al-hidayah - mpob.gov.my · pdf filemendapat doa/selawat daripada para malaikat. 5. ... subuh...

4
Al-hidayah FEBRUARI 2011 R PENERBITAN BIL. (05) asulullah SAW meninggalkan untuk kita, kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang jelas. Dengannya kita mampu memandu diri dan manusia untuk mengendalikan kehidupan menurut gaya dan matlamat yang diredhai Allah. Oleh itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita: BeradaB dengan rasulullah saW Firman allah sWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Hujuraat:1). Firman allah sWT bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah An-Nur:63). MenTaaTi rasulullah saW Firman allah sWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul (Rasulullah SAW) dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad:33). Firman allah sWT bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah Al-Hasyr:7). Firman allah sWT bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah Al-Imran:32). BerselaWaT ke aTas rasulullah saW Firman allah sWT bermaksud: Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al-Ahzab:56). sabda rasulullah saW bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat Al-Baihaqi). sabda rasulullah saW bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali. (Riwayat Muslim). CinTa rasul Mengasihi rasulullah saW Firman allah sWT bermaksud: Katakanlah (wahai Muham- mad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah Al-Imran:31). sabda rasulullah saW bermaksud: Demi jiwaku yang berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah SAW) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). sabda rasulullah saW bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). MengikuTi sunnah rasulullah saW Firman allah sWT bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah Al- Ahzab:21). sabda rasulullah saW bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikit pun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikit pun berkurangan. (Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Majah). Sumber: http//www.iluvislam.com (Penulis: Muhammad Rashidi b Hj Wahab) dan www.zaharuddin.net (Ust Zaharuddin Abd Rahman)

Upload: hoangtuong

Post on 25-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF fileMendapat doa/selawat daripada para malaikat. 5. ... Subuh Isnin, 12 Rabiulawal tahun 53 ... dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan

Al-hidayahFEBRUARI 2011

RPENERBITAN BIL. (05)

asulullah    SAW meninggalkan  untuk  kita, kalam  Allah  yang  berupa  mukjizat  serta sunnah yang jelas. Dengannya kita mampu 

memandu diri dan manusia untuk mengendalikan kehidupan menurut gaya dan matlamat yang diredhai Allah. Oleh  itu, sebagai tanda kita mengimani dan mencintai Rasulullah SAW, beberapa perkara di bawah ini boleh dijadikan pegangan kita:

BeradaB dengan rasulullah saW

Firman allah sWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Hujuraat:1).

Firman allah sWT bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah SAW) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah An-Nur:63).

MenTaaTi rasulullah saW

Firman allah sWT bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul (Rasulullah SAW) dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad:33).

Firman allah sWT bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah Al-Hasyr:7).

Firman allah sWT bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah Al-Imran:32).

BerselaWaT ke aTas rasulullah saW

Firman allah sWT bermaksud: Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah Al-Ahzab:56).

sabda rasulullah saW bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat Al-Baihaqi).

sabda rasulullah saW bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali. (Riwayat Muslim).

CinTa rasul

Mengasihi rasulullah saW

Firman allah sWT bermaksud: Katakanlah (wahai Muham-mad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah Al-Imran:31).

sabda rasulullah saW bermaksud: Demi jiwaku yang berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah SAW) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

sabda rasulullah saW bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

MengikuTi sunnah rasulullah saW

Firman allah sWT bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah Al-Ahzab:21).

sabda rasulullah saW bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikit pun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikit pun berkurangan. (Riwayat Al-Tarmizi dan Ibnu Majah).

Sumber: http//www.iluvislam.com (Penulis: Muhammad Rashidi b Hj Wahab) dan www.zaharuddin.net (Ust Zaharuddin Abd Rahman)

Page 2: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF fileMendapat doa/selawat daripada para malaikat. 5. ... Subuh Isnin, 12 Rabiulawal tahun 53 ... dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan

Fadhilat selawat ke atas nabi saW 1.   Allah akan berselawat 10 kali ke atas mereka yang berselawat ke atas Nabi SAW satu kali.

