admin1

Upload: muhammad-fitri

Post on 13-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Admin1

Posts:680Join date:2011-09-23

Subject: Soalan Psikologi Pendidikan Mon Sep 10, 2012 1:56 pm

Soalan 1Berdasarkan pengalaman anda sebagai seorang guru, terangkan mengapa pentingnya seseorang guru mempelajari psikologi.Bincangkan implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah anda. Beri contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan anda. (1 jam)

Perkataan psikologi adalah gabungan perkataan Greek (psyche) yang bermaksud minda dan (logos) bermaksud kajian, dengan itu psikologi membawa maksud kajian minda dan turut didefinisikan sebagai sains tingkah laku. Menurut Baron (1989) psikologi didefinisikan sebagai kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental. Manakala Crow dan Crow pula mentakrifkan psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku dan perhubungan manusia. Tingkah laku ini bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku seseorang individu yang boleh dilihat tetapi merangkumi juga tindak balasnya terhadap pengaruh batin serta pengaruh persekitaran. Kesimpulannya, psikologi ialah kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental. Contohnya, mengkaji kaitan tahap motivasi murid dengan pencapaian akademik mereka.

Kegunaan psikologi adalah banyak. Jika seseorang ingin membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan, dia perlu memahami tingkah laku mereka. Jika kita ingin membantu kanak-kanakyang mengalami perkembangan optimum dari segi fizikal, rohani dan mental, dia perlu memperoleh ilmu pengetahuan psikologi. Kepentingan psikologi memang tidak dapat dinafikan lagi kerana ia merupakan kajian sains yang melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia. Antara kepentingan psikologi kepada seseorang guru ialah :i) Memahami tingkah laku murid agar persefahaman dan perhubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat dicapai. Guru yang memahami tingkah laku pelajar cenderung berempati (daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain) dengan mereka dan dengan itu perhubungan guru-murid akan bertambah baik.

ii) Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya. Contohnya, seseorang individu yang berpengetahuan tentang modifikasi tingkah laku lebih berupaya membimbing atau memperbaik tingkah laku seseorang lain mengikut harapan masyarakat.

iii) Menilai tingkah laku pelajar dalam sesuatu masyarakat. Contohnya, dengan pengetahuan psikologi, guru lebih berupaya untuk menilai tingkah laku seseorang pelajar secara tepat dan berlandaskan kriteria tertentu.

iv) Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman seperti ini amat penting terutamanya kepada guru agar dia dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada pelajar.

Implikasi psikologi pendidikan dalam bilik darjah banyak memberi kepentingan kepada seseorang guru. Antara implikasi atau kepentingannya ialah :i) Psikologi pendidikan dapat membekalkan guru dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang berguna dalam pendidikan. Dengan ini seseorang guru dapat meningkatkan pengajarannya serta pembelajaran murid-murid.

ii) Melalui psikologi pendidikan, minat dan bakat murid dapat dikesan. Guru dapat membantu murid membuat perancangan kerjaya masing-masing. Situasi ini dapat dikesan melalui gerak kerja berkumpulan.

iii) Psikologi pendidikan dapat menyediakan pengetahuan tentang keperluan murid. Dengan pemahaman seperti ini, guru dan pentadbir sekolah dapat memberikan layanan yang sewajarnya kepada murid-murid.

iv) Psikologi pendidikan membolehkan seseorang guru meramal serta mengawal tingkah laku murid-murid.

v) Psikologi pendidikan membantu guru bimbingan memahami masalah peribadi serta masalah pembelajaran murid-murid. Contohnya adakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca permasalahan murid.

Daripada huraian tentang kepentingan psikologi dan implikasi psikologi pendidikan, jelas kepada kita bahawa pertalian antara kedua-dua tersebut begitu rapat kerana kedua-dua perkara tersebut dapat memberi panduan dan pengetahuan kepada para guru.

Admin1

Posts:680Join date:2011-09-23

Subject: Re: Soalan Psikologi Pendidikan Mon Sep 10, 2012 2:03 pm

Soalan 2Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuk-tajuk berikut :

Teori-teori perkembangan manusia

Potensi manusia

Motivasi

Perbezaan individu

(2 jam) Teori-teori perkembangan manusia

Pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia merangkumi perubahan dari segi saiz, tinggi dan berat badan. Perubahan-perubahan tersebut mudah dilihat serta diukur.Manakala perkembangan pula membawa maksud perubahan kuantitatif dan kualitatif yang berlaku secara berterusan terhadap manusia dari janin hingga mati. Perubahan ini sukar diukur tetapi dapat dilihat.Berdasarkan teori-teori yang dapat diperkenalkan oleh pakar-pakar psikologi yang terdiri daripada Arnold Gesell, Robert Havighurst, dan Jean Piaget, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak banyak membawa banyak faedah kepada guru untuk membantu murid supaya mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum dengan cara :i) Menyediakan isi pelajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid contohnya, lembaaran kerja diagihkan mengikut keupayaan murid di dalam kelas.ii) Menyediakan objektif yang sesuai arasnya. Contohnya ojektif yang perlu dibuat oleh guru mesti bersesuaian dengan tahap penerimaan murid. Murid yang lemah objektif yang disasarkan mestilah lebih rendah berbanding dengan murid yang lebih pintar.iii) Menyediakan pelajaran bermula daripada yang senang kepada yang susah, konkrit kepada abstrak, umum kepada khusus dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid agar objektif tercapai.iv) Menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang secocok dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi murid.v) Memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna. Potensi manusia

