#dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama...

21
#dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita

Upload: others

Post on 25-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

#dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita

Page 2: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

2

Mendepani Cabaranpasca COVID-19HASNUL HANIFF HARUNKetua Editor / Setiausaha AgungEmel: [email protected]

COVID-19 yang melanda dunia ketika ini pasti memahat sejarah yang sukar dilupakan. Ia telahpun diisytiharkan sebagai pandemik global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Semua pihak terkesan ekoran wabak ini apatah lagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak program-program pembangunan belia yang telah dirancang termasuklah Hari Belia Negara terpaksa ditangguh disebabkan pandemik ini.

Dalam tempoh sukar akibat PKP ini, MBM sebagai organisasi sukarela menggerakkan seluruh jentera yang ada di semua peringkat dalam membantu golongan terjejas. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) khususnya Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican (Menteri) di atas penghakupayaan dan kepercayaan diberikan kepada MBM dalam menjayakan Tujuh Inisiatif Proaktif KBS akibat penularan wabak COVID-19. MBM menganggap penglibatan MBM dalam projek pertama Kementerian ini sebagai satu langkah baik dan proaktif KBS dalam mengiktiraf peranan MBM dan persatuan-persatuan belia di Negara ini. Terima kasih juga kepada YB Menteri yang memahami denyut nadi pergerakan belia melalui suntikan bantuan pentadbiran yang diberikan kepada MBM dan badan gabungannya.

Pasca pandemik menyaksikan penguncupan ekonomi yang mendadak, peningkatan pengangguran, kehilangan pekerjaan malah mencetuskan pelbagai bentuk emosi dalam kalangan masyarakat. Agenda pemerkasaan kelompok belia wajar dipergiatkan. Melihat situasi penghakupayaan belia masa kini, mereka adalah tunjang dan kekuatan negara bersandarkan kepada pembangunan dan pemerkasaan belia.

Oleh itu, fokus dan cabaran amat besar menanti MBM dan pemimpin belia khususnya dalam memainkan peranan memulihkan keadaan meliputi ekonomi, sosial dan sebagainya. MBM berikrar akan terus bersama kerajaan hari ini dalam membantu memulihkan negara keluar dari kemelut Covid-19 ini.

Hikmah di sebalikmusibahWAN MOHD HUSNI ABDULLAHEditor / Ketua PeneranganEmel: [email protected]

TIADA siapa yang pernah menjangka, Corona Virus (COVID-19) telah menjangkiti jutaan orang di seluruh dunia dengan lebih dari ratusan ribu kematian. Ia diburukan lagi dengan pelbagai kesan langsung sekaligus melumpuhkan ekonomi global.

Tidak dinafikan segenap lapisan masyarakat terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PKP ini bakal mencetuskan impak secara jangka panjang terhadap sosial dan juga kesan psikologi terhadap sebilangan rakyat.

Namun, pernahkah kita terfikir di sebalik apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, antaranya lebih ramai tampil menghulurkan bantuan serta bersemangat menjadi sukarelawan, meningkatkan tahap kebersihan serta kesihatan diri dan keluarga, meluangkan lebih masa bersama keluarga, membentuk semula norma masyarakat yang kian beransur hilang.

Musibah ini juga memberi pengajaran kepada kita khususnya kerajaan supaya lebih bersedia dengan apa jua keadaan seperti meningkatkan fasiliti teknologi dan akses internet berkeupayaan tinggi di masa depan. Hanya teknologi sahaja yang mampu menjadi penghubung kita dalam saat-saat sukar malah amat berguna dalam sistem jual beli dan pembelajaran anak-anak dalam talian.

Dasar Belia Malaysia (DBM) telah mengariskan empat cabaran utama dihadapi golongan belia iaitu politik, ekonomi, sosial dan teknologi. Maka semua ini membuka lembaran baharu kepada kehidupan manusia apabila dunia berubah kepada teknologi dalam talian.

