akta keselamatan dan kesihatan pekerja 1994

10
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 1994 Pengenalan: Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Upload: muhamad-syazwan

Post on 20-Jun-2015

1.364 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 1994

Pengenalan:

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan merupakan satu bidang yang bertujuan melindungi kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja. Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Ia merupakan salah satu tanggungjawab majikan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 Malaysia untuk mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan para pekerja ketika bekerja di dalam sesebuah syarikat. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian Sumber Manusia.

Page 2: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994

Prinsip:

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994 dirangka berdasarkan enam prinsip iaitu:

Pemcegahan kemalangan adalah sebahagian daripada aspek penting pengurusan dan kemahiran yang baikPihak pengurusan dan pekerja mestilah bekerjasama dalam memastikan tempat kerja bebas daripada sebarang kemalanganPenglibatan pihak atasan adalah diutamakan dalam memimpin perlaksanaan keselamatan di tempat kerjaDasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendaklah dirangka dan diketahui oleh semua pekerja di tempat kerjaOrganisasi dan sumber yang perlu hendaklah dibangun dan disediakan bagi menyokong ke arah kesihatan dan keselamatan pekerjaanPengetahuan dan kaedah tersedia yang terbaik digunakan

Keenam-enam prinsip tadi merupakan asas di dalam pembinaan dan perangkaan Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994.

Page 3: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994

Aliran Sebelum Era Keselamatan Pekerja 1994:

1913 Menguatkuasa “machinery enactmen of 1913” di negeri-negeri bersekutu dan diperluaskan pada negeri-negeri lain selepas tahun 1914. Ia adalah bertujuan untuk mengawal keselamatan penggunaan dandang stim serta jentera-jentera.

1953Sehingga tahun 1953, aspek kesihatan pekerja mula ditekankan apabila “Ordinan Kejenteraan 1953” diperkenalkan. Dimana ordinan telah dimansuhkan “Machinery Enactmen Of 1913” yang terpakai sebelum ini.

1967“Ordina Kejenteraan 1953” telah ditukar kepada “Akta Kilang Dan Jentera 1967” yang dikuatkuasa oleh Jabatan Kilang dan Jentera di bawah Kementerian Buruh pada masa itu.

1994Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerja di bawah Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan “Akta Keselamatan Dan kesihatan Pekerja 1994”. Akta berikut pelengkap kepada “Akta Kilang Dan Jentera 1967” dan telah diguna pakai sehingga kini.

Page 4: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994

Dasar keselamatan dan kesihatan 1994:

Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya.Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama. Khususnya, dasar Jabatan ialah:

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang selamat dan sihat; 

Untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan; 

Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak berulang lagi; 

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tataamalan-tataamalan yang diluluskan; 

Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan

Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.   

Untuk mempastikan pelaksanaan dasar ini, seorang pegawai keselamatan dan kesihatan dilantik di setiap pejabat untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti yang telah dirancang. 

Page 5: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (Dosh) merupakan sebuah jabatan di bawah Jabatan Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat di tempat kerja serta melindungi orang lain dari bahaya keselamatan dan kesihatan yang timbul dari sektor kegiatan yang meliputi:

Kilang Perlombongan dan Penggalian Pembinaan Hotel dan Restoran Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Pengangkutan, Pergudangan dan Komunikasi Perkhidmatan Awam dan wajib Otoritas Gas, Listrik, Air dan Sanitasi Jasa Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Jasa Syarikat Grosir dan Eceran Perdagangan

Sebagai instansi pemerintah, jabatan bertanggung jawab atas pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan negara itu, dengan visi untuk menjadi sebuah organisasi yang memimpin bangsa dalam mencipta budaya kerja yang selamat dan sihat yang memberi sumbangan terhadap peningkatan kehidupan kerja.

Page 6: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja 1994

Contoh-contoh Kemalangan Di Tempat Kerja: