al-quran dan sains

7

Click here to load reader

Upload: mas-awang

Post on 24-Nov-2015

73 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Al-quran dan sainsAl-Quran telah menyatakan bahawa proses penciptaan manusia melalui empat tahap.Tahap-tahap tersebut adalah percampuran air mani lalu menjadi alaqah(ketulan darah) dan menjadi mudghah(ketulan daging) setrusnya menjadi tulang-tulang.hal ini telah terbukti di dalam Al-Quran pada surah Al-Mukminun dan bukti ini boleh diterima oleh setiap manusia.Sebelum manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah,manusia telah diberikan beberapa keistimewaan oleh-Nya.Keistimewaan tersebut telah dinyatakan di dalam Al-Quran dan telah mengangkat darjat manusia di sisi Allah.Oleh itu Kita sebagai manusia haruslah memikul amanah ini dengan penuh tanggungjawab supaya kita tidak dipangdang hina oleh masyarakat.Bagi memikul tanggungjawab ini,pengisian rohani dan pemantapan akidah adalah sangat penting bagi melancarkan tugasan yang telah di berikan oleh Allah SWT kepada kita. Pendebungaan ialah proses penyatuan sel jantan daripada biji debunga dengan sel telor (betina) dari ovul, bagi menghasilkan buah. Kebanyakan pokok buah-buahan didebungakan oleh serangga seperti lebah, rama-rama, kumbang, semut dan lain-lain.Pendebungaan melalui serangga hanya berlaku kepada bunga-bunga yang berwarna terang dan mempunyai ranggi yang besar serta cukup kuat untuk menyangga berat serangga yang melawatnya. Debunga juga melekit.Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat :22 yang bermaksud" untuk proses pendebungaan , Kami mengutuskan angin"Firman Allah ini adalah untuk membuka ruang kepada kita supaya mengkaji sistem pendebungaan yang terdapat pada bunga-bunga pokok .Melalui kajian didapati :PERTAMA: Pendebungaan melalui angin berlaku pada bunga-bunga yang rangginya tidak terang serta tidak menarik perhatian serangga. Jenis debunganya pula amat ringan dan kering. Faktor-faktor ini memudahkan debunga-debunga tersebut berpindah ke stigma bunga walaupun tiupan angin berlaku dengan perlahan.KEDUA: Terdapat sesetengah bunga yang hanya dilawati oleh oleh jenis serangga yang tertentu sahaja kerana tidak semua jenis serangga menyukai jenis bunga yang sama.KETIGA: Pendebungaan secara kacukan pula berlaku kepada bunga yang debunga kurang berpeluang sampai ke stigma disebabkan kedudukan stigmanya yang lebih tinggi daripada stamen seperti jagung, kurma atau bunga lain yang seumpamanya.Perihal Pendebungaan:"Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan (tumbuh-tumbuhan) dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya"(al-Hijr 15: 22)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran

al Baqarah : 164

Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."

Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.

Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.

sumber: www.danialzainalabidin.com