peranan bugis dalam politik sabah

22
PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

Upload: others

Post on 22-Oct-2021

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

Page 2: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

Kulit buku ini direka bentuk oleh Azizi Yusop. Ia adalah corak sarung Bugis dengan simbol yang melambangkan sulapa epa orang Bugis: air, api, angin dan tanah.

Page 3: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA SABAHKota Kinabalu • Sabah • Malaysia

http://www.ums.edu.my2020

Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM)

Asmiaty AmatEko Prayitno Joko

Nordin SakkeRamli Dollah

Amrullah Maraining

PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

Page 4: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

© Universiti Malaysia Sabah, 2020

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dikeluarkan ke dalam sebarang bentuk sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit Universiti Malaysia Sabah, kecuali seperti yang diperuntukkan dalam Akta 332, Akta Hak Cipta 1987. Keizinan adalah tertakluk kepada pembayaran royalti atau honorarium.

Segala kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku ini tidak semestinya mewakili atau menggambarkan pendirian mahupun pendapat Penerbit Universiti Malaysia Sabah. Pembaca atau pengguna buku ini perlu berusaha sendiri untuk mendapatkan maklumat yang tepat sebelum menggunakan sebarang maklumat yang terkandung di dalamnya. Pandangan yang terdapat dalam buku ini merupakan pandangan ataupun pendapat penulis dan tidak semestinya menunjukkan pendapat atau polisi Universiti Malaysia Sabah. Penerbit Universiti Malaysia Sabah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah mahupun kesulitan yang timbul, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian, yang diakibatkan oleh penggunaan atau kebergantungan pembaca terhadap kandungan buku ini.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Asmiaty Amat, 1971- PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH / ASMIATY AMAT, EKO PRAYITNO JOKO NORDIN SAKKE, RAMLI DOLLAH, AMRULLAH MARAINING. ISBN 978-967-2962-15-1 1. Sabah (Malaysia)--Politics and government. 2. Bugis (Malay people)--Malaysia--Sabah. 3. Bugis (Malay people)--Politics and government. 4. Bugis (Malay people)--Social conditions. 5. Government publications--Malaysia. I. Joko, Eko Prayitno, 1985-. II. Nordin Sakke, Dr., 1971-. III. Ramli Dollah, 1976-. IV. Amrullah Maraining, 1986-. 305.899234-.

Muka taip teks: Century SchoolbookSaiz taip teks dan leading: 11/14 poinReka letak kulit & halaman: Azizi Yusop & Rosalind GanisPembaca pruf: Ainun Jamil & Alecia AngatiEditor: Ainun JamilDiterbitkan oleh: Penerbit Universiti Malaysia Sabah Tingkat Bawah, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu, Sabah.Dicetak oleh: Percetakan Keningau Sdn Bhd (63932H) Lot 26, Phase 1, HSK Industrial Centre, km 8, Jalan Penampang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.

Page 5: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

v

KANDUNGAN

Muka Surat

Senarai FotoSenarai JadualSenarai RajahSenarai PetaSenarai SingkatanPrakataPengenalan Bab 1 POLITIK ETNIK DALAM PEMBANGUNAN

