ahmad murtadha bin abd jalil

Download Ahmad murtadha bin abd jalil

If you can't read please download the document

Upload: amatkamil91

Post on 17-Jun-2015

206 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2 AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL A141870

TRANSCRIPT

  • 1. AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL A141870 PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB 2

2. KAEDAH TERJEMAHAN FORMAL 3. Mengikut kaedah penterjemahan lama, penterjemah menumpukan perhatian terhadap bentuk teks yang diterjemahkan. Penterjemah cuba mengekalkan unsur-unsur stilistik seperti rima, rentak, bunga bahasa dan ciri nahu yang tertentu supaya bahan terjemahan itu menyerupai bentuk teks sumber. . Terjemahan baharu pula mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca. Sambutan pembaca teks terjemahan hendaklah serupa dengan sambutan pembaca teks sumber, begitu juga dengan emosi yang dialaminya. Sebenarnya terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dalam penterjemahan. Ini dapat dikategorikan kepada kaedah terjemahan formal dan kaedah terjemahan dinamik. Kaedah terjemahan formal pula dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu: (a)Pinjaman (b)Peniruan (c)Penggantian 4. Pinjaman Peminjaman kata berlaku kerana terdapatnya pertembungan atau kontak antara dua bahasa yang berbeza misalnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang bertembung akibat penjajahan. Dalam hal ini,bahasa penjajah tentulah lebih dominan daripada bahasa yang dijajah. Kemasukan penjajah juga membawa konsep baharu yang tidak wujud dalam bahasa kedua, misalnya teknik, konsep, istilah, dan seumpamanya. Untuk mengisi kekosongan, maka kaedah pinjaman diamalkan. Kaedah ini juga diamalkan untuk menimbulkan sifat-sifat khusus dalam sesebuah teks. Kata ini dipinjam secara toto dan ditulis miring dalam teks, misalnya, ad valorem, tort, ad hoc,alibi, dan sebagainya. Kata pinjaman ini diklasifikasikan sebagai kata pinjaman tulen tidak asimilasi. 5. Kaedah Calque Kaedah claque juga dikenali kaedah loan. Struktur bahasa asal atau ayat asal dikekalkan, tetapi bahasa diterjemahkan. Ia juga berkait dengan peminjaman unsur budaya (culture borrowing). Sebagai Contoh :- Teks Sumber - Dewan Undangan Negeri Teks Sasaran - State Legislative Assembly Perkataan Dewan Undangan Negeri di terjemah secara kaedah calque, struktur di mana perkataan tersebut di terjemah ke dalam bahasa sasaran sambil ayat asal dikekalkan, tetapi bahasa diterjemahkan. 6. Kaedah Literal Kaedah ini digunakan dengan menterjemahkan dengan menggantikan perkataan atau frasa dalam ayat tanpa perlu melakukan perubahan yang besar terhadap kedudukan struktur atau susunannya. Ia dilakukan secara perkataan demi perkataan, satu persatu (harfiah) dan secara terus dan mengikut kesesuaian. Ini bermakna setiap perkataan dalam bahasa sumber dapat digantikan dengan persamaannya dalam bahasa sasaran dan pada masa yang sama sturktur ayat bahasa sumber dipindahkan ke dalam bahasa sasaran tanpa perubahan besar. sebagai contoh: Teks Sumber - Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Teks Sasaran - Sultan of Perak Sultan Azlan Shah cannot dismiss Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin... Perkataan perkatan di atas di terjemah secara kaedah literal di mana setiap perkataan diterjemah satu persatu (harfiah) dan secara terus dan mengikut kesesuaian. 7. KAEDAH BARU: Berbeza sekali dengan kaedah lama kerana kaedah baru mengutamakan reaksi pembaca atau kesan terhadap pembaca selepas membaca teks sasaran. Terdapat tujuh (7) kaedah baru iaitu transposisi (transposition), modulasi (modulation), persamaan (similarity), adaptasi (adaptation), penyamaan atau padanan fungsian (functional equivalence), pengembangan (expansion) dan generalisasi (generalization). Kaedah baru menitikberatkan persamaan dinamik dan disebut sebagai Terjemahan Kaedah Dinamik. 8. Modulasi (modulation) merupakan teknik penterjemahan dimana penterjemah mengubah sudut pandang, fokus atau kategori kognitif dalam kaitannya dengan teks sumber. Perubahan sudut pandang tersebut bersifat leksikal atau struktural. Misalnya you are going to have a child, ditejemahkan menjadi anda akan menjadi seorang ayah. Selain itu, I cut my finger yang diterjemahkan menjadi jariku terpotong, bukan aku memotong jariku. 9. Kaedah Transposisi Kaedah tranposisi merupakan kaedah terjemahan yang mengubah kedudukan frasa atau klausa dan golongan kata dalam bahasa sasaran tanpa mengubah maksud warta atau maklumat. Terdapat dua jenis kaedah tranposisi iaitu : 1. Kaedah transposisi golongan kata merupakan kaedah terjemahan yang menggantikan kelas sesuatu kata atau elemen dan bahasa sumber dengan kelas kata atau elemen yang lain dalam bahasa sasaran yang mempunyai makna yang sama tetapi tidak mengubah mesej secara keseluruhan. 