adat bercukur jambul

33

Click here to load reader

Upload: sahilahain

Post on 09-Dec-2015

373 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

KK ini hanya sebagai rujukan bagi mata pelajaran Pengajian Am 900/4

TRANSCRIPT

Page 1: ADAT BERCUKUR JAMBUL

1.0 PENGENALAN

Malaysia kaya dengan diversiti budaya dan adat resam yang berlainan dan

amat unik khususnya di pandangan mata para pelancong yang mengunjungi Malaysia.

Setiap kaum di Malaysia mempunyai budaya yang tersendiri yang diwarisi dari

masyarakat terdahulu. Tiga kaum utama di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan

India dan etnik-etnik lain di Sabah dan Sarawak mempunyai pelbagai budaya serta

adat resam tersendiri yang menjadi panduan bagi sesuatu kaum dalam menjalani

kehidupan seharian.

Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dengan adat kelahiran,

perkahwinan sehinggalah kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat Malaysia.

Sebagai contoh, masyarakat Melayu terkenal dengan adat perkahwinan dan naik

buai, kaum India pula terkenal dengan adat sadangu dan valagaappu manakala

masyarakat Cina pula terkenal dengan upacara minum teh dan ‘Full Moon’. Begitu

juga dengan masyarakat Iban yang amat terkenal dengan upacara miring di samping

masyarakat Kadazan Dusun yang mewarisi adat Momohizan dan Humabot.

Sememangnya, masyarakat Malaysia amat terkenal dengan keversatilan adat resam

mengikut budaya masing-masing selain daripada pelbagai perayaan yang disambut.

Tema yang dipilih oleh pengkaji ialah Sosial dan Budaya iaitu Adat Resam.

Tajuk kajian ini ialah Persepsi Dalam Kalangan Masyarakat India Muslim

Terhadap Amalan Bercukur Jambul di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul

Ehsan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ADAT bermaksud peraturan yang

sudah diamalkan turun-temurun sejak dahulu kala di dalam sesuatu masyarakat

sehingga dijadikan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Makna RESAM pula

ialah adat kebiasaan, aturan-aturan yang menjadi adat. Dalam erti kata lain, maksud

adat resam ialah adat yang telah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian.

Menurut laman sesawang www.indiamuslim.com, Masyarakat India Muslim

merupakan golongan India yang beragama Islam. Masyarakat India Muslim telah

lama tinggal di Malaysia iaitu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Masyarakat India Muslim di negara ini yang berasal dari Tamil, Kerala, Punjabi,

Sindhi, Mahratta dan Hydrabad telah berhijrah ke Tanah Melayu pada zaman

Kesultanan Melayu Melaka. Antara contoh warga India Muslim yang amat terkenal

pada zaman tersebut ialah Laksamana Khoja Hassan dan Bendahara Tun Mutahir.

1

Page 2: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Sememangnya, masyarakat India Muslim amat kaya dengan variasi adat resam

dan budaya walaupun mereka merupakan salah satu daripada golongan minoriti di

Malaysia. Majoriti masyarakat India Muslim boleh bertutur dalam Bahasa Tamil,

justeru wujudnya terma India Muslim. Walaubagaimanapun, golongan masyarakat

ini telah dapat menyesuaikan diri dengan cara kehidupan masyarakat majmuk di

negara ini. Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau sama ada masyarakat India

Muslim di negara ini khususnya di lokasi kajian iaitu di Seksyen 7, Shah Alam masih

lagi berpegang teguh dengan adat resam yang telah dipraktikkan di negara asal setelah

mereka berhijrah ke negara ini.

Amalan bercukur jambul merupakan salah satu adat resam yang masih

diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Amalan bercukur jambul ini

biasanya dilaksanakan dalam tempoh 40 hari selepas kelahiran bayi. Apabila

menjangkau hari yang ke tujuh, bayi yang baharu lahir itu akan dicukur jambulnya.

Bayi tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang cantik dan akan diletakkan dalam

buaian yang telah dihias indah. Alunan marhaban diperdengarkan sebelum bayi

dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Kesemua

rambut yang dicukur akan ditimbang kerana ibu bapa bayi akan memberikan emas

atau perak mengikut berat timbangan rambut bayi yang telah dicukur. Seterusnya,

kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam buah kelapa di mana buah

kelapa tersebut akan ditanam di belakang rumah selepas berakhirnya majlis bercukur

jambul dijalankan.

Menurut laman sesawang http://smp.townplan.gov.my, generasi muda hari ini

yang turut dikenali sebagai Generasi Y yang merupakan generasi yang mahir dalam

bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kurang menitikberatkan tentang

adat resam yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Pada zaman sekarang

pengenalan sosial terlalu berkembang dengan pesat dengan terciptanya jalur lebar.

Justeru, generasi muda India Muslim menganggap bahawa adat bercukur jambul pada

masa kini tidak relevan lantaran itu tidak lagi sesuai diamalkan dalam era kemodenan

ini. Rasional kajian ini dijalankan ialah kerana generasi muda masyarakat India

Muslim pada zaman kini mempunyai persepsi yang berbeza dengan generasi

terdahulu. Mereka berpendapat bahawa adat bercukur jambul padamasa kini tidak

relevan dan tidak lagi sesuai diamalkan dalam zaman pasca kemodenan ini.

2

Page 3: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Walaupun begitu, terdapat segelintir masyarakat India Muslim yang

menganggap bahawa adat bercukur jambul ini merupakan suatu bida’ah kerana

konsepnya hampir menyerupai agama Hindu. Namun begitu, menurut Datuk Abu

Hassan Al-Din, bekas Pegawai Agama Istana Negara dalam artikel Sinar Harian

bertarikh 20 Ogos 2014 menyatakan bahawa  "Mengikut sesetengah pendapat

amalan cukur jambul seperti menggunakan buah kelapa adalah tradisi dan

kepercayaan masyarakat India. Soalnya, kenapa guna buah kelapa? Apakah

relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam? Beliau berkata majlis cukur

rambut tidak wajib disertakan dengan marhaban atau berzanji memadai dengan

bersyukur sahaja melainkan jika diadakan akikah bolehlah diadakan jamuan.

