ace ahead peng am p2-students-info ekstra-bab 2

Upload: aloysius-raj

Post on 08-Aug-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Ace Ahead Peng Am P2-Students-Info Ekstra-Bab 2

    1/2

    ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 2

    Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2013 1

    Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (20132025)

    1 Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun

    Abdul Razak pada 12 September 2012 adalah:

    (a) laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

    (b) kajian semula pendidikan negara

    (c) pelan yang turut melibatkan sumbangan pemikiran pakar pendidikan antarabangsa dan

    pelbagai pihak berkepentingan di Malaysia melalui Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara

    (d) titik tolak dalam menggubal perancangan strategik hala tuju sistem pendidikan negara yang

    bersifat futuristik untuk 13 tahun akan datang (20132025)2 Hala tuju PPP adalah berlandaskan sembilan bidang keutamaan yang berikut:

    (a) Meningkatkan profesion perguruan

    (b) Meningkatkan kepimpinan sekolah

    (c) Meningkatkan kualiti sekolah

    (d) Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran

    (e) Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa

    (f) Pembabitan ibu bapa, swasta dan sosial sebagai rakan kongsi

    (g) Meningkatkan kesedaran murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja

    (h) Membaiki kecekapan dan keberkesanan sumber

    (i) Membina kemampuan dan keutamaan sistem penyampaian

    3 Terdapat 11 anjakan transformasi pendidikan seperti yang berikut:

    (a) Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

    (b) Memastikan murid fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

    (c) Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai khasnya nilai pengetahuan, teknologi dan

    inovasi

    (d) Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan

    (e) Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah

    (f) Mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran daerah dan sekolah untuk

    menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

    (g) Memanfaatkan teknologi ICT bagi meningkatkan kualiti pelajaran(h) Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan

    (i) Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

    (j) Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan

    (k) Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam

    Sumber: Disesuaikan daripada akhbar harian yang dikeluarkan pada 12 September 2012

    2 IdeologI,WaWasandandasarPembangunannegara

    Infoekstra

  • 8/22/2019 Ace Ahead Peng Am P2-Students-Info Ekstra-Bab 2

    2/2

    ACE AHEAD Pengajian Am Penggal 2

    Oxford Fajar Sdn. Bhd. 20132

    Lima Aspirasi Sistem Pendidikan Malaysia

    100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikandaripada prasekolah hingga menengah atas menjelang tahun2020

    Negara dalam kelompak sepertiga teratas dalam pentaksiranantarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun

    50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar luarbandar, sosioekonomi, gender) menjelang tahun 2020

    Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsianpengalaman dan nilai kepada kanak-kanak denganmenghargai kepelbagaian

    Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikutperuntukan sedia ada

    Kualiti

    Ekuiti

    Perpaduan

    Kecekapan

    Akses

    Sumber: Disesuaikan daripadaLaporan Awal Pelan Pembangunan

    Pendidikan Malaysia 2013 2025, September 2012