alhamdulillah

15
Mandarah. Jalan landasan keretapi harian (Arabiyatil Ayyam) masih sibuk seperti biasa, menjadi laluan utama sebahagian warga awam Mandarah yang berulang-alik ke pasar basah. Jalan itu tetap sesak walaupun keretapi bercat kuning biru itu bergerak dan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Meskipun ketika musim saifi- musim cuti sekolah panjang- yang hangat membahang, laluan itu tetap meriah. Kadangkala terdengar bunyi hon yang kuat, menggema ke serata alam, memberi tanda bahawa kenderaan empat gerabak itu ingin meneruskan perjalanan ke destinasi berikut. Tanpa berlengah, orang ramai yang sedang lalu-lalang di atas landasan segera beredar meninggalkan ruang landasan. Sebaik ekor gerabak meninggalkan asap hitam pekat dan menusuk, landasan tersebut kembali penuh dengan pejalan kaki. Suasana hingar-bingar begitu sudah menjadi fenomena biasa sekaligus menjadi pemandangan percuma bagi penduduk yang duduk di pangsapuri-pangsapuri berdekatan. Begitu juga dengan penduduk asing yang turut sama menghuni salah sebuah pangsapuri bertingkat-tingkat, Pelajar Malaysia. Subhanallah, Panasnya! Boleh rosak sistem ptuitari aku sebab tunggu keretapi itu tadi. Ni... Nur Izzah muncul di dapur bersama mengah yang belum mereda.Tangannya cepat mengurut belakang kepala. Dah terasa benar sereberum aku menggelegak, macam dah nak meleleh keluar aja dari telinga, . Itulah, aku ajak pergi awal pagi kau tak hendak. Nak habiskan hafalan, buat khulasahlah... tempelak Wirda yang kemudian muncul dengan dua beg plastik besar barang-barang. Hari itu giliran mereka berdua membeli keperluan dapur. Panas yang membahang begitu terasa apabila Julai sudah sampai ke penghujungnya. Seakan tidak tertahan rasanya hendak menghadapi terik

Upload: adlinz79

Post on 12-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bab pertama dalam novel

TRANSCRIPT

Mandarah. Jalan landasan keretapi harian (Arabiyatil Ayyam) masih sibuk seperti biasa, menjadi laluan utama sebahagian warga awam Mandarah yang berulang-alik ke pasar basah. Jalan itu tetap sesak walaupun keretapi bercat kuning biru itu bergerak dan berhenti untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Meskipun ketika musim saifi- musim cuti sekolah panjang- yang hangat membahang, laluan itu tetap meriah. Kadangkala terdengar bunyi hon yang kuat, menggema ke serata alam, memberi tanda bahawa kenderaan empat gerabak itu ingin meneruskan perjalanan ke destinasi berikut. Tanpa berlengah, orang ramai yang sedang lalu-lalang di atas landasan segera beredar meninggalkan ruang landasan. Sebaik ekor gerabak meninggalkan asap hitam pekat dan menusuk, landasan tersebut kembali penuh dengan pejalan kaki. Suasana hingar-bingar begitu sudah menjadi fenomena biasa sekaligus menjadi pemandangan percuma bagi penduduk yang duduk di pangsapuri-pangsapuri berdekatan. Begitu juga dengan penduduk asing yang turut sama menghuni salah sebuah pangsapuri bertingkat-tingkat, Pelajar Malaysia. Subhanallah, Panasnya! Boleh rosak sistem ptuitari aku sebab tunggu keretapi itu tadi. Ni...Nur Izzah muncul di dapur bersama mengah yang belum mereda.Tangannya cepat mengurut belakang kepala. Dah terasa benar sereberum aku menggelegak, macam dah nak meleleh keluar aja dari telinga,.Itulah, aku ajak pergi awal pagi kau tak hendak. Nak habiskan hafalan, buat khulasahlah...tempelak Wirda yang kemudian muncul dengan dua beg plastik besar barang-barang. Hari itu giliran mereka berdua