Adat resam menjadikan keseinambungan sesuatu budaya itu mampu dilakukan

dari satu generasi ke generasi yang lain. Sikap mengutamakan adat resam menjadikan

semua pihak melihat adat resam sebagai sesuatu yang penting umpama bahan sejarah

yang harus dipelihara dan dihargai serta dijadikan panduan ketika melakukan sesuatu

perkara. Pengamalan adat resam memberikan satu harapan bahawa budaya sesuatu

masyarakat itu akan terus wujud dalam dunia ini dan tanpa pengamalannya sudah

pasti sesuatu kaum itu akan hilang dari muka bumi ini. Sesungguhnya, adat resam

memberi satu sebab supaya budaya kaum diteruskan dengan penuh semangat dan

keyakinan bahawa adat mampu mengubah kehidupan masyarakat.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji mengemukakan dua objektif iaitu:

Mengenal pasti faktor-faktor generasi muda kaum India Muslim di

Seksyen 7, Shah Alam semakin melupakan amalan bercukur jambul.

Mengkaji kepentingan amalan bercukur jambul dalam kalangan kaum

India Muslim di Seksyen 7, Shah Alam.

3

Page 4: ADAT BERCUKUR JAMBUL

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1. Peta kawasan Shah Alam

(Sumber: https://maps.google.com.my)

Shah Alam, yang dinamakan Bandar Anggerik merupakan ibu negeri bagi

negeri Selangor Darul Ehsan. Shah Alam terletak antara Klang Bandar Di Raja dan

kira-kira 25 kilometer dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Rangkaian lebuh

raya yang menyatukan Bandar Raya Shah Alam ialah ialah Lebuh Raya DUKE iaitu

dari Jalan Duta ke Klang dan juga Lebuh Raya Shah Alam (KESAS HIGHWAY).

Antara kawasan tarikan pelancong di Shah Alam ialah I-City di Seksyen 7, Wet

World di Seksyen 2, Taman Botani Negara Shah Alam, Taman Pertanian Bukit

Cherakah di Bukit Cherakah, SACC Mall, Litar Shah Alam dan lain-lain lagi.

Majoriti kaum yang tinggal di Shah Alam ialah kaum Melayu, diikuti dengan

kaum India dan Cina. Populasi bandar raya Shah Alam ialah 700,000 orang dan

dijangkakan bakal meningkat kerana siapnya beberapa projek perumahan dan sub-

bandar di sekitar Shah Alam. Pengkaji memilih bandar raya Shah Alam kerana bandar

ini yang sebelumnya hanyalah kawasan gersang kini merupakan bandar raya

terancang. Malah, Shah Alam juga dikenali sebagai ‘Bandar Perindustrian’ kerana

4

Page 5: ADAT BERCUKUR JAMBUL

terdapatnya banyak kilang-kilang di sini seperti Kilang PROTON, Cadbury, Nestle,

Kumpulan Media Karangkraf dan UMW Toyota .

3.2 Peta kawasan kajian (Seksyen 7 Shah Alam)

(sumber: https://maps.google.com.my)

Seksyen 7 merupakan salah satu zon di Shah Alam. Seksyen 7 terletak

berdekatan dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Selangor

(UniSEL) dan 6 kilometer daripada i-City (Pusat Sehenti MSC). Selain itu, terdapat

pelbagai kemudahan di Seksyen 7 seperti Pusat Belia, tasik untuk beriadah atau

berekreasi, hospital dan klinik kesihatan. Di samping itu, terdapat beberapa buah

restoran makanan segera seperti Pizza Hut, KFC dan tempat membeli belah seperti

Jakel dan Gulati’s. Malahan, kemudahan pengangkutan seperti bas awam Rapid KL

dan SARANAS, teksi dan komuter merupakan antara faktor yang menyebabkan

Seksyen 7 dan bandar raya Shah Alam berkembang dengan pesat.

Pengkaji memilih kawasan ini kerana masih terdapat sebahagian masyarakat

India Muslim tinggal di kawasan ini. Kebanyakannya bekerja sebagai pengusaha atau

5

Page 6: ADAT BERCUKUR JAMBUL

peniaga restoran makanan. Misalnya Restoran Khalifah, Bintang Sidewalk Cafe dan

Sajian Rasa di Pusat Komersial Seksyen 7 serta Khulafa Bistro di Jalan Platinum

Seksyen 7.

4.0 METADOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan cara-cara bagaimana kajian ini

dijalankan. Bahagian metadologi kajian ini dimulakan dengan reka bentuk

kajian, diikuti dengan sampel kajian, instrumen kajian yang terbahagi kepada

tiga iaitu temu bual dengan informen, pengedaran borang kaji selidik,

pemerhatian dan rujukan arkib di samping menjelaskan bagaimana pengkaji

mengumpul data dan menganalisis data tersebut.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah

kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada

satu sampel individu yang dipilih daripada populasi yang hendak dikaji.

(Sabitha Marican, 2005) Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Persepsi

Dalam Kalangan Masyarakat India Muslim Terhadap Amalan

Bercukur Jambul di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

4.2 SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak

melibatkan 25 orang penduduk di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul

Ehsan. Bilangan sampel untuk kajian ini bersesuaian dengan kajian

kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar untuk mewakili

populasi yang dikaji. (R. Kuberan et al, 2013)

4.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kajian ini menggunakan instrumen seperti pemerhatian,

wawancara, soal selidik dan rujukan arkib dan Internet. Pengkaji telah

menggunakan dua kaedah iaitu kaedah Kuantitatif (menggunakan borang

soal selidik) dan kaedah Kualitatif (borang temu bual dan rujukan)

6

Page 7: ADAT BERCUKUR JAMBUL

4.3.1 SOAL SELIDIK

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip KISS

(Keep It Short and Simple) iaitu mengemukan soalan yang ringkas dan

mudah difahami. (R. Kuberan et al, 2013). Kaedah soal selidik ini

digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang

persepsi dalam kalangan masyarakat India Muslim tentang adat bercukur

jambul. Borang ini diedarkan kepada 25 orang responden secara rawak.

