aicord

21
JENIS – JENIS MATA PAHAT Bentuk pahat dibedakan menurut bentuk mata potongnya serta ukuran panjangnya. Pahat ini mempunyai mata potong yang dibulatkan dengan badan berbentuk segi enam dan digunakan untuk meratakan bidang dan memotong pelat logam. Besar sudut mata potongnya pahat ini 60°. Pahat Alur. Pahat alur digunakan untuk membuat alur sejajar, mata potong pahat lebih lebar dan lebih tebal dari badannya agar pahat tidak terjepit pada waktu dipergunakan. Pahat Dam. Pahat dam adalah jenis pahat yang digunakan untuk memutus bahan yang akan dipotong yang sebelumnya telah dibor atau dilubangi. Pahat Alur Minyak. Pahat alur minyak adalah jenis pahat untuk membuat lubang saluran minyak/pelumas pada bantalan-bantalan poros, metal-metal, bos-bos, dan sebagainya. Pahat Kuku. Pahat kuku adalah jenis pahat yang dipergunakan untuk memperbaiki kesalahan waktu pemakanan pertama mengebor (titik pusat pengeboran meleset).

Upload: nadya-dieey

Post on 17-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

dd

TRANSCRIPT

JENIS JENIS MATA PAHATBentuk pahat dibedakan menurut bentuk mata potongnya serta ukuran panjangnya. Pahat ini mempunyai mata potong yangdibulatkan dengan badan berbentuk segi enam dan digunakan untukmeratakan bidang dan memotong pelat logam. Besar sudut matapotongnya pahat ini 60.Pahat Alur. Pahat alur digunakan untuk membuat alur sejajar,mata potong pahat lebih lebar dan lebih tebal dari badannya agarpahat tidak terjepit pada waktu dipergunakan.

Pahat Dam.Pahat dam adalah jenis pahat yang digunakan untukmemutus bahan yang akan dipotong yang sebelumnya telah diboratau dilubangi.

Pahat Alur Minyak.Pahat alur minyak adalah jenis pahat untuk membuatlubang saluran minyak/pelumas pada bantalan-bantalan poros,metal-metal, bos-bos, dan sebagainya.

Pahat Kuku.Pahat kuku adalah jenis pahat yang dipergunakanuntuk memperbaiki kesalahan waktu pemakanan pertamamengebor (titik pusat pengeboran meleset).

Pahat Diamon.Pahat diamon adalah jenis pahat yang dipergunakanuntuk membuat alur yang berbentuk V pada logam, menghaluskansudut-sudut bagian dalam serta menyikukan sudut-sudut alurbagian dalam.

Jenis-jenis pahat

Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan iaitu:

3. . Pahat mata rata

. ii. Pahat mata bulatiii Pahat mata bentuk intan. iv. Pahat mata lintang

3.7.1. Pahat mata rata

Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.

3.7.2. Pahat mata melintang

Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar.

3.7.3. Pahat mata bulat

Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkanpenjuru bulat pada lubang yang dalam.

3.7.4. Pahat mata bentuk intan

Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.

3.7.5. Pahat berkepala cendawan

Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.

1. PEMATERIAN DAN KIMPALAN

1.1 Jenis- Jenis Rod Brazing

Berikut adalah jenis- jenis rod brazing:-

Rajah 1.1.1: Silfos Rod

Rajah 1.1.2: Brass Rod

Rajah 1.1.3: Silver Rod

Rajah 1.1.4: Aluminium Rod

Rajah 1.1.5: Copper Brazing Rod

Rajah 1.1.6: Stainless Steel Brazing Rod

1.2 Set Kimpalan Gas dan Bahagian-bahagiannya

A : Tolok tekanan alir keluarB : Tolok kandungan selinderC : Pengatur tekananD : Perengkoh injap selinderE : InjapF : Hos asetilenaG : Tangki asetilenaH : Tangki oksigenI : Sumpitan apiJ : Penangkap cegah balikK : Hos oksigen

1.3 Teknik Mengimpal Gas, Meloyang dan Silfosing

1. Mengimpal2. Meloyang (brazing)3. Silfosing

1.3.1 Mengimpal

a) Kaedah mengimpal ke kiri

Rajah 1.3.1: Kaedah mengimpal ke kiri

Sudut sumpitan api yang lebih cerun dapat menghasilkan kimpalan yang lebih baik dalam kaedah ini. Ketetapan sudut logam pengisi bergantung kepada sudut sumpitan api kerana logam pengisi bergerak di bawah nyalaan dan bersudut tepat dengan kon nyalaan.

b)Kaedah mengimpal ke kanan

Rajah1.3.2: Kaedah mengimpal ke kanan

Dalam kaedah mengimpal ke kanan pula, pergerakan sumpitan api mendahuui rod pengisi semasa mengimpal.

