al quds newsletter issue no 92

10

Upload: alquds-malaysia

Post on 05-Aug-2016

251 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Al quds newsletter issue no 92
Page 2: Al quds newsletter issue no 92

1

Pihak Berkuasa Antikuiti Israel merampas ratusan artifak yang dianggarkan bernilai satu

juta dolar Amerika

JERUSALEM, 10 Julai 2016 (PIC)– Pihak Berkuasa Antikuiti Israel merampas ratusan artifak yang dianggarkan bernilai satu juta dolar Amerika dari kedai ba-rangan antik Palestin pada hari Ahad di Jalan Al-Wad, Kota Lama Jerusalem ker-ana didakwa tidak mempunyai permit perniagaan.Bercakap kepada Media Al-Quds, pemilik kedai tersebut, Nabil Al-Hroub (47 ta-hun) menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa tuduhan itu tidak be-nar. Beliau memberitahu bahawa kedai itu adalah sumber pendapatan utama bagi seratus orang ahli keluarga al-Hroub. Beliau menegaskan bahawa pihak berkuasa Israel melakukan pelbagai bentuk tekanan kepada penduduk Kota Lama Jeru-salem untuk mengusir mereka daripada tempat tersebut. Pihak berkuasa Israel telah melalukan pelbagai cara untuk memberi tekanan terhadap penduduk Kota Lama supaya mereka keluar daripada bandar tersebut. Beliau juga menambah bahawa penduduk telah diarahkan supaya tidak membeli barangan daripada ke-dainya sejak beberapa bulan yang lalu, tegas pemiliknya. Sumber: Yayasan Al-Quds Malaysia

Page 3: Al quds newsletter issue no 92

2

Zionis cuba halang resolusi UNESCO berkaitan Masjid al-Aqsa

AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Kementerian Luar Zionis dengan kerjasama pejabat kedutaannya se-dang menjalankan kempen untuk menggagalkan satu deraf resolusi Palestin-Jordan di UNESCO yang menafikan kaitan Yahudi dengan Masjid al-Aqsa.Deraf resolusi tersebut akan diben-tangkan bagi undian jawatankuasa UNESCO, yang melibatkan 21 buah negara.Ia mendesak supaya Masjid al-Aqsa diserahkan semula kepada statusnya sepertima-na sebelum penjajahan Zionis ke atas al-Quds pada tahun 1967. Rejim Zionis didak-wa mencabul undang-undang antarabangsa, Konvensyen Geneva dan perjanjian The Haque dengan menyalah guna kuasanya sebagai pihak penjajah.Zionis turut memusnahkan tempat-tempat bersejarah dan menghalang usaha membaik pulih yang dilakukan oleh kerajaan Jordan. Sumber: HALUAN Palestin

Tahanan termuda dunia akan didakwa di Mahkamah Agung Zionis

AL-QUDS, 10 Julai 2016 (PIC) — Dua tanahan paling muda di dunia, Shadi Farrah dan Ahmad al-Zaatari, akan di dakwa di Mahkamah Agung Zi-onis di al-Quds hari ini.Kedua-dua kanak-kanak yang berumur 12 tahun itu ditahan pada 30 Jauari lalu ketika dalam per-jalan pulang dari sekolah di kejiranan Kafr Aqeb di al-Quds, setelah didakwa membawa pisau.Kanak-kanak tersebut ditahan dalam penjara, sungguhpun undang-undang Zionis sendiri tidak membenarkan kanak-kanak bawah umur ditang-kap. Mereka dikurung bersama para penjenayah dan pesalah lain, yang boleh membahayakan mereka. Sumber: HALUAN Palestin

Page 4: Al quds newsletter issue no 92

3

900 penduduk Gaza masih memerlukan rawatan akibat serangan dua tahun lalu

GAZA, 7 Julai 2016 (Maan) — Pada hari ulangtahun kedua serangan brutal ten-tera Zionis ke atas penduduk Gaza, seramai lebih 900 orang masih lagi memerlu-kan rawatan akibat kecederaan yang mereka tanggung dalam serangan selama 51 hari tersebut.Di Hospital as-Shifa sahaja, seramai 3,839 pesakit berdaftar masih menunggu gil-iran untuk menjalani pembedahan, di mana lebih separuh daripadanya melibat-kan pembedahan utama. Temujanji untuk menjalani pembedahan telah dijadual-kan sehingga ke tahun 2018.Menurut UNRWA, senarai menunggu yang begitu panjang membuatkan sebaha-gian pesakit kecewa dan terpaksa menanggung sakit serta berhadapan dengan risiko penyakit lain akibat penangguhan rawatan.

Sumber: HALUAN Palestin

Page 5: Al quds newsletter issue no 92

4

150,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa, ribuan yang lain dihalang masuk

al-Quds

AL-QUDS, 6 Julai 2016 (PIC) — Ribuan penduduk Islam mendirikan solat su-nat Aidilfitri di Masjid al-Aqsa, manakala ribuan yang lain dihalang memasuki wilayah al-Quds untuk menuju ke masjid suci itu.

Jabatan Wakaf menganggarkan seramai 150,000 jemaah telah berjaya melepasi halangan pasukan keselamatan Zionis dan memasuki al-Aqsa, di mana mereka tiba sejak waktu Subuh.

Polis Zionis mengisytiharkan mereka akan mengambil langkah mengetat kawalan di seluruh al-Quds sepanjang musim perayaan Adilfitri, serta menutup laluan ma-suk utama bagi menghalang penduduk Islam berkunjung ke al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Sumber: HALUAN Palestin

Page 6: Al quds newsletter issue no 92

Israeli bill to impose more restrictions on Palestinian prisoners

7 Julai 2016 (PIC) An Israeli bill is scheduled to be submitted to the Knesset for its first reading to im-pose more restrictions on Palestin-ian prisoners especially those affil-iated to Hamas Movement. Under the proposed bill, Palestinian pris-oners would be barred from fami-ly visits, watching TV, purchasing anything at the canteen, and pursu-ing a higher education from prison. The proposal was submitted by Yisrael Beytenu MK Oded Forer. Forer has discussed the bill with the Israeli Security Minister Gilad Erdan to drum up his support. Israeli media sources noted that the proposal had the support of Israeli Army Minister Avigdor Liberman. There are currently nearly 7000 Palestinian prisoners in Israeli jails, hundreds of them are held without charge or trial amid very difficult detention conditions.

Sumber: HALUAN Palestin

Penduduk Gaza sambut Aidilfitri dalam keadaan dikepung sejak 10 tahun lalu

GAZA, 6 Julai 2016 (MEMO) — Pasar di kota Gaza malam tadi menyaksikan sebahagian penduduk wilayah yang dikepung oleh rejim Zionis dan sekutunya itu cuba membuat persiapan terbaik yang mampu menyambut ketibaan Aidilfitri.Hari ini di awal pagi, mereka berkumpul mendiri-kan solat sunat Aidilfitri sungguhpun terpaksa men-yambut hari kebesaran itu dengan serba sederhana.Dalam khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh pemimpin Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh, beliau menegaskan bahawa Gaza tidak lagi takut terhadap ancaman rejim Zionis ke atas mereka, kerana pen-duduk Gaza mempunyai barisan [pejuang] yang akan mempertahankan Gaza dan pendudukn-ya.Beliau juga menyeru barisan pimpinan di Palestin menghentikan perpecahan, dan bersatu

menghadapi keganasan Zionis. Sumber: HALUAN Palestin

5

Page 7: Al quds newsletter issue no 92

Zionis akan bina 290 unit penempatan baharu di al-Quds

AL-QUDS, 6 Julai 2016 (PIP) Rejim Zionis telah memulakan kerja mer-ata tanah di kejiranan al-Sheikh Jarrah bagi membina jalan dan kawasan ban-gunan perumahan untuk menempatkan pendatang Yahudi.Projek ini merupakan sebahagian daripa-da siri penempatan di atas tanah Palestin seluas 334.5 hektar yang dirampas pada tahun 1968.Sehingga kini, terdapat sebanyak 29 penempatan Yahudi yang dibina secara haram di atas tanah Palestin seluas 11,200 hektar yang dihuni oleh 269,996 pendatang, iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan pendatang Yahudi di dalam Wilayah Palestin 1948.