Borang soal selidik ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A,

Bahagian B, Bahagian C(i) dan Bahagian C(ii) . Bahagian A dalam soal

selidik ini digunakan untuk mengetahui latar belakang responden.

Bahagian B mengukur pengetahuan am responden dalam adat bercukur

jambul, manakala Bahagian C (i) dan Bahagian C (ii) mengandungi

soalan- soalan mengenai punca- punca generasi muda masyarakat India

Muslim kini melupakan adat bercukur jambul dan kepentingan adat

bercukur jambul khususnya terhadap masyarakat India Muslim. SKALA

LIKERT empat poin yang digunakan adalah sesuai untuk menganalisa

data dan maklumat yang telah diperoleh.

4.3.2 PEMERHATIAN

Pengkaji telah ke lokasi kajian iaitu di Seksyen 7, Shah Alam

untuk melakukan pemerhatian selama sehari iaitu pada hari Sabtu pukul

8.00 pagi hingga pukul 2.30 petang. Demi menjalankan pemerhatian

dengan lebih dekat mengenai adat bercukur jambul, pengkaji telah

mengadakan kunjungan ke rumah informen, Encik Syed Suhailudeen bin

Sathakathulla untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai adat ini.

Selain itu, pengkaji juga berpeluang untuk melihat secara langsung

bagaimana adat tersebut dijalankan.

Foto 1: Pengkaji bersama bayi dan nenek-nenek bayi sebelum adat

bercukur jambul dijalankan

7

Page 8: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Sumber : Kerja Lapangan 2015

4.3.3 TEMU BUAL

Kaedah kualitatif ini telah dijalankan dengan menemu bual

Encik Syed Suhailudeen bin Sathakathulla, iaitu salah seorang daripada

penduduk yang tinggal di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pengkaji telah menyediakan borang temu bual yang mengandungi

beberapa soalan bagi mengenal pasti kepentingan adat bercukur jambul

kepada masyarakat India Muslim di samping mengetahui faktor-faktor

generasi muda India Muslim semakin melupakan adat bercukur jambul

ini. Melalui temu bual yang telah dijalankan secara tidak formal ini,

(rujuk lampiran), pengkaji telah berjaya memperoleh banyak maklumat

mengenai tajuk yang dikaji.

4.3.4 RUJUKAN (KAJIAN ARKIB)

Selain itu, pengkaji juga telah merujuk bahan-bahan bertulis

lain seperti buku, akhbar, dan kamus Dewan untuk mendapat maklumat

lebih lanjut kerja kursus yang dijalankan. Pengkaji juga telah melayari

Internet dan berkunjung ke Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di

Seksyen 13, Shah Alam untuk memperoleh maklumat terperinci

mengenai adat bercukur jambul.

8

Page 9: ADAT BERCUKUR JAMBUL

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA

Data untuk kajian ini mengunakan pelbagai cara seperti

pemerhatian, temu bual, soal selidik, dan rujukan (kajian arkib).

Instrumen soal selidik yang dibina menggunakan prinsip Keep It Short

and Simple (KISS), iaitu mengemukakan soalan yang ringkas dan padat

serta mudah difahami oleh responden (R.Kuberan et al, 2013).

4.5 CARA ANALISIS DATA

Pada peringkat akhir data, analisa dijalankan melalui kaedah

descritif iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Analisis data dibuat

dengan membina jadual hasil dari borang soal selidik yang telah

diedarkan dan membina carta pai ataupun graf menggunakan

MICROSOFT EXCEL berdasarkan hasil data yang telah dikumpul.

Bagi pernyataan yang menggunakan SKALA LIKERT, poin yang

diberikan adalah seperti berikut:

Poin Perkara

1 Sangat Setuju

2 Setuju

3 Tidak Setuju

4 Sangat Tidak Setuju

SKALA LIKERT 4 POIN

9

Page 10: ADAT BERCUKUR JAMBUL

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Tajuk kajian yang telah dijalankan ialah Persepsi Dalam Kalangan

Masyarakat India Muslim Terhadap Amalan Bercukur Jambul di

Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Pengkaji telah menjalankan

kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor generasi muda kaum India

Muslim di Seksyen 7, Shah Alam semakin melupakan amalan bercukur jambul

dan mengkaji kepentingan amalan bercukur jambul dalam kalangan kaum

India Muslim di Seksyen 7, Shah Alam. Kajian ini mengambil masa selama

tiga bulan bermula dari awal Januari hingga akhir Mac 2015.