Setiap kanak-kanak ada potensi untuk berjaya dalam kehidupan. Terdapat banyak cara untuk melihat potensi yang ada pada kanak-kanak. Satu criteria untuk mengkaji potensi kanak-kanak adalah melalui kecerdasan.Menurut Howard Gardner, kecerdasan terbahagi kepada 8 jenis iaitu :i) Verbal / linguistic iaitu kebolehan penguasaan, pembentukan dan memproses bahasa.ii) Logikal / matematikal iaitu kebolehan berfikir secara logical, induktif dan ke satu tahap deduktif, mutlak, mengenal corak gometri dan juga corak numerikal, dan boleh mengamati konsep abstrak.iii) Spatial iaitu kebolehan mengesan imej.iv) Muzikal iaitu kebolehan menghasilkan atau menghayati muzik.v) Kinestatik iaitu anugerah pergerakan badan, sama ada sistem otot kasar atau otot halus.vi) Interpersonal iaitu berkaitan dengan kebolehan untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain serta untuk memudahkan hubungan dan proses kumpulan.vii) Intrapersonal iaitu berkaitan dengan kebolehan untuk agak melindungi daripada rakan sebaya, mempunyai rasa kendiri yang kuat, mempunyai kebolehan kepimpinan merujuk kepada hal yang membuat keputusan yang barangkali tidak digemari oleh orang lain.viii) Naturalis iaitu kebolehan untuk memerhati corak dalam alam semula jadi dan memahami alam semula jadi dan sistem buatan manusia.Terdapat beberapa cara untuk guru membantu murid supaya mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum melalui konsep ini iaitu :a) Verbal / Linguistik : Guru bolehi) membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada guruii) membincangkan pengarang buku bersama kanak-kanakiii) membuatkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang telah dibaca.b) Logikal-matematikal : Guru bolehi) bermain dengan kanak-kanak permainan logikii) sentiasa menuggu untuk situasi yang boleh merangsangkan kanak-kanak untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor.c) Ruang (Spatial) : Guru bolehi) mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh kanak-kanak.ii) membuatkan kanak-kanak menyelesaikan teka silang kata dan mencipta carta.d) Muzikal : Guru bolehi) memberi kanak-kanak peluang untuk bermain dengan alat-alat muzikii) menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta lagu merekae) Tubuh / Kinestatik : Guru bolehi) membawa kanak-kanak ke acara-acara sukan dan balletii) menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti tarianf) Interpersonal : Guru bolehi) menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulanii) menggalakkan kanak-kanak menyertai persatuang) Intrapersonal : Guru bolehi) menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaraniii) menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi merekah) Naturalis : Guru bolehi) membawa kanak-kanak ke muzium sains semula jadiii) mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di bilik darjah Motivasi

Motivasi merupakan kecenderungan seseorang untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Motivasi ialah minat murid dalam tugas-tugas akademik dan bahan-bahan pembelajaran akademik.Motivasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda. Misainya, seorang murid belajar bertungkus-lumus kerana dia mahu memperoleh gred baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibu bapanya.Manakala motivasi intrinsic pula diasaskan oleh mazhab kognitif yang menekankan faktor-faktor seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran, dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tentang aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsik, mempengaruhi cara kita memberi respons.Terdapat beberapa cara untuk guru meningkatkan motivasi murid-murid iaitu :a) Suasana pengajaran dan pembelajaranGuru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka. Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya mereka dimotivasikan untuk belajar.b) Pembelajaran koperatif dan kolaboratifMurid yang bekerjasama akan meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan sosial, emosi murid serta keperluan akademik mereka diambil kira. Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai suatu kumpulan.c) Pengukuhan semulaPengukuhan positif atau negatif boleh digunakan untuk memotivasikan murid untuk belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan di dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik. Perbezaan individu

Perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan di kalangan individu-individu sama ada dari segi fizikal (seperti tinggi dan berat tubuh badan), mental, sosial dan emosi.Bagi menghadapi perbezaan individu kanak-kanak, guru boleh mengambil langkah-langkah berikut :a) Cuba memahami perbezaan-perbezaan itu, menerimanya, berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu mereka.b) Pelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari segi kognitif dapat faedah dari satu-satu pelajaran itu.c) Mengumpulkan murid mengikut pencapaian mereka,iaitu kumpulan A,B dan C. Guru boleh memberi bimbingan yang lebih kepada murid lemah di dalam kumpulan C manakala muridr yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu murid yang sederhana pencapaiannya di dalam kumpulan B.d) Pelbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan murid yang berbeza itu.e) Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar murid yang berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya.f) Aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah sejajar dengan kebolehan dan minat murid. Aktiviti yang terlalu sukar akan membosankan mereka yang lemah, manakala yang terlalu senang tidak pula mencabar bagi yang cerdas.g) Aktiviti pemulihan hendaklah dikendalikan untuk murid yang lemah. Sebaliknya, aktiviti pengayaan hendaklah disediakan untuk murid yang cerdas dan yang telah selesai menyempurnakan satu-satu unit pembelajaran.h) Perhatian dan layanan individu hendaklah diberi kepada amat lemah. Layanan seperti ini meningkatkan keyakinan dan harapan murid berkenaan

Admin1

Posts:680Join date:2011-09-23

Subject: Re: Soalan Psikologi Pendidikan Mon Sep 10, 2012 2:23 pm

Soalan 3Kenalpasti seorang murid anda yang bersifat ekstrovert dan seorang lagi yang bersifat introvert.Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai, bagaimana anda dapat meningkatkan cirri-ciri positif kedua-dua personaliti ini.Ekstrovertmembawa maksud orang berminat terhadap hal yang berlaku di sekitanya (di luar dirinya), dan tidak mengikut emosi serta suka bergaul dengan orang lain dan mereka berfikran terbuka. Manakala introvert pula membawa maksud orang yang lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaanya sendiri.

Ciri-ciri ekstrovert :i) gemar bercampur gaulii) suka aktiviti luariii) mudah bercakapi) mudah bertindak balasii) bersifat agak relaksiii) tidak mudah tersinggung perasaaniv) berupaya memimpinv) tidak mudah berasa bimbangvi) optimis dan sentiasa sukakan excitement

Ciri-ciri introvert :i) suka menyendiri (berseorangan) menfokus terhadap dirinya.ii) sukakan aktiviti solo contohnya melukis dan berpuisi.iii) Pemaluiv) Sensitifv) Cermatvi) Reflektif atau sentiasa berfikir dahulu sebelum menjalankan sesuatu.vii) Mempunyai pandangan hidup yang pesimistik (mudah putus asa).viii) Kurang bersedia untuk menanggung risiko.Cara-cara untuk meningkatkan atau membantu kedua-dua personaliti ini ialah :a) Libatkan dia dalam aktiviti yang mudah di mana dia akan dapat menikmati perasaan berjaya. Contohnya memberi soalan kuiz yang lebih mudah atau mengikut kemampuannya,dengan cara begini memberi mereka perasaan dilibatkan.b) Pastikan isi pelajaran dan latihan adalah setimpal dengan kebolehannya. Ini akan meningkatkan keyakinan dirinya.c) Hentikan segala gelaran negatif seperti bodoh pelajar tidak berguna dan sebagainya kerana boleh merendahkan motivasi dirinya.d) Libatkan dia dalam aktiviti kumpulan contohnya,jadikandia seorang ketua di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli kumpulannya.e) Adakan sesi kaunseling untuk mengenalpasti punca yang menyebabkan dia seorang introvert.f) Adakan latihan-latihan tegas diri untuk introvert agar dia dapat berfungsi dengan lebih berkesan.g) Galakkan dia menyertai aktiviti-aktiviti kelab sukan, permainan atau unit beruniform di mana dia berpeluang berinteraksi dengan orang lain.h) Bantu dia meningkatkan harga diri atau konsep kendirinya. Harga diri positif akan membantu seorang introvert menjadi lebih optimistik pandangan hidupnya serta lebih mudah bercampur gaul dengan orang lain.

Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah, bincangkan pelbagai mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyaii) konsep kendiri positifii) konsep kendiri negatifBeri sebab-sebab bagi tindakan mereka.Freud mendefinisikan helah bela diri merupakan satu strategi mental yang digunakan oleh seseorang untuk membela dirinya daripada ancaman id serta tekanan superego.Helah bela diri mempunyai dua ciri iaitu :i) ia berfungsi pada tahap di bawah sedarii) ia mengubah, menidak dan memalsukan persepsi realiti dengan tujuan untuk mengurangkan kadar ancaman pada seseorang individu.

Seseorang yang mempunyai konsep kendiri positif ialah mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta persekitaran dengan baik. Manakala seseorang yang mempunyai konsep kendiri negatif adalah mereka yang mempunyai masalah menerima dirinya sendiri serta tidak boleh menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran denggan baik.

Terdapat pelbagai mekanisme atau jenis helah bela diri yang sering digunakan oleh murid-murid yang mempunyai konsep kendiri positif dan konsep kendiri negative iaitu :a) RepresiRepresi ialah satu proses mental yang aktif di mana seseorang sengaja melupakan peristiwa yang pahit dengan menolaknya ke kawasan tak sedar otak kita. Represi menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada memasuki pemikiran sedar manusia. Ia digunakan oleh ego yang membolehkan helah bela diri psikologi berlaku. Represi membantu manusia menghadapi masalah harian. Namun begitu, represi tidak mampu menghapuskan memori yang tidak diingini dari ingatan manusia teapi sebaliknya ia akan menjurus kepada masalah psikologi yang lebih serius.

b) RasionalisasiIa merupakan jenis helah bela diri yang berlaku apabila seseorang individu cuba menipu diri dengan tujuan menjaga harga dirinya. Ia merupakan satu alas an atau penjelasan mengapa satu-satu situasi itu tidak dapat diterima. Contohnya, guru pelatih gagal dalam latihan mengajar. Dia menyalahkan pensyarah dan tidak mahu menerima kelemahan diri.

c) ProjeksiProjeksi ialah tindakan di bawah sedar yang membalikkan konflik dalam dirinya seperti perasaan, pemikiran dan tujuan kepada orang lain. Ia berlaku apabila seseorang itu melindungi harga dirinya daripada mengakui kualiti-kualiti yang tidak diingini dengan cara menagihkan kualiti tersebut kepada orang lain. Contohnya, pelajar lemah bercadang untuk menipu dalam peperiksaan tetapi hati kecilnya mengetahui perbuatan itu salah. Tetapi dia ingin cuba kerana dia mengesyaki pelajar-pelajar lain juga menipu walhal tidak. Dia sedang melakukan projeksi.

d) PemindahanIa digunakan apabila sesuatu perkara yang dapat memuaskan diri tidak dapat diperolehi atau sesuatu perkara itu akan menimbulkan perasaan tidak senang. Oleh itu, perhatian manusia akan dipindahkan ke sasaran lain. Manusia sering mengubah perhatian daripada situasi yang mengancam kepada situasi yang lebih menyenangkan. Contohnya, sekiranya kita marah kepada ketua kita tetapi kita tidak dapat meluahkan perasaan marah itu. Sebaliknya perasaan itu dilepaskan kepada anak kita.

e) RegresiRegresi berlaku apabila seseorang kembali kepada jenis tingkah laku yang menjadi kebiasaan di peringkat perkembangan yang terdahulu daripada peringkat kini. Dengan kata lain, individu yang mengamalkan regresi sebenarnyamengundur ke masa lalu. Contohnya, kanak-kanak 10 tahun, mula menangis, menggigit kuku, atau menjeritapabila tidak diterima oleh rakan-rakannya. Amalan-amalan ini adalah amalan yang pernah dilakukan ketika umur mereka 4 hingga 6 tahun.

f) IntelektualisasiIntelektualisasi ialah helah bela diri memendam emosi yang tidak menyenangkan dengan menghuraikan satu-satu situasi menggunakan penaakulan. Kadangkala, manusia mengasingkan komponen emosi dalam proses ini. Mereka ini sering mewujudkan jurang dalam hubungan interpersonal mereka. Contohnya, kaunselor tidak boleh memberi kaunseling kepada kliennya kerana emosinya mempengaruhi dirinya ketika mendengar kisah sedih klien. Dia seharusnya menggunakan perkataan bukan perasaan untuk menjelaskan klien agar klien berada di tahap yang stabil.

g) PenafianPenafian ialah menafikan perkara yang tidak ingin dipercayainya. Ini bagi membolehkan mereka dapat menempuh detik-detik sukar. Contohnya, apabila pesakit tidak dapat menerima kenyataan apabila diberitahu doktor bahawa dia menghidap penyakit barah. Dia cuba menyatakan diagnosis doktor itu salah.

h) SublimasiSublimasi adalah strategi helah bela diri yang boleh memberi kebaikan atau pun keuntungan. Ini adakalanya digunakan sepanjang hayat apabila menyedari diri tidak mendapat apa yang diingini. Contohnya, seseorang ingin hilangkan perasaan sunyi, dia akan cuba mengisi masa lapangnya itu dengan mengubah puisi, pantun dan sebagainya.

i) IdentifikasiIdentifikasi ialah apabila seseorang cuba membuat penyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti orang yang diminatinya. Helah bela diri ini digunakan secara tidak sedar untuk melindungi diri sendiri dan menaikkan harga diri. Contohnya, kanak-kanak tahun 1 menggunakan identifikasi apabila dia menyatakan kepada rakannya Ayah saya kaya. Dia ada kereta Mercedes. Ayah saya lebih baik daripada ayah kamu.