POLITIK SABAH

Bab 2 MELAYUISME BUGIS SABAH

Bab 3 DARI PERSATUAN SOSIOBUDAYA KE ARENA POLITIK NASIONAL

Bab 4 GEOPOLITIK BUGIS SABAH: TUMPUAN KAWASAN PARLIMEN DAN DUN DARI PERSPEKTIF DEMOKRASI PILIHAN RAYA

Bab 5 LITERASI DAN KESEDARAN POLITIK DALAM KALANGAN ETNIK BUGIS DI SABAH

Bab 6 ISU DAN HALA TUJU POLITIK BUGIS SABAH

Penutup POLITIK ETNIKISME DAN POLITIK MASA DEPAN ETNIK BUGIS SABAH

Biodata PenulisBibliografi Indeks

viviviiviiiixxiixiv

1

29

57

87

119

153

167

175177191

Page 6: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

vi

Foto

3.1 Logo PKBS 3.2 Logo KECAPI 3.3 Logo PPRBM 3.4 Logo Pertubuhan Gabungan Anak Bugis

Sabah

Muka Surat

61707275

SENARAI FOTO

Jadual

2.1 Senarai etnik Sabah menurut Banci Penduduk, 1891

2.2 Senarai etnik Borneo Utara mengikut tahun banci 1951

2.3 Senarai etnik Borneo Utara mengikut tahun banci 1960

2.4 Taburan etnik mengikut bahagian di Sabah bagi tahun 1970

2.5 Taburan etnik mengikut bahagian di Sabah bagi tahun 1980

2.6 Taburan etnik mengikut bahagian di Sabah bagi tahun 1990

3.1 Pecahan keahlian terkini PKBS mengikut daerah

3.2 Kempen pendaftaran ahli di beberapa daerah di Sabah

3.3 Program yang sering kali diwakili PKBS 4.1 Kawasan tumpuan pengundi Bugis di Zon

Pantai Timur 4.2 Jumlah DUN yang ditandingi oleh calon

Bugis pada PRN 2020

Muka Surat

34

35

36

37

38

40

62

63

66103

115

SENARAI JADUAL

Page 7: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

vii

Rajah

4.1 Taburan pengundi Bugis mengikut kawasan Parlimen Sabah

4.2 Peratusan pengundi Bugis mengikut Parlimen di Zon Pantai Barat

4.3 Peratusan pengundi Bugis mengikut Parlimen di Zon Pedalaman

4.4 Taburan pengundi Bugis mengikut kawasan DUN Sabah

4.5 Peratusan pengundi Bugis mengikut DUN di Zon Pantai Barat

4.6 Peratusan pengundi Bugis mengikut DUN di Zon Pedalaman

4.7 Peratusan pengundi Bugis mengikut Parlimen di Zon Pantai Timur

4.8 Taburan pengundi Bugis mengikut kawasan DUN di pantai timur Sabah

4.9 Peratusan pengundi Bugis mengikut DUN di Zon Pantai Timur

4.10 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM di N.70 Kukusan

4.11 Peratus pengundi Bugis dan Melayu mengikut DM di N.70 Kukusan

4.12 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM di N.71 Tanjung Batu

4.13 Peratus pengundi Bugis dan Melayu mengikut DM di N.71 Tanjung Batu

4.14 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM N.72 Merotai

4.15 Peratus pengundi Bugis dan Melayu mengikut DM di N.72 Merotai

4.16 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM di N.73 Sebatik

Muka Surat

91

93

93

95

96

97

98

100

101

105

105

106

106

107

107

108

SENARAI RAJAH

Page 8: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

viii

4.17 Peratus pengundi Bugis dan Melayu mengikut DM di N.73 Sebatik dan P.191 Kalabakan

4.18 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM di N.63 Kunak

4.19 Peratus jumlah pengundi Bugis dan Melayu mengikut DM di N.63 Kunak

4.20 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM di N.67 Balung

4.21 Peratus jumlah pengundi Bugis dan Melayu mengikut DM di N.67 Balung

4.22 Taburan pengundi etnik Bugis mengikut DM di N.68 Apas

4.23 Peratus jumlah pengundi Bugis dan Melayu mengikut PDM di N.68 Apas

Peta

3.1 Taburan etnik Bugis di pantai timur

Muka Surat

80

SENARAI PETA

108

110

110

111

111

112

112

Page 9: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

ix

AKAR Parti Angkatan Keadilan RakyatAMANAH Parti Amanah RakyatAnak Negeri Parti Kerjasama Anak NegeriBAL Borneo Abaca LimitedBERJAYA Parti Bersatu Rakyat Jelata SabahBERSATU Parti Pribumi Bersatu MalaysiaBKNS Biasiswa Kerajaan Negeri SabahBN Barisan NasionalCSR Corporate Social ResponsibilityDAP Democratic Action PartyDM daerah mengundiDPIBS Dewan Perniagaan dan Industri Bugis

SabahDUN Dewan Undangan NegeriESSCOM Eastern Sabah Security CommandESSZONE Eastern Sabah Security ZoneGAGASAN Parti Gagasan Rakyat SabahGBS Gabungan Bersatu SabahGIS SistemMaklumatGeografiGLC Government Link CompanyGRS Gabungan Rakyat SabahHarapan Rakyat Parti Harapan Rakyat SabahHINDRAF Hindu Right Action ForceISMA Ikatan Muslimin MalaysiaJPA Jabatan Perkhidmatan AwamKBS Kementerian Belia dan SukanKDM Kadazandusun MurutKECAPI Persatuan Melayu Bugis Kota KinabaluLeluhur Persatuan Leluhur Melayu Bugis Lahad