membeli keperluan dapur.Panas yang membahang begitu terasa apabila Julai sudah sampai ke penghujungnya. Seakan tidak tertahan rasanya hendak menghadapi terik mentari sehingga rata-rata penduduk di kawasan itu hanya keluar rumah apabila matahari sudah jatuh ke ufuk barat. Nur Izzah bergerak menghampiri peti sejuk. Pintunya dibuka lalu wap dingin yang menerjah keluar dibiarkan mengena belakang tubuhnya. Posisinya yang sedang mencangkung itu menggamit lucu di hati teman yang sedang menyiang ikan di singki, Nia Hannan. Dia hanya tertawa kecil lalu meneruskan kerjanya.Ini baru panas dunia, Izzah. Besok di akhirat entah bagaimana agaknya. Nauzubillah min zalik.Suraya yang sedang merendam pakaian di bilik air mencelah perbualan. Seketika haruman Downy menerawang ke segenap ruang sehingga terbau oleh tiga orang teman yang berada di ruang dapur.Beginikah agaknya sakit terkena migraine...?Nur Izzah seakan serik seraya pandangannya dihala ke arah Nia Hannan yang masih menyepi. Seakan menyedari pandangan itu, Nia Hannan menoleh kepadanya.Sebab itu dalam cuaca yang terik begini, elok kita ke pasar pada waktu pagi.Nia Hannan mula bersuara, tidak mahu berbicara panjang soal penyakit. Di antara empat orang sahabat itu, dia dan Suraya sudah lama menderita penyakit Migraine, sejak mereka berada di tingkatan tiga lagi.Dua bungkusan plastik hitam besar dibuka perlahan. Nia Hannan menarik kertas pembungkus coklat yang membebat 3 kilo Ikan Cencaru dari dalam plastik. Alang-alang dia menyiang ikan untuk makan tengahari mereka, elok juga dia menyiang bahan-bahan basah itu sekaligus. Besok mereka tinggal membersihkannya sahaja apabila hendak memasak. Sedap atau tidak, bukan soal cerita. Setiap orang harus memasak di rumah ini. entah bagaimana resipinya atau istimewa tidaknya menu masakan itu, mereka terima seadanya. Paling penting, perut kenyang.Dan dalam empat bersahabat ini, Nur Izzahlah paling lincah di dapur. Tanpa perlu disuruh, teman itu laju sahaja menyediakan bahan-bahan untuk dikisar atau dipotong. Masakannya sentiasa mengena selera mereka. Entah mengapa, air tangan teman yang seorang ini cukup istimewa. Allah!Nia Hannan mengaduh sejenak, merenung darah yang bergenang di tapak tangan. Dengan sekali tusukan hujung pisau, kulit perut ikan yang licin turut menggelincirkan sekali mata pisau dari tempat yang sepatutnya, mengena perut telapak tangan kirinya. Kenapa tu, Nia?Suara Wirda kedengaran dari ruang tamu. Sepertinya teman yang seorang itu sedang mengetuk-ngetuk sepatunya, membuang debu di muka pintu.Ikan dalam ais ketul, macam tulah. Berhati-hatilah...Nur Izzah menghulur peti ubat yang selalu disimpan di dalam laci kabinet dapur. Penjual ikan juga terkadang hanya menggunakan skru driver, mencungkil ikan-ikan yang sudah membatu. Kemudian melempar ikan-ikan itu ke dalam timbangan tradisi, timbang mata. Mahu atau tidak, mereka redha sahaja bahawa bayaran yang dikenakan itu bukanlah hanya untuk ikan seratus-peratus. Air batunya sekali. Di pasar besar Asafirah sungguh tidak banyak pilihan. Kalaupun ada, mereka tidak mampu pula hendak membayarnya. Boulti(Talapia) misalnya, segar dan bekalan ikan sungai itu tidak pernah berkurangan. Namun harganya sekilo sudah hampir sama dengan Ikan Cencaru untuk dua kilo. Keputusannya, Ikan Cencaru Ais sebagai menu utama untuk makan mereka sebulan.Asam pedas kan?Nur Izzah meminta kepastian sebelum dia menghimpunkan bahan-bahan yang siap dipotong ke dalam bekas mesin pengisar.Nia