kecemerlangan cict bersempena majlis citra karisma … · cict dalam usaha menuju kecemerlangan...

16
Januari - Jun 2015 • AMANAT TAHUN BAHARU 2015 • SELAMAT DATANG PENGARAH BAHARU CICT • MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA YBHG. PROF. DR SAFA’AI BIN DERIS • PELANCARAN SISTEM BUSINESS INTELLIGENCE EKSKLUSIF DALAM ISU INI ////////// ////////// CICT BULETIN Tahniah kepada semua warga CICT ! atas kejayaan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015. CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung pada 7 Jun 2015 bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM. Dalam majlis tersebut CICT telah berjaya menerima pengiktirafan anugerah dalam kategori seperti berikut:- Anugerah Inovasi Naib Canselor (Finalis) Anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan kepada hasil inovasi yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Anugerah Teknologi Maklumat (Penghargaan) Anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan kepada bahagian telah berusaha memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Anugerah Webometric Kategori Bukan Akademik (Penghargaan) Anugerah ini adalah merupakan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah membantu dalam menambah baik penarafan webometric UTM. Prof. Dr. Ali Selamat selaku Pengarah CICT bersama pengawai yang terlibat telah berbesar hati menerima anugerah yang disampaikanYBhg Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Bin AwangPro Canselor UTM dengan disaksikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar Naib Canselor UTM dan pegawai kanan Universiti yang lain. Dengan pencapaian ini ianya diharapkan dapat mendorong kepada seluruh warga CICT untuk terus bergerak ke hadapan selaras dengan tagline CICT iaitu 3R (Referred, RespectedRelevant) bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan terutamanya staf dan pelajar UTM keseluruhannya. CICT terus cemerlang. KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA 2015

Upload: others

Post on 07-Feb-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

Januari - Jun 2015

• AMANAT TAHUN BAHARU 2015• SELAMAT DATANG PENGARAH

BAHARU CICT

• MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA YBHG. PROF. DR SAFA’AI BIN DERIS

• PELANCARAN SISTEM BUSINESS INTELLIGENCE

EKSKLUSIF DALAM ISU INI/////////////////////////// ///////////////////////////

CICTBULETIN

Tahniah kepada semua warga CICT ! atas kejayaan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015.

CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung pada 7 Jun 2015 bertempat di Dewan Sultan Iskandar UTM.

Dalam majlis tersebut CICT telah berjaya menerima pengiktirafan anugerah dalam kategori seperti berikut:-

• Anugerah Inovasi Naib Canselor (Finalis) Anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan kepada hasil inovasi yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.• Anugerah Teknologi Maklumat (Penghargaan) Anugerah ini adalah merupakan pengiktirafan kepada bahagian telah berusaha memperkasakan penggunaan ICT secara meluas dan inovatif dalam meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. • Anugerah Webometric Kategori Bukan Akademik (Penghargaan) Anugerah ini adalah merupakan memberi pengiktirafan kepada bahagian yang telah membantu dalam menambah baik penarafan webometric UTM.

Prof. Dr. Ali Selamat selaku Pengarah CICT bersama pengawai yang terlibat telah berbesar hati menerima anugerah yang disampaikanYBhg Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Bin AwangPro Canselor UTM dengan disaksikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar Naib Canselor UTM dan pegawai kanan Universiti yang lain.

Dengan pencapaian ini ianya diharapkan dapat mendorong kepada seluruh warga CICT untuk terus bergerak ke hadapan selaras dengan tagline CICT iaitu 3R (Referred, RespectedRelevant) bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan terutamanya staf dan pelajar UTM keseluruhannya.

CICT terus cemerlang.

KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA 2015

Page 2: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

AMANAT TAHUN BAHARU 2015MENERAJUI INOVASI KE ARAH KEMAKMURAN SEJAGAT

Sidang Editor

Penaung

Prof. Dr. Ali bin Selamat

Ketua Editor

Tuan Haji Samsudin bin Nyat

Penolong Editor

Encik Taha bin Othman

Ahli

Puan Siti Faridah binti Shikh. A.RahmanTuan Haji Roslai bin PaiminPuan Zaiton binti SalimonTuan Haji Aziz bin YaacobPuan Siti Mariyam binti MamatPuan Rohana binti IsmailPuan Zuraida binti Abdul GhaniEncik Mokhles bin Md SawalEncik Helmee bin YaacobPuan Diniha binti MiskamEncik Azmi bin KamisEncik Mohd Farid bin SarjiPuan Salina binti Sihap

Jurufoto

Encik Saifudin bin Nordin

Pihak Universiti telah melantik YBhg. Prof. Dr. Ali bin Selamat sebagai Pengarah CICT yang baharu menggantikan YBhg. Prof. Dr. Safa’ai bin Deris berkuatkuasa pada 1 Februari2015 hingga 31 Januari 2017.

Pelantikan ini member impak kepada warga kerja CICT keseluruhananya untuk terus memastikan CICT terus bergerak kehadapan. CICT Towards Excellence.

SELAMAT DATANG PENGARAH BAHARU CICT - YBHG. PROF. DR. ALI BIN SELAMAT

YBhg. Datuk Wahid Omar, Naib Canselor UTM dalam Sesi Amanat Tahun Baharu 2015 pada 5 Januari 2015 telah menggariskan Agenda Utama bagi menjayakan tahun 2015. Pengurusan CICT dan seluruh warga kerja penuh komited untuk menjayakan pelan tindakan tahun 2015 dan Pelan Global Universti Fasa II (2015-2017).

Pada tahun ini pihak Universiti telah menetapkan 36 Key Amal Indikator Utama dan pihak CICT secara diberi tanggungjawab untuk KAI berdasarkan Pencapaian Piawaian ICT. Ianya merangkumi tahap keselamatan ICT, keupayaan perkhidmatan, keupayaan penyediaan sistem bersepadu, tahap integriti dan kebolehpercayaan sistem serta kualiti perkhidmatan global. Pengukuran akan dibuat berdasarkan parameter berikut:

1) Security Incident2) Availability3) Customer Satisfaction4) Khidmat Sokongan (support services)

YBhg. Canselor dalam perutusan telah membentangkan gagasan Pelan Global II (2015-2017) yang telah menetapkan tujuh Key Focus Area iaitu:-

1. Kecemerlangan Pembelajaran & Pengajaran2. Kecemerlangan Penyelidikan, Inovasi dan Komersialisasi3. Kampus Lestari, Sistem (ICT), Infrastruktur dan Libatsama Komuniti & Jaringan Industri4. Total Campus Experience5. Penyampaian Berprestasi Tinggi6. Kelestarian Kewangan7. Reputasi Global

2

Page 3: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

• Memantapkan integrasi dan integriti aplikasi bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan perkongsian maklumat secara efektif

• Meningkatkan tahap prestasi dan keberkesanan aplikasi bagi memenuhi keperluan pengguna

TERAS 1PENGUKUHAN DAN

PENGINTEGRASIAN APLIKASI

• Memantapkan infrastruktur ICT yang selamat, tersedia dan boleh dicapai pada bila-bila masa di mana sahaja

• Mengukuhkan adaptasi teknologi terkini bagi mengoptimumkan kelestarian penggunaan dan keberkesanan infrastruktur ICT

• Mempertingkatkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran ICT melalui pembelajaran yang berterusan

• Memperkasakan pembudayaan ICT bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan dinamik

• Memperkukuhkan pematuhan dan pengurusan ICT selaras dengan peningkatan ekspektasi stakeholders dan pelanggan

TERAS 2PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR

ICT KAMPUS DIGITAL

TERAS 3PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN

PEMBUDAYAAN ICT

TERAS 4PEMANTAPAN TADBIR URUS ICT

PELAN STRATEGIK ICT UTM 2014- 2018

Pelan Strategik ICT UTM (2014 – 2018) adalah pelan jangka panjang yang menetapkan halatuju perancangan, strategi pembangunan dan pelaksanaan projek-projek ICT bagi menyokong Pelan Global UTM (2012 – 2020).

