islam dan dialog peradaban 2

34
ISLAM & DIALOG PERADABAN

Upload: nabilah

Post on 20-Feb-2016

109 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Islam Dan Dialog Peradaban 2

TRANSCRIPT

Page 1: Islam Dan Dialog Peradaban 2

ISLAM &

DIALOG PERADABAN

Page 2: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Perkataan al-Din (agama) membawa pengertian dan konotasi yang luas, yang berkait rapat dengan konsep tamadun dan peradaban.

• Dalam Islam, agama merupakan saripati dan roh kepada budaya dan tamadun.

Page 3: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Islam adalah perkataan Arab daripada akar kata SALIMA yang membawa pengertian aman atau selamat.

• Pengertian dan konotasi Islam ini mendokong, menggalakkan, mempertahankan keamanan dan kesejahteraan manusia secara individu, masyarakat dan dunia.

Page 4: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dari segi nama Islam membawa maksud tunduk, patuh dan menyerah kepada Allah S.W.T secara total.

• Islam sebagai agama mebawa identiti, ciri-ciri dan elemen-elemen secara tersendiri.

Page 5: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Islam mendokong aspirasi dialog. • Dalam Al-Quran terdapat banyak

penampilan peristiwa dialog antara Rasulullah dengan kaum dan masyarakatnya.

• Dalam konteks Islam, prinsip dan syarat dialog adalah berpandukan Al-Quran dan Hadis.

Page 6: Islam Dan Dialog Peradaban 2

4.8.1 Konsep Dialog dalam Islam

Page 7: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dialog dalam bahasa Arab : hiwar• Dari segi etimologi , kata dasar hiwar

merujuk kepada penekanan konsep asas dalam tamadun serta budaya Islam.

• Dalam Lisanul Arab, al-Hiwar atau dialog bermakna kembali, “mereka berdialog” bermakna mereka mengambil dan memberi dalam perbualan.

Page 8: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• At-Tahawwur ialah perbuatan mengambil bahagian dalam dialog menunjukkan kepada sambutan atau kemampuan untuk menjawab

• Al-haur ialah melangkah keluar dari sesuatu atau kembali kepadanya.

• Al-Muhawara merujuk kepada logik dan retorik dalam dialog.

Page 9: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dr. Abdul Aziz Osman al-Twaijri : perkara ini dibuktikan melalui bahasa dan warisan kita, iaitu Quran.

• Dialog dalam bahasanya mempunyai maksud pada tahap yang tinggi dan sebaik-baiknya batu asas kepada tamadun Islam.

• Dialog : membawa maksud berbincang dengan mengemukakan persoalan yang menyingkap kebekuan minda untuk berfikir, bukan nada cerca atau paksaan walaupun pernyataan bertentangan dengannya.

Page 10: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• 3 peraturan asas dalam prinsip berdialog dalam Islam :

1) Percaya kepada Allah SWT, Rasul-rasulNya, kitab-kitabNya disamping takut kepada Allah SWT, merendahkan diri, meyakini bahawa Allah SWT menganugerahkan kemenangan kepada orang yang beriman, bersikap benar dan bersabar.

Page 11: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dalam isu berdialog, perasaan bangga sebagai orang Islam untuk bersama mempertahankan kebenaran tanpa rasa hina atau rasa angkuh adalah perlu.

• Keadaan ini adalah lambang kebebasan dan eksistensi penghargaan , serta berasa kuat, bijak dan bebas bertukar pandangan tanpa rasa malu, untuk agama dan dirinya.

Page 12: Islam Dan Dialog Peradaban 2

2) Menghayati Islam dengan menerap nilai Islam dan contoh yang terbaik daripada Rasulullah S.A.W dengan mengikuti sunnah Nabi.•Memahami cara Nabi berdialog dan berbincang dengan mengakui bahawa pada dasarnya manusia berasal daripada yang satu (Umatan Wahidah)

Page 13: Islam Dan Dialog Peradaban 2

3) Mencari nilai-nilai kebenaran, meletakkan tujuan atau matlamat dialog adalah untuk kemaslahatan awam atau kepentingan umum berlandaskan hukum agama dan kemanusiaan sejagat. •Dialog yang membina seharusnya dicirikan dengan kesepaduan ilmu pengetahuan, pemahaman baik, perspektif yang positif, prihatin, kematangan dalam berfikir, pendengar yang baik dan sikap yang sederhana.

Page 14: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Kebijaksaan dalam berdialog harus disertai dengan daya fikir dan minda yang sihat sebagaimana firman Allah S.W.T

• Quran menggunakan istilah jidal (dialog) yang membawa dua pengertian (positif dan negatif)

• Negatif : Jidal membawa maksud perbuatan sengaja mempertingkai kebenaran dengan alas an yang diada-adakan seperti dilakukan oleh kafir.

Page 15: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Positif : ia diertikan sebagai al-Hiwar al-Hadi “dialog yang tenang”.

• Dialog yang tenang : mencari dan membuktikan kebenaran seperti termaktub dalam surah al-Mujadalah

• Individu atau peserta dialog dalam konteks Islam seharusnya mempunyai pegangan iman yang teguh, moral yang tinggi, pengalaman yang luas, prihatin terhadap isu yang dibincangkan, fikiran yang tajam dan bidang pengkhususan yang tertentu.

Page 16: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Satu perkara penting sikap dan semangat kesederhanaan dan toleransi dalam dialog amat penting dalam memelihara keharmonian persekitaran.