Page 3: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

3

KETIKA ini dunia berdepan dengan situasi ‘new normal’ apabila Malay-sia dan seluruh Negara di dunia sedang berkuarantin secara besar-besaran akibat pandemik Covid-19. Malah umat Islam menyambut Ramadhan dalam tempoh ini juga melalui suasana suram tidak seperti kelazimannya. Setakat coretan ini ditulis sejumlah 105 kematian dicatatkan dengan kes positif sebanyak 6,353 di Malaysia. Terima kasih kepada wira-wira Negara di barisan hadapan yang berjuang setiap masa mengekang dan memastikan seluruh warga terhindar dari wabak bahaya ini.Pandemik ini juga menyebabkan hari besar belia Malaysia iaitu Hari Belia Negara telah ditangguhkan. Namun dalam kondisi negara dan dunia ketika ini, MBM dan KBS sepakat dengan menangguhkan sambutan ini dan fokus utama hendaklah ditumpukan kepada pelan bantuan serta pemulihan Covid-19. 22 April 2020 mencatat sejarah tersendiri dalam sejarah pergerakan belia Negara apabila Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican menyerahkan bantuan pentadbiran kepada MBM dan badan belia kebangsaan yang bernaung di bawah MBM. Ini merupakan kali pertama seumpamanya semenjak Oktober 2018 ketika kepimpinan MBM sesi 2018-2020 mengambil alih kepimpinan MBM. Bantuan pentadbiran ini jika diuruskan dengan baik, penuh integriti dan cekap, maka ia boleh membantu pergerakan belia untuk mengumpul aset, membuat tabungan, pelaburan dan dijadikan modal untuk menjana pendapatan sendiri. Selepas 2 tahun yang sukar, maka agenda kemandi-rian pergerakan belia wajar menjadi keutamaan. Tugas MBM amat mencabar untuk mewakili 14.7 juta jiwa muda yang rencam dan berkelompok dengan membawa suara dan aspirasi kepada pihak pembuat keputusan dan polisi. Kritikan terhadap MBM

makanan. Kombinasi KBS dan MBM adalah model yang terbaik mendepani dan menangani isu belia dan rakyat. Untuk tempoh pasca Covid-19, pemimpin belia harus memerah otak untuk menangani isu pekerjaan, pengangguran dan bagaimana mem-bantu usahawan belia PKS meman-faatkan Pakej Rangsangan Ekonomi. Sudah sampai masanya juga pemimpin belia melakukan inovasi sosial untuk mengembangkan perger-akan belia sebagai sumber peluang pekerjaan sekaligus mencipta peluang pekerjaan.Selain itu, dunia pembangunan belia juga harus bergerak serius ke arah profesionalisme kerja belia dengan mewujudkan sektor baharu iaitu pekerja belia sebagai satu bidang profesyen membangun belia secara sepenuh masa dan profesional. MBM ingin melihat seluruh kakitangan MBM, MBN dan MBD menjadi peker-ja belia profesional dengan gaji standard, ada persijilan, ada pening-katan kemahiran profesional dan peluang kerjaya yang cerah. Bagi bekas pemimpin belia pula boleh terus menyumbang kepada pembangunan belia secara profesional sama ada separuh masa atau sepenuh masa.Seperkara lagi yang penting, dengan bantuan pentadbiran ini diharap akan merangsang lebih banyak kelompok belia berbasiskan minat (interest) dan belia indie di luar sana untuk terlibat secara aktif dalam pergerakan belia Negara. MBM yakin ini merupakan bentuk baru partisipasi politik anak muda di mana tidak semestinya mereka aktif dalam politik kepartian tetapi mereka juga boleh menyum-bang kepada sfera demokrasi dengan menggerakkan CSO seperti persatu-an belia. Dengan peranan yang berke-san yang telah, sedang dan bakal dimainkan maka MBM dan seluruh pergerakan belia akan dipandang benar-benar. Dana ini datang dengan tanggungjawab besar bukan untuk "bergumbira" semata-mata!.Ayuh pemimpin belia, masa untuk khidmat Negara!