Antara sebab-sebab bagi tindakan mereka ialah:j) untuk memberikan masa untuk seseorang menilai tentang cara menyelesaikan masalah.ii) ia menambahkan kemahiran hidup kita. Kita dapt mengurangkan sedikit perasaan kebimbangan.iii) sesetengah helah bela diri seperti sublimalimasi dan rasionalisasi menjadikan diri kita lebih kreatif.iv) helah bela diri dapat mententeramkan jiwa seseorang secara langsung sebelum individu berkenaan dapat berjumpa dengan kaunselor yang boleh membantunya.

Admin1

Posts:680Join date:2011-09-23

Subject: Re: Soalan Psikologi Pendidikan Mon Sep 10, 2012 2:33 pm

SOALAN 4Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada kualiti pengurusan bilik darjah. Bincangkan pernyataan ini berasaskan pengalaman mengajar anda dengan memberi contoh-contoh yang sesuai.Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Ia merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta berkesan dalam menghadapi tingkah laku murid.d di sini guru merupakan pengurus bilik darjah.

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran sebab ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru harus sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Mereka juga terpaksa mengurus dan memproses sebahagian besar kerja-kerja perkeranian contohnya memberi gred kertas ujian murid, menanda tugasan mereka, memasukkan keputusan peperiksaan dalam buku kemajuan mereka, menanda kehadiran harian dan kerja-kerja yang lain.

Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor-faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya termasuklah:

i) Faktor fizikalPersekitaran fizikal bilik darjah perlu menarik kerana ia merupakan kondusif untuk pembelajaran. Guru perlu memastikan lampu dan kipas berfungsi dan peredaran udara dalam bilik darjah berada dalam keadaan baik. Susunan tempat duduk haruslah menghala kepada papan tulis. Almari, bakul sampah dan lain-lain hendaklah diletakkan di bahagian belakang agar tidak mengganggu proses pembelajaran.

ii) Faktor sosialGuru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka kjika mahu menjawab sebarang pertanyaan.

iii) Faktor emosiGuru perlulah mempamerkan gaya kepimpinan yang berkesan agar murid berasa seronok untuk belajar. Kepimpinan autoritarian adalah tidak sesuai kerana ia menekan kepada ganjaran dan hukuman serta cuba mendesak hormat dari murid. Ini menyebabkan guru tersebut mewujudkan suasana pembelajaran yang tertekan, yang tidak kondusif untuk pembelajaran yang sihat.

Guru perlulah bersifat kepimpinan demokratik. Guru tersebut akan berfungsi tanggungjawabnya dengan murid. Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dan murid. Guru perlulah mengamalkan sifat mesra, mengambil berat dan pada masa sama tegas. Di samping itu, guru hendaklah sentiasa memberi motivasi kepada muridnya agar mereka lebih giat berusaha memajukan diri mereka. Tingkah laku yang baik perlu ditonjolkan bagi membina suasana yang positif. Tidak lupa juga, peneguhan dilakukan terhadap murid contohnya memberi pujian kepada murid di atas hasil kerja mereka yang baik atau pun memberi hadiah kepada murid yang cemerlang dalam peperiksaan. Peneguhan dilakukan agar menggalakkan murid berusaha untuk menghasilkan kerja yang baik.

