aktiviti pengajaran dan pembelajaran

14
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Langkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Set Induksi (5 minit) 1. Kotak Ajaib 2. Teka-teki; rasanya manis sedap sekali, berkulit kuning banyak khasiat, tumbuh subur di tepi kali, dibuat kuih dibuat lepat. • Guru membacakan teka-teki kepada murid. • Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut. • Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini. Kemahiran belajar(mentafsir maklumat) Langkah 1 (8 minit) Petikan cerita; Monyet Yang Pintar (Lampiran A) • Murid diberikan petikan. • Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul. • Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat. • Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.

Upload: nik-zarina-yunus

Post on 14-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit) 1. Kotak Ajaib2. Teka-teki;rasanya manis sedap sekali,berkulit kuning banyak khasiat,tumbuh subur di tepi kali,dibuat kuih dibuat lepat. Guru membacakan teka-teki kepada murid. Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut. Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.

Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)Langkah 1(8 minit) Petikan cerita;Monyet Yang Pintar(Lampiran A) Murid diberikan petikan. Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat. Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.

SP:Koperatif

PP(Berpusatkan murid)

Langkah 2(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;1. Improvisasi Verbal( Verbal Improvisation ) Sambung dialog

2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play ) Watak binatang dalam petikan Murid murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang. Murid dikehendakiberbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut. Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut. Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.PP(Berpusatkan murid)

SP:Koperatif dan Kolaboratif

KBT-Verbal linguistik

SP:Kontek luar

Nilai: kerjasamaLangkah 3(25 minit) Persembahan improvisasi Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili watak binatang. Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi. Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.KB(mempersembah-kan maklumat)Langkah 4( 7 minit) Latihan 1Melengkapkan borang grafik (Lampiran B) Menulis watak dan perwatakan Pengayaan- mengecam dan menulis simpulan bahasa

Guru mengedarkan borang grafik. Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan. Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)

Penutup( 5 minit ) Lagu pisang goreng(Lampiran C)

Murid menyanyikan lagu pisang goring Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK

5.0 PENUTUP

Improvisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.

Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata mereka

Dalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh jugamemupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.ANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 TEMA KESUASTERAAN (SAJAK)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 5 CemerlangTarikh : 5 April 2012Masa : 1 jam 30 minit (9.50 11.20 pagi)Bilangan Murid : 37 orangTema : KesusasteraanTajuk: Semangat CIntakan Tanah AirFokus Utama : 7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada teks sastera dan bukan sastera.Aras 1 (i) Mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan menyatakan sebab.Fokus Sampingan : 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.Aras 1 (i) Mengenal ciri-ciri puisi tradisional dan moden.

Objektif: Pada akhir pengajaran, murid dapat :i.mengecam diksi, istilah dan ayat yang memberikan kesan dengan menyatakan sebab.ii.menyatakan ciri sajak yang dipelajari.

Sistem BahasaTatabahasa : Kata banyak maknaKosa kata : warisan, abadi, kedewasaan, perwiraPengisian Kurikulum / Elemen Merentasi KurikulumIlmu : Kajian tempatanNilai Murni : Patriotisme, kasih sayang, keberanian, kerjasama

Bahan bantu mengajar: Teks sajak Warisan, lagu Warisan,lembaran kerjaPengetahuan sedia ada : Murid pernah belajar konsep kata terbitan seeprti awalan kata kerja.

Masa

Isi pelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)

Bunyi tembakan1. Guru memasangkan audio bunyi tembakan.2. Soal jawab tentang tembakan.Contoh soalan :Itu bunyi apa?Pernah dengar di mana?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran.Teknik :sumbang saran, soal jawab

BBM :Bunyi tembakan

Nilai murni :keberanian

Langkah 1(20 minit)Teks sajak bertajuk Warisan. (Rujuk lampiran 1)

Klasifikasi sajak Warisan :Puisi tradisional

Ciri-ciri sajak Warisan :Berbentuk bebas.5 rangkap.Suku kata tidak terikat.Bernada patriotik

Contoh soalan: Apakah maksud Warisan? Apakah hasrat penyajak? Bagaimanakah cara kita mempertahankan negara? Kita perlu mempertahankan negara mengapa?1. Guru mengedarkan teks sajak.2. Guru membuat tunjuk cara bacaan sajak Warisan yang betul.3. Murid secara bergilir-gilir membaca secara mekanis teks yang diberi dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.4. Guru mengklasifikasikan sajak Warisan.5. Perbincangan antara guru dan murid tentang ciri-ciri sajak.6. Soal jawab antara guru dan murid tentang isi kandungan sajak.

Teknik :Tunjuk cara, soal jawabBBM :Teks lirik lagu

KB :Mencirikan

Nilai Murni :Berdisiplin

Langkah 2(20 minit)Perbincangan ayat-ayat yang digariskan.

Ayat-ayat yang digariskan dalam teks sajak :

1. Yang murni abadi sejati.2. Andai ku terbuang tak diterima3. Ke mana harusku semaikan cinta ini4. Bukanlah seorang perwira5. Walau dengan cara sendiri.6. Sepanjang kedewasaan ini7. Akulah penyambung warisan

Contoh perkataan menarik :Warisan bermaksud harta peninggalanKedewasaan bermaksud kematanganAbadi bermaksud ada permulaan tiada pengakhiran.

Nyanyian lagu Warisan1. Soal jawab antara guru dan murid mengenai ayat-ayat yang bergaris.2. Guru meminta murid menyatakan kesan kepada diri mereka apabila melafazkan baris-baris sajak yang bergaris.3. Guru meminta murid menyenaraikan perkataan menarik yang terdapat dalam sajak.4. Murid diminta oleh guru untuk menyatakan maksud perkataan menarik yang telah dipilih.5. Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu Warisan.

Teknik : sumbang saran

BBM :Teks cerita Perginya Seorang Pejuang, teka silang kata dan lembaran kerja.

Penerapan nilai murni.

Langkah 3(10 minit)Kata kerja terbitan.Contoh awalan kata kerja dalam teks :BerjuangMenghunusMenjunjung1. Guru mengingatkan kembali tentang awalan kata kerja.2. Murid diminta membulatkan awalan kata kerja yang terdapat dalam teks.3. Guru dan murid berbincang maksud kata kerja terbitan yang terdapat dalam teks.4. Sebagai aktiviti pengukuhan, murid diminta membina ayat menggunakan kata kerja terbitan tersebut di lembaran kerja yang disediakan. (Rujuk lembaran 1)BBM : Teks cerita

Penerapan nilai murni.

Langkah 4(3o minit)Binaan sajak berbentuk bebas.

Tajuk Simulasi :Mempertahankan Negara

1. Guru memberikan kad aktiviti membina sajak kepada wakil kumpulan.2. Murid diminta berbincang dalam kumpulan tentang sajak yang akan dibina.3. Guru memberikan kad aktiviti simulasi kepada setiap wakil kumpulan.4. Murid berbincang tentang simulasi mempertahankan Negara.5. Setiap kumpulan dikehendaki mendeklamasi sajak dan membuat simulasi mempertahankan negara, mengikut kreativiti masing-masing.Teknik : simulasi, main perananBBM : kad aktiviti.membina sajak, kad aktiviti simulasiNilai : kerjasama, keberanian, kasih sayang

Penutup(5 minit)Nilai murni.Contoh :Kasih sayang, keberanian, berdikari

1. Guru menyimpulkan pelajaran.2. Guru memberikan aktiviti latihan pengukuhan.Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif.

Posted byCik Syueat10:46 AM