Sumber: HALUAN Palestin

Sheikh Raed Salah dikurung berseorangan

GURUN NAQAB, 4 Julai 2016 (MEMO) —Ahli Parlimen Dr Yousef Jabarin yang melawat Sheikh Raed Salah di penjara Ramon di Gurun Naqab mengesahkan bahawa tokoh Palestin itu dikurung da-lam penjara berseorangan dan terpisah dari semua tahanan lain.

Dr Yousef mendakwa bahawa Sheikh Raed ditahan di penjara Ramon sebagai satu bentuk hukuman ke atas semua ahli keluarga beliau, kerana mereka perlu melalui perjalanan yang sukar dan jauh untuk melawat.

Sumber: HALUAN Palestin

6

Page 8: Al quds newsletter issue no 92

Laporan

7

7 syahid dan 963 ditahan di Jerusalem sejak Januari lalu

JERUSALEM – Pusat Informasi Wadi Helweh merekodkan kematian tujuh orang syuhada dari Jerusalem termasuk seorang kanak-kanak perempuan, seorang remaja dan juga seorang wanita. Mereka telah dibunuh melalui tembakan oleh tentera Israel. Sementara itu, 963 orang ditahan termasuk 47 orang wanita, 58 warga emas dan 366 rakyat bawah umur pada pertengahan tahun pertama 2016. Dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Ahad, pusat informasi tersebut mendedahkan bahawa para syuhada dibunuh atas dakwaan mereka melakukan percubaan menikam dan membunuh. Mereka tidak diberi peluang untuk membe-la diri. Pusat Informasi merujuk kepada tindakan Israel yang menyimpan mayat 6 syu-hada serta serangan 6272 penceroboh terhadap Masjid Al-Aqsa dan pengusiran Jemaah Masjid dari tempat suci tersebut dalam tempoh sebulan hingga ke 6 bu-lan sejak Januari lalu. Penceroboh Zionis yang fanatik juga menyebarkan slogan anti-kristian di dinding gereja Jerman yang digelar Dormition Sanctae Mariae dan Institut Paderi Ortodoks Patriarchate di Gunung Zion, Kota Lama Jerusalem. Mereka juga menyerang tiga rakyat Jerusalem di kawasan barat Bandar tersebut.

Sumber: Yayasan Al-Quds Malaysia

Page 9: Al quds newsletter issue no 92

On Gaza war anniversary, Amnesty slams impunity for war

crimes

Gaza, 08 Julai 2016 (MEMO) Two years on from the start of Israel’s unprecedented assault on the Gaza Strip, Amnesty International has slammed the lack of accountability for crimes committed during the offensive.In a new briefing published on the second anniversary of ‘Op-eration Protective Edge’, the global human rights group says the impunity enjoyed by those responsible for violations is “in-defensible.”The briefing includes interviews with relatives of those killed, describes the flaws in the Israeli military’s investigations to date, and also notes attacks that clear-

ly targeted civilians.The latter include the killing of four Palestinian boys on a Gaza City beach on July 16, as well as what Amnesty describes as “an unrelenting onslaught against civilians” in Rafah on August 1.According to the briefing, Is-raeli attacks killed 1,462 Pales-tinian civilians, including 551 children, while Palestinian pro-jectile fire killed six civilians in Israel.In addition, “schools, medical facilities, water and sanitation networks, farms and business-es across the Strip were severe-ly damaged or destroyed”, and “more than 18,000 homes in

Gaza were destroyed or dam-aged beyond repair.”Amnesty describes Israel’s mil-itary investigations process as lacking transparency, effective-ness and independence, noting that the only criminal charges thus far have been brought against three soldiers for looting and obstructing an investiga-tion.Amnesty also criticises the lack of investigations into interna-tional law violations by Hamas and other armed factions, citing both projectile fire into Israel, as well as the killings of alleged collaborators.

8

Page 10: Al quds newsletter issue no 92