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN1.0 PENDAHULUANPengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu selalunya tidak menyeronokkan dan biasanya membosankan murid. Keadaan ini berlaku kerana teknik pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak menggunakan bahan bantu belajar untuk menarik minat murid dan guru biasanya mengggunakan teknik yang konvensional (cara lama) dan tidak berpusatkan murid.Oleh sebab itu, guru-guru haruslah menukar teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dengan mengaplikasikan teknik-teknik seperti improvisasi, main peranan, teater bercerita, permainan bahasa dan bercerita. Teknik yang dicadangkan ini juga berpusatkan murid dan menggalakkan mereka menggunakan bakat, kreativiti dan pengetahuan sedia ada murid dalam menjalankan aktiviti di dalam kelas.Pemilihan teknik haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran murid, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian murid, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk.2.0 TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUMenurut Kamus Dewan (edisi keempat), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alatkomunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Tujuan sesuatu teknik yang guru aplikasikan di dalam bilik darjah ialahuntuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian, serta membangkitkanrasa ingin tahu murid akan sesuatu tajuk atau isi pelajaran yang akan dansedang dilaksanakan.2.1 TEKNIK IMPROVISASI2.1.1 Pengenalan ImprovisasiImprovisasi ialah aktiviti lakonan spontan dalam situasi yang tidak dirancang. Ia boleh mengisahkan sesuatu kejadian atau situasi dalam kehidupan harian atau imaginasi. Murid berperanan mencipta dialog dan melakukan sesuatu aksi secara spontan mengikut arahan yang ditetapkan atau berdasarkan daya imaginasi atau kreativiti mereka sendiri.Aktiviti improvisasi dapat menjadi satu latihan untuk meningkatkan daya imaginatif dan kreatif murid dalam menggunakan bahasa yang baik dan berkesan. Aktiviti ini juga dapat melatih murid sentiasa bersedia memberikan tindak balas spontan apabila diperlukan. Improvisasi juga dapat meningkatkan daya penghayatan murid agar lebih peka terhadap objek, situasi dan peranan yang ditentukan.2.1.2 Langkah-langkah Improvisasii. Guru memberi rangsangan samada berdasarkan situasi, objek watak, petikan cerita atau gambar.ii. Murid diberi masa untuk berbincang dalam kumpulan kecil.iii. Setelah murid benar-benar yakin , barulah mereka dikehendaki beraksi di hadapan kelas.iv. Guru tidak perlu menyedarkan murid mengenai penonton kerana ini untuk membentuk keyakinan murid beraksi.v. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.vi. Guru perlu membimbing murid dengan bijak tanpa mematahkan minat mereka untuk berimprovisasi.2.2 TEKNIK MAIN PERANAN2.2.1 Pengenalan Main PerananMain peranan merupakan satu situasi yang melibatkan murid memegang sesuatu peranan, sama ada sebagai dirinya sendiri atau individu lain, dan kemudian bertindak atau beraksi sebagaimana yang dikehendaki oleh situasi yang telah ditentukan. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan.Main peranan sebagai individu lain memerlukan murid memainkan peranan berdasarkan tokoh, pekerjaan , kedudukannya dalam masyarakat atau pertubuhan tertentu. Oleh kerana peranan yang diberikan berbeza dari pengalamannya yang sebenar, para murid hendaklah diberi peluang menyediakan atau mendapat maklumat yang lengkap tentang peranan tersebut sama ada melalui pembacaan atau membuat rujukan kepada sumber-sumber tertentu. Di samping itu, guru boleh juga menyediakan maklumat tersebut mengikut keperluan.2.2.2 Langkah-langkan Main Peranani. Guru mewujudkan satu situasi yang bermasalah yang disediakanii. Guru menerangkan secara ringkas mengenai objektif lakonan, watak-watak yang terlibat dalam situasi itu dan tempoh berlakoniii. Guru memilih murid-murid yang berminat menjadi pelakon-pelakon.iv. Murid-murid dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi .v. Guru berbincang dengan murid tentang prestasi pelakon-pelakon dan cara menyelesaikan masalahvi. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.2.3 TEKNIK TEATER BERCERITA2.3.1 Pengenalan Teater BerceritaMelalui teater bercerita, teknik ini melibatkan beberapa orang murid yang membaca skrip sesebuah cerita di hadapan kelas. Teater bercerita mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka sahaja. Murid dapat memahami, menghayati dan merasakan cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan.Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.Teater Bercerita melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon. Pencerita akan menyampaikan cerita, dan pelakon beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, novel, dan prosa klasik. Melibatkan seorang pencerita dan digabungkan dengan beberapa orang pelakon.2.3.2 Langkah-langkah Teater Bercerita.i. Guru atau murid boleh menyediakan skrip terlebih dahulu.ii. Murid diberi peluang membaca cerita terlebih dahulu.iii. Murid lain boleh mencatat maklumat berdasarkan arahan guru.iv. Murid akan menyampaikan cerita, dan murid lain beraksi mengikut watak dalam cerita tersebut.v. Guru dan murid memberi ulasan berdasarkan aktiviti teater bercerita tersebut.2.4 TEKNIK PERMAINAN BAHASA2.4.1 Pengenalan Permainan BahasaPermainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Teknik ini sesuai digunakan pada semua peringkat pembelajaran bahasa, iaitu daripada peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah menengah. Teknik ini juga adalah satu strategi pengajaran yang sesuai digunakan pada pelbagai tahap pencapaian murid. Permainan bahasa bukanlah merupakan aktiviti tambahan untuk bergembira semata-mata, tetapi ia boleh digolongkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berhasrat memberi peluang kepada murid mengaplikasikan kemahiran bahasa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Permainan bahasa merupakan aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan ada hubung kaitnya dengan kandungan isi pelajaran secara langsung atau tidak langsung.2.4.2 Langkah-langkah Permainan Bahasai. Secara BerkumpulanPermainan bahasa boleh dilaksanakan dalam kumpulan-kumpulan kecil.. Bilangan ahli dalam satu-satu kumpulan adalah penting dalam menentukan kelancaran permainan. Jika bilangan murid dalam sesebuah kelas terlalu ramai, guru hendaklah membahagikan murid dalam banyak kumpulan.ii. Secara BerpasanganAktiviti berpasangan merupakan satu bentuk gerak kerja yang efektif dalam melibatkan penyertaan murid. Permainan bahasa secara berpasangan boleh memberikan lebih banyak peluang latihan mendengar dan bertutur. Guru lebih mudah untuk mengawal pasangan murid.iii. Secara IndividuPermainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya dilakukan untuk murid yang pintar dan cerdas serta telah menyiapkan tugas yang diberikan oleh guru dalam sesuatu masa tertentu.2.5 TEKNIK BERCERITA2.5.1 Pengenalan BerceritaBercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan murid. Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid. Selain itu ia dapat melatih murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur. Guru yang menggunakan teknik ini boleh menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi atau mimik muka mereka.2.5.2 Langkah-langkah Berceritai. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.ii. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.iii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.iv. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.v. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.vi. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.vii. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lainBahan Bantu Mengajar.viii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.3.0 TEKNIK IMPROVISASI3.1 Pengenalan ImprovisasiMenurut Kamus Dewan ( edisi keempat) improvisasi bermaksud perihal (perbuatan) melaksanakan atau membuat sesuatu tanpa persediaan awal,secara spontan, atau dengan menggunakan bahan-bahan yang ada sahaja.Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa. Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak dicerna secara maksimum.Teknik improvisasi ialah teknik lakonan spontan yang dilakukan dengan aksi dan dialog dibina sendiri oleh pelakon/ murid. Teknik ini memerlukan murid mencipta satu idea baru berdasarkan idea yang sedia ada melalui kreativiti tersendiri. Improvisasi memerlukan murid mempunyai imaginasi dan kreativiti yang tinggi.Menurut Som Hj. Nor (1994), Improvisasi membawa maksud bertindak balas secara spontan terhadap situasi yang tidak dijangka. Improvisasi boleh dijalankan berdasarkan situasi, gambar, watak dan petunjuk.Tujuan utama improvisasi adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Improvisasi dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada murid, di samping dapat menyuburkan sahsiah murid.3.2 PENDEKATAN IMPROVISASI3.2.1 Bersedia menghadapi ketidaksempurnaanGuru perlu bersedia menghadapi ketidaksempurnaan bila mana murid melakonkan sesuatu aksi yang tidak lengkap, tidak tersusun dari a-z dan terhenti berlakon. Jika keadaan ini berlaku, maka guru perlu bijak menyusun semula aksi dan dialog murid. Apa yang penting ialah bagaimana murid dapat mengabungkan idea dengan arahan atau rangsangan yang diberikan oleh guru secara spontan.3.2.2 Tidak perlu pentas yang sempurnaImprovisasi tidak memerlukan dilaksanakan dengan pentas yang sempurna atau keperluan teater yang konvensional kerana kita bukan meminta murid mementaskan sesebuah teater, tetapi sekadar mewujudkan idea.3.2.3 Menyediakan sarananGuru selaku pembimbing perlu menyediakan saranan atau rangsangan untuk menjana idea murid dalam improvisasi.3.2.4 Tidak perlu penontonMurid tidak perlu disedarkan tentang kehadiran penonton yang formal. Langkah ini demi membentuk keyakinan murid. Ini kerana, murid yang belum biasa beraksi dihadapan kelas, mereka akan mudah gelabah jika aksi atau lakonan mereka dipertontonkan. Setelah murid benar-benar berasa yakin, barulah dimulai dengan perbincangan atau pasca nilai. Komen atau teguran yang positif perlu diberikan. Guru juga boleh meminta murid lain di dalam kelas memberi komen berdasarkan aksi spontan rakan mereka.3.2.5 Aktiviti berkumpulanGuru hendaklak menggalakkan muridmurid berkerja secara kumpulan dengan natural. Ahli kumpulan sebaiknya ditukar ganti supaya pergaulan social murid lebih luas.3.2.6 Bijak melayani permintaanGuru perlu bijak dan bersedia melayani permintaan kumpulan murid tanpa mematahkan minat mereka untuk beraksi secara spontan.3.3 PERANAN IMPROVISASI3.3.1 Meningkatkan daya imaginasiDaya imaginasi murid dapat ditingkatkan kerana teknik ini dapat mencerna atau mencampah daya pemikiran murid ke tahap yang optimum. Improvisasi ini juga dapat menggalakkan kemahiran berfikir murid dengan lebih kreatif dan kritis. meningkatkan daya kreativiti mereka dan merangsang otak mereka untuk lebih berfikir3.3.2 Merangsang kemahiran berbahasaGuru dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu murid meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan murid. Teknik improvisasi terbukti dapat merangsang kemahiran berbahasa murid kerana teknik ini menuntut murid berdialog secara spontan.Dengan ini, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa terlebih dahulu sebelum berupaya menuturkan dialog mereka. Murid berupaya menggunakan bahasa secara pragmatik iaitu bahasa yang bermakna mengikut konteks. Murid juga boleh menggunakan bahasa secara spontan dengan lebih bermakna bersesuaian dengan situasi. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan seperti dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran berbahasa murid.3.3.3 Mewujudkan suasana menyeronokkan.Aktiviti improvisasi terbukti dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan bersahaja kerana melibatkan watak-watak dalam kalangan murid. Murid berupaya mengasah bakat terpendam mereka dengan berkalaborasi sesama ahli kumpulan dalam suasana yang ceria dan terkawal.Berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersama-sama dan sebagainya.3.3.4 Pembelajaran kolaboratifPengaplikasian teknik improvisasi boleh membentuk pembelajaran murid secara kolaboratif kerana selalunya watak yang diberikan perlu dilakonkan bersama ahli dalam kumpulan masing-masing. Apabila murid membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi murid kolaboratif.3.3.5 Pengurusan masaPengurusan masa yang cekap dapat diterapkan melalui aktiviti improvisasi. Murid diberikan masa yang tertentu untuk mereka menunjukkan aksi secara spontan. Mereka perlu cekap bertindak menyusun strategi berdasarkan watak atau situasi yang diberikan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan guru.3.3.6 Meningkatkan keyakinan diriImprovisasi memerlukan murid beraksi di hadapan murid-murid lain. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan murid semasa melakonkan watak masing-masing. Ia juga dapat memberi satu suntikan motivasi untuk mereka terus beraksi dan ini akan membentuk pembinaan sahsiah yang positif ketika berhadapan dengan khalayak penonton.3.4 AKTIVITI IMPROVISASI3.4.1 Improvisasi berdasarkan situasiSatu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.teknik ini boleh dijalankan untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?contoh 2 : seorang murid baru pindah ke sekolah anda dan ditempatkan di kelas anda. Pada waktu rehat, semua pelajar ke kantin dan tempat permainan. Bagaimana anda semua melayaninya?3.4.2 Improvisasi berdasarkan gambarGambar diberikan atau dipamerkan kepada murid-murid dengan meminta murid menyediakan skrip secara spontan. Murid dibenarkan berbincang di dalam kumpulan atau secara individu.3.4.3 Improvisasi berdasarkan petikan ceritaPetikan cerita atau insiden tertentu dalam cerita yakni aksi kaku di mana murid dikehendaki melakonkan aksi berdasarkan plot. Matlamat menggunakan petikan adalah untuk menguji kefahaman murid dengan penghayatan isi kandungannya.3.4.4 Improvisasi berdasarkan objekTeknik menggunakan objek tertentu bagi merangsang pelajar bertutur dan melakukan sesuatu. Contoh objek yang boleh diganakan adalah seperti anak patung, surat khabar dan kostum.3.4.5 Improvisasi berdasarkan tokoh/watakWatak cerita binatang boleh digunakan seperti watak Sang Kancil atau tokoh seperti Hang Tuah.3.4.6 Improvisasi berdasarkan bunyiBunyi-bunyi seperti lagu instrumental untuk menjana bayangan minda, lagu dengan lirik boleh diadaptasi melalui teknik ini.3.5 JENIS-JENIS IMPROVISASIPeter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:3.5.1 Permainan Bebas ( Free Play )Permainan bebas sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dan tahap 1. Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.Guru bolehlah menciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut. Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti anak patung/ boneka, dan kostum yang dapat menyarankan perwatakan tertentu.3.5.2 Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan tindak balas secara spontan berdasarkan kesesuaian denagn situasi yang diberikan. Murid-murid dibantu dan digalakkan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina idea baru berdasarkan idea orang lain.Namun begitu perlu dingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat persembahan. Perkara utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan, interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.3.5.3 Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita. Murid juga boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan sesuai seperti memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai. Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan atau berkumpulan.3.5.4 Main Peranan ( Role Play )Dalam aktiviti ini, murid hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain dan berlainan dengan dirinya. Mereka diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.Untuk menghayati watak yang diberikan, murid perlu dilatih untuk melakukan justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti nama penuh watak, umur ,latar belakang keluarga, pekerjaan, sikap dan tingkah laku, hobi atau minat, keadaan kesihatan, dan pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan. Disamping itu murid perlu digalakkan untuk, menulis diskripsi watak, melukis potret, dan membuat kostum dan memilih props yang sesuai untuk kegunaan watak.Guru boleh memiilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran murid, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang pernah ditonton serta berdasarkan gambar.3.5.5 Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.3.5.6 Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk meneroka isu-isu baru.Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti seperti menyediakan pakaian dan sebagainya dan menggunakan pengalaman tersebut untuk persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.3.6 PENGEMBANGAN IDEA IMPROVISASIAlex Osborn (1963) telah menyarankan tujuh cara mengembangkan idea;3.6.1 DiubahMengubah senario dalam cerita seperti dalam cerita Si Tanggang, andai jika Tanggang tidak derhaka kepada ibunya, adakah dia dan ibunya akan hidup bersama-sama hingga akhir hayat. Begitu juga seperti mengubah serita Batu Belah Batu Bertangkup, Melor dan Pekan telah mengejar ibunya hingga ke gua Batu Belah. Andaikan Melor dan Pekan dapat masuk ke dalam gua tersebut, adakah mereka Berjaya bertemu dengan ibu mereka?3.6.2 DikecilkanWatak boleh dikecilkan seperti watak manusia menjadi kecil, hidup dalam habitat serangga seperti karya Honey! I Shrunk The Kids dan Rama-Rama karya Syed Ali Syed Hassan.3.6.3 DibesarkanGambaran atau situasi diberikan seperti murid berada dalam dunia zaman dynasour. Apakah yang akan murid lakukan untuk m,enghadapi ancaman dynasour tersebut?3.6.4 DigantikanWatak-watak dalam cerita teladan kanakkanak boleh digantikan seperti menggantikan watak Sang Kancil digantikan dengan watak baru yang difikirkan lebih cerdik.3.6.5 Disusun semulaSesebuah karya disusun semula mengikut kesesuaian pada era sekarang seperti cerita Anak Buluh Betong diganti dengan Cucu Bluh Betong.3.6.6 DiterbalikkanCerita atau watak cerita diterbalikkan seperti contoh:i- Bagaimanakah kalau Pak Pandir cerdik?ii- Ibu Bawang Putih tidak menjadi ikan kaloi?iii- Mat Jenin mencapai cita-citanya?3.6.7 DigabungkanMenggabungkan beberapa idea atau senario atau cerita menjadi sebuah cerita baru.4.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMPROVISASI DALAM PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU4.1 Rancangan Pelajaran Harian Tahun 4RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYUTarikh : 1Julai 2010Masa : 11.00 pagi 12.00 tengahari ( 60 minit )Tahun : 4 Bestari ( 30 murid : 18 lelaki dan 12 perempuan)Tema : Cerita TeladanTajuk : Monyet Yang PintarPakej/ Modul : Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis.HPU : 2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton,dibaca atau dialami5.0 Membaca kuat dengan kelancaransebutan, intonasidan gaya pembacaan yang sesuai11.0 Membuat ulasan tentang bahan yangdidengar, ditontonatau dibacaHPK : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayatserta sebutan dan intonasi yang baik, jelas dan teratur.5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.11.3 Mengulas karya bukan sastera yang mudah secaraumum dari aspek tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran dan gaya bahasa.HHP : Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan,intonasidan penghayatan yang sesuai.Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sasteradengan sebutan dan intonasi yang betul.Aras 1 (ii) Mengenal pasti perwatakan dalam teks.Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat;1. Mempersembahkan improvisasi di hadapan kelas dengan gaya, sebutan dan intonasi yang sesuai.2. Membaca petikan yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.3. Menulis 5 watak dan perwatakan dalam borang grafik yang diberikan.Pengisian Kurikulum :Sistem Bahasa :i) Sebutan dan intonasi :ganas, mempersembahkan,ayat penyataii) Tatabahasa : Simpulan Bahasaiii) Kosa Kata : ganas, sampuk, menyerah, herdikKemahiran Bernilai Tambahi) Kecerdasan Pelbagai : Kecerdasan Linguistik, KecerdasanInterpersonal, Kecerdasan Kinestetik Badan,ii) Kemahiran Berfikir :Menyatakan sebab dan alasaniii) Kajian Masa Depaniv) Pembelajaran KonstruktivismeStrategi Pengajaran dan Pembelajaran : Pendekatan Berpusatkan MuridKemahiran generik : Kemahiran BelajarPenekanan Konsep 5Pi) Penggabungjalinan : kemahiran bertutur, membaca, menulisii) Penyerapan ilmu : Sains; Nilai murni : baik hati, kerjasamaiii) Pemulihan : Membaca petikan dialog dengan sebutan danintonasi yang betuliv) Pengayaan : Mengecam dan menulis simpulan bahasaberserta maksud yang terdapat dalam petikan.v) Penilaian : Mengisi borang grafikBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :i) Bahan Multimedia :LCD, CDii) Bahan Bercetak :Lirik Lagu, petikan, lembaran kerjaiii) Bahan Maujud : buah pisang, topeng binatangPengetahuan Perlu Ada :i) Murid pernah membaca kisah haiwan teladan.ii) Murid boleh menulis ayat majmuk.AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANLangkah dan Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran CatatanSet Induksi(5 minit) 1. Kotak Ajaib2. Teka-teki;rasanya manis sedap sekali,berkulit kuning banyak khasiat,tumbuh subur di tepi kali,dibuat kuih dibuat lepat. Guru membacakan teka-teki kepada murid. Bersoal jawab dengan murid. Jawapan ada dalam kotak ajaib tersebut. Guru memberikan jawapan dan menunjukkan buah pisang seterusnya mengaitkan dengan isi pelajaran pada hari ini.Kemahiran belajar(mentafsir maklumat)Langkah 1(8 minit) Petikan cerita;Monyet Yang Pintar(Lampiran A) Murid diberikan petikan. Murid membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan kuat. Murid lain mendengar dan member komen mengenai intonasi dan nada.SP:KoperatifPP(Berpusatkan murid)Langkah 2(10 minit) Pengembangan idea Improvisasi;1. Improvisasi Verbal( Verbal Improvisation ) Sambung dialog2. Improvisasi Main Peranan ( Role Play ) Watak binatang dalam petikan Murid murid dibahagikan dalam kumpulan 5 orang. Murid dikehendakiberbincang dan menetapkan setiap seorang satu watak binatang tersebut. Murid dibenarkan mereka sendiri dialog dengan meramalkan cerita atau menambahkan watak dalam cerita tersebut. Guru memberi bimbingan mengenai struktur ayat (dialog) yang dicipta murid.PP(Berpusatkan murid)SP:Koperatif dan KolaboratifKBT-Verbal linguistikSP:Kontek luarNilai: kerjasamaLangkah 3(25 minit) Persembahan improvisasi Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat persembahan dengan setiap seorang mewakili watak binatang. Murid dalam kumpulan lain dikehendaki memerhati setiap watak dalam improvisasi murid tadi. Guru memberi komen dan meminta murid lain juga memberi pandangan mereka mengenai watak dan perwatakan.KB(mempersembah-kan maklumat)Langkah 4( 7 minit) Latihan 1Melengkapkan borang grafik (Lampiran B) Menulis watak dan perwatakan Pengayaan- mengecam dan menulis simpulan bahasa Guru mengedarkan borang grafik. Murid diminta mengisi borang grafik tersebut berdasarkan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks dan juga dari improvisasi kumpulan. Guru berbincang dengan murid jawapan yang tepat. KB(menyatakan sebab dan alasan)Penutup( 5 minit ) Lagu pisang goreng(Lampiran C) Murid menyanyikan lagu pisang goring Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini. KG;TMK5.0 PENUTUPImprovisasi patut dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah kerana ia ternyata membolehkan kita melatih murid-murid menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi.Dengan menggunakan teknik ini, selain memberikan peluang kepada murid untuk berlakon secara spontan ia juga dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan berkesan di samping dapat membantu meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata merekaDalam proses penglibatan mereka dalam teknik improvisasi, guru boleh jugamemupuk nilai-nilai murni melalui penghayatan cerita dan memperkembangkan sikap positif terhadap pembacaan. Nilai-nilai murni yang boleh dipupuk seharusnya berkaitan dengan cerita yang mereka lakonkan di mana murid dengan sendirinya sedar akan akibat segala perbuatan yang mereka lakukan. Jadi mereka akan lebih berfikr terlebih dahulu sebelum mula membuat sebarang keputusan.