DatuLDP Liberal Democratic PartyLONTARA Persatuan Gabungan Anak Bugis SabahMARA Majlis Amanah Rakyat MCA Malaysian Chinese Association

SENARAI SINGKATAN

Page 10: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

x

MIC Malaysian Indian CongressMPT Majlis Perbandaran TawauNGO non-government organisationNUSANTARA Persatuan Bugis Melayu Nusantara

Wilayah Persekutuan LabuanPARSS Persatuan Anak Rantau Sulawesi SelatanPAS Parti Islam Se-MalaysiaPASOK Pasok MomogunPASPAS Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia

Cawangan SabahPASSOMPE Kumpulan Diskusi MayaPATI Pendatang Asing Tanpa IzinPBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPBRS Parti Bersatu Rakyat SabahPBS Parti Bersatu SabahPCS Parti Cinta SabahPENGGIAT Pertubuhan Etnik Kampung Pasir Putih

Baharu TawauPERKASA Pertubuhan Peribumi PerkasaPERKISA Perhimpunan Keluarga Indonesia Sabah

dan SarawakPERMUS Persatuan Islam Wallace Bay PH Pakatan Harapan PIT Persatuan Islam TawauPKBS Persatuan Komuniti Bugis Sabah

(sebelumnya Persatuan Kebajikan Bugis Sabah)

PKKS Persatuan Kebaj ikan Keturunan Sulawesi

PKMT Persatuan Kebangsaan Melayu TawauPKP Perintah Kawalan PergerakanPKPB Perintah Kawalan Pergerakan BersyaratPKR Parti Keadilan RakyatPKS Parti Kebangsaan SabahPKS Persatuan Keluarga SulawesiPN Perikatan Nasional

Page 11: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xi

PPRBM Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia

PPRS Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah

PR Pakatan RakyatPRBM Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis

MelayuPRU Pilihanraya UmumPSS Pas Sementara SabahROS Jabatan Pendaftaran Pertubuhan

Malaysia SAPP Parti Progresif SabahSBBUB Syarikat Berpiagam Borneo Utara BritishSCA Sabah Chinese AssociationSPR Suruhanjaya PilihanrayaTYT Tuan Yang TerutamaUiTM Universiti Teknologi MARAUMNO United Malays National OrganisationUMS Universiti Malaysia SabahUNKO United National Kadazan OrganisationUPKO United Pasok Kadazan OrganisationUSDA Persatuan Dusun Sabah BersatuUSIA United Sabah Islamic AssociationUSNO United Sabah National OrganisationUTM Universiti Teknologi MalaysiaWARISAN Parti WarisanYAKEMS Yayasan Kemajuan SosialYS Yayasan Sabah

Page 12: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xii

Apabila wacana politik Sabah dikemukakan dalam konteks nasional, maka timbul kecenderungan untuk mengangkat

secara berlebihan akan toleransi etniknya yang dikatakan menepati cita rasa Bangsa Malaysia dan konsep 1 Malaysia, lalu menjauhi politik etnikisme di Semenanjung Malaysia. Malangnya, kenyataan ini bukan saja dapat dipersoalkan, malahan juga tidak mendekati realiti sebenar politik Sabah yang cenderung terkesan dengan sentimen primordial dalam menentukan sokongan politik masyarakatnya. Perkara ini diberatkan lagi apabila penulisan sedia ada berkaitan politik etnikisme masyarakat Sabah cenderung memfokuskan kepada peranan kumpulan etnik Kadazandusun Murut (KDM), Bajau dan Cina sebagai ‘nakhoda’ utama yang mencorakkan perkembangan sejarah politik moden negeri tersebut. Walhal, peranan daripada kumpulan etnik lainnya seperti Bugis juga sangat signifikan kerana populasi mereka yang dominan disesetengah wilayah serta mempunyai kesedaran politik yang melebar akibat pengaruh pendidikan dan ekonomi yang semakin kukuh. Meskipun usaha menuliskan peranan politik kumpulan etnik Bugis telah dimulakan sejak kebelakangan ini, tetapi perkara terbabit masih jauh dari mencukupi, kurang terperinci dan kekal berpaksikan kepada sumber dokumen sebagai asas dalam memahami akal budi dan hasrat politik mereka.

