abstrak slik15

1
Makna Di Sebalik Mitos Hubungan China-Melaka dalam Sulalat-as- Salatin: Analisis Teori Relevans Maizura Osman Nor Hashimah Jalaluddin Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak Kajian linguistik kini merentas sempadan bidang-bidang bukan bahasa yang lain, termasuklah kajian mitos. Jika dahulu mitos hanya dikaji dalam bidang agama dan falsafah, kini mitos juga boleh dibedah dengan pendekatan linguistik. Selain bahasa itu sendiri menjadi medium mitos disampaikan, sifat mitos dan bahasa juga sama iaitu mempunyai dua lapisan makna yang perlu diinterpretasi. Kajian ini akan menggali dan mentafsir makna tersirat mitos yang terlindung di sebalik makna literalnya melalui pengamatan linguistik. Analisis akan dilakukan dengan menggunakan teori Relevans manakala data mitos diambil daripada teks sastera berunsur sejarah yang terkenal iaitu Sulalat-as- Salatin. Mitos yang dipilih untuk kajian ini ialah mitos hubungan China dengan Melaka. Dapatan awal menunjukkan bahawa pengarang menguasai prinsip komunikasi dan kognisi sebagaimana dikupas oleh Teori Relevans. Penelitian juga menunjukkan bahawa pengarang mencipta mitos untuk memelihara kedaulatan raja dan kerajaan Melayu tanpa menyembunyikan fakta sejarah. Namun demikian, pentafsiran mitos ini memerlukan proses ekstrapolasi betul dan berpada. Proses tersebut dapat dilakukan dengan memahami budaya dan kepengarangan Melayu serta menganalisis menggunakan teori saintifik yang kukuh dan telah terbukti kewibawaannya. Kajian ini juga membuktikan pandangan ilmuan terdahulu iaitu mitos adalah sangat berkait rapat dengan aktiviti mental dan bahasa. Kata Kunci: Makna, Mitos, Teori Relevans, Sulalat-as-Salatin, Kognitif dan Komunikasi

Upload: ir-fik-t

Post on 19-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

abc

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak SLik15

Makna Di Sebalik Mitos Hubungan China-Melaka dalam Sulalat-as-Salatin:

Analisis Teori Relevans

Maizura OsmanNor Hashimah Jalaluddin

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kajian linguistik kini merentas sempadan bidang-bidang bukan bahasa yang lain, termasuklah kajian mitos. Jika dahulu mitos hanya dikaji dalam bidang agama dan falsafah, kini mitos juga boleh dibedah dengan pendekatan linguistik. Selain bahasa itu sendiri menjadi medium mitos disampaikan, sifat mitos dan bahasa juga sama iaitu mempunyai dua lapisan makna yang perlu diinterpretasi. Kajian ini akan menggali dan mentafsir makna tersirat mitos yang terlindung di sebalik makna literalnya melalui pengamatan linguistik. Analisis akan dilakukan dengan menggunakan teori Relevans manakala data mitos diambil daripada teks sastera berunsur sejarah yang terkenal iaitu Sulalat-as-Salatin. Mitos yang dipilih untuk kajian ini ialah mitos hubungan China dengan Melaka. Dapatan awal menunjukkan bahawa pengarang menguasai prinsip komunikasi dan kognisi sebagaimana dikupas oleh Teori Relevans. Penelitian juga menunjukkan bahawa pengarang mencipta mitos untuk memelihara kedaulatan raja dan kerajaan Melayu tanpa menyembunyikan fakta sejarah. Namun demikian, pentafsiran mitos ini memerlukan proses ekstrapolasi betul dan berpada. Proses tersebut dapat dilakukan dengan memahami budaya dan kepengarangan Melayu serta menganalisis menggunakan teori saintifik yang kukuh dan telah terbukti kewibawaannya. Kajian ini juga membuktikan pandangan ilmuan terdahulu iaitu mitos adalah sangat berkait rapat dengan aktiviti mental dan bahasa.

Kata Kunci: Makna, Mitos, Teori Relevans, Sulalat-as-Salatin, Kognitif dan Komunikasi