Permainan Matematik sekolah RendahPermainan Matematik Percuma Untuk Murid-Murid Sekolah RendahAda permainan lagi dalam edisi Bahasa InggerisSelamat datang ke laman'permainan Matematik sekolah rendah'- di sini terdapat permainan Matematik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran Matematik sekolah rendah. Pelajar sekolah rendah akan menggemari permainan tersebut. Oleh itu, saya telah memastikan laman ini berada atas talian (online) - untuk para guru dan ibu bapa seperti anda sekalian yang menpunyai banyak idea permainan Matematik yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.Semenjak kecil lagi saya memang menggemaripermainan Matematik. Ibu bapa saya memainkan peranan penting dalam memupuk minat saya terhadap bidang Matematik. Mereka telah menyediakan banyak permainan Matematik dan alat mainan Matematik yang telah banyak membantu saya untuk memahami kepentingan konsep Matematik dengan hanya bisikan kalbu. Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalahpaling optimum semasa mereka bermain.Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskanpeluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) mesti diberi peluang yang sama seperti saya iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Sekiranya, anda bersetuju dengan pendapat tersebut, maka anda telah menjumpai laman yang betul.Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini! Saya percaya bahawa anak-anak (jika anda ialah para ibu bapa) atau pelajar (jika anda ialah para guru) seharusnya mempunyai peluang yang sama seperti saya iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri saya melalui aktiviti permainan Matematik yang menyeronokkan. Jika anda bersetuju dengan pendapat tersebut dan ingin memberi kanak-kanak tersebut peluang, anda telah menjumpai laman yang betul. Seterusnya anda akan menjumpai senarai semua jenis permainan Matematik yang terdapat dalam laman ini yang bersesuaian dengan kanak-kanak sekolah rendah.Sesuai untuk gred :

