addie

8
PENDAHULUAN Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar- pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan. Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang telah dibangunkan untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa. Sesungguhnya, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang dan akan menghasilkan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran: i. Tutorial Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik. Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar. ii. Latih Tubi Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan

Upload: pingyiengsia

Post on 16-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teori addie

TRANSCRIPT

PENDAHULUAN Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Ianya dapat membantu guru-guru dan pelajar-pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran dengan lebih menarik dan interaktif. Selain dari bahan bantu mengajar, komputer juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses pengurusan dan penilaian di sekolah. Menurut Heinich, Molenda and Russell (1993) banyak perisian komputer yang boleh dimanfaatkan dalam setiap aspek pendidikan.Perkembangan PPBK Kaedah pengajaran pembelajaran berbantukan komputer telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang telah dibangunkan untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian PPBK yang bersesuaian dan menepati kehendak pendidikan semasa.Sesungguhnya, Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau pembelajaran yang dilaksanakan secara terancang dan akan menghasilkan pembelajaran dilakukan dengan menggunakan perisian khusus yang dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.

Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:

i. TutorialBerguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan dengan baik.

Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.

ii. Latih TubiLatih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara pilihan rawak

iii. PermainanPPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar sambil bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan.

Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane & Sparrowhawk, 2002).

iv. SimulasiDidefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu keadaan sebenar.

Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi semasa pembelajaran sebenar.

v. Tunjuk CaraBerguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.

Penggunaan beberapa gambar bersiri, simulasi atau animasi boleh digunakan untuk kaedah ini. Perlakuan secara interaktif, latihan berulang kali sehingga mahir dan lebih yakin diberi kepada pelajar sebelum melaksanakannya sesuatu prosedur dalam keadaan sebenar.

vi. UjianGuru boleh mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan semerta. Soalan-soalan jenis objektif, isi tempat kosong, padanan, benar- salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK ini.

Pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta dalam situasi terkawal. Pencapaian didiagnogsis untuk menilai pencapaian pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan mengesan kelemahan pelajar dan kenal pasti tindakan seterusnya dalam merangka pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.

REKA BENTUK MODUL Reka bentuk modul atau secara lebih khusus, reka bentuk pengajaran (instructional design) adalah satu sistem prosedur bagi membentuk program pendidikan atau modul pembelajaran secara konsisten dan dapat dipercayai. Dewasa ini, terdapat pelbagai model reka bentuk pengajaran dan sebahagian model tersebut merupakan pengubahsuaian kepada Model ADDIE (Gustafson & Branch, 2007). Istilah ADDIE merupakan satu akronim bagiAnalysis (analisis),Design (reka bentuk),Development (perkembangan), Implementation (pelaksanaan), dan Evaluation (penilaian). Dalam Model ADDIE, terdapat lima tahap atau unsur bagi aktiviti saling berkaitan yang memandu amalan pembentukan program pengajaran atau modul pembelajaran. Setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikuti satu pola berurutan, tetapi memberitahu satu sama lain dalam satu sistem reka bentuk, yang mana output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang berikutnya (lihat Rajah 3.1).