sebelum ini tidak harus dipandang enteng bahkan pimpinan MBM wajib bermuhasabah supaya MBM benar-benar menjadi jurubicara belia dan rakyat. Secara jujur, sepanjang tempoh sesi ini, MBM belum benar-benar mampu memainkan fungsi secara efisyen dan smart disebabkan tumpuan terpaksa diber-ikan kepada soal survival dan pergeseran yang sengit dengan kepimpinan politik lama KBS yang banyak membuang masa.Kini, MBM boleh fokus kepada soal yang lebih besar seperti Pembu-dayaan Ilmu; Pengkaderan pemimp-in muda; Penyerlahan potensi belia di bidang keusahawanan, kemahi-ran, pendidikan dan kesukarelawa-nan; Pengantarabangsaan belia; Penggubalan dan rekomendasi polisi-polisi Negara; Advokasi dan melobi isu-isu belia di Parlimen; Menggerakkan MBM Holdings bagi menjana dana kemandirian; Mem-bantu membentuk negara bangsa melalui perpaduan kaum dan integrasi nasional; dan Mewujudkan pasukan ‘think do tank’ belia yang mampu menghasilkan idea-idea besar untuk belia dan Negara.Bantuan pentadbiran ini benar-be-nar mengdayaupayakan pergerakan belia negara selaras hasrat dan citra YB Menteri untuk ‘empower’ MBM sebagai induk belia kebangsaan dan terus berperanan sebagai ‘confi-dence builder’ dalam lubuk masyarakat. Mengambil contoh bagaimana aktifnya Relawan MBM dan badan gabungan MBM mem-bantu belia dan rakyat yang terkesan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bantuan RM100,000 yang diumumkan oleh KBS telah disalurkan secara langsung kepada penerima yang layak. Sewaktu awal tempoh PKP, Relawan MBM bersama Persekutu-an Pengakap, Majlis Belia Sabah, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatu-an Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) antara yang terkehadapan membantu para mahasiwa yang keputusan bekalan

Page 4: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

4

RELAWAN MBMbantu gerak kerja COVID-19untuk belia, mahasiswa danrakyat terkesan

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) khususnya YB. Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican (Menteri) di atas penghakupayaan dan kepercayaan diberikan kepada MBM dalam menggerak dan menjayakan Tujuh Inisiatif Proaktif KBS dalam meringankan beban akibat penularan wabak COVID-19.

MBM menganggap penglibatan MBM dalam projek pertama Kementerian ini sebagai satu langkah baik dan proaktif KBS dalam mengiktiraf peranan MBM dan persatuan-persatuan belia di Negara ini.

MBM juga melihat langkah KBS ini tepat pada masanya dalam usaha menjaga kebajikan dan bantuan yang boleh diberikan kepada golongan belia yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bantuan awal telahpun digerakkan oleh Relawan MBM melalui Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persekutuan Pengakap. Manakala peringkat seterusnya melibatkan majlis belia negeri, daerah dan lain-lain badan NGO belia. Kesemua gerak kerja ini diselia oleh MBM selaku badan penyelaras.

Dalam pengumuman tersebut, YB Menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM100 ribu kepada MBM melalui ‘Relawan MBM’ bagi membantu gerak kerja Covid-19 untuk belia, OKU dan mahasiswa yang terkesan.

Page 5: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

JOHOR BAHRU 15 September – Kongres Belia 2019 berlangsung dengan jayanya dan mencapai matlamat dengan kehadiran lebih 3,000 belia pelbagai latar belakang dari seluruh negara.

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja semasa merasmikan program tersebut bertitah menegaskan bahawa negara hanya boleh maju jika rakyatnya bersatu-padu.

Bertema, “Hala Tuju Pertubuhan Belia Malaysia”, kongres itu menjadi platform penting bagi kepimpinan belia serta pemegang taruh bersama-sama berinteraksi dan membina rangkaian kerjasama demi manfaat semua.

Pada majlis itu, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menerima resolusi daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) yang mengandungi 11 perkara berhubung hala tuju pertubuhan belia negara. Kongres Belia dianjurkan MBM dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Johor.

HASILKAN RESOLUSI 7 BUDAYA UNGGUL BELIA MALAYSIA

5

KUALA LUMPUR Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan Hari Belia Negara tahun ini disambut pada 12 Ogos depan selepas tarikh asal ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Timbalan Presiden MBM, Muhammad Fadzli Hasan, berkata tarikh itu dipilih sempena sambutan Hari Belia Antarabangsa yang ditetapkan Pertubuhan Bang-sa-Bangsa Bersatu (PBB).

dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penangguhan itu dapat memberi ruang kepada MBM dan KBS untuk merangka sambutan lebih meriah serta memberi impak besar, selain melakukan sesi penilaian bagi penerima Anugerah Belia sepanjang tempoh berkenaan.