Hannan mengangguk. Perut telapak tangan kirinya sudah berlumur minyak gamat dan bertampal plaster. Matanya memerhati sahaja tingkah lincah Nur Izzah di dapur. Temannya yang seorang ini sungguh mulia, tidak pernah berkira kerja. Saling bahu-membahu dan bekerjasama. Mana lukanya tu?Suraya muncul tidak lama kemudian, dengan hujung baju kaften yang sudah berikat di pinggangnya. Sejenak dia membelek-belek tangan Nia Hannan. Sikit ajalah...Nia Hannan berasa malu apabila teman itu turut membawa peti ubat peribadinya. Hm...aku rasa ni bukan sebab ais ketul ni. Entah-entah tadi sambil siang ikan sambil teringat orang yang jauh tak?Suraya mengusik sambil gelak-gelak kecil. Segugus kecill Banati(anggur tanpa biji) dalam mangkuk bertapis dipetik perlahan. Sekejap sahaja lima biji Banati sudah masuk ke mulutnya. Sungguh manis, semanis madu. Detik-detik cemas macam ni, manalah ada masa nak ingat tu semua...Nia Hannan cepat membela diri.Kadang-kadang orang yang jauh tu pula yang asyik merindukan kita. Tu yang terhantuk kepalalah...tercucuk pisaulah...tersadung batulah...Suara Wirda semakin dekat dengan dapur, menyertai perbualan mereka.Mulalah tu...Nia Hannan menggeleng kepala. Ini buktinya!Wirda menghayun tangan, mempamirkan sepucuk surat yang sedang terselit di antara jari-jemarinya. Berseri-seri muka Nia Hannan tidak terperi. Dia cukup kenal dengan tulisan tangan pada sampul surat berwarna krim cair itu. Sudah hampir tiga bulan dia tidak dapat menatap tulisan tersebut. Tapi...sekarang bukanlah waktunya untuk membiarkan hati bernyanyi ria. Nia Hannan mengambil surat tersebut dengan senyuman panjang. Kemudian surat itu diletak atas peti sejuk. Syaqqah yang mereka sewa itu mempunyai tiga bilik dan sudah dilengkapi dengan perabot dan perkakas dapur. Sewanya tidak terlalu mahal, sekitar LE300 (RM335). Bagi sebuah syaqqah yang cukup lengkap malah mempunyai kemudahan telefon dail tetap, ia masih boleh dikatakan murah dengan bayaran LE75 seorang setiap bulan. Namun demikian, daftar penggunaan bil adalah sepenuhnya tanggungjawab si penyewa. Tiba-tiba bunyi loceng kedengaran dari arah pintu hadapan syaqqah mereka. Wirda meninggalkan dapur, menapak ke hadapan lalu mengintai di celah lubang keselamatan (Uyun). Setelah berasa lega, dia membuka pintu mempersilakan tetamu mereka masuk. Ya Allah!!! Suara Wirda menjerit kuat. Nia Hannan, Nur Izzah dan Suraya bagai lipas kudung meluru ke ruang hadapan, mendapatkan teman mereka yang mungkin ditimpa musibah. Tatkala mereka bertembung pandang...Natijah dah keluar! Natijah!

***** Kuliyyatil Banat Dirasat Ad Dinniah Al Islamiah Wal Lughatil Arabiyyah. Jamiatul Azhar. Nia Hannan terpaku di hadapan gerbang kampus. Lututnya yang sedang goyah itu bagai terkunci mati, tidak berdaya hendak melangkah masuk. Matanya pula masih terbeliak, merenung tulisan yang menghiasi gerbang berwarna coklat tanah. Entah mengapa dia berlama-lama di hadapan pintu gerbang itu, dia sendiri tidak mengerti. Padahal setiap kali ke kuliah kakinya terus saja melangkah masuk tanpa menoleh ke arah pintu gerbang itu.Ketentuan antara hidup dan mati ini ternyata ditetapkan pada hari ini. Mampukah dia menghadapi kenyataan? Terdayakah hatinya menerima sebuah lagi kebenaran yang pahit setelah suatu masa dahulu kepahitan itu cukup mematikan rasa? Bagaimana jika yang pahit itu memihak kepadanya petang ini? Apakah natijah peperiksaan yang bakal ditatapkan kelak bakal menghangatkan lagi bahang panas yang