5.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN

JADUAL 1: BILANGAN RESPONDEN YANG BERSETUJU WUJUDNYA

ADAT BERCUKUR JAMBUL MENGIKUT PEKERJAAN

PEKERJAAN

RESPONDEN

BILANGAN (orang) PERATUS (%)

Penjawat Awam 5 20

Swasta 3 12

Bekerja Sendiri 7 35

Pelajar 5 20

Lain-Lain 5 20

JUMLAH 25 100

(Sumber: Kajian Lapangan 2015)

10

Page 11: ADAT BERCUKUR JAMBUL

20%

12%

35%

20%

20%

BILANGAN RESPONDEN YANG BERSETUJU WUJUDNYA ADAT BERCUKUR JAMBUL

MENGIKUT PEKERJAAN

PENJAWAT AWAMSWASTABEKERJA SENDIRIPELAJARLAIN-LAIN

RAJAH 1: BILANGAN RESPONDEN YANG BERSETUJU WUJUDNYA

ADAT BERCUKUR JAMBUL MENGIKUT PEKERJAAN

(sumber: Kajian Lapangan 2015)

Mengikut dapatan kajian, bilangan responden yang bersetuju wujudnya adat

bercukur jambul yang terdiri daripada penjawat awam ialah seramai lima orang

ataupun 20 peratus. Bilangan responden yang terdiri daripada pihak swasta ialah tiga

orang iaitu bersamaan dengan 12 peratus, manakala bilangan responden yang bekerja

sendiri mencatatkan responden paling tertinggi iaitu seramai tujuh orang iaitu

bersamaan dengan 35 peratus. Bilangan pelajar yang bersetuju wujudnya adat

bercukur jambul ialah seramai lima orang bersamaan 20 peratus.Bilangan responden

yang bekerja lain-lain seperti suri rumah dan sebagainya juga seramai lima orang

iaitu bersamaan dengan 20 peratus.

11

Page 12: ADAT BERCUKUR JAMBUL

JADUAL 2: BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT JANTINA

JANTINA LELAKI PERATUS(%) PEREMPUAN PERATUS(%)

BILANGAN

DAN

PERATUSAN

15 60 10 40

(sumber: Kajian Lapangan 2015)

RAJAH 2: : BILANGAN RESPONDEN YANG BERSETUJU DAN TIDAK

SETUJU BAHAWA ADAT BERCUKUR JAMBUL MASIH

RELEVAN ATAU SESUAI DIAMALKAN PADA ZAMAN

MODEN INI MENGIKUT JANTINA

`

LELAKI PEREMPUAN0

2

4

6

8

10

12

14

16 15

10

BILANGAN RESPONDEN

BILANGAN RESPONDEN

Jantina

Bila

nga

n R

esp

ond

en (

Ora

ng)

(Sumber: Kajian Lapangan 2015)

Data di atas menunjukkan bilangan responden mengikut jantina.

Menurut data di atas, majoriti responden adalah kaum Adam iaitu seramai 15

orang responden bersamaan 60 peratus manakala kaum Hawa pula seramai

sepuluh orang responden iaitu bersamaan 40 peratus.

12

Page 13: ADAT BERCUKUR JAMBUL

JADUAL 3: BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT PERINGKAT UMUR

PERINGKAT UMUR

(TAHUN)

BILANGAN (ORANG) PERATUS (%)

18-24 8 32

25-30 6 24

31-35 3 12

36-40 3 12

40-45 2 8

45 KE ATAS 3 12

JUMLAH 25 100

(sumber: Kajian Lapangan 2015)

RAJAH 3: BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT PERINGKAT UMUR

32%

24%12%

12%

8%12%

BILANGAN RESPONDEN MENGIKUT PER-INGKAT UMUR

18-24 TAHUN25-30 TAHUN31-35 TAHUN36-40 TAHUN41-45 TAHUN45 KE ATAS

(sumber: Kajian Lapangan 2015)

` Carta pai dan Jadual 3 menunjukkan analisa ataupun statistik bilangan

responden yang disoal selidik mengikut peringkat umur. Mengikut data di atas,

majoriti responden adalah dalam sekitar umur 8 hingga 24 tahun iaitu seramai lapan

orang daripada 25 orang bersamaan 32 peratus, diikuti oleh responden yang berusia

25 hingga 30 tahun yang mana peratusannya adalah 24 peratus iaitu bersamaan

13

Page 14: ADAT BERCUKUR JAMBUL

dengan enam orang. Bilangan responden yang paling sedikit adalah yang berumur 41

hingga 45 tahun; manakala bilangan responden yang berusia 31 hingga 35 tahun, 36

hingga 40 tahun serta 45 tahun ke atas, masing-masing mempunyai peratusan yang

sama iaitu 12 peratus yang mana ia bersamaan dengan tiga orang.

5.2 PENGETAHUAN AM

JADUAL 4: PENGETAHUAN AM MENGENAI AMALAN BECUKUR

JAMBUL

SOALAN YA

(ORANG)

PERATUS

(%)

TIDAK

(ORANG)

PERATUS

(%)

JUMLAH JUMLAH

(%)

1 20 80 5 20 25 100

2 21 84 4 16 25 100

3 21 84 4 16 25 100

(sumber: kajian lapangan 2015)

RAJAH 4: : PENGETAHUAN AM MENGENAI AMALAN BECUKUR

JAMBUL

Graf bar kompaun di atas menunjukkan statistik bagi pengetahuan am

responden mengenai adat bercukur jambul. Dalam bahagian pengetahuan am ini

terdapat tiga soalan yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Soalan pertama adalah

masyarakat India Muslim kaya dengan adat resam. Soalan yang kedua pula ialah

mengenai pengetahuan am responden sama ada responden tahu akan kewujudan adat

bercukur jambul atau tidak, manakala soalan ketiga ialah adakah adat bercukur jambul

masih relevan atau sesuai diamalkan pada zaman moden ini

14

Page 15: ADAT BERCUKUR JAMBUL

SOALAN 1 SOALAN 2 SOALAN 30

5

10

15

20

25

2021 21

54 4

YATIDAK

PENGETAHUAN AM

BIL

AN

GA

N R

ES

PO

ND

EN

(O

RA

NG

)

Graf bar kompaun di atas menunjukkan statistik bagi pengetahuan am

responden mengenai adat bercukur jambul. Dalam bahagian pengetahuan am ini

terdapat tiga soalan yang telah dikemukakan oleh pengkaji. Soalan pertama adalah

masyarakat India Muslim kaya dengan adat resam. Seramai 20 orang responden iaitu

sebanyak 80 peratus bersetuju bahawa masyarakat India Muslim kaya degan adat

resam manakala selebihnya iaitu seramai lima orang bersamaan 20 peratus

menyatakan ketidaksetujuan mereka bahawa masyarakat India Muslim tidak kaya

dengan variasi adat resam. Namun, menurut Encik Syed Suhailudeen bin

Sathakathulla, masyarakat India Muslim sememangnya kaya dengan variasi adat

resam, malah ianya turut diamalkan oleh kaum lain. Sebagai contoh, antara amalan

dan adat resam masyarakat India Muslim yang masih diamalkan sehingga kini ialah

adat sadangu dan valagaappu yang masih lagi diamalkan oleh bukan sahaja

masyarakat India, malah masyarakat India Muslim juga.

