agama buddha

Upload: ashotha-krishnan-ashotha

Post on 06-Jul-2015

562 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

AGAMA BUDDHA

ASHOTHA KRISHNAN 24.06.2011

Sejarah Agama BuddhaNama sebenar Buddha adalah Siddhartha dan nama sebenar keluarganya adalah Gotama. Agama Buddha dikatakan lahir dari akar kata bodhi yang bermakna hikmat atau buddhi yang bermaksud nurani. Pendekatan Buddha juga dikenali sebagai yang beroleh Nur. Buddha tidak mengajar hal-hal tentang ketuhanan metafizika (falsafah mengenai segala yang luar biasa) atau sesuatu falsafah. Ajaran Buddha merupakan ajaram-ajaran psikologi, etika yang berkaitan dgn kehidupan.

RUKUN KEPERCAYAAN BUDDHAPERCAYA KEPADA SANG HYANG ADI BUDDHA. PERCAYA KEPADA BODDHISATWA DAN PARA BUDDHA. PERCAYA KEPADA HUKUM KESUNYATAAN. PERCAYA KEPADA KITAB SUCI. PERCAYA KEPADA NIRVANA.

PERCAYA KEPADA SANG HYANG ADI BUDDHA

Sang Hyang Adi Buddha adalah Tuhan yang bersifat pengasih, penyayang dan bijaksana. Manifestasi Tuhan dapat dirasakan dalam diri manusia melalui BRAHMA VIHARA (Sifat diam yang luhur). Sifat Tuhan dalam agama Buddha adalah: 1. METTA (Cinta kasih) 2. KARUNA (Belas kasihan) 3. MUDITHA (Gembira) 4. UPEKKHA (Jiwa yang tenang)

PERCAYA KEPADA BODHISATWABodhisatwa adalah makhluk yang mempersiapkan dirinya untuk mencapai tingkat kebuddhaan. Maka setiap manusia dapat mencapai tingkat pencerahan seperti mana yang dialami oleh Sidartha Gautama. Konsep Boddhisatwa terbahagi kepada tiga golongan iaitu:

BODHISATWA PANNADHIKASeseorang yang berusaha mencapai tingkat Buddha yang mengutamakan kebijaksanaan. Ciri-ciri golongan ini adalah:1. 2. 3. 4.

Kebijaksanaan Usaha pengembangan kebijaksanaan Kasih sayang Bersifat kritis

BODHISATWA SADDHADHIKASeseorang berusaha mencapai tingkat Buddha dengan mengutamakan keyakinan terhadap Buddha. Ciri-ciri golongan ini adalah:1. Keyakinan terhadap Buddha 2. Mengutamakan sifat luhur. 3. Menjauhi sifat-sifat yang buruk

BODHISATWA VIRIYADHIKASeseorang yang berusaha mencapai tingkat Buddha dengan mengutamakan pengabdian kepada umat manusia yang menderita. Ciri-ciri golongan ini adalah:1. Membantu orang lain secara ikhlas. 2. Kebahagiaan 3. Pengorbanan diri

TINGKATAN BODDHISAVAKA BODDHI (siswa Buddha dengan bantuan guru yang mampu mencapai Arahat {Orang yang bersih dari dosa}) PACEKA BODDHI (siswa Buddha tanpa bantuan guru dan tidak boleh mengajar Dharma kepada orang lain) SAMMA BODDHI (Tingkat kesempurnaan tanpa bimbingan guru melalui usaha sendiri berdasarkan pengalaman)

PERCAYA KEPADA HUKUM KESUNYATAANKeyakinan terhadap adanya hukum abadi (kesunyataan) tanpa mengenal waktu dan tempat. Hukum ini terbahagi kepada empat iaitu:1. 2. 3. 4.

Dhukka (penderitaan) Samudaya (sebab penderitaan) Niroda (penghapusan penderitaan) Marga (pelepasan penderitaan)

Empat Kebenaran Mulia Dalam Agama Buddha Merupakan Dhamma atau ajaran Buddha yang penting Memberi penjelasan bahawa manusia telah mengalami banyak penderitaan dalam kehidupan

Kebenaran Pertama-Menentukan Penderitaan kehidupan itu memang dipenuhi dengan penderitaan. Contoh: Kelahiran, keuzuran, sakit, kematian,bergaul dengan orang yang tidak diingini, berpisah daripada yang dicintai, tidak memperoleh apa yang dihajati. Sejak saat dilahirkan sehinggalah menghembuskan nafas terakhir, kita tidak dapat mengelak daripada kesengsaraan itu. Segala yang kita alami seharusnya ditanggung sendiri. Jadi, kita mesti bersikap sabar terhadap semua penderitaan dalam kehidupan ini.

Kebenaran Kedua-Sebab Penderitaan Tamak, kejahilan dan dengki dikatakan punca penderitaan di mana ianya menjurus kepada sifat yang tidak baik. Manusia berpaut kepada perkara yang tidak kekal, sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, tanpa jati diri yang kuat, manusia akan kecundang.