Tahap analisis merupakan asas bagi semua tahap yang lain dalam reka bentuk pengajaran. Istilahanalisis merujuk analisis seting pengajaran dan pelajar, termasuk 5 identifikasi keperluan khusus pelajar dan tujuan pengajaran. Dengan kata lain, analisis membabitkan proses mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari. Pada tahap ini, masalah pengajaran, tujuan dan objektif pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki oleh sasaran pelajar dikenal pasti dengan teliti. Dalam konteks pembinaan modul pembelajaran, terdapat beberapa persoalan asas yang diberi tumpu pada tahap analisis: Siapakah sasaran pelajar bagi modul pembelajaran? Apakah ciri utama mereka? Apakah hasil pembelajaran yang diharapkan? Apakah jenis masalah atau kekangan pembelajaran yang perlu diatasi? Apakah kaedah pembelajaran yang berkesan? Apakah aspek pedagogi yang perlu diberi perhatian? Apakah teori pembelajaran yang sesuaidigunakan?Ringkasnya, tahap analisis membabitkan aktiviti menentukan masalah yang dihadapi, mengenal pasti sumber bagi masalah tersebut, dan menentukan penyelesaian yang munasabah bagi masalah itu. Tahap analisis mungkin membabitkan penggunaan teknik inkuiri atau kaedah kajian yang khusus seperti analisis atau taksiran keperluan, analisis pelajar, analisis kandungan, analisis teknikal, analisis kerja, dan analisis tugas. Antara lain, hasil atau output bagi tahap ini terdiri dari tujuan pengajaran dan satu senarai tugas yang perlu diajar. Output tersebut akan menjadi input bagi tahap reka bentuk. Tahap reka bentuk pula membabitkan penggunaan output dari tahap analisis untuk merancang strategi bagi membentuk pengajaran. Istilah reka bentuk merujuk reka bentuk spesifikasi bagi konteks pembelajaran yang berkesan dan juga reka bentuk produk dan proses untuk mencapai tujuan pembelajaran yang ditetapkan. Dengan kata lain, reka bentuk melibatkan proses menjelaskan cara untuk mempelajari perkara tertentu. Pada tahap ini, objektif pembelajaran dibentuk, pelajaran dirancang, butir ujian dibina, sumber pembelajaran dikenal pasti, cara untuk mencapai tujuan pengajaran yang telah dikenal pasti pada tahap analisis digariskan, dan asas pengajaran dikembangkan. Beberapa aktiviti pada tahap reka bentuk termasuklah menulis penerangan tentang populasi sasaran, menjalankan analisis pembelajaran, menulis objektif pembelajaran, menulis butir ujian, memilih sistem penyampaian, dan menyusun pelajaran dalam urutan tertentu. Output bagi tahap reka bentuk akan menjadi input kepada tahap perkembangan. Seterusnya, tahap perkembangan dibentuk berlandaskan kedua-dua tahap analisis dan reka bentuk. Istilahperkembangan merujuk pembinaan semua artifak pelajar danpengurusan yang relevan. Dengan kata lain, perkembangan membabitkan proses penjanaan dan penghasilan bahan pembelajaran, dan tujuan utama bagi tahap ini adalah untuk menjana rancangan dan bahan pelajaran. Pada tahap ini, rangka cerita dibentuk, kandungan ditulis, grafik direka bentuk, unsur teknologi diintegrasikan, halaman maklumat dan pelajaran dibentuk, dan semua media yang akan digunakan dalam pengajaran dan sebarang dokumentasi sokongan dibentuk. Proses ini boleh melibatkan perkakasan komputer seperti kalkulator grafik dan alat simulasi serta perisian komputer seperti Geometers Sketchpad dan pengajaran berasaskan komputer. Tahap pelaksanaan pula membabitkan penyampaian atau pelaksanaan pengajaran yang sebenar, sama ada pengajaran itu berasaskan bilik darjah, makmal matematik, seting peribadi, mahupun berasaskan komputer. Istilahpelaksanaan merujuk pelaksanaan artifak pembelajaran dan sistem yang dibentuk dalam konteks pembelajaran yang diharapkan. Dengan kata lain, pelaksanaan membabitkan proses menjalankan program atau modul pembelajaran dalam konteks dunia sebenar. Tujuannya adalah untuk menyampaikan atau melaksanakan pengajaran dengan efisien dan berkesan. Tahap ini perlu menyokong pemahaman pelajar tentang bahan yang disediakan, menyokong pelajar