aktiviti pergerakan

3
AKTIVITI PERGERAKAN Melakukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan dengan melibatkan konsep pergerakan kesedaran tubuh badan, ruang, beban dan perhubungan. LANGKAH-LANGKAH PENERANGAN Langkah 1 Guru pelatih membahagikan kumpulan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan 1 dan kumpulan 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Antara alatan yang digunakan ialah kon besar, kon kecil, gelung, bola tampar, bola baling, bola ragbi, bola tenis, bola ping pong, belon, bakul, baton dan sudu. Langkah 2 Murid-murid diberi taklimat syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan pergerakan di setiap stesen yang ditetapkan. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi : 1. Kumpulan boleh memulakan aktiviti pergerakan di mana-mana stesen yang terpilih. 2. Kumpulan yang dapat melaksanakan aktiviti pergerakan di kesemua stesen dengan baik dianggap sebagai pemenang. 3. Jika terdapat ahli kumpulan yang tidak melaksanakan aktiviti pergerakan dengan betul dan tepat di setiap stesen, kumpulan tersebut dianggap kalah. Langkah 3 Murid-murid dilepaskan dengan tiupan wisel. Stesen 1 Pergerakan : Lokomotor Alatan : Bola Pingpong dan sudu Pelaksanaan : Bergerak secara lurus dalam kumpulan, sebelah tangan memegang pinggang rakan di hadapan sebelah tangan lagi mengimbang bola pingpong atas sudu secara tangan didepa ke sisi secara berselang seli diantara orang hadapan dan belakang. Bergerak sejauh 10 meter.

Upload: rerama-sepi

Post on 25-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

word

TRANSCRIPT

AKTIVITI PERGERAKANMelakukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan dengan melibatkan konsep pergerakan kesedaran tubuh badan, ruang, beban dan perhubungan.LANGKAH-LANGKAH PENERANGAN

Langkah 1Guru pelatih membahagikan kumpulan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan 1 dan kumpulan 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Antara alatan yang digunakan ialah kon besar, kon kecil, gelung, bola tampar, bola baling, bola ragbi, bola tenis, bola ping pong, belon, bakul, baton dan sudu.

Langkah 2Murid-murid diberi taklimat syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa melaksanakan pergerakan di setiap stesen yang ditetapkan.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi :1. Kumpulan boleh memulakan aktiviti pergerakan di mana-mana stesen yang terpilih.2. Kumpulan yang dapat melaksanakan aktiviti pergerakan di kesemua stesen dengan baik dianggap sebagai pemenang.3. Jika terdapat ahli kumpulan yang tidak melaksanakan aktiviti pergerakan dengan betul dan tepat di setiap stesen, kumpulan tersebut dianggap kalah.

Langkah 3Murid-murid dilepaskan dengan tiupan wisel.

Stesen 1Pergerakan : LokomotorAlatan: Bola Pingpong dan sudu

Pelaksanaan :Bergerak secara lurus dalam kumpulan, sebelah tangan memegang pinggang rakan di hadapan sebelah tangan lagi mengimbang bola pingpong atas sudu secara tangan didepa ke sisi secara berselang seli diantara orang hadapan dan belakang. Bergerak sejauh 10 meter.

Stesen 2Pergerakan : Bukan LokomotorAlatan: Gelung (Hula Hoop) dan bola tampar

Pelaksanaan :Imbangan gelung menggunakan 4 orang ahli. Orang tengah beroperasi sebagai penyokongkepada ahli kiri dan kanan. Orang tepi memusing gelung manakala orang tengah melantun bola tampar sebanyak 10 kali.

Stesen 3Pergerakan : LokomotorAlatan: Bola baling

Pelaksanaan :Dengan kedudukan melentang dengan tangan dan kaki menyokong badan bergerak secara sisi dengan bola baling di atas badan, bergerak sejauh 3 meter secara bergilir-gilir dalam kumpulan.

Stesen 4Pergerakan : Bukan LokomotorAlatan: Belon berisi air dan bakul

Pelaksanaan :Lambung belon kepada pasangan dalam jarak 3 meter, tepuk tangan sebanyak dua kali sebelum menyambut belon. Ulang perlakuan sebanyak 5 kali.

Stesen 5Pergerakan : LokomotorAlatan: Kon Besar, Kayu dan pundi kacang

Pelaksanaan :Merangkak melalui halangan sambil tangan kanan menimbang pundi kacang.

Stesen 6Pergerakan : Bukan LokomotorAlatan: Bola Ragbi

Pelaksanaan :Duduk membelakangkan rakan dan menggolekkan bola mengelilingi badan sebanyak 10 pusingan.

Stesen 7Pergerakan : LokomotorAlatan: Bola Tenis dan Bakul

Pelaksanaan :Bongkokkan badan sebelah tangan letak di belakang badan manakala sebelah tangan dengan jari telunjuk di atas lantai pusing badan ikut pusingan jam sebanyak 10 pusingan, kemudian ambil bola tenis dan masukan ke dalam bakul yang diletakkan 5 meter dihadapan. Secara berkumpulan bergilir-gilir.

Stesen 8Pergerakan : Bukan LokomotorAlatan: Batang Penyapu

Pelaksanaan :Membongkok dan menghulur kayu di bawah kangkang yang dibuka seluas bahu ke hadapan dan apabila kayu sampai ke hadapan, orang hadapan memegang kayu dengan dua belah tangan secara melintang seterusnya menghulur kepada orang belakang sehingga kepada orang belakang sekali. Aktiviti diulang sebanyak 5 kali.

Langkah 4Refleksi dilakukan bersama guru pelatih dan murid-murid dengan melawat di setiap stesen.