semakin mencengkam di kala Mesir dilanda Saifi saat ini...? Nia Hannan memejam mata, mengawal cairan jernih yang bertakung dengan tidak semena-mena. Mampukah aku menghadapinya Ya Allah...? Ini adalah penentu segalanya. Andai aku gagal...andai aku gagal lagi...?Ahh...mengapa amat payah aku berfikiran positif?Beberapa orang pelajar Malaysia yang berselisih jalan dengannya hanya mengukir senyuman lalu beredar tanpa sepatah kata. Tingkah mereka semakin mendebarkan hatinya. Nia Hannan semakin berasa tidak enak. Degupan jantung sudah semakin laju biarpun sendi kakinya kian longlai. Entah mengapa dalam jarak perjalanan yang hanya beberapa meter itu, cepu ingatannya cepat menangkap wajah ayah, emak, adik-beradik dan guru-guru di madrasah. Wajah-wajah itu terlayar bagaikan sistem slaid yang sedang memutarkan paparan demi paparan tanpa lengah. Tiba-tiba pandangannya jatuh kepada Nur Izzah yang sedang memanjat kerusi, mencari-cari sesuatu pada papan kenyataan-cermin lutsinar yang bertampal kertas keputusan dari dalam- di bahagian hadapan pejabat pentadbiran. Nia Hannan segera mencari bangku kayu yang selalunya berselerak di bahagian sisi bilik kuliah. Sebuah bangku yang tidak begitu stabil kedudukan kakinya dicapai lalu ditarik ke arah papan kenyataan. Melihat Nur Izzah memanjat tadi, dia pasti keputusannya juga tentu terletak di bahagian teratas. Ada khuatir yang menebal di dada melihat ramai teman berkerumun di kawasan tersebut. Setelah jeda beberapa ketika, dia mula memanjat bangku dan mencari namanya pada kertas yang begitu banyak tertampal. Kertas itu pula bertulis tangan, menggunakan khat Riqah. Oleh yang demikian, Nia Hannan terpaksa mengambil sedikit waktu untuk mencari namanya yang ditulis dengan nama datuk sekali. Jari telunjuknya bergerak dari atas ke bawah sehinggalah ke bahagian nama yang bermula dengan Huruf Nun pada senarai tersebut.Nia Hannan Burhanuddin Hilmi Bin Qandil.Nia Hannan semakin cemas membaca tulisan itu. Ya, inilah nama penuhnya. Segera matanya dihala ke bahagian atas kertas. Kategori Najah atau Rasibat? Lulus atau gagal? Adakah akan lulus? Adakah gagal lagi? Lulus...? Gagal...? Mungkinkah Najah menjadi miliknya?Rasibat.Sebuah kalimah tunggal yang berjaya membuat mata Nia Hannan berpinar-pinar. Fikirannya mula tidak menentu bersama daya kinestesis yang terganggu disebabkan kedudukan kaki bangku itu. Badannya mula menggigil dan airmata mencurah laju. Imbangan yang semakin tidak stabil itu menyebabkan bangku tersebut tumbang.Nia!

Bab 2 Assalamualaikum...Waalaikumsalam...Wajdi ada? Ini siapa? Wafa? Wana?Abang ada di halaman, tengah cuci kereta. Ini Yan, isteri Wajdi bercakap. Ini siapa?Dia segera mematikan talian. Jarinya yang kecil mulai menggigil-gigil. Kad telefon dibelek sekali lagi. Nombor-nombor di belakang kad itu didail laju. Duitnya masih berbaki di dalam kad itu. Segera dia mendail nombor rumahnya pula. Selalunya emak sedang menyediakan sarapan di waktu begini.Assalamualaikum...Mendengar suara itu, kerongkongan bagai tersumbat. Cairan jernih kembali bergenangan di kolam mata. Mak...Hello...Waalaikumsalam. Ini, Nia, Mak. Nia telefon Abang Wajdi tadi.Wajdi?Ya, mak. Nia nak tahu. Nia dapat surat daripada dia semalam. Nia tak berapa jelas dengan surat tulah, mak. Nia tertanya-tanya. Nia...Memang betul, Nia.Tapi...Sudahlah, nak. Cincin pun dah dipulangkan bulan lepas.Tapi kenapa, mak?Nia!Nia tersentak, terkedu buat beberapa waktu. Matanya melilau ke semua arah. Dia