aliran pemikiran semasa/dialog peradaban

24
ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Upload: lawrence-stephenson

Post on 01-Jan-2016

109 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN. Kapitalisme Sadiq Jalal al-’ Azm iaitu seorang pemikir Syria mengatakan kapitalisme ialah dekad peralihan manusia seluruhnya kepada gaya hidup ala Amerika dari segi politik , ekonomi , budaya , pemikiran dan kelakuan . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG

PERADABAN

Page 2: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Kapitalisme

Sadiq Jalal al-’Azm iaitu seorang pemikir Syria mengatakan kapitalisme ialah dekad peralihan manusia seluruhnya kepada gaya hidup ala Amerika dari segi politik, ekonomi, budaya, pemikiran dan kelakuan.

Proses melaksanakan perencanaannya adalah dengan menggunakan syarikat gergasi multinasional, institusi kewangan, tabung matawang antarabangsa, agensi PBB yang bergerak dalam lapangan pembangunan dan kebudayaan dll.

Ia merupakan pembangunan yang mementingkan keperluan material, fizikal, kemudahan dan keselesaan semata-mata.

Page 3: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Kesan fahaman kapitalisme kepada ekonomi dan kehidupan rakyat khususnya negara yang baru membangun ialah mereka terus bergantung kepada negara-negara maju Barat dalam segala hal termasuklah yang berkaitan dengan kewangan.

Juga terjadi kepada negara-negara Islam yang mana pengabaian terhadap ajaran-ajaran Islam yang sebenar telah berleluasa telah berlaku dan paling awal ialah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Demi sesungguhnya pengamalan Islam yang sebenar-benarnya akan melayakkan Islam untuk terus berada di persada dunia ini.

Page 4: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Islam Liberal

Menurut Kurzman, Islam liberal merujuk kepada pentafsiran Islam yang lebih terbuka kepada idea-idea demokrasi, pengasingan agama daripada politik, hak-hak wanita, kebebasan berfikir dan kemajuan manusia.

Di Malaysia, golongan liberal telah mula mengkritik undang-undang keluarga dan jenayah Islam yang mereka lihat bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia dan bersifat diskriminatif terhadap Islam.

Page 5: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Umat Islam perlu mendalami dan mengikuti Islam yang sebenar dan perlu berhati-hati dengan inisiatif pihak yang cuba mentafsirkan hukum hakam Islam secara liberal dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith yang telah dicampur adukkan dengan perspektif sekular mengenai nilai dan prinsip hak asasi manusia sejagat.

Sebagai contoh pihak yang berfahaman Islam liberal telah mengadakan Kempen Anti Kawalan Moral oleh pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan dengan menggunakan ayat al-Quran iaitu “wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya” dan juga ayat “janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang”

Page 6: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Sekularisme

Kamus Oxford mentaaarifkan sekularisme ialah yang bersifat keduniaan atau materialisme, bukan keagamaan atau kerohanian seperti pendidikan sekular, seni, muzik sekular, pemerintahan sekular, pemerintahan yang bertentangan dengan gereja.

Dr. Yusuf al-Qardhawi pula menyatakan istilah sekularisme dalam bahasa arabnya ialah ‘Laa Diniyyah’ iaitu bukan hanya lawan ukhrawi sahaja malah memiliki makna lebih spesifik yakni sesuatu yang tidak ada kaitan dengan dien/agama atau sesuatu yang hubungannya dengan agama adalah hubungan lawan.

Muhammad al-Bahi pula mengatakan bahawa sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik atau pentadbiran.

Page 7: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Definisi Hagemoni:

• Berasal daripada perkataan Yunani, hegemon, yang bermaksud ketua. Mengikut kamus dewan ia merujuk kepada pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara negara lain.

• Daripada di atas, hegemoni boleh difahami sebagai pencengkaman atau dominasi sesuatu pihak ke atas pihak lain yang secara relatif lebih lemah, dari segi ekonomi, politik, dan sosial.

• Merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) atau kepimpinan satu negara dan sebagainya ke atas negara yang lain.

Page 8: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Hagemoni Barat

Merupakan satu keadaan pengaruh pemikiran masyarakat Barat dalam semua perkara.

- kepimpinan masyarakat Barat dalam sistem perniagaan. - penggunaan bahasa penghantar – Bahasa Inggeris. - Nilai-nilai budaya dan cara hidup Barat

Hegemoni Barat di Malaysia adalah kesan sejarah pembentukan negara Malaysia yang banyak dipengaruhi negara Great Britain telah menguasai seluruh Malaysia sebagai tanah jajahannya.

Great Britain telah memperkenalkan sistem-sistem Barat kepada Malaysia seperti sistem ekonomi, politik dan pentadbiran.

Page 9: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Globalisasi

Permasalahan masyarakat hari ini berpunca daripada proses globalisasi.

Globalisasi membawa maklumat baru yg berpotensi untuk mengubah nilai-nilai kebudayaan tempatan.

