aku anak merdeka

6
TAJUK : MERDEKA JUA… Aku memang selalu mendengar ibunya berkata, tapi sayang aku tidak pernah percaya apa yang telah diceritakan kepadaku selama ini. Telah banyak yang berbicara tentang Pak Walli, malah boleh dikatakan semua orang-orang tua di kampung tahu akan cerita Pak Walli. Walau apapun yang diceritakan oleh orang ramai, aku tetap dengan pendirianku yang keras hati. Aku memang tidak sukakan Pak Walli. Malah perasaan jijik juga terselit dihatinya apabila melihat keadaan Pak Walli yang pincang kakinya dan mengerutu pula wajahnya itu. Petang itu, pulang dari sekolah, aku terus ke pulang rumah. Kulihat ibunya sedang asyik berbual dengan Pak Walli. Kelihatannya mereka amat mesra sekali. Entah apa yang mereka bualkan, aku kurang juga pasti. "Tiap hari nak hantar makanan. Eee… Ibu ni dah kena pukau dek pak Walli tu agaknya. Memang Pak Walli suka buat hal, tak sedar diri, muka dah kereput, masih mahu mengatal," Aku berbisik dengan geram sekali. Rasa-rasanya ingin saja aku menumbuk kepala orang tua nyanyuk itu. "Ibu…! Tak ingat nak pulang ke? Sya dah lapar ni, jangan anak kelaparan, kera tua pula diberi makan," tajam sungguh kata- kata yang aku laungkan kepada ibu. Setiap kali kawan-kawanku bercerita tentang kehebatan Pak Walli sewaktu zaman penjajah Jepun dulu, pasti aku tergelak mendengarnya. "Apa yang kamu percaya dengan cerita karut tu, lihatlah sendiri, Pak Walli yang bongkok lagi pincang kakinya itu kamu katakan gagah? Tidak dapat kubayangkan, bagaimana agaknya dia berlawan dengan tentera Jepun dengan keadaannya yang begitu,"

Upload: necore

Post on 02-Feb-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Cerpen

TRANSCRIPT

Page 1: Aku Anak Merdeka

TAJUK : MERDEKA JUA…

Aku memang selalu mendengar ibunya berkata, tapi sayang aku tidak pernah percaya apa yang telah diceritakan kepadaku selama ini. Telah banyak yang berbicara tentang Pak Walli, malah boleh dikatakan semua orang-orang tua di kampung tahu akan cerita Pak Walli.

Walau apapun yang diceritakan oleh orang ramai, aku tetap dengan pendirianku yang keras hati. Aku memang tidak sukakan Pak Walli. Malah perasaan jijik juga terselit dihatinya apabila melihat keadaan Pak Walli yang pincang kakinya dan mengerutu pula wajahnya itu.

Petang itu, pulang dari sekolah, aku terus ke pulang rumah. Kulihat ibunya sedang asyik berbual dengan Pak Walli. Kelihatannya mereka amat mesra sekali. Entah apa yang mereka bualkan, aku kurang juga pasti.

"Tiap hari nak hantar makanan. Eee… Ibu ni dah kena pukau dek pak Walli tu agaknya. Memang Pak Walli suka buat hal, tak sedar diri, muka dah kereput, masih mahu mengatal," Aku berbisik dengan geram sekali. Rasa-rasanya ingin saja aku menumbuk kepala orang tua nyanyuk itu.

"Ibu…! Tak ingat nak pulang ke? Sya dah lapar ni, jangan anak kelaparan, kera tua pula diberi makan," tajam sungguh kata-kata yang aku laungkan kepada ibu.

Setiap kali kawan-kawanku bercerita tentang kehebatan Pak Walli sewaktu zaman penjajah Jepun dulu, pasti aku tergelak mendengarnya.

"Apa yang kamu percaya dengan cerita karut tu, lihatlah sendiri, Pak Walli yang bongkok lagi pincang kakinya itu kamu katakan gagah? Tidak dapat kubayangkan, bagaimana agaknya dia berlawan dengan tentera Jepun dengan keadaannya yang begitu," kata-kataku terhenti disitu, namun ku akhiri dengan ketawa yang pecah. Aku menoleh ke arah Ikram.