Soalan yang kedua ialah mengenai pengetahuan am responden sama ada

responden tahu akan kewujudan adat bercukur jambul atau tidak. Untuk soalan ini,

bilangan responden yang menyatakan jawapan YA ialah seramai 21 orang iaitu

sebanyak 84 peratus manakala bilangan responden yang mengatakan TIDAK ialah

seramai empat orang iaitu sebanyak 16 peratus.

15

Page 16: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Soalan ketiga ialah adakah adat bercukur jambul masih relevan atau sesuai

diamalkan pada zaman moden ini. Seramai 21 responden daripada 25 orang

responden iaitu sebanyak 84 peratus menyatakan kesetujuan mereka bahawa adat

bercukur jambul masih relevan atau sesuai diamalkan pada zaman moden ini,

manakala seramai empat orang menyatakan ketidaksetujuan mereka dengan

menyatakan bahawa adat bercukur jambul tidak relevan atau sesuai diamalkan pada

pasca moden ini.

5.3 FAKTOR- FAKTOR GENERASI MUDA INDIA MUSLIM MELUPAKAN

ADAT BERCUKUR JAMBUL

JADUAL 5: FAKTOR- FAKTOR GENERASI MUDA INDIA MUSLIM

MELUPAKAN ADAT BERCUKUR JAMBUL

BIL SOALAN/SKALA (PERATUS) 1 % 2 % 3 % 4 %

1 Amalan bercukur jambul dianggap

sebagai kolot dan tidak sesuai di zaman

moden.

4 16 2 8 12 48 7 28

2 Kekangan masa kerana sibuk dengan

kerjaya dan komitmen terhadap

perkara-perkara lain.

1 4 12 48 9 36 3 12

3 Pengaruh budaya tempatan merupakan

salah satu sebab generasi muda

masyarakat India Muslim melupakan

adat bercukur jambul.

3 12 11 44 8 32 3 12

4 Amalan bercukur jambul dianggap

bid’aah dan tidak sesuai dengan ajaran

agama Islam

2 8 4 16 13 52 6 24

5 Amalan bercukur jambul boleh

menimbulkan perasaan riak dan

bermegah-megah

4 16 9 36 8 32 4 16

(sumber: Kajian Lapangan 2015)

16

Page 17: ADAT BERCUKUR JAMBUL

RAJAH 5: FAKTOR- FAKTOR GENERASI MUDA

INDIA MUSLIM MELUPAKAN ADAT BERCUKUR

JAMBUL

0

4

8

12

31

3 24

2

12 11

4

912

9 8

13

87

3 36

4

Sangat SetujuSetujuTidak SetujuSangat Tidak Setuju

FAKTOR-FAKTOR

BIL

AN

GA

N R

ES

PO

ND

EN

(O

RA

NG

)

(Sumber: Kajian Lapangan 2015)

Carta bar di atas menunjukkan statistik faktor-faktor generasi muda semakin

melupakan adat bercukur jambul. Bagi objektif pertama ini pengkaji telah

mengajukan sebanyak lima soalan kepada kesemua 25 responden.

5.3.1 DIANGGAP KOLOT DAN TIDAK SESUAI DIAMALKAN PADA

ZAMAN MODEN

Faktor yang pertama ialah amalan bercukur jambul dianggap kolot dan tidak

sesuai di zaman moden. Bagi penyataan ini, seramai empat orang responden iaitu

sebanyak 16 peratus menyatakan bahawa mereka SANGAT SETUJU, dua orang

responden bersamaan lapan peratus menyatakan bahawa mereka SETUJU, manakala

12 orang responden bersamaan 48 peratus menyatakan bahawa mereka TIDAK

SETUJU dengan pernyataan tersebut dan seramai tujuh orang responden menyatakan

bahawa mereka SANGAT TIDAK SETUJU dengan pernyataan yang diberikan.

17

Page 18: ADAT BERCUKUR JAMBUL

5.3.2 KEKANGAN MASA KERANA SIBUK DENGAN KERJAYA DAN

KOMITMEN TERHADAP PERKAR-PERKARA LAIN

Faktor yang kedua ialah kekangan masa kerana sibuk dengan kerjaya dan

komitmen terhadap perkara-perkara lain. Untuk faktor ini, seramai seorang responden

iaitu bersamaan empat peratus mengatakan SANGAT SETUJU, 12 orang responden

iaitu sebanyak 48 peratus menyatakan keSETUJUan mereka, sembilan orang

responden iaitu bersamaan 36 peratus menyatakan bahawa mereka TIDAK SETUJU

manakala tiga orang responden iaitu sebanyak 12 peratus menyatakan bahawa

mereka SANGAT TIDAK SETUJU. Perkara ini demikian kerana menurut Puan

Kamesha binti Abu Bakar, anak-anak beliau iaitu Syed dan Sultan tidak langsung

mempunyai kekangan masa walaupun mereka sudah berkahwin dan bekerja untuk

melaksanakan adat bercukur jambul terrhadap cucu-cucu beliau.