Teras Strategik ICT dan telah menetapkan objektif bagi setiap teras tersebut

3

Page 4: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

• Peningkatan integrasi dan keselamatan aplikasi melalui pembangunan Enterprise Architechture (EA)

• Pengukuhan prestasi aplikasi berimpak tinggi• Pemantapan perkhidmatan penyampaian maklumat kepada pengguna

PENGUKUHAN DANPENGINTEGRASIAN APLIKASI

• Pemerkasaan infrastruktur utama dan sokongan ICT• Pengukuhan keselamatan infrastruktur ICT• Pemantapan penggunaan infrastruktur ICT selaras dengan keperluan

semasa

• Pengukuhan kompetensi Personel ICT• Pembangunan Kepimpinan Strategik ICT• Peningkatan kesedaran dan pematuhan prosedur ICT

• Pembangunan, pengukuhan dan pelaksanaan polisi dan SOP ICT• Pengukuhan SLA dan keselamatan perkhidmatan ICT• Pemerkasaan tadbir urus dan organisasi ICT

PENGUKUHAN INFRASTRUKTURICT KAMPUS DIGITAL

PEMANTAPAN PENGURUSAN DAN PEMBUDAYAAN ICT

PEMANTAPAN TADBIR URUS ICT

Inisiatif Strategik ICT adalah strategi-strategi yang telah dibangunkan bagi setiap teras untuk mencapai objektifnya.

Pelan pelaksanaan program ICT yang telah dirancang bagi tahun 2014-2018

4

Page 5: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

GOVERNANS ICT

Majlis ICT UTM adalah merupakan jawatankuasa tertinggi yang dipengerusikan oleh Naib Canselor

Antara terma rujukan utama adalah :

• Menetapkan visi dan arahtuju bagi pembangunan dan penggunaan ICT di Universiti;• Menimbang bidang strategik dan keutamaan pembangunan ICT di Universiti• Memperakukan pelan tindakan dalam pembangunan dan pelaksanaan ICT di Universiti• Memperaku bidang kompetensi ICT teras dan pelan tindakan pengurusan serta pembangunan kompetensi ICT kakitangan

Universiti• Menentukan dasar dan strategi pembangunan dan pelaksanaan ICT di Universiti• Menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan ICT di Universiti• Merancang dan menentukan perlaksanaan langkah-langkah keselamatan ICT • Mengembang dan mengawalselia penggunaan Internet di Universiti

----------

-------------

Seterusnya Jawatankuasa Teknikal ICT Universiti yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan)

Antara terma rujukan adalah :

• Menimbang dan mengesahkan Pelan Strategik ICT (ISP) Universiti• Menimbang dan memberi kelulusan teknikal projek ICT yang dilaksanakan oleh Universiti dan unit-unit dibawah Universiti bagi

tujuan perolehan ICT sebelum kelulusan Jawatankuasa Sebutharga Universiti dan/atau Jawatankuasa Teknikal ICT Kementerian • Pendidikan Malaysia (JTICT KPM)• Menyelaras pembangunan dan perlaksanaan ICT di Universiti• Mengenal pasti masalah-masalah dan isu-isu semasa di dalam perlaksanaan ICT di Universiti serta memperakukan cadangan

untuk mengatasinya• Memantau kemajuan perlaksanaan projek-projek ICT yang diluluskan• Menyediakan laporan kepada Majlis ICT Universiti dan Jawatankuasa Teknikal ICT Kementerian Pendidikan Malaysia (JTICT

KPM) mengikut keperluan• Merangka dan mengesyorkan pembaharuan dalam bidang-bidang ICT serta garis panduan dan standard bagi pelaksanaan

ICT di Universiti• Merangka dan mengesyorkan perlaksanaan langkah-langkah keselamatan ICT • Merangka dan mengesyorkan langkah-langkah pengembangan dan penyeliaan penggunaan Internet di Universiti

