agama hikmah gema jumaat - laman web rasmi pusat islam...

2
KEPERLUAN LAFAZ IMAN ATAU MEMADAI DENGAN KEYAKINAN HATI Jika seseorang itu hanya beriman atau sekadar mempercayai dalam hatinya sahaja tanpa menyebut dengan lidahnya, adakah iman seperti ini memberi faedah kepadanya di hari akhirat nanti atau tidak? Adakah perlu dipisahkan antara orang yang beriman dan berikrar dengan lidahnya dengan mereka yang beriman tetapi tidak berikrar dengan lidahnya? Orang yang beriman dan memepercayai dalam hati nya sahaja tanpa berikrar atau menyebut dengan lidahnya adalah dikira sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT. Berikrar dengan lidah itu sebagai syarat melaksanakan hukum dunia seperti melafazkan niat di lidah ketika hendak memulakan solat, menye but di lidah ketika hendak membahagikan harta pusaka, begitu juga ketika hendak berkahwin dan begi tulah sebaliknya. Sumber: Kitab Furu’ Masail MUTIARA HIKMAH Berkata Imam As Syazuli: Di antara tanda selamat di dalam beragama adalah tidak tamak terhadap makhluk. Ayuh kita meriahkan program kerohanian… Setiap Selasa dan Rabu– KELAS TAHSIN AL QURAN Setiap Selasa –KELAS PENGAJIAN ASAS FARDHU AIN Khamis (minggu pertama dan ketiga) -PENGAJIAN KITAB TURATH Selasa (minggu kedua dabn keempat)- PENGAJIAN FARDHU AIN 14 Mac 2013– BENGKEL IBRAH SURAH AL FATIHAH 23 Mac 2013– KURSUS PENGURUSAN JENAZAH Setiap Jumaat- KURSUS ASAS HAJI BERSIRI Ahad- Khamis BIMBINGAN AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM DARUL SYIFA’ 25-27 Mac 2013- KEM ANAK SOLEH Hubungi talian... 049285867/64/60/08/18/36 Dan layari… www.pusatislam.uum.edu.my AGAMA m/s 4 S J TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM Abu Hasan Al-Asya’ri (260-324H) (Tokoh Ilmu Tauhid) Nama penuhnya A’li bin Ismail bin Isha’ dari keturunan Musa Asya’ri. Lahir di Basrah tahun 260H dan dibesarkan di sana yang maju dengan pelbagai ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu Kalam. Pada masa mudanya Abu Hasan terkenal murid yang bijak dalam pela- jaran. Seorang yang petah bercakap dan dapat mematahkan hujjah lawan dengan cekap. Beliau belajar ilmu kalam dengan Abu Hasan Al- Jabai. Beliau banyak mengarang kitab menolak fahaman sesat kaum mulhid (Atis), majusi dan lain-lain. Beliau dianggap tokoh ilmu tauhid yang terkemuka. Pengaruh ajaran Ahli Sunnah yang dibawa oleh beliau melemahkan fahaman Mu’tazilah, Qadariah dan Jabariah. Beliau meninggal dunia di Bagdad pada tahun 324H bersamaan 935M. AZHAB Hukum berpegang kepada mazhab adalah wajib. Dalam konteks masyara- kat di Malaysia, kita mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ber- pandukan mazhab Syafie. Namun yang demikian, seseorang itu dibolehkan untuk berpindah kepada mana– mana mazhab yang empat dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan syarat melaksanakan satu-satu ibadat hendaklah berpandukan kepada mazhab yang diikutinya. Ini adalah kerana harus hukumnya bertaklid, iaitu ia diharus- kan keluar dan meninggalkan mazhabnya dan mengguna pakai mazhab lain atau terus berpindah kepada mazhab lain. Harus juga seseorang itu bertaklid pada perkara-perkara tertentu sahaja sedang ia kekal atas mazhabnya. Con- tohnya seseorang yang bermazhab Syafie menggunapakai wuduk mazhab Maliki supaya wuduknya tidak batal bila ia bersentuhan dengan orang lain sedangkan ia masih kekal dengan mazhab Syafie. Taklidnya seseorang itu dikira sebagai sah apabila sempurna syarat taklid dan sempurna segala amalan yang dilakukan mengikut mazhab berke- naan, tidak kira sama ada ia berpindah daripada mazhabnya kepada mazhab lain atau daripada mazhab lain kembali kepada mazhab asalnya. Begitu juga sekiranya ia bercita-cita untuk berpindah kepada mazhab lain pula selepas itu. Menurut Imam Qirani, wajib ke atas orang yang bertaklid kepada mazhab lain mengenai sesuatu perkara supaya mengamalkan mengikut mazhab yang ditaklidkannya, kerana jika sekiranya dia tidak mengikut cara amalan yang dil- akukan oleh mazhab yang ditaklidkan itu, contoh sekiranya ia bertaklid kepada mazhab Maliki ketika berwuduk, dengan han- ya menyapu sedikit sahaja sebahagian kepala hukumnya ada- lah tidak sah kerana mengikut mazhab Maliki wajib menyapu sebahagian besar dari kawasan kepala. Bagi solat yang ber- taklid kepada mazhab Maliki akan menyebabkan solatnya juga tidak sah disebabkan wuduknya tidak sah. Wallahua’lam Sidang Redaksi Pengarang Unit Penyelidikan, Pen- erbitan dan Perundingan Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal Masjid Pusat Islam UUM Pusat Islam UUM 04-9285867/64/60 BIL 2/2013 Gema Jumaat

