adat istiadat silat seni gayong - penternakan lembu … · web viewdalam kedua-dua upacara di atas,...

3
Adat Istiadat Silat Seni Gayong Kandungan: 1. Pakaian Latihan 2. Pakaian Rasmi 3. Adat Istiadat Menjadi Murid 4. Syarat Menjadi Murid 5. Peralatan Istiadat Perlimauan 6. Adat Gelanggang 7. Adab Dalam Gelanggang 8. Istiadat-istiadat Lain 1. PAKAIAN LATIHAN a. Warna: serba hitam b. Kelengkapan: i. Tengkolok @ tanjak. ii. Baju kurung Melayu dengan potongan leher bujur sirih dan berlengan 3/4 panjang. iii. Bengkung berbentuk tali pinggang mengikut taraf pencapaian: Awan Putih Pelangi Hijau Pelangi Merah Pelangi Merah Tinggi - cula I hingga III Pelangi Kuning Pelangi Kuning Tinggi - cula I hingga V Hitam - Harimau Pelangi Cula Sakti - cula I hingga VII iv. Seluar dengan 3/4 labuh kaki. Bagi murid wanita, panjang lengan baju dan seluar mestilah menutupi pergelangan tangan dan buku lali (menutup aurat) serta memakai kain sampin. 2. PAKAIAN RASMI Pakaian yang dikenakan dalam majlis-majlis rasmi seperti hari kebesaran atau upacara adat istiadat Silat Seni Gayong. Lelaki a. Warna: serba hitam. b. Kelengkapan: i. tengkolok songket atau songkok. ii. sepasang baju Melayu. iii. sandang kebesaran adat atau kehormat yang dianugerahkan. iv. sebilah keris. v. sampin songket. vi. sepasang capal / kasut dan stokin hitam. 3. ADAT ISTIADAT MENJADI MURID Istiadat yang perlu ditempuh oleh seseorang itu sebelum diterima sebagai murid Gayong ialah Perlimauan Tapak bagi ahli lelaki dan Perlimauan Seni bagi ahli wanita. Upacara ini merupakan majlis akad penerimaan sebagai murid Gayong. 4. SYARAT MENJADI MURID i. Beragama Islam. ii. Berwudhu' iii. Membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Lahab. iv. Memberi salam. v. Menjunjung Al-Quran. vi. Menjaga amanah.

Upload: lamthuy

Post on 01-May-2018

267 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat Istiadat Silat Seni Gayong - Penternakan Lembu … · Web viewDalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah

Adat Istiadat Silat Seni GayongKandungan:1. Pakaian Latihan 2. Pakaian Rasmi 3. Adat Istiadat Menjadi Murid 4. Syarat Menjadi Murid 5. Peralatan Istiadat Perlimauan 6. Adat Gelanggang 7. Adab Dalam Gelanggang 8. Istiadat-istiadat Lain

1.PAKAIAN LATIHAN a. Warna: serba hitam b. Kelengkapan: i. Tengkolok @ tanjak. ii. Baju kurung Melayu dengan potongan leher bujur sirih dan berlengan 3/4 panjang. iii. Bengkung berbentuk tali pinggang mengikut taraf pencapaian: Awan Putih Pelangi Hijau Pelangi Merah Pelangi Merah Tinggi - cula I hingga III Pelangi Kuning Pelangi Kuning Tinggi - cula I hingga V Hitam - Harimau Pelangi Cula Sakti - cula I hingga VII iv. Seluar dengan 3/4 labuh kaki. Bagi murid wanita, panjang lengan baju dan seluar mestilah menutupi pergelangan tangan dan buku lali (menutup aurat) serta memakai kain sampin.

2.PAKAIAN RASMI Pakaian yang dikenakan dalam majlis-majlis rasmi seperti hari kebesaran atau upacara adat istiadat Silat Seni Gayong. Lelaki a. Warna: serba hitam. b. Kelengkapan: i. tengkolok songket atau songkok. ii. sepasang baju Melayu. iii. sandang kebesaran adat atau kehormat yang dianugerahkan. iv. sebilah keris. v. sampin songket. vi. sepasang capal / kasut dan stokin hitam.