2.  Dicatat baginya 10 kebaikan, dihapuskan 10 keburukan (dosa) dan diangkat 10 darjat (kemuliaan).

3.  Dapat bersama Nabi SAW di hari kiamat.

4.   Mendapat doa/selawat daripada para malaikat.

5.   Beroleh syafaat bagi sesiapa yang berselawat dan memohonkan wasilah untuk Nabi SAW pada waktu selepas azan.

6.   Mendapat keampunan dosa serta dicukupkan keperluan dunia dan akhiratnya.

7.   Doa yang dimulai dengan berselawat ke atas Nabi SAW akan dimakbulkan.

8.   Berselawat ke atas Nabi SAW pada hari Jumaat, selawatnya akan diperlihatkan kepada Baginda SAW. 

9.  Supaya tidak menjadi orang yang hina.

10. Nabi SAW bersyukur kepada Allah dengan bersujud atas sebab umatnya yang berselawat untuknya.

11.  Setiap majlis yang di dalamnya disebutkan dengan selawat akan mengelakkan daripada penyesalan di hari kiamat.

12.  Bebas dari sifat kikir (kedekut) disebabkan tidak berselawat.

13.  Tidak berselawat ke atas Nabi SAW di ketika nama beliau disebut akan mengakibatkan tersalah jalan menuju syurga.

Untuk artikel penuh, keterangan dan sumber hadis, sila rujuk http://fiqh-sunnah.blogspot.com)

Biodata rasulullah saW nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim Tarikh lahir:  Subuh  Isnin,  12  Rabiulawal  tahun  53 sebelum  hijriah/20  April  571M  (dikenali  sebagai  tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah) Tempat lahir:  di  rumah  Abu  Talib,  Makkah  Al-Mukarramah

nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf Pengasuh pertama: Barakah  Al-Habsyiyyah  (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) ibu susu pertama:  Thuwaibah  (hamba  perempuan Abu Lahab) ibu susu kedua:  Halimah  binti  Abu  Zuaib  As-Saadiah (lebih  dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya  bernama Abu Kabsyah) usia 5 tahun Peristiwa  pembelahan  dada  Rasulullah  SAW  yang dilakukan  oleh  dua  malaikat  untuk  mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. 

usia 6 tahun Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia  di  Al-Abwa‘  (sebuah  kampung  yang  terletak  di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. usia 8 tahun  Datuknya Abdul Muttalib meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. usia 9 tahun (sesetengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun) Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di  kota  Busra,  negeri  Syam,  seorang  pendeta  Nasrani bernama  Bahira  (Buhaira)  telah  bertemu  ketua-ketua rombongan  untuk  menceritakan  tentang  pengutusan seorang  nabi  di  kalangan  bangsa Arab  yang  akan  lahir pada masa itu. usia 20 tahun  Terlibat  dalam peperangan  Fijar.  Ibnu Hisyam di  dalam kitab  ‘Sirah‘,  (jilid1,  halaman  184-187) menyatakan pada ketika  itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15  tahun. Baginda  menyertai  peperangan  itu  beberapa  hari  dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan  perjanjian  Al-Fudhul;  perjanjian  damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. 

Mengenal kekasih Teragung

Page 3: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF fileMendapat doa/selawat daripada para malaikat. 5. ... Subuh Isnin, 12 Rabiulawal tahun 53 ... dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan

usia 25 tahun  Bermusafir  kali  kedua  ke  Syam  atas  urusan  perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan  ke  Syam  ditemani  oleh  Maisarah;  lelaki suruhan Khadijah.

Baginda  SAW  bersama-sama  Abu  Talib  dan  beberapa orang bapa  saudaranya yang  lain pergi  berjumpa Amru bin  Asad  (bapa  saudara  Khadijah)  untuk  meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas  kahwin  baginda  kepada Khadijah  adalah  sebanyak 500 dirham. usia 35 tahun  Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan  semula  Kaabah  dilakukan  oleh  pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah  SAW  diberi  kemuliaan  untuk  meletakkan ‘Hajarul-Aswad‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. usia 40 tahun  Menerima  wahyu  di  Gua  Hira‘  sebagai  perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. 

