aisyah
DESCRIPTION
AisyahTRANSCRIPT
Aisyah , Ibu Kepada orang beriman[1] telah bercerita:
“Wahyu yang pertama diberikan kepada Rasulullah s.a.w. adalah merupakan mimpi yang baik di
dalam tidur. Tidaklah Baginda s.a.w. bermimpi melainkan mimpinya datang seperti sinaran pagi.
Kemudian baginda gemar menyendiri. Baginda menyendiri di Gua Hira. Baginda
bertahannuth disana , iaitu beribadah pada waktu malam disana untuk beberapa malam, sebelum
pulang ke pangkuan ahli keluarganya disamping berbekal pula untuk tujuan yang sama. Kemudian
baginda pulang kepada Khadijah. Beliau mengambil bekal seperti biasa (bekal untuk beberapa
malam) sehingga datanglah kepadanya kebenaran (Wahyu).
Ketika beliau berada di Gua Hira, datanglah malaikat seraya berkata, 'Bacalah!' Baginda berkata,
'Sungguh, aku tidak pandai membaca.” Baginda SAW bercerita:
“Lalu malaikat itu memegang aku dan mendakap aku sehingga aku lemah. Kemudian ia melepaskan
aku, lalu malaikat itu berkata lagi : 'Bacalah!', aku menjawab: , 'Sungguh aku tidak pandai
membaca:' Lalu malaikat itu memegang dan mendakap aku buat kali kedua, kemudian ia
melepaskan aku, lalu ia berkata lagi, 'Bacalah!' Maka, aku berkata, 'Sungguh aku tidak pandai
membaca' Lalu malaikat itu memegang dan mendakap aku buat kali ketiga, kemudian ia
melepaskan aku. Lalu ia membaca:
ل�ق� ) ) خ� ال�ذ�ي ب�ك� ر� م� ب�اس�� أ ر� ع�ل�ق�) )1اق� م�ن� ان� �نس� اإل� ل�ق� خ�
2 ( (�م ك�ر�� األ� ب"ك� ر� و�
أ� ر� 3اق�
'Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. Yang mengajar manusia dengan
perantaraan kalam. Bacalah, demi tuhanmu yang Mulia.”
Lalu Rasulullah s.a.w. pulang dengan membawa wahyu itu beserta perasaan hati yang berdebar-
debar. Lalu, beliau masuk menemui Khadijah binti Khuwailid, seraya berkata: 'Selimutkanlah aku,
selimutkanlah aku!' Maka, mereka pun menyelimutkan baginda sehingga hilanglah rasa takut
baginda itu.
Beliau bersabda dan menceritakan kisah tersebut kepada Khadijah, “Sesungguhnya aku benar-
benar bimbangkan diriku.” Lalu Khadijah berkata kepada baginda:
“Jangan takut. Demi Allah, sampai bila pun Allah tidak akan menghinamu. Sesungguhnya engkau
amat suka menyambung tali persaudaraan , menanggung beban dan berusaha membantu orang
yang tidak mempunyai apa-apa, memuliakan tetamu, dan membantu orang ketika bencana-bencana
alam menimpa.”
Kemudian Khadijah membawa Nabi s.a.w. berjumpa Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza ,
sepupu Khadijah. Dia (Waraqah) adalah pemeluk agama Nasrani (Kristien) pada zaman jahiliah. Dia
dapat menulis kitab dalam bahasa Ibrani, dan dia menulis Injil dalam bahasa Ibrani pada perkara
apa jua yang dia kehendaki. Ketika itu beliau telah tua dan buta.
Khadijah berkata: “ Wahai sepupuku, dengarkanlah cerita dari anak saudaramu ini!” Lalu Waraqah
berkata kepada baginda s.a.w. : “Wahai anak saudaraku, apakah yang engkau lihat?'” Lantas
Rasulullah s.a.w. menceritakan kepadanya tentang apa yang telah baginda lihat.
Lalu Waraqah berkata kepada baginda, “Itulah Namus[2] yang telah Allah turunkan kepada Musa.
Aduhai diriku,sekiranya aku masih muda , sekiranya aku masih hidup ketika kaummu
mengusirmu....” Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Adakah mereka akan mengusir aku?” Waraqah
menjawab, “Ya, tiada seorang pun yang telah membawa seperti apa yang engkau bawakan kecuali
dia akan dimusuhi. Andai kata hari itu aku sempat bersama denganmu nescaya aku akan bela
engkau dengan bersungguh-sungguh.” Tidak lama kemudian , Waraqah meninggal dunia dan
wahyu pun terhenti.
Ibnu Syihab berkata:
Abu Salamah bin Abul Rahman menceritakan kepadaku, bahawa Jabir bin Abdullah al-Anshari telah
berkata, ketika menceritakan peristawa terputusnya wahyu : Nabi s.a.w. bercerita:
“Ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba terdengar suara dari langit. Lalu aku melihat ke atas, rupa-
rupanya malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira sedang duduk di atas kursi di antara
langit dan bumi. Maka timbullah perasaan gerunku terhadapnya. Aku pulang ke rumah dan berkata:
selimutkanlah aku, selimutkanlah aku’ lalu Allah Taala menurunkan ayat:
* �د�ث�ر �ال�م ا ي"ه�� أ نذ�ر� * ي�ا
أ� ف� م� �ك�ب�ر� ق ف� ب�ك� ر� ر� * و� ف�ط�ه� ث�ي�اب�ك� و� ر� * �ج اه� ف� ز� ج� الر" و�
Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat
manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka
hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi [3].
Selepas itu, wahyu pun turun dengan banyak dan berterusan.”
[1] Dalam bahasa arab( المؤمنين .( أم Ini adalah gelaran kepada semua isteri-isteri Rasulullah
s.a.w. , oleh itu semua lelaki muslim tidak dibenarkan mengahwini para isteri Rasulullah, kerana
mereka adalah umpama ibu mereka.
[2] Malaikat Jibril
[3] Surah Al-Muddaththir: 1-5