Page 17: Islam Dan Dialog Peradaban 2

4.8.2 Adab Berdialog

dalam Islam

Page 18: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Sheikh Dr. Muhammad tika Thantawi dalam bukunya berjudul Etika Dialog dalam Islam menggariskan adab berdialog dan memfokuskan tentang peri pentingnya nilai moral dan etika dalam berdialog yang kini sering diabaikan :

1) Dialog harus dilakukan atas dasar kejujuran dan bertujuan mencapai kebenaran serta menjauhi kebohongan, kebatinan dan pengaburan.

Page 19: Islam Dan Dialog Peradaban 2

2) Maudu’iyyah (tematik) dan objektif terhadap permasalahan3) Berdasarkan dalil atau argumen yang kuat dan logik yang benar4) Setiap individu atau kelompok harus mempunyai satu tujuan, iaitu menampakkan dan menjelaskan kebenaran masalah yang diperselisihkan

Page 20: Islam Dan Dialog Peradaban 2

5) Tawadu’ (merendah diri), menjauhi tipu daya, dan menggunakan ungkapan yang sopan.6) Memberi kesempatan dan waktu yang seluas-luasnya kepada setiap individu yang ikut berdialog.7)Menghormati dan menghargai pendapat orang yang bijaksana dan mengerti dalam masalah yang dibahas.

Page 21: Islam Dan Dialog Peradaban 2

8) Menjauhi ta’mim (menetapkan hukum secara umum), membatasi masalah secara teliti dan meletakkan kata-kata pada tempatnya yang benar.9) Berdasarkan dalil dan bukti yang kuat.

Page 22: Islam Dan Dialog Peradaban 2

10) Tahdidul Mafahim (membatasi pemahaman atau pengertian masalah yang sedang dibahas).11) Terbuka, objektif, mampu menyatakan kebenaran dengan dalil yang kuat dan memahami permasalahan mahupun secara mendalam.

Page 23: Islam Dan Dialog Peradaban 2

4.8.3 Matlamat

dalam Dialog

Peradaban

Page 24: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dialog peradaban dalam konteks yang luas adalah bertujuan untuk membincangkan antara dua atau lebih pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan baru dalam menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh umat manusia.

Page 25: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dalam konteks Islam, kejadian manusia yang berbagai-bagai perbezaan dari segi geografi, demografi, biologi, dan budaya adalah suatu anugerah Allah S.W.T supaya manusia kenal-mengenali antara satu sama yang lain.

Page 26: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Quran menjelaskan tujuan penciptaan manusia daripada berbagai-bagai etnik, kaum, bangsa.

• Menurut Prof Osman Bakar, penegasan ayat al-Quran ini adalah tujuan utama dialog peradaban, iaitu :

Page 27: Islam Dan Dialog Peradaban 2

Membawa komuniti dari pelbagai latar belakang bersama untuk berinteraksi dan mengenali antara mereka untuk mencari kebaikan bersama walaupun mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan beragama, dan ideologi politik yang berbeza.

Page 28: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Allah S.W.T mencipta manusia berjenis-jenis dan berlainan antara satu dengan yang lain seperti dalam surah Hud ayat 118-119, sebagai satu ketentuan Allah.

• Konsep kenal-mengenali (al-Ta'aruf) yang dianjurkan oleh Islam adalah melalui interaksi dan komunikasi antara dua pihak atau lebih.

Page 29: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Melalui aplikasi konsep ta'aruf akan membawa secara signifikan pada dialog ialah ta'awun (kerjasama atau tolong-menolong).

• Kerjasama antara manusia boleh berlangsung dalam pelbagai aspek dan isu.

• Isu semasa seperti kemiskinan, kesihatan, kepadatan populasi, ekologi, dan masalah sosial dapat digembeleng bersama dalam membangunkan sesebuah masyarakat.

Page 30: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dr. Abdul Aziz Othman al-Twaijri menggariskan beberapa objektif dialog seperti berikut:

Saling-menghormatiSaling-menghormati dalam perspektif Islam merupakan wadah asas.Persamaan dan keadilanDalam perspektif Islam, persamaan dan keadilan ialah tapak asas memungkinkan berlakunya perbincangan antara dua atau lebih pihak demi mencapai persetujuan bersama.

Page 31: Islam Dan Dialog Peradaban 2

Tolak sikap fanatik dan perkaumanMinda yang terbuka dan luas dan mengamalkan sifat sederhana dalam semua perkara dapat menjamin penolakan terhadap sikap fanatik dan perkauman.

Page 32: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Dialog peradaban adalah amat perlu dalam konteks masyarakat majmuk atau pelbagai tamadun.

• Fahaman dalam kalangan peserta dialog dan mereka yang serius dalam dialog perlu mendalami konsep, tujuan, kaedah berdialog, dan prasarana dialog.

Page 33: Islam Dan Dialog Peradaban 2

• Pastinya peserta dialog atau pencipta dialog perlu ada persediaan emosi, minda, dan rohani bagi memastikan kejayaan dialog dan natijah yang memberi manfaat bersama.

• Oleh itu, dialog peradaban menjadi satu wadah untuk menerapkan nilai-nilai persefahaman dan interaksi antara peradaban.

Page 34: Islam Dan Dialog Peradaban 2

Terima

Kasih…Universiti Teknologi Malaysia