akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat...

8
Tugasan 1 Pengenalan Akauntabiliti berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu adalah membawa maksud, sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya. Manakala akauntabiliti keguruan pula membawa makna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti seorang guru adalah merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku, murid-murid dan profesion keguruan. Namun begitu, tanggungjawab seorang guru itu tidak terhad di dalam kawasan sekolah sahaja. Guru juga memainkan peranan penting dan bertanggungjawab terhadap institusi kemasyarakatan dan Negara. Guru merupakan agen penting dalam memupuk sifat intergriti dan perpaduan antara kaum dalam diri setiap individu bagi membina satu masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Oleh itu, guru seharusnya menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri, dan memilih tugas. Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan Tatasusila Profesyen Keguruan atau Kod Etika Keguruan sebagai garis panduan untuk setiap guru bagi menjaga imej profesyennya. Kod Etika Keguruan ini menjadi sumber rujukan bagi setiap guru supaya setiap guru lebih faham dan sentiasa peka 1

Upload: sabran-solihin-safian

Post on 26-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

asas dan kepimpinan guru oleh sabran solihin bin mohd safian

TRANSCRIPT

Page 1: Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat berlandaskan kod etika keguruan

Tugasan 1

Pengenalan

Akauntabiliti berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu adalah membawa

maksud, sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan,

keputusan dan sebagainya. Manakala akauntabiliti keguruan pula membawa makna

tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru.

Akauntabiliti seorang guru adalah merangkumi bidang pekerjaan, sekolah, tingkah laku,

murid-murid dan profesion keguruan. Namun begitu, tanggungjawab seorang guru itu

tidak terhad di dalam kawasan sekolah sahaja.

Guru juga memainkan peranan penting dan bertanggungjawab terhadap institusi

kemasyarakatan dan Negara. Guru merupakan agen penting dalam memupuk sifat

intergriti dan perpaduan antara kaum dalam diri setiap individu bagi membina satu

masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Oleh itu, guru seharusnya menjalankan

tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi, tidak mementingkan diri, dan memilih

tugas.

Selaras dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggariskan

Tatasusila Profesyen Keguruan atau Kod Etika Keguruan sebagai garis panduan untuk

setiap guru bagi menjaga imej profesyennya. Kod Etika Keguruan ini menjadi sumber

rujukan bagi setiap guru supaya setiap guru lebih faham dan sentiasa peka terhadap

tanggungjawab mereka terhadap murid-murid, sekolah, masyarakat dan Negara.

Etika menurut Kamus Dewan Bahasa (2010) adalah bermaksud prinsip moral

atau nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu

kumpulan persatuan dan pekerjaan. Mackie (1977) pula mendefinisikan etika sebagai

disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan. Manakala Kod

Etika Keguruan bermaksud peraturan untuk membantu para guru yang professional

mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya.

1

Page 2: Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat berlandaskan kod etika keguruan

Kod Etika Keguruan ini terbahagi kepada empat bidang tanggungjawab iaitu,

tanggungjawab terhadap murid-murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara serta rakan

sejawat dan profesionnya sendiri. Namun begitu, apa yang hendak ditekankan adalah

tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara.

Akauntabiliti Guru terhadap Masyarakat dan Negara Bagi Menjamin Keharmonian

dan Kemakmuran berdasarkan Kod Etika Keguruan

Seorang guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap masyarakat dan Negara

harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan

kepentingagn pelajar, masyarakat, Negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun

Negara. Guru harus bersikap natural dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang

boleh menyebabkan etika dan akauntabiliti guru tersebut tergugat. Sebagai contoh, di

sekolah, guru harus menghindarkan diri daripada membawa unsur-unsur politik atau

berbaur perkauman dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

Jika seorang guru tersebut membawa budaya perkauman di sekolah, akibatnya

adalah wujudnya polarisasi kaum terhadap murid-murid sejak dari bangku sekolah yang

seterusnya boleh menyebabkan keharmonian perpaduan Negara tergugat. Oleh itu,

guru harus menunjukkan suri tauladan yang mulia dengan menunjukkan hatta terdapat

perbezaan dari segi warna kulit sekalipun, semua orang adalah sama dan tidak harus

berpecah belah.

Disamping itu, Pihak kerajaan telah berusaha untuk memupuk perpaduan dalam

diri individu melalui pelbagai program antaranya adalah program sekolah wawasan.

Program ini adalah satu usaha bagi menyatukan tiga buah sekolah iaitu Sekolah

Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis

Kebangsaan Tamil (SJKT) di bawah satu tapak dan kawasan sekolah yang sama.

Walaupun murid-murid ini masih belajar di dalam bangunan yang berbeza, namun

begitu, mereka berkongsi kemudahan yang sama seperti tapak perhimpunan, padang

sekolah, dan kantin sekolah yang sama. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab

seorang guru untuk memurnikan hasrat dan usaha yang telah dijalankan ini.

2

Page 3: Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat berlandaskan kod etika keguruan

Guru-guru boleh merealisasikan hasrat sekolah wawasan ini dengan cara

mengadakan program sukan sekolah yang melibatkan ketiga-tiga buah sekolah ini

secara bersama-sama. Disamping itu, melalui program sekolah wawasan ini, guru-guru

dapat membimbing murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang

berbilang kaum. Persekitaran ini tidak semestinya dapat dirasai oleh murid-murid di

rumah, terutamanya murid-murid yang tinggal di kawasan kampung, felda, dan

sebagainya. Namun begitu, melalui program sekolah wawasan ini, murid-murid dapat

bergaul dengan rakan-rakan daripada pelbagai budaya.