Sesuai untuk gred :

Dalamteka-teki Matematik yang mencabartersebut anda perlu menyusun nombor 1 sehingga nombor 8 dalam kotak grid tersebut. Anda mesti pastikan nombor yang berturutan tidak berada bersebelahan antara satu sama lain. Teka-teki ini agak sukar tetapi boleh diselesaikan. Saya pernah melihat kanak-kanak gred empat berasa bingung terhadap teka-teki tersebut sehingga beberapa minggu, tetapi kanak-kanak gred lima dan enam nampaknya mempunyai potensi yang lebih untuk menyelesaikan teka-teki tersebut. Saya berharap anda akan menyukai teka-teki tersenut.Sesuai untuk gred :

Permainan Tambahan Satu Pancinganialah satu permainan yang mempunyai peraturan yang mudah dan permainan ini boleh digunakan untuk mengajar fakta operasi asas operasi tambah seperti 3+1=4. Permainan ini boleh dimainkan dengan hanya menggunakan sebarang kad yang bernombor, seperti kad UNO. Apabila kanak-kanak berjaya menguasai kemahiran menambah nombor 1 kepada nombor -nombor lain, anda boleh menggalakkan mereka bermain permainan Tambahan Dua Pancingan, permainan Tambahan Tiga Pancingan atau bermain permainan Tambahan Tambahan Pancingan!Sesuai untuk gred :

Zim Zamialah permainan yang dikenali ramai. Permainan ini melatih pelajar mengenal pasti gandaan 5 dan 7. Permainan ini ialah permainan yang baik untuk kanak-kanak, dan permainan ini merupakan permainan yang dapat memeriahkan suasana di kalangan orang dewasa. Dalam web laman, anda akan menjumpai "Zim Zam Kalkulator" yang berupaya untuk menentukan apa yang perlu dikatakan oleh seseorang pemain untuk sebarang nombor yang diberikanSesuai untuk gred :

Dalampermainan tipu muslikhat kalkulator ghaib hari jadidan"Tiga" tipu muslihat Matematik, seseorang kanak-kanak akan memberi satu turutan arahan-arahan aritmetik kepada kawannya, kemudian melakukan beberapa pengiraan mudah terhadap keputusan Matematik dalam mindanya. Kanak-kanak tersebut seperti mempunyai ilmu kuasa ghaib, dapat memperolehi tarikh hari jadi dan bulan kelahiran kawannya (atau nombor rahsia) sebagai keputusan pengiraan Matematiknya! Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak tahun keempat dan ke atas.Sesuai untuk gred :

Applet Spirografsudah tentu akan menarik minat mereka yang mempunyai citarasa yang baik dalam seni. Anda boleh gunakannya untuk mencipta corak-corak yang cantik dan sekirannya anda memilih untuk "mempercayai" applet tersebut, anda boleh menyimpan data dalam cakera atau mencetak mereka. Saya juga telah membuat satu laman web untukmenerangkan aspek Matematikkepada kanak-kanak yang akan mereka pelajari semasa menggunakan applet tersebut.Sekian sahaja buat kali ini. Saya berharap anda akan sentiasa melawati laman permainan Matematik saya supaya anda akan menjadi orang pertama untuk melihat permainan Matematik kanak-kanak sekolah rendah yang akan saya letakkan dalam laman tersebut.Yang benar, Dr Mike....