abstrak(bugis)

2
ABSTRAK- BUGIS MOHD HAFIZUL BIN ABU HASSAN D20141067550 Orang Bugis sememangnya tidak asing dengan aktiviti pelayaran serta penjelajahan malah amat tersohor sehinggakan begitu agung namanya dalam kalangan rumpun Melayu khasnya. Selain itu, Bugis juga amat terkenal dengan pelbagai kejayaan yang telah diketahui umum iaitu berjaya menjadi pemimpin di tanah seberang seperti Selangor dan Johor malahan dapat mengahwini puteri-puteri raja tempatan seperti Kedah, Johor, Riau dan Kalimantan. Istilah pasompe yang membawa maksud merantau adalah sesuatu perkara yang sentiasa tertanam dalam pemikiran serta jiwa orang-orang Bugis dan Makasar. Walaubagaimanapun, situasi tersebut tidak berlaku tanpa adanya sebab. Bak kata pepatah Melayu “kalau tiada angin,tidak mungkin pokok akan bergoyang”. Orang-orang bugis nekad serta berkeinginan yang amat tinggi untuk menjalankan aktiviti pelayaran dan penjelajahan tersebut atas beberapa faktor. Antaranya, ialah untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah sosial yang menimpa diri dan keluarga. Dalam konteks budaya merantau dalam kalangan orang Bugis jelas memperlihatkan kaitan yang sangat rapat antara sebab dan matlamat mereka berpasompe. Faktor untuk mempertingkatkan status sosial dan ekonomi diri serta keluarga telah begitu menjiwai sanubari dan pemikiran mereka. Perkara tersebut dapat dibuktikan berdasarkan kajian tentang Melayu khasnya Bugis oleh sarjana terkenal iaitu Prof. Leonard Andaya yang menyatakan bahawa orang-orang Bugis telah berjaya untuk memperbaiki kehidupan serta status sosial mereka setelah berhijrah ke tanah seberang lain khususnya di bahagian barat Nusantara. Di samping itu, sumbangan orang Bugis terhadap pelbagai aspek di Tanah Melayu seperti ekonomi dan sosial juga perlu diperlihatkan. Dalam konteks sosial sumbangan

Upload: hafizuldeyla

Post on 30-Sep-2015

222 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ddd

TRANSCRIPT

ABSTRAK-BUGIS MOHD HAFIZUL BIN ABU HASSAN D20141067550

Orang Bugis sememangnya tidak asing dengan aktiviti pelayaran serta penjelajahan malah amat tersohor sehinggakan begitu agung namanya dalam kalangan rumpun Melayu khasnya. Selain itu, Bugis juga amat terkenal dengan pelbagai kejayaan yang telah diketahui umum iaitu berjaya menjadi pemimpin di tanah seberang seperti Selangor dan Johor malahan dapat mengahwini puteri-puteri raja tempatan seperti Kedah, Johor, Riau dan Kalimantan. Istilah pasompe yang membawa maksud merantau adalah sesuatu perkara yang sentiasa tertanam dalam pemikiran serta jiwa orang-orang Bugis dan Makasar. Walaubagaimanapun, situasi tersebut tidak berlaku tanpa adanya sebab. Bak kata pepatah Melayu kalau tiada angin,tidak mungkin pokok akan bergoyang. Orang-orang bugis nekad serta berkeinginan yang amat tinggi untuk menjalankan aktiviti pelayaran dan penjelajahan tersebut atas beberapa faktor. Antaranya, ialah untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah sosial yang menimpa diri dan keluarga. Dalam konteks budaya merantau dalam kalangan orang Bugis jelas memperlihatkan kaitan yang sangat rapat antara sebab dan matlamat mereka berpasompe. Faktor untuk mempertingkatkan status sosial dan ekonomi diri serta keluarga telah begitu menjiwai sanubari dan pemikiran mereka. Perkara tersebut dapat dibuktikan berdasarkan kajian tentang Melayu khasnya Bugis oleh sarjana terkenal iaitu Prof. Leonard Andaya yang menyatakan bahawa orang-orang Bugis telah berjaya untuk memperbaiki kehidupan serta status sosial mereka setelah berhijrah ke tanah seberang lain khususnya di bahagian barat Nusantara. Di samping itu, sumbangan orang Bugis terhadap pelbagai aspek di Tanah Melayu seperti ekonomi dan sosial juga perlu diperlihatkan. Dalam konteks sosial sumbangan bugis dapat dilihat melalui pembukaan penempatan baru. Sebagai peneroka dan pembina penempatan, orang bugis antara kumpulan peneroka dari Nusantara yang berjasa dan memberi sumbangan kepada pembangunan kampung tradisional. Dari pelbagai maklumat sejarah mendapati bahawa penempatan Bugis di Tanah Melayu dikesan sejak abad ke-17 khasnya di Johor dan Selangor. Kehadiran mereka berterusan sehingga menjelang Perang Dunia Kedua yang mana didapati negeri Johor dan Sabah semakin banyak kampung-kampung baru yang dibuka oleh orang-orang Bugis. Dari sudut ekonomi pula, aktiviti perdagangan mereka di Selat Melaka terbukti sangat menonjol. Menurut Prof. Dr. Nordin dalam salah sebuah karyanya yang telah membicarakan tentang kualiti orang Bugis dalam urusan perdagangan di Selat Melaka. Dari dokumen colonial dan peribumi keturunan Bugis mendapati bahawa kejayaan orang Bugis dalam bidang perdagangan adalah kerana sikap tulus, telus serta mulus. Kesimpulannya, penjelajahan Bugis ke tanah seberang dipengaruhi oleh beberapa faktor bahkan adalah antara episod terpenting di Nusantara amnya. Selain itu, penjelajahan Bugis turut mendatangkan impak yang positif berikutan sumbangannya terhadap pelbagai aspek.