"Engkau sajalah jadi macam Pak Walli, Ikram," Aku menuding ke arah Ikram. Ikram menepis tanganku, mukanya kelihatan kemerah-merahan menahan marahnya. Ikram benar-benar sakit hati melihat perangaiku yang agak biadab. Ikram mengambil keputusan pergi dari situ. Diikuti pula oleh Arvyie yang kebetulan pembonceng setia motosikal Ikram.

"Hei…! Kenapa ni, tak kan itu pun nak marah?" Aku melambai kedua sahabat karibnya itu, namun mereka langsung tidak menghiraukanku.

"Ini dah lebih ni. Kalau Ikram dan Arvyie pun dah pandai belot. Nak kena betul orang tua ni. Entah apa pula ilmu yang dia pakai,” Aku bergegas menunggang motosikalku dan terus menuju ke rumah Pak Walli.

Sesampai di halaman, kulihat Ikram dan Arvyie sedang berbual-bual dengan Pak Walli di

Page 2: Aku Anak Merdeka

beranda rumah papan yang bertiang itu. Kemarahanku semakin membara apabila melihat kedua-dua sahabatku berada di situ.

"Ooh…! Kau orang tinggalkan aku, ke sini pula kau orang mengadu ya?" marahku.

"Hei si pincang bongkok! Turun kau, aku datang nak buat perhitungan hari ini.Kau benar-benar telah mencabar kesabaran aku," herdikku. Ikram dan Arvyie ketakutan dibuatnya, lebih-lebih lagi aku memang terkenal dengan sebagai seorang kaki pukul. Ibuku meninjau-ninjau dari jendela rumah. Dia bimbang kalau-kalau anaknya ini buat hal kali ini.

Pada masa yang sama, Pak Walli yang menjadi sasaranku kelihatannya tenang saja mempersilakan aku naik ke rumahnya..

"Naik ke rumah? Rumah macam ni, rumah yang dah nak mampus macam tuannya. Hei! Sedarlah sikit, aku tidak akan mencecahkan kakiku di rumah orang yang telah membunuh ayahku sendiri. Tui…!" Aku berludah kekiri.

"Sabarlah nak, Sya jadilah anak merdeka yang bersopan, jangan biarkan diri dijajah oleh hawa nafsu, bawa banyak-banyak mengucap," wajah kedut tua Pak Walli masih lagi tenang ketika itu.

"Jangan cuba nak menasihati aku Pak Walli. Aku pelajar terbaik di sekolah, aku tahu apa yang aku buat. Janganlah cuba berlindung disebalik nasihat-nasihatmu Pak Walli, aku tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pak Walli yang bertanggungjawap atas kematian ayah," Pak Walli mengelengkan kepalanya.

"Kau salah faham nak," kata Pak Walli perlahan, sesuai dengan keadannya yang telah tua itu.

"Mata ini sendiri yang menjadi saksi Pak Walli. Tangan Pak Walli tulah yang mencabut parang yang menikam perut ayah," aku berkata sambil menentang wajah Pak Walli.

"Tapi bukan pak cik yang menikamnya…" kata-kata Pak Walli terputus.

"Janganlah Pak Walli cuba nak menipu aku, ibu mungkin Pak Walli boleh tipu, tapi bukan aku Pak Wahab. Aku tahu, Pak Walli sebenarnya dengki. Pak Walli mahu memikat ibu. Dengan kematian ayah, senanglah Pak Walli mengoda ibu, ka?"Tiba-tiba satu tamparan hinggap di pipiku, perit. Entah bila ibuku datang, Aku sendiri tidak menyedarinya.

Ibu tidak pernah mengajar kau berkara begitu, Sya. Kau tak tahu, banyak jasanya kepada keluarga kita," terang ibuku.

"Ibu jangan ikut campur, ini urusan Sya dan lelaki tua ini. Sya tak sangka ibu sanggup

Page 3: Aku Anak Merdeka

menyebelahi leleki pembunuh ini.” Air jernih tiba-tiba bergenang di pipi ibuku secara tiba-tiba.

Satu demi satu anak tangga dituruni oleh pak Walli. Manakala Ikram dan Arvyie sejak tadi sudah menghilang.

"Sudahlah Sya, jangan jadi anak derhaka di zaman merdeka ini, jadilah anak bangsa yang berguna," Pak Wahab menepuk bahuku, pantas kutepis tangan tua itu.

