abstrak

2
ABSTRAK Kajian ini dihasilkan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran menjaring dalam permainan bola baling bagi pelajar sekolah rendah. Pengkaji menggunakan kaedah TGFU dalam kajian ke atas respondan yang terdiri daripada murid-murid di tahap dua. Kaedah dan teknik kajian diaplikasikan dengan prosedur TGFU dengan tersusun dan mengikut langkah-langkah pengajaran yang telah disediakan oleh pengkaji. Pengkaji telah menjalankan kajian ini bersandarkan kepada kelemahan respondan dalam menguasai kemahiran menjaring dengan pelbagai arah, kelajuan dan taktik ‘cover’ kedudukan selepas membuat balingan jaringan. Memandangkan kepada kelemahan inilah pengkaji menyusun langkah pengajaran dan pembelajaran murid untuk mengikuti rawatan serta latihan intensif yang selanjutnya. Respondan menjalankan penilaian melalui kaedah pengujian menggunakan instrument penilaian kemahiran dan pemerhatian berterusan daripada pengkaji. Selepas melaksanakan kajian latihan menguasai kemahiran menjaring dalam permainan bola baling ini, pengkaji akan menganalisis semua data yang diperolehi dan yang terhasil. Dapatan pengkaji berkaitan dengan kajian ini akan menentukan keberkesanan atau perkaitan secara signifikan di antara hasil analisis dengan kaedah latihan dan rawatan yang digunakan. Peningkatan respondan yang menguasai kemahiran ini

Upload: ahmad-lili

Post on 28-Jul-2015

19 views

Category:

Career


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Abstrak

ABSTRAK

Kajian ini dihasilkan untuk mengkaji tahap penguasaan kemahiran menjaring dalam permainan

bola baling bagi pelajar sekolah rendah. Pengkaji menggunakan kaedah TGFU dalam kajian ke

atas respondan yang terdiri daripada murid-murid di tahap dua. Kaedah dan teknik kajian

diaplikasikan dengan prosedur TGFU dengan tersusun dan mengikut langkah-langkah

pengajaran yang telah disediakan oleh pengkaji. Pengkaji telah menjalankan kajian ini

bersandarkan kepada kelemahan respondan dalam menguasai kemahiran menjaring dengan

pelbagai arah, kelajuan dan taktik ‘cover’ kedudukan selepas membuat balingan jaringan.

Memandangkan kepada kelemahan inilah pengkaji menyusun langkah pengajaran dan

pembelajaran murid untuk mengikuti rawatan serta latihan intensif yang selanjutnya. Respondan

menjalankan penilaian melalui kaedah pengujian menggunakan instrument penilaian kemahiran

dan pemerhatian berterusan daripada pengkaji. Selepas melaksanakan kajian latihan menguasai

kemahiran menjaring dalam permainan bola baling ini, pengkaji akan menganalisis semua data

yang diperolehi dan yang terhasil. Dapatan pengkaji berkaitan dengan kajian ini akan

menentukan keberkesanan atau perkaitan secara signifikan di antara hasil analisis dengan

kaedah latihan dan rawatan yang digunakan. Peningkatan respondan yang menguasai kemahiran

ini juga akan menjadi pengukur sejauh mana kaedah dan latihan adalah efektif dan bersesuaian

untuk dijalankan.