adat dan kepercayaan orang asli

12
ADAT DAN KEPERCAYAAN ORANG ASLI

Upload: tika-daud

Post on 15-Jul-2015

875 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Adat dan kepercayaan orang asli

ADAT DAN

KEPERCAYAAN ORANG

ASLI

Page 2: Adat dan kepercayaan orang asli

Orang asli mewarisi adat dan

kepercayaan yang kaya dengan pantang

larang. Mereka berpegang kepada

kepercayaan animisme dan dinaungi

oleh semangat alam dan tumbuh-

tumbuhan.

mempercayai kepada semangat baik

dan jahat. Setiap benda mempunyai

semangat dan boleh membawa

kemudaratan ataupun kebaikan

Page 3: Adat dan kepercayaan orang asli

ADAT DI DALAM PERKAHWINAN

perkahwinan di antara saudara sepupu dilarang sama sekali.

Pengantin lelaki dan perempuan seharusnya berasal dari kawasan lain atau ladang yang berlainan.

upacara perkahwinan Mah Meri yang bermula sebelum malam. Pengantin lelaki diiringi ke atas pelamin sambil diapit oleh dua orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang wanita.

Page 4: Adat dan kepercayaan orang asli

Tok batin akan memulakan upacara dengan

mengasap muka pengantin lelaki sebagai

tanda penghormatan.

Tok batin kemudiannya membawa dua batang

lilin dan digerakkan secara bulatan ke muka

pengantin lelaki. Upacara ini dilakukan supaya

moyang juga dapat menjadi saksi kepada

majlis penting ini.

Page 5: Adat dan kepercayaan orang asli

KULIT KURA-KURA

membakar kulit kura-kura untuk menghalang

ribut.

Semasa mantera dibaca, kulit kura-kura

dicampur dengan daun lada, serbuk lada dan

kulit pinang. Menurut mereka, bunyi asal

halilintar adalah perlahan, manakala suara

kura-kura dipanggil ‘kura-kura badi’ adalah

nyaring.

Page 6: Adat dan kepercayaan orang asli

Kulit kura-kura yang dibakar boleh menghalau

gajah

Masyarakat orang Asli percaya bahawa jika

seseorang menghina sifat kura-kura yang

berjalan perlahan dan bersuara perlahan, akan

ditimpa musibah.

Page 7: Adat dan kepercayaan orang asli

MINYAK CENUAI ( MINYAK PENGASIH)

Diperbuat daripada bunga cengloi dan hanya

Tok Halaq, bomoh atau poyang yang dapat

memperoleh bunga ini.

Percaya dengan memetik dan menyebut nama

orang yang disukai beberapa kali dan

kemudiannya diproses menjadi minyak, maka

orang tersebut serta-merta akan menyukai

kita.

Page 8: Adat dan kepercayaan orang asli

BULUH PERINDU

Berfungsi sebagai pemikat.

Hanya terdapat di kawasan pergunungan

tertentu seperti Gunung Luheu dan Gunung

Putih.

Sesiapa yang ingin mendapatkan buluh ini

perlu memohon kebenaran dari penunggu

gunung.

Page 9: Adat dan kepercayaan orang asli

BUAH APA-APA(DURIAN HUTAN )

Diguna oleh suku kaum Temuan dan Meri

sebagai tangkal untuk menghalang gangguan

toyol dan syaitan.

Bagi masyarakat Semai, adalah dilarang sama

sekali menjadikan buah ini sebagai bahan

gurauan terutamanya pada waktu petang

kerana dikhuatiri ribut taufan akan melanda.

Page 10: Adat dan kepercayaan orang asli

CENDAWAN GAJAH.

Digunakan sebagai bahan dalam upacara

jampi untuk menghalang angin kencang atau

guruh melanda sesuatu kawasan.

Page 11: Adat dan kepercayaan orang asli

KEPALA IKAN HARUAN

digantung di dalam rumah untuk menghalau

anasir jahat

Bentuk ikan ini lebih kecil daripada ikan

haruan biasa dan mudah didapati di sungai-

sungai kecil.

Page 12: Adat dan kepercayaan orang asli

KAYU PULAI digunakan untuk membuat ‘patung ganti nyawa’

dan ‘balai lancang’ di dalam rumah sewang.

Kayu ini dipercayai mempunyai semangatnya yang

tersendiri. Di dalam upacara sewang, kayu pulai

akan digantung di tengah-tengah balai lancang

dan di biarkan bergoyang untuk menari minat

Puteri Semangat.

Tok Halaq akan menjalankan upacara tukar ganti

dengan memindahkan penyakit daripada badan

pesakit ke dalam patung. Patung itu kemudiannya

dibuang ke dalam tempat yang ditetapkan.