bukan berada di dalam kamar tidurnya jam tiga pagi. Dia bukan duduk di sebelah telefon dail tetap rumah sewanya. Lambaian Suraya dari arah laut, menyedarkannya semula. Dia sedang termenung di dalam sebuah pavilion. Bunyi desiran ombak seakan menerjah ke corong pendengarannya, terdengar kuat menghempas ke pantai. Jom mandi!Teriak Wirda dengan jubah yang sudah kuyup dengan air masin. Aku sejuk.Nia menggeleng kepala lalu berpeluk tubuh. Sejuk?celah Suraya, mengernyit dahi. Nia Hannan hanya tersenyum hambar. Dia tahu dia tidak pandai menipu mereka. Musim yang sedang hangat membahang. Menggoda penduduk kawasan Mandarah ini terjun ke laut seawal jam 4 pagi lagi. Laut Mediterranean kala ini terasa suam dan sesuai untuk bermandi manda di bawah payung langit yang masih gelap dan hitam. Dan perut akan berkeriut-keriut lapar selepas naik ke persisiran pantai. Namun begitu, angin yang bertiup kencang memunculkan jua kedinginan setelah badan basah kuyup bermain air. Nia Hannan melontar pandangan jauh, ke tengah-tengah lautan yang luas terbentang. Biru gelap. Gelap yang mulai memudar petanda hadirnya giliran sang mentari yang bakal menyimbah sinar dan cahayanya sebentar lagi. Gelap. Persis warna yang sedang menatarias kanvas hatinya kala ini. Suara gurau senda teman-teman bermain air terdengar ceria dan sepenuh perasaan. Ah...alangkah bagus jika dia juga mampu menyertai mereka, melupakan segala kesakitan. Melupakan keputusan peperiksaannya yang gagal. Melupakan Wajdi.Wajdi? Nia Hannan meneguk ludah, berusaha sedaya upaya berlagak biasa di depan Nur Izzah, Wirda dan Suraya. Tapi bagai diserang panah yang bertubi-tubi di dada, cairan jernih selalu saja ingin tumpah dari tubir mata. Dia sungguh kesakitan. Amat terluka.Inikah calon pejuang yang mahu menggenggam bara api itu? Benar-benarkah ini musafir yang sedang menuju suatu destinasi? Pertanyaan demi pertanyaan ini semakin menyesakkan dada, menimbulkan marah yang membuak-buak. Dia sudah kalah! Dia amat lelah. Dia sudah tersadai di sebelah unta yang kurus kering, terlentang di gurun panas yang hangat membakar. Empat puluh lapan bulan permusafirannya ternyata sia-sia. Entah bekal apa yang masih bersisa untuk meneruskan perjalanan ini. Asanya sudah punah. Bara apa yang mahu digenggamnya lagi sedang tangannya sudah habis terbakar? Ayah, mak dan adik-adik selalu mendoakan kejayaan Nia. Anggaplah kegagalan ini sebagai ujian. Jangan berputus asa, nak.Nia Hannan tidak dapat mengawal rasa yang bergempur di dalam hati. Suara-suara ini malah semakin membuatkan perasaannya lemah dan tidak bermaya. Hatinya berasa pilu. Nia! Nak ke mana tu? Jangan jauh-jauh. Kita dah berjanji nak ke Mahattah Er Raml.Aku jalan dekat-dekat sini aja.Nia Hannan angkat kaki, meninggalkan mereka. Sebuah demi sebuah pavilion yang berceratuk di sekitar tepi pantai itu dilalui bersama soalan demi soalan yang hadir lagi mengganggu.Mungkinkah memang benar, takdir telah menggariskan dirinya tidak akan berjaya untuk selama-lamanya? Bertimbun kitab yang telah ditelaah, beratus halaman Bahas yang perlu disiapkan, berjuz-juz surah dalam Al Quran yang dicerap dalam kotak ingatan tapi mestikah GAGAL menjadi habuannya?Matanya sudah persis mata Panda dek bergadang setiap malam, menghafal isi pelajaran. Sepatunya kian haus tak pernah berganti. Jubahnya kian lusuh tahun demi tahun. Hasil pelajarannya masih tetap begitu. GAGAL! Malah kini jari manisnya sudah tidak berupaya menyarung cincin bermata satu itu