Kebenaran Ketiga- Penghapusan Penderitaan Penghapusan ini boleh dilakukan di dalam hati dengan menghapuskan punca penderitaan. Menghapuskan keinginan dan kehendak yang negatif supaya mencapai ke tahap Nirvana. Bebas daripada hukum karma.

Kebenaran Keempat- Jalan Menghapuskan Penderitaan Tujuannya ialah untuk menebus atau menyelamatkan diri daripada penderitaan. Seseorang itu mesti mengamalkan disiplin diri pada tahap ini dengan mengamalkan jalan sederhana (moderate). Ini adalah kerana kesederhanaan itu memberi keselesaan. Seseorang itu dapat menamatkan penderitaan kehidupannya dengan mengamalkan Jalan Lapan Lapis Mulia.

KarmaSuatu keadaan yang terjadi sekarang sama ada ia dalam keadaan yang bahagia ataupun menderita merupakan hasil akumulasi perbuatan yang dilakukan sebelumnya. Karma merupakan suatu hukum moral sebab-akibat di mana ia menjelaskan bahawa setiap perbuatan akan membuahkan hasil perbuatan tersebut atau buah karma. Jika seseorang itu sentiasa melakukan perbuatan yang baik, maka dia akan mempunyai kehidupan yang baik dan sebaliknya.

Putaran KehidupanMenurut Mak (2001) kehidupan itu adalah satu putaran. Setiap orang bukan hidup hanya sekali tetapi mempunyai banyak hayatnya. Seseorang itu seharus hidup dengan membuat sesuatu yang baik supaya dapat memperbaiki karmanya dan mendapat kebahagiaan dalam kelahirannya yang akan datang. Kehidupan pada seseorang mencerminkan cara seseorang itu hidup pada kehidupannya yang lalu. Kehidupan yang baik akan membolehkan seseorang itu memperolehi kematian yang tenang dan kelahiran semula yang bahagia.

Sambungan Ajaran agama Buddha menasihati seseorang itu seharusnya menerima kehidupan yang sentiasa berubah-ubah dan penuh dengan penderitaan. Setiap individu seharusnya menerima perubahan yang dialami dalam kehidupan dan kematiannya.

Roda Kejadian.Di pusat roda ini kelihatan tiga ekor binatang: ayam, ular dan babi yang mewakili tiga desakan iaitu keinginan, kebencian dan kejahilan. Bulatan di luar pusat dibahagikan kepada dua warna, yang hitam menurun dan yang putih meningkat. Bahagian ini menjelaskan pergerakan karma. Mereka yang mempunyai karma yang baik akan meningkat manakala yang mempunyai karma yang buruk akan menurun ke peringkat yang di bawah.

Roda KejadianBulatan yang seterusnya dibahagikan kepada enam bahagian yang mewakili enam alam kewujudan iaitu alam Buddha dan deva, alam asuras, alam manusia, alam binatang, alam hantu lapar dan neraka. Di dalam setiap bahagian ini terdapat lukisan Buddha. Ini menunjukkan bahawa penghuni setiap alam mempunyai peluang untuk memperbaiki karma mereka dan seterusnya dapat menduduki alam yang lebih baik dalam kehidupan yang seterusnya. Bulatan dibahagian luar roda kejadian ini mempunyai dua belas lukisan. Kesemua lukisan ini adalah gambaran pergantungan atau samsara, nidanas. Lukisan-lukisan ini menjelaskan kewujudan samsara kerana sifat pergantungan

Gambar 1 2 3 4

Lukisan Orang buta Tukang tembikar dengan roda dan tempayan Monyet memanjat pokok bunga

Penjelasan Kerana kejahilan, kita menderita. Kerana kejahilan, timbul keinginan dan tindakan. Kerana keinginan dan tindakan, timbul kesedaran.

Kerana kesedaran, timbul Perahu dengan empat penumpang, salah seorang psikofizikal. mengayuh. Rumah kosong Kerana kewujudan psikofizikal, timbul enam deria: mata, telinga, hidung, lidah, badan dan fikiran. Kerana deria, lahir perhubungan.

5

6

Sepasang lelaki dan perempuan bercumbu.

Gambar 7 8

Lukisan Seorang yang dipanah matanya. Seorang wanita memberikan seorang lelaki yang sedang duduk.

Penjelasan Kerana perhubungan, timbul perasaan. Kerana perasaan, timbul keinginan.

9

Seorang lelaki Kerana keinginan, timbul mengumpul buah-buahan pergantungan. dari pokok. Wanita yang hamir. Wanita melahirkan anak. Seorang lelaki membawa mayat ke perkuburan. Kerana pergantungan, timbul kejadian. Kerana kejadian, timbul kelahiran. Kerana kelahiran, timbul sengsara / kematian.

