19.8.2012 aidulfitri hari kemenangan besar umat...

21
1 Khutbah Aidulfitri 1 Syawal 1433 Hijrah: “Aidulfitri : Hari Kemenangan Besar Umat Islam” Jabatan Agama Islam Selangor "AIDULFITRI : HARI KEMENANGAN BESAR UMAT ISLAM " , , , , , , , , , . ﹾﻤ ﱠﻬ ﹶﻟﻠ ﹺﻙ ﺎﺭ .

Upload: doanhuong

Post on 02-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

1

Khutbah Aidulfitri 1 Syawal 1433 Hijrah: “Aidulfitri : Hari Kemenangan Besar Umat Islam” Jabatan Agama Islam Selangor

"AIDULFITRI : HARI KEMENANGAN BESAR UMAT ISLAM "

, , , ,

, , , , , و .

ؤلم

وخ كي

مل اللهص و اركبو .

Page 2: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

2

اهللا .

قال الله :

.

, , , و .

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah

SWT tanpa jemu, dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan

segala larangan-Nya, mudah-mudahan Allah memberikan kejayaan

kepada kita, bahkan memberikan kemenangan yang besar kepada

mereka yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, iaitu mereka yang bertaqwa

daripada kalangan anbia’, syuhada dan solihin, dengan kemenangan yang

besar oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 71;

...

“(Ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka

sesungguhnya dia telah mencapai kemenangan yang besar”.

Page 3: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

3

Tajuk khutbah hari yang mulia ini ialah “‘Aidulfitri : Hari Kemengan

Besar Umat Islam”.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Hari ini bertepatan 1 Syawal, hari yang dikurniakan Allah kepada

umat Islam untuk melahirkan kesyukuran setelah berjaya menunaikan

kewajipan berpuasa Ramadhan, membayar zakat fitrah dan solat tarawih

yang hanya dapat kita nikmati pada bulan Ramadhan dan pada malam-

malamnya sahaja. Mengenang bulan Ramadhan yang telah berlalu,

perkara penting dan paling berharga kepada kita di sisi Allah adalah

dianugerahkan sebuah panduan hidup yang menyelamatkan kita dari

kesesatan dan kebinasaan di dunia dan akhirat. Panduan itu merupakan

pelan aplikasi pelaksanaan yang sangat jelas, baik dalam beribadah

mengabdikan diri kepada Allah mahupun dalam membangun keluarga,

membina masyarakat dan mengurus tadbir siasah negara.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Al-Quran itulah panduan hidup yang dimaksudkan, tidak tergugat

dengan sebarang keraguan dan apa jua bentuk pemikiran baru, itulah

kitab furqan, dipilih untuk turun dalam bulan Ramadhan, bulan di mana

hati-hati mukmin kembali kepada fitrahnya yang asal, patuh dan tunduk,

dididik dengan lapar dan dahaga, dijinak dengan solat tarawih dan tilawah,

pada ketika jiwa dibentuk dengan qiam bertahajjud di malam al-Qadar. Al-

Quran yang disebut sebagai al-furqan yang membezakan, diturunkan

untuk membawa perubahan dan perbezaan, menggerakkan perubahan

hidup dari yang buruk kepada yang baik, dari kemunduran kepada

Page 4: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

4

kemajuan, dari kejahilan kepada kecerdikan, dari kekufuran kepada

keimanan, dari kegelapan kepada nur hiadayat, dari kezaliman dan

kejahatan manusia kepada keadilan dan kebajikan umat, dari kebejatan

hidup kepada keberkatan dan rahmat, dari kehinaan kepada kemengan

yang besar, dari kesyirikan taghut kepada keredhaan Allah SWT sahaja.

Demikianlah al-Quran sebagai al-furqan. Firman Allah SWT dalam surah

al-Baqarah ayat 185;

...

“Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi

petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang

menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan

yang salah..”.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Kemenangan besar ( ) hasil amalan baik yang telah terbina

kukuh sepanjang Ramadhan itu, wajiblah dijaga dan dipelihara, syaitan

dan taghut tidak pernah berputus asa, mereka sentiasa datang menjenguk

dalam hidup kita, mereka ingin mengintai-ngintai nafsu kita yang lalai dan

alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan yang

melampau, pujukan dunia yang menjauhkan kita dari Allah SWT. Mereka

berusaha memujuk manusia mengingkari Allah dan hukum-hakamnya,

Page 5: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

5

mereka itu adalah dari kalangan jin dan manusia, kita diajar supaya

memohon perlindungan daripada segala perancangan dan program

seperti itu, kerana ia diatur oleh mereka, untuk menimbulkan syak dan

ragu kepada Syariat Islam dan keagungan Allah SWT.

Marilah kita kembali berpegang kepada Syariat Allah, mengalunkan

sebanyak-banyak istighfar dan zikir, berzikirlah terus menerus mengingati

Allah dan terus mengasingkan diri daripada kemaksiatan dunia dan

hiburan yang melampau, mendampingi majlis-majlis ilmu, menghampiri

orang-orang yang berjihad di jalan Allah dan bersama-sama dengan

orang-orang yang soleh yang sentiasa menceburkan diri dalam

perkhidmatan kebajikan dan kemasyarakatan yang dituntut oleh agama

dan tidak bercanggah dengan Syariat.

Amalan baik bulan Ramdhan hendaklah diteruskan, berpuasa enam

hari di bulan Syawal jangan ditinggalkan, kita terus dituntut menginfaqkan

harta melalui derma dan sedekah bagi mencari keredhaan Allah SWT,

kerana membantu orang miskin, diberi pahala 10 kali ganda. Jika kita

membantu mereka yang berjuang di jalan Allah, diberi pahala oleh Allah

sehingga 700 kali ganda.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 261;

Page 6: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

6

“Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan

hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan

tujuh tangkai; setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah

melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah

Maha Luas (kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui”.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Semenjak matahari terbenam di akhir Ramadhan semalam,

hinggalah ke pagi ini, umat Islam seluruh dunia berhimpun membesarkan

Allah, melaungkan takbir dengan ucapan yang bergema di angkasa,

ucapan yang dibanggakan seluruh makhluk Allah di langit, kecuali syaitan,

iblis dan taghut yang lari jauh dengan kecewa, kerana manusia

melaungkan takbir dan berjanji menegakkan Syariat Allah, serta

membesarkannya dengan gema takbir;

, , , الله و , و .

, ,

Page 7: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

7

. الله وال نع دب إياه خملصيل نالد هني، لوالكر و كهافرنو.

الله هدحو, هدعو قدص, هدبع رصنو, هدنج زأعاأل ,و مزهوهدحو ابزح . الله

و و .

“Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, Allah Yang Maha

Besar, Tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Yang

Maha Besar, Allah Yang Maha Besar, dan hanya bagi Allah sahajalah

yang paling layak segala pujian, Allah itu Maha Besar dari segala

kebesaran, dan bagi Allah sahajalah yang paling layak mendapat segala

pujian yang sebanyak-banyaknya, dan Maha suci Allah sepanjang pagi

dan petang.

Tidak ada Tuhan yang mesti disembah melainkan Allah, dan sekali-

kali kami tidak menyembah tunduk patuh kecuali hanya kepada Allah

dengan sepenuh-penuh keikhlasan dan bagi Allah sahajalah semulia-

mulia agama sebagai cara hidup, sekalipun menjadi kebencian orang-

orang kafir, iaitu orang yang ingkar kepada Allah.

Tidak ada Tuhan yang mesti disembah melainkan hanya Allah yang

Esa, Allah yang sebenar-benar menunaikan janji-Nya, yang benar-benar

menolong hamba-Nya (nabi-Nya), yang memuliakan dengan kemenangan

kepada tentera-tentera-Nya, yang sekaligus menghancur leburkan barisan

Page 8: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

8

musuhnya, tidak ada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Allah itu

Maha Besar, Allah itu Maha Besar, dan hanya Allah sahajalah yang paling

layak mendapat segala pujian”.