Idea untuk menulis buku ini telah lama tercetus lebih-lebih lagi ketika pendokumentasian terhadap pensejarahan peranan dan sumbangan orang Bugis di Sabah belum benar-benar wujud, selain penulisan berkaitan adat budaya dan tradisi Bugis yang pernah ditulis oleh Suraya Sintang (2003) dan Asmiaty Amat et al. (2012). Memandangkan sumbangan orang Bugis di Sabah sudah begitu banyak dan melata, maka usaha ke arah penulisan ini dilakukan.

Buku ini dirancang diterbitkan dalam bentuk bersiri. Ia merupakan siri pertama dan akan disambung dengan siri kedua berkenaan peranan Bugis dalam sosiobudaya dan siri ketiga berkaitan sumbangan etnik Bugis dalam bidang ekonomi.

PRAKATA

Page 13: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xiii

Para penulis memanjatkan kesyukuran pada Allah SWT atas nikmat kesihatan, upaya dan kesempatan sehingga para penyelidik mampu melaksanakan penyelidikan dan menulis buku ini. Hasil ini juga tidak mungkin berjaya direalisasikan tanpa bantuan daripada pelbagai pihak.

Oleh hal yang demikian, para penulis ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas biaya penyelidikan yang telah disalurkan oleh Syarikat Dinasti SAM dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Para penulis juga ingin merakamkan terima kasih pada Penerbit UMS atas penerbitan buku ini dan tidak dilupakan juga para informan, terutama Datuk Hussain Kasau, Datuk Patawari Patawe dan Datuk Osman Jamal yang telah banyak menyumbangkan pengetahuan mereka terhadap pensejarahan awal politik Bugis Sabah.

Semoga dengan kewujudan buku ini nanti akan memberi kesedaran ‘masseddi ati’ kepada orang Bugis dan mereka dapat merapatkan barisan, demi kebaikan dan pengukuhan generasi mendatang. Seyogia diingatkan bahawa buku ini bukanlah buku teori politik yang melangit tetapi fakta dan bukti yang membumi! Justeru, kami berlapang dada menerima kritikan dan teguran demi kesejahteraan bersama. Segala yang kurang adalah atas kelemahan dan keterbatasan ilmu kami sendiri dan kelebihan yang ada di dalamnya merupakan kurniaan Allah SWT agar kita dapat memanfaatkannya bersama.

“Pada idi pada elo, Sipatuo sipatokkong, Sipamali siparappe”

Asmiaty Amat, PhDEko Prayitno Joko Nordin Sakke, PhDRamli Dollah, PhD Amrullah Maraining

Universiti Malaysia Sabah

Page 14: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xiv

Buku ini lahir di tengah-tengah kemelut politik etnik-identiti yang semakin mendapat tempat di peringkat

nasional dan negeri. Dengan menggunakan peranan dan sumbangan komuniti etnik minoriti Bugis di Sabah sebagai asas perbincangan, buku ini berusaha untuk membincangkan peranan kumpulan etnik minoriti ini dalam memahami konteks politik etnik dan identiti di Malaysia dan di negeri Sabah khususnya. Seterusnya, ia menghujahkan bahawa kumpulan etnik minoriti turut penting dalam memahami pendemokrasian sistem politik di negara ini.

Buku ini menempatkan sebuah perbahasan yang menarik dan unik dengan cirinya yang tersendiri serta menjadi “benang merah” kepada penulisan sedia ada berkenaan komuniti Bugis di Sabah. Hal ini demikian kerana ruang lingkup dan tema yang diketengahkan merupakan suatu aspek yang kurang diperhatikan dalam kalangan saintis sosial dan kemanusiaan, tetapidiakuimempunyaiaspeksignifikanuntukdikajidandidokumentasikan. Atas keperluan tersebut, kehadiran buku ini bukan sahaja menempatkan sejarah penglibatan politik etnik Bugis sejak era kolonial, tetapi juga kesinambungannya dalam politik moden Sabah. Keadaan ini disebabkan penglibatan komuniti Bugis Sabah dalam pentas politik negeri tidak dapat difahami sekiranya telusuran tentangnya hanya dilakukan dalam konteks masa kini. Sedangkan, pembentukan literasi dan kesedaran berpolitik dalam kalangan komuniti Bugis adalah melalui proses evolusi dan setiap daripadanya menentukan pemahaman yang berbeza tentang politik. Dengan itu kelak, adalah tidak menghairankan sekiranya buku ini mampu memperlihatkan tentang sejarah, literasi dan kekuatan sokongan politik komuniti Bugis dalam menentukan kejayaan seseorang ahli politik mahupun parti yang akan menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan membentuk Kerajaan Negeri.