3.ADAT ISTIADAT MENJADI MURID Istiadat yang perlu ditempuh oleh seseorang itu sebelum diterima sebagai murid Gayong ialah Perlimauan Tapak bagi ahli lelaki dan Perlimauan Seni bagi ahli wanita. Upacara ini merupakan majlis akad penerimaan sebagai murid Gayong.

Page 2: Adat Istiadat Silat Seni Gayong - Penternakan Lembu … · Web viewDalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah

4.SYARAT MENJADI MURID i. Beragama Islam. ii. Berwudhu' iii. Membaca surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Lahab. iv. Memberi salam. v. Menjunjung Al-Quran. vi. Menjaga amanah.

5.PERALATAN ISTIADAT PERLIMAUAN Antara bahan-bahan asas sebagai simbolik bagi upacara ini ialah:

Sebiji limau nipis Peralatan mandi orang dahulu

Akar sintok Peralatan mandi orang dahulu

Asam jawa & garamsemua kepayahan akan disudahi pengalaman yang manis

Sesisir pisang emas Sebagai hidangan untuk tetamu

Bunga 7 warna (mandi seni sahaja)

Mengharumkan badan dan unsur sesuatu yang seni

Air Gayong

air yang telah didoa untuk memohon keberkatan dan sebagai penerang hati bagi murid yang ingin menuntut ilmu Gayong dan segala ilmu Allah

Setelah selesai upacara mandi atau Perlimauan Tapak, maka rasmilah seseorang itu sebagai murid Silat Seni Gayong. Dengan itu, murid tersebut layak mempelajari ilmu Tapak Gayong. Apabila murid tersebut menjalani Istiadat Mandi Seni pula, beliau dengan sendirinya boleh mempelajari semua ilmu yang ada dalam Silat Seni Gayong beserta syarat-syarat tertentu. Dalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah dalam keadaan berwudhu'.

6.ADAT GELANGGANG Latihan dimulakan dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:Surah Al-Fatihah (1 kali) Surah Al-Ikhlas (11 kali) Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. (3 kali)

Page 3: Adat Istiadat Silat Seni Gayong - Penternakan Lembu … · Web viewDalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah

Berdoa semoga dijauhkan segala bahaya dan niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta memohon diberkati pelajaran yang dituntut. - semasa membuka gelanggang. Doa kesyukuran kerana latihan ditamatkan dengan baik daripada mula hingga akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat Allah s.w.t. Jika ada berkat doa dan bacaan-bacaan yang dibacakan, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., sekelian Rasulullah, nabi-nabi, wali-wali, al-marhum Dato' Mahaguru serta zuriatnya, kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat murid Gayong serta seluruh murid dan ahli Gayong yang telah meninggal dunia baru atau lama. Jika sekiranya hari latihan jatuh pada malam atau hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah akan ditambah menjadi 7 kali, Al-Ikhlas sebanyak 33 kali dan Selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. sebanyak 11 kali.

Page 4: Adat Istiadat Silat Seni Gayong - Penternakan Lembu … · Web viewDalam kedua-dua upacara di atas, ahli-ahli dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan hadas besar serta mestilah

7.ADAB DALAM GELANGGANG Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang: Tidak meludah. Tidak memakai alas kaki. Tidak bergurau senda Meminta izin daripada Imam Gelanggang jika ingin keluar daripada

gelanggang atau ingin bertemu seseorang di luar gelanggang. Menghormati rakan-rakan dalam latihan. Tidak maka atau minum. Bengkung, tengkalok dan sandang hendaklah ditanggalkan dan disimpan

di tempat yang elok semasa menikmati juadah/makanan.

8.ISTIADAT-ISTIADAT LAIN Antara Istiadat Silat Seni Gayong yang pernah dijalankan ialah: Mandi Minyak Mandi Keris Khatam Keris Khatam Lembing Pembukaan Gelanggang Baru Penyampaian Bengkung Pertabalan Ahli Lembaga Beradat Sambutan Hari Sang Sapurba