aktiviti belia toboh bersama mahasiswa

23
Sharing is caringBermula dengan perbualan kosong dengan Mernah pada suatu hari di CSS house, untuk mau mengadakan satu aktiviti di kampung dia. Aktiviti tentang, perkongsian para mahasiswa yang belajar di semenanjung kepada belia belia di kampung dia. Maka penganjuran program tersebut telah dijadikan dan jatuh pada 8hb hingga 10hb. Objektif program ini ialah, memperatkan tali persaudaraan antara sesame umat, memberi maklumat terkini tentang isu-isu semasa kepada para pelajar, memberi pendedahan tentang kehidupan kampus, memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, maruah diri dan jati iman, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan pelajar tentang kehidupan belajar yang jauh dari keluarga. (Quote dari boring pendaftaran penganjur). Perjalanan 2 jam dari perhentian bas Bandaran ke Pekan Keningau, tersangatlah indah dengan kewujudan ciptaan yang sangat hebat, i.e., pemandangan Banjaran Crocker… Si Florence sangat teruja dengan keindahan alam di Sabah ni. Rupa-rupanya cantik pula Sabah. HeheheJadi kampung yang menjadi bahan eksperimen kami yang pertama ialah Kg. Toboh Baru, Keningau. Dan sia pikir kami tidur tempat kawan kami saja, rupa-rupanya, kampung kawan kami ni ada perkampungan (KKD) Komuniti Kristian Dasar. KKD atau (BEC) Basic Ecclesial Communities, ialah tempat pembangunan iman, sembahyang rosary sama-sama, makan minum, dan sebaginya. Kekeke…. Dan sangat siok juga itu tempat, sangat old skool. Bersama Katekis Gilbert aka abang Mernah

Upload: youngborneonvoices

Post on 16-Apr-2015

94 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Sharing is caring…

Bermula dengan perbualan kosong dengan Mernah pada suatu hari di CSS house, untuk mau mengadakan

satu aktiviti di kampung dia. Aktiviti tentang, “perkongsian para mahasiswa yang belajar di semenanjung

kepada belia belia di kampung dia”. Maka penganjuran program tersebut telah dijadikan dan jatuh pada

8hb hingga 10hb. Objektif program ini ialah, memperatkan tali persaudaraan antara sesame umat,

memberi maklumat terkini tentang isu-isu semasa kepada para pelajar, memberi pendedahan tentang

“kehidupan kampus”, memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, maruah diri dan jati

iman, memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan pelajar tentang kehidupan belajar yang

jauh dari keluarga. (Quote dari boring pendaftaran penganjur).

Perjalanan 2 jam dari perhentian bas Bandaran ke Pekan Keningau, tersangatlah indah dengan kewujudan

ciptaan yang sangat hebat, i.e., pemandangan Banjaran Crocker… Si Florence sangat teruja dengan

keindahan alam di Sabah ni. Rupa-rupanya cantik pula Sabah. Hehehe…

Jadi kampung yang menjadi bahan eksperimen kami yang pertama ialah Kg. Toboh Baru, Keningau. Dan

sia pikir kami tidur tempat kawan kami saja, rupa-rupanya, kampung kawan kami ni ada perkampungan

(KKD) Komuniti Kristian Dasar. KKD atau (BEC) Basic Ecclesial Communities, ialah tempat

pembangunan iman, sembahyang rosary sama-sama, makan minum, dan sebaginya. Kekeke…. Dan

sangat siok juga itu tempat, sangat old skool.

Bersama Katekis Gilbert aka abang Mernah

Page 2: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Okay lepas itu, Katekis telah bawa kami ke RRPK Tatal. Saya mengambil kesempatan ini promosi Tatal

skijap lah.

“Rumah Retret ini terletak di kawasan perkampungan, bebas dari kesesakan bandar. Suasana yang

damai sesuai untuk menikmati keindahan alam semulajadi sambil menghadiri seminar, bengkel,

rekoleksi dan doa/saat teduh. Rumah retret ini juga dibuka pada sesiapa saja yang ingin

mengunjungi dan meluangkan masa bersama di Chapel Adorasi yang di buka setiap hari kecuali

hari Ahad.