Sejarah membuktikan bahawa sejak awal kedatangan etnik Bugis di Sabah, ia lebih dipengaruhi oleh keperluan untuk melarikan diri daripada pemberontakan atau peperangan

PENGENALAN

Page 15: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xv

di Sulawesi serta memenuhi budaya merantau bagi mengubah kehidupan dan ‘mencari nafkah’ di tempat baharu yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat dalam kalangan penghijrah ini yang tidak memikirkan untuk menetap kekal di tempat baharu, sebaliknya hanya untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga sebagai modal untuk membangunkan kehidupan di tempat asal. Oleh itu, kelompok terawal ini kurang berminat untuk mendapatkan tanah yang mudah diperoleh daripada pemerintah kolonial dan terdapat pula yang mengabaikan tanah pemberian kerana pulang semula ke Sulawesi. Pemikiran ini hanya berubah dengan kemunculan Puado, Daeng Mapata dan pemuka lainnya yang mula menitikberatkan pemilikan tanah untuk diusahakan dan semakin membesar dalam kalangan generasi tahun 1960-an. Pada masa sama, generasi baharu ini juga mempunyai orientasi yang berbeza berbanding generasi sebelumnya apabila merasakan Sabah sebagai tanah tumpah darah mereka, manakala wilayah Sulawesi sekadar sebahagian daripada sejarah dan budaya leluhur kumpulan etniknya.

Meskipun etnik Bugis sering dianggap sebagai pendatang dan skeptisme masyarakat peribumi terhadap keberadaan mereka di Sabah tidak pernah ‘dileburkan’, kumpulan etnik tersebut tetap bertahan dan sentiasa mendukung matlamat kebangsaan untuk merealisasikan bangsa idaman di Malaysia. Oleh itu, etnik Bugis Sabah sentiasa sedar diri tentang keterkaitan mereka dengan wilayah Sulawesi, Indonesia, tetapi tidak pula mengecilkan sifat ketaatan dan kecintaan mereka kepada negeri ini. Makanya, etnik Bugis secara berevolusi mentransformasikan diri mereka bersesuaian dengan falsafah kebangsaan dan mengikuti keteraturan kehidupan bermasyarakat dalam kalangan rakyat Sabah kerana percaya kerasionalan pepatah Melayu bahawa “di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung”. Pada masa yang sama, nilai siri na pesse yang sentiasa menjadi pegangan dan keteguhan peribadi telah menunjang kumpulan etnik ini untuk berhadapan dengan sebarang cabaran serta rintangan

Page 16: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xvi

yang perlu ditempuhi. Tambahan pula, sejarah panjang etnik Bugis yang sudah berdiaspora hampir ke seluruh pelosok dunia mengubah tanggapan generasi baharu yang melihatnya bukan sebagai kelemahan, tetapi juga sebagai kekuatan. Malahan, di belahan dunia termasuklah di Sabah yang menempatkan keberadaan masyarakat peribumi akhirnya terpaksa akur dan menerima komuniti Bugis sebagai sebahagian daripada kumpulan etnik yang turut memberi sumbangan kepada perkembangan negeri yang mereka duduki.

Sebelum menelusuri dengan lebih lanjut tentang perkembangan dan sumbangan etnik Bugis dalam landskap politik di Sabah, maka penulisan buku ini dimulakan dengan perbahasan berkaitan politik etnikisme dalam kalangan masyarakatnya. Perkara ini perlu dijadikan sebagai “payung” perbahasan dalam Bab 1 memandangkan politik etnikisme memainkan peranan penting dalam pendemokrasian politik masyarakat Sabah. Usaha ini diungkapkan dengan memperlihatkan bahawa politik etnikisme merupakan suatu fenomena sejagat akibat berkembangnya pemaknaan politik identiti kelompok tertentu yang merasakan termaginalisasi dalam sistem pentadbiran sesebuah negara. Penulisan ini turut membahaskan tentang perkaitan sentimen primordial sebagai persoalan ‘wujud dahulu’ sehingga mempengaruhi wacana saintis sosial dan kemanusiaan yang mendapati pembangunan sesebuah negara tidak sekadar ditentukan oleh aspek mekanikalnya sahaja, tetapi juga persoalan lainnya seperti sikap, literasi dan kefahaman masyarakat terhadap setiap isu yang dihadapi juga perlu ditonjolkan.

