adat dijaga

10
ADAT DIJAGA BUDAYA TERPELIHARA

Upload: safuan-razali

Post on 29-Nov-2015

93 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

psk

TRANSCRIPT

ADAT DIJAGABUDAYA

TERPELIHARA

ADAT PERKAHWINAN KAUM MELAYU

ADAT MERISIK

• Adat merisik dijalankan bagi memastikan gadis pilihan lelaki itu belum berpunya• Ia dijalankan oleh pihak lelaki seperti

saudara mara• Lazimnya pihak lelaki akan memberikan

sebentuk cincin• Pihak lelaki akan membuat persediaan

meminang sekiranya perbincangan kedua-dua pihak berjaya dan pihak perempuan bersetuju menerima pinangan mereka.

ADAT MEMINANG

•Pada masa ini, kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa untuk adat bertunang•Perbincangan juga berkisar tentang hantaran

ADAT BERTUNANG

• Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan dengan membawa hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung, sebentuk cincin dan hantaran lain.• Wakil kedua belah pihak akan berbincang

tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain.• Wakil pihak lelaki akan menyarungkan

cincin pertunangan

AKAD NIKAH

•Pengantin lelaki akan membacakan lafaz nikah di depan Tok Kadi•Selepas saksi berpuas hati dengan lafaz tersebut, maka kedua mempelai selamat diijab kabul

PERKAHWINAN

•Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin•Pegantin akan bersanding di atas pelamin•Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.

AKAD NIKAH

MAJLIS BERSANDING

LATIHAN

Susunkan peringkat perkahwinan di bawah mengikut adat kaum melayu.

Menghantar Belanja Meminang Bertunang

Akad Nikah Merisik Bersanding