lagi. Tunangnya juga sudah tidak mampu menunggu lebih lama, lari menutup tirai episod impian hidup yang susah payah dibina selama ini. Begitu mudah seperti memadam tulisan pada papan tulis. Hilang begitu sahaja. Gadis kecil, hari ini kamu berwajah muram bagai malam yang tidak berpurnama,Seorang lelaki tua, bergamis labuh berkain lilit di kepala menegurnya sambil tersenyum. Di hadapannya sebuah gerabak kecil berisi pelbagai jenis kuaci dan kekacang untuk dijual.Nia Hannan hanya membalas senyuman kepada penjual yang begitu peramah.Pakcik masih ingat nama kamu. Hannan dari Korea atau Jepun, bukan?Lelaki tua itu tersenyum, menyerlahkan giginya yang sebahagian besar sudah berkarat.Nia Hannan tertawa kecil. Dalam sugul yang sedang menyelubungi seluruh perdu perasaannya, lelaki tua yang mesra ini sedikit menghiburkannya. Bukan sahaja pakcik tua itu yang tidak dapat membezakan dengan tepat jenis bangsa rakyat asing malah kawan-kawan Arab yang satu pengajian dengannya juga selalu mengatakan dia dan kawan-kawan datang dari negara luar daripada Malaysia. Saya penuntut Malaysia, pakcik.Oh, Malaysia! Hannan dari Malaysia.Lelaki tua itu menepuk dahinya seraya menghulur bungkusan kuaci berharga LE0.50. Terima kasih, pakcik.Nia Hannan tersenyum lagi.Sama-sama anakku. Gadis kecil yang manis, semanis madu. Tapi hari ini kamu nampak sedih.Saya biasa saja. Saya memang begini.Nia Hannan membalas lalu beredar, meninggalkan lelaki tua dan beberapa orang kanak-kanak di situ. Langkahnya diteruskan bersama bungkusan kuaci yang tergenggam di tangan. Sebaik mendapati ada ruang yang kosong dalam sebuah pavilion, dia singgah di situ melabuhkan punggung sambil pandangannya dilabuhkan pula ke arah laut yang terbentang luas di hadapan. Nia Hannan merenung lagi hamparan laut luas yang sedang bergelora, penuh dengan manusia yang seronok bermain air. Fikirannya mula menerawang, mengusik pintu-pintu memori dan kenangan. Komik Perawan Sungai Nil. Dia masih ingat tajuk komik itu. Di dalamnya mengisahkan seorang gadis yang bertugas sebagai ahli arkeologi, mengkaji mumia seorang raja Mesir. Kononnya mumia-mumia tersebut membawa bersamanya sebuah sumpahan. Ahli arkeologi tersebut benar-benar terkena sumpahan lalu masuk ke alam purba, sewaktu zaman Raja Mesir. Akhirnya Raja Mesir tersebut jatuh cinta kepadanya.Nia Hannan tersenyum pula. Entah bagaimana fantasi yang dirasainya sewaktu membaca komik cinta itu, Nia Hannan sendiri tidak pasti. Usianya waktu itu baru sahaja lapan tahun! Sudahkah Nia Hannan pandai berangan-angan tentang cinta di kala usia belum pun mencapai akil baligh...? Atau mungkinkah itu salah satu alamat kubra bahawa dia bakal memijakkan kaki ke Mesir, menjadi seorang mahasiswi dengan niat mencari ilmu dan keredhaan Allah? Barangkali satu sahaja yang Nia Hannan masih ingat ketika membaca komik tersebut. Perasaannya bagai teruja kerana dapat berfantasi dengan dunia purba. Tentu pengalaman penuh misteri apabila Nia Hannan dapat bertemu dengan manusia zaman purba, dapat bercakap dengan mereka dan bermain tanpa perlu menggunakan mesin cahaya masa milik Doraemon. Nia Hannan tersenyum lagi. Ahh...memang seronok menjadi kanak-kanak, boleh berangan dan berangan tanpa perlu memikirkan banyak masalah. Tidak perlu terlalu kecewa kerana gagal dalam imtihan.Imtihan...Nia Hannan tertelan liur. Imtihan. Ujian dan dugaan. Serentak itu riak sugul dan muram kembali mewarnai wajahnya. Dia sudah pun menjejakkan kaki ke Bumi Ardil