Rumah Retret Keuskupan Keningau (RRKK), telah di rasmikan oleh wakil Sri Paus

Archbishop Selvatore Pinnachio pada 17 September 2005, pemberkatan dilaksanakan oleh Bapa

Uskup Cornelius Piong sehari sebelum ianya dirasmikan. Rumah Retret ini terletak di kawasan

perkampungan tidak jauh dari Pekan Keningau. Jarak dari Pekan ke Rumah ini adalah lebih

kurang 1.5 ke 2 kilometer jauhnya. Terletak di antara jalan Keningau ke Tambunan, terdapat

kenderaan awam yang melalui tempat ini atau anda boleh juga datang dengan kenderaan peribadi.”

(copy paste dari http://keningaudiocese.org/?page_id=369)

Lepas tu kena suruh pigi Adorasi la skijap.. Hehehe.. Oleh kerana sa terlampau penat, sa rasa sa tertidur

lah. Tapi tiapa perjuangan diteruskan. Lepas itu, si Mernah bawalah kami

jalan jalan skijap pigi tengok sawah padi dia.

Beth beramah mesra dengan orang kampung

Pada hari malam, kami makan malam di rumah Katekis. Makanan kampung yg sangat menyelerakan.

Chapel Adorasi

Dan 'diring sanggalas' dulu. Macam biasa, sambahyang makan.

Page 3: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Untuk hari besok dia, ialah hari yang ditunggu-tunggu, di mana kami bagi sesi lah.

Dan di kampung ini ada 2 orang mahasiswa dari

UPM dan UTHM, dalam pikiran

saya, patut kita kasih kumpul

mahasiswa-mahasiswa di

kampung dan buat satu aktiviti la

kan. Kalau susah mau tangkap

diorang masa di CSS, gerakkan

mahasiswa di grassroot level la.

Pendaftaran para belia 9 July 2011, pakai baju kuning in solidarity dengan BERSIH 2.0

Memang menjadi budaya sudah……. Sesi 1 by Florence - Kesihatan gigi

Lambert dari UPM bagi sesi “bagaimana mau belajar”.

Ini ialah Tanok atau abang si Sabinus.

Page 4: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Lunch Cuci piring

Lepas lunch praise the Lord. Pada pandangan saya, kadang-kadang kalau terlampau, jadi opium. Ini antara isu Sabah sebenarnya….

Sesi seterusnya oleh Ebin, dia kongsi pasal hidup dia dan bagaimana kehidupannya berubah. Dan share pasal kewujudan komuniti CSS di Universiti.

Page 5: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Dan selepas makan tengahari, inilah masa yang paling siok untuk tidur, sebab sudah kenyang dan keadaan

panas, jadi tidur itu akan pasti. Tapi kami lupa pula bawa gula-gula kan, dan instead of buat energizers,

buat praise & worship. Hmm…. Kira mau buat energizers, tapi masa yang dibagi hanya 1 jam saja, dan

topic saya ialah „Isu Malaysia‟, memang 1 jam tidak cukup tu, jadi tidak mau buang masa, teruskan saja.

Jadi saya mulakan dengan „Good Malaysia‟, tapi saya sedar kesilapan saya masa itu, iaitu, memberi

diorang clue apa mau tulis. Keburukan kalau kita bagi clue untuk apa mau tulis, mereka akan tend to tulis

apa saya cadangkan, so ini tidak menggalakan orang untuk berfikir.

Dan, begitulah respons dia. Dalam slide saya kali ini, saya mengupas beberapa isu Sabah, di bawah saya

share sedikit intipati dalam slide saya.

‘Good Malaysia’

Page 6: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

PERBEZAAN antara…

HARI MALAYSIA

• 16 SEPTEMBER 1963

• 48 tahun

HARI MERDEKA

• 31 OGOS 1957

• 54 tahun

STATUS SETARAF dgn MALAYA

• Kita ada MINYAK tapi kita (SABAH)

hanya dapat royalti 5% saja, 95%

kepada Persekutuan.

• Kita ada GAS ASLI tapi dipaipkan

dan dibawa keluar Sabah.

PEMBANGUNAN

92% pembangunannegara tertumpu diSEMENANJUNG.