Struktur Governans ICT UTM

MICTU

JTICT

JKJ TEKNIKALPEROLEHAN ICT

JKJ TEKNIKALKESELAMATAN ICT

JKJ PENYELARASANSISTEM / APLIKASI JK LATIHAN ICT

JK PEMANDUPROJEK PMO ICT

PASUKAN PROJEK

JK MODALINSAN ICT

CICT

5

Page 6: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

Pada 29 Januari 2015, satu majlis penghargaan Prof. Dr. Safa’ai bin Deris telah diadakan di Bilik Seminar Aras 4 CICT.Majlis ini telah bermula pada pukul 1.00 tengah hari sebagai meraikan jasa beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Pengarah CICT selama 6 tahun bermula pada 31 Januari 2009 hingga 31 Januari 2015. Majlis

ini telah dihadiri oleh semu astaf CICT dan staf CICT UTMKL melalui video-conferencing. Beliau juga turut menyampaikan amanat terakhir yang mengandungi kata-kata nasihat dan rangsangan supaya staf CICT dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang kepada pengguna dan pelanggan CICT di UTM.Majlis turut diserikan dengan tayangan video montaj ucapan ringkas oleh staf-staf CICT serta sesi pemberian cenderamata oleh staf-staf CICT untuk beliau. Majlis telah tamat pada pukul 2.30 petang.

Pada pukul 3.30 petang, sesi slide terakhir dan sesi bergambar

bersama staf telah diadakan sebagai tanda kenangan. Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh En.Taha bin Othman, diikuti dengan bacaan do’a oleh En. Wan Mat bin Wan Sulaiman.

Majlis diteruskan dengan ucapan kata-kata aluan dan penghargaan oleh Tuan Haji Samsudin bin Nyat selaku Timbalan Pengarah CICT UTM JB dan Encik Nik Kamal Izzudin bin Nik Ibrahim sebagai wakil staf dari CICT UTMKL. Majlis kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu ucapan oleh Prof. Dr. Safa’ai mengenai pengalaman beliau sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah CICT.

CICT UTM Johor Bahru, 19 Februari 2015 – Perjumpaan Bulanan Bersama Pengarah CICT, Y.Bhg. Prof.Dr. Ali bin Selamat telah diadakan di Bilik Seminar Aras 4, CICT pada 17 Februari 2015. Sesi perjumpaan ini melibatkan semua staf CICT UTM Johor Bahru dan staf CICT UTMKL melalui video-conferencing. Perjumpaan ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Encik Taha bin Othman dari Bahagian Kewangan dan Pentadbiran. Majlis kemudian diteruskan dengan agenda utama iaitu sesi perkongsian oleh Pengarah CICT, YBhg. Prof. Dr. Ali bin Selamat. Beliau berkongsi mengenai kepentingan inovasi yang dapat diterapkan untuk memudahkan tugas-tugas seharian. Beliau juga turut menerangkan mengenai peranan CICT sepertimana yang terlibat di dalam pelan strategik universiti. Selain itu, beliau juga mendorong staf CICT supaya dapat memberikan sumbangan dan komitmen kepada jabatan dan seterusnya kepada universiti supaya aspirasi UTM dapat dicapai kelak. Perkongsian beliau ini banyak diulas daripada buku hasil penulisan oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar iaitu Menerajui Inovasi Ke Arah Kemakuran Sejagat. Perjumpaan Bulanan ini tamat pada pukul 1.30 tengah hari.

PERJUMPAAN BULANAN PENGARAH CICT BERSAMA STAF

MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA YBHG. PROF. DR SAFA’AI BIN DERIS

6

Page 7: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

CICTLENSA /////////////////////////////////////

PROGRAM GAYAHIDUP SIHAT –BERBASIKALBERSAMADATUK NAIBCANSELOR8 APRIL 2015

7

Page 8: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

PROGRAM PENGENALANINTEGRITI-CICT15 APRIL 2015

8

Page 9: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

CICT UTM telah mengadakan lawatan ke PPPK UTEM pada 4 Jun 2015. Lawatan ini diketuai oleh Prof. Dr. Ali bin Selamat, Pengarah CICT dengan penglibatan pegawai semua bahagian. Fokus utama lawatan untuk berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan ICT yang dilaksanakan di UTEM. Keseluruhan lawatan telah mencapai matlamat yang ditetapkan bagi memastikan penambaikan berterusan perkhidmatan CICT keseluruhannya.

Badan Kebajikan Staf CICT telah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Selamat melibatkan semua staf CICT pada15 Jun 2015. Program ini adalah merupakan salah satu program tahunan sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan 1436H.

