al quranmelahirkan umat cemerlang(rumi)

Upload: syeirazi

Post on 05-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

alquran

TRANSCRIPT

AL-QURAN MELAHIRKAN UMAT CEMERLANG

AL-QURAN MELAHIRKAN UMAT CEMERLANG

( 13 Oktober 2006 / 20 Ramadhan 1427 H )

. ! . SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sidang Jumaat sekelian supaya kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya, mudah-mudahan kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akhirat. Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah sama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. yang memanjangkan usia kita semua sehingga kesaat ini dan seterusnya dapat pula meneruskan ibadah puasa Ramadan sampai ke hari yang kedua puluh dalam keadaan sehat dan sejahtera.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN,Pada Jumaat yang lalu, mimbar ini telah membiacarakan tentang bagaimana amalan puasa Ramadan mengembalikan manusia kepada fitrahnya yang baik dan taat serta mulia hasil daripada ibadah puasa Ramadan yang dilakukan dengan iman dan ikhlas. Pada hari ini pula, mimbar Jumaat akan membiacarakan tentang nuzul Al-Quran yang telah disambut beberapa hari lalu sebagai pemangkin kepada kecemerlangan umat.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN

Apabila kita menyebutkan bulan Ramadan, ia sentiasa dikaitkan dengan peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu peristiwa nuzul Al-Quran. Perkara ini dapat dilihat dengan Jelas dalam Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 :

(Maksudnya : " ( masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah ) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan ( menjelaskan ) persebezaan antara yang benar dengan yang salah " .

Peristiwa ini disebut saban tahun apabila tiba bulan Ramadan sebagai tanda membesarkan sejarah penurunannya, di samping bersyukur terhadap penurunan al-Quran yang merupakan sumber ajaran nabi Muhammad s.a.w.. Kita perlu meletakkan keyakinan yang penuh bahawa realiti kehidupan manusia di dunia khususnya ummat Islam tidak mampu berubah apa lagi mencapai pembangunan tamadun yang tinggi lagi hakiki tanpa bimbingan Al-Quran. Oleh itu, al-Quran merupakan petunjuk jalan hidup yang praktikal, progresif dan damai.

Melalui sejarah penurunannya yang berlaku ribuan tahun yang lalu kepada Nabi besar Muhamaad s.a.w. telah mencatatkan bahawa ia diturunkan pada malam 17 Ramadan yang menampilkan ayat IQRA sebagai pembuka wahyu. Penurunananya telah mula membuka satu lambaran baru dalam era kehidupan dan ketamadunan manusia di alam ini khususnya di tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dari kehidupan yang serba mencabar emosi, wujudnya penindasan, penghambaan dan pengibadatan animisma yang mewarnai sosial budaya dan siasah tanah arab pada waktu itu, berubah kepada suatu biah kasih saying, bekerjasama, tolong menolong serta bersama mendukung satu kepercayaan kepada Allah yang Maha Esa. Ajaran dan tunjuk ajar nabi pada waktu itu menjadi suatu yang penting dan sentiasa ditunggu oleh umatnya dalam mencari kebaikan yang amat dinanti oleh mereka.

Justeru, Mereka tidak melepaskan peluang yang ada sebaliknya terus menerima al-Quran sebagai arah panduan hidup mereka dan berusaha membuat sesuatu dengan baik dan lebih baik dari yang sebelumnya. Mereka bersepakat atas satu matlamat, satu hasrat dan satu akidah. Mereka melaksanakan apa jua bantuan, pertolongan dan bimbingan dengan rasa ikhlas dan bertanggungjawab. Maka tidak hairanlah jika sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan umatnya bersifat sangat tekun dan sabar dalam mengerjakan sesuatu urusan sehingga mereka mencapai kejayaan demi kejayaan dalam apa jua lapangan kehidupan yang mereka ceburi samaada dalam bidang pertanian, perniagaan dan penternakan. Banyak contoh yang boleh kita baca dari tulisan-tulisan tangan para ulama dan pengkaji sejarah Islam seperti kejayaan saudara Abd Al Rahman ban Aus r.a. yang akhirnya bergelar jutawan adalah kerana kegigihan berusaha mengikot petunjuk al-Quran iaitu berusaha dengan tekun, rajin, jujur dan ikhlas. Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :

" ".

Bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu membuat sesuatu pekerjaan ia lakukan dengan tekun ( sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkanya ) "

( H. R. al-Baihaki )SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN

Penurunan al-Quran sebenarnya telah memberi tambahan nilai dan membina kualiti hidup sebagai modal insan sebenar yang tidak pernah dirasai oleh ummat manusia sebelum ini. Nilai-nilai akhlak al-Quran yang dipelopori oleh Baginda Nabi s.a.w. menjadikan kualiti manusia lebih bernilai dan berharga. Kehebatan yang dikurniakan ini telah membangkitkan semangat ingin berusaha untuk merealisasikan ajaran al-Quran. Semua ini dilakukan adalah kerana roh al-Quran berada didalam jiwa mereka yang menjadikan hidup mereka sentiasa berkembang dan pemikiran mereka merentasi zaman.

Mereka telah mencuba dan mengkaji pelbagai ilmu alam dan kehidupan seperti mencipta ilmu hisab atau matematik yang berjaya menghasilkan satu ilmu yang dinamakan dengan al-Jibra, ilmu falak, ilmu perubatan ( Tib) ilmu Psikologi, mereka mengkaji tumbuhan, mengkaji alam binatang, mengkaji bahasa pertuturan, dan lain-lain lagi. Nama-nama Ibnu Rusyd, Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, al-Khuwarizmi, al-Khindi dan lain-lain adalah merupakan nama-nama besar dalam sejarah kecemerlangan ummat Islam.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHANI SEKELIAN

Hari ini kita sebagai ummat Islam yang mendukung Wawasan al-Quran, bukan hanya setakat merayakan " Nuzul a-Quran " dengan cuti umum. Kita seharusnya menyedari bahawa penurunan al-Quran sebenarnya telah membawa dimensi baru dalam melahirkan ummat yang cemerlang seperti dimasa lalu. Kecemerlangan itu telah terbukti dan dibuktikan didalam masyarakat bahawa ajaran dan petunjuknya telah dapat dilaksanakan dalam masyarakat hari ini.

SIDANG JUMAAT SEKELIAN

Daripada peristiwa dan contoh-contoh kecemerlangan ummat dahulu kita dapat mengambil pengajaran yang boleh digunakan untuk dilaksanakan didalam kehidupan diantaranya :

1. Peristiwa " nuzul Al-Quran " telah berlaku dalam bulan Ramadan menjadi satu aset yang besar kepada ummat Islam. 2. Penurunaanya telah menunjuk jalan, ciri dan cara bagaimana kecemerlangan dalam hidup boleh dicapai. 3. al-Quran memandu arah kehidupan ummat Islam supaya menjadi ummat yang hebat dan berjaya. 4. Islam suka ummat yang kuat, gagah, hebat, smart dan bekerjaya. dan tidak suka orang yang lemah dan suka meminta-minta dari orang lain. 5. Umat islam mesti ada identiti yang tersendiri dalam plan kecemerlangan dan sentiasa dicontohi. 6. al-Quran membawa rahmat keseluruh alam dan membawa misi perubahan kearah kemajuan intelektual, ekonomi, sosial dan budaya.

Kesimpulannya, kita amat digalakkan berusaha dan mencapai kejayaan serta menikmati pembangunan yang bertamadun di dunia asalkan ianya boleh menambah rasa takwa kepada Allah s.w.t. lebih-lebih lagi disaat kita sedang menunaikan ibadah puasa Ramadan yang mulia ini. Semoga berjaya.

Maksudnya : Dialah yang menurunkan al-Quran kepada-mu ( wahai Muhammad ) kitab suci al-Quran. Sebahagian besar dari al-Quran itu ayat-ayat " Muhkamat " ( yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya ) ayat-ayat Muhkamat itu ialah ibu atau pokok ) isi al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat Mutasyabihat ( yang samar-samar tidak terang maksudnya ) ( surah Ali-Imran ayat : 6 ) .PAGE 1