Rancangan Malaysia Ke- 10PERBELANJAAN NEGARA

SEMENANJUNG MALAYSIA SABAH & SARAWAK

Penyumbang

TERBESAR dalam

pendapatan negara

Statistik KEMISKINAN TEGAR diMalaysia – 3 September 2007

KEDUDUKAN NEGERI BILANGAN ISI RUMAH MISKIN TEGAR

1 SABAH 32,400

2 Terengganu 8,300

3 Perak 5,700

4 Sarawak 5,200

5 Kedah 5,000

6 Kelantan 3,600

HAK ADAT TIDAK DIHORMATI

Sabah akan membina

16 buah empangan lagi… NO. RANCANGAN PEMBINAAN EMPANGAN DI SABAH KELUASAN KAWASAN

TADAHAN

1 Sungai Meliau, Sandakan 76 ha

2 Sungai Lukutan, Mesapol 149 ha

3 Sungai Papar, Kaiduan 365 ha

4 Ulu Sungai Papar, Penampang 233 ha

5 Sungai Tawau, Tawau 80 ha

6 Sungai Pisukan, Sipitang 44 ha

7 Sungai Merotai, Tawau & Sungai Mengkaladom, Kota Kinabalu 73 ha

8 Sungai Baiayo, keningau 176 ha

9 Ulu sungai Baiayo, Keningau 96 ha

10 Sungai Bambangan, Ranau 30 ha

11 Sungai Wariu, Kota Belud 137 ha

12 Sungai Mokodou, Ranau 155 ha

13 Sungai Serudong, Tawau 510 ha

14 Ulu Sungai Padas, Padas 201 ha

APA ITU PEMBANGUNAN?

• Bangunan semata-mata???

• Banyak shopping komplex???

• Pembangunan Insan?

KUALA LUMPUR

Sebatang jalan ke sekolah di Sabah

KEMISKINAN yang DISENGAJAKAN…

• Supaya sentiasa bergantung kepada bantuankerajaan

• Mengekalkan status ‘fix deposit’

Hutan yang cantik….

Page 7: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

tapi diratakan

Pembalakan

minyaknya yang disedut

PTI / PROJECK IC

Skandal Projek (IC) Mahathir di Sabah

STATISTIK 2009

RAKYAT ASAL SABAH

•1.5 JUTA ORANG

PTI / PROJEK IC / IMM13

•1.72 JUTA ORANG

penghapusan ‘etnik’ melalui pengklonan warga asingsebagai warga Negara Malaysia

• Lebih 1.6 jutaMyKad Malaysia diberikepada warga asingdaripada Filipina, Indonesia, Pakistan danIndia

• 500,000 rakyatSabah yang berusia 12 tahun ke atas tidakmemiliki MyKad

SARAWAK

1970•Penduduk= 1 JUTA

2004•Penduduk= 2 JUTA

SABAH

1970•698,000 orang

2004•3.3 JUTA orang(5xGANDA)

Pengurusan Sabah adalah yang palingteruk antara negeri-negeri, dengankehidupan yang paling buruk, palingsedikit pembangunan, pertumbuhanpenduduk yang paling tinggi, pendatangasing yang paling ramai, negeri palingmiskin dan kemudahan asas yang palingrendah dengan gangguan bekalanelektrik dan air yang paling tinggi diMalaysia. Ini dibuktikan oleh angka-angka dan maklumat RancanganMalaysia Ke-9 yang berdasarkan 8 faktamenjadikan Sabah satu mimpi ngeridalam kehidupan rakyat Sabah:

3 S

• SCRIPTURE / Firman Tuhan aka Bible

• SAKRAMEN

• AJARAN SOSIAL KATOLIK

Page 8: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

TEMA UTAMA AJARAN SOSIAL KATOLIK

• MARUAH SESEORANG (Dignity of the Human Person )• KEBAIKAN BERSAMA & KOMUNITI • Option for the Poor• Rights and Responsibilities• Role of Government and Subsidiarity• Economic Justice• Stewardship of God's Creation• Promotion of Peace and Disarmament• Participation• Global Solidarity and Development

Apa itu POLITIK

• Seni untuk menemukan, merumuskan danmengatur.

• Bermula ketika orang berani melihatkemungkinan, menangkap alternatif.

• Seni mengurus atau merawat negara danpemerintahan yg kaintannya dgntanggungjawab untuk melayani rakyat demitercapainnya keadilan yang sama rata

Politik itu murni…

• Bukan difahami dalam erti katasempit, spt perebutan kuasa sematamata

• Bukan sahaja tanggungjawabmengenai negara, tetapi kewajipanmanusia sebagai manusia.