1.3.2 MeloyangMeloyang ialah satu cara menyambung dua keping logam dengan menggunakan logam penambah yang mana takat lebur (melting temperature) melebihi 450 C tetapi di bawah takat lebur pada logam asas. Selalunya dikenali dengan nama Siver soldering, hard soldering atau phosphorus soldering, bergantung kepada kecairan logam penambah yang mengalir di dalam ruang sambungan rerambut (Cappillary Gap) diantara dua komponen atau membeku serta membentuk satu sambungan metallurgical (metallurgical bond) yang kuat.

Sambungan tiub secara meloyang adalah amat sesuai dan digunakan secara meluas di dalam kerja pemasangan paip (plumbing) di mana sambungan yang kuat dan teguh diperlukan bagi mengekalkan kekuatan sokongan diri kamilan (integral self-supporting strength) pada sistem pemasangan paip tembaga itu sendiri, sebagaimana ia boleh menahan suhu dan tekanan yang tinggi. 1.3.3 Silfosing

Silfosing ialah kerja yang dilakukan bagi menyambungkan kuprum dengan kuprum. Kerja-kerja silfosing hanya menggunakan rod silfos sebagai logam ketiga dan tidak memerlukan bahan lakur.

a) Cara-cara melakukan Silfosing

1. Bersihkan permukaan yang hendak di silfos.2. Apitkan benda kerja dengan rapi.3. Nyalakan nyalaan kimpalan gas mengikut sara-cara melaras nyalaan. Nyalakan nyalaan pada jenis nyalaan neutral.4. Panaskan kuprum tersebut sehingga berwarna kemerah-merahan.letakkan rod silfosing ditempat sambungan. Sambil itu, bahagian yang hendak disambung itu hendaklah dipanaskan juga. Ini adalah supaya keleburan rod silfos dapat mengalir ke seluruh bahagian yang hendak disambung.5. Setelah selesai silfosing, tunggu sebentar, basahkan kain dan sapukan pada penyambung yang disilfoskan tadi bagi tujuan penyejukan