"MBM dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan) secara tradisinya tidak pernah gagal menyambut hari yang menjulang martabat golongan belia ini.

"Namun, dalam keadaan negara dan dunia sedang bergelut dengan pandemik COVID-19, MBM mengambil langkah menyokong saranan bersama KBS dengan menangguhkan sambutan Hari Belia Negara tahun ini," katanya

MBM CADANG HARI BELIA NEGARA DISAMBUT 12 OGOS

Page 6: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

6

PUTRAJAYA 16 April - Majlis Belia Malaysia (MBM) dan kepemimpinan belia telah berinteraksi secara dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican.

Ini merupakan sua muka kali pertama kepimpinan belia negara dengan YB Menteri sejak dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

SIDANG VIDEOYB MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA KEPEMIMPINAN BELIA NEGARA

PUTRAJAYA 22 April - Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menyerahkan sumbangan bantuan pentadbiran bernilai RM2 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pertubuhan-pertubuhan belia di bawah naungan MBM.

Daripada jumlah itu, RM1 juta diberikan kepada MBM dan RM1 juta lagi diagihkan kepada 19 pertubuhan-pertubuhan belia di bawah gabungan MBM. Simbolik serahan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato Sri Reezal Merican Naina Merican.

KBS berharap bantuan pentadbiran tersebut dapat membantu pertubuhan-pertubuhan belia induk, kebangsaan dan negeri untuk melaksanakan peranan mereka sebagai penggerak pembangunan belia dengan lebih berkesan.

Turut sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Dr. Waitchalla RRV Suppiah, Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam dan pegawai kanan KBS.

Terima kasih di atas keprihatinan YB Menteri dan Timbalan kepada pergerakan belia negara!

KBS SALUR BANTUAN PENTADBIRANKEPADA MBM DAN BADAN GABUNGAN

Page 7: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

7

SESI LIBAT URUS#MALAYSIAKERJA

KUALA LUMPUR 16 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengadakan jelajah Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja melibatkan penyertaan dari majlis belia negeri-negeri.

Sesi ini dijalankan mengikut zon melibatkan empat kluster; #perantis kerja, #graduan kerja, #watan kerja dan #wanita kerja. Inisiatif #MalaysiaKerja untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada golongan belia.

Pelaksanaannya diselaraskan oleh Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung MBM dan dibantu Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.

WUJUD PELUANG KERJA YANG LEBIH BAIK BUAT BELIA

AMBIL INISIATIF DEDAH ILMUTERNAKAN DAN PERTANIANKEPADA BELIAALOR GAJAH 1 Disember - Dalam melahirkan lebih-ramai golongan belia yang berkecimpung dalam sektor pertanian dan ternakan, Biro Pertanian dan Industri Asas Tani Majlis Belia Malaysia (PIAT MBM) telah mengadakan beberapa siri kursus pengenalan seperti seni keratan daging kambing, ternakan ayam kampung dan lembu.

Kursus ini mendapat penyertaan amat baik dari golongan belia selain sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan pelbagai agensi kerajaan terutamanya Jabatan Veterinar, Unit Agroprenuer Muda, TEKUN dan institusi pembiayaan makro.

“Inisiatif ini juga bagi menangani pengimportan makanan berasaskan ternakan dan pertanian negara”, ujar Pengerusi PIAT Abdul Hafeez Abdullah.

Page 8: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

8

DIDIK BELIA JADI PENGGUNA BIJAKKUALA KANGSAR 13 Oktober – Lebih 1,000 maha-siswa dan belia dari seluruh institusi pendidikan tinggi telah ditauliahkan sebagai Ahli Skuadmeps dalam program SkuadMEPS Menggerak Pengguna Siswa.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM di Universiti Sultan Azlan Shah. SkuadMEPS dianjurkan Bahagian Kepenggu-naan KPDNHEP, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri dan IPT terbabit.

Platform ini menjadi nilai tambah kepada Gerakan Kepenggunaan Siswa (GPS) sedia ada di IPT supaya mampu menjadi wahana membela nasib dan hak pengguna khususnya mahasiswa seperti isu yuran pengajian, harga rumah, harga makanan, pengangkutan dan lain-lain berkaitan kepentingan dan kebajikan masyarakat”.

