua , berhubungdengan kewangan BMF yang baru-baru ini diheboh-hebohkan di dalamakhbar-akhbar sehingga menjadi buahmulut orang ramai , izinkan saysmenyokong hasrat beberapa pihakyang tertentu supaya Kertas Putihdikeluarkan agar orang ramai tahutentang kedudukan yang sebenarnya.Rakyat ingin tahu dari manakahsumber kewangan yang diperolehioleh BMF untuk diberikan pinjamanberjumlah $1.1 billion itu kepadaCarrian? Rakyat ingin tahu bilakah

tarikh -tarikh pinjaman itudikeluarkan? Rakyat ingin tahusiapakah orang-orang yangbertanggungjawab meluluskanpinjaman. sebesar itu ? Saya berharapagar isu ini dapat diselesaikan dengankadar yang segera supaya DAP tidaklagi mengambil kesempatanmenggunakan isu tersebut sebagaimodal politik mereka dan bolehmengeruhkan suasana keharmonianmasyarakat di dalam negara yang telahdibina dan dikawal sejak sekian lama.

Tuan Yang Dipertua , di dalamkeadaan negara menghadapi rintihanrakyat supaya masalah kemiskinan didalam negara ini dan di sampingmewujudkan satu sistem pentadbiranyang bercogan kata, "Bersih, Cekapdan Amanah" serta menanamkannilai-nilai Islam di dalam pentadbirannegara, pengaruh Kebudayaan Kuningsemakin menjalar masuk ke dalamnegara mi. Jika pengaruh ini dibiarkanberleluasa, ianya akan meng-hancurkan harapan negara kearah membawa rakyat yangbermaruah dan berhimah tinggi.

Dalam hal ini saya berasa amatberdukacita terhadap DAP yangsering mempertikaikan masalahpenerapan nilai-nilai Islam di dalamDewan yang mulia mi . Penerapannilai-nilai Islam bukan bererti bahawasetiap warganegara di dalam negara inimesti berjubah, mesti mengamalkanajaran-ajaran Islam. Penerapan nilai-nilai Islam sudah lama diamalkan didalam negara kita mi. Nilai-nilai suciIslam menekankan bahawa kita perluberbaik-baik di antara satu sama lain.Kita perlu bertegur sapa di antara satusama lain . Kita perlu mengekalkanperhubungan balk dalam mengharungipenghidupan berjiran. Kita perluhormat-menghormati antara satu samalain.

Tuan Yang Dipertua, kita tidakhanya mahu berbangga dengankedudukan negara kita sebagai negara

11491 1 NOVEMBER 1983 11492

pengeluar getah yang utama di duniajika sekiranya masih wujudkemiskinan di kalangan pekebun-pekebun kecil getah. Kita juga tidakhanya mahu berbangga dengankedudukan negara kita sebagai negarapengeluar bijih timah yang utama didunia ini jika sekiranya masih wujudkepincangan sosio ekonomi dikalangan pekerja-pekerja lombong.Kita jangan mullah berasa bangga danberasa lega, lapang dada , lantarannegara kits subur boleh ditanamdengan berbagai -bagai jenis tanamansebagai sumber pendapatanmasyarakat .....

Tuan Yang Dipertua: YangBerhormat masa sudah cukup.

Tuan Khadri bin Sabran: Adasetengah minit lagi, Tuan YangDipertua.

Tuan Yang Dipertua : Saya dudukmemerhati peribahasa yang begitucantik, saya rasa nak panjangkansedikit. Kalau setengah minit, boleh!

Tuan Khadri bin Sabran : Terimakasih , Tuan Yang Dipertua. Bolehditanam dengan berbagai-bagai jenistanaman sebagai sumber pendapatanmasyarakat jika sekiranya masihterdapat suara-suara pak tani dannelayan merintih memohonpembelaan dari Kerajaan.

Apa yang dikehendaki,terutamanya oleh masyarakat luarbandar ialah di samping kitamengekalkan kedudukan negarasebagai negara pengeluar getah danbijih timah yang utama di dunia ini,nasib pekebun -pekebun kecil getahharus terlebih dahulu dibela . Kerajaanhendaklah mencari jalan supayapekebun-pekebun kecil getah ini

memiliki tanah yang cukup luas bagimenyara keluarga mereka secarasederhana . Pekebun-pekebun kecilgetah hendaklah diberitahu danditunjuk ajar dari masa ke masatentang penemuan -penemuan baru didalam bidang tersebut.

Apa yang dikehendaki olehmasyarakat tani dan nelayan ialahKerajaan dapat menyelesaikanmasalah-masalah tanah yang terbiar.Mereka berkehendakkan kemudahan-kemudahan infrastruktur bagimemudahkan mereka menjalankankegiatan mereka hari-hari. Sekian,terima kasih.

Tuan Yang Dipertua : Ahli-ahliYang Berhormat, Mesyuaratditangguhkan sehingga jam 2.30petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul6.30 petang.

Tuan Yang Dipertua : Ahli-ahliYang Berhormat , keputusan undiialah: Yang Bersetuju 141; (Tepuk)Yang Tidak Bersetuju , 10; (Tepuk)Yang Tidak Mengundi , Tiada. Lebihsuara yang bersetuju , Rang Undang-undang ini dibacakan Kali YangKetiga dan diluluskan . (Tepuk).

Rang Undang-undang dibacakankali yang ketiga dan diluluskan.

Ahli-ahli Yang Berhormatselesailah kerja kita pada hari ini(Ketawa) dan diucapkan terima kasihkepada Ahli-ahli Yang Berhormatkerana dapat menyelesaikan masalahini, dan mesyuarat ditangguhkankepada satu masa yang tidakditetapkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul8.15 ma/am.