agama mutiara hikmah gema jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/bil-17-2014.pdfkubro. unit penerbitan,...

2
Jamak & Qasar Seorang pelajar di Kuala Lumpur balik ke kampungnya sekadar tiga hari sahaja. Kemudian ia akan datang pula ke Kuala Lumpur, bolehkah dia jamak atau qasar selama tiga hari di kampungnya itu? Tidak boleh, bahkan apabila dia masuk sahaja sempadan perkampungannya atau taman perumahannya itu ta- matlah safarnya, kerana kampung halaman itu adalah wa- tannya sendiri dan dia tidak lagi dianggap musafir sewaktu be- rada di kampung sendiri. Ruj: Panduan Solat Musafir, Jama’ dan Qasar. MUTIARA HIKMAH Berkata Saidina Ibnu Ab- as ra: Seekor anjing yang jujur lebih baik daripada manusia yang khianat. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Rabu– KELAS ASAS TAJWID MUSLIMAT Khamis (minggu 1&4) - DAURAH ILMU Selasa (minggu kedua dan keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS- LAM DARUL SYIFA’ Mulai 24 Januari 2014- KURSUS HAJI BERSIRI 6-7 Mac 2014 - KEM AL MUQARRABIN 11 Mac 2014 - TOT PEN- GURUSAN JENAZAH 12 Mac 2014 - CERAMAH FIQH WANITA 16 Mac 2014– BICARA KELUARGA 21-24 Mac 2014– KEMBA- RA UKHUWWAH PADANG BUKIT TINGGI, SU- MATERA INDONESIA Hubungi talian: 049282567/60/58/69/66/6 3 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my Fb : Pusat Islam UUM AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014 Syeikh Ibn „Atha‟illah as-Sakandari hidup di Mesir di masa kekuasaan Dinasti Mamaluk. Ia lahir di kota Alexandria (Iskandariyah), lalu pindah ke Kaherah. Julukan Al-Iskandari atau As-Sakandari meru- juk kota kelahirannya itu. Di kota Kaherah inilah beliau menghabiskan hidupnya dengan mengajar fiqh mazhab Imam Maliki di pelbagai tem- pat, antara lain masjid Al-Azhar. Di waktu yang sama dia juga dikenali dalam bidang tasawuf sebagai seorang “master” (syeikh) besar ketiga di lingkungan tarekat sufi Syadziliyah. Sejak kecil, Ibnu Atha‟illah dikenal gemar belajar. Ia menimba ilmu dari beberapa syekh secara bertahap. Gurunya yang paling dekat adalah Abu Al-Abbas Ahmad ibnu Ali Al-Anshari Al-Mursi, murid dari Abu Al-Hasan Al-Syadzili, pendiri tarikat Al-Syadzili. Dalam bidang fiqh ia mengikuti Mazhab Maliki, sedangkan di bidang tasawuf ia terma- suk pengikut sekaligus tokoh tarikat Al-Syadzili. Beliau tergolong ulama yang produktif. Tak kurang dari 20 karya yang pernah dihasilkannya. Meliputi bidang tasawuf, tafsir, aqidah, hadits, nahu, dan usul fiqh. Kar- yanya yang paling terkenal adalah kitab al-Hikam. Kitab itu sudah be- berapa kali disyarah. Antara lain oleh Muhammad bin Ibrahim ibn Ibad ar Rundi, Syaikh Ahmad Zarruq, dan Ahmad ibn Ajiba. Ibn „Atha‟illah as-Sakandari meninggal dunia pada tahun 709 H di Kaherah . Ribuan manusia dari Kaherah dan sekitarnya mengiring kekasih Allah ini untuk dimakamkan di pemakaman al-Qorrofah al- Kubro. AZ BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH S.W.T Ilmu, Hayat Ilmu, Hayat Ilmu, Hayat (SIFAT MA’ANI SIFAT MA’ANI SIFAT MA’ANI) Mengetahui Allah S.W.T Allah S.W.T Maha Mengetahui segala-galanya samada yang lepas, yang se- dang dan yang akan berlaku. Mengetahui semua perkara yang berlaku di bumi dan dilangit, tiada sebesar zarrahpun yang luput dari pengetahuan Allah S.W.T. Malah Allah S.W.T mengetahui je- jak kaki semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap. Allah mengetahi yang terang dan yang sulit, Dia mengetahui bisikan hati, lintasan fikiran dan apa yang terpendam di dalam lubuk jiwa,Dia mengetahui seluruhnya dengan ilmuNya yang qadim dan azali. Allah S.W.T mengetahui bukan dengan pengetahuanNya yang baharu berlaku pada zatNya dengan sebab berlainan kedudukan dan perpindahan seperti yang berlaku kepada makhluk. Firman Allah S.W.T dalam surah Mujadalah ayat 7 bermaksud: Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Sifat Ilmu ada satu ta’luq sahaja Tanjizi Qadim Tanjizi Qadim Tanjizi Qadim: Ertinya terlaksana pengetahuan Allah terhadap sesuatu itu pada azali lagi, sep- erti pengetahuan Allah tentang keadaan di mahsyar telahpun wujud sebelum dijadikan sesuatu lagi. Allah S.W.T Hidup Hidup Allah S.W.T adalah hidup yang paling sempurna dan tidak diketahui hakikatnya. Allah hidup tidak seperti hidup makhluk. Allah hidup tidak melalui apa-apa peranta- raan sepert daging, darah, udara, bernafas dan lain-lain. Hidup Allah tidak ada permulaan dan kesudahan. Adanya segala sifat kesempurnaan bagi Allah S.W.T itu memastikan Allah itu bersifat dengan hayat. Seluruh alam tidak akan wujud melainkan kerana wujudnya sifat hidup-Nya. Sifat hayat tidak berta’luq dengan sesuatu apa- pun samaada yang wujud atau yang tidak wujud. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang: Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60/03/06 BIL 17/2014 Ilmu Hayat Gema Jumaat