LAWATAN CICT KE PUSAT PERKHIDMATAN PENGETAHUAN DAN KOMUNIKASI (PPPK) UTEM,4 JUN 2015

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT – SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

9

Page 10: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

CICT telah mengambil bahagian bersempena Hari Bertemu Pelanggan UTM Kali Ke-3 yang telah diadakan pada 26 dan 27 Mei 2015di dewan Sultan Iskandar dengan bertemakan Perkhidmatan Berprestasi Tinggi Teras Keunggulan Terbilang. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Naib Canselor UTM.

Objektif program adalah seperti berikut:-

•Menyebarluas maklumat perkhidmatan yang diberikan oleh Pusat Tanggungjawab kepada warga universiti;•Menyediakan peluang interaksi kepada pelanggan dalam mendapat khidmat nasihat yang berkaitan dan sebahagian perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Tanggungjawab;•Menjadi wadah kepada pelanggan untuk memberi maklum balas tentang tahap kualiti perkhidmatan Pusat Tanggungjawab dan menjadi saluran cadangan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada Pusat Tanggungjawab;•Menjadi wahana yang mendidik warga universiti bahawa kecemerlangan universiti adalah tanggungjawab bersama; dan• Mewujudkan iklim kerja yang mesra pelanggan & mesra memberi perkhidmatan

Penyertaan pihak CICT pada kali ini adalah dengan pengisian seperti :

• Mini UTM TV (small studio) • Pengedaran dongle YES untuk pelajar• Software pelajar • Promosi Video Conference • Acid/ emel • Antivirus • Promosi Sistem adu@it • Soal selidik pelanggan

Keseluruhan penyertaan pada kali ini amat baik menjadikan sebagai tempat pertemuan pihak CICT dengan para pelanggan.

CICT MENYERTAI HARI BERTEMU PELANGGAN UTM KALI KE-3, 2015

10

Page 11: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

YBhg. Datuk Naib Canselor telah melancarkan Sistem Business Intelligence pada Perhimpunan Bulanan, 5 Mei 2015 di UTM Kuala Lumpur.

Projek Sistem Business Intelligence KAI UTM 2015 yang telah dimulakan pada Januari 2015 merupakan cetusan idea YBhg Datuk Naib Canselor ke arah menginovasi lanskap pelaporan pencapaian KAI universiti.

Perlaksanaan projek Sistem Business Intelligence ini telah dilaksanakan berpandukan kepada empat objektif utama iaitu:

1. Menyediakan tadbir urus UTM business intelligence dan infrastruktur pengurusan data. 2. Merencanakan halatuju UTM dengan sokongan data Business Intelligence. 3. Menyerlahkan kepintaran di sebalik data Business Intelligence. 4. Membantu UTM dalam membuat keputusan strategik.

Empat komponen utama yang difokuskan untuk projek ini iaitu :a. Business Intelligence KAI UTM 2015b. Data Warehousec. Mobile Applicationd. Website Business Intelligence

Bagi melancarkan perjalanan projek satu taskforce telah dibentuk iaitu Taskforce Projek Business Intelligence Universiti yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada Pejabat Naib Canselor, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) serta Fakulti Komputeran.

Dengan usaha yang gigih dan kerjasama yang erat antara semua pihak yang terlibat, projek ini telah dapat disiapkan dalam tempoh

YBhg. Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Naib Canselor UTM telah mengadakan Sesi Engagement dengan Pengurusan CICT pada 15 April 2015. Terlebih dahulu sebelum itu beliau telah melawat beberapa lokasi di CICT iaitu antaranya di CCMC dan Bahagian Perkhidmatan Sokongan Pengguna. Pada sesi engagement YBhg. Datuk Naib Canselor telahmemberikan amanat yang antaranya seperti berikut:-

• CICT sebagai pusat perkhidmatan ICT yang terbaik dikalangan Universiti Awam• 100% sistem penyampaian perkhidmatan Universiti bergantung kepada ICT • CICT sebagai Business Unit• Melaksanakan program-program yang berimpak tinggi•Amanah,berintegritidanefisyendalammelaksanakantugas• Memberikan servis yang terbaik• Berlaku Job rotation staf Skim F• Berkomunikasi secara berkesan dengan semua PTJ• Mengamalkan mentoring dan coaching• Mengamalkan perbelanjaan berhemah

