ad dukhaan

8

Upload: izzat-najmi

Post on 06-Jul-2015

173 views

Category:

Spiritual


5 download

TRANSCRIPT

Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab: )

adalah surah ke 44 dalam Al-Qur’an.

Surah ini tergolong dalam surah

makkiyah yang terdiri atas 59 ayat.

Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-

Dukhan yang terdapat pada ayat 10

yang bererti Kabut, Jerebu atau Asap.

Ia mengandungi amaran Allah

SWT terhadap kaum kafir

musyrik yang menentang Nabi

Muhammad SAW bahawa mereka

akan ditimpakan azab sengsara

semasa langit membawa asap kemarau

yang menyebabkan kebuluran yang

amat dahsyat.

Menurut riwayat Bukhari

Orang-orang kafir Mekah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam, dengan menyakiti dan menderhakai NabiMuhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.

Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satu pun yang mereka lihat kecuali kabut jerebu yang menutupi pandangan mereka. Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.

Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini Ad-Dukhankerana Allah menjadikan asap tebal seperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini;

Tanda-tanda hari kiamat kubra yang

berikutnya adalah munculnya asap.

Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:

(10)

. : (11)

Maka tunggulah hari ketika langit

membawa kabut yang nyata, yang meliputi

manusia. Inilah azab yang pedih.(ad-

Dukhan: 10-11)

Rujukan

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10

/14/surah-ad-dukhan/

http://on9onweb.blogspot.com/2010/11/s

urah-ad-dukhan-asap-yang-tebal-

semasa.html