Upload: vongoc

Post on 13-Mar-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: AGAMA MUTIARA HIKMAH Gema Jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/BIL-17-2014.pdfKubro. Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, ... Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka -pada

Jamak & Qasar Seorang pelajar di Kuala Lumpur balik ke kampungnya sekadar tiga hari sahaja. Kemudian ia akan datang pula ke Kuala Lumpur, bolehkah dia jamak atau qasar selama

tiga hari di kampungnya itu? Tidak boleh, bahkan apabila dia masuk sahaja sempadan perkampungannya atau taman perumahannya itu ta-matlah safarnya, kerana kampung halaman itu adalah wa-

tannya sendiri dan dia tidak lagi dianggap musafir sewaktu be-rada di kampung sendiri.

Ruj: Panduan Solat Musafir, Jama’ dan Qasar.

MUTIARA

HIKMAH Berkata Saidina Ibnu Ab-as ra: Seekor anjing yang jujur lebih baik daripada manusia yang khianat.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL

QURAN

Setiap Rabu– KELAS

ASAS TAJWID MUSLIMAT

Khamis (minggu 1&4) -

DAURAH ILMU

Selasa (minggu kedua dan

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN IS-

LAM DARUL SYIFA’ Mulai 24 Januari 2014-

KURSUS HAJI BERSIRI 6-7 Mac 2014 - KEM AL

MUQARRABIN 11 Mac 2014 - TOT PEN-

GURUSAN JENAZAH 12 Mac 2014 - CERAMAH

FIQH WANITA 16 Mac 2014– BICARA

KELUARGA 21-24 Mac 2014– KEMBA-

RA UKHUWWAH PADANG

BUKIT TINGGI, SU-

MATERA INDONESIA Hubungi talian:

049282567/60/58/69/66/6

3

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

Fb : Pusat Islam UUM

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM 2014

Syeikh Ibn „Atha‟illah as-Sakandari hidup di Mesir di masa

kekuasaan Dinasti Mamaluk. Ia lahir di kota Alexandria (Iskandariyah),

lalu pindah ke Kaherah. Julukan Al-Iskandari atau As-Sakandari meru-

juk kota kelahirannya itu. Di kota Kaherah inilah beliau menghabiskan

hidupnya dengan mengajar fiqh mazhab Imam Maliki di pelbagai tem-

pat, antara lain masjid Al-Azhar. Di waktu yang sama dia juga dikenali

dalam bidang tasawuf sebagai seorang “master” (syeikh) besar ketiga di

lingkungan tarekat sufi Syadziliyah.

Sejak kecil, Ibnu Atha‟illah dikenal gemar belajar. Ia menimba

ilmu dari beberapa syekh secara bertahap. Gurunya yang paling dekat

adalah Abu Al-Abbas Ahmad ibnu Ali Al-Anshari Al-Mursi, murid dari

Abu Al-Hasan Al-Syadzili, pendiri tarikat Al-Syadzili. Dalam bidang

fiqh ia mengikuti Mazhab Maliki, sedangkan di bidang tasawuf ia terma-

suk pengikut sekaligus tokoh tarikat Al-Syadzili. Beliau tergolong ulama

yang produktif. Tak kurang dari 20 karya yang pernah dihasilkannya.