Program ini dilaksanakan melalui Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM di bawah kendalian Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh.

WACANA SINAR#CAKAPLAHSHAH ALAM 7 Mac - Buat julung kalinya Majlis Belia Malaysia (MBM) diberi ruang mengetengahkan isu dan suara belia melalui platform media sosial berpengaruh menerusi kerjasama Sinar Harian pada setiap minggu dengan panelis dan topik yang berbeza.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, pemilihan Sinar Harian kerana entiti mereka yang tulus dan telus serta non partisan sebagaimana MBM.

Dialog ini menampilkan pemimpin muda dari berlainan latar belakang politik antaranya Shahril Hamdan, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat dan Jufitri Joha, Presidan MBM serta Amin Idris sebagai moderator.

Wacana siri pertama ini bertajuk ‘Pengundi Muda: Kena Tipu Ke? membicarakan soal pasca PRU14 yang menyaksikan peranan golongan muda yang dikatakan penyumbang kepada pertukaran kerajaan.

RUANG BELIA SUARAKAN PENDAPAT

Page 9: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

9

DALAM tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa 1 hingga terkini, Relawan MBM telah menggerakkan khidmat mobilisasi bantuan pek asas makanan untuk segmen masyarakat yang terkesan seperti golongan B40 termasuk keluarga belia B40, mahasiswa, OKU, gelandangan termasuklah petugas-petugas barisan hadapan.

Sinergi kebaikan ini digerakkan dengan kerjasama rakan strategik seperti Yayasan Basmi Kemiskinan, Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE), Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysian Relief Agency (MRA), Adab Youth Garage, Centre of Living Independently Program and Services, NGO Hub, Gerakan Kemanusiaan Malaysia, Persatuan Belia Dinamik Barat, Global Solution Resources, KABESA, ALPHAT, Septhus, SERUM dan Halaman Nurani Sdn Bhd untuk menyantuni tiap segmen masyarakat.

Fokusnya adalah berbakti untuk semua, kebersamaan ini membolehkan pelbagai kepakaran dan kemahiran dikongsi. Tuntasnya, aktiviti Relawan MBM tidak sekadar hanya menyampaikan khidmat mobilisasi bantuan sahaja, bahkan membantu untuk mewujudkan sistem sokongan kepada komuniti terkesan.

Page 10: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

10

Page 11: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

11

KNPI DAN MBM SANTUNI TKI TERDAMPAKCOVID-19GOMBAK 13 April - Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Malaysia bekerjasama dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) menyampaikan 30 paket bahan makanan kepada migran Indonesia yang terjejas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Batu 8 Gombak, Selangor. Bantuan diserahkan Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed dan Sdr. Mohamad Nazri Abd Latif.

KNPI bekerjasama dengan berbagai organisasi Indonesia di Malaysia sejak awal PKP dilaksanakan bagi membantu para pekerja migran Indonesia di sini. Bantuan tersebut berupa paket bahan makanan bertujuan meringankan kehidupan harian mereka.

CYBERJAYA 8 Mac - Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC) dan Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan Program “Colour of ASEAN” di Dpulze Shoping Centre.

Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada kaum wanita yang merupakan insan penting melalui sumbangan dalam pembentukan keluarga, masyarakat dan negara.

Pelbagai aktiviti dan pameran telah diadakan antara-nya pertandingan mewarna kanak-kanak, puzzle, pameran keunikkan negara ASEAN, pemeriksaan kesihatan, persembahan tarian dan pelbagai lagi.

COLOUR OF ASEANSEMPENA HARI WANITA SEDUNIA

KEDUTAAN CHINA SUMBANG FACE MASKKEPADA MBMKUALA LUMPUR 4 April - Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima sumbangan topeng muka (face mask) daripada Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.

Simbolik penyerahan dilakukan oleh Mr. Tang, Ketua Media Kedutaan China. Sumbangan khas ini atas hubungan baik MBM dengan pihak kedutaan selama ini.

Hadir mewakili MBM menerima bantuan ini Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharuddin dan Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.

Page 12: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

12

BENGKEL ADVOKASIKUALA LUMPUR 22 Februari - Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi telah menganjurkan Bengkel Advokasi 2020 bertempat di Ibu Pejabat Gerakan Belia 4B Malaysia.

Bengkel ini bertujuan melatih dan meningkatkan kemahiran belia dalam bidang advokasi secara ilmiah dan profesional dengan memahami isu-isu serta menjadi pendesak melalui saluran demokrasi.

Penceramah undangan terdiri daripada Dr. Khoo Hooi Ying, Timbalan Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, (Advokasi) Shuhaimi Mohamed, pengacara (Cermin Diri) dan Budiman Mohd Zohdi, Pengasas Sebar Pelita, bekas Ahli Parlimen Sungai Besar (Propaganda).

PUTRAJAYA 29 Disember - Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan dan Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan Program ‘Young CEO Talk’ bertempat di Menara Perkeso.

Program dua hari ini telah disertai lebih 300 peserta dari kalangan usahawan dan bakal bergelar usahawan. Pelbagai pengisian bermanfaat dikongsi malah ia merupakan platform terbaik kepada peserta yang hadir dalam mendapatkan input-input berguna bagi membina dan mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.

BANTU USAHAWAN BELIA

Page 13: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

13

KEJOHANAN SEPAK TAKRAWPIALA PRESIDEN MBMSEBERANG PERAI 15 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Kebudayaan, Sukan dan Hidup Sihat telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden MBM (Terbuka) 2019 bertempat di SMK Mutiara Impian melibatkan penyertaan 48 pasukan dari sekitar daerah ini.

Perlawanan berlangsung secara kalah mati melibatkan bakat baru yang tidak pernah menyertai pertandingan negeri sedikit sebanyak memberi peluang sama rata dalam pertandingan ini.

Keputusan akhir menyaksikan regu Presspo dinobatkan sebagai Johan dan regu JLJ C Naib Johan. Regu JLJ A dan Bertam Perdana pula meraih tempat ketiga dan keempat.

CYBERJAYA 8 Mac - Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) telah menganjurkan Larian Belia Malaysia yang disertai lebih 2,000 orang peserta di DPULZE Shoping Centre.

Majlis flag-off telah disempurnakan oleh Datuk M Noor Azman Taib, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan.

Program tersebut diadakan bagi menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan belia selain melahirkan kestabilan emosi, psikologi dan kesihatan mental.

LARIAN BELIA MALAYSIAMALAYSIA YOUTH RUN

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha. Peserta menerima hadiah tunai dan piala.

PROGRAM PENGENALAN

DUTA BELIA DAMAI DAN PERPADUANKUALA LUMPUR 18 Feb – Sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan telah menganjurkan Program Pengenalan Duta Belia Damai dan Perpaduan bertempat di UCSI Living Lab, Cheras.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Sustainable Development Goals UCSI Group dan disokong oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar Institut Profesional Baitul-mal, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya dan ahli-ahli gabungan MBM. Program ini merupakan salah satu inisiatif MBM dalam menyokong perpaduan kaum terutama di kalangan belia selaras dengan kempen MBM iaitu “Youth For Unity”.

Page 14: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

14

THE ROHINGYA REFUGEES MUST BECONTINUOUSLY SUPPORTED

for the government to take care of the refugees. Unfortunately, a lot of unnec-essary hate was fueling an intense barrage of inappropriate remarks thrown towards the already scrutinized commu-nity amidst an ongoing pandemic. The general concerns of Malaysians had possibly come from their negative experiences from the increasing influx of immigrants and/or during interaction with the community, we strongly advise against engaging in any racial harass-ment towards them seeing as to how we all need to stand together during difficult times.

The Rohingya refugee crisis is a human-itarian issue and aid should be given

ARTICLE BY : IDZHAM HAQIM MAT RASID, SECRETARY OF INTERNATIONAL AFFAIRS & SDG MBM

regardless of race, religion and nationali-ty on the basis of compassion as it is our collective responsibility as a global citizen. Only after, should we then figure out the next best course of action while keeping the safety and wellbeing of these refugees in mind. In this context, the government and relevant NGOs must be on the same page in dealing with this crisis for the best possible outcome for all relevant parties. This pandemic leaves no one behind and some are more vulnerable than others therefore it is crucial that we extend our care beyond any social barriers.