Upload: lenhan

Post on 26-May-2019

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KEPERLUAN LAFAZ IMAN ATAU MEMADAI DENGAN

KEYAKINAN HATI Jika seseorang itu hanya beriman atau sekadar mempercayai dalam hatinya sahaja tanpa menyebut

dengan lidahnya, adakah iman seperti ini memberi faedah kepadanya di hari akhirat nanti atau tidak? Adakah perlu dipisahkan antara orang yang beriman dan berikrar dengan lidahnya dengan mereka yang beriman tetapi tidak berikrar dengan lidahnya?

Orang yang beriman dan memepercayai dalam hati nya sahaja tanpa berikrar atau menyebut dengan

lidahnya adalah dikira sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT. Berikrar dengan lidah itu sebagai syarat melaksanakan hukum dunia seperti melafazkan niat di lidah ketika hendak memulakan solat, menye but di lidah ketika hendak membahagikan harta pusaka, begitu juga ketika hendak berkahwin dan begi tulah sebaliknya. Sumber: Kitab Furu’ Masail

MUTIARA

HIKMAH

Berkata Imam As Syazuli: Di antara tanda selamat di dalam beragama adalah tidak tamak terhadap makhluk.

Ayuh kita meriahkan program

kerohanian…

Setiap Selasa dan Rabu–

KELAS TAHSIN AL QURAN

Setiap Selasa –KELAS

PENGAJIAN ASAS

FARDHU AIN

Khamis (minggu pertama

dan ketiga) -PENGAJIAN

KITAB TURATH

Selasa (minggu kedua dabn

keempat)- PENGAJIAN

FARDHU AIN

14 Mac 2013– BENGKEL

IBRAH SURAH AL

FATIHAH

23 Mac 2013– KURSUS

PENGURUSAN JENAZAH

Setiap Jumaat- KURSUS

ASAS HAJI BERSIRI

Ahad- Khamis BIMBINGAN

AL QURAN INDIVIDU Khamis - RAWATAN ISLAM

DARUL SYIFA’

25-27 Mac 2013- KEM

ANAK SOLEH

Hubungi talian...

049285867/64/60/08/18/36

Dan layari…

www.pusatislam.uum.edu.my

AGAMA

m/s 4

S

J

TERBITAN: UNIT PENERBITAN, PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN PUSAT ISLAM UUM

Abu Hasan Al-Asya’ri (260-324H) (Tokoh Ilmu Tauhid)

Nama penuhnya A’li bin Ismail bin Isha’ dari keturunan Musa Asya’ri. Lahir di Basrah tahun 260H dan dibesarkan di sana yang maju dengan pelbagai ilmu agama, bahasa Arab dan ilmu Kalam. Pada masa mudanya Abu Hasan terkenal murid yang bijak dalam pela-jaran. Seorang yang petah bercakap dan dapat mematahkan hujjah lawan dengan cekap. Beliau belajar ilmu kalam dengan Abu Hasan Al-Jabai. Beliau banyak mengarang kitab menolak fahaman sesat kaum mulhid (Atis), majusi dan lain-lain. Beliau dianggap tokoh ilmu tauhid yang terkemuka. Pengaruh ajaran Ahli Sunnah yang dibawa oleh beliau melemahkan fahaman Mu’tazilah, Qadariah dan Jabariah. Beliau meninggal dunia di Bagdad pada tahun 324H bersamaan 935M.

AZHAB

Hukum berpegang kepada mazhab adalah wajib. Dalam konteks masyara-

kat di Malaysia, kita mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ber-pandukan mazhab Syafie.

Namun yang demikian, seseorang itu dibolehkan untuk berpindah kepada mana– mana mazhab yang empat dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan

syarat melaksanakan satu-satu ibadat hendaklah berpandukan kepada mazhab yang diikutinya. Ini adalah kerana harus hukumnya bertaklid, iaitu ia diharus-

kan keluar dan meninggalkan mazhabnya dan mengguna pakai mazhab lain atau terus berpindah kepada mazhab lain. Harus juga seseorang itu bertaklid pada perkara-perkara tertentu sahaja sedang ia kekal atas mazhabnya. Con-

tohnya seseorang yang bermazhab Syafie menggunapakai wuduk mazhab Maliki supaya wuduknya tidak batal bila ia bersentuhan dengan orang lain sedangkan ia masih kekal dengan mazhab Syafie.