PELANCARAN SISTEMBUSINESS INTELLIGENCEKAI UTM

SESI ENGAGEMENT YBHG DATUK NAIB CANSELOR UTMBERSAMA PENGURUSAN CICT

11

Page 12: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

Pada 19 April 2015, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) telah mengadakan Program Latihan Kebakaran. Program ini telah diadakan di Dewan Seminar Aras 4, CICT dengan Leftenan Muda Nor Hidayat bin Dahalan bertindak sebagai penceramah beserta dengan 4 orang wakil dari Sukarelawan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) Johor Bahru. Program ini diadakan untuk memberikan penerangan mengenai pengurusan api serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya kebakaran berlaku. Pihak JPAM juga telah mengadakan latihan simulasi bersama dengan staf CICT sekiranya kebakaran berlaku, seperti laluan semasa kebakaran untuk ke tempat berkumpul dan tindakan pantas yang perlu dilakukan semasa kecemasan. Selain itu, penerangan dan demo pemadaman api telah disampaikan oleh Encik Sabri bertujuan untuk memberikan gambaran keadaan sebenar jika berlaku kebakaran. Beberapa staf termasuk Pengarah CICT, Prof. Dr. Ali bin Selamat telah diberi peluang untuk mencuba memadamkan api kebakaran. Sesi soal jawab juga telah diadakan untuk staf mendapatkan lagi pencerahan mengenai tindakan semasa kebakaran. Program ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

CICT MENGANJURKAN CERAMAH KEBAKARAN DAN LATIHAN PENGUSIAN

12

Page 13: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

Pada 26 hingga 28 Mac telah diadakan Bengkel Pelan Tindakan CICT 2015 -2017 di Mahkota Hotel Melaka. Seramai 50 peserta yang terdiri daripada dan kehadiran dua orang fasilitator jemputan.

Antara objektif bengkel adalah :-

• Untuk menyediakan perancangan CICT berteraskan Pelan Global Fasa II (2015-2017), Pelan Strategik ICT Universiti, Digital Kampus dan Rancangan Malaysia Ke-11;• Untuk menetapkan sasaran Key Amal Indicator secara khusus mengikut aktiviti utama CICT berdasarkan sasaran Universiti dan pemegang taruh (stake holder) dan memenuhi kepuasan pelanggan; dan• Untuk merangka Pelan Tindakan Tahun 2015 – 2017 dengan secara inovatif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pihak dan Universiti keseluruhannya.

Antara Pelan Tindakan CICT adalah seperti berikut:-

BENGKEL PELAN TINDAKAN CICT2015 -2017

PROJEK

PENGURUSAN HARTA INTELEK

PENJANAAN PENDAPATAN

KERJASAMA INDUSTRI DAN UNIVERSITI

MENINGKATKAN KEPUASAN PELANGGAN

PEMERKASAAN POLISI, GARIS PANDUAN DAN SOP ICT UTM

PEMBANGUNAN DATA CENTER

EMEL MIGRASI KEPADA GMAIL

PROJEK POSTGRADUATE UMK(PAMS)

KAI

2 IP SETAHUN - GSMSRM1 JUTA / 1 TAHUNCICT INCORPORATED (2017)2 MOU SETAHUN CO-BRANDING LABS SETAHUN90 PERATUS

3 POLISI

SIAP 2016

OGOS 2015

PENYEDIAAN LISENCING AGREEMENT

13

Page 14: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

Pada 8 Mac 2015, CICT telah mengadakan Program Gaya Hidup Sihat buat julung kalinya sebagai menyahut seruan Naib Canselor UTM, YBhg. Prof Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar yang telah meneruskan program Healthy Living yang telah dimulakan mantan Naib Canselor UTM, YBhg. Prof Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang.