Views by Idzham entirely his own

Recently in the past week (April 2020) or so a Facebook post went viral contain-ing a list of demands presumably by the leader of the Rohingya Refugee Associ-ation in Malaysia. The list included guarantee of work, a visa and so forth and soon after, it had been discovered that the post had been fake and was put up by an irresponsible individual. However, it did little to stop concerned Malaysians from voicing out their opinions regarding the matter.

Opinions were split between both camps where on one side, they condemned the demands and pushed for the refugees to return home and on the other, condemned the other side and pushed

Page 15: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

KOTA KINABALU 12 April - Majlis Belia Sabah (MBS) mengambil inisiatif semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menggerakkan program yang dinamakan sebagai #DapurBelia.

Presiden MBS Ahmad Farid Sainuri berkata, program berkenaan membabitkan usaha pengagi-han pek bantuan makanan dan barang keperluan kepada golongan yang memerlukan di negeri ini.

Katanya, sejak 21 Mac hingga 10 April 2020, sekitar 1,091 pek bantuan berjaya diedarkan di seluruh Sabah oleh sukarelawan MBS.

MBS AMBIL INISIATIFAGIH BANTUANMENERUSI #DAPURBELIA

KUALA LUMPUR - Setakat 30 April 2020 Persekutu-an Pengakap Malaysia telah mengambil inisiatif membuat dan mengagihkan sebanyak 121,000 unit pelindung muka (face shields) kepada petugas- petugas barisan hadapan (medical frontliners) dalam menjalankan tugas mencabar mereka ketika berhadapan dengan wabak COVID-19.

Projek ini digerakkan oleh pasukan Pengakap Kelana di setiap Negeri dengan keizinan Kementeri-an Kesihatan Malaysia (KKM). Syabas Pengakap!

PROJEK ROVER'SFACE SHIELD HEROES

ALOR GAJAH 5 April - Khidmat Bantuan Belia Prihatin telah digerakkan oleh sukarelawan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) bagi menyampaikan sumbangan bantuan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Melaka.

Bantuan disalurkan melalui tiga Majlis Gabungan Belia Daerah di Melaka. Sdr. Mohd Ridhwan Mohd Ali, Presiden MGBM dan kepimpinan MGBM turut sama mengagihkan bantuan tersebut.

KHIDMAT BANTUANBELIA PRIHATIN MGBM

TELUK INTAN 15 April - Kepimpinan Majlis Belia India Malaysia (MIYC) telah turun padang bagi menyampaikan sumbangan barang-barang keperluan makanan harian kepada beberapa keluarga yang tertejas dengan Perintah Kawatan Pergerakan (PKP) di sekitar daerah ini.

“Kita bantu agihkan sumbangan kepada mereka tanpa mengira batas kaum dan agama”, ujar Presiden MIYC, Sdr. Siva Balan yang mengetuai pasukan ini.

MIYC SERAH BANTUANKELUARGA TERJEJAS PKP

15

Page 16: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN
Page 17: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

KUALA LUMPUR 12 Feb - Majlis Belia Malaysia (MBM) menjejaki susuk tubuh pemimpin hebat dulu, kini dan selamanya, YB Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang atau lebih mesra disapa KuLi. Banyak perkara yang diperkatakan terutamanya berkenaan ekonomi semasa dalam negara yang dilihat masih menguncup.

Apabila menyentuh isu ekonomi rakyat, KuLi berpendirian bahawa sistem monopoli ke atas ekonomi dalam apa jua sektor dalam negara harus dihapuskan terus. Keadaan monopoli inilah yang menyebabkan peluang perniagaan yg ada dalam negara gagal diagih sama rata.

Secara jujurnya MBM sangat kagum dengan sejarah perjalanan KuLi dalam arena politik. Walaupun permusuhan di arena politik atas sebab dan musabab yang berbeza, tetapi KuLi tetap 'maintain' dan konsisten membela nasib rakyat dan nasib negara apabila berbicara tentang politik semasa. MBM mendoakan agar beliau sihat dan dimudahkan urusan dalam mendepani hari-hari mendatang.