Kimpalan Brazing

PENERANGAN :1.1.Maklumat teknikal berkenaan dengan brazingBrazing (pateri keras) merupakan satu proses yang sangat diperlukan dalam kerja-kerja penyejukan untuk kerja-kerja fabrikasi pemaipan kitaran sistem, oleh itu seperti yang telah diterangkan terdahulu setiap mekanik penyejukan hendaklah mahir akan asas brazing seperti di keterangan berikutKertas penerangan ini akan membincangkan hanya prosespateri keras(brazing) di mana kerja-kerja yang membabitkan penggunaan peralatan kimpalgas (oxygen dan acytelene) sahaja. Oleh kerana kerja-kerja pateri keras (brazing) membabitkan penggunaan bahan yang sangatmudah terbakariaitu oksigen dan asetilena maka pengendalian sebarang peralatan kimpalgas hendaklah dilakukan dengan secermat yang mungkin dan sentiasa menerapkan langkah keselamatan yang diperlukan tanpa kompromi, ini bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini sama ada kepada pengguna, peralatan ataupun persekelilingnya mahupun semasa sebelum dan juga selepas penggunaannya.Hasil kerja-kerja brazing yang dibuat secara mudah, sambil lewa dan ringkas ke atas sebarang pemaipan sistem penyejukan tidak semestinya baik atau menepati kehendak yang diperlukan, ini kerana banyak yang beranggapan asal telah berlaku penyambungan (joint) ianya boleh digunakan dan tidak akan mendatangkan masalah. Pada hakikatnya kerja-kerja brazing hendaklahmempunyai kualitidan mestimencapai tahapyang diperlukan. Kualiti brazing akan memberi kesan secara langsung kepada keupayaan (perfomance) yang lebih baik kepada kitaran penyejukan (refrigeration cycle). Oleh kerana itu setiap kerja-kerja brazing hendaklah dilakukan sebaik yang mungkin mengikut prosedur yang tepat bagi penghasilan kerja yang berkualiti dan menghindar dari pembaziran.1.1.1.Makna brazingBrazing juga merupakan salah satu dari beberapa proses dalam bidang kerja-kerja kimpal gas, terdapat beberapa proses kimpal gas yang lain sapertifusion weldingdanpressure welding, namun asas kerja-kerja kimpalan ialah teknik yang digunakan untuk kerja-kerja menyambung atau mencantumkan (pateri) logam (jointing metals). Aplikasi proses-proses kimpalan yang telah dinyatakan di atas adalah seperti berikut,Fusion welding:kimpal dalam bentuk cairan.Pressure welding:kimpal dalam bentuk pepejal.Brazing:kimpal dalam bentuk pepejal dan cairan.Pateri Keras (brazing)Pada dasarnya brazing ialah satuproses menyambung(jointing)dua logam asas (base metal) dari jenis yang sama (seperti kuprum dengan kuprum atau keluli dengan keluli dsb), atau boleh juga base metal dari jenis yang tidak sama (seperti kuprum dan keluli dsbnya)tanpa mencairkankedua-dua base metal dengan menggunakanbahan pengisi(filler rod) yang dicairkan pada suhu sederhana tinggi yang akan mengeras apabila suhu merendah. Filler rod digunakan untuk mengisi ruang (rongga) di antara kedua-dua base metal terdiri dari bahan yang mencair pada suhu yang lebih rendah dari base metal dan akan membuat sambungan yang mempunyai kekuatan yang setara dengan base metal serta kalis bocor dari cecair dan juga gas.Carta di bawah menunjukan kategori untuk pateri lembut dan keras

PATERI LEMBUTPATERI KERAS

1.Penggunaan soldering iron1.Kimpal gas (torch brazing)

2.Pemanas dengan api2.Twin-carbon arc brazing

3.Dip soldering3.Brazing Furnace

4.Resistance heating4. Induction brazing

5.Flame-spray soldering

5. Resistance brazing

6.Furnace heating6.Dip brazing

7.Ultrasound soldering7.Block brazing

8.Flowing brazing

Keperluan peralatan untuk kerja-kerja brazingSelain dari peralatan asas iaitu satu set lengkap kimpalgas terdapat lain-lain peralatan yang juga diperlukan untuk membantu bagi memudahkan dan melicinkan kerja-kerja brazing. Beberapa peralatan tersebut adalah seperti di gambarajah berikut