5.3.3 PENGARUH BUDAYA TEMPATAN

Selain itu, faktor yang ketiga ialah pengaruh budaya tempatan merupakan

antara sebab generasi muda masyarakat India Muslim melupakan adat bercukur

jambul. Maksud budaya tempatan ini ialah pengaruh budaya masyarakat tempatan

lain telah berasilimasi dalam budaya sesebuah kaum yang lainnya. Contoh pengaruh

budaya kaum India seperti penggunaan buah kelapa dalam adat bercukur jambul

masyarakat India Muslim walhal ianya merupakan pengaruh budaya Hindu.

Bagi pernyataan ini, seramai tiga orang responden iaitu sebanyak 12 peratus

menyatakan SANGAT SETUJU, 11 orang responden bersamaan 44 peratus

merupakan bilangan reponden paling ramai dalam menyatakan keSETUJUan mereka,

manakala seramai lapan orang responden iaitu bersamaan dengan 32 peratus

menyatakan bahawa mereka TIDAK SETUJU dan SANGAT TIDAK SETUJU

pula seramai tiga orang iaitu sebanyak 12 peratus.

5.3.4 DIANGGAP BID’AAH

Manakala faktor yang keempat ialah amalan bercukur jambul dianggap

sebagai bid’aah. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir masyarakat India Muslim

yang menganggap bahawa adat bercukur jambul ini merupakan suatu bida’ah kerana

18

Page 19: ADAT BERCUKUR JAMBUL

konsepnya hampir menyerupai agama Hindu. Bagi pernyataan ini, bilangan responden

yang menyatakan TIDAK SETUJU lebih ramai iaitu sebanyak 13 orang yang mana

ia bersamaan dengan 52 peratus berbanding SANGAT SETUJU (dua orang

responden bersamaan lapan peratus), SETUJU ( 11 orang responden iaitu sebanyak

44 peratus) dan SANGAT TIDAK SETUJU ( enam orang responden besamaan 24

peratus).

Namun begitu, menurut Datuk Abu Hassan Al-Din, bekas Pegawai Agama

Istana Negara dalam artikel Sinar Harian bertarikh 20 Ogos 2014 menyatakan bahawa

"Mengikut sesetengah pendapat amalan cukur jambul seperti menggunakan buah

kelapa adalah tradisi dan kepercayaan masyarakat India. Soalnya, kenapa guna

buah kelapa? Apakah relevan amalan sebegini dengan masyarakat Islam? Beliau

berkata majlis cukur rambut tidak wajib disertakan dengan marhaban atau berzanji

memadai dengan bersyukur sahaja melainkan jika diadakan akikah bolehlah diadakan

jamuan.

5.3.5 MENIMBULKAN PERASAAN RIAK ATAU BERMEGAH-MEGAH

Faktor yang kelima iaitu yang terakhir ialah amalan bercukur jambul boleh

menimbulkan perasaan riak atau bermegah-megah. Untuk pernyataan ini, empat orang

responden iaitu 16 peratus daripada 25 orang responden menyatakan SANGAT

SETUJU manakala seramai sembilan orang responden bersamaan 36 peratus

menyatakan bahawa mereka SETUJU bahawa amalan bercukur jambul boleh

menimbulkan perasaan riak atau bermegah-megah di samping seramai lapan orang

responden iaitu sebanyak 32 peratus menyatakan keTIDAK SETUJUan mereka

manakala saki-baki responden iaitu seramai empat orang responden bersamaan 16

peratus menyatakan bahawa mereka SANGAT TIDAK SETUJU bahawa amalan

bercukur jambul boleh menimbulkan persaan riak atau bermegah-megah.

5.4 KEPENTINGAN ADAT BERCUKUR JAMBUL

JADUAL 6: KEPENTINGAN ADAT BERCUKUR JAMBUL

BIL SOALAN/SKALA (PERATUS) 1 % 2 % 3 % 4 %

1 Untuk mengeratkan ukhwah dan 18 72 4 16 3 12 0 0

19

Page 20: ADAT BERCUKUR JAMBUL

silaturrahim antara saudara mara

2 Untuk menghebahkan tentang

kehadiran ahli baru dalam keluarga

kepada orang ramai

9 36 15 60 1 4 0 0

3 Untuk mengekalkan budaya dan

identiti masyarakat India Muslim

13 52 11 44 1 4 0 0

4 Sebagai tanda syukur atas kelahiran

bayi

10 40 12 48 3 12 0 0

5 Adat bercukur jambul adalah sunnah

Rasulullah s.a.w

12 48 9 36 3 12 1 4

6 Memberi pendedahan kepada generasi

muda agar adat ini terus dipelihara dan

diwarisi

7 28 14 56 3 12 1 4

(Sumber: Kajian Lapangan 2015)

RAJAH 6: KEPENTINGAN ADAT BERCUKUR JAMBUL

TERHADAP MASYARAKAT INDIA MUSLIM

MENGER

ATKAN UKHW

AH DAN SILA

TURRAHIM

HEBAHKAN KEH

ADIRAN AHLI BARU

MENGEK

ALKAN BUDAYA

DAN IDEN

TITi

SEBAGAI T

ANDA SYUKUR

SUNNAH RASU

LULLA

H S.A.W

PENDED

AHAN KEPADA GEN

ERASI

MUDA048

121620 18

913

1012

74

1511 12

9

14

31 1

3 3 30 0 0 0 1 1

SANGAT SETUJUSETUJUTIDAK SETUJUSANGAT TIDAK SETUJU

KEPENTINGAN ADAT BERCUKUR JAMBUL

BIL

AN

GA

N R

ES

PO

ND

EN

(O

RA

NG

)

(sumber: Kajian Lapangan 2015)

Statistik di atas menunjukkan bilangan responden yang SANGAT SETUJU,

SETUJU, TIDAK SETUJU dan SANGAT TIDAK SETUJU mengenai

20

Page 21: ADAT BERCUKUR JAMBUL

kepentingan adat bercukur jambul. Dalam kajian mengenai kepentingan ini, pengkaji

mengemukakan sebanyak enam soalan.