• Matius 25:40,

MATIUS 25:40• Dan Raja itu akan menjawab mereka:

Aku berkata kepadamu, sesungguhnya

segala sesuatu yang kamu lakukan

untuk salah seorang dari saudara-Ku

yang paling hina ini, kamu telah

melakukannya untuk Aku.

DOKUMEN KONSILI VATIKAN II GAUDIUM ET SPES NO. 73 – 90

• Keterlibatan dalam pentas politik

• Menurut ajaran Konsili Vatikan II, “sikaphormat dan cinta kasih harus diluaskan untukmenampung mereka yg di bidang sosial, politik, atau keagamaan, berpandangan, bertindak.

• Peribadi manusia tidak dapat danboleh dipralatkan oleh struktur2 sosial, ekonomi atau politik, kerana setiap peribadi memilikikebebasan untuk mengarahkandirinya sendiri menuju tujuannyayang terakhir.

• Ajaran sosial ini juga mencakap rupa-rupa tanggungjawab berkenaandengan pembangunan, keberfungsian masyarakat, ertinyakewajipan-kewajipan politik, ekonomi & administratif. (KatekismusGereja Katolik 2442)

Defend the cause of the weak andfatherless; maintain the rights ofthe poor and oppressed. Rescuethe weak and needy; deliver themfrom the hand of the wicked.Psalm 82:3-5

Speak up for those who cannotspeak for themselves, for the rightsof all who are destitute. Speak upand judge fairly; defend the rightsof the poor and needy.Proverbs 31:8-9

Learn to do right! Seek justice,encourage the oppressed. Defendthe cause of the fatherless, pleadthe case of the widow.Isaiah 1:17

He defended the cause of the poorand needy, and so all went well.Is that not what it means to knowme? declares the Lord.Jeremiah 22:16

SOCIAL ACTION : APA YG BOLEH KITA

LAKUKAN?

KELAS DISKUSI ISU BERSAMA

Dialog bersama aktivis Sarawak

Page 9: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Belajar sejarah secara kreatif

Aktivit pembangunan Insam

Pergi tengok ISU orang kampung lain

Pendidikan Pengundi / Voters Education

Dialog bersama pemimpin

VolunteerMemberi pendedahan secara kreatif

Sebenarnya ini presentation last minute juga saya buat especially part social action itu. Nanti kita

improvise lagi la. Jadi, selepas saya bagitau isu isu di Sabah, semua diam. Terkejut atau berfikir kot.

Sebab para audience kami hari itu ialah pelajar Tingkatan 1 hingga 6. Jadi, mungkin terkejut la tu kan,

sebab ada isu begini di Sabah. Dan memandangkan tiada soalan, jadi habis begitu saja. Lepas sesi saya,

ialah sesi Sister Theresa, cakap tentang kerohanian. Selepas sesi bersama Sister, jadi giliran Dyone, Beth,

Pit dan Lindu untuk mengaplikasikan games games kepada para belia. Antara games yang dimainkan

ialah “Siapa saya”, “Pengusiran”, “Rojak”, “Buaya Biawak”. Dan energizers ialah “Ram Sam Sam”. Para

pelajar sangat siok lah dengan games games ini, huru hara gereja. (Wow kita main dalam gereja pula oh

kan).

Page 10: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Memang tiada

jalan lain untuk

mau belajar jadi

facilitator ni. Ko

kena buat saja,

memang

nervous kalau

mula-mula kita

cuba, tapi lama

lama kita akan

dapat keyakinan

sebab itulah kita

kena praktis

banyak kali.

Selepas games,

Dyone sebagai

MC mengajak

semua untuk

memberi respon

atau feedback

atau pendapat

tentang satu hari

itu. Dan antara

komen yang

diberi oleh para

peserta, diorang

gembira, dan

ada juga yang

sangat berminat

dengan isu

Malaysia. Lepas

itu Pengerusi

KIPKK (Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik), pun bersuara. Dia cakap sama anak anak buah dia (iaitu

para belia di sana). “Inilah masa dia untuk kita tahu apa yang sebebenarnya yang berlaku terutamanya di Sabah.”