Perubahan nilai-nilai kebudayaan secara tidak terkawal boleh membawa kepada keruntuhan sesuatu kebudayaan dan tamadun.

Page 10: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

• Idea tentang dunia tanpa sempadan seolah-olahnya ia menjadi satu walaupun penduduk berada pada tempat yang berlainan atau jauh. Istilah ini telah popular sejak 45 tahun yang lalu.

• Satu era baru dalam sejarah manusia yang membawa kepada terhapusnya kepentingan sempadan negara dan seterusnya menjadikan birokrasi, golongan ahli politik dan ketenteraan sebagai institusi yang tidak lagi penting.

• Menurut Anthony Giddens, globalisasi boleh didefinisikan sebagai “The intensification of worldwide social relations which link distant localities in such a way that local happenings are shaped by events occuring many miles away and vice versa”.

• Martin Albrow mendefinasikan globasasi sebagai “proses di mana penduduk dunia diperbadankan di bawah satu masyarakat global”.

Page 11: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

• Ini bermakna , globalisasi merupakan konsep yang ideal bagi negara-negara maju tapi impak ke atas negara membangu masih samar-samar.

• Justeru, ASEAN telah menubuhkan blok kawasan dagangan seperti Asian Free Trade Agreement (AFTA) pada tahun 1992.

• Ekonomi yang diperlukan adalah berdasarkan nilai-niai kerohanian dan moral seperti keadilan dan kemakmuran bersama yang ia lebih merujuk sebagai ekonomi Islam.

• Barat sendiri pernah mengadakan wacana mengenai konsep pembangunan berasaskan keimanan dan kepercayaan agama (Faith-Based Development). Ini membuktikan idea pembangunan ekonomi berasaskan islam boleh diterima pakai oleh masyarakat global.

Page 12: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Petanda Globalisasi

• Lebih 400 ribu orang pelajar daripada 150 buah negara belajar di AS.

• Lebih 100 buah negara di dunia menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa utama atau bahasa kedua.

• Syarikat Mc Donald beroperasi di lebih 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia.

• Syarikat gergasi ‘multinational’ dan syarikat kecil mulai kehilangan identiti kebangsaan seperti hasil ciptaan, pembuatan, penjualan dan perkhidmatan diintegrasikan dan diselaraskan dengan kehendak dunia luar.

• Pasaran kewangan dibuka 24 jam sehari di dunia.

Page 13: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Faktor-faktor Globalisasi

1. Kelumpuhan Soviet Union ( blok komunis )

2. Tiada persaingan sesama kuasa Barat

3. Kemudahan sistem perhubungan dan komunikasi

4. Peradaban bukan barat tertarik dengan nilai barat.

Page 14: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Globalisasi Ekonomi

• Globalisasi ekonomi banyak meninggalkan kesan negatif dalam kehidupan manusia sejagat.

• Ekonomi kapitalis – menekankan idea dan amalan perdagangan bebas, liberalisasi pasaran kewangan dan pengaliran bebas modal tidak banyak mendatangkan manfaat kepada manusia sejagat .

• Globalisasi ekonomi negara sedang membawa perubahan ekonomi negara-negara luar terutamanya yang sedang membangun.

• Proses dan perkembangan globalisasi dipengaruhi dengan proses yang dinamakan the internalisation of economy atau pengantarabangsaan ekonomi.

• Dalam era kapitalis moden, walaupun pemerintah tempatan membuat dasar ekonomi namun dasar tersebut sesetengahnya dibayangi institusi-institusi antarabangsa World Trade Organisation (WTO) dan sebagainya.

Page 15: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Globalisasi politik• Lebih merujuk keada cabaran penyebaran idea-idea seperti

demokrasi,pluralisme dan hak-hak asasi manusia yang kesemuanya bekiblatkan kepada cara barat.

• Sistem demokrasi yang ada pada hari ini boleh dipertingkatkan lagi dengan yang lebih baik dan serasi .

• isu pluralisme seperti keagamaan,kebudayaan dan ideologi politik juga perlu dilihat dalam situasi sebenar yang dituntut .

• Suatu konflik atau permasalahan tidak akan berjaya tanpa penglibatan AS.

• Apabila AS memasuki Bosnia perperangan dihentikan dan apabila AS campu tangan di Timur Tengah keadaan menjadi lebih baik.

• AS juga menentukan keputusan perluasan NATO dan menentukan negara-negara anggota barunya.

Page 16: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Globalisasi budaya

• Perubahan budaya yang berlaku terutamanya di negara-negara dunia ke-3 memperlihatkan proses americanization seperti penghasilan budaya McDonald, Coca-Cola dan Mariah Carey

• Perubahan meliputi aspek-aspek :

-Bahasa

-Gaya hidup

-Makanan, pakaian, muzik dan filem

Page 17: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Globalisasi Bahasa

Bahasa Inggeris merupakan bahasa global pada masa kini kerana boleh digunakan merentasi batas geografi .