Meliputi bidang tasawuf, tafsir, aqidah, hadits, nahu, dan usul fiqh. Kar-

yanya yang paling terkenal adalah kitab al-Hikam. Kitab itu sudah be-

berapa kali disyarah. Antara lain oleh Muhammad bin Ibrahim ibn Ibad

ar Rundi, Syaikh Ahmad Zarruq, dan Ahmad ibn Ajiba.

Ibn „Atha‟illah as-Sakandari meninggal dunia pada tahun 709 H

di Kaherah . Ribuan manusia dari Kaherah dan sekitarnya mengiring

kekasih Allah ini untuk dimakamkan di pemakaman al-Qorrofah al-

Kubro.

AZ

BERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.TBERIMAN DENGAN ALLAH S.W.T

PERBICARAAAN SIFAT WAJIB BAGI ALLAH S.W.T Ilmu, Hayat Ilmu, Hayat Ilmu, Hayat (((SIFAT MA’ANISIFAT MA’ANISIFAT MA’ANI)))

Mengetahui Allah S.W.T Allah S.W.T Maha Mengetahui segala-galanya samada yang lepas, yang se-

dang dan yang akan berlaku. Mengetahui semua perkara yang berlaku di bumi dan dilangit, tiada sebesar zarrahpun yang luput dari pengetahuan Allah S.W.T. Malah Allah S.W.T mengetahui je-jak kaki semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang gelap. Allah mengetahi yang terang dan yang sulit, Dia mengetahui bisikan hati, lintasan fikiran dan apa yang terpendam di dalam lubuk jiwa,Dia mengetahui seluruhnya dengan ilmuNya yang qadim dan azali. Allah S.W.T mengetahui bukan dengan pengetahuanNya yang baharu berlaku pada zatNya dengan sebab berlainan kedudukan dan perpindahan seperti yang berlaku kepada makhluk. Firman Allah S.W.T dalam surah Mujadalah ayat 7 bermaksud: “Tidakkah engkau memikirkan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi? Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dia lah yang keempatnya, dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan Dia lah yang keenamnya, dan tiada yang kurang dari bilangan itu dan tiada yang lebih ramai, melainkan Ia ada bersama-sama mereka di mana sahaja mereka berada. Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka - pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” Sifat Ilmu ada satu ta’luq sahaja Tanjizi QadimTanjizi QadimTanjizi Qadim: Ertinya terlaksana pengetahuan Allah terhadap sesuatu itu pada azali lagi, sep-erti pengetahuan Allah tentang keadaan di mahsyar telahpun wujud sebelum dijadikan sesuatu lagi.

Allah S.W.T Hidup Hidup Allah S.W.T adalah hidup yang paling sempurna dan tidak diketahui

hakikatnya. Allah hidup tidak seperti hidup makhluk. Allah hidup tidak melalui apa-apa peranta-

raan sepert daging, darah, udara, bernafas dan lain-lain. Hidup Allah tidak ada permulaan dan

kesudahan. Adanya segala sifat kesempurnaan bagi Allah S.W.T itu memastikan Allah itu bersifat

dengan hayat. Seluruh alam tidak akan wujud

melainkan kerana wujudnya sifat hidup-Nya.

Sifat hayat tidak berta’luq dengan sesuatu apa-

pun samaada yang wujud atau yang tidak

wujud. Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang:

Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Pusat Islam UUM Dengan kerjasama:

Bahagian Hal Ehwal Masjid , Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60/03/06

BIL 17/2014

Ilmu

Hayat

Gema Jumaat

Page 2: AGAMA MUTIARA HIKMAH Gema Jumaatpusatislam.uum.edu.my/images/BIL-17-2014.pdfKubro. Unit Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, ... Kemudian Ia akan memberi tahu kepada mereka -pada

m/s 2

Orang Mukmin Yang TenangOrang Mukmin Yang TenangOrang Mukmin Yang Tenang

Daripada Ibnu Umar ra katanya, bersabda Rasulullah S.A.W, "Orang mukmin sentiasa be-

rada di dalam ketenangan agamanya (dengan mengharapkan rahmat Allah) selagi

dia tidak menumpahkan darah secara haram (tidak pernah membunuh melainkan

dengan kebenaran yang hak)". Riwayat Bukhari

Huraian:

Orang mukmin yang tenteram ialah orang mukmin yang sentiasa menjaga haknya

dengan Allah S.W.T dan menjaga hak sesama makhluk-makhluk yang lain.