Program ini telah diadakan di Tasik Desa Bakti dimana ia bermula pada pukul 8.00 pagi dan dihadiri oleh staf CICT serta sebahagian ahli keluarga masing-masing. Program ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan (warming-up), diikuti dengan ucapan ringkas serta perasmian oleh Pengarah CICT, Prof. Dr. Ali bin Selamat.

Kemudian, acara walkathon ke Tasik ilmu dimulakan kemudian berpatah balik semula ke Tasik Desa Bakti. Program Gaya Hidup Sihat ini telah berakhir pada pukul 9.00 pagi dengan staf menikmati sedikit jamuan ringkas yang bersesuain dengan program ini. Program ini akan diteruskan sekurang-kurangnya sekali setiap bulan pada masa akan datang.

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT CICT

14

Page 15: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

PERKHIDMATAN CICTStrategic Planning

•Business Intelligent•Balanced Scorecard•Iintegrasi-Ensemble

Customer Supports

•CRM•ADU@IT•Baikpulih•Penyelenggaraan•Instalasi Perisian

Projects & Governance

•Polisi Dan Peraturan Email Rasmi UTM 2014

Database Management

•Pangkalan Data

Infrastructure & Security

•Penempatan Server•Pendaftaran DNS•Hosting•Staf Tunggu Sedia•Email Staf•Email Group•Network Point•VPN ACID•VPN AIMS2000•Firewall•Pemantauan (Servis ICT)•Audit (Server & Aplikasi)•Digital Forensic

Academic Computing

•Muat Turun Perisian•E-Portfolio•HPC•E-Learning•Open Courseware•Open Sourse Mirror•UTMOTION•UTMSHARE•Email Pelajar•Dreamspark Premium•MSOfficeDownload•PPICTP•SMAL Lab•Akaun ACID

Application Engineering

•MY MOHES•Perubahan Sistem•Permohonan Sistem•Intake Online•GSMS•UTMHR•UTMFIN•Smart Card•Sistem Cuti •SPWK•AIMS

Web & Multimedia

•Staff Portal•UTMONLINE•Video Conferencing•Digital Signage•Liputan Multimedia•IPTV•Streaming UTMTV•Multi Camera Production

15

Page 16: KECEMERLANGAN CICT BERSEMPENA MAJLIS CITRA KARISMA … · CICT dalam usaha menuju kecemerlangan telah mendapat pengiktirafan dalam Majlis Citra Karisma UTM 2015 yang telah berlangsung

Centre For Information and Communication Technology (CICT)Universiti Teknologi Malaysia

UTM Johor Bahru81310 Johor MALAYSIA

Telephone: +(6) 07 – 5532076 / 5532092Fax: +(6) 07 – 5566164Email : [email protected]

UTM Johor Bahru UTM Kuala LumpurTelephone: +(6) 03 – 2615 4449

Fax: +(6) 03 – 269 3180Email : [email protected]

www.cict.utm.my

-------------------------------------

Why Move To A New Email?

Starting from 28th June 2015, UTM is officially migrated fromDesknow Gmail in order to enhance our email service to all UTM community, especially our staff.

There are a few reasons for UTM to move from Desknow to Gmail (powered by Google) :

• Unlimited Mailbox Qouta• Reliable services.• 99.99% availability.• Integrated with all Google Cloud Tools (Google Docs, Google Drive, etc)• Google Calender including free SMS for sending reminder.• Link to Google Scholar Citation; to keep track citations of academic articles.•PoweredbyGoogle–energyefficientdatacentre.• Can be accessed from anywhere.

STEP TO LOGIN TO GMAIL :

1. To login, you need to use your USERNAME and PASSWORD;

USERNAME : < put your full email address, eg: [email protected]>PASSWORD : < put your barcode number >

2. Press “Sign In” button to proceed.

3. Then, you can access to your Gmail Inbox.

Important Notice

• If a user deletes a message by clicking Delete, the message will be moved to the Trash but remains available for 30 days. Mail in Trash will be auto-deleted after 30 days!• If user click Empty Trash manually, emails will be permanently deleted and not retrievable!• Please proceed email deletion process with extra caution!

Please don’t hesitate to contact usfor any enquiries you might have.

E-mail: [email protected] Phone ext: 32270

Email: [email protected] (for KL Staff)Phone: 03-26154440

16