Didefinisikan sebagai kedominanan satu bahasa yang boleh digunakan merentasi batas geografi yang dinamakan bahasa global.

Peranannya amat penting dalam hubungan antarabangsa telah meletakkannya di tempat yang unggul sebagai bahasa ibunda

Page 18: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Globalisasi maklumat dan ilmu• Kesan terburuk ialah pembanjiran maklumat yang tidak

berguna. Bahaya ilmu dan maklumat yang tidak berguna ini perlu diatasi segera kerana bo;eh merencatkan usaha untuk melahirkan manusia yang benar-benar berilmu dan merosakan usaha mewujudkan budaya ilmu yang sihat.

• Masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat juga merupakan impak yang perlu diambil perhatian.

• Dari sudut media, pada masa kini,media dalam ra globalisasi bertindak sebagai agen berita, maklumat, pndidikan, hiburan atau propaganda.

• Malaysia telah bertindak secara agresif dengan mewujudkan MSC atau MIMOS. Peranan syarikat seperti Maxis, NTV7, ASTRO menjadikan malaysia antara negara-negara yang agresif dala menghadapi globalisasi media.

Page 19: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

• Kerajaan malaysia sanggup melabur dalam jumlah banyak untuk mewujudkan media sendiri.

• Keadilan dalam bidang ilmu pngetahuan perlu menjadi tunjang dalam usaha menyebarkan ilmu kpada semua lapisan masyarakat kerana permasalahan ini membabitkan perbezaan antara kaum dan etnik, antara bandar dan luar bandar.

• Justeru, tradisi ilmu islam yang positif perlu dihayati.

• Pakaian,muzik,filem dan makanan

• Anak-anak muda masa kini suka memakai baju T-shirt dan seluar Levi’s

• Mereka juga menonton filem dan video yang menonjolkan identiti barat

• Komunikasi global memberi peluang kepada AS menyebarkan kepentingan,budaya, dan nilai-nilainya ke serata dunia

Page 20: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Pembinaan Negara Bangsa Dalam Cabaran Globalisasi

Proses globalisasi sendiri berupaya menghancurkan dan menghakis nilai sosial.

Budaya adalah salah satu aspek yang menerima kesan langsung daripada proses globalisasi

Informasi yang masuk dengan mudah ke dalam seluruh jaringan kehidupan dengan pelbagai bentuknya akan menjejaskan set nilai yang penting untuk pembinaan dan pengukuhan negara-bangsa.

Salah satu informasi yang mudah diperolehi dan boleh merosakkan moral ialah informasi budaya. Budaya ialah salah satu aspek yang menerima kesan langsung daripada proses globalisasi

Budaya adalah aspek penting dalam pembinaan negara-bangsa.

Page 21: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Budaya lebih cepat meresap merentasi sempadan negara dalam dunia tanpa sempadan

Negara mengenakan bentuk budaya dan nilai terhadap masyarakat untuk tujuan pembinaan negara-bangsa

Page 22: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Kesan positif globalisasi Menurut Candra Muzaffar :

• Peranan pelabur asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.

• Peningkatan mobiliti sosial dan pengukuhan kelas menengah.

• Peluang luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan.

• Komunikasi yang murah dan mudah.

• Peluang yang lebih luas untuk berinteraksi dai pelbagai kumpulan etnik, budaya dan agama.

• Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan perikemanusianan terhadap mangsa-mangsa bencana alam dan tragedi buatan manusia.

• Penonjolan idea dan amalan pemerintahan yang baik.

• Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Page 23: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Kesan negatif globalisasi• Kualiti alam sekitar yang semakin merosot.

• Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar.

• Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan nilai-nilai kerohanian dan moral murni.

• Penyebaran budaya pop yang menyegarakan pancaindera dan mematikan roh.

• Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik serta mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan .

• Pembanjiran maklumat-makumat yang tidak berguna.

• Kecenderungan pembentukan budaya global yang homogen menerusi peranan komunikasi.

Page 24: ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA/DIALOG PERADABAN

Gelombang globalisasi kontemporari adalah terbesar dan terkuat pernah melanda dunia dan impaknya mempengaruhi semua aspek peradaban.

Demi menjamin kelangsungan(survival) sesebuah peradaban,setiap tamadun yang berpaksikan agama serta berlandaskan kerohanian dan moral,penilaian baik dan buruk fenomena globalisasi ini perlu diteliti.Kebaikannya perlu dimanfaatkan dan keburukannya pula perlu dihindari sebaik mungkin.

Untuk berjaya kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan terutamanya kakayaandalaman(inner riches) yag ada dalam agama dan tradisi,termasuklah keintelektualan dan keilmuan.

Kesan globalisasi - kelahiran sebuah kebudayaan sejagat, iaitu semua nilai-nilaimanusia yang sama.

Kesimpulan