Jadi saya rasa, ini satu petanda positif. Sebab ibu bapa mengalakkan anak anak diorang untuk tau pasal isu. Tiada

lagi yang dulu dulu punya cakapan, politik untuk orang tua dan sebagainya. Dia cakap lagi, dia akan ajak lagi

banyak speaker untuk membuka minda orang orang di kampung dia. Nah. Ini satu transformasi, walaupun

perlahan, tapi dia berlaku. Lepas itu kami makan malam. Selepas makan malam, ialah ‘doa kelompok’, atau

‘prayer meeting’. Dan, apa yang menarik ialah perkongsian daripada si Fr. Justin Joanis, SJ, iaitu tentang

Pengislaman. Walaupun ada beberapa poin yang saya mau argue sama dia, tapi diam saja sebab bible knowledge

saya kureng sikit. Hehehe… sebab jarang baca bible kan. Nah! Sempat lagi Fr. Kasih kena kami, jadi lepas ni saya

Dyone explain the game Rojak. Beth & Lindu bekerjasama sekali lagi

Pit di sana.. Semua pelajar excited nampaknya.

Page 11: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

mau baca bible balik lah. Kekeke… Dan, saya bagi dia satu soalan. “Bagaimana mau membuat perhubungan baik

dengan orang Islam. Bukan kah dalam ajaran social katolik ada inter-religious dialogue?” Dan, Fr. Justin

menjawab, tengok dia Islam dari mana. Kalau dia dari PAS, senang mau bawa dialog, kalau dari UMNO, langsung

diorang tidak open to dialog. Dia dia sendiri cakap yang agama ini dipolitikan. Jadi, benarlah pengamatan saya

yang ini semua bukan masalah Islam. Tapi masalah segelintir orang yang tamak / gila kuasa menggunakan agama

untuk memecah belahkan rakyat, supaya dia maintain in power. Tapi apa yg sad di Sabah, isu Islam ini macam

musuh no satu pula. Memang kita ada sejarah, di mana dulu-dulu, masa Tun Mustapha dia mengIslamkan banyak

orang asal di Sabah. Dan kalau berminat lagi pasal pengislaman di Sabah, cuba baca sini,

http://jundiummah.blogspot.com/2011/04/sekilas-dakwah-di-sabah.html “Dakwah Islamiah di Sabah: kearah

pengumpulan data pendakwah terdahulu”. Dan boleh baca ni orang punya blog sikit sikit la,

http://kalangadan.blogdrive.com/ “Pengislaman beramai-ramai di Sabah”. So, agak complicated juga Islam di

Sabah ni ho. Jadi saya mengajak kawan kawan seperjuangan yang lain, untuk berfikir, kenapa boleh jadi macam

ini? Antara kegusaran kebanyakkan para religious & orang orang Kristian yang beriman ini, kenapa walaupun

betapa aktif dia dia dalam pelayanan gereja dulu, dia convert juga jadi Islam.

Saya ada persoalan, saya harap kita boleh sumbang pendapat sikit lah. Kalau ada soalan, boleh tambah lagi.

1. Kenapa senang betul orang Sabah diIslamkan?

2. Kalau banyak orang Sabah diIslamkan, kenapalah?

3. Apa tujuan pengIslaman?

Selepas sharing si Fr., trus ada la kunun persembahan dari pihak kami.

Dyone menyanyikan lagu SYD (Sabah Youth Day), dan para belia menari dengan gaya-gaya sekali. Nampaknya Dyone tidak hafal lirik.. kekeke

Page 12: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Jadi Dyone, bila lah mau cipta lagu perjuangan? Selepas itu seorang lagi kawan CSS kami, Elvin

mempersembahkan lagu dengan tiup itu sompoton. Dan lepas itu, kami buat lakonan “Orang Asal ditindas”.

Elvin Dainal main Sompoton. Orang kampung tanam padi.

Kedengaran bunyi 'sinsow' (Chainsaw) Kedatangan anak muda.

Fr. Justin pun nyanyi Lagu Perjuangan Orang Asal. Bersama orang kampung

Bersama Father

Page 13: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Wow, kami kena bagi sijil lagi lah pula… Thank You kepada Pengerusi KUK, KIPKK, Katekis Gilbert dan Mernah!!

Ucapan kunun la masa ibadat Sabda Hadiah kepada Belia Kg Toboh Baru, Keningau.