Berapa banyak kita bertakbir membesarkan Allah? Sepanjang

Ramadhan kita berikrar dalam solat fardu dan sunat tarawih, setiap rakaat

dari mula takbir kita mengucapkan Allahu Akbar, apabila ruku’ kita

bertakbir, sujud kita bertakbir, duduk antara dua sujud kita bertakbir, sujud

kedua kita bertakbir dan bangun dari sujud kita bertakbir lagi, dalam 5

waktu kita solat fardu dengan 17 rakaat, maka 85 kali kita bertakbir

membesarkan Allah, jika kita merujuk kepada asal sejarah kefardhuan

solat ialah 50 waktu, maka hakikatnya kita telah mengucapkan takbir 4250

kali. Itulah janji, bai’ah atau sumpah taat setia kita ketika kita beribadah

menghadap Allah setiap hari.

Justeru, apakah benar kita membesarkan Allah? Atau nafsu sarakah

kita yang lebih besar daripada Allah, benarkah sumpah kita bahawa Allah

itu Maha Besar? Atau pangkat, harta, kedudukan, gelaran kita yang lebih

besar daripada Allah?. Benarkah Allah yang kita ucapkan itu Maha Besar?

Atau arahan kita, rancangan kita, pandangan kita, idea kita, ataupun dunia

yang kita perjuangkan yang jauh daripada Allah itu lebih besar?.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Kita telah berikrar, berjanji untuk mengabdikan hidup kita kepada

Allah semata-mata, selaras dengan matlamat kita dijadikan Allah, kita

Page 9: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

9

mengucapkan 3 ayat dalam surah Fatihah pada setiap rakaat, 5 waktu

setiap hari;

“Hanya kepada Engkau (Ya Allah) Kami beribadah dan hanya

kepada Engkau kami memohon pertolongan”.

“Bimbinglah kami ke jalan yang lurus”.

“Iaitu jalan yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka,

bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat”.

Ketiga-tiga ayat dalam surah al-Fatihah yang dibaca pada setiap

rakaat itu, merupakan ikrar dan doa sebagai seorang Islam di hadapan

Allah SWT, maka sebanyak 51 kali kita berjanji sepanjang 5 waktu solat

yang difardhukan kepada kita pada setiap hari.

Justeru itu, marilah kita Tanya pada diri kita sendiri;

1) Benarkah kita mengabdikan diri menyembah Allah atau meletakkan

nafsu sebagai berhala yang kita sembah, sedangkan nafsu itu sering

Page 10: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

10

tunduk kepada syaitan dan dunia yang menjauhkan kita daripada

Allah?

2) Benarkah kita meletakkan permohonan kita hanya kepada Allah

sahaja? atau kita masih terikat dan bersandar kepada bantuan

manusia selain Allah?

3) Benarkah kita hanya memohon pertunjuk hidayat Allah ke jalan

hidup Islam yang kita janjikan di hadapan Allah? atau ada petunjuk

lain, syariat lain, hukum hakam yang lain, atau rujukan yang lain

selain daripada Islam?

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Marilah kita terus memelihara diri kita daripada hasutan syaitan yang

memujuk kita melakukan perkara-perkara yang Allah benci. Syaitan

menjanjikan kita dengan kesenangan sekiranya kita sanggup berbohong,

membuat fitnah dan tuduhan palsu, bersifat sombong dan takbur. Syaitan

suka memperdayakan kita supaya melakukan rasuah, menyelewengkan

kuasa yang diamanahkan kepada kita, melakukan hasad dengki dan

bersifat mazmumah yang dicela oleh Allah. Sifat tersebut akan

menghapuskan pahala amalan kita dan akan dihumban ke dalam api

neraka. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الحسد يأكل الحسنات كما فإنوالحسد اكميإطبالح ارأكل النت.

Page 11: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

11

“Jauhilah dirimu daripada perasaan hasad dengki, kerana

sesungguhnya dengki itu memakan kebajikan-kebajikan seperti api

memakan kayu”.