Taklidnya seseorang itu dikira sebagai sah apabila sempurna syarat

taklid dan sempurna segala amalan yang dilakukan mengikut mazhab berke-naan, tidak kira sama ada ia berpindah daripada mazhabnya kepada mazhab lain atau daripada mazhab lain kembali kepada mazhab asalnya. Begitu juga

sekiranya ia bercita-cita untuk berpindah kepada mazhab lain pula selepas itu. Menurut Imam Qirani, wajib ke atas orang yang bertaklid kepada mazhab

lain mengenai sesuatu perkara supaya mengamalkan mengikut mazhab yang ditaklidkannya, kerana jika sekiranya dia tidak mengikut cara amalan yang dil-

akukan oleh mazhab yang ditaklidkan itu, contoh sekiranya ia bertaklid kepada mazhab Maliki ketika berwuduk, dengan han-ya menyapu sedikit sahaja sebahagian kepala hukumnya ada-

lah tidak sah kerana mengikut mazhab Maliki wajib menyapu sebahagian besar dari kawasan kepala. Bagi solat yang ber-

taklid kepada mazhab Maliki akan menyebabkan solatnya juga tidak sah disebabkan wuduknya tidak sah. Wallahua’lam

Sidang Redaksi

Pengarang

Unit Penyelidikan, Pen-erbitan dan Perundingan

Dengan kerjasama: Bahagian Hal Ehwal

Masjid Pusat Islam UUM

Pusat Islam UUM

04-9285867/64/60

BIL 2/2013

Gema Jumaat

m/s 2

Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya, “Tangan yang di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah (meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah da-ripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkan keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya maka Allah akan mem-beri kekayaan kepadanya”. (Riwayat Bukhari) Huraian Hadith: 1. Orang yang suka memberi sesuatu benda baik dengan niat yang ikhlas adalah lebih mulia dan disanjung oleh Islam daripada orang yang suka meminta-minta. 2. Perbelanjaan dari hasil yang baik lagi halal hendaklah diutamakan kepada kaum keluarga yang dibawah tanggungannya dan lebihannya dituntut supaya dimanfaatkan kepada saudara se-Islam. 3. Perbelanjaan dan pemberian dari hasil yang diredhoi Oleh Allah S.W.T. kepada seseorang dengan keikhlasan akan digantikannya semula oleh Allah dengan ganjaran yang lebih baik dan

berlipat ganda. 4. Islam menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan, merasa cukup dengan apa yang ada dengan berusaha mengikut jalan yang diredhoi oleh Allah dan tidak meminta kepada orang lain. 5. Islam benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah akan memberi kekayaan dan ketenangan kepada seseorang yang merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia miskin. 6. Sesiapa yang memohon pertolongan Allah untuk mendapatkan sesuatu pasti akan ditolong.

m/s 3

“PERANG DAN SYAHID” Menurut pandangan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah bahawa: “Mempertahankan negara adalah wajib keatas setiap muslim”. Hukum ini dinyatakan dengan jelas dalam kitab-kitab fiqh bahawa ianya sama ada fardhu kifayah atau fardhu ain bergantung kepada sejauh mana ancaman yang dihadapi oleh sesebuah negara itu. Adakah kita tidak mahu menjadi seperti para sahabat yang berani mempertaruhkan nyawa mereka berjuang untuk Allah? Tidakkah kita mahu menjadi syuhada’ seperti mereka? Tahukah kita ganjaran orang-orang yang mati sebagai syahid berjuang dengan gagah berani tanpa gentar walau sedikit pun untuk perjuangan Islam? Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 169: Maksudnya: "Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki”

Rasulullah SAW bersabda: "Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu: 1. Diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar 2. Melihat tempatnya didalam surga 3. Dilindungi dari azab kubur 4. Terjamin keamanannya dari malapetaka besar 5. Merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari, 6. Diperkenankan memberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya" ( Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Sebelum perang Hunain pada tahun kelapan Hjrah, umat Islam telah berjuang dalam pertempuran yang jauh lebih besar dan sengit iaitu peperangan Badar. Satu pertempuran di mana saiz tentera Islam begitu kecil (313) berbanding kepada saiz tentera Quraisy yang ditentangi (1,000). Dalam peperangan Hunain walaupun tentera Islam menjangkau 10,000 orang tetapi peringkat awalnya dapat dikalahkan kuffar kerana semangat dan iltizam para pejuang ketika itu tidak tertumpu kepada Allah sebaliknya yakin kepada kekuatan jumlah mereka yang besar. Namun setelah mengatur strategi yang baru, Allah telah memberi kemenangan kepada umat Islam. Pengajaran dari Perang Hunain ialah: Kepimpinan Rasulullah yang tidak berputus asa dan tabah, semangat juang yang kental dan

gigih memberi semangat. Jihad bukan tentang membalas dendam ke atas orang-orang kuffar. Peperangan ini menunjukkan kepada kita cara untuk mensantuni saudara baru yang

menerima hakikat kebenaran, insaf dan memeluk Islam. Dalam hal ini, ia menunjukkan kebijaksanaan Islam dalam bidang politik.

Peperangan ini menjelaskan kita bahawa ia adalah haram untuk membunuh wanita, kanak-kanak, dan hamba atau orang lemah.