2. Kaedah tranposisi dari segi struktur kata melibatkan kaedah yang menukar struktur tatabahasa bahasa sumber dalam bahasa sasaran tanpa megubah maksud warta. Contoh contoh: Teks Sumber - Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan Teks Sasaran - In his 78-page judgment released Perkataan tersebut telah di terjemah secara transposisi di mana susunan penggunaan ayat Dalam penghakiman 78-muka yang dikeluarkan diterbalikkan dan menyebabkan perubahan kepada struktur perkataan di dalam teks terjemahan ini iaitu In his 78-page judgment released . 10. KAEDAH PERSAMAAN ( EQUIVALENCE ) Kaedah persamaan iaitu persamaan yang perlu dilakukan oleh seseorang penterjemah ialah persamaan yang paling hampir dan persamaan yang paling lazim. Kaedah persamaan ini dilakukan pada pelbagai tahap seperti peringkat leksikal, sintaktikal dan persamaan wancana. Persamaan leksikal bukanlah mudah. Contohnya :kos hangus tidak sama dengan burnt. 11. KAEDAH PENYESUAIAN ( ADAPTATION ) merupakan penggantian terhadap perbezaaan budaya yang terdapat dalam dua bahasa. Kaedah ini dianggap sebagai kaedah terjemahan yang paling bebas. Ianya digunakan secara meluas untuk menterjemah lakonan ( komedi ) dan puisi.Tema, watak dan plot lazimnya dikekalkan. Biasanya dlm keadaan ini makna dan mesej yg cuba disampaikan dengan cara lain, dan pembaca akan memahaminya setelah membaca keseluruhan teks. Persamaan terdekat bergantung sepenuhnya kepada konteks dan nilai budaya seperti dalam ungkapan idiomatik daripada peribahasa. Tidak ada dua perkataan yang benar-benar sama makna dlm dua bahasa yang berlainan. Oleh itu, kita tidak menterjemah dgn menggunakan persamaan yang tepat, sebaliknya menggunakan persamaan yang paling dekat maknanya. Contohnya : PERSAMAAN TERDEKAT - National, -nasional, negara, kebangsaan, PERSAMAAN SEJATI / BERSAHAJA - big and small kecil besar Persamaan yang paling baik ialah persamaan yang terdekat dan sejadi sekali gus. Penterjemah yang menggunakan hanya bentuk persamaan sejadi akan menghasilkan terjemahan bersahaja. Terjemahan tersebut seolah olah ditulis terus ke dalam bahasa penerima dan tidak kelihatan seperti terjemahan. Contohnya : Teks sumber He kissed his daughter on the mouth. Teks sasaran Dia memeluk anak perempuannya dengan penuh kasih sayang. Dlm budaya inggeris, seorang bapa yg baru pulang dari perjalanan yg panjang boleh mencium bibir anaknya . Tetapi situasi ini tidak wujud langsung dlm budaya melayu yang boleh disamakan dengan seorang anak yang menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bapanya lalu mencium tangan bapanya. 12. PENGEMBANGAN ( EXPANSION ) Merupakan kaedah yang menghuraikan dan memperjelaskan warta dengan panjang lebar bagi pemahaman pembaca terjemahan. Kaedah ini digunakan dengan memasukkan maklumatmaklumat tambahan dan baru yang biasanya melibatkan konsep saintifik atau istilah yang tidak terdapat dalam budaya bahasa sasaran. Pengembangan boleh dilakukan dua cara iaitu sisipan dan nota kaki : Contoh : SISIPAN ( PARENTHETIC ) Teks sumber - Pekan Kajang masyur dengan sate. Teks sasaran - Kajang town is weel know for satey NOTA KAKI ( FOOT NOTE ) After agreeing with the labourers for a denarious a day, he sent them into his vineyard. The Denarious was worth about seventeen pence 13. GENERALISASI Merupakan kaedah yang paling mudah dan ringkas. Kaedah ini merupakan kaedah yang menjadikan makna terjemahan lebih umum atau tidak khusus. Namun kaedah ini hanya boleh digunakan seandainya pengabungan makna terjemahan tersebut tidak mengubah mesej teks asal. Contoh : Teks sumber - Mereka akan dijamu dengan durian,langsat ,rambutan dan manggis. Teks sasaran - Some local fruits will be serve to them 14. PENYAMAAN / PADANAN FUNGSIAN Merupakan kaedah yang menterjemah fungsi warta supaya dapat memberi reaksi yang sama kepada pembaca terjemahan seperti reaksi yg diterima oleh pembaca teks sumber. Contohnya : Dalam bahasa Inggeris - go to hell Dalam bahasa Melayu - pergi jahanam, pergi mampus Kaedah penyamaan ini boleh juga digunakan dalam simpulan bahasa dan peribahasa dalam bahasa sumber. Contohnya: Bahasa sumber - as like as two peas Bahasa sasaran - bagai pinang dibelah dua. Bahasa sumber - too many cooks spoil the broth. Bahasa sasaran - dua nakhoda satu kapal Peribahasa ini tidak boleh diterjemahkan secara literal atau secara peniruan kerana ia mempunyai maksud yang bersifat kebudayaan. Jika diterjemah secara langsung, ayat-ayat diatas membawa maksud seperti dua kacang pis dan terlalu banyak tukang masak merosakkan sup. Ini menyimpang dari maksud asal peribahasa. 15. KESIMPULAN pemilihan kaedah yang sesuai bagi penterjemahan banyak bergantung kepada berbagai-bagai faktor iaitu ringkas atau kompleks sesuatu teks, jenis atau fungsi teks ( risalah,am atau tenikal),bidang teks ( sastera, agama, sains atau teknikal ) dan peringkat teks ( untuk kanak-kanak, sekolah rendah atau sekolah menengah atau pengajian tinggi ). Justeru, seorang penterjemah haruslah berhati-hati dan peka dalam memilih kaedah yang sesuai. Adakalanya kaedahkaedah tersebut boleh digabungkan dan adakalanya terpisah.