(Riwayat Bukhari Muslim)

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Jelaslah bahawa ‘Aidulfitri bermaksud hari perayaan di atas

kemenangan fitrah kejadian kita, kerana memang manusia dicipta oleh

Allah dalam fitrah yang suci bersih. Untuk mencapai matlamat tersebut,

segala prasarana kehidupan manusia disediakan oleh Allah bagi

memudahkan pengabdian diri kepada-Nya.

Kita diperintahkan bertakbir beribu-ribu kali setiap hari,

membesarkan Allah dan mengagungkan-Nya, kita diperintah

mengabdikan diri dan meminta pertolongan hanya kepadaNya dan

memohon pertunjuk ke jalan yang benar iaitu Islam.

Dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang Islam, kita diarah

menolak budaya hidup sepertimana kehidupan Yahudi dan Kristian yang

dimurkai Allah kerana dipenuhi dengan budaya sombong, suka menabur

fitnah dan samasekali tidak dapat menerima cara hidup Islam, suka

berdengki sesama sendiri, tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan hasut-

menghasut yang semuanya itu adalah sifat mazmumah yang dicela Allah.

Page 12: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

12

“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kefakiran dan menyuruh kamu

melakukan perbuatan yang keji, sedang Allah menjanjikan kamu

keampunan daripadaNya serta kelebihan kurnia-Nya dan Allah Maha Luas

limpah rahmat-Nya, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-Nya”.

(Al-Baqarah : 268)

, آن ولكم بارك اهللا لي نيفعنو نم اتي نيل مقبتو كمنمو التهتوو ,هوإن وه .

فغتساهللا ر يل ، ولسآئر ولكم

Page 13: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

13

ؤلم ؤلم ،رفغتس هإن وهفولغ ميحالر.

, , ,

الله و و .

Page 14: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

14

KHUTBAH KEDUA

، ، ، ، ،

، ، و الله و .

نم

.

هآل نريالطاه نالطيبي ابهحأصو.

،دعا باهللا، أم ادبا عفي قوا اللهتا كميصأوى اللهقوبت ايإين وقوتالمفاز فقد.

Page 15: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

15

: تعا قال اهللا

.

Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian,

Sempena merayakan ‘Aidulfitri pada kali ini, marilah kita mengambil

peluang yang ada untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan sesama

ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta sesama kaum

muslimin. Ikhlaskanlah jiwa kita tanpa ada sebarang niat yang

tersembunyi. Sesungguhnya setiap makhluk yang bernama manusia ini

tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa. Maka

jalan yang terbaik bagi kita umat Islam adalah dengan memaafkan

kesalahan tersebut.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadis yang

bermaksud;

“Apabila dua orang muslim saling bersalam-salaman maka akan

gugurlah dosa-dosa di antara keduanya.”

(Riwayat Baihaqi)

Selain daripada itu, satu lagi amalan yang penting di dalam

merayakan idulfitri ini ialah amalan ziarah menziarahi sesama umat Islam.

Samada ianya dilakukan dengan mengadakan rumah-rumah terbuka,

ataupun melakukan kunjungan biasa sempena hariraya, ianya tetap akan

dapat menghubungkan tali silaturrahim di kalangan sesama umat Islam.

Anak-anak tidak seharusnya ditinggalkan, bahkan hendaklah dilibatkan

sama oleh ibubapa samada ketika menziarahi ahli keluarga, sanak

Page 16: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

16

saudara mahupun sahabat-sahabat handai. Amalan-amalan ini pastinya

akan memberikan peluang kepada anak-anak untuk memahami dengan

lebih mendalam akan erti persaudaraan di dalam Islam.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat ke 10 ;

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,

maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan

bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

، ، و .

.

ك ابهحأصو

Page 17: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

17

ننيمؤالمو اتملسالمو نيملسلمل راغف ماللهموات، إنك حيآء منهم واوالمؤمنات ا

الد بجيم بقري عيمس ىا قاضيو اتوعاتاجالح .