1.1.3.Jenis filler rod yang digunakan dalam kerja brazingFiller rod ialah logam yang dicairkan melalui proses pemanasan untuk menyambungkan (joined) dua keping logam asas (base-metal), pemanasan dilakukan ke atas kedua-dua base metal kepada suhu yang boleh mencairkan filler rod apabila disentuhkan kepada kedua-dua base metal tersebut, dengan itu filler yang mencair akan mengisi ruang / rongga di antara kedua-dua base metal dan akan menjadi keras apabila suhu merendah.Dalam proses brazing suhu cairan filler hendaklah lebih rendah dari suhu cairan kedua-dua base metals, dengan itu hanya filler sahaja yang mencair untuk menyambung kedua-dua base metal. Untuk mendapatkan proses ini kebanyakanya bahan dari logam loyang-loyang (alloys) banyak digunakan kerana mempunyai ciri-ciri suhu cairan yang lebih rendah dari kebanyakan base metal, tambahan pula loyang dapat menepati kekuatan (strength) yang diperlukan untuk dijadikan sebagai bahan pengisi / penyambung (filler).Filler rod hendaklah digunakan dengan betul dalam kerja-kerja pateri keras (brazing), apabila menyambung base metal seperti kuprum dengan kuprum, filler rod dari jenis copper-phosphorus sangat sesuai digunakan, untuk menyambung logam kuprum dengan besi atau kuprum dengan stainless steel pula filler dari jenis perak sesuai digunakan. Ini kerana bahan copper-phosphourus tidak boleh melekat (menyambung) stainless steel.Untuk menyambungkan dua tiub kuprum yang nipis misalnya penggunaan bahan filler dari jenis silver adalah diutamakan dari copper-phospourus, ini kerana suhu cairan silver yang lebih rendah dari copper-phosphourus dapat membantu pemateri menjalankan kerja-kerja dengan lebih baik.Bukan semua jenis logam dapat menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk dijadikan sebagai brazing filler, ini kerana kesesuaian dan pemilihannya bergantung kepada ciri-ciri seperti berikut,i.suhu cairan filler (filler melting temperature).ii.kekuatan filler (filler strength).iii.sifat filler.iv.kualiti filler.v.rupa luaran.Suhu cairan filler (melting temperature) :Suhu cairan setiap logam yang hendak dijadikan sebagai bahan filler mestilah juga bersesuaian dengan suhu cairan base metal, iaitu hendaklah mempunyai suhu cairan yang rendah sedikit dari suhu cairan base metal (perbezaan terbaik di antara kedua-duanya ialah 5OC hingga 100OC), dengan itu proses brazing dapat dilakukan kerana filler akan mencair tanpa mencairkan base metal.Kekuatan filler:Logam filler hendaklah mempunyai ciri-ciri kekuatan (strength) sekurang-kurangnya hampir menyamai kekuatan base metal dan adalah lebih baik sekiranya mempunyai kekuatan yang sama seperti base metal.Sifa-sifat filler:Sifat filler hendaklah berupaya mencair dengan cepat dan kadar pengaliran yang baik supaya keadaan basah di permukaan base metal dapat diwujudkan bagi membantu filler memindahkan / mengalirkan oksida-oksida yang terbentuk di permukaan base metal oleh bahan flux semasa proses pemanasan dilakukan oleh api kimpalgas.Kualiti filler:Logam brazing filler hendaklah dari jenis yang berkualiti tinggi seperti kekuatannya yang dapat menyamai kekuatan base metal dan tidak mudah berkarat.Rupa luaran:Logam brazing filler hendaklah mempunyai ciri warna yang cantik dan bercahaya atau dapat menyamai warna base metal.Jenis-jenis fillerLogam yang digunakan sebagai brazing filler boleh diklasifikasikan seperti carta di bawah iaitu untuk kerja-kerja pateri lembut (soldering) dan juga pateri keras (brazing), kebanyakan brazing filler terdiri dari komposisi campuran pelbagai jenis logam, oleh itu untuk pengenalannya ia dinamakan mengikut sempena jenis komposisi kandungan logam terbesar yang digunakan, carta berikut menunjukkan jenis atau nama-nama filler yang biasa digunakan.CARTA JENIS-JENIS FILLERNAMA/JENISKOMPONEN LOGAM ASAS (BASE)SOFTSOLDERHARDSOLDER

Silver solderAlloy perak (silver) dankuprum campuran zink, cadmium, nikel dsb.

Brass solderAlloy kuprum dank zin sebagai base

Copper phosphorus solderAlloy dari kuprum campuran phosphorus, perak dll.

Aluminium solderAlloy aluminium dan sedikit silicon, kuprum, zink dll

SolderAlloy lead dan tin

Bahan logam filler yang utamaSilver Solder:Filler dari jenis logam Perak (silver solder) kebiasaannya mengandungi campuran dari 3 jenis logam alloy iaitu perak (silver), kuprum (copper) dan zink. Silver solder pula boleh dibahagikan mengikut komposisi-komposisi kandungan kimianya kepada 10 jenis filler, di antaranya adalah seperti berikut,Copper-phosphorous solder:Filler ini terdiri dari logam kuprum (copper) yang disebatikan dengan phosphorous, oleh itu ia lebih dikenali sebagai copper-phosphorus atau copper-silver phosphorus filler. Suhu cair kuprum akan menjadi berkurangan (merendah) dengan kadar yang agak drastik apabila ia dicampurkan (disebatikan) dengan logam phosphorus.Apabila dicampurkan lagi dengan logam perak kepada campuran ini ia akan menjadikan suhu cairannya lebih merendah lagi dengan mengubah kadar alirannya (fluidity) kepada lebih bebas (free flow). Filler jenis ini sesuai digunakan untuk kerja-kerja penyambungan logam seperti kuprum. Kandungan phosphorus di dalamnya akan bertindak sebagai deoxidizer (menyah oksida) apabila ia digunakan dalam kerja-kerja kimpalgas untuk logam kuprum, oleh itu penggunaan filler ini tidak memerlukan aplikasi atau penggunaan bahan seperti flux untuk menyekat dari dahkan pembentukan oksida dalam kerja-kerja brazing.Kelebihan dan kelemahan jenis brazing filler metalSetiap pemilihan atau aplikasi filler untuk kerja-kerja brazing yang digunakan hendaklah disesuaikan dengan bahan kerja yang hendak dijalankan, ini kerana bukan semua brazing filler boleh digunakan atau sesuai kepada semua jenis base metal. Berikut disenarai kelebihan dan kelemahan jenis-jenis filler yang biasa digunakan.JENISKELEBIHANKEKURANGAN