Selain itu, guru juga harus memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai

yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat

setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan,

keturunan dan agama. Antara program yang dapat dilaksanakan bagi memupuk nilai-

nilai murni dalam diri murid adalah melalui program Sambutan Kemerdekaan. Apabila

tiba sambutan hari Kemerdekaan, pelbagai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru

antaranya adalah aktiviti bersajak, bersyair, mewarnakan poster, nyanyian lagu

kemerdekaan, pakaian beragam dan sebagainya. Melalui aktiviti yang dijalankan,

murid-murid akan lebih menghayati erti kemerdekaan yang cuba dikecapi oleh pejuang-

penjuan bangsa seterusnya melahirkan sikap bertanggungjawab dalam diri murid-murid

untuk mengekalkan keharmonian yang telah dikecapi Negara sekarang.

Disamping itu, di dalam program sambutan kemerdekaan juga, guru-guru dapat

memaparkan kepada murid-murid kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh rakyat

Malaysia sewaktu isu 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah

pembangunan Negara. Gambaran terhadap peristiwa ini boleh ditayangkan di dalam

bentuk pameran bergambar, tayangan cerita serta penceritaan oleh warga emas yang

pernah terlibat dalam peristiwa itu sendiri. Hal ini, seterusnya menjadi iktibar kepada

murid-murid bahawa sikap saling hormat menghormati dalam sesebuah masyarakat

adalah penting agar sejarah seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan

datang.

3

Page 4: Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat berlandaskan kod etika keguruan

Selain itu, guru juga harus bertindak sebagai agen perubahan dalam

masyarakat. Di kebanyakan tempat, guru-guru diberi kepercayaan untuk menjawat

jawatan penting dalam institusi kemasyarakatan. Oleh itu, guru seharusnya

menggunakan medium ini sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai perpaduan

dalam diri masyarakat. Pelbagai program boleh dilaksanakan bagi mewujudkan sikap

toleransi dan penerimaan warga masyarakat terhadap kaum-kaum yang bebilang yang

hidup bersama dalam sesebuah kawasan antaranya adalah program hari keluarga dan

sebagainya. Program-program seperti forum perdana mengenai tajuk perpaduan yang

dibuat secara terbuka juga boleh dianjurkan oleh guru-guru bagi menarik bukan sahaja

masyarakat yang beragama islam, bahkan masyarakat lain juga boleh terlibat

mendengar ceramah yang disampaikan. Hal ini akan memberi kesedaran terhadap

masyarakat setempat mengenai kepentingan perpaduan dalam sesebuah institusi

kemasyarakatan.

Sebagai tambahan, guru juga harus membawa murid-murid agar bersama-sama

menghayati Rukun Negara. Terdapat lima prinsip dalam Rukun Negara iaitu,

Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran

Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan. Jika

diteliti, prinsip-prinsip ini memainkan peranan yang tersendiri dalam mengekalkan

keharmonian perpaduan di dalam sesebuah masyarakat.

Antara kepentingan Rukun Negara adalah, berdasarkan prinsip pertama iaitu

Kepercayaan kepada Tuhan menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama

merupakan prinsip penting kehidupan rakyat di Negara kita. Jika dilihat secara

keseluruhannya, kesemua rakyat di Malaysia bebas dalam mengamalkan agama

masing-masing. Masyarakat juga dibenarkan membina tempat-tempat ibadat di

kawasan-kawasan tempat tinggal mereka. Disamping itu, kita juga dapat melihat, setiap

kaum mempunyai kawasan perkuburan sendiri yang berbeza-beza. Hal ini telah

menjadi satu keunikan di Negara Malaysia dimana masyarakat dari Negara lain juga

menjadikan Negara Malaysia sebagai contoh. Murid-murid harus faham bahawa, jika

terdapat diskriminasi dalam kebebasan mengamalkan agama akan menyebabkan

keharmonian perpaduan Negara tergugat.

4

Page 5: Akauntabiliti guru terhadap masyarakat dan negara bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat berlandaskan kod etika keguruan

Selain itu, undang-undang yang merupakan prinsip keempat juga adalah sangat

penting dalam mengekalkan keharmonian sesebuah Negara. Setiap rakyat mempunyai

kedudukan yang setaraf di sisi undang-undang tanpa sebarang diskriminasi kaum,

jantina mahupun status sosial. Bahkan setiap kaum majmuk Negara Malaysia juga

mempunyai institusi pendidikan masing-masing dimana kurikulum dan kokurikulumnya

telah diselaraskan di bawah satu kementerian pendidikan.

Manakala prinsip terakhir iaitu kesopanan dan kesusilaan pula mempunyai

perkaitan rapat nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini harus menjadi

panduan seluruh masyarakat supaya perilaku sentiasa terpelihara dan berkembang

sesuai dengan kemajuan Negara. Di sekolah, guru menerapkan nilai-nilai kesopanan

dan kesusilaan dalam diri murid-murid agar mereka saling menghormati antara kaum

disamping mengawal diri daripada membangkitkan isu-isu sensitif sesuatu kaum seperti

warna kulit, bahasa, kebudayaan dan kepercayaan agama yang dianutinya.

Oleh itu, amalan prinsip Rukun Negara adalah sangat penting untuk diterapkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Disamping itu, kelima-lima

prinsip ini juga telah dicetakkan di setiap halaman akhir setiap buku tulis murid-murid

agar prinsip-prinsip ini sebati dan sinonim dalam hidup murid-murid sejak dari bangku

sekolah lagi.

Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting dalam sesebuah

institusi sekolah, masyarakat dan Negara. Peranan seorang guru juga tidak terhad

kepada mendidik sahaja, guru juga memainkan peranan penting dalam memupuk

perpaduan dalam masyarakat yang seterusnya menjamin keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan Negara. Oleh itu, perlu difahami dengan jelas bahawa

kerjaya guru bukanlah suatu kerjaya yang sembarangan.

5