Kinanah ini. Hampir empat tahun berjuang, bergelut dengan kitab-kitab dan khulasah tapi dia masih terdampar sepi di sini. Mengapa? Kenapa?Terlepas keluhan berat dari bibirnya. Panorama yang indah di hadapan mata terasa tidak bererti lagi. Pandangannya terjatuh kepada seorang kanak-kanak yang terjerit-jerit kesukaan bermain air di gigi pantai. Dia benar-benar cemburu. Hari-hari yang penuh keterujaan bagaikan sudah berlalu pergi.Dia sudah berusaha sedaya dan semampunya. Ternyata takdir memang tidak menyebelahinya. Dia gagal lagi! Apakah kini perasaannya mula berbolak-balik? Mula berpihak kepada kata-kata sebahagian seniornya bahawa takdir sudah ditentukan untuk setiap manusia? Meski bagaimanapun kita berusaha, jika gagal sudah menjadi tinta takdir, pasti akan gagal jua. Benarkah begitu?Bagai terhantuk batu, kepalanya tiba-tiba berdenyut kuat. Tangan kanannya segera menyentuh bahagian yang sakit. Aduh...bisa sekali! Dia melepaskan sentuhan. Kini kedua tangannya tergenggam erat, matanya terpejam. Suara hingar-bingar itu mula terasa mencucuk gegendang telinga, pedih dan ngilu sekali. Dia perlu segera beredar dari situ dan pergi ke suatu tempat.***** Soidaliah Al Qandil. Nia Hannan masuk ke dalam farmasi berpenyaman udara itu. Begitu banyak farmasi di kawasan pangsapurinya tetapi Nia Hannan lebih suka mendapatkan perkhidmatan rawatan atau ubat-ubatan di dalam farmasi itu sahaja. Alasannya hanya satu, farmasi tersebut sama nama dengan nama datuknya. Ada nilai sentimental di situ kononnya. Ya, gadis kecil. Apa yang boleh saya bantu?Nia Hannan terpaku seketika. Seorang pemuda, berkumis halus dan jambang terurus. Badannya tegap, sasa dan penuh ketrampilan. Tidak seperti hari-hari sebelum itu, dia dilayan mesra oleh tuan punya farmasi yang sudah berusia enam puluhan, yang sama nama persis nama datuknya, Qandil. Paracetamol 500gm satu papan. Nia Hannan segera memberitahu keperluannya. Paracetamol? Untuk siapa?Untuk kegunaan saya.Ubat ini dosnya agak tinggi untuk gadis sekecil kamu.Lelaki itu memberi saranan sambil mencapai sepapan ubat dalam kotak bertulis PARACETAMOL. Saya bukan gadis kecil. Di tempat saya, ada dos yang lebih tinggi daripada itu kami gunakan.Nia Hannan membalas bersahaja, sedikit terganggu dengan sikap pekerja baru itu. Hatinya hanya senang dipanggil gadis kecil oleh mereka yang sudah lanjut usia atau mencapai tahap warga emas.Tapi kamu memang kecil.Lelaki itu tersenyum. Sudah tentulah kerana kamu lebih besar.Nia Hannan mengeluarkan beberapa helai duit kertas. Dia ingin lagi menambah, Rakyat Mesir kebanyakannya bertubuh sasa kerana kekuatan yang telah diberikan Allah berbanding manusia lain dan itu telah tercatat di dalam Al Quran. Sayangnya kerana kemahiran berbahasa arab pasar yang belum dikuasainya, Nia Hannan terbatas untuk berbicara lanjut. Kamu pelajar menengah di sini?soal lelaki itu pula. Saya pelajar kuliah agama.Kuliah? Kamu pelajar kuliah? Universiti?Universiti Al Azhar.Lelaki itu tergelak-gelak. Kemudian bersuara, Kamu bergurau?Saya bercakap betul.Kalau kamu pelajar Al Azhar, tentu kamu membaca Al Quran. Ada satu surah di dalamnya tidak bermula dengan Bismillah. Apakah surah itu gadis kecil?Surah At Taubah.Lelaki itu terlopong malah terdiam beberapa saat sambil matanya merenung gadis kecil di hadapannya. Sampaikan salam saya kepada Doktor Qandil.Nia Hannan menapak laju keluar, tidak sabar hendak menghempas badan ke tilam, berehat sambil berharap kesan cepat Paracetamol.