5.4.1 MENGERATKAN UKHWAH DAN SILATURRAHIM ANTARA

SAUDARA MARA DAN JIRAN TETANGGA

Kepentingan yang pertama ialah untuk mengeratkan ukhwah dan

silaturrahim antara saudara mara. Bagi soalan ini, majoriti responden

menyatakan SANGAT SETUJU iaitu seramai 18 orang yang mana ianya

bersamaan dengan 72 peratus berbanding dengan SETUJU iaitu seramai

empat orang responden yang mana bersamaan dengan 16 peratus, TIDAK

SETUJU sebanyak 12 peratus bersamaan tiga orang responden dan tiada

seorang pun yang menyatakan SANGAT TIDAK SETUJU terhadap

kepentingan ini.

Menurut Encik Syed Suhailudeen bin Sathakathulla, amalan seperti ini

dapat mengeratkan ukhwah antara jiran tetangga dan juga saudara mara kerana

bukan semua saudara mara tinggal di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor.

Menurutnya lagi, saudara mara beliau ada yang tinggal di Johor Bahru, Pulau

Pinang dan juga segelintirnya di kampung asalnya iaitu Selatan India. Justeru,

apabila amalan ini diadakan walaupun sekali dua dalam setahun, ianya dapat

mengeratkan ukhwah dan tali silturrahim antara ahli keluarga, sanak saudara

dan juga jiran tetangga.

5.4.2 MENGHEBAHKAN TENTANG KEHADIRAN AHLI BARU DALAM

KELUARGA KEPADA ORANG RAMAI

Kepentingan yang kedua ialah Untuk menghebahkan tentang kehadiran ahli

baru dalam keluarga kepada orang ramai. Bagi pernyataan ini, majoriti responden

menyatakan SETUJU iaitu seramai 15 orang bersamaan 60 peratus. Malah, perbezaan

bilangan responden yang menyatakan SETUJU seramai 6 orang iaitu bersamaan 24

peratus berbanding mereka yang menyatakan SANGAT SETUJU iaitu seramai

sembilan orang iaitu sebanyak 36 peratus, manakala seramai seorang responden

menyatakan TIDAK SETUJU iaitu sebanyak empat peratus dan sekali lagi, bilangan

responden yang menyatakan bahawa mereka SANGAT TIDAK SETUJU ialah sifar.

21

Page 22: ADAT BERCUKUR JAMBUL

5.4.3 MENGEKALKAN BUDAYA DAN IDENTITI MASYARAKAT INDIA

MUSLIM

Kepentingan yang ketiga ialah demi mengekalkan budaya dan identiti

masyarakat India Muslim. Majoriti responden menyuarakan pendapat bahawa mereka

sangat setuju dengan pendapat ini. Peratus bagi mereka yang menyatakan SANGAT

SETUJU adalah paling ramai iaitu seramai 13 orang bersamaan dengan 52 peratus,

peratus bagi mereka yang menyatakan SETUJU ialah sebanyak 44 peratus iaitu

seramai 11 orang, manakala hanya seorang sahaja yang TIDAK SETUJU. Peratusan

bagi yang tidak setuju ialah sebanyak empat peratus. Bilangan responden yang

menyatakan bahawa mereka SANGAT TIDAK SETUJU ialah sifar.

5.4.4 SEBAGAI TANDA SYUKUR ATAS KELAHIRAN BAYI

Selain itu, kepentingan yang keempat ialah sebagai tanda syukur atas kelahiran

bayi. Seramai 10 orang responden iaitu sebanyak 40 peratus berkata bahawa mereka

SANGAT SETUJU dengan penyataan tersebut. Bilangan responden yang meyatakan

mbahawa mereka berSETUJU ialah paling ramai iaitu seramai 12 orang bersamaan

48 peratus, manakala sebanyak 12 peratus iaitu seramai tiga orang menyatakan

bahawa mereka TIDAK SETUJU. Bilangan responden yang menyatakan bahawa

mereka SANGAT TIDAK SETUJU ialah sifar.

Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, Tiap-tiap anak itu tergadai dengan

akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi

nama. (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi). Berdasarkan kepada hadis ini,

ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang

dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah sebagai tanda bersyukur atas

kelahiran bayi pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagihagihkan

kepada golongan fakir miskin.

5.4.5 MERUPAKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Bukan itu sahaja, kepentingan yang kelima ialah adat bercukur jambul adalah

sunnah Rasulullah s.a.w. Daripada 25 orang responden, majoriti iaitu sebanyak 48

22

Page 23: ADAT BERCUKUR JAMBUL

peratus iaitu seramai 12 orang menyatakan yang mereka SANGAT SETUJU bahawa

adat bercukur jambul merupakan sunnah Rasulullah. Seramai sembilan orang

responden iaitu sebanyak 36 peratus berkata bahawa mereka SETUJU dengan

penyataan tersebut di samping seramai tiga orang ataupun sebanyak 12 peratus

menyatakan keTIDAK SETUJUan mereka manakala hanya seorang yang

menyatakan bahawa beliau SANGAT TIDAK SETUJU dengan penyataan tersebut.

Menurut keratan akhbar Utusan yang bertarikh 11 September 2006, memang tidak

dapat nmenafikan bahawa amalan bercukur jambul sememangnya merupakan sunnah

Rasulullah s.a.w. Bukti menurut akhbar itu sendiri, Mengikut sunah, apa yang

dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh

diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua.

Rambut tersebut ditimbang dan disamakan dengan nilai perak dan kemudiannya

disedekahkan kepada fakir miskin.