Page 14: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Hari ketiga ialah hari terakhir kami di Kg. Toboh Baru, Keningau. Lepas itu, kami kena bawa pergi Kg.

Luanti, Keningau, di sana makan lagi, kalau di kampung memang kena jagalah pemakanan. Di Kg. Luanti

ni, ada juga perkongsian lah, so saya buatlah sharing sikit saja.

Lepas itu, ada seorang Dr Phd lah, dia pun buka mata para belia & orang kampung juga. Di samping itu,

dia kongsikan juga macam mana dia seorang tanak kampung berjuang sehingga dia dapat PHD. Dia

sekarang dalam operasi mau tulis buku lah. Dan rupa-rupanya dia ni pun ex SASAG. So tanak kampung

pun bulih dapat PHD. Pendidikan untuk semua!

Isu Malaysia

Memang tidak dapat dipisahkan la itu praise & worship.

Page 15: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Dr. James – Lecturer at UMS

Makan lagi… waaaaa

Sungai yang ditagal.

Page 16: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Selepas Kg. Luanti, kami kena bawa lagi pergi Kg. Gasabon, sebab sana ada Ulangtahun Keuskupan

Keningau. Dan tema dia kau tau apa, “Ekaristi Teras Keluarga Berbudaya menyembah Tuhan membentuk

Iman dan BERTANGGUNGJAWAB SOSIAL” Wow!! Ada bertanggungjawab sosial, ini masanya Ajaran

Katolik Sosial harus diajar.

Perayaan Ulangtahun Ke-18 Keuskupan Keningau Peringkat Zon Apin-Apin 2011

Makan lagi!! Dan siopon. Alamak.. Part of cultural learning ini.

Page 17: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Betapa deras itu sungai, tapi budak budak punya main expert berenang sana. Bayangkan kalau sungai sungai Sabah dibunuh….

Fr. Ronnie Luni menyanyi la..

Uish.. Beth.. kekeke.. di mana mana o. Aramaiti

Page 18: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Lepas Kg. Gasabon, kai kena bawsa lagi pergi birthday orang di satu kampung bernama Kg. Kirikot.

Pengalaman ke kampung Mernah menjadi inspirasi untuk mau buat lagi banyak pendedahan ke kampung

lain. Jadi terima kasih banyak banyak kepada kawan kita Mernah & keluarga kerana sangat supportive

dan sebab menganjurkan program begini. Harap-harap, dapat buat lagi lah program begini, saya rasa

antara cara untuk mau selamatkan Sabah ialah, pergi ke kampung kampung untuk memberitakan berita

baik ini. Dengan bagitau isu Sabah, harap kita boleh disturb orang kita yang sangat selesa di Sabah, untuk

encourage social action. Sebenarnya ada lagilah, lepas itu kami pigi kampung si Dyone, di sana tiada

awareness program, kami just enjoy enjoy lah, dalam perjuangan mau enjoy dulu skijap lah. So, apa yang

saya mau share ialah, exposure itu pun kita boleh buat di kampung kawan2. Jadi, kampung siapa kita mau

masuk kali ni. Hehehe… Sebagai penutup saya share sedikit, gambar2 masa kami di kampung Dyone. Dan

ada cerita jugalah, si Lindu lemas dan mabuk!! Wakakakaka

From left: Uncle, Bro. Roney, Katekis Gilbert, Sr. Amanda (kekkeek)

In solidarity with BERSIH 2.0

Makan lagi…!!! Dan minum lagi..!!!

Page 19: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Lindu dan harimau. Tin biru menjadi angkatan

Pemandangan di luar rumah Dyone On the way to sulap Dyone

Sulap Pemandangan indah….

Page 20: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Bayangkan ini ialah perjalanan station of the cross…

Pemandangan lagi…

Turun…

Ada signal internet di atas bukit… tapi untuk celcom saja pula.

Page 21: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Pergerakan Orang Muda Borneo

Tengok2 pemandangan

Page 22: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

Adventure mau pigi sungai

Mesti mau limpas itu sawah

Kaki Dyone

Page 23: Aktiviti Belia Toboh bersama Mahasiswa

KOTOULADAN~~

Selepas lemas hari itu, saya trauma mau ikut ini eh. Walaupun siok.

Tin harimau di mana mana