usia 53 tahun  Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayidina Abu Bakar Al-Siddiq ra. Sampai  ke  Madinah  pada  tanggal  12  Rabiulawal/  24 September 622M. usia 63 tahun  Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M. anak-anak rasulullah saW

1.   Qasim ra2.   Abdullah ra3.   Ibrahim ra4.   Zainab rh5.   Ruqaiyah rh6.   Ummi Kalthum rh7.   Fatimah Al-Zahra rh

Cucu-Cucu rasulullah saW

1.  Ali ra2.  Abdullah ra3.  Hassan ra4.  Hussin ra5.  Yahya ra6.  Muhammad ra7.  Umamah rh8.  Ummu Kalthum rh9.  Fatimah rh

info Mengenai isteri-isteri rasulullah saW

nama isteri umur rasullulah

umur isteri status isteri Tempoh Tahun Bangsa

1. Khadijah binti Khuwailid rh

2. Saudah bt Zam’ah rh 

3. Aisyah bt Abu Bakar rh 

4. Hafsah bt Umar Al-Khattab rh

5. Zainab bt Khuzaimah rh 

6. Ummu Salamah Hindun  rh

7. Zainab bt Jahsy rh

8. Juwairiyah bt Al-Harith rh 9. Sufiyyah bt Huyai rh

10. Ummu Habibah Ramlah rh

11. Maimunah bt Al-Harith rh

12. Mariah bt Syam’un rh

25

50

51

55

55

56

57

57

59

59

59

59

40

65

7

21

29

34

35

21

17

31

25

-

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Anak dara

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Ibu tunggal

Hamba

25

14

13

8

3 bulan

7

6

6

4

4

4

4

28 S.H

3 S.H

2 S.H

3H

4H

5H

5H

7H

7H

7H

7H

7H

Arab

Arab

Arab

Arab

Arab

Arab

Arab

Israel

Israel

Arab

Arab

Qibtiy

Sumber: Pasport Rasulullah SAW – Terbitan Al Ameen Printers, Singapura ([email protected])

Sumber:http://www.suri.my/kisah-dan-tauladan/kisah-para-nabi/176-biodata-nabi-muhammad-saw

Page 4: Al-hidayah - mpob.gov.my · PDF fileMendapat doa/selawat daripada para malaikat. 5. ... Subuh Isnin, 12 Rabiulawal tahun 53 ... dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan

Risalah ini diterbit dan diedarkan olehBiro Dakwah dan Penerbitan, PKKIM Sesi 2010/2012

PKKIM

Ketika  Rasulullah  SAW  mengerjakan  ibadah  haji  yang terakhir iaitu pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijriah di Lembah Uranah,  Bukit  Arafah.  Baginda  SAW  menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin. Di antara isi daripada khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. 

Wahai manusia, seperti mana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. 

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. 

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 

kronologi Perkembangan islam

571M-  Nabi Muhammad SAW dilahirkan. 610M-  Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira’. 615M-  Orang Muslim didera oleh puak Quraisy. Hijrah pertama ke Habsyah. 616M-  Saiyidina  Hamzah  ra  dan  Saiyidina  Umar  ra  memeluk  Islam.  Hijrah 

kedua ke Habsyah. 619M-  Khadijah  rh  (isteri nabi) dan Abu Talib  (bapa saudara nabi) meninggal 

dunia; Nabi Muhammad SAW melawat Taif; peristiwa Israk dan Mikraj berlaku. 

621M-  Baiat/Perjanjian Aqabah 1 622M-  Baiat/Perjanjian Aqabah 2; Hijrah ke Madinah; Daulah Islamiyah dibina. 624M-  Perang Badar. 625M-  Perang Uhud. 627M-  Perang Ahzab. 628M-  Perjanjian Hudaibiyah. 629M-  Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine; Baginda 

menghantar tentera Islam dalam Perang Mu’tah. 630M-  Pembukaan Makkah; Perang Hunain. 631M-  Perang Tabuk. 632M-  Kewafatan  Nabi  Muhammad  SAW  (tahun  10  hijriah);  Perlantikan 

Saiyidina Abu Bakar ra sebagai khalifah. 

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. 

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.” 

Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)