10 11 12

PERCAYA KEPADA KITAB SUCIKitab suci agama Buddha dikenali sebagai TRIPITAKA (Tiga Keranjang). Kitab ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:1. SUTTA PITAKA (ibadat orang awam) 2. VINAYA PITAKA (Peraturan Sangha) 3. ABIDHARMA PITAKA (proses pemikiran

dan kesedaran)

Sutta Pitaka Berisi kumpulan ajaran dan khutbah Buddha Berisi dialog antara Buddha dgn murid-muridnya Isi ringkas -Meditasi -Peribadatan -Kata-kata hikmah -Himpunan sajak-sajak -kisah kiasan -Kisah org suci

PERCAYA KEPADA NIRVANANirvana adalah tujuan akhir iaitu suatu keadaan yang kekal abadi tanpa penderitaan. Menetapkan kepada manusia agar melakukan konsep Karmaphala (hasil perbuatan) dan Punarbawa (kelahiran kenbali)

Nirwana boleh dicapai baik semasa hidup atau meninggal dunia. Nirwana tidak sama dgn syurga ia merupakan keadaan di dalam hidup Ada 2 jenis nirvana ; 1. Upadhisesa orang yang memperolehi kelepasan penderitaan dan kehidupan terus ada. 2. Anipadhisesa orang yg memperolehi kelepasan penderitaan dan sudah mati.

JALAN MULIA LAPAN LAPISPERCAYA YANG BENAR - Percaya kpd Triratna iaitu Buddha sbg guru kebenaran, Dharma sbg ajaran agama membawa kp kebebasan dan Sagha sbg jln yg harus dilalui -Percaya dan fahama sifat sebenar 4 kebenaran mulia. -Tanpa pandangan yg benar, mrk tidak dpt mencapai tujuan utama merekaa.

Maksud / Fikiran Yang benar

-Menggunakan tenaga mental utk menyekat

niat yang jahat -Amatpenting penting utk memahami sifat minda sendiri -Ramai yg sibuk memahami minda org lain tetapi hanya sedikit shj yg cuba memahami fikiran sendiri

Percakapan Yang Benar-Masalah timbul krn sering bercakap tanpa

memikirkan kesannya. -Seseorang individu mesti ada pengetahuan dan kesedaran agar tidak bercakap secara tidak bertanggungjawab -Hendaklah berfikir terlebih dahulu sblm mengucapkan sesuatu -Pertimbangkan sama ada ianya berniat jahat, kasar,kesat atau sia-sia -Perkataan yg tidak wajar akan menjatuhkan imej seseorang

Perbuatan Yang Benar

-Pengikut buddha patut cuba sedaya upaya agar tidak pentingkan diri. -Kebajikan org lain perlu difikirkan -Perlu elakkan perbuatan salah yg mendatangkan keburukan kpd org lain

Hidup Yang Benar-Mestilah mencari nafkah utk menyara kehidupan. -Elakkan drpd menjlnkan perniagaan dgn menipu atau membawa kesengsaraan org lain -Elakkan drpd pekerjaan yg melibatkan pembunuhan hidupan semulajadi, penjualan hamba abdi, minuman keras, dadah dsbgnya.

Usaha Yang Benar-Tenaga fizikal dan mental patut digunakan secara bijaksana supaya dapat membantu org lain. -Mengawasi hawa nafsu supaya tidak timbul tabiat jahat -Mempunyai cita-cita baik.

Kesedaran/ingatan Yang Benar -Harus sedar apa sahaja yg dilakukan setiap masa -Bila buat sesuatu , hendaklah membuatnya dgn penuh kesedaran dan keazaman -Pengawasan akal terhadap rancangan dan emosi yg merosak moral

Tumpuan Pemikiran Yang Benar

Melatih minda agar tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu, kebencian dan kejahilan.

TINGKATAN JALAN MULIASROTAPNA (Orang yang dapat mencapai kebenaran) SAKRDAGAMIN (Orang yang harus dilahirkan kembali supaya bersih dari keraguan) ANAGAMIN (Orang yang sudah dilahirkan kembali dan mencapai pelepasan hidup) ARHAT (Orang yang mencapai nirwana)

CARA PENYEMPURNAAN (DASA PARAMITA)1. DANA PARAMITA (Murah hati & memberi bantuan)2. SILA PARAMITA (Tidak mengutamakan diri sendiri) 3. NEKHAMA PARAMITA (Tanpa keakuan) 4. PANNA PARAMITA (Pengembangan kebijaksanaan) 5. VIRIYA PARAMITA (Tahan uji dan bersemangat) 6. KHANTI PARAMITA (Sabar dan rendah diri) 7. SACCA PARAMITA (Jujur dan kata-kata berharga) 8. ADITTANA PARAMITA (Teguh hati) 9. DHYANA PARAMITA (Tenang fikiran & perkataan) 10. METTA PARAMITA (Cinta kasih)

Pancasila Agama BuddhaMenghindari Perbuatan membunuh Menghindari Perbuatan mencuri Menghindari Perbuatan tidak bersusila Menghindari Perbuatan dusta Menghindari Perbuatan mabuk

TAMAT