Memelihara hak Allah S.W.T dengan mentaati segala suruhan dan meninggalkan

segala larangan-Nya walaupun hanya dosa kecil. Hal ini kerana setiap dosa yang

kita lakukan akan menyebabkan hati kita menjadi kotor dan hidup kita tidak akan

aman atau tenteram.

Memelihara sesama makhluk yang lain dengan tidak menzalimnya, menyeru kepada

ma‟ruf dan mencegah kemungkaran.

Manusia itu sentiasa di dalam keadaan keluh kesah apabila menghadapi suatu ujian

melainkan orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan menjaga hak-hak

yang disuruh oleh Islam.

Membunuh tanpa hak adalah dosa besar yang menutup harapan rahmat Allah dan

menyebabkan pelakunya termasuk golongan orang yang putus asa daripada rah-

mat sekiranya dia tidak bertaubat.

MAKHRAJ HURUF (TEMPAT KELUAR HURUF)

MAKHRAJ AM DAN MAKHRAJ KHAS

Berdasarkan kepada apa yang telah disepakati oleh para Qurra‟ (ulama tajwid) dan Lughawiyin

(ulama Bahasa Arab) yang diterajui oleh Imam Al-Jazari (wafat 833H) dan Al-Khalil bin Ahmad

(wafat 170H/791M), sebutan suara huruf-huruf al-Quran itu terbahagi kepada Lima anggota

Makhraj Am dan Tujuh Belas Makhraj Khas. Lima makhraj am itu ialah: Dua bibir (syafataan),

Lidah (lisan), Kerongkong (halq), Rongga (jauf) dan Pangkal hidung (khaisyum).

Makhraj-makhraj am ini adalah anggota tempat keluar huruf itu secara am dan ia mempunyai

cara penyebutan setiap satu yang memperjelaskan tempat keluar huruf itu secara terperinci. Ini

dinamakan sebagai makhraj khas. Pembahagian 5 makhraj am kepada 17 makhraj khas boleh

dijelaskan seperti berikut: -

Makhraj Am Makhraj Khas Huruf

Syafataan (dua bibir) 2 cara sebutan 4 huruf

Lisan (lidah) 10 cara sebutan 18 huruf

Halq (kerongkong) 3 cara sebutan 6 huruf

Jauf (rongga) 1 cara sebutan Suara Mad

Khaisyum (pangkal hidung) 1 cara sebutan Suara Dengung

5 anggota 17 cara sebutan 30 suara huruf

m/s 3

“PERMASALAHAN UMAT”“PERMASALAHAN UMAT”“PERMASALAHAN UMAT”

Marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-

benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala

larangan-Nya.

Salah satu permasalahan yang paling penting untuk kita sedari sebagai

umat Islam ketika ini ialah tentang ghazwul fikri yakni penjajahan pemikiran

yang berkait dengan pelbagai kehidupan manusia. Terjadinya permasalahan

tersebut kerana jauhnya umat Islam dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah

S.A.W. Justeru itu mereka tidak dapat menilai pertembungan antara yang hak

dan batil iaitu keimanan dan kekufuran, kemudian wujud pula Tafriqah iaitu ter-

jadinya perpecahan di kalangan umat itu sendiri dan Taklidiah iaitu ada ka-

langan umat Islam yang mengikut tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang

sebenar. Syaitan pula memainkan peranan menyesatkan lagi manusia seper-

timana firman Allah dalam surah Al- Mujadalah ayat 19 yang bermaksud,

“Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga me-

nyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah

puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang

yang rugi. ”

Modal insan yang cemerlang hanya dapat dilahirkan jika anugerah Allah

S.W.T yang paling bernilai iaitu „akal‟ dimanfaatkan dengan baik. Amalan

memelihara akal dapat dilakukan dengan penghayatan ilmu yang terkandung

dalam al-Quran di samping mempraktikkan Sunnah Rasulullah S.A.W.

Justeru, mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam sekalian, agar

menghindar sifat-sifat keji dan hina seperti malas bekerja, saling melemparkan

fitnah, mengadu domba, banyak berangan-angan, terlibat dengan aneka

ragam kemaksiatan dan terpengaruh dengan ajaran-ajaran sesat dan

meragukan serta terikut-ikut dengan budaya barat yang merugikan.

Jadilah kita sebagai orang-orang mukmin yang menepati firman Allah seperti

berikut,

“Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah

orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka

(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan

harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang

benar (pengakuan imannya) ”.