abstrak - core.ac.uk · pdf filelatihan pliometrik dalam ... perlu mempunyai aspek kelajuan,...

1

Click here to load reader

Upload: phungcong

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak - core.ac.uk · PDF fileLatihan Pliometrik dalam ... perlu mempunyai aspek kelajuan, kekuatan dan ketangkasan untuk mendapat ... bagi meningkatkan kuasa dan

Latihan Pliometrik dalam Kemahiran Lonjakan untuk Atlit Lompat Jauh

Mohd Roshan Sarkarsi, Hafizah Harun

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abstrak

Atlet lompat jauh dalam sukan olahraga perlu mempunyai aspek kelajuan, kekuatan dan

ketangkasan untuk mendapat lompatan yang terjauh. Tujuan kajian ini dijalankan adalah

untuk mengenalpasti keberkesanan latihan pliometrik bagi meningkatkan kuasa dan

kekuatan eksplosif. Sampel kajian ini adalah seramai 6 orang pelajar lelaki (N=6) sebuah

sekolah menengah yang berusia antara (mean umur 16 ± tahun). Kajian ini adalah

berbentuk eksperimental dengan subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana 2

kumpulan diberikan latihan pliometrik ‘Death Drop Jumps’ (DDJ) dan ‘Lunge Jumps’

(LJ) manakala 1 kumpulan sebagai kumpulan kawalan (K). Ujian ‘Standing Long Jump’

(SLJ) dan ‘Vertical Jump’ (VJ) digunakan untuk menguji keberkesanan latihan

pliometrik yang diberi. Dapatan kajian menunjukkan skor pre-test SLJ (mean ± SD)

197cm ± 3.58 dan VJ (mean ± SD) 217.5cm ± 0.41 adalah lebih rendah berbanding skor

post-test SLJ (mean ± SD) 205.2cm ± 4.77 dan VJ (mean ± SD) 220cm ± 0.89. Ini

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap ujian SLJ dan VJ

bagi kesemua kumpulan latihan pliometrik (p>0.05). Berdasarkan keputusan ini, kaedah

latihan pliometrik yang diberikan dapat meningkatkan kuasa eksplosif otot kaki atlit

lompat jauh ke tahap yang optimum dengan variasi intensiti dan isipadu latihan mengikut

kepada penekanan prinsip penambahan beban ansur maju.