5.4.6 DAPAT MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA GENERASI MUDA

Kepentingan yang terakhir ialah supaya dapat memberi pendedahan kepada

generasi muda agar adat bercukur jambul ini terus terpelihara dan diwarisi. Bagi

penyataan ini, bilangan responden yang menyatakan SANGAT SETUJU adalah

seramai tujuh orang iaitu sebanyak 28 peratus. Bilangan responden yang menyatakan

SETUJU menymbangkan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 56 peratus yang

bersamaan dengan 14 orang responden. Seramai tiga orang responden iaitu 12 peratus

daripada jumlah responden menyatakan keTIDAK SETUJUan mereka, manakala

seoang informen yang menyumbangkan empat peratus mengatakan bahawa beliau

SANGAT TIDAK SETUJU.

6.0 RUMUSAN

6.1 RUMUSAN AM

23

Page 24: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Sekali lagi, pengkaji ingin menegaskan bahawa adat resam menjadikan

keseinambungan sesuatu budaya itu mampu dilakukan generasi ke generasi yang

lainnya. Sikap mengutamakan adat resam menjadikan semua pihak melihat adat

resam sebagai sesuatu yang penting umpama bahan sejarah yang harus dipelihara dan

dihargai serta dijadikan panduan ketika melakukan sesuatu perkara. Pengamalan adat

resam memberikan satu harapan bahawa budaya sesuatu masyarakat itu akan terus

wujud dalam dunia ini dan tanpa pengamalannya sudah pasti sesuatu kaum itu akan

hilang dari muka bumi ini. Sesungguhnya, adat resam memberi satu sebab supaya

budaya kaum diteruskan dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa adat mampu

mengubah kehidupan masyarakat.

6.2 FAKTOR-FAKTOR GENERASI MUDA SEMAKIN ADAT

BERCUKUR JAMBUL

Bagi objektif pertama iaitu mengenal pasti faktor-faktor

generasi muda melupakan adat bercukur jambul pada, majoriti

responden iaitu seramai 12 orang responden bersetuju bahawa generasi

muda masih lagi mengingati adat bercukur jambul ini akan tetapi

mereka mempunyai kekangan masa untuk melaksanakan adat tersebut.

6.3 KEPENTINGAN ADAT BERCUKUR JAMBUL

Bagi objektif kedua iaitu mengenal pasti kepentingan adat

bercukur jambul dalam kalangan masyarakat India Muslim, majoriti

iaitu seramai 18 orang responden bersetuju bahawa tujuan yang amat

penting dalam menjalankan adat bercukur jambul adalah untuk

mengeratkan ukhwah dan tali silaturrahim antara saudara mara dan

jiran tetangga.

6.4 KESIMPULAN

24

Page 25: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Adat resam menjadikan keseinambungan sesuatu budaya itu

mampu dilakukan generasi ke generasi yang lainnya. Sikap

mengutamakan adat resam menjadikan semua pihak melihat adat resam

sebagai sesuatu yang penting umpama bahan sejarah yang harus

dipelihara dan dihargai serta dijadikan panduan ketika melakukan

sesuatu perkara.Hal ini demikian kerana adat yang diwarisi

melambangkan identiti sesebuah kaum serta keunikan budaya kaum

tersebut.

Dengan ini, pengkaji dapat membuktikan bahawa generasi

muda masyarakat India Muslim tidak melupakan adat ini, cuma masa

yang ada mengekang mereka daripada melaksanakan adat ini. Pengkaji

juga dapat membuktikan bahawa kepentingan yang masyarakat India

Muslim paling mengutamakan dalam mengadakan adat bercukur

jambul ini adalah untuk mengeratkan ukhwah dan tali silaturrahim

antara saudara mara dan jiran tetangga.

Oleh hal yang demikian, pengkaji mencadangkan agar ibu bapa

memberi pendedahan terhadap anak-anak mereka tentang adat

bercukur jambul. Bukan itu sahaja, masyarakat khususnya generasi

muda India Muslim yang berada dalam pasca moden ini seharuslah

memainkan peranan agar adat ini tidak hilang dek zaman.

Sesungguhnya, adat resam memberi satu sebab supaya budaya

kaum diteruskan dengan penuh semangat dan keyakinan bahawa adat

mampu mengubah kehidupan masyarakat.Tuntas bicara, semua pihak

haruslah memainkan peranan prima agar adat resam yang merupakan

warisan budaya sesebuah etnik tak lekang dek hujan, tak lapuk dek

zaman.

7.0 RUJUKAN

25

Page 26: ADAT BERCUKUR JAMBUL

Google Maps, dicapai pada 20 Februari 2015 https://maps.google.com.my

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Amran bin Idris, Ismail bin Kosman, Hj. Md Lasa bin Yahya, Lembaran Praktis,

Local Publications

Majlis Peperiksaan Malaysia, Manual Pelaksanaan Kerja Khusus Pengajian Am

Perbezaan Antara Generasi, Menjadikan Setiap Dari Kita Istimewa,

http://smp.townplan.gov.my, dicapai pada 20 Februari 2015

R.Kuberan, 2013,Teks Efektif STPM Pengajian Am 900/2 (Penggal 2) Johor Bahru;

Penerbit Ilmu Bakti

Sinar Harian, Cukur jambul antara adat, sunnah Rasulullah, 20 Ogos 2014, Dicapai pada 20 Februari 2015

Sejarah Muslim, India dan Melayu, www.indiamuslim.com Utusan, Zunaidah Zainon, Cukur Jambul Amalan Bidaah Orang Melayu

Wawancara secara bebas dengan Encik Syed Suhailudeen Sathakathulla di No.3 Jalan

Kristal 7/63 B, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Zaki Salleh, dalam Kosmo! Mengekalkan Warisan India Muslim Dicapai pada 20

Februari 2015

26

Page 27: ADAT BERCUKUR JAMBUL

8.0 LAMPIRAN

27

Page 28: ADAT BERCUKUR JAMBUL

28

Page 29: ADAT BERCUKUR JAMBUL

29