Oleh itu, bab awal buku ini memposisikan semula perbahasan politik etnik dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khususnya yang bukan sahaja disebabkan oleh faktor berlainan bangsa atau etnik, tetapi juga dipengaruhi oleh pergasingan tempat kediaman yang ditentukan oleh fungsi etnik dalam ekonomi. Malahan, keadaan ini diperlihatkan semakin perlu difahami dalam konteks Sabah memandangkan citra kekinian memperlihatkan negeri terbabit adalah simbol

Page 17: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xvii

kepada semangat Bangsa Malaysia yang saling berbeza, tetapi sentiasa bersatu, walhal perkara sebaliknya yang sedang berlaku. Hakikat tersebut yang diungkapkan dalam penulisan ini dengan menonjolkan sokongan politik masyarakat Sabah dan kemunculan sesebuah parti politik adalah berteraskan keetnikan dan bukannya kesedaran politik meskipun proses globalisasi, kemajuan teknologi dan penggantian generasi sedang rancak berjalan.

Perbahasan dalam Bab 2 buku ini pula memperlihatkan kesedaran etnik Bugis untuk menjenamakan dan mengelompokkan diri mereka bersama dengan kumpulan etnik bumiputera bagi membentuk kesatuan yang dikenali sebagai Melayuisme. Melalui perbincangan berkenaan perkara tersebut berjaya memperlihatkan tentang keperluan memahami konsep Melayu itu sendiri dalam rumpun keperibumian masyarakat di Nusantara. Ternyata, garis sempadan politik memaksa bangsa dan negara terpisah dan memecahkan rumpun Melayu Nusantara sehingga membentuk kesukuan atau keetnikan. Perkara ini semakin menarik untuk difahami dalam konteks etnik Bugis kerana mereka dianggap sebagai Melayu di Semenanjung(MalaysiaBarat),tetapidinafikanpenggunaanidentiti terbabit sebagai Melayu di Borneo. Malahan, dengan pecahan etnik di Sabah memaksa komuniti Bugis berdiri sebagai kumpulan etnik yang mandiri dan kemudiannya perlu menyatu dengan bumiputera Islam lain bagi mengukuhkan survival agama dan bangsa. Meskipun perkara ini bukan suatu hal yang mudah, tindakan terbabit merupakan satu langkah wajar dan dianggap berjaya membuka mata sebahagian besar masyarakat Sabah. Keadaan ini disebabkan etnik Bugis sudah boleh berbangga dengan status bumiputera yang kadangkala diakui oleh banyak pihak dan kebanyakan masa pula dipinggirkan mengikut kepentingan dan penerimaan sesuatu kelompok masyarakat mahupun organisasi tertentu di Sabah.

Seterusnya, bab ini mendeskripsikan proses etnik Bugis membentuk kesatuan melalui literasi politik dalam menghadapi politik etnikisme yang melingkari kehidupan masyarakat

Page 18: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xviii

Sabah. Usaha ini diperlihatkan dengan mengangkat dilema meninggalkan tanah air untuk membina kehidupan baharu di wilayah luar sehingga dianggap sebagai pendatang, walhal mereka sudah mendiami negeri Sabah sejak sebelum Malaysia dibentuk dan persoalan negara bangsa belum menjadi teras perjalanan politik masyarakatnya. Justeru, persoalan berkaitan pengekalan serta peleburan identiti menjadi satu dilema kepada etnik Bugis untuk disesuaikan dengan perkembangan politik semasa di Malaysia amnya dan Sabah khususnya. Keadaan ini disebabkan stigma masyarakat terhadap etnik Bugis yang disinonimkan dengan istilah pendatang begitu menghambat perkembangan generasi mudanya. Dengan mengambil kira kepentingan pemerkasaan etnik dan pembentukan kesatuan masyarakat yang boleh diandalkan, dicanang dan diperkasakan, maka konsep ‘uniti’ semakin mendapat perhatian dalam benak komuniti Bugis. Dalam hal ini, golongan berpendidikan atau inteligensia Bugis mula memikirkan bahawa hanya persepakatan mampu melahirkan kebersamaan dan kebulatan suara sehingga melahirkan persatuan pemikir yang merencana hala tuju generasi Bugis Sabah pada awal 1970-an. Atas kesedaran terbabit, maka komuniti Bugis menyedari bahawa sumbangan mereka perlu diperluaskan, bukan hanya dalam bidang ekonomi, tetapi juga politik masyarakat Sabah, kerana “politik” adalah tulang belakang kepada perjalanan sesebuah negara bangsa.