Kemarahanku semakin membuak. Kucapai salah satu batang kayu yang tersusun kemas di sudut halaman itu. Hayunan pertamaku kepada Pak Walli tidak mengena, tanpa disangka disebalik ketuaannya, ketangkasan Pak Walli masih terserlah ketika itu. Aku bukanlah orang yang mudah putus asa. Percubaan kedua mesti dilancarkan.

‘Baap!’ Kali ini mengena, tapi sayang , ianya telah mengenai batang tubuh ibuku yang tiba-tiba saja menerpa ke arahku. Ibuku tersungkur.

"Ibu…!" Aku berkata separuh berteriak, Pak Walli terperanjat. Tanpa berlengah Pak Walli terus menghampiri ibuku. Kemarahanku ketika itu semakin memuncak.

"Jangan sentuh ibuku," kata-kataku tidak dipedulikan oleh pak Walli. Dengan bersusah payah pak Walli cuba membantu ibuku. Bertambah esak tangis perempuan itu melihat perangai anaknya ini yang banyak berubah semenjak ayahnya meninggal tiga bulan yang lalu.

Melihat saja Pak Walli yang tidak mempedulikan amaranku itu, aku segera mengambil kesempatan memukul Pak Walli bertalu-talu. Darah mengalir. Pak Wallirebah. Ibuku menangis sebaik saja melihat darah yang tidak berhenti mengalir itu, Aku menjadi lemah. Ketakutanku tiba-tiba menyelubungi diriku.

"Apa yang telah kulakukan??" Aku berbisik. Perlahan-lahan aku menghampiri Pak Walli. Keegoanku terus menghilang. Simpati pula yang menyusul.

"Pak Walli… Pak Walli!" Aku mengoyang-goyangkan badan Pak Walli. Pak Walli yang tertutup matanya tadi perlahan-lahan membuka matanya. Pak Walli merenungku. Tiada riak benci terpamer di wajah tua itu.

"Nak! Pak Wal tidak membunuh ayahmu, dia tertikam sendiri dengan parangnya sewaktu jatuh dari pokok kelapa, Pak Wal hanya mencabut parang itu saja, itu pun atas permintaan ayahmu, nak. Sya, andainya Pak Wal mati, jagalah ibumu baik-baik nak, itu pesan ayahmu. Pak Wal mahu kau jadi anak merdeka yang berguna nak. Jangan sia-siakan masa mudamu. " Air mata yang kutahan akhirnya tertumpah juga.

"Kau degil nak, kau degil. Dialah yang menyelamatkan ibu dan ayah sewaktu ibu hampir diperkosa tentera Jepun nak, dia jugalah yang menyelamatkan ayahmu dari ditawan tentera

Page 4: Aku Anak Merdeka

Jepun. Inikah balasanmu terhadap orang yang berjasa kepada keluarga kita?" Aku memeluk Pak Walli yang semakin lemah itu. Pilu rasa hatiku mendengar kata-kata ibuku itu.

"Sya tak tahu ibu, Sya tak tahu! Oh, Pak Walli, maafkan Sya," Aku benar-benar menangis ketika itu.

"Kau yang tidak mahu tahu Sya. Tahukah kau, kecacatannya yang kau jijikan selama ini berpunca dari ibu dan ayah yang ingin diselamatkannya dari terkena letupan bom musuh. Tapi sayang dia pula yang menanggung derita," kata ibuku dalam sendu. Tiba-tiba mata Pak Walli tertutup.

“Pak Walli!!”

*****************************************************************************

Kenangan itu tidak pernah hilang dari ingatanku. Peristiwa itu benar-benar menjadi penjagaran kepadaku.

Pagi itu, 31 hari bulan ogos 2013, orang ramai sudah sedia berkumpul di Dataran Merdeka. Berbagai-bagai pakaian yang dipakai oleh kontinjen-kontinjen yang terlibat dalam perbarisan.

Apa yang amat membanggakanku, aku telah diberi kepercayaan untuk membantu mendorong kereta roda yang digunakan oleh Pak Walli sewaktu terpilih menerima anugerah rakyat berjasa. Anugerah itu telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri pada pagi yang ceria itu.

"Aku pasti akan jadi anak merdeka yang berjasa." Itu janjiku..

Beathres Petrus

6 Atas 5