Silver Solder1.kadar cairan yang baik oleh itu boleh memenuhi semua permukaan walaupun ruang yang sempit dan keras.2.memberi kekuatan dan pergerakan (elongation) di tempat dibrazing.3.memberi kekuatan sambungan yang tidak berubah walaupun suhu cairannya direndahkan.4.hasil brazingnya licin dan tidak perlu kepada finishing.5.brazingnya cantik dengan warna keperakan.1.kosnya mahal2.flux diperlukan pada setiap kerja brazing kepada base metal.3.flux mesti dibersihkan

Copper phosphorus solder1.tidak mahal.2.tidak perlu kepada penggunaan flux.3.suhu didihnya rendah dan kadar cairannya juga baik.4.kadar pendalir haba dan arus elektrik yang baik1.sambungan mudah pecah atau retak.2.tidak boleh digunakan untuk kerja-kerja penyambungan kuprum dan alloy kuprum.

1.1.4.FluxFluxmerupakan sebatian kimia (chemical compound) yang disapukan ke atas kedua-dua permukaan base metal yang hendak disambungkan sebelum kerja-kerja brazing dilakukan, ia terdapat dalam bentuk tepung (powder) dan juga cecair (liquid). Kebanyakan proses brazing dan soldering memerlukan bahan flux sebelum kerja-kerja brazing dijalankan untuk mendapatkan kualiti sambungan yang kuat, kalis bocor dan baik.Keperluan fluxialah kerana porses pemanasan ke atas permukaan logam akan mempercepatkan pembentukan oksida(formation of oxide) di permukaan tersebut. Fenomena ini boleh berlaku kerana tindakan oleh logam (base metal) yang bersuhu tinggi (panas) ke atas oksigen dan udara sekeliling menyebabkan berlakunya tindakan kimia yang menghasilkan bahan oksida.Oleh itu dalam kerja-kerja brazing bahan flux digunakan untuk bertindak sebagai penyerap dan penyingkir (dissolve and remove oxide) bahan-bahan oksida yang terbentuk di permukaan base metal dan filler. Selain dari tugas di atas ia juga berfungsi untuk menyamakan kadar pengaliran haba ke atas base metal, melicinkan kadar pengaliran filler antara rongga kedua-dua base metal dan juga menghindarkan udara semasa proses brazing dijalankan. Ini dapat dilakukan oleh flux kerana sifatnya yang boleh menyerap oksigen yang berlebihan dari torch dan juga ia membuat satu lapisan (coating) yang akan bertindak sebagai pelindung pada permukaan sambungan logam yang sedang mencair dari dimasuki oleh udara.Ciri-ciri flux:penggunaan flux hendaklah dapat menepati aplikasinya, untuk itu pemilihan flux yang akan digunakan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang dapat menjalankan fungsi yang perlu dilakukannya seperti ciri-ciri berikut,a.kadar alirannya atau fluidity yang baik oleh itu dapat memindahkan objek asing dan juga oksida jika ada.b.permukaan yang telah dibersihkan dapat menghindarkan proses oxidization dari berlaku.c.specific gravity nya hendaklah lebih rendah dari logam filler.d.kadar alirannya (viscosity) yang sesuai semasa ia dalam bentuk cair.e.boleh danmudah untuk memindahkan sludge.f.tidak membahayakan pengguna dan juga mencemarkan alam persekitaran.g.ianya cepat kering di dalam tempat simpanan walaupun telah dicairkan dengan air sebelumnya.h.kadar oxidization oleh logam filler boleh direndahkannya.nota akan di sambung lagi......