Meskipun kesedaran berpolitik yang bertunjangkan politik etnikisme ini bukan menjadi agenda utama etnik Bugis kerana menyedari perlunya menyokong Dasar Perpaduan Nasional dan gesaan melahirkan ‘bangsa Idaman’, kesedaran tersebut wajar dijadikan sebagai turning point untuk memacakkan ketaatsetiaan kepada negeri Sabah. Maka, Bab 3 penulisan ini memperlihatkan sejarah kelahiran persatuan-persatuan Bugis antaranya Persatuan Kebajikan Bugis (PKBS) yang akhirnya menjadi Persatuan Komuniti Bugis Sabah (PKBS), Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu (PRBM) dan Persatuan Gabungan Anak Bugis Sabah (LONTARA). Walaupun kehadiran ketiga-tiga persatuan

Page 19: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xix

tersebut memberikan impak yang memberangsangkan, akan tetapi PKBS dilihat menjadi tunjang penting kepada etnik Bugis Sabah sehingga dihormati oleh masyarakat bumiputera Sabah. Dengan itu, adalah tidak menghairankan sekiranya PKBS lebih terkehadapan dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan sehingga melahirkan beberapa tokoh yang aktif dalam politik. Penglibatan etnik Bugis dalam politik sejak sebelum merdeka dan dalam parti-parti pembangkang turut dijelaskan dalam bab ini. Penelusuran berkenaan penglibatan etnik Bugis dalam politik pilihan raya pula dikemukakan dalam Bab 4 penulisan ini sebagai salah satu daripada bukti sejarah perkembangan politik etnikisme di Sabah. Lantaran itu, dalam membahaskan perkara terbabit, aspek kependudukan dan populasi komuniti Bugis di setiap DUN dan Parlimen telah diketengahkan bagi memperlihatkan kekuatan sokongan politik mereka dalam menentukan kemenangan sesuatu calon yang bertanding. Dalam makna lain, bab ini sebenarnya merujuk kepada persoalan geopolitik yang memperlihatkan perkaitan antara interaksi lingkungan dan proses politik masyarakatnya.

Oleh itu, penulisan bab tersebut turut memperlihatkan jumlah pengundi Bugis berdaftar di DUN dan Parlimen antara 1.5 hingga 55.0 peratus. Justeru, tidak semua kawasan pilihan raya boleh diwakili oleh etnik Bugis. Dari segi geopolitik, kuasa politik Bugis lebih tertumpu di kawasan pantai timur. Terdapat sembilan buah kawasan DUN yang berpotensi ditandingi. Tiga daripadanya dikategorikan DUN Pasti Menang, empat tergolong DUN Hampir Pasti Menang dan dua lagi dikategorikan sebagai DUN Kingmaker.

Ringkasnya, PRU-14 lalu bukan sahaja memberikan kejutan kepada politik di peringkat nasional atau negeri, tetapi ia juga merupakan antara pemangkin kepada kesedaran dalam berpolitik dalam kalangan etnik Bugis apabila memperlihatkan penglibatan langsung beberapa calon Bugis dalam pilihan raya ini. Ia seterusnya berkembang pada Pilihanraya Negeri yang diadakan pada tahun 2020, apabila memperlihatkan keterlibatan lebih ramai calon etnik Bugis,

Page 20: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xx

sama ada bertanding atas tiket pemerintah, pembangkang malahan menjadi calon Bebas.

Untuk tujuan tersebut, maka dalam Bab 5 perbincangan buku ini dengan jelas membincangkan genealogi dan peristiwa- peristiwa penting yang mencetuskan kepada perubahan ini. Dalam bab ini, selain melihat pendemokrasian dasar dan peluang pendidikan kepada semua masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan keturunan membolehkan masyarakat Bugis yang berada dalam kategori kumpulan minoriti mampu menggunakan peluang tersebut untuk melahirkan generasi inteligensia Bugis.