كلهالكفر

كدبلى عع معأنو اركبو ملسل وص ماللهمقام ونبيك ورسولك محمد صاحب ال

دودوض الموالخو دومحالم.

تمنع عنا اللهم إنا خلق من خلقك فاللكا فضبنوآء . بذنبالوآلء وا الغنع فعاد مالله

زل والمحن وسوء الفتن والربا والزنا والزال

Page 18: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

18

خآصة ما ظهر منها وما بطن عن بلدنا .مية عآمةد اإلسالوعن جميع البال

نيمـومهالم مومه فرج ماقـض , اللهو اضـرأم ـفاشو ننييـدـن المع نيالد

نيملسأر .الم مـا اللهقنزارـا وقح قا الحن .وارزقنا اجتنابه وأرنا الباطل باطال, اتباعة

ت األهـوآء اللهم إنا نعوذبك من مضال .ومن زيغ األمرآء ومن سوء اإلفترآء

نو ألكسا نإن ماللهبيكبن كل إليسوت وصفاتك ونسألك بأسمآئك الحسنى مين،ا

بعين عنايتك الربانية أن تحفظ العظمىملكنا لة وبحفظ وقايتك الصمدانية، جال

Page 19: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

19

سلطان شرف الدين ، المعظم سلطان ح ادريس شاه احلاج ابن املرحوم سلطان صال

اللهم أدم العون .الدين عبد العزيز شاه احلاجمة منك ،والسال والهداية والتوفيق، والصحة

دهى علول، نباه اري شأملطانالس ىين ادريس شاه احلاج فالد فرش

وكرمك يا ذا ح وعافية أمن وصال عمرهما اللهم أطل. الجال

نيظفولمن ليحلصالبال مو ةيعالروغبلو ،د .والرشاد الهد مقاصدهما لطريق

Ya Allah, ampunkanlah dosa sekalian muslimin dan muslimat,

mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah

pergi terlebih dahulu meninggalkan kami.

Wahai Tuhan kami, kami memohon keampunan dari-Mu ya Allah,

sesungguhnya engkau Maha Pengampun, turunkanlah rahmat-Mu kepada

kami sebagai rahmat yang sentiasa mencurah-curah.

Page 20: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

20

Wahai tuhan kami, pupuklah semangat mahabbah dan kasih sayang

di kalangan kami, agar dapat kami hidup bersepakat, aman damai, saling

menghormati dan bersefahaman.

Wahai tuhan kami, berilah pertolongan kepada perkembangan

agama Islam sebagai agama yang mulia dan tinggi, berilah kekuatan

kepada kami untuk memartabatkan Islam dan menghayatinya dalam diri

kami, keluarga dan anak-anak isteri kami. Hidupkanlah kesan-kesan baik

yang ditinggalkan oleh ramadhan seperti amalan berpuasa, membaca Al-

Quran, bersedekah dan berdoa. Lindungilah kami dari ajaran-ajaran sesat,

bid’ah, khurafat dan amalan-amalan jahiliah.

Justeru, kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,

tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah

rezeki kami, tambahkan kami dengan ilmu dan kemahiran, suburkanlah

jiwa kami dengan akhlak mulia, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang

berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit,

persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya hidup kami akan

sentiasa bertambah makmur dan berkat.

ر

ةنا الجلنخأداروراألب عا ,ميززيع ا غفاري نيالمالع با ري.

Page 21: 19.8.2012 AIDULFITRI HARI KEMENANGAN BESAR UMAT …e-masjid.jais.gov.my/uploads/uploads/KhutbahAidilfitri2012(rumi).pdf · alpa untuk kembali melayani nafsu dengan pelbagai hiburan

21

يلأقول قو يل ميظاهللا الع رفغتأسومسلمين والمسلمات، ولكم ولسآئر ال

ورفغتفاسهإن ه فوالغ وهيحالر رم.

, , ,

الله و و .

DrOsman/Li** 25.7.2012