menguasai kemahiran tertentu, membantu pelajar membina pengetahuan berdaya maju, menyediakan prosedur bagi melatih fasilitator atau pelajar modul pembelajaran, dan mencuba pelajaran yang disediakan. Akhir sekali, tahap penilaian membabitkan pengukuran keberkesanan dan keefisienan pengajaran. Istilahpenilaian merujuk kedua-dua penilaian formatif dan sumatif tentang produk pembelajaran dan sistem yang dibentuk dan dilaksanakan. Dengan kata lain, penilaian melibatkan proses menentukan kecukupan pelajaran atau modul yang disediakan. Penilaian sepatutnya berlaku secara berterusan dalam seluruh proses reka bentuk pengajaran seperti penilaian dalam setiap tahap, penilaian antara tahap, dan penilaian selepas pelaksanaan. Penilaian formatif merupakan penilaian berterusan semasa membentuk sesuatu tahap dan antara tahap. Tujuan penilaian ini adalah untuk memperbaiki pengajaran sebelum versi mutakhir dilaksanakan. Penilaian sumatif pula berlaku selepas versi pengajaran mutakhir dilaksanakan. Tujuan penilaian ini adalah untuk mentaksirkan keberkesanan keseluruhan pengajaran. Lazimnya, data dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak. Model ADDIE adalah berlandaskan behaviourisme, bersifat preskriptif, dan menggambarkan proses reka bentuk pengajaran sebagai kemajuan satu hala yang linear. Model tersebut tidak menggambarkan hakikat dan suasana yang sebenar tentang interaksi antara proses pengajaran dan pembelajaran (Rowley, 2005). Satu penambahbaikan bagi Model ADDIE ialah penggunaan prototaip cepat dalam mana maklumat balas berterusan dan formatif diterima semasa bahan pengajaran sedang dibentuk. Melalui cara ini, masa dan wang dapat dijimatkan sebab masalah dikenal pasti semasa mereka masih di peringkat awal dan mungkin lebih mudah untuk diatasi. Walaupun Model ADDIE mempunyai kelemahan tertentu, ia adalah berguna, sekurang-kurangnya dari segi membekalkan rangka menyeluruh tentang aktiviti reka bentuk pengajaran (Reiser, 2007). Namun begitu, seseorang perlu memberi perhatian kepada konteks reka bentuk pengajaran, di samping tumpuan kepada ciri reka bentuk pengajaran. Misalnya, Cennamo dan Kalk (2005) menegaskan bahawa unsur paling penting dalam pembinaan modul pembelajaran ialah pemahaman tentang pengguna modul tersebut. Untuk membantu perbincangan, Gustafson dan Branch (2002) telah membentuk satu taksonomi bagi model reka bentuk pengajaran berdasarkan beberapa ciri tertentu seperti orientasi model, amaun kemahiran reka bentuk pengajaran yang diperlukan untuk menggunakan model, amaun analisis bahagian depan yang terkandung dalam model, dan amaun penilaian formatif yang terkandung dalam model. Taksonomi tersebut membincangkan tiga jenis orientasi: (a) Model berorientasikan bilik darjah dalam mana model tersebut antara lainnya mengandungi output berbentuk satu atau beberapa jam pengajaran, (b) model berorientasikan produk dalam mana model tersebut mengandungi output berbentuk satu pakej pengajaran, dan (c) model berorientasikan sistem dalam mana model tersebut mengandungi output berbentuk kursus atau kurikulum. Model berorientasikan bilik darjah memberi tumpuan kepada usaha untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti guru, murid, suasana bilik darjah, atau kandungan pelajaran, manakala model berorientasikan produk pula bertumpu kepada usaha untuk membuat proses pengeluaran menjadi lebih efisien. Seterusnya, model berorientasikan sistem dari penilaian sumatif digunakan untuk membuat keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak. keputusan tentang pengajaran, sama ada untuk meneruskan pengajaran atau tidak. Kadang kala tujuan modul ditulis dalam bentuk pernyataan khusus. Berikut adalah satu contoh pernyataan tujuan modul:

PENUTUPMedia pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.

Bibliografi Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999. Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999. Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997.