Walau bagaimanapun, dengan munculnya fenomena globalisasi yang ditandakan dengan pelbagai kemajuan yang dikecapi oleh penduduk Malaysia terutamanya melalui media massa dan media sosial menyebabkan literasi politik ini semakin subur dan merebak ke hampir semua sudut, tidak terkecuali komuiti Bugis. Keadaan ini ditambah lagi apabila muncul generasi muda Bugis yang mempunyai pendidikan yang berjaya menginterpretasikan kesukaran yang mereka alami dengan kegagalan dasar-dasar politik negara.

Keadaan ini menyebabkan komuniti Bugis mula sedar tentang perlunya satu kesedaran politik dalam kalangan komuniti etnik Bugis bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dalam konteks kemajuan etnik di negeri Sabah dan Malaysia amnya, sama ada dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan komuniti Bugis secara khusus atau melibatkan kepentingan warganegara Malaysia secara amnya. Ringkasnya, Bab 5 berusaha merungkai beberapa persoalan asas berkait dengan kesedaran untuk terlibat dalam politik, sama ada sebagai pengundi atau calon. Dalam masa yang sama, ia juga memberi kesedaran bernegara dan berkerajaan dalam komuniti ini di mana ramai yang mula melihat bahawa politik adalah sebahagian daripada kehidupan warganegara kerana politik mampu menentukan beberapa dasar penting yang berkait dengan kelangsungan hidup mereka sebagai individu atau kelompok etnik.

Page 21: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xxi

Bab 6 buku ini merupakan pandangan kolektif para penulis dalam memahami kedudukan dan masa depan etnik Bugis dalam memahami politik etnik atau politik identiti yang semakin ketara dan mengambil tempat dalam politik negeri Sabah dan nasional amnya. Dalam hal ini, bagi mendepani politik etnik-identiti yang semakin rencam, etnik Bugis perlu bersatu hati, menguburkan ego diri mahu menang sendiri dan kelemahan yang menghunjam diri mereka. Etnik Bugis tidak perlumaluuntukmengidentifikasikandirimerekasebagaietnikBugis Sabah. Hal ini demikian kerana beberapa stigma negatif dalam kalangan komuniti ini, misalnya label ‘warga keturunan pendatang’, ‘kumpulan etnik minoriti, ‘ramai yang jahat dan samseng’ dan beberapa label lain yang diberikan kepada etnik ini akan hilang kerana sumbangan mereka terhadap agama, bangsadantanahairiniyangtidakdapatdinafikan.

Dalam hal ini, bagi memahami politik etnik-identiti di negara ini, isu yang utama adalah bagaimana etnik ini mendepani isu tersebut pada masa hadapan. Ciri kepimpinan, karisma dan moral yang baik merupakan antara prasyarat penting dalam mendepani politik negeri dan nasional. Untuk tujuan tersebut, etnik Bugis perlu menanam dan menyemai nilai-nilai ini bagi memastikan generasi Bugis pada masa akan datang tidak ketinggalan berbanding etnik-etnik lain di negeri ini.

Para penulis berpendapat bahawa telah tiba masanya untuk pemimpin dan generasi Bugis melihat keluar daripada kepompong etniknya sendiri serta cuba memahami perkembangan yang berlaku di peringkat global. Walaupun sedar bahawa politik etnik-identiti ini merupakan antara ciri penting sistem politik nasional atau negeri Sabah, ia tidak selamanya akan berterusan mendominasi sistem politik negara. Malahan, beberapa tekanan globalisasi yang semakin menghimpit negara memungkinkan kepada ketidakrelevanan politik etnik-identiti ini pada masa akan datang. Dalam kalangan etnik Bugis, hal ini perlu diakui dan diterima seadanya. Hal ini disebabkan ia bukan sahaja

Page 22: PERANAN BUGIS DALAM POLITIK SABAH

xxii

akan berlaku dalam konteks politik seperti yang menjadi teras perbincangan di dalam buku ini, tetapi juga kehilangan identiti etnik ini akan berlaku dalam kalangan generasi Bugis pada masa akan datang akibat daripada beberapa faktor, misalnya perkahwinan campur yang sekali gus akan melenyapkan identiti etnik ini dalam diri seorang yang mengaku sebagai ‘Orang Bugis.’

Asmiaty Amat, PhDEko Prayitno Joko Nordin Sakke, PhDRamli Dollah, PhDAmrullah Maraining

Universiti Malaysia Sabah