BERTEMU MATA,BERTANYA KHABAR KU LI

17

SHAH ALAM 26 April - Sdr. Syed Osman Mohamed, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mewakili Presiden MBM menghantar sedikit bantuan kepada Sr. M. Muniandy, mantan Ahli Dewan Tertinggi MBM dan mantan Timbalan Presiden Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia.

Bantuan wang tunai dan barang keperluan harian ini bagi meringankan beban beliau yang sedikit keuzuran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di samping mengenang jasa pimpinan belia terdahulu.

Kepada rakan-rakan dan sesiapa yang ingin membantu boleh hulurkan sumbangan ke akaun beliau 6462481034 Public Bank atau hubungi 019 2518330.

BANTUAN MENGENANG JASAPIMPINAN BELIA

Page 18: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN
Page 19: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

19

Page 20: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

LEGASI SENI JUARA FESTIVAL TARIAN TRADISIONALMALAYSIA (ZAPIN) 2019

KUALA LUMPUR 8 Jan - Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan dan perbin-cangan dengan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy tentang hasrat MBM untuk mengadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ia adalah kerangka agenda MBM bagi mempererat hubungan belia dengan pihak Institusi DiRaja yang menjadi simbol menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama.

MBM sebagai platform belia pelbagai kaum juga komited untuk memperjuangkan ruh Rukun Negara yang menjadi pasak keutuhan Negara.

MBM ADAKAN KUNJUNGHORMAT KEPADA DATUKPADUKA MAHARAJA LELAISTANA NEGARA

20

SHAH ALAM 20 Feb – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan susulan bersama Datuk Husamuddin Yaacub, Pengerusi Karangkraf di bangunan Karangkraf.

Antara isu yang dibincangkan seperti perpaduan, situasi politik negara, kesinambungan Wacana Cakaplah Sinar, Tabung Pembangunan Belia ‘financial freedom’ dan Bicara Anak Raja.

Secara kesimpulannya, pihak Sinar Harian menyokong program-program MBM dengan matlamat mengetengahkan ‘orang muda’ dan melahirkan pemimpin muda yang berkredibiliti dan mempunyai nilai moral tinggi. Pertemuan ini diketuai Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah.

PERTEMUAN MBM DENGAN PENGERUSI KARANGKRAFFOKUS ISU SEMASA

SEPANG 2 Nov - Kumpulan Legasi Seni dijulang sebagai juara Festival Tarian Tradisional Malaysia (Zapin) 2019. Kemenangan itu sekali gus menumpaskan tujuh kumpulan lain, Sanggar Budaya, Akar Seni, D’Waris, Budak Capal Studio, Nyala Dance dan Dansa Fusion.

Tempat kedua dimenangi kumpulan Akar Seni Malaysia manakala Dansa Fusian pula menyandang hadiah tempat ketiga. Juara membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta sijil manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing memenangi RM3,000 dan RM1,000.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar. Penganjuran festival ini merupakan kolaborasi Malaysia Airports dan MBM buat kali ketiga sejak 2017 malah telah dijadikan acara tahunan di KLIA. Kamarudin berkata, Kerajaan amat menghargai usaha Malaysia Airports dan Majlis Belia Malaysia (MBM) menganjurkan festival ini sebagai sebaha-gian usaha mempromosikan Tahun Melawat Malay-sia 2020.

Page 21: #dudukrumah #kitamestimenang #stayhome #kitajagakita · 2020. 5. 15. · dalam talian bersama Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato' Sri Reezal Merican Naina ... BERSAMA KEPEMIMPINAN

KUALA LUMPUR 28 November - Terima kasih Adik Azman ‘Azhim Roslan pelajar tingkatan 4 SMK Taman Desa 1, Rawang di atas pembentangan cadangan yang menarik menggerakkan Projek Junior Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi menggalak-kan lebih ramai remaja menyertai MBM dan badan gabungannya.

Di samping itu, Junior MBM bertujuan mencari pelapis muda sekaligus menerap nilai-nilai kerja kesukarelawanan, patriotisme dan perpaduan. Junior MBM diletakkan di bawah Jawatankuasa Relawan MBM. Like dan share Facebook Junior MBM dan Instagram junior.mbm

PROJEK JUNIOR